catur

8
UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 201 3 PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE-33 TAHUN 2013 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PSKPP CAWANGAN LIMBANG 1

Upload: stanley-stewart-peter

Post on 24-Apr-2015

101 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

Page 1: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAKKALI KE-33 TAHUN 2013

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 1

Page 2: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE-33 TAHUN 2013

1. Pendaftaran Pemain

1.1 Setiap bahagian hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja;

1.2 Satu pasukan mesti mempunyai 5 orang pemain ( termasuk 1 pemain l/p simpanan yang juga boleh berfungsi sebagai arbiter);

1.3 Setiap pasukan hendaklah diwakili oleh 2 pemain lelaki dan 2 pemain perempuan.

1.4 Setiap pemain adalah mewakili kategori pasukan sahaja.

2. Sistem Pertandingan Kategori Berpasukan

2.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara serentak bagi semua pasukan;

2.2 Pertandingan kategori berpasukan dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss.

2.3 Papan pertama dan papan kedua adalah 2 pemain lelaki manakala papan ketiga dan papan keempat adalah 2 pemain perempuan.

2.4 Jumlah pusingan permainan bergantung kepada bilangan pasukan yang menyertai pertandingan.

3. Tempoh Permainan

3.1 Tempoh permainan untuk setiap pemain ialah 1 jam bagi setiap pusingan perlawanan.

3.2 Arbiter berhak menghentikan permainan sekiranya bendera jam catur salah seorang pemain atau kedua-duanya telah jatuh.

4. Kaedah Menentukan Keputusan

4.1 Mata Kemenangan Individu (Game Point)

Pemain yang menang akan diberi 1 mata, 1/2 mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain yang bye akan diberikan 1 mata. Jumlah mata ini akan dikira untuk menentukan keputusan perlawanan pasukan (Match Point) pada pusingan berkenaan.

4.2 Mata Kemenangan Pasukan (Match Point)

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 2

Page 3: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

Pasukan yang mendapat jumlah mata kemenangan individu melebihi pihak lawan akan dikira menang dan diberikan 2 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama dengan pihak lawan akan dikira seri dan diberikan 1 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata individu yang kurang daripada pihak lawan akan dikira kalah dan diberi 0 mata. Pasukan yang mendapat bye dalam mana-mana pusingan akan diberikan 2 mata Kemenangan Pasukan (Match Point) dan 2 mata kemenangan individu (Game Point).

Rajah yang berikut boleh dijadikan rujukan,

Keputusan Match Point Game Point

Menang 2 mata Mengikut jumlah mata sebenar perlawanan

Seri 1 mata

Kalah 0 mata

Bye 2 mata 2 mata

4.3 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada Jumlah Mata Kemenangan Pasukan (Total of Match Point). Pasukan yang mengumpul jumlah mata kemenangan pasukan terbanyak akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.

4.4 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan bagi menentukan kedudukan seterusnya.

a) Jumlah mata kemenangan individu ( Game Point )

b) Mata Solkoff / Buchholz

c) Mata Sonneborn-Berger

d) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

5. Cara Bermain

5.1 Permainan menggunakan set catur dan jam catur yang dibawa oleh setiap pasukan.

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 3

Page 4: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

5.2 Penentuan permulaan set putih atau hitam kepada pemain akan ditentuan secara undian oleh pengadil. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan permainan.

5.3 Pemain dikira menang sama ada berjaya membuat ‘Checkmate’ kepada pihak lawan atau pihak lawan kehabisan masa yang diperuntukkan, atau pihak lawan tidak mahu meneruskan perlawanan atau ditentukan oleh Arbiter. (dalam keadaan tertentu)

5.4 Pemain mesti menghabiskan semua pusingan permainan. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan kemenangan berpasukan.

6. Peraturan Permainan

6.1 Peraturan Permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa (World Chess Federation – FIDE Laws of Chess) dan Peratuan Am PSKPP.

7. Peralatan

7.1 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini dikehendaki membawa bersama

2 set catur dan 2 jam catur bagi melancarkan proses pertandingan.

7.2 Kegagalan berbuat sedemikian, pasukan berkenaan akan dikenakan bayaran sejumlah RM50.00.

8. Pembatalan ( ‘Walk Over’ )

8.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang telah ditetapkan untuk perlawanan;

8.2 Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasbah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan yang hadir;

8.3 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

9. Pertukaran Pemain

9.1 Pertukaran / Penambahan pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan;

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 4

Page 5: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

9.2 Selepas itu, segala pertukaran / penambahan tidak akan dibenarkan.

10. Arbiter

10.1 Setiap pasukan mestilah menyediakan seorang Arbiter.

10.2 Kegagalan menyediakan seorang Arbiter akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00.

11. Bantahan

11.1 Bantahan bertulis yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lebih dari 30 minit selepas perlawanan.

11.2 Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanayak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ) yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan itu tidak berasas dan keputusan juri adalah muktamad.

12. Perkara Lain

12.1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam pertandingan ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini dan berhak meminda sebarang undang-undang pertandingan jika didapati perlu;

12.2 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan pihak Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan perlawanan, jika perlu dan akan diberitahu kepada pengurus pasukan masing-masing secepat mungkin.

12.3 Disiplin dan kebajikan ahli pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak Pengelola Pertandingan supaya pertandingan ini boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan.

12.4 Semua pemain dikehendaki berpakaian kemas semasa bertanding.

BORANG PENYERTAAN

NAMA PASUKAN : _________________________________

NAMA PERMAINAN : CATUR

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 5

Page 6: CATUR

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN CATUR PESTA PSKPP SARAWAK KE-33 2013

NAMA PENGURUS : _________________________________

NAMA ARBITER : _________________________________

BIL NAMA PEMAIN NO. K/PTARIKH LAHIR

ALAMAT BERTUGAS

1

2

3

4

5

Disahkan oleh : _____________________ Nama Penuh : __________________

Setiausaha PSKPP Bahagian Cop Rasmi :

*SILA MEMBAWA 2 SET CATUR DAN 2 JAM CATUR.

PSKPP CAWANGAN LIMBANG 6