caramenjawabsoalanbahagianc-111016073423-phpapp01

2
CARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C: Mengulas pengajaran/nilai murni dalam petikan. CONTOH PETIKAN Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya. Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu. CONTOH CARA MENJAWAB Banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dalam petikan. Antaranya, kita hendaklah rajin menghadiri latihan sukan. Selain itu, kita mestilah jujur seperti tidak mahu mengambil wang di dalam dompet yang kita temui. Seterusnya, kita hendaklah berakhlak mulia dan tidak terpengaruh dengan hasutan rakan untuk mengambil dompet itu. Selain itu, kita patut bertanggungjawab dengan menyerahkan dompet itu kepada guru bertugas. Akhir sekali, kita mesti menghargai sikap baik seseorang dengan cara memberikan pujian atas tindakan yang dilakukan.

Upload: nathasyaazalia

Post on 03-Oct-2015

217 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dcv

TRANSCRIPT

CARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C: Mengulas pengajaran/nilai murni dalam petikan.CONTOH PETIKANTulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.CONTOH CARA MENJAWABBanyak pengajaran yang dapat kita peroleh dalam petikan. Antaranya, kita hendaklah rajin menghadiri latihan sukan. Selain itu, kita mestilah jujur seperti tidak mahu mengambil wang di dalam dompet yang kita temui. Seterusnya, kita hendaklah berakhlak mulia dan tidak terpengaruh dengan hasutan rakan untuk mengambil dompet itu. Selain itu, kita patut bertanggungjawab dengan menyerahkan dompet itu kepada guru bertugas. Akhir sekali, kita mesti menghargai sikap baik seseorang dengan cara memberikan pujian atas tindakan yang dilakukan.72 patah perkataan

bersikap PEKAK jika ada orang yang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-cita mu!Selalulah berfikir:I CAN DO THIS! Semoga berjaya!!