catalog 2011 pelamin

22
Singgahsana impian raja sehari Idea terkini kotak hantaran Aksesori pelamin dari SSF serta panduan menarik khusus untuk rujukan bakal pengantin dalam memilih aksesori pelamin. Kepelbagaian bentuk kotak-kotak hantaran memberi idea dan nafas baru kepada gubahan hantaran yang menggunakan kotak. Your Wedding something for 30% (untuk kain sahaja di bahagian langsir) Promosi dari sekarang hingga Disember 2011 * Tertakluk T&S. Diskaun

Upload: ssf

Post on 02-Jul-2015

151.920 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Catalog 2011 Pelamin

Singgahsana impian raja sehari

Idea terkini kotak hantaran

Aksesori pelamin dari SSF serta panduan menarik khusus untuk rujukan bakal pengantin dalam

memilih aksesori pelamin.

Kepelbagaian bentuk kotak-kotak hantaran memberi idea dan nafas baru kepada gubahan

hantaran yang menggunakan kotak.

Your Weddingsomething for

30%(untuk kain sahaja di bahagian langsir)

Promosi dari sekarang

hingga Disember 2011

* Tertakluk T&S.

Diskaun

Page 2: Catalog 2011 Pelamin

2 SSF Pelamin 2011

Singgahsana impian raja sehariAksesori pelamin dari SSF serta panduan menarik khusus untuk rujukanbakal pengantin dalam memilih aksesori pelamin.

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting dalam menguruskan sesebuah majlis perkahwinan. Pertama adalah peringkat merisik untuk menyelidik latar belakang selain memastikan gadis yang dihajati masih belum berpunya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. PertunanganPertunangan ialah tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan memberi cincin tanda serta barangan lain seperti sepasang kain dan selendang, kuih-muih dan manisan. Kedua belah pihak akan berbalas hantaran mengikut nombor ganjil seperti 7 dulang dari pihak lelaki dan berbalas 9 dulang dari pihak perempuan.

PernikahanSelesai majlis pertunangan, kedua belah pihak akan memilih tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan. Majlis ini diadakan sehari sebelum majlis persandingan. Dalam majlis ini, perlu ada wali, pengantin perempuan dan lelaki, kadi dan juga saksi. PersandinganPasangan pengantin akan ditepung tawar dengan air mawar, beras kunyit serta bunga rampai oleh keluarga kedua belah pihak. Selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih. Kemudian, diikuti majlis makan beradab. HantaranHantaran berubah mengikut peredaran semasa bertemakan konsep dan warna mengikut pilihan

pasangan pengantin sama ada mahukan konsep Melayu tradisional, moden atau Inggeris. Adat BerinaiMajlis berinai diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Ia diadakan sebelum hari langsung dan selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Tip-tip untuk Raja Sehari

• Catat barangan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk majlis perkahwinan anda supaya tidak terlupa atau tercicir

• Pilih butik yang menawarkan pakej lengkap dari andaman, pelamin, pakaian dan katering.

• Pilih kad jemputan yang sesuai dengan tema majlis selain nama anda, pasangan dan alamat betul bagi mengelakkan tetamu sesat.

• Tempah juru foto yang benar-benar berpengalaman dalam bidang ini bagi memastikan detik tersebut dirakamkan dengan menarik.

Tercari-cari tempat untuk mendapatkan perkhidmatan perkahwinan? Di SSF, segalanya tersedia untuk merealisasikan impian Raja Sehari satu kenyataan.

Selain tip persediaan perkahwinan, khidmat nasihat, kelengkapan gubahan hantaran, aksesori dekorasi dan pelbagai jenis produk lain. Kunjungi cawangan SSF yang berdekatan kediaman anda.

2 SSF Pelamin 2011

Page 3: Catalog 2011 Pelamin

3

Singgahsana impian raja sehari

3

Dis

play

SSF

CCD

Tea

m P

hoto

grap

hy R

oy D

esig

n/A

rt D

irect

ion

Hele

n La

u

Page 4: Catalog 2011 Pelamin

4 SSF Pelamin 20114 SSF Pelamin 2011

Bingkisan hantaran semaian cinta adabi

Gubahan hantaran indah penyeri majlis perkahwinan dari pihak pengantin lelaki.

Page 5: Catalog 2011 Pelamin

5

Cara membuat:1. Lekatkan span di bahagian bawah pinggan dan gamkan.2. Langkah sterusnya lekatkan span di bahagian atas pinggan dan gamkan.3. Guntingkan baki span.4. Balut pinggan dengan kain organza dan gamkan.5. Kemaskan keliling pinggan dengan meletakkan renda di bahagian tepi pinggan.6. Akhir sekali, tindakan renda dengan renda kecil untuk mencantikkan lagi bahagian tepi keliling pinggan.

Bahan-bahan:Kain organza, glue gun, gunting, renda, span, pinggan.

1

3

5

2

4

6

Bunga tangan penambah seriTatkala pengantin melangkah sambil berpegangan tangan, mata tetamu tidak terlepas dari memandang keindahan busana dan kecantikan raut wajah.

Tidak ketinggalan jambangan bunga di tangan turut menjadi santapan mata. Keindahannya menjadi tarikan tidak kira kecil mahupun besar. Yang penting ia penambah seri buat si pengantin.

Page 6: Catalog 2011 Pelamin

6 SSF Pelamin 20116 SSF Pelamin 2011

Tautan kasih dua jiwa bertemu di singgahsana yang serba indah mewah“

Page 7: Catalog 2011 Pelamin

7

Sehembus rindu cinta berpaduBekas hantaran dan hiasan memainkan peranan penting bagi memastikan hantaran tampil menarik, tersendiri dan unik. Sentuhan menarik di setiap gubahan

Bahan-bahan:Bunga-bunga pilihan anda, dua reben organza berlainan saiz, pelilit hijau, dawai halus, tinsel, gunting, dan cutter.

Cara membuat:1. Lilit dawai halus menggunakan pelilit hijau.2. Lilit bunga pada dawai tadi.3. Lilit dan susun bunga sehingga menjadi dulang bunga.4. Selesai melilit, bengkokkan sedikit mengikut ukuran dulang.5. Gubahan anda sudah siap dan sedia untuk diletak pada hantaran.

2

4

1

3

5

hantaran juga merupakan tanda kasih padu di jiwa dan menjadi memori abadi pasangan mempelai.

Tautan kasih dua jiwa bertemu di singgahsana yang serba indah mewah. Pilihan aksesori untuk digayakan pada pelamin penting bagi memastikan setiap perincian sesuai dan mengikut tema yang di pilih. Di SSF terdapat pelbagai pilihan aksesori yang mengikut trend masa kini dengan sentuhan eksklusif. Gabungan bunga segar dan tiruan menjadikan majlis anda penuh gemilang.

Page 8: Catalog 2011 Pelamin

8 SSF Pelamin 2011

Cinta semanis impianAksesori pelamin dari SSF serta panduan menarik khusus untuk rujukan bakal pengantin dalam memilih aksesori pelamin.

Cenderahati pengantin biasanya merupakan cenderahati unik untuk tetamu yang hadir di majlis perkahwinan. Selain disematkan di dalam beg cenderahati, ia juga boleh dijadikan sebagai hiasan penyeri meja untuk tetamu majlis.

Biarpun kecil, namun penggayaan cenderahati ini seringkali tidak diabaikan kerana ia antara satu daya tarikan di dalam sebuah majlis perkahwinan. Malah,

ia bagaikan satu kemestian dari pihak pengantin dan keluarga sebagai ucapan penghargaan kerana meraikan dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Jika dahulu, bunga telur diberikan sebagai cenderahati. Namun, perubahan zaman dan kepelbagaian kreativiti, cenderahati kini diberi dalam bentuk jambangan potpourri, lilin, bekas seramik, bingkai gambar dan lain-lain dengan hiasan menarik.

Page 9: Catalog 2011 Pelamin

9

Hadir dalam pelbagai bentuk rekaan dan corak terkini, cenderahati kini semakin penting. Tidak hairanlah ada antara bakal pengantin yang berdepan dengan kesukaran memilih cenderahati yang sesuai untuk majlis bersejarah mereka.

Selain menyediakan bekas potpouri, lilin, bekas seramik yang menarik, SSF turut menyediakan cenderahati berbentuk kotak kecil. Untuk kelainan, anda boleh menggantikan telur dengan gula-gula mahupun coklat di dalamnya.

Page 10: Catalog 2011 Pelamin

10 SSF Pelamin 2011

Kotak hantaran untuk idea terkiniKotak hantaran memudahkan kerja-kerja menghias hantaran. Kepelbagaian bentuk kotak-kotak hantaran memberi idea dan nafas baru kepada gubahan hantaran yang menggunakan kotak.

1

3

2

4

Cara membuat:1. Guntingkan reben mengikut diameter penutup kotak.2. Lekatkan kedua-dua hujung reben seperti dalam gambar rajah.3. Lekatkan gubahan bunga di atas reben tadi.4. Buat gubahan reben and lekatkan bersama gubahan bunga tadi.

Bahan-bahan:Gunting, glue-gun, tinsel, reben, gubahan bunga dan kotak hantaran.

Koleksi-koleksi terbaru kotak hantaran di SSF boleh didapati dalam pelbagai jenis, saiz, bentuk dan warna sesuai dengan tema majlis perkahwinan. Antara koleksi terbaru kami seperti kotak hantaran berkunci, kotak hantaran bertangkai dan kotak berbentuk buku yang pastinya menjadikan hantaran kelihatan lebih eksklusif dan elegan.

Page 11: Catalog 2011 Pelamin

11

Aksesori hiasan bunga pahar

4

Pemberian bunga pahar merupakan satu kemestian di dalam majlis perkahwinan. Kepelbagaian bunga pahar di pasaran kini membolehkan pasangan pengantin memilih mana satu yang berkenan di mata. Di SSF sendiri mempunyai pelbagai jenis bunga pahar yang cukup menarik dan eksklusif. Selain dijadikan hiasan pelamin, bunga pahar ini juga disediakan khas untuk tetamu yang berhasrat menepung tawar pasangan pengantin.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bunga pahar termasuklah bunga tiruan, batu berukir, plastik, reben, manik dan lain-lain lagi. Bagi anda yang tidak mempunyai kreativiti mengubah atau tiada masa untuk berbuat demikian, anda boleh membeli bunga pahar yang sudah siap digubah di SSF.

SSF mengandungi pelbagai hiasan pelamin seperti bunga tiruan, batu berukir, plastik, reben, manik dan lain-lain lagi untuk menenuhi citrarasa anda.

Page 12: Catalog 2011 Pelamin

12 SSF Pelamin 2011

Sentuhan kreatif, unik dan moden dengan pelbagai pilihan corak dan bentuk bunga

“”

12 SSF Pelamin 2011

Page 13: Catalog 2011 Pelamin

13

Bagi yang ingin menghasilkan gubahan bunga pahar mengikut idea dan kreativiti sendiri, pilihan manik serta renda dengan pelbagai corak, warna dan bentuk pasti memenuhi keperluan anda. Kunjungi segera SSF bagi mendapatkan aksesori yang anda ingini. Hubungi cawangan yang berdekatan kediaman anda, atau melayari website kami, www.SSFHOME.com.

Page 14: Catalog 2011 Pelamin

14 SSF Pelamin 2011

Bukan sekadar hiasan utama menyerikan kediaman, reka bentuknya yang cantik dengan pelbagai corak dan fabrik menceriakan ruang tingkap dan pintu kediaman anda.

Langsir pelengkap dekorasi kediaman

Bukan sekadar hiasan utama menyerikan kediaman, reka bentuknya yang cantik dengan pelbagai corak dan fabrik menceriakan ruang tingkap dan pintu kediaman anda.

14 SSF Pelamin 2011

Page 15: Catalog 2011 Pelamin

15

Tidak kira sama ada fabrik mahal mahupun murah, pastikan ia bersesuaian dengan kediaman anda. Langsir terbahagi kepada tiga iaitu kepala langsir, badan langsir dan juga aksesori. Bagi yang ingin mendapatkan kain mahupun aksesori untuk langsir kediaman anda, kunjungilah kami dengan segera untuk mendapat diskaun sebanyak 30% di bahagian langsir.

30%(untuk kain sahaja)*

Promosi dari sekarang

hingga Disember 2011

* Tertakluk T&S.

Diskaun

Page 16: Catalog 2011 Pelamin

16 SSF Pelamin 2011

Selain bertujuan menceriakan suasana kediaman, langsir juga penting dari sudut kesihatan dan juga pencahayaan masuk. Untuk mencantikkan lagi langsir, pelbagai aksesori di hasilkan untuk memperkemaskan lagi langsir berkenaan. Antara aksesori yang diperkenalkan adalah trek untuk pergantungan langsir dan Tussle atau Tie Back untuk mengikat badan langsir ke sisi tingkap.

Di SSF terdapat pelbagai bentuk, corak dan warna untuk memilih sendiri sama ada anda mahukan railing yang diperbuat daripada besi, kayu atau jenis cangkuk atau penyangkut tali langsir seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

16 SSF Pelamin 2011

Page 17: Catalog 2011 Pelamin

17

Terdapat pelbagai gaya jahitan kepala langsir seperti Lipatan kotak, Lipatan Bertindih, Lipatan Pensil, Skallop dan sebagainya. Selain itu, aksesori yang sesuai boleh menambah seri pada langsir. Ia boleh diletakkan pada kepala langsir mahupun tempat menggantung dan mengikat langsir ke sisi tingkap.

Di SSF terdapat pelbagai aksesori yang di jual termasuklah renda, tali pengikat langsir dan tali langsir atau Tie Back dengan pelbagai corak dan warna mengikut pilihan dan sesuai dengan langsir kediaman anda.

Kepala Tirai

Skallop

Lipatan Kotak

Lisu Renda

Lipatan Pensil

Lipatan berbutang

gAYA jAHiTAn KePALA LAngSiR

Page 18: Catalog 2011 Pelamin

18 SSF Pelamin 2011

Percikan mewah pada hiasan meja makan

Pilihan warna tema untuk meja makan yang bersesuaian amat penting dalam memberi impak pada raja sehari serta setiap tetamu. Sentuhan ringkas yang tidak terlalu sarat memberi impak yang cukup eksklusif.

18 SSF Pelamin 2011

Page 19: Catalog 2011 Pelamin

19

8

19

Page 20: Catalog 2011 Pelamin

20 SSF Pelamin 2011

Aksesori tambahan berupa manik-manik berjuraian pasti menambahkan seri di meja makan. Untuk suasana lebih elegan dan romantik, tambahkan dengan nyalaan lilin di atas meja makan beradab. Lebih menarik andai ia diletakkan di dalam bekas lilin dengan corak kerawang. Selain nampak kemas dan cantik, ia juga lebih selamat.

Page 21: Catalog 2011 Pelamin

21

Meja makan akan lebih terserlah dengan atur letak serta pemilihan warna, juntaian manik, perhiasan bunga, lilin hiasan di atasnya.

“”

Page 22: Catalog 2011 Pelamin

Kad IstimewaSSF @ Home SSF Business Partner

HADIAH YANG MeMeNUHI CITRARASA AHLI-AHLI

FAeDAH & KeISTIMewAAN• Nikmati 2% - 7% mata rebat • Nikmati nilai yang lebih baik untuk barangan terpilih • Diskaun sehingga 35% pada pembelian terpilih semasa hari jadi • Jemputan eksklusif untuk jualan tahunan

FAeDAH & KeISTIMewAAN• Nikmati 2% - 5% rebat baucar tunai• Nikmati nilai yang lebih baik untuk barangan terpilih• Diskaun sehingga 5% ke hadapan untuk SSF Dekorasi Rumah & SSF Pusat Gaya Hidup Kreatif• Jemputan eksklusif bagi jualan tahunan Loyalty Programe

something for

SSF Creative Lifestyle HubJalan TAR, KL : 03-2691 0020Bandar Sri D’sara 32, KL : 03-6276 6286Bandar Sri D’sara Lot 17, SeL : 03-6275 2550Puchong Jaya, SeL : 03-8076 1110Cheras : 03-9130 1400Johor Bahru : 07-351 4681

Penang : 04-226 5020Butterworth : 04-397 9020Melaka : 06-286 4080 Ipoh : 05-255 0580Kuantan : 09-514 8020 Kota Bahru : 09-746 2500

SSF CurtainRobson Heights, KL : 03-2273 3580 Shah Alam, SeL : 03-5512 5020Bandar Sri D’sara Lot 17, SeL : 03-6272 6020 Puchong Jaya, SeL : 03-8076 2228Cheras : 03-9130 1568Johor Bahru : 07-353 3020Penang : 04-226 5030

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi cawangan berdekatan anda:

Tertakluk kepada terma & syarat.