catan

27
CATAN NURUL NADWAH BINTI KHALID IP KAMPUS IMU KHAS

Upload: nadwah-khalid

Post on 29-Jun-2015

5.157 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Catan

CATANNURUL NADWAH BINTI KHALID

IP KAMPUS IMU KHAS

Page 2: Catan

 Definisi catan

• Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya.

• Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.

Page 3: Catan

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.

• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.

Page 4: Catan

SEJARAH CATAN

• Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco.

• Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.

• Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak.

Page 5: Catan

MEDIA CATAN

• a) Cat Air• Bahan warna dalam karya cat air ialah bahan pewarna

dalam bentuk tiub. Ia bersifat lut sinar dan lembut. Cat air akan menjadi tebal sekiranya warna disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Page 6: Catan

• b) Cat Poster• Cat poster boleh didapati dalam tiub atau

botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya dengan menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Page 7: Catan

• c) Cat Tempera• Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat

dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Page 8: Catan

• d) Cat Minyak• Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup.

Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik impasto, glazing, cat tepat atau hardedge, scumbling, pointelistik.

Page 9: Catan

CATAN BARAT

• Aliran-aliran seni catan di barat• Klasik • Barroque • Romanticisme

• Impressionisme • Post-Impressionisme

•Ekspressionisme• Kubisme • Surelisme • Seni Pop

Page 10: Catan

Aliran Klasik

• • Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman • kelahiran semula.

• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.• Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan

• bangsawan. • Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-

• orang bangsawan dan golongan kaya.

Page 12: Catan

Aliran Romanticism • Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.

• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.• Penggunaan garisan luar yang terang.• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.• Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Page 14: Catan

Aliran Barroque

• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.• Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.• Latar belakang karya berwarna gelap• Karya tertumpu kepada objek

Page 16: Catan

Aliran Impressionism

• Aliran muncul pada abad ke-19.• Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.• Warna bertindih-tindih.• Tidak melukid secara detail.• Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. • Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Page 17: Catan

Karya Pierre-Auguste Renoir

Page 19: Catan

Aliran Post-Impressionisme

• Realiti itu sentiasa baru dan tegas• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.• perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.• warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

Page 21: Catan

Aliran Kubisme

• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.• Warna yang bertenaga

Page 23: Catan

Aliran Ekpresionisme

• Menolak ciri-ciri tradisi klasik• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.• Penggunaan warna yang dramatik• Tidak ada imej yang jelas.• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Page 25: Catan

Aliran Surelisme

• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Page 27: Catan

Aliran Seni Pop

• Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.• Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.• Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.• Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.• Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.• Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.