catatan refleksi internship

Upload: ispiderz

Post on 02-Apr-2018

410 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Catatan Refleksi Internship

    1/4

    CATATAN REFLEKSI

    1. Isu / Perkara yang difokuskan :

    Program Syooknyer.. Sains!!

    2. Analisis isu / perkara yang difokus :

    2.1 Kekuatan :

    2.1.1 Pihak sekolah telah bersetuju untuk menanggung kos percetakan dan vass

    untuk wartawan Syooknyer.. Sains!!. Manakala peruntukan untuk hadiah

    para pemenang pertandingan diambil daripada hasil jualan buletin.

    2.1.2 Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pihak pentadbir, guru

    guru dan murid murid di mana hampir 500 naskah bulletin habis dijual

    kepada murid murid.

    2.1.3 Program ini memberi pengalaman baru kepada guru pelati mengendalikanprojek tambahan pula ini merupakan projek yang melibatkan interaksi

    orang luar di mana kami berurusan dengan Pegawai Pelajaran Daerah

    Besut bagi merasmikan pelancaran program Syooknyer.. Sains!!.

    2.2 Kelemahan :

    2.2.1 Tempoh masa Program Syooknyer.. Sains!! ini adalah satu tempoh masa

    yang singkat kerana program ini sebenarnya memerlukan tempoh masa

    yang panjang.

    2.2.2 Masa perasmian terpaksa dipendekkan dalam tempoh 20 minit kerana

    murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR

    3. Cadangan penambahbaikan :

    Jika program ini dirancang dengan lebih teliti dan mempunyai tempoh masa yang

    panjang untuk dijayakan, pelbagai aktiviti lagi yanag menarik boleh dirancang agar

    projek ini lebih menarik. Contoh aktiviti lain ialah mengadakan pertandingan kuiz,

    mereka cipta, kitar semula,menjayakan hari Sains dan sebagainya.

    CATATAN REFLEKSI

  • 7/27/2019 Catatan Refleksi Internship

    2/4

    1. Isu / Perkara yang difokuskan :

    Menyemarak Semangat Patriotisme SKTM

    2. Analisis isu / perkara yang difokus :

    2.1 Kekuatan :

    2.1.1 Mendedahkan para pelajar dan guru bagaimana menjiwai dan memupuk

    rasa sayang kepada Negara disamping dapat menarik minat murid

    terhadap mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.

    2.1.2 Memberi pendedahan kepada murid dan guru sikap kerjasama berpasukan

    mewujudkan hasil yang kemas dan berkualiti serta dapat berkongsi idea

    dan merapatkan hubungan di antara guru pelatih dan guru guru.

    2.1.3 Mencungkil bakat seni dalam kalangan para pelajar Sekolah Kebangsaan

    Tengku Mahmud dan sekaligus dapat memberi pengalaman baru kepadaguru pelatih untuk mengendalikan projek kerjasama bersama guru dan

    murid.

    2.2 Kelemahan :

    2.2.1 Tempoh masa Program Syooknyer.. Sains!! ini adalah satu tempoh masa

    yang singkat kerana program ini sebenarnya memerlukan tempoh masa

    yang lama untuk mewarna jalur gemilang sepanjang 30 meter.

    2.2.2 Masa untuk guru mewarna adalah singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain.

    Sikap murid yang lebih suka bermain juga menyebabkan kain yang diwarna

    lambat siap.

    3. Cadangan penambahbaikan :

    Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru dan murid yang terlibat untuk

    memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan disamping

    dapat mengatasi masalah kesuntukan masa. Kami harus membuat perancangan masa

    membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih

    baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerjapada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan

    cepat.

    CATATAN REFLEKSI

    1. Isu / Perkara yang difokuskan :

  • 7/27/2019 Catatan Refleksi Internship

    3/4

    Wake Up Your Ideas

    2. Analisis isu / perkara yang difokus :

    2.1 Kekuatan :

    2.1.1 Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari

    prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu pertandingan yang melibatkan

    ramai murid.

    2.1.2 Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu

    aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan

    rakan-rakan lain.

    2.1.3 Menyediakan satu peluang kepada murid untuk menjana dan meluahkan

    idea mereka dalam menghasilkan kenderaan dan menambah minat murid

    terhadap mata pelajaran Kemhiran Hidup. 2.2 Kelemahan :

    2.2.1 Kesuntukan masa untuk murid menghasilkan model kenderaan kerana

    masa yang panjang diperlukan untuk membuat model kenderaan yang

    boleh bergerak.

    2.2.2 Sesi pembentangan model kenderaan yang dihasilkan oleh murid tidak

    dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa dan tidak dirancang dengan

    sistematik.

    3. Cadangan penambahbaikan :

    Aktiviti ini memerlukan lebih ramai guru yang melibatkan diri kerana sekolah ini

    mempunyai bilangan murid yang ramai. Selain itu, program ini hendaklah dirancang

    lebih awal kerana memerlukan tempoh yang agak panjang untuk memberi peluang

    kepada murid untuk menghasilkan model yang terbaik.Sesi pembentangan juga

    hendaklah dijalankan untuk mengetahui keistimewaan model kenderaan yang dihasilkan

    oleh murid.

    CATATAN REFLEKSI

    1. Isu / Perkara yang difokuskan :

    Senamrobik SKTM

  • 7/27/2019 Catatan Refleksi Internship

    4/4

    2. Analisis isu / perkara yang difokus :

    2.1 Kekuatan :

    2.1.1 Kekuatan utama projek ini ialah aktiviti senamrobik ini sememangnya

    diminati oleh kesemua warga sekolah, terutamanya murid-murid. Hal ini

    kerana, di samping dapat menyihatkan badan, aktiviti ini dapat dilaksanakan

    dengan cara yang bersahaja dan diiringi oleh muzik.

    2.1.2 Aktiviti senamrobik ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama

    warga sekolah.

    2.1.3 Menerapkan budaya hidup sihat dengan cara yang mudah. Mungkin

    sebelum ini murid-murid mempunyai satu stigma bahawa senaman itu

    membosankan namun setelah aktiviti ini dijalankan, mereka harus mengakui

    bahawa senaman adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan.

    2.2 Kelemahan :

    2.2.1 Aktiviti ini dijalankan selama 1 jam di kawasan yang terbuka. Hal ini

    menyebabkan kebanyakan murid sudah mula hilang fokus dan gagal untuk

    mengikut setiap pergerakan dengan tepat selepas 30 minit pertama

    senamrobik.

    2.2.2. Sistem audio yang kurang memuaskan menyebabkan murid-murid yang

    berdiri di belakang gagal mengikut setiap pergerakan dengan tempo yangbetul.

    3. Cadangan penambahbaikan :

    Jika program ini dirancang dengan lebih teliti, pemilihan lagu yang sesuai dengan

    citarasa murid akan diberikan tumpuan dan pergerakan-pergerakan lebih menarik akan

    dilakukan ketika sesi senamrobik . Selain itu, disarankan supaya penggunaan sistem

    audio yang lebih baik dapat menarik minat murid bagi menyertakan diri dalam aktiviti

    senamrobik sebegini.