cerita ulat bulu berbisa

1
Yang dihormati barisan panel hakim, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar kawan-kawan ? Nak dengar cerita tak? Tajuk cerita saya ialah Ulat Bulu Berbisa. Pada suatu hari, banyak haiwan berkumpul di tepi sungai. Mereka mahu melihat gajah dan ular sawa beradu tenaga. Pada ketika itu, ular sawa ada bisa. Sang Kancil dilantik sebagai pengadil meminta ular sawa mengeluarkan bisanya sebelum bertanding. Ular sawapun memuntahkan bisanya ke atas sehelai daun. Ular sawa meminta ulat bulu menjaga bisanya itu. Ular sawa memesan kepada ulat bulu supaya tiada mana-mana haiwan memijak bisanya. Akhirnya perlawanan antara gajah dan ular sawa pun bermula. Mereka berlawan bersungguh-sungguh. Penyokong ular sawa berteriak meminta ular sawa tewaskan sang gajah. Manakala penyokong gajah pula meminta sang gajah menewaskan ular sawa. Tiba-tiba, seekor tikus muncul sambil berlari pantas. Tanpa disedari ia terlanggar daun yang berisi bias ular sawa. Bisa ular sawa tumpah ke tanah. Bila ular sawa turut terkena pada badan ulat bulu. Ulat bulu menjerit kepedihan. Ia berlari- lari kerana terlalu sakit. Ulat bulu pun terus berlari tidak tentu arah. Bulunya terasa kian gatal dan pedih. Ulat bulu mendapat akal. Ulat bulu pun berguling-guling di atas rumput. Bagaimanapun, bulunya yang terkena bias bertukar menjadi keras. Tiba-tiba seorang budak lelaki terpijak ulat bulu. Budak itu mengaduh kesakitan. Ulat bulu berasa hairan. Selama ini, tiada sesiapa yang mengadu

Upload: ummi-hayati-mohamaed-sani

Post on 02-Aug-2015

120 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Ulat Bulu Berbisa

Yang dihormati barisan panel hakim, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar kawan-kawan ? Nak dengar cerita tak?

Tajuk cerita saya ialah Ulat Bulu Berbisa.

Pada suatu hari, banyak haiwan berkumpul di tepi sungai. Mereka mahu melihat gajah dan ular sawa beradu tenaga. Pada ketika itu, ular sawa ada bisa. Sang Kancil dilantik sebagai pengadil meminta ular sawa mengeluarkan bisanya sebelum bertanding. Ular sawapun memuntahkan bisanya ke atas sehelai daun. Ular sawa meminta ulat bulu menjaga bisanya itu.

Ular sawa memesan kepada ulat bulu supaya tiada mana-mana haiwan memijak bisanya. Akhirnya perlawanan antara gajah dan ular sawa pun bermula. Mereka berlawan bersungguh-sungguh.

Penyokong ular sawa berteriak meminta ular sawa tewaskan sang gajah. Manakala penyokong gajah pula meminta sang gajah menewaskan ular sawa. Tiba-tiba, seekor tikus muncul sambil berlari pantas. Tanpa disedari ia terlanggar daun yang berisi bias ular sawa.

Bisa ular sawa tumpah ke tanah. Bila ular sawa turut terkena pada badan ulat bulu. Ulat bulu menjerit kepedihan. Ia berlari-lari kerana terlalu sakit. Ulat bulu pun terus berlari tidak tentu arah. Bulunya terasa kian gatal dan pedih. Ulat bulu mendapat akal.

Ulat bulu pun berguling-guling di atas rumput. Bagaimanapun, bulunya yang terkena bias bertukar menjadi keras. Tiba-tiba seorang budak lelaki terpijak ulat bulu. Budak itu mengaduh kesakitan.

Ulat bulu berasa hairan. Selama ini, tiada sesiapa yang mengadu sakit jika terkena bulunya.Ulat bulu berteriak dengan gembira kerana kini ia menjadi haiwan yang berbisa seperti ular sawa. Ulat bulu pasti bahawa haiwan lain akan takut untuk menyerangnya.

Kawan-kawan.Daripada cerita yang saya sampaikan ini, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Jika kita diberi sesuatu kelebihan, gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana.

ummi