cara melaksanakan solat taubat

6
Cara melaksanakan solat taubat : Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat; Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT ( sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar ), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail. Lafaz NIAT َ ى ل عاَ تِ ه لِ لِ نْ يَ تَ عَ كَ رِ هَ ب وَ ت ل اَ هَ نُ س يِ لَ ص% اErtinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: . : atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran. Rakaat KEDUA - Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah Al- Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW:

Upload: noorazniera

Post on 06-Feb-2016

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

solat taubat

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Melaksanakan Solat Taubat

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;

Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja    (sama ada malam atau   pun di siang   hari) sebaik-baik sahaja   merasakan diri   telah mengengkari   suruhan   Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada   Allah SWT ( sebagai contoh   ialah   tidak menutup aurat,   melakukan   dosa-dosa kecil   lain mahu   pun dosa   besar ),  kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Lafaz   NIAT

أصلي سنة التوبة ركعتينلله تعالى

Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat PERTAMA  - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:    .

:     atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

Rakaat KEDUA -  Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah  (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW: 

Page 2: Cara Melaksanakan Solat Taubat

:   atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.

(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-

Kursi sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):

ال إله إال أنت سبحانك إني كنت منالظالمين

Ertinya:Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha

Suci Engkau (daripada   melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!  Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi   diri sendiri

Selepas salam, perbanyakkan Istighfar  sebanyak 100 kali, atau yang   semampunya ,

أستغفر الله العظيم الذي ال إله إال هووأتوب إليه   الحي القيوم    

Ertinya:Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup

Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang   semampunya ,

سبحان الله  العظيمErtinya:

Maha Suci Allah Yang Maha Agong.

Selepas itu,  jika   mampu   lagi  ucapkanlah (seberapa yang mampu):

الله وحده ال شريك له ،ال إلـه إال له الملك وله الحمد يحيـي ويمـيت وهو

على كل شيء قديرErtinya:

Page 3: Cara Melaksanakan Solat Taubat

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja. 

Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) 

dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);

  ال حول  وال   قوة   إال   بالله  العظيمErtinya: 

 "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".

- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):

 اللهم اغفر لي وتب عليErtinya:

"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"  

Page 4: Cara Melaksanakan Solat Taubat

Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:

اللهم أنت ربي ال إله إال أنت،،خلقتني وأنا عبدك

وأنا على عهدك ووعدك ما،استطعت

،أعوذ بك من شر ما صنعت،أبوء لك بنعمتك علي

وأبوء بذنبي فاغفر لي فإنه ال يغفر الذنوب إال أنت

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang

menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.

Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Nabi SAW telah memberitahu bahawa barangsiapa yang membaca Penghulu Istighfar pada Waktu Zuhur, seandainya dimatikan pada Waktu Asar, nescaya dimasukkan dia ke dalam Syurga Allah SWT, begitulah waktu-waktu selanjutnya.

Cara mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google. Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah SWT, Insyallah.  Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Page 5: Cara Melaksanakan Solat Taubat

Wallahua'lam.