cerita.doc

4
PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

Upload: karthiani-kalaipan

Post on 25-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA.doc

PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK

Latar Belakang

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.

Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian

Pangkor.

Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan

kebangkitan di Pasir Salak.

Page 2: CERITA.doc

FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH

J.W.W Birch

 

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang

membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan

takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang

Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak

menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah

kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik

penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu

atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2

dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan

perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila

menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

Page 3: CERITA.doc

PERISTIWA PENENTANGAN

Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang.

Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya

Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka

berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.

 

Tempat Birch Di bunuh

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat

pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan

pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch

menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin

perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes

terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun.

Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan

setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

 

Page 4: CERITA.doc

Kubu Dato’ Maharajalela.

KESAN PENENTANGANPada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum

gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke

Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas

menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’

Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.