cara pemanasan badan

Upload: saranya-kaliappan

Post on 15-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Ramai dikalangan kita rajen bersenam, namun ramai juga yang mengalami sakit-sakit badan hanya disebabkan cara dan persediaan senaman kita yang kurang sempurna. Harini aku nak kongsi serba sedikit mengenai amalan bersenam yang sehat.

Sebelum memulakan senaman:

sebelum kita memulakan senaman, seeloknya kita pastikan kita telah mengambil makanan dan minuman yang secukupnya, ini penting untuk kita mempunyai tenaga awal yang mencukupi. Memang ramai yang ingin bersenam untuk menurunkan berat badan dan justeru itu mereka tidak ingin mengambil makanan atau minuman yang secukupnya. Ini akan menyebabkan perkara-perkara atau kemalangan yang tidak diingini akan berlaku hanya kerana kita pitam atau sebagainya.

Biasakan diri melakukukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti senaman yang penuh. ini penting untuk membolehkan otot-otot badan kita bekerja dalam keadaan yang sihat. Aktiviti pemanasan badan ini perlulah melibatkan pergerakan otot-otot seluruh badan. Contoh alat terbaik untuk aktiviti pemanasan ini adalah Cross Trainer. Lakukan aktiviti pemanasan badan dari 510 minit.

Semasa bersenam:

Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:

Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai . ARTIKEL

Panaskan badan sebelum bersenam Oleh Ziauddin Sharuddin

Regangan badan penting supaya otot berfungsi dengan baik, elak kecederaan

PAKAR kenderaan sering menasihat pemandu supaya memanaskan enjin terlebih dulu sebelum memulakan perjalanan, terutama pada waktu pagi.

Apakah tujuan membiarkan enjin dalam keadaan melahu selama beberapa minit sebelum digerakkan? Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Akibatnya, bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan berat hingga enjin lebih cepat rosak.

Apakah kaitan memanaskan enjin dengan senaman? Tubuh manusia sama seperti enjin. Jika enjin menerima kesan buruk akibat kegagalan pemandu memanaskan enjin, tubuh manusia juga berkeadaan serupa.

Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.

Masalah yang dialami Itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.

Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.

Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.

Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.

Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.

Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.

Kebaikan memanaskan badan

FAKTOR utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.

Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.

Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

Kebaikan menyejukkan badan

SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.

Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.

Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.

Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

INFO: Teknik memanaskan badan

PASTIKAN aktiviti memanaskan badan dilakukan mengikut teknik yang betul. Tempoh masa yang sesuai sekurang-kurangnya 10 minit. Kaedah lain yang digunakan ialah urutan kerana meningkatkan pengaliran darah melalui otot, tetapi mesti diikuti regangan otot.

Regangan betis

Berdiri dengan sebelah kaki berada di depan. Secara perlahan-lahan pindahkan berat badan kepada kaki depan. Ini menyebabkan otot betis diregang ke arah belakang. Kekalkan kedudukan itu kira-kira lima minit.

Kepantasan

Aktiviti berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

Regangan bahu dan dada

Kedua-dua belah tangan di bahagian belakang dalam keadaan seperti bersalam. Tangan kemudian digerakkan ke atas dan kekalkan keadaan itu selama lima minit.

Melonggarkan bahagian atas tubuh

Gerakkan kedua belah tangan dari bahagian atas secara berperingkat-peringkat hingga ke bawah.

Teknik menyejukkan badan

BERSENAM tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam tidak boleh diabaikan.

Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.

Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

Penyejukan

Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

Memperlahankan kepantasan

Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

Menurun

Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

Sihat Adakah Anda Gila Membeli Belah? Makanan dan Peranannya Buat Tubuh Lelaki 6 prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa

Solat untuk kesihatan Hj. Lokman Abdul Hamid - Terapi Penawar Syifa Terapi Guasa Berhenti merokok sebelum terlambat Maklumat Kolestrol Coklat kurangkan tekanan darah Tabiat kesihatan baik hadapi H1N1 Mencegah penularan wabak H1N1

Scribd Explore Community Upload a Document Search Books, Presentations, Business, Academics... Login Sign Up | Log In

1First Page Previous Page Next Page / 34Zoom Out Zoom In Fullscreen Exit Fullscreen Select View Mode View Mode Book Slideshow ScrollReadcast

Add a Comment Embed & Share Reading should be social! Post a message on your social networks to let others know what you're reading. Select the sites below and start sharing. Readcast this DocumentLogin to Add a CommentShare & Embed Link / URL: Embed Size & Settings: Width: Auto Height: (proportional to specified width) Start on page: Preview View: Scroll Book Slideshow Tiled More share optionsAdd to Collections Download this Document for FreeAuto-hide: off

Warming Up Warming Upd a n dan Cooling Down Cooling Down Disediakan oleh: Kumpulan 1 :

5 PISMP AMBILAN JANUARI 2008 IPG Kampus Temenggong Ibrahim PENGENALAN MEMANASKAN BADAN (WARMING UP) Gerakan-gerakan gantle exercise di mana ia boleh meningkatkan pemberatan beransur-ansur. MENYEJUKKAN BADAN (COOLING DOWN) Memeperlahankan tahap aktiviti beransur-ansur Kenapa perluwarm-up?1/2 Meningkatkan pengaliran darah ke otot- otot oksigen dan nutrien; Memanaskan otot-otot menggalakkan pelepasan tenaga t/balas & menjadikan otot2 lebihsupple;

Sediakan otot-otot untuk regangan Sediakan jantung untuk peningkatan dalam aktiviti Sediakan mental untuk latihan. Kenapa perluwarm-up?2/2 Mengutamakan laluan saraf ke otot untuk bersedia dengan latihan Mengelakkan tekanan tak terkawal dan keletihan pada otot2, jantung dan peparu.

Kenapa perlu cool down? Bantu kadar denyut jantung dan pernafasan kembali kepada kadar rehat beransur-ansur.

Bantu elak pengsan atau pening darah berkumpul di otot2 besar di betis Bantu buang sisa dari otot2 asid laktik terjadi semasa aktiviti lasak Bantu sedia otot2 untuk latihan akan datang. Bagaimana mengenalpasti 1/2 Warm up? Lakukan aktiviti yang meningkatkan kadar jantung dan pernafasan disamping meningkatkan suhu otot2.

Mesti ada light sweat sekurang- kurangnya. Utk aktiviti biasa 5 ke 10 minit (atau lama sedikit pada musim sejuk). Untuk lebih dari aktiviti biasa, pjgkan masa dan perlu tambahan regangan tertentu mengikut aktiviti yang ingin dijalankan kemudian.

Bagaimana mengenalpasti 2/2 Cooling down? Jalankan senaman yang intensiti rendah minumum 5 hingga 10 minit Diikuti rutin regangan. warming up dan cooling down pembentangan tajuk gerko olahraga berkenaan dengan pemanasan dan penyejukkan badan sebelum PJ atau sukan