catatan sebuah perjalanan diari cik nurmawati filejan 2005: alhamdulillah, kursus motivasi yang...

5
CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI CACATAN SEBUAH PERJALANAN Izinkan saya mengimbas kembali kenangan bersama pelajar-pelajar… Inilah detik waktu Takbir bergema menyentuh rasa Di sini diketemukan lagi Antara suara dan hati Dengan cahaya kemurnian Ku pohon keampunan Yang kecil & tersembunyi Setulus hati… Sept 2004 : Detik permulaan di DPPT YPM. Biar tanpa pengalaman di bidang Pendidikan, aku tekad meredah cabaran berbekalkan ketabahan dan doa restu ibu. Terima kasih juga kepada semua yang memberi peluang!. Nov 2004: Pertama kali kami balik kerja pada pagi Hari Raya Aidil Adha kerana siapkan presentation HELP III untuk JBIC DI EPU. Dis 2004 : Perjalanan tugas pertama ke Tokyo yang penuh debaran. Temuduga pelajar, mesyuarat, pemantauan pelajar dan lawatan sambil belajar ke Keio University melihat penyelidikan yang dijalankan. Kami melewati Pelabuhan Yokohama yang sibuk dalam perjalanan ke Tokai University bagi melihat kecanggihan satelit (untuk kegunaan) Distance Learning. Di sini pihak swasta dan universiti bekerjasama rapat untuk membangunkan bidang penyelidikan. Tokyo Tower dan Tokyo Bay juga sangat mengkagumkan. Alangkah bagusnya jika nanti para pelajar dapat membinanya di tanahair tercinta. Kota Tokyo yang sibuk ditinggalkan untuk melawat Nagaoka Institute of Technology. Perjalanan jauh ke Bandar Nigata menaiki Shinkanzen untuk bertemu dengan pelajar yang terlibat dengan gempabumi, cuaca yang sejuk, pemandangan indah desa negara matahari terbit, salji yang memutih di kaki bukit dan kesan gempabumi begitu menyentuh perasaan. Tak pernah bermimpi untuk sampai ke sini, perjalanan pertama ini memang sukar namun ketabahan demi sebuah pengalaman mengatasi segala-galanya. Ia menjadikan aku lebih kuat!. Sebelum itu Kursus Motivasi untuk Kumpulan 5 ditangguhkan, pelajar dah excited, syukurlah tak jadi buat sebab tempat yang dirancang di Pulau Langkawi, dilanda tsunami! 116 MOMENTO モーメント

Upload: trantuyen

Post on 26-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI fileJan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit

CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI

CACATAN SEBUAH PERJALANAN

Izinkan saya mengimbas kembali kenangan bersama pelajar-pelajar…

Inilah detik waktuTakbir bergema menyentuh rasaDi sini diketemukan lagiAntara suara dan hatiDengan cahaya kemurnianKu pohon keampunanYang kecil & tersembunyi Setulus hati…

Sept 2004 : Detik permulaan di DPPT YPM. Biar tanpa pengalaman di bidang Pendidikan, aku tekad meredah cabaran berbekalkan ketabahan dan doa restu ibu. Terima kasih juga kepada semua yang memberi peluang!.

Nov 2004: Pertama kali kami balik kerja pada pagi Hari Raya Aidil Adha kerana siapkan presentation HELP III untuk JBIC DI EPU.

Dis 2004 : Perjalanan tugas pertama ke Tokyo yang penuh debaran. Temuduga pelajar, mesyuarat, pemantauan pelajar dan lawatan sambil belajar ke Keio University melihat penyelidikan yang dijalankan. Kami melewati Pelabuhan Yokohama yang sibuk dalam perjalanan ke Tokai University bagi melihat kecanggihan satelit (untuk kegunaan) Distance Learning. Di sini pihak swasta dan universiti bekerjasama rapat untuk membangunkan bidang penyelidikan. Tokyo Tower dan Tokyo Bay juga sangat mengkagumkan. Alangkah bagusnya jika nanti para pelajar dapat membinanya di tanahair tercinta.

Kota Tokyo yang sibuk ditinggalkan untuk melawat Nagaoka Institute of Technology. Perjalanan jauh ke Bandar Nigata menaiki Shinkanzen untuk bertemu dengan pelajar yang terlibat dengan gempabumi, cuaca yang sejuk, pemandangan indah desa negara matahari terbit, salji yang memutih di kaki bukit dan kesan gempabumi begitu menyentuh perasaan. Tak pernah bermimpi untuk sampai ke sini, perjalanan pertama ini memang sukar namun ketabahan demi sebuah pengalaman mengatasi segala-galanya. Ia menjadikan aku lebih kuat!.

Sebelum itu Kursus Motivasi untuk Kumpulan 5 ditangguhkan, pelajar dah excited, syukurlah tak jadi buat sebab tempat yang dirancang di Pulau Langkawi, dilanda tsunami!

116 MOMENTO モーメント

Page 2: CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI fileJan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit

Jan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit sebanyak membantu meningkatkan semangat mereka untuk menduduki peperiksaan akhir sebelum berangkat ke Jepun.

Feb 2005: Konvokesyen Kumpulan 5 berjaya dilaksanakan berkat gandingan dan kerjasama semua pihak! Kumpulan terakhir HELP II berlepas ke Tokyo. Pelajar dah dapat tempat tapi ke manakah aku selepas ini?

April 2005: Ah… kena tukar segera ke HQ, suasana yang asing… tapi tak sampai sebulan kena tukar segera semula ke DPPT! HELP III akan dilaksanakan seperti jadual.

Mei/Jun 2005 : Pengambilan pelajar Kumpulan 1 HELP III bermula. Gementar, tak tidur malam dan demam dibuatnya memikirkan assignment pertama ini. Temuduga berjaya dijalankan, macam-macam gaya pelajar Kumpulan 1. Seronok dapat lihat wajah-wajah riang pelajar dapat masuk universiti! Puas nak yakinkan mereka mengenai Program JAD, asrama baru, suasana baru… ada pula yang lari tinggalkan asrama. Mana nak cari ni…? Rindu kat emak kot….nasib baik, ada ibubapa yang datang sendiri serahkan anak mereka! Lega…tapi asrama Wisma MAIS menyimpan banyak kenangan.

Jun 2005: Dinner di Hotel Concorde sempena Perjanjian Kerjasama YPM-UNISEL bagi pelaksanaan program JAD. Julai 2005: Kursus Motivasi Kumpulan 1 di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Berjujuran airmata pelajar bila jiwanya ‘diusik’

fasilitator, bekerjasama menyiapkan assignment dan tekun mendengar. Semuanya nampak ceria dan balik dengan semangat baru!

Ogos 2005: Persatuan Pelajar mula bertugas dengan rasminya. Biar banyak kekurangan tapi semuanya telah berkhidmat dengan baik sekali, mengorak langkah dengan jayanya dan melontarkan banyak idea bagi bagi menfaat bersama. I appreciated it!

Okt 2005: Setiap malam Jumaat pelajar ada Kuliah Maghrib di Surau. Bulan Puasa buat Tarawikh dan bertadarus. Bagi menghargai usaha pelajar YPM raikan di Majlis Buka Puasa di Quality Hotel Shah Alam.

Dis 2005 : Majlis Hari Raya dan perpisahan GM bersama pelajar JAD disambut meriah di Kompleks Belia Shah Alam. Pencarian pelajar Kursus Intensif Bahasa Jepun & Bahasa Inggeris Kumpulan 1 bermula.

Jan 2006: Seramai 17 pelajar baru mendaftar, tinggal di hotel, senior jealous sebab adik-adik dapat tinggal tempat yang best! Tapi anda semua tiada beza pada kami.

Feb 2006: First Robocon ever, kami semua bangga dapat tengok pelajar JAD boleh cipta robot. Tahniah juga didedikasikan untuk pensyarah yang terlibat!. Sukan…sukan… Kejohanan sukan antara pelajar sangat digalakkan, badan sihat, otak cergas!. Lepas sukan Puan Normawati approved dinner, ada bakat terpendam, main guitar ala-ala 60an…

dan bercuti ke Genting Highland!.

Mac 2006: Bulan exam. Semua concentrate untuk capai kejayaan. Pelajar Kumpulan 1 kehilangan beberapa rakan kerana gagal dalam pengajian. Work hard, study smart!

April/May 2006: Pengambilan pelajar Kumpulan 2 bermula. Temuduga, hati tersentuh bila ada pelajar yang tinggal jauh di pendalaman tidak mampu datang untuk sesi temuduga. YPM sangat prihatin dan sentiasa membantu!

Jun 2006: Pelajar Kumpulan 2 mendaftar, senior dah ada ramai adik baru. Kawan-kawan office kata anak-anak saya dah bertambah ramai! Macam-macam perangai nak dilayan… tapi kasih sayang sama-rata. Pelajar Kumpulan 1 & 2 dihantar ke Kursus Motivasi di Look Out Point, Ampang… getting to know each other. I WILL! Itulah tema kem motivasi kali ini dan

semuanya seronok dapat tidur dalam khemah aircond!

Julai 2006: Pelajar-pelajar Kumpulan 1 buat Pertandingan Drama Inggeris. Pelajar-pelajar JAD sangat berbakat dan banyak idea. Good!

Sept 2006: Pelajar Kumpulan 1 dihantar mengikuti Kelas Muzik Gamelan dan Tarian di UiTM. Walau belum berpeluang membuat persembahan tarian, yang keras macam kayu, nampak lembut bila menari. Jari-jemari yang asyik menghayun pena, kini mahir bermain gamelan. Alunan muzik juga merupakan terapi yang sangat baik! Biar jauh anda pergi, budaya bangsa dilupa jangan!

Oktober 2006: Majlis Khatam AlQuran dan Berbuka Puasa di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

YPM - JAPANESE ASSOCIATE DEGREE 117

Page 3: CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI fileJan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit

Dis 2006: 1st Education Fair, 15 wakil universiti Jepun buat pameran dan pelajar Kumpulan 1 buat pemilihan universiti. Nampak pelajar bersemangat cari maklumat mengenai universiti yang bakal dipilih! Sekali lagi aku berpeluang bertugas ke Jepun mengiringi Ahli Pengurusan bagi Menandatangani Perjanjian kerjasama YPM-JUCTe, pemantauan dan temuduga calon-calon biasiswa Master & PhD. Dalam kesibukan tugas aku berkesempatan ke kaki Gunung Fuji yang indah, melihat bagaimana sulfur terbentuk dan mengharungi Tasik Hanoke, menginsafkan diri dengan keagungan Tuhan.

Selesai tugas di Tokyo, rombongan meneruskan perjalanan ke Osaka melalui Kyoto, bandar bersejarah, menaiki Shinkanzen untuk melawat Program Monozukuri di Kinki University. Di sini, ada pelajar yang sudi bawa saya ke Kobe, menyusuri China Town dan melihat pesta lampu Luminari yang merupakan acara tahunan di Kobe.

Jan 2007: 100 Pelajar-pelajar Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Jepun 2007 mendaftar di Kompleks Rakan Muda, Klang. ‘Bos’ MPP dapat ramai adik-adik baru!

Feb 2007: Robocon Ke 2, bertambah baik dan mendapat liputan akhbar. Pelajar-pelajar JAD sangat berbakat!

Mac 2007: Bulan exam dan semua aktiviti off. Graduasi Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Jepun 2007 dan julung-julung kalinya Kumpulan Gamelan diberi peluang buat persembahan dikhalayak ramai. I’m proud to all of you! Sukan dan gotong-royong adalah aktiviti pelajar JAD lepas exam.

Satu hari, Team Momento datang berbincang untuk terbitkan majalah, kesinambungan Majalah Adz-zariyat. Masa rehat saya memang dikhaskan untuk bertemu dan berbincang dengan pelajar-pelajar. Kami teruja sangat nak terbitkan majalah pelajar JAD.

April 2007: Semua pelajar-pelajar JAD berpindah ke apartment baru di Taman Bukit Pelangi

(Subang Jaya) yang lebih selesa. Pihak YPM cuba menyediakan kemudahan yang lebih baik. Kami kakitangan bertungkus lumus buat persediaan. Semoga pelajar dan ibubapa faham kenapa mereka berpindah. Pelajar Kumpulan 3 mendaftar, bertambah lagi keluarga JAD.

Mei/Jun 2007: Sukan…sukan… Pelajar JAD memang minat bersukan! Juga bagi memastikan pelajar sentiasa sihat dan cergas. Belajar tetap diutamakan.

Julai 2007: Kontrak kerja tamat pada 31 Julai 2007. Rasa kasih sayang kepada semua pelajar adalah faktor utama yang membuatkan saya menandatangani kontrak baru.

Ogos 2007: Pesanan penaja! Kursus Motivasi di Holiday Villa untuk Pelajar Kumpulan 1 yang akan mengikuti Kursus Biro Tatanegara sebagai persediaan ke luar negara pada Mac 2008. Syarat utama ke luar negara sudah disempurnakan.

Sept 2007: Tahun ini, sekali lagi Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berbuka Puasa diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Majlis berbuka puasa terakhir untuk pelajar-pelajar Kumpulan 1. Walaupun sibuk belajar tapi pelajar-pelajar tak lupa memperbanyakkan ibadah di bulan puasa.

Oktober 2007: Majlis Hari Raya 1428H yang diraikan bersama-sama rombongan 300 pelajar dari Kobe Takatsuka High School, Jepun. Pertama kali YPM menerima tetamu seramai ini dan

Rumah terbuka YPM diraikan sederhana tetapi meriah dengan khemah ala ‘Arabian’! Kumpulan Gamelan & Tarian mengadakan persembahan.

Nov 2007: Education Fair ke 2, kini giliran pelajar-pelajar Kumpulan 2 mendapatkan maklumat daripada universiti Jepun. Pelajar-pelajar Kumpulan 1 pula menduduki Peperiksaan Kemasukan ke universiti. YPM manganjurkan dinner, Kumpulan Gamelan, Tarian, Dikir Barat dan Nyanyian berpeluang buat persembahan di Majlis Makan Malam Sempena Education Fair ke 2 dan mendapat pujian para tetamu! Ada yang menitiskan airmata bila lihat pelajar-pelajar JAD buat pelbagai persembahan. Berbaloi rasanya tapi ada satu insiden lucu bila saya terjatuh kerana sibuk menguruskan dinner!

Dis 2007: Bulan yang paling sibuk di DPPT, semua kakitangan terlibat dengan proses pengambilan calon-calon Kursus Intensif di seluruh negara. Bahagian Akademik & HEP juga melaksanakan pengambilan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana & Phd. Jarang sekali berada di Office sebab banyak bertugas di luar. Satu hari, saya rasa sangat terharu bila ada pelajar yang hantar message dah dapat penempatan universiti di Jepun. Alhamdulillah, semua sudah dapat penempatan universiti, cepatnya masa berlalu… tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat anda berjaya!

CATATAN SEBUAH PERJALANAN

118 MOMENTO モーメント

Page 4: CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI fileJan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit

Dan apa-apa yang kamu belanjakan (di jalan kebaikan), maka Allah akan menggantikannya dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Saba’ : 39)

Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingat Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu akan tenteramlah hati manusia. (Ar- Ra’ad:28)

Jan 2008: Seramai 300 pelajar mendaftar untuk mengikuti Kursus Intensif Bahasa Inggeris & Jepun 2008 di UNITEN. Bulan ni Unit Akademik & HEP sibuk sangat dengan persiapan ke luar negara untuk pelajar-pelajar Kumpulan 1. Isu penempatan dan biasiswa kena dibereskan.

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar Kumpulan 1 yang akan bergraduasi. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA kepada pelajar-pelajar yang akan ke Jepun. Untuk kohai, belajar rajin-rajin, nanti boleh ikut senpai… Good Luck!

Sebelum mengakhiri pena ini, jutaan penghargaan ditujukan khas untuk keluarga yang sangat memahami dan sabar dengan kesibukan saya di DPPT; terima kasih kepada bos dan rakan-rakan sekerja yang sentiasa memberi kerjasama dan pelajar-pelajar yang memberi sokongan! Kepada Team Momento Arigatou gozaimasu dengan idea dan komitmen untuk menghasilkan memori indah ini.

JANGAN TAKUT PADA KEGAGALAN KERANA IA DETIK PERMULAAN SEBUAH KEJAYAAN. NEVER GIVE UP!

To all Batch 1, 2 & 3:

Even without seeing all of youEven without saying a wordEven without sending messagesI will always remember all of youWish all of you happiness and safety…………

YPM - JAPANESE ASSOCIATE DEGREE 119

Page 5: CATATAN SEBUAH PERJALANAN DIARI CIK NURMAWATI fileJan 2005: Alhamdulillah, Kursus Motivasi yang pertama saya kendalikan di Nur Lembah Pangsun untuk pelajar-pelajar Kumpulan 5 sedikit

スピーチコンテスト Speech Contests Speech Contests