cempaka putih

16
CEMPAKA PUTIH UNTUKMU CEMPAKA PUTIH UNTUKMU KARYA ROHANI DERAMAN (ZON 3 – Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) SINOPSIS: Bab 1: Akur Akan Perintah Keluarga Encik Hasrul bersyukur mendapat berita kenaikan pangkat EncikHasrul. Namun begitu, Encik Hasrul diarahkan untuk bertugas di tempat baharu iaitu di daerah pedalaman masyarakat orang asli, di Pahang. Hartini, ibu dan ahli keluarganya yang lain merungut kerana bimbang tidak mampu menyesuaikan diri di tempat baharu itu kelak. Walaupun menerima rungutan semua ahli keluarga, Encik Hasrul tetap mengambil keputusan untuk bertugas di tempat baharu. Maklumat ini telah tersebar dalam kalangan jiran di kawasan perumahan. Masyarakat setempat mula memperkatakan berita tersebut sesama mereka. Bab 2: Tersalah Duga Pada awal pagi lagi keluarga Encik Hasrul telah berangkat ke Jerantut. Rumah mereka sebelum ini tidak disewakan kepada sesiapa. Rakan-rakan Encik Hasrul dan isteri mengunjungi rumah mereka untuk mengucapkan selamat jalan. Setibanya di Jerantut, keluarga Encik Hasrul berpuas hati dan selesa dengan suasana rumah baharu mereka. Keesokan harinya, Hartini bangun dengan perasaan damai kerana dapat menghirup udara segar dan menikmati muzik alam yang asli. Keadaan rumah orang asli telah berubah, jalan raya bertar dengan baik dan kampung tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas. Bab 3: Sekolah Baharu Kawan Baharu Hartini mula belajar dalam Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Hartini telah diperkenalkan kepada murid-murid kelas tersebut oleh Cikgu Malik dan mereka menyambut mesra kedatangan Hartini. Tingkatan 3

Upload: langgit7

Post on 15-Apr-2016

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: CEMPAKA PUTIH

CEMPAKA PUTIH UNTUKMUCEMPAKA PUTIH UNTUKMU KARYA ROHANI DERAMAN

(ZON 3 – Johor, Sabah, Sarawak  dan Wilayah Persekutuan Labuan)

SINOPSIS:Bab 1: Akur Akan PerintahKeluarga Encik Hasrul bersyukur mendapat berita

kenaikan pangkat EncikHasrul. Namun begitu,  Encik Hasrul diarahkan untuk bertugas di tempat baharu iaitu di daerah pedalaman masyarakat orang asli, di Pahang. Hartini, ibu dan ahli keluarganya yang lain merungut kerana bimbang tidak mampu menyesuaikan diri di tempat baharu itu kelak.

Walaupun menerima rungutan semua ahli keluarga, Encik Hasrul tetap mengambil keputusan untuk bertugas di tempat baharu. Maklumat ini telah tersebar dalam kalangan jiran di kawasan perumahan. Masyarakat setempat mula memperkatakan berita tersebut sesama mereka.

Bab 2: Tersalah DugaPada awal pagi lagi keluarga Encik Hasrul telah berangkat

ke Jerantut. Rumah mereka sebelum ini tidak disewakan kepada sesiapa. Rakan-rakan Encik Hasrul dan isteri mengunjungi rumah mereka untuk mengucapkan selamat jalan.

Setibanya di Jerantut, keluarga Encik Hasrul berpuas hati dan selesa dengan suasana rumah baharu mereka. Keesokan harinya, Hartini bangun dengan perasaan damai kerana dapat menghirup udara segar dan menikmati muzik alam yang asli. Keadaan rumah orang asli telah berubah, jalan raya bertar dengan baik dan kampung tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas.

Bab 3: Sekolah Baharu Kawan BaharuHartini mula belajar dalam Tingkatan Tiga Teratai di

Sekolah Menengah Kuala Batu. Hartini telah diperkenalkan kepada murid-murid kelas tersebut oleh Cikgu Malik dan mereka menyambut mesra kedatangan Hartini. Tingkatan 3 Teratai terdiri daripada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki.

Fikiran Hartini berasa terganggu apabila rakan-rakan baharunya tidak dapat mengulang kaji secara bersama-sama dalam kumpulan kerana dilarang oleh bapa masing-masing. Hartini bercadang untuk belajar bersama-sama Satiah yang bijak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar oleh Cikgu Hanafi. Setelah mendengar luahan hati Hartini, ibu Hartini, Puan Sarah ingin

Page 2: CEMPAKA PUTIH

berbincang dengan bapa Satiah tetapi dilarang oleh Hartini kerana bimbang Satiah akan dipukul oleh bapanya.

Bab 4: Masalah SatiahFikiran Hartini agak lega setelah menceritakan masalah Satiah

kepada ibunya. Ibu Hartini pula telah memberitahu hal itu kepada ayahnya. Ayah Hartini berjanji akan berkunjung ke rumah keluarga Satiah dan menyiasat perkara tersebut. Hartini menunggu berita daripada ayahnya yang menziarahi keluarga Satiah setelah mendapati Satiah tidak hadir ke sekolah.

Ayah Hartini memberitahu, ayah Satiah, Pak Morit melarang anaknya bergaul dengan orang lain terutama setelah peristiwa hitam yang menimpa kakak kepada Satiah. Kakak Satiah telah tersalah pilih kawan lalu terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah.

Kakak Satiah turut dijangkiti penyakit AIDS dan akhirnya meninggal dunia. Ayah Hartini telah mendapatkan kebenaran Pak Morit supaya membenarkan Satiah belajar bersama-sama dengan Hartini di rumahnya. Pak Morit bersetuju dengan permintaan Encik Hasrul itu. Encik Hasrul kemudiannya menjadikan Satiah sebagai anak angkat.

Bab 5: Ahli Baharu Keluarga KamiIbu bapa Hartini telah menjamu keluarga Pak Morit

dengan makanan istimewa semasa menghantar Satiah ke rumah Encik Hasrul. Sejak itu, Satiah dan Hartini belajar bersama-sama dan hubungan keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit bertambah erat. Sikap Satiah yang rajin membantu ibu Hartini di dapur menyebabkan Satiah sangat disenangi dan disayangi oleh keluarga Hartini.

Ayah Hartini menasihati Hartini dan Satiah supaya bersedia menghadapi peperiksaan PMR. Pada suatu hari, Hartini terkejut melihat Satiah dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan kesan tompokan darah di atas bantalnya. Hartini telah memberitahu ibu bapanya dan Pak Morit. Pak Morit melarang anaknya dirawat di hospital kerana percaya bahawa penyakit Satiah itu disebabkan terlangkah ‘benda kotor’ seperti yang diperjelaskan oleh dukun.

Bab 6: Senyuman Satiah Mulai TawarPihak hospital telah mengambil contoh darah, kahak dan

air kencing Satiah untuk dihantar ke Makmal Kaji Penyakit. Setelah mendapat rawatan, Satiah dibenarkan pulang pada malam itu

Page 3: CEMPAKA PUTIH

juga. Ibu bapa Satiah telah bermalam di rumah Encik Hasrul. Hartini yang terjaga pada jam 3 pagi setelah terdengar Satiah mengaduh perlahan, segera membancuhkan segelas susu untuk Satiah yang mungkin kelaparan kerana tidak makan seharian.

Pada petang keesokan harinya, Cikgu Malik, Cikgu Anis dan rakan-rakan sekelas Hartini datang melawat Satiah. Mereka telah dijamu oleh ibu Hartini dan Mak Sukin dengan cempedak goreng dan kopi 0. Encik Hasrul telah memberi semangat kepada pelajar Tingkatan Tiga Teratai dan berjanji akan membuat kenduri besar-besaran sekiranya mereka semua lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti.

Bab 7: Perpisahan SementaraSatiah berjaya menduduki peperiksaan sehingga selesai

dalam keadaan sihat. Satiah telah dibawa ke hospital oleh Encik Hasrul dan Pak Morit untuk rawatan lanjut namun punca penyakitnya masih belum dapat dikesan oleh doktor.

Cuti sekolah pun bermula. Hartini mengikut neneknya ke Johor dan akan mengikuti kelas komputer di sana. Nenek mendaftarkan Hartini ke kelas komputer di bandar Pontian dan menasihati Hartini agar bijak memilih kawan. Nenek terserempak dengan Mak Leha yang baru pulang dari balai polis kerana anak lelakinya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Nenek menasihati Mak Leha agar bersabar.

Bab 8 : Berita Yang MembimbangkanHartini terkejut apabila dimaklumkan oleh ibunya bahawa Satiah

disahkan mengidap barah paru-paru. Hartini terus menuju ke rumah Satiah. Kehadiran Hartini disambut oleh Satiah dengan senyuman yang tawar. Melihat keadaan Satiah itu, Hartini turut rasa terharu dan menangis.

Satiah meminta maaf kerana merahsiakan penyakitnya itu kerana tidak mahu mengganggu percutian dan kelas komputer Hartini di Johor. Hartini menasihati Satiah supaya terus kuat semangat dan tidak berputus asa untuk melawan penyakitnya itu. Satiah menjelaskan kepada Hartini bahawa bapanya menyesal kerana membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital dulu. Mak Sukin meminta Satiah bersabar dan akan memujuk bapa Satiah supaya mengubah pendiriannya.

Bab 9: Kerana Adat dan Pantang LarangFikiran Hartini terganggu sejak peristiwa Mak Sukin

datang mengadu tentang sikap Pak Morit yang tidak mempercayai perubatan moden. Hartini bertekad untuk memujuk Pak Morit walaupun mengetahui bahawa ayahnya sendiri gagal berbuat demikian.

Keesokan harinya, Hartini menziarahi Satiah dengan membawa kuih bingka jagung kegemaran Satiah. Hartini meluahkan

Page 4: CEMPAKA PUTIH

perasaan kecewa kerana gagal memujuk Pak Morit untuk menghantar Satiah mendapatkan rawatan di hospital. Ibu menasihati Hartini supaya berhati-hati dalam menangani masalah ini. Keesokan hari, Pak Morit telah membawa Satiah berubat di Kampung Langsat menyebabkan Hartini tidak dapat berjumpa Satiah.

Bab 10: Keruhnya Air Yang TenangMak Sukin kesal dengan sikap suaminya yang semakin

renggang dengan keluarga Encik Hasrul. Hartini dapati hanya hubungannya dengan Satiah yang tetap utuh. Dia berasa hari-hari yang dilaluinya sudah hambar namun keluarganya tetap menziarahi Satiah.

Hartini cuba memberi semangat dan sokongan kepada Satiah. Satiah sudah boleh bangun dan berjalan tetapi mesti mematuhi pantang larang dukun. Hartini mengajak Satiah ke sekolah kerana keputusan peperiksaan akan diumumkan namun Satiah tidak dibenarkan oleh bapanya. Kulit badan Satiah pula mula menggelupas dan ada bintik-bintik merah.

Bab 11: Berita Gembira Disambut DukaJam 11.00 pagi, Cikgu Malik yang diamanahkan

mendapatkan keputusan PMR sekolah Hartini di bandar telah sampai ke sekolah. Setiap murid perlu mengambil keputusan masing-masing di bilik Cikgu Malik. Hartini, Ineng dan rakan-rakannya telah hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan itu. Pak Morit pula datang untuk mengambil keputusan Satiah kerana Satiah tidak sihat.

Hartini dan rakan-rakannya telah memperoleh keputusan cemerlang dan membanggakan pihak sekolah. Hartini telah memperoleh 7A 1B manakala Satiah pula mendapat keputusan terbaik iaitu 8A. Pak Mont terpaksa pulang tergesa-gesa setelah mengambil keputusan Satiah apabila anaknya Akob memaklumkan Satiah kembali diserang penyakit. Hartini dan rakan-rakannya terus ke rumah Satiah untuk mengetahui perkembangan diri Satiah.

Bab 12: Kuntum Yang Hampir LayuPenderitaan Satiah berkurangan setelah dia dimasukkan ke

hospital. Keluarga Satiah dan keluarga Hartini bergilir-gilir menjaga Satiah di hospital. Pak Morit pula berjanji akan mengubah pendiriannya dan insaf akan kesilapannya yang lambat membawa Satiah ke hospital.

Encik Hasrul dan Pak Morit bercadang ingin mengadakan majlis kenduri kesyukuran setelah Satiah pulih. Encik Hasrul juga merancang untuk menunaikan janjinya kepada murid-murid Sekolah Menengah Kuala Batu sebelum peperiksaan dahulu. Kejayaan Satiah dalam PMR

Page 5: CEMPAKA PUTIH

melayakkannya mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Tanjung Bestari sementara Hartini pula di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Bab 13: Demi Cita-Cita dan Harapan KeluargaPengetua, guru-guru dan sebilangan besar murid lepasan PMR

hadir ke majlis kenduri kesyukuran. Majlis tersebut berjalan lancar dan turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai penduduk kampung. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit kembali pulih dan bertambah erat.

Hartini telah mengalami demam selesema tetapi keadaannya semakin pulih setelah dibawa ke klinik. Encik Hasrul dan Puan Sarah pula sibuk membuat persiapan untuk Hartini dan Satiah yang akan memasuki asrama. Akhirnya, masa untuk Hartini dan Satiah berpisah tiba kerana kedua-duanya memasuki sekolah berasrama yang berasingan.

Bab 14: Kesabaran Juga Ada BatasnyaWalaupun berjauhan, Hartini dan Satiah sering bertanya

perkhabaran diri masing-masing melalui surat. Keakraban hubungan mereka berdua telah menarik perhatian Nora iaitu rakan sebilik Hartini. Walau bagaimana pun, rakan yang lain iaitu Junainah tidak mempercayai kejujuran persahabatan Hartini dan Satiah.

Hartini telah hilang sabar dengan sikap Junainah yang tidak sopan di samping perlakuan dan bahasanya yang kasar. Berlaku pertengkaran antara mereka berdua menyebabkan Junainah mengalami kecederaan. Peristiwa itu diketahui oleh pengetua. Mereka dinasihatkan agar berdamai dan memperbaiki kesilapan masing-masing.

Bab 15: Tembelang PecahSemasa Hartini, Nora dan Najmi berada di dalam kelas, mereka

bertiga telah dipanggil untuk balik ke asrama kerana ada pemeriksaan mengejut di bilik mereka. Setelah pemeriksaan dibuat, anggota polis Cawangan Narkotik telah menjumpai pit ecstacy di dalam kotak kecil di dalam laci Hartini. Hal ini menyebabkan Hartini ditahan di dalam lokap.

Encik Hasrul meminta jasa baik pengetua untuk membenarkan pihak polis membuat pemeriksaan mengejut di kawasan asrama. Usaha ini tidak berhasil tetapi keanehan tingkah laku Encik Kancho selaku pengawal keselamatan asrama telah menimbulkan kesangsian. Pihak polis akhirnya berjaya membuktikan kejahatan Encik Kancho ketika menyerahkan sejumlah pit ecstacy kepada pelanggannya.

Bab 16: Dia Pergi Jua

Page 6: CEMPAKA PUTIH

Pada waktu petang, Hartini ke rumah Satiah tetapi Satiah tiada di rumah. Akob dan Amat yang balik dari berkubang dengan rakannya telah menegur Hartini yang menanti Satiah. Hartini begitu terkejut dengan jeritan Amat dan didapati Satiah terlentang di tepi perigi dengan darah yang banyak sekali.

Encik Hasrul dan Pak Morit segera menghantar Satiah ke hospital dan dia ditempatkan di wad ICU. Hartini jatuh pengsan setelah mengetahui Satiah telah meninggal dunia. Pengebumian Satiah terpaksa dilewatkan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Setelah semangat Hartini dipulihkan oleh Ustaz Amin, Hartini teringat kembali kata-kata Satiah dan dia reda dengan takdir Tuhan.

Bab 17: Misteri TersingkapSejak pemergian Satiah, kesihatan Hartini terganggu

menyebabkan Encik Hasrul memohon kepada pengetua untuk melanjutkan cuti Hartini. Keluarga Hartini cuba menceriakan hati Hartini yang kosong setelah ketiadaan Satiah. Ibu bapa Hartini telah pergi ke asrama Satiah untuk mengambil barang-barangnya dan telah menyerahkan sebuah buku berkulit tebal kepada Hartini.

Setelah membaca buku catatan sebanyak 180 helai itu, Hartini dapat memahami dengan jelas isi hati Satiah tentang persahabatan mereka. Melalui buku itu, Hartini dapat merasai bahawa Satiah telah tahu dan yakin akan masa kematiannya. Hartini bertekad untuk menunaikan wasiat arwah Satiah.

Bab 18: Cempaka Putih UntukmuIbu bapa Hartini bersama-sama Pak Morit dan Mak Sukin

menghantar Hartini kembali ke asrama. Pak Morit dan Mak Sukin membekalkan Hartini sedikit buah rambutan, duku dan langsat untuk diberikan kepada rakan-rakan Hartini di asrama. Di samping itu, Mak Sukin telah mendapatkan anak pokok bunga cempaka putih sebagaimana yang diminta oleh Hartini.

Hartini meminta ayahnya supaya singgah di tanah perkuburan untuk menziarah kubur arwah Satiah. Setelah menghadiahkan al-Fatihah, Hartini mengajak Pak Morit menanam pokok bunga cempaka putih tersebut di atas pusara arwah Satiah. Hartini bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan sahabatnya itu. Mereka meninggalkan pusara Satiah dengan perasaan sayu.

TEMA:

Novel Cempaka Putih Untukmu memaparkan tema tentang keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang

Page 7: CEMPAKA PUTIH

remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Novel ini mengisahkan hubungan persahabatan yang erat antara Hartini dan Satiah yang kekal hingga ke akhir hayat. Keikhlasan Hartini sebagai sahabat yang sejati dipaparkan melalui kesungguhan Hartini dan keluarganya yang berusaha merawat penyakit Satiah di hospital walaupun pada awalnya mendapat tentangan ayah Satiah sendiri. Namun Satiah ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit barah paru-paru yang dihidapinya. Setelah kematian Satiah, Hartini menanam pokok bunga cempaka putih di kubur Satiah sebagai tanda persahabatan yang abadi.

PERSOALAN :

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

Persoalan Peristiwa

Kasih sayang antara keluarga.

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke  hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya  dan    tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

Kebijaksanaan mengatasi masalah.

Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

Percaya kepada perkara karut.

Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada pada tubuhnya.  

Page 8: CEMPAKA PUTIH

Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu 

Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

PLOT : Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut

kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Plot Peristiwa

Permulaan

Cerita  bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

Perkembangan

Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

Klimaks

Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.

Peleraian

Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke  asrama.

WATAK UTAMA

HARTINI

i.      Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

Page 9: CEMPAKA PUTIH

ii.       Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

iii.      Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv.      Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar  Satiah dirawat di hospital.

v.       Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi.      Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii.     Seorang pelajar yang bijak. Contoh:  Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

WATAK SAMPINGAN

SATIAHi.      Anak  sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii.     Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii.     Rakan karib Hartini

iv.      Menghidap penyakit barah paru-paru.

v.       Seorang  yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .

vi.      Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

vii.     Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam

Page 10: CEMPAKA PUTIH

penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

ENCIK HASRUL

i.        Suami kepada Sarah .

ii.       Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii.      Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv.      Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala  urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

v.       Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

vi.      Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

LatarLatar Masa

i.        PagiContoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala

Lumpur menuju ke Jerantut

ii.       PetangContoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah

baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii.      MalamContoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di

rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempat

Page 11: CEMPAKA PUTIH

i.        Di Kuala Lumpur

Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii.       Di kampung Kuala Batu.Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii.      Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala BatuContoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga

tamatPMR.

iv.      Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang

dalamPMR.

iii.      PontianContoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer

selepas peperiksaan PMR.  

iv.      Kampung LangsatContoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. 

LATAR MASYARAKAT

i.      Masyarakat bandar          Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak

keberatan  untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

ii.      Masyarakat orang Asli          Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil

pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii.     Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional          Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh

sakit kerana telah terlangkah ‘benda kotor’. 

iv.     Masyarakat pelajar          Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-

rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

v.       Masyarakat peniaga          Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

Page 12: CEMPAKA PUTIH

 vi.     Masyarakat pendidik          Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai

mengarang.

TEKNIK PENULISAN

 i.       PemerianContoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin. 

ii.       Dialog Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek. 

 iii.     Imbas kembaliContoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik. 

 iv.     Monolog Dalaman          Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?” 

v.       Saspens

Contoh: Hartini, Nora dan Najmi  dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy.

 vi.     KejutanContoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai. 

GAYA BAHASA

i.       Diksi Penggunaan bahasa ArabContoh: Allahyarhamah Satiah

ii.      Penggunaan bahasa Inggeris   Contoh: `mood`,‘computer games’, ‘phobia’

iii.      Simile Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78), teguh seperti tiang batu

iv.      Kata gandaContoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.

Page 13: CEMPAKA PUTIH

v.      SinkopeContoh: “Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok”

vi.      PeribahasaContoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

vii      Hiperbola Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh

viii.    MetaforaContoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli. ,     

entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau sejauh itu.

ix.      PersonifikasiContoh: Hatiku berbunga rasa bangga

NILAI

i.        Nilai keberanianContoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiahdirawat di hospital.

ii.       Nilai ketabahanContoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia

mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

iii.      Nilai bertanggungjawabContoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab,

beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar bandar untuk memajukan masyarakat di sana.

iv.      Nilai kasih sayangContoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima

kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

v.       Nilai kebijaksanaanContoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar

pil ecstasy di sekolahnya.

vi.      Nilai kegigihanContoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih

belajar sehingga berjaya dalam  peperiksaan PMR.

PENGAJARAN

i.        Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Page 14: CEMPAKA PUTIH

          Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii.       Kita hendaklah saling menyayangi.          Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah

anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

iii.     Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalahContoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah

mengedar pil ecstasy

iv.      Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaanContoh: Hartini, Satiah  dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar

secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

v.       Kita hendaklah berpegang kepada janjiContoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri

kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

vi.      Kita janganlah menganiaya orang lainContoh:  Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam

almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.