catatan bedah filem-laskar pelangi

Upload: gptd-unisel

Post on 07-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    1/9

    CATATAN BEDAH FILEM LASKAR PELANGI

    Andrea Hirata

    Riri Riza

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    2/9

    Promo Bedah Filem Siri 2

    Bedah Filem Siri 2 : Laskar Pelangi

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    3/9

    Laskar Pelangi 1

    Laskar Pelangi 2

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    4/9

    LASKAR PELANGI yang dinukilkan oleh Andrea Hirata kemudian diterjemahkan pula oleh

    Riri Riza ke dalam layar perak memang patut dihargai. Kisah ini dimulai dengan suara latar Ikal

    yang pulang ke kampung halamannya di Belitong. Menaiki bas dan mengimbas kembali kisahriwayat hidupnya semasa persekolahan di SD Muhammadiyah Gantong yang berlatarkan pada

    tahun 1974. Belitong adalah pulau terkaya di Indonesia yang sarat dengan hasil bumi timah.

    Tetapi kekayaan ini hanya dirasai oleh penjajah Belanda dan segelintir golongan elit. Ketika haripertama sebelum ke sekolah Ikal telah diusik oleh abang dan kakaknya kerana terpaksa memakai

    kasut kakak yang berwarna merah jambu. Ibunya memujuk dan berjanji jika ada wang akan

    dibelikan kasut yang baru. Ikal tidak kecil hati atau malu. Dia tetap pergi ke sekolah.

    Dalam perjalanan ke sekolah bersama bapanya menaiki basikal satu jeritan didengarkan. Hoi

    percuma (sia-sia) sekolah, akhirnya kau jadi kuli juga, jerit pekerja buruh PT Timah. Ini adalah

    gambaran awal tentang suasana kemiskinan dan pemikiran masyarakat Belitong yang tidak mahu

    mengutamakan pendidikan. SD Muhammadiyyah hanya ada tiga orang pendidik. Pak Harfanadalah ketua sekolah. Ibu Muslimah (di panggil Mus atau Bu Mus) dan Bakri adalah gurunya.

    Murid yang paling awal hadir adalah Lintang dari Tanjung Kalumpang. Aku nak sekolah!,

    kata Lintang kepada Bu Mus. Dia datang berseorangan dengan kereta angin (basikal) keranaayahnya ke laut sebagai nelayan. Lintanglah yang paling jauh tempat tinggalnya tetapi yang paling awal hadir pada hari ini. Karektor Lintang sangat berpengaruh dan menghidupkan

    semangat dalam filem ini.

    Hari itu adalah penentu jika tiada 10 orang murid, sekolah ini akan ditutup oleh pemerintah.Dalam penantian yang membimbangkan guru dan ibubapa, Harun hadir berlari menyelamatkan

    mereka semua. Hadirnya Harun, maka cukuplah syarat 10 murid untuk membolehkan SD

    Muhammadiyah terus berbakti kepada umat. Harun itu anak istimewa tetapi punya semangat

    untuk belajar. Tidak kebanyakan orang dewasa di Belitong yang sudah putus asa untuk terus belajar dan menyimpan cita-cita. Pilihan mereka adalah buruh di PT Timah atau nelayan.

    Teman-teman Ikal, Lintang dan Harun yang lain adalah Mahar, Kucai, Syahdan, Trapani,Samson, Sahara dan A. Kiong (berbangsa Cina). SD Muhammadiyyah adalah satu-satunyasekolah yang menerima pelajar daripada keluarga miskin. Ada di antara mereka tidak punyai

    pakaian seragam pun. Malah memakai selipar sahaja. Tetapi semangat untuk menuntut ilmu

    patut diteladani.

    Babak seterusnya mengisahkan suasana persekolahan lima tahun berikut iaitu tahun 1979. Kinimurid-murid SD Muhammadiyah telah memasuki tahun lima. Kucai adalah ketua kelas. Anak

    murid ibu gaya setan semuanya itu, mulai sekarang aku nak berhenti jadi ketua kelas, luahan

    Kucai kepada Bu Mus. Bu Mus memujuk Kucai dengan berpesan Menjadi seorang pemimpin

    adalah tugas yang mulia. Sahara, temannya menambah kemudiannya, Al Quran

    mengingatkan, bahawa kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. Pesan itu sangat terkesan kepada Kucai. SD Muhammadiyah Gantong yang punyai seorangmurid berbangsa Cina turut mengikuti pengkisahan Bahtera Nabi Noh di dalam kelas agama.

    Malah ketika solat juga A. Kiong turut berjamaah bersama. Keadaan sekolah yang usang dengan

    atap bocor, lantai simen yang pecah tidak rata dan dinding kayu yang buruk memang akan

    terganggu jika hujan turun. Kadang-kadang mereka terpaksa bersama kambing-kambing yangdatang berteduh.

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    5/9

    Selepas itu, Pak Harfanlah yang akan membersihkan sekolah sementara Bu Mus membawa

    murid keluar mengikuti pendidikan luar darjah. Melihat alam, langit dan pelangi yang terpancar.Laskar Pelangi ayuh kita pulang, jerit Bu Mus . Ya bu, jawab Laskar Pelangi. Itulah babakyang mengesahkan bahawa judul filem ini memang dan tentang LASKAR PELANGI. Laskar

    atau disebut tentera menjadi simbolik perlambangan displin dan kesungguhan mereka menuntut

    ilmu. Mereka sangat hormat pada guru. Pelangi membawa makna kepada kepelbagaian warnakeceriaan cita-cita besar murid-murid SD Muhammadiyah dan warna warni suka duka pejuangan

    guru mempertahankan sekolah dengan keunikan tersendiri yang mempertahankan teras agama.Sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar

    pelengkap kurikulum, kecerdasan bukan dilihat dari nilai-nilai dari angka-angka itu, tapi dari

    hati , pesan Pak Harfan pada sahabatnya Pak Zul(karnain). Malah menegaskan kepada Pak Zul,Aku, Bakri, Muslimah masih tetap bisa bertahan bersama ke sepuluh murid-murid Kurnia

    Allah itu.

    Di SD Muhammadiyah, murid yang paling pintar adalah Lintang. Kadang kala dia lewat ke

    sekolah dek kerana buaya melintas. Babak buaya melintas diulang beberapa kali menegaskan

    tentang kesabaran dan kesungguhan seorang anak murid tetap mahu pergi ke sekolah walaupunada bahaya di hadapan. Dia sangat cekap mengira. Malah semasa kelas matematik, dia menjawabsoalan hanya dengan mencongak sahaja. Lintang juga sangat suka membaca dan kuat

    ingatannya. Di SD Muhammadiyah, Bu Muslimah adalah satu-satunya guru wanita. Dia sangat

    sensitif jika ada yang meremehkan anak muridnya terutama Harun yang istimewa. Ketika Mustidak menerima gaji selama dua bulan, dia tetap redha. Tetapi dia mencari kerja lain dengan

    menjahit sebagai menampung kehidupannya. Semangatnya tetap berkobar untuk bertahan di

    sekolah ini lebih-lebih lagi bapanya antara orang bertanggungjawab membina danmembangunkan SD Muhammadiyah Gentong. Bapanya adalah sahabat baik Pak Harfan.

    Semasa libur atau cuti sekolah. Filem Laskar Pelangi merakamkan visual yang menarik sekitar

    Belitong. Setiap murid SD Muhammadiyah melakukan aktiviti masing-masing berdasarkankebiasaan mereka. Suasana dan persekitaran Belitong memang dapat digambarkan. Bu Mus terusmengusahakan kegiatan menjahit baju. Lintang pula sekali sekala membantu ayahnya sebagai

    nelayan dan menguruskan adik-adiknya. Ikal pula membantu berjual di pasar bersama teman-

    teman yang lain. Apabila kembali kes sekolah lagi, babak Pak Harfan menyampaikan pidatotentang kisah Perang Badar memaku perhatian murid-muridnya. Pak Harfan berpesan lagi,

    Anak-anak ku kekuatan itu dibentuk oleh iman bukan oleh jumlah tentera. Jadi ingatlah anak-anak ku, teguhkan pendirianmu, kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang

    kuat untuk mencapai cita-cita, kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah,

    menghadapi tantangan macam apa pun. Pak Harfan melanjutkan pesan besar kepada Laskar

    Pelangi dengan penuh maknawi, Dan ingat hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya

    bukan menerima sebanyak-banyaknya.

    Ketika Bakri memaklumkan kepada Pak Harfan dan Muslimah tentang dia menerima tawaran

    mengajar di sekolah lain. Muslimah tersentak dan cuba memujuk Bakri bagi mempertahankan

    satu-satunya sekolah Islam di Belitong. Namun Bakri membalas dengan sebuah persoalan

    tentang persepsi masyarakat terhadap pendidikan dan SD Muhammadiyah. Pak Harfan pasrahwalaupun pada awalnya cuba memujuk juga. Masyarakat sudah tidak lagi peduli tentang

    kepentingan pendidikan. Tidak ada orang peduli tentang sekolah kita Pak. Semua orang tidak

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    6/9

    percaya bahawa anak-anak miskin pun punya hak untuk belajar, Muslimah mengungkap

    persepsi Bakri dan masyarakat. Selepas pertemuan itu Muslimah tetap setia dengan sekolah dan

    berazam untuk mempertahankan sekolah itu. Muslimah dan Pak Harfan bekerja lebih keras lagitanpa putus asa bagi memastikan anak-anak miskin juga punya hak untuk sekolah. Yang

    penting kita, tak boleh putus asa. Tugas kita menyakini anak-anak ini bahawa mereka harus

    berani punya cita-cita, Pesan Pak Harfan pada Muslimah. Pernah juga Pak Harfan suatu ketikabertanya tentang pinangan saudagar Jawa terhadap Muslimah. Tetapi jawapannya ringkas dan

    padu, Mimpi aku ini bukan jadi isteri saudagar pak. Mimpi aku jadi guru.

    Babak Ikal bersama Lintang membeli kapur di Toko Sinar Harapan agak melucukan. Kenangan

    terindah bagi Ikal apabila jatuh hati selepas terlihat jari jemari dan kuku A. Ling anak pemiliktoko yang kedekut. Sekuntum bunga berguguran sebagai simbolik hati Ikal sudah ada tanam.

    Dadanya berdebar dan senyuman terukir dibibir. Pulang ke sekolah berbasikal bersama Lintang

    dengan gembira. Ikal jatuh cinta hanya kerana terpukau dengan kecantikan kuku A. Ling.Malamnya Ikal menuliskan catatan TAK PERLULAH AKU KELILING DUNIA. Sejak itu

    Ikal keracunan kuku (meminjam istilah Lintang). Aku melihat sesuatu yang lebih indah

    daripada muzik mu Har , kata Ikal kepada Mahar. kuku-kuku paling indah di Sinar Harapan,tambah Ikal lagi. Ikal terpukau sekali lagi apabila kembali ke Toko Sinar Harapan untuk mencurikesempatan bertemu A. Ling dengan alasan mengambil kapur cap Harimau. Kali ini mereka

    bertentang mata. Kuntuman bunga berguguran lagi. Ikal dan Mahar pulang dengan girang. A.

    Keong yang merupakan sepupu A. Ling didesak oleh Ikal agar mereka dapat berjumpa. KemarukIkal disedari oleh bapanya apabila perasan Ikal menggunakan minyak rambut Tanco. Hujung

    minggu kebetulan Keluarga A. Keong dan A. Ling ada pertemuan. Maka Ikal memang hadir dan

    tunggu dengan sabar di luar rumah A. Keong. Saat A. Ling muncul, Ikal tenang sahaja. Itulahkali pertama barangkali temu janji mereka. A. Ling berbaju merah anggun memuji puisi Ikal dan

    menyalin kesemuanya pada buku lain.

    Slot nyayian oleh Mahar yang berjudul Seroja memang mengasyikan disamping untukmenyedarkan angan-angan Ikal yang sudah gila bayang kerana ditinggalkan oleh A. Ling yangpergi ke Jakarta. Kebetulan pula Mahar memuji muzik tradisional Melayu dan menggunakan

    kompang sebagai instrumen dalam nyayiannya. Ikal terubat selepas nyayian Mahar. Bait-bait

    lagu mengajak Ikal agar jangan bermenung dan inginkan cinta asmara kerana masanya belumtiba. Sekarang adalah menanam, menjaga dan memetik bunga Seroja. Seroja itulah ilmu. Jagalah

    ilmu untuk dengan penuh tanggungjawab. Hanyatilah lirik di bawah:

    Mari menyusun seroja bunga seroja

    ha..ha..ha..

    Hiasan sanggul remaja puteri remaja

    Rupa yang elok dimanja jangan dimanja

    Puja lah ia oh saja sekadar saja

    Mengapa kau bermenung oh adik ku berhati bingung 2x

    Janganlah engkau percaya dengan asmara 2x

    Sekarang bukan bermenung zaman bermenung

    Mari bersama oh adik memetik bunga

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    7/9

    SD Muhammadiyah berjaya menarik perhatian menonton apabila mempersembahkan sebuah

    kesenian tarian yang kreatif dan alami. Mahar yang sering mendapatkan keputusan yang baik

    dalam kelas kesenian dilantik sebagai ketua kelompok oleh Bu Mus. Pak Harfan mengingatkanbahawa tiada peruntukan disediakan untuk mereka. Tenang saja Pak, serahkan pada Mahar

    dan alam, jawab Mahar kepada Pak Harfan. Persembahan ketika hari karnival mengujakan

    penonton yang hadir. Persembahan yang memukau itu akhirnya berjaya menggondol juara. Pialakebanggaan dan berharga itu diletakkan di dalam peti kaca sebelah meja guru. Flo datang dan

    ingin belajar di SD Muhammadiyah kerana tertarik dengan persembahan yang diketuai Mahar.

    Selepas kehadiran Flo kegiatan oleh murid-murid di sekolah agak pelik kerana terpengaruhdengannya. Keputusan pelajaran juga merosot. Kemuncaknya apabila mereka pergi ke Pulau

    Lanun membongkar misteri Tok Bayantula yang lucu. KALAU NAK PINTAR BELAJAR!

    KALAU NAK HASIL USAHA! catatan oleh sang Bayantula.

    Detik yang mengusik jiwa sanubari apabila Pak Harfan meninggal di atas meja kerja. Seorangyang berjiwa besar telah pergi meninggalkan sekolah, guru Muslimah dan murid-muridnya.

    Langit juga turut menangis menurunkan hujan. Muslimah paling terkesan dan benar-benar

    merasakan kehilangan orang yang disayangi. Pak Harfan seperti bapanya juga. SempatMuslimah sungul kerana terhimbau kenangan bersama Pak Harfan membangunkan sekolah ini.Lima hari kelas tidak ada kerana Bu Mus tidak hadir. Maka murid-murid lain juga tidak hadir

    kemudiannya, yang tinggal hanya Lintang dan Ikal. Kita harus punya cita-cita dan di sekolah

    inilah perjalanan hidup kita dimulai, Lintang menyakinkan Ikal agar tetap setia belajar.Bermula saat itu mereka berdua memanggil kembali teman yang lain untuk terus bersekolah.

    Maka Lintanglah yang mula mengajar dengan serba serbi yang ada atas semangat sedia belajar,

    mengajar dan diajar. Pak Zul sahabat Pak Harfan memujuk Muslimah agar terus mengajar disekolah kerana murid-muridnya menanti.

    Bu Mus kembali ke sekolah meneruskan perjuangannya bersama sebelas orang murid-muridnya.

    Pak Zul juga turut membantu mana yang boleh. Kecemerlangan sekali lagi muncul bersama SDMuhammadiyah apabila memenangi pertandingan pengetahuan am pada 17 Ogos 1979.Kombinasi Lintang , Ikal dan Mahar memang padu serta punya kepintaran masing-masing.

    Bertambahlah piala kemenangan di dalam peti kaca. Kegembiraan sekolah tidak lama apabila

    Lintang tidak ke sekolah. Kemudian Bu Mus menerima kirim surat daripada Lintang sepertitercatat kandungannya :

    Ibunda guru,

    ayah ku telah meninggal

    nanti aku akan ke sekolah

    untuk mengucapkan

    salam terakhir

    kepada guru dan teman-teman

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    8/9

    Waktu itu SD Muhammadiyah menangis lagi dengan perginya Lintang kerana terpaksa

    menanggung adik beradiknya yang lain. Lintanglah murid yang pertama datang ke alam

    persekolahan tetapi kini dia yang paling awal meninggalkan alam persekolahan. Ikal yang palingterkesan. Tamatlah imbasan Ikal di dalam bas. Babak akhir semasa Ikal sampai di Pekan

    Manggar dia bertemu Lintang yang sudah berkeluarga dan semangat untuk belajar diteruskan

    oleh anak perempuannya. Tujuan aku balik ke kampung adalah untuk berterima kasih kepadasemua. Terutama kepada kau, ungkap Ikal kepada Lintang.

    Filem Laskar Pelangi memperlihatkan jalinan peranan Riri Riza dan Andrea Hirata sangat

    mantap sehingga daripada naskhah novel berjaya digarapkan menjadi sebuah tayangan filem.

    Riri Riza benar-benar merealisasikan hampir ke semua plot cerita di dalam teks novel kepadavisual, sound efek, dialog sehinggakan imbasan Laskar Pelangi melekat di dalam minda dan

    melintas di dalam hati penontonnya. Tema kemiskinan dan pendidikan yang disinggung dalam

    karya ini memang membuka hati nurani. Bagi yang punyai jiwa pasti menitiskan air mata. Palingtidak hatinya pasti bergetar dan hidup kembali selepas mendengar dengan teliti setiap dialog

    yang diungkapkan dengan bahasa lokal (Melayu Belitong). Melihat riak wajah dan tingkah laku

    watak-watak yang dimainkan penuh terkesan. Pesan-pesan Pak Harfan dan Muslimah kepadaanak muridnya seperti tembus ke dalam benak minda dan hati kita.

    Kesimpulannya, perubahan dan cetusan bermula dari hati. Hatilah yang harus dibangunkan

    dahulu. Kesabaran pendidik membimbing dan memberi tunjuk ajar dengan penuh hikmah

    (kebijaksanaan) adalah elemen penting. Tetapi pasti di antara pendidik yang tewas keranahabuan dunia dan survival. Keikhlasan pendidik mampu mempertahankan sebuah perjuangan

    membela hak keilmuan buat semua insan walaupun bukan muslim. Itulah adil namanya. Ketika

    persepsi masyarakat menyakini bahawa belajar di sekolah itu sia-sia kerana akhirnya menjadi

    kuli jua. Sang pendidik tetap tekun merealisasikan sebuah keyakinan dan membuktikan merekaberjaya melahirkan keunikan tersendiri. Hanya ilmu dapat merubahkan kehidupan hadapan. Ilmu

    hanya dapat dikuasai dengan hati yang bersih dan akal yang cerdas. Laskar Pelangi adalah anakmurid yang taat kepada gurunya. Mereka memiliki sifat sayang dan kasih kepada gurunya. Itulahsuatu nilai yang sudah pudar saat ini. Mereka juga berani dan yakin diri menghasilkan karya

    kreatif walaupun dengan serba serbi kurang.

    Mereka belajar dari alam dan berbicara dengan alam. Bukankah alam itu adalah tanda-tanda

    (ayat-ayat) kebesaran Allah swt? Apabila alam menyampaikan mesejnya melalui bahasatersendiri. Maka Allah swt sebenarnya berbicara kepada hambanya. Laskar Pelangi berjaya

    memperhatikan alam dan belajar dari alam. Lintang semakin cekal dan tabah setelah dilatih

    berulang-ulang kali ketika melalui laluan sang buaya. Melihat pelangi, mereka belajar tentangsains dan menerima dengan redha keragaman warna cabaran kehidupan. Mereka tidak malu jadi

    miskin. Mereka mahu sekolah dan belajar. Itulah prasyarat menjadi sang murid. Maka mudahlah

    untuk pendidiknya menyampaikan keilmuan. Perlu ada kemahuan dan keberanian ketika merekake Pulau Lanun. Demi mencari sebuah kebenaran dan inilah proses belajar yang jujur. Cuma

    perlu hati-hati agar tidak gelincir, jangan lakukan syirik. Maka kerana itu pentingnya

    pembimbing yang dapat memberi nasihat.

  • 8/3/2019 Catatan Bedah Filem-laskar Pelangi

    9/9

    Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Pesanan agar jangan tertipu dengan

    cinta sementara. Utamakan ilmu. Tanam, jaga dan petiklah hasilnya. Bukan masanya lagi untuk

    memendam rasa berkasih cinta. Walaupun itu adalah fitrah insani. Fitrah cinta perlu bila sampaimasanya. Capai cita-cita dulu. Makanya cinta akan mengejar mu bersama-sama cita-cita mu. Jika

    takdir cita-cita tidak kesampaikan. Jangan putus asa kobarkan semangat yang sama kepada

    generasi pewaris agar dia berjaya kecapi. Jaga hati. Berjiwa besar. Berani dan berilmu. Beradabdan gila-gila. Berimpianlah. Ikuti perjalanan riwayat hidup Ikal yang akan bersambung di dalam

    filem Sang Pemimpi. Maka bermimpilah...

    ABU IRSYAD

    Khamis, 12 Mei 2011 @Bestari Jaya

    Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)

    [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]