cara mengumpul data

5
Cara Mengumpul Data Kajian yang dijalankan ini berbentuk naratif dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul data. Menurut Neuman (2000), penyelidik perlu mengenal pasti kajian, iaitu sama ada kuantitatif ataupun kualitatif berdasarkan persoalan kajian dan jenis data yang dikumpulkan. Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati. Tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya. Oleh kerana kajian ini hanya ditujukan kepada sebuah sekolah, hanya kelas yang saya ajar sahaja iaitu murid Tahun 3 Bestari yang telah saya kaji. Murid-murid tidak dipilih dan diagih secara rawak kepada kumpulan kawalan dan eksperimen. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data perlulah sesuai dan memudahkan untuk menganalisis data yang diperoleh. Saya telah memilih tiga instrumen pengumpulan data iaitu pemerhatian, soal selidik dan temubual. Data-data dikumpul menggunakan instrument dibuat semasa dan selepas guru mengajar menggunakan kaedah yang dibuat untuk mendapatkan data yang tepat. Ia bagi menguji tahap keberkesanan aplikasi permainan bahasa tersebut. Menurut Tuckman (1978), temu bual merupakan cara yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada membuat pemerhatian terhadap tingkah laku.

Upload: nzm91

Post on 07-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cara

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Mengumpul Data

Cara Mengumpul Data

Kajian yang dijalankan ini berbentuk naratif dengan menggunakan pendekatan

kualitatif untuk mengumpul data. Menurut Neuman (2000), penyelidik perlu

mengenal pasti kajian, iaitu sama ada kuantitatif ataupun kualitatif berdasarkan

persoalan kajian dan jenis data yang dikumpulkan. Pendekatan kualitatif ialah

prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati.

Tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung

kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-

orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya. Oleh kerana kajian ini hanya

ditujukan kepada sebuah sekolah, hanya kelas yang saya ajar sahaja iaitu murid

Tahun 3 Bestari yang telah saya kaji. Murid-murid tidak dipilih dan diagih secara

rawak kepada kumpulan kawalan dan eksperimen.

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data perlulah sesuai dan memudahkan

untuk menganalisis data yang diperoleh. Saya telah memilih tiga instrumen

pengumpulan data iaitu pemerhatian, soal selidik dan temubual. Data-data dikumpul

menggunakan instrument dibuat semasa dan selepas guru mengajar menggunakan

kaedah yang dibuat untuk mendapatkan data yang tepat. Ia bagi menguji tahap

keberkesanan aplikasi permainan bahasa tersebut.

Menurut Tuckman (1978), temu bual merupakan cara yang berkesan bagi

mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada membuat pemerhatian

terhadap tingkah laku.

Temu bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bila subjek dan penyelidik hadir dalam proses

memperolehi dapatan kajian (sukardi, 2004) berkenaan dengan fakta, kepercayaan,

perasaan, kehendak, yang diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan (Mohd,

2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting

dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual dalam beberapa situasi

penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya

tentang sesuatu peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan

sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.

Page 2: Cara Mengumpul Data
Page 3: Cara Mengumpul Data

Analisis dan Interpretasi Data

Temu bual tidak berstruktur merupakan instrument yang digunakan dalam

pendekatan kualitatif. Beberapa soalan telah disediakan bagi tujuan tersebut. Temu

bual akan dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan aktiviti

permainan bahasa yang telah dilaksanakan. Beberapa orang murid akan dipilih

secara rawak untuk ditemu bual oleh guru. Sesi temu bual akan direkodkan dalam

bentuk video ataupun audio.

Page 4: Cara Mengumpul Data

Pemerhatian

Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah

penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Melalui

pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek

berpandukan pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang

digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini

melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli

kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak sebagai

pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami

sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan pemerhatian menjadi lebih sah dan

boleh dipercayai.

Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah

pemerhatian berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian

berstruktur pengkaji mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di

mana tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian .

Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.

Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan

peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid secara

Page 5: Cara Mengumpul Data

langsung dan tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu dijalankan.