cerita perempuan

5
Assalamualaikum..w.b.t. Terima kasih peneraju acara, Barisan hakim bijaksana lagi berkarisma berkarisma, hadirin budiman tentunya ceria bahagia bersama himpunan rahmat yang Maha Kuasa. Dengarkan kisah dalam Al Quran. Jadikan panduan sepanjang zaman Kisah Siti Hajar ibu Nabi Ismail Mari dengarkan bersama-sama Siti Hajar al-Qibthiyah, adalah anak kelahiran Mesir . Beliau merupakan isteri ke 2 N.Ibrahim a.s. Sarah pula isteri pertama baginda. Walaupun hanya seorang dayang, Siti Hajar, isteri mulia, beriman dan tabah orangnya. Bukankah berpoligami, diharuskan di dalam Islam?. Ya kawan-kawan..inilah, yang harus dicontohi. Hidup bermadu penuh dugaan Tabah hadapi setiap ujian Kepada Allah, Hajar serahkan Khabar gembira Allah khabarkan Alhamdulillah..kini…Siti Hajar hamil. Maka, berikan khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Surah As-Saffat : 101 Ya kawan-kawan..Tiba masanya, lahirlah N.Ismail. Siti Hajar amat bersyukur. Anak adalah permata hati ayah dan ibu. Contohilah adik Haikal Firdaus yang

Upload: kamariah-hassan

Post on 18-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip cerita mtq

TRANSCRIPT

Assalamualaikum..w.b.t.Terima kasih peneraju acara, Barisan hakim bijaksana lagi berkarisma berkarisma, hadirin budiman tentunya ceria bahagia bersama himpunan rahmat yang Maha Kuasa.Dengarkan kisah dalam Al Quran.Jadikan panduan sepanjang zaman Kisah Siti Hajar ibu Nabi IsmailMari dengarkan bersama-sama

Siti Hajar al-Qibthiyah, adalah anak kelahiran Mesir . Beliau merupakan isteri ke 2 N.Ibrahim a.s. Sarah pula isteri pertama baginda. Walaupun hanya seorang dayang, Siti Hajar, isteri mulia, beriman dan tabah orangnya. Bukankah berpoligami, diharuskan di dalam Islam?. Ya kawan-kawan..inilah, yang harus dicontohi.Hidup bermadu penuh dugaanTabah hadapi setiap ujianKepada Allah, Hajar serahkanKhabar gembira Allah khabarkanAlhamdulillah..kiniSiti Hajar hamil.

Maka, berikan khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Surah As-Saffat : 101

Ya kawan-kawan..Tiba masanya, lahirlah N.Ismail. Siti Hajar amat bersyukur. Anak adalah permata hati ayah dan ibu. Contohilah adik Haikal Firdaus yang menghafal 30 juzu al-Quran, meskipun hanya baru berusia 9 tahun.Pergi belayar menaiki bahteraMenaiki bahtera ke SingapuraCemburu sarah tidak terkiraHajar gembira bersama puteranya

Ya hadirin.. Bagi menghuraikan masalah, cadangan diluahkan. Siti Hajar perlu dipisahkan. Allah juga mewahyukan saranan yang sama.Bukankah berhijrah itu, satu pengorbanan? ya..hijrah itu, satu kebaikan. Lihatlah penghijrahan Saudara Adam Warren, dia memeluk Islam setelah mengikuti Program Mimbar Pencetus Ummah Alhamdulillah.Lalu nabi Ibrahim menghantar siti hajar ke Mekah..Mereka berkelana..meredah mentariPerit dan jerih.tiada terperi,demi menyahut seruan ilahihajar di tinggal bersama bayi

Di dalam al quran firman Ilahi.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tiada tanaman..surah Ibrahim : 37Alangkah risaunya hati bonda, dibumi yang tandus dan gersang. Berbekalkan hanya sedikit makanan, runtum hati mengenangkan nasib putera tercinta,, ke mana hendak dituju? Dengan bayi yang masih merah, pasti bermasalah. Namun kawan-kawan..Siti Hajar tetap tabah. Bukankah setiap perintah pasti ada hikmah?Lihatlah kasih sayang seorang ibu. Kita juga diberitakan, Tokoh Ibu Mithali 2014, Pn Zaleha Ibrahim, berjaya mendidik 12 anak-anaknya dengan cemerlang. Iya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Ya kawan-kawan..apa yang terjadi selepas itu?Kini susunya telah tiadaSayu di jiwa semakin menyiksaMelihat putera lapar dahagaCekal harungi badai melanda

Siti Hajar tetap yakin dan percaya, hikmah Allah ada pada setiap ujian dan Kalamnya..

Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan yang kami lahirkan. Surah Ibrahim : 38Lihatlah kawan-kawan, sifat kental seorang ibu. Setiap ujian Allah, adalah bukti keimanan.sebagaimana peristiwa banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun lalu adalah untuk menguji keimanan , mereka dan juga keimanan kita.

7 kali Hajar berlari, antara Sofa dan Marwah,Mencari air hajat di hati..takungan air terlihat hanya fatamorganaPada Allah taala pergantungan dan redhaWalau kelelahan tiada rintih hibaSehingga..satu keajaiban tibaIsmail hentakkan kakinya ke tanahpancarkan air melimpahItulah ganjaran insan yang tabahKurniaan air, nikmatnya indah

Siti Hajar segera membuat kepungan air lalu mencicipkan kepada puteranya Nabi Ismail. Kini mata air ini menjadi telaga zam-zam yang berjaya menarik perhatian seluruh umat Islam. Kota Makkah semakin maju dan berakah ,apatah lagi kecanggihan prasarana seperti pengangkutan komuter. Syukur Alhamdulillah.

Ya hadirin budimanTiba masanya N.Ibrahim kembali ke Mekah. Siti Hajar amat bersyukur. Segala pengorbanannya, terbalas jua. Apabila Ismail meningkat remaja, ketabahan Siti Hajar dicabar lagi. Firman Allah yang maha kuasa surah assofat ayat 102.

Nabi Ibrahim berkata, wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku menyembelihmu.Betapa pilu dan sayu, hati seorang ibu. Namun kesedihannya segera dipinggir, apabila mendengar bicara anaknya Ismail. hai bapaku, kerjakan apa yang diperintahkanYa kawan-kawan..Natijah pengorbanan Nabi Ismail, baginda ditukarkan dengan seekor kibas. Bukankah berkorban itu, satu ibadah? Bantuan Rakyat Malaysia, menjalani ibadah korban di Kemboja, bukti sebuahDemikianlah percaturan Azzawajalla, semoga menjadi iktibar sepanjang masa.

Pengorbanan ibu tiada terkiraWalaup dibayar wang berjutaAnak soleh idaman bondaSemoga kita mengambil manfaatnya.