cerita mtq lelaki 2015.docx

6
TAJUK: PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH Assalamualaikum w.b.t Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W. Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Nasyid Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan. Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah. Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda

Upload: mohamad-zailani-majid

Post on 18-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hijrah

TRANSCRIPT

Page 1: cerita mtq lelaki 2015.docx

TAJUK:

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,

guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang

bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W.

Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan, Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan.

Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat

dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam.

Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya

berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke

Madinah.

Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah

supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan

Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih

dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya

untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah

mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "

Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat

izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin

terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku

perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita

sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan restu dari ibu

Page 2: cerita mtq lelaki 2015.docx

bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu

mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.

Rakan-rakan sekalian,

Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi

segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan

Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak

halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir

Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali tidur

ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang

mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke

Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga

keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka

dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah,

terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam

surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

Ertinya : “. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan

Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”

Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan

sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya,

peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk

belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan

yang cemerlang.

Hadirin sekalian,

Page 3: cerita mtq lelaki 2015.docx

Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama

3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba

dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat

mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah

Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

Ertinya : “ Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya.

Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari

pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke

Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah

bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut

dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU

AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga

mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di

tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu

kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak

yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai

Masjid Nabawi.

Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan

mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa

meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini,

walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam

bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak

Page 4: cerita mtq lelaki 2015.docx

berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi,

sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara

yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling

penting dan utama dalam kehidupan kita.

Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil

beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan

mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :

????????amp;#710;?? ???amp;#8240; ???amp;#8222;?amp;#8222;?amp;#8216;?

amp;#381;?amp;#8225;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?

amp;#352;?amp;#8224;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?

amp;#352;?amp;#8224;?

Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung

Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang

dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya

Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur

kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan

penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling

mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan

dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan

Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan

soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu

sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-

masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga

tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri

sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat

Page 5: cerita mtq lelaki 2015.docx

menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya

wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.