cerita pendek bertemakan kasih sayang

12
Syakir Syazwan Bin Ahmad merupakan nama seorang budak lelaki yang berumur 12 Tahun, berbadan sedikit tegap dan tinggi, berkulit sawo matang, sekali pandang Syakir mempunyai wajah yang begitu manis seiras dengan arwah ibunya yang baru setahun meninggal dunia. Ibunya seorang yang penyayang dan lembut, tidak pernah meninggikan suara terhadap anak anak, menjaga anak anak dengan penuh kasih sayang tetapi sikap abang dan kakak Syakir yang leka dalam menghayati nikmat dunia ini tidak pernah berterima kasih kepada ibu yang membesarkan mereka dari mereka tidak pandai bercakap sehinggalah pandai melawan cakap ibunya. Pada malam yang hening itu, Syakir sedang merenung ke dada langit melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah S.W.T sambil memikirkan nasib dia dan adiknya yang bongsu berusia 5 tahun. Kedinginan malam itu membuatkan hatinya hiba mengenangkan ibunya yang sudah lama pergi. Setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya Pak Cik Ahmad telah mengambil alih tugas ibunya iaitu menjaga anak anak mereka seramai 4 orang. Anak sulung bernama Syahir berumur 19 tahun, manakala anak kedua, Syamimi satu satunya si bunga dalam keluarga itu, berusia 17 tahun dan ketiga Syakir. Anak bongsu Pak Cik Ahmad berusia 6 tahun dan bernama Syafiq yang selalu selalu merindui belaian kasih sayang seorang ibu. Walaupun Pak Cik Ahmad mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa tetapi perangai Syahir

Upload: jie-jang-aziz

Post on 14-Dec-2015

1.366 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Syakir Syazwan Bin Ahmad merupakan nama seorang

budak lelaki yang berumur 12 Tahun, berbadan sedikit

tegap dan tinggi, berkulit sawo matang, sekali pandang

Syakir mempunyai wajah yang begitu manis seiras

dengan arwah ibunya yang baru setahun meninggal

dunia. Ibunya seorang yang penyayang dan lembut,

tidak pernah meninggikan suara terhadap anak –

anak, menjaga anak – anak dengan penuh kasih sayang

tetapi sikap abang dan kakak Syakir yang leka dalam

menghayati nikmat dunia ini tidak pernah berterima

kasih kepada ibu yang membesarkan mereka dari

mereka tidak pandai bercakap sehinggalah pandai

melawan cakap ibunya.

Pada malam yang hening itu, Syakir sedang

merenung ke dada langit melihat keindahan yang

diciptakan oleh Allah S.W.T sambil memikirkan nasib

dia dan adiknya yang bongsu berusia 5 tahun.

Kedinginan malam itu membuatkan hatinya hiba

mengenangkan ibunya yang sudah lama pergi.

Setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya Pak Cik

Ahmad telah mengambil alih tugas ibunya iaitu

menjaga anak – anak mereka seramai 4 orang. Anak

sulung bernama Syahir berumur 19 tahun, manakala

anak kedua, Syamimi satu – satunya si bunga dalam

Page 2: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

keluarga itu, berusia 17 tahun dan ketiga Syakir. Anak

bongsu Pak Cik Ahmad berusia 6 tahun dan bernama

Syafiq yang selalu selalu merindui belaian kasih sayang

seorang ibu. Walaupun Pak Cik Ahmad mempunyai

anak lelaki yang sudah dewasa tetapi perangai Syahir

yang tidak suka hidup dalam keadaan yang miskin

telah menyebabkan dia keluar daripada rumah dan

pergi ke bandar untuk mencari duit. Begitu juga dengan

kakak Syakir yang lebih suka menghabiskan masa di

rumah kawan – kawannya dan suka melakukan aktiviti

yang tidak bermoral. Kehilangan ibunya telah

menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga telah

berubah, tiada yang menjaga makan, pakaian dan

segala kelengkapan di rumah itu.

Pak cik Ahmad hanya bekerja sebagai petani di

kebun Pak Samad kadang – kadang pak cik Ahmad

mengambil upah menjaga dan membersihkan kandang

lembu dan kambing pak Samad. Kesungguhan pak cik

Ahmad bekerja membanting tulang mencari rezeki

telah menyentuh hati Syakir dan dia mula berazam

untuk menolong sedikit banyak ayahnya itu. Sebagai

seorang anak yang bertanggungjawab terhadap

keluarganya Syakir telah mula mencari kerja

sampingan di pekan, Syakir perlu pandai menguruskan

masa kerana tidak lama lagi dia akan menduduki

Page 3: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

peperiksaan UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah ).

Oleh itu, dia perlu bijak dalam membahagikan masa

untuk belajar dan masa untuk bekerja supaya dia tidak

akan tercicir dalam subjek yang tertentu.

Semasa pak cik Ahmad pergi mencari rezeki untuk

mereka sekeluarga, Syakir akan menghantar adiknya

yang bongsu iaitu Syafiq ke rumah Rita. Kesudian ibu

Rita ingin menjaga adiknya amat disenangi sekali oleh

mereka kerana dalam dunia yang akhir zaman ini,

untuk berjumpa dengan manusia yang masih lagi

bersifat seperti ibu Rita itu amat sukar sekali. Allah

S.W.T telah meringankan segala beban berat pak cik

Ahmad dan keluarganya. Syakir mempunyai seorang

sahabat bernama Hanif dan Rita, mereka sentiasa

membonceng basikal ke sekolah bersama – sama.

Mereka merupakan sahabat baik dan sentiasa

membantu antara satu sama lain apabila berada dalam

kesusahan. Hanif merupakan anak cikgu Hasnah di

sekolah mereka yang merupakan guru kelas bagi kelas

tahun 6 Bijak.

Hanif seorang yang baik dan tidak kedekut ilmu,

dia selalu menolong Syakir dalam mengulangkaji

pelajaran bersama dengan Rita. Keakraban mereka

jelas terserlah kerana mereka sentiasa meluangkan

Page 4: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

masa bersama – sama di sekolah, mahupun di luar

sekolah.

Syakir, Rita dan Hanif merupakan calon harapan

sekolah dalam peperiksaan UPSR, kerana mereka

sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang setiap

kali peperiksaan dijalankan. Sikap cikgu Hasnah yang

baik hati sentiasa menolong Syakir membuatkan Syakir

berasa amat bersyukur sekali dengan kehadirannya

kerana cikgu Hasnah banyak membantunya dalam

pelajaran serta kelengkapan pakaian sekolah, duit saku

dan sebagainya. Jasa dan budi baik cikgu Hasnah tidak

akan Syakir lupakan sampai bila – bila kerana tanpa

pertolongan cikgu Hasnah ini Syakir tentu tidak akan

keluar dari kepompong kesusahnya itu.

Di penghujung hari, aku berdiri di depan jendela

bilik yang sengaja aku buka untuk memandang

bintang yang tidak pernah lelah menghiasi malam. Saat

ini pada pukul 11.35 malam tetapi mataku belum juga

terpejam. Terlalu banyak masalah yang sedang

memenuhi fikiranku ini . Ada saja masalah yang terjadi

dalam hidupku ini. Apa yang aku inginkan hanyalah

sehari saja dalam hidup tanpa masalah. Namun, aku

hanyalah manusia biasa yang memiliki sekadar

Page 5: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

keinginan dan kemahuan. Aku hanya dapat berdoa dan

DIA yang akan menentukannya.

Di dada langit, aku melihat satu bintang yang

cahayanya sangat terang. Terangnya lebih daripada

bintang yang lainnya. Ingin sekali aku memetik bintang

itu dan ku genggam erat dengan tanganku. Namun, hal

itu tidak mungkin terjadi. Bagiku, ada tiga alasan yang

membuatnya ia adalah mustahil . Pertama, bintang itu

sangat jauh. Kedua, bintang lebih besar dari tanganku

walau dari kejauhan memang terlihat kecil. Ketiga,

bintang itu mempunyai haba yang tinggi. Oleh sebab

itu, lebih baik aku hanya menikmatinya dengan diam

dan tenang. Itu sudah lebih dari cukup bagiku untuk

mehilangkan resah di hati.

Aku melihat jam di dinding bilik yang terletak

indah di dinding yang ada di depan meja belajarku. Ya,

aku sengaja meletakkan jam itu di dinding depan meja

belajar agar aku dapat melihat dengan mudah waktu

untuk aku mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan

UPSR semakin hampir. Malam semakin kelam aku

mengambil keputusan untuk melelapkan mata supaya

esok masih ada tenaga untuk aku meneruskan

perjalanan hidup ini bersama dua permata hati

kesayanganku.

Page 6: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Matahari mula merangkak tinggi, ayah sudah bertolak

ke tempat kerjanya dan aku pula membonceng basikal

bergerak ke sekolah ditemani oleh dua sahabatku iaitu

Rita dan Hanif. Pembelajaran di sekolah hari ini berjalan

dengan lancar dan setelah itu aku membonceng basikal

menuju ke pekan untuk mencari kerja sambilan bagi

membantu ayah menyara kehidupan kami. Dari jauh

aku melihat warung Pak Ali yang sibuk dengan

pelanggangnya itu, setibanya aku disana aku meminta

tolong Pak Ali supaya memberikan aku peluang untuk

bekerja di situ.

“ baiklah Syakir kerjalah nanti aku bagi kau

upahnya, kau hanya perlu basuh pinggan dan gelas

sahaja di belakang kedai aku ni “. Kata pak Ali kepada

Syakir. Perasaan Syakir begitu gembira kerana dapat

bekerja dan membantu ayahnya itu.

Hari sudah senja, Syakir meminta diri untuk pulang ke

rumah dan pak Ali memberikannya duit saku sebanyak

RM10 untuk hari pertama dia bekerja. Syakir pulang ke

rumah dengan gembira dan berasa bersemangat untuk

mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam itu.

Pada suatu petang, aku melihat ayah yang

berkerut – kerut dengan badannya yang sudah

terbongkok – bongkok sedikit dan disertai suaranya

Page 7: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

yang batuk – batuk itu. Keadaan ayah yang sudah uzur

tetapi sentiasa bersemangat untuk pergi bekerja

mencari rezeki dan ayah sanggup berkorban demi aku

dan adikku Syafiq.

Terlintas di mindaku kejadian yang berlaku setahun

yang lepas. Suatu hari, untuk membeli gula – gula ,

adik telah mengambil RM 1 dari poket seluar abang.

Petang itu, selepas aku pulang saja dari sekolah aku

mendengar abang memanggil aku dan adikku. Dia

meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.

"Siapa ambil duit aku?" tanya abang Syahir bagai

singa lapar. Aku dan adik langsung tidak berdaya

menentang renungan tajam mata abang. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua aku pukul!" sambung

abang sambil mengangkat tangan untuk melepaskan

pukulan sulungnya ke pipi adik. Lantas , aku

menangkap tangan abang dengan kedua-dua belah

tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum

sempat aku menarik nafas selepas mengungkapkan

Page 8: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti

menghentam tubuhku.

Aku tergamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit

menahan sakit, setitis pun airmata abang tak tumpah.

Setelah puas aku ditolak ke lantai, abang merungut:

"jangan kau berani ambil duit aku lagi ?"

Malam itu, adik memeluk aku. Dia melihat mukaku

yang luka kerana telah dibelasah oleh abang dan aku

segera memeluk adik dan menasihatkannya supaya

tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. Adik menangis

kerana tidak dapat membantu aku yang telah dipukul

itu.

Berbulan – bulan telah berlalu, peristiwa aku

dibelasah kerana mempertahankan adik bagaikan baru

semalam berlaku. Abang telah menghilangkan diri dan

meninggalkan ayah keseorangan untuk mencari duit

demi sesuap nasi. Perbuatan abang itu tidak dapat aku

maafkan dan aku hanya mampu berdoa supaya dia

sedar akan kesalahannya itu dan pulang ke rumah

hidup bersama – sama dalam satu keluarga.

Mengingat kisah lama tidak akan mampu mengubah

nasib keluarga kami jika tidak berusaha dan meminta

pertolongan daripada ALLAH S.W.T. Ayah sudah

melelapkan mata kerana badannya sudah letih seharian

Page 9: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

bekerja demi kami. Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH

akan memberikan kesenangan kepada ayah suatu hari

nanti.

Sudah seminggu aku bekerja di warung pak Ali dan

aku sudah memberi wang hasil daripada kerjaku

kepada ayah dan ayah kelihatan amat sedih dan sebak

sekali kerana ayah merasa bersalah terhadap anak –

anaknya itu. Sebagai seorang bapa, dia merasakan

bahawa dia tidak menjalankan tanggungjawabnya

dengan baik malah menyusahkan anak – anak mencari

wang untuk menampung kehidupan mereka. ayah

memelukku dan mengucapkan terima kasih, air mata

ayah telah bercucuran menyebabkan aku sebak dan

juga mengalirkan air mata.

Ayah berpesan padaku, “Syakir belajar la bersungguh –

sungguh, jadi orang yang berguna supaya mak kau rasa

bangga dengan kau, jangan sia-siakan peluang yang

ada menyesal dah tak guna, janji ngan ayah kau akan

belajar bersungguh – sungguh dan jaga adik dengan

baik.”

Saya janji ayah, saya akan belajar bersungguh –

sungguh dan akan ubah nasib keluarga kita ayah. Ayah

mengusap rambutku dan menyuruhku masuk tidur dan

mengulangkaji pelajaran.

Page 10: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Air mata aku masih lagi mengalir dan aku dapat

merasakan kasih sayang ayah yang begitu kuat untuk

anak – anaknya. Aku nekad akan mengubah nasib

keluarga aku dan tidak akan menyusahkan ayah lagi,

malam itu aku tidur dengan semangat yang membara

untuk meneruskan perjalanan ini. Tinggal sebulan lagi

untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah rendah dan

aku mengambil keputusan untuk berhenti bekerja untuk

seketika dan menumpukan perhatian terhadap

pelajaran aku ni.

Pada suatu petang yang hening aku ternampak

kelibat abang Syahmi pulang ke rumah dengan muka

yang ketat dan masam, aku menegurnya tetapi

ditolaknya badan aku hingga jatuh tersungkur.Abang

berlari masuk ke dalam rumah menyelongkar semua

barang dalam bilik akud dan biik ayah. “abang kau cari

apa”?,

“Ahhh!! Sibuk la kau suka hati aku la, mana ayah?”

“ayah pergi kerja la bang.”

“aku nak duit mana duit”? sambil mengeledah bilik

ayah dan abang terjumpa dompet ayah yang terdapat

beberapa not berwarna merah. Aku tidak sempat

menyambar dompet ayah dan abang melarikan dompet

ayah.

Page 11: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Tetapi belum sempat abang keluar daripada rumah

ayah sudah tiba di rumah dan sempat menghalang

abang tetapi abang telah menolak ayah lalu ayah jatuh

tersungkur. Kepala ayah terhantuk dan berdarah.

“Ayah! Abang kau kenapa sanggup kau buat ayah

macam ni”

Abang terus menghilang dan aku pergi ke rumah pak

Samad untuk meinta pertolongan daripadanya.

Alhamdulillah Ayah masih selamat dan mengalami

cedera ringan di dahi tetapi ayah tidak dibenarkan

membuat kerja yang berat dan ayah diarahkan oleh

doktor supaya berehat di rumah selama seminggu

untuk mengembalikan semula kesihatannya.

Aku sangat kesal dengan perbuatan abang itu, aku

harap dia akan berubah dan tidak akan melakukan

sesuatu yang akan memberikan kesan yang buruk

terhadap dirinya. Seminggu berlalu, aku dikejutkan

dengan berita tentang abang yang telah ditangkap oleh

polis kerana dia telah dicekup ketika dia sedang

menghisap dadah bersama kawan – kawannya di satu

lorong di hujung kampung.

Aku begitu terkejut dengan perbuatan abang yang

sanggup membinasakan diri sendiri dengan terjurumus

ke lembah dadah itu. Abang telah dimasukkan ke dalam

Page 12: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Pusat Pemulihan Agensi Dadah Kedah, aku harap abang

akan berubah dan menjadi insan yang berguna untuk

keluarga.

Sebulan telah berlalu, tiba masa untuk aku bersiap

sedia bagi menempuhi peperiksaan ini yang sekian

lama telah aku nantikan kehadirannya. Tidak lupa aku

kepada dua sahabat baik aku Hanif dan Rita, aku hanya

mampu memberikan semangat kepada mereka agar

mereka dapat melakukan dengan baik.

Masa berlalu dengan begitu pantas, seminggu sudah

berlalu, peperiksaan UPSR sudah aku tempuhi.

Sementara menunggu keputusan UPSR aku mengambil

keputusan untuk kembali bekerja di warung Pak Ali

untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Ayah

dah mula bekerja selepas seminggu keluar daripada

hospital dan aku tidak mahu menyusahkan ayah yang

sudah berumur itu serta aku harap usaha aku dapat

membantu meringankan beban ayah.

Di suatu petang yang nyaman, semasa dalam

perjalanan pulang ke rumah aku ternampak kelibat

susuk badan yang aku amat kenal. Tanpa melengahkan

masa lagi aku berlari mendapatkannya, betul tekaanku

Page 13: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

orang itu ialah kakakku Syamimi. Keadaan kakakku

tidak terurus.

“kak akhirnya kau dah balik”.

“Akir, kak nak jumpa ayah” sambil teresak – esak

menangis.

“jom kita balik jumpa ayah” kami membonceng basikal

bersama.

Ayah menyambut kepulangan kami dengan air mata

berguguran di pipinya yang sudah berkedut itu. Kakak

berlari dan memeluk ayah dan meminta ampun

daripada ayah. Ayah begitu gembira melihat

kepulangan kakak dan memaafkan segala kesalahan

kakak dan meminta agar kakak tidak akan pergi

meninggalkan kami semua lagi.

Alhamdulillah, semua ahli keluarga aku sudah bersatu

walaupun abang tidak berada di sini bersama kami, aku

dapat rasakan abang sudah bertaubat dan insaf. Kami

akan sentiasa menunggu kepulangan abang dengan

hati yang terbuka.

Empat bulan telah berlalu, perubahan kakak begitu

mengembirakan ayah. Kakak sudah berubah menjadi

seorang yang penyayang dan bertanggungjawab,

Page 14: Cerita Pendek Bertemakan Kasih Sayang

Syafiq begitu rapat dengan kakak, pengganti kasih

sayang seorang ibu untuk Syafiq adikku yang bongsu.

Aku dan sahabat baikku, Rita dan Hanif mendapat

keputusan yang cemerlang dalam UPSR, kami telah

merancang untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah

Berasrama Penuh (SBP) bersama – sama. Aku sangat

bersyukur dikurniakan sahabat yang begitu baik dan

jujur dalam persahabatan kami.

Aku merenung ke dada langit melihat keindahan

ciptaan Allah S.W.t, bintang yang bersinar terang itu

menemani malam ku yang kegelapan ini. Aku berdoa

semoga Allah merahmati keluargaku dan apa yang aku

inginkan aku ingin mengubah nasib keluargaku. Malam

itu aku tidur berbantalkan semangat juang aku demi

keluargaku tercinta.