cara hidupan melindungi diri daripada musuh dan iklim

7
Cara Hidupan Melindungi Diri daripada Musuh dan Iklim 1. Tumbuhan Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Berduri tajam Nanas, durian, pokok bunga ros Berbau busuk Buah petai, jering, bunga tahi ayam Bergetah Buah nangka, pokok keladi, pokok getah, pokok betik Berkulit tebal dan keras Buah kelapa, buah durian, buah getah 2. Haiwan Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Bercangkerang keras Penyu, kura-kura, ketam Berkuku tajam Helang, kucing, harimau, singa Badan bersisik keras Tenggiling, buaya Tanduk yang tajam dan keras Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan 3. Selain daripada mempunyai sifat-sifat khas dalam bentuk penyesuaian fizikal pada bahagian-bahagian tertentu pada badan, haiwan juga menunjukkan sifat-sifat khas dalam bentuk perlakuan tertentu. 4. Jadual berikut menunjukkan perlakuan haiwan tertentu sebagai perlindungan diri. Sifat khas Contoh haiwan Penyamaran : Warna atau corak pada badan Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas.

Upload: putih001

Post on 10-Aug-2015

3.577 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim

Cara Hidupan Melindungi Diri daripada Musuh dan Iklim 

1. Tumbuhan

 

Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Berduri tajam Nanas, durian, pokok bunga ros Berbau busuk Buah petai, jering, bunga tahi ayam Bergetah Buah nangka, pokok keladi, pokok getah, pokok

betik Berkulit tebal dan keras Buah kelapa, buah durian, buah getah

 

2. Haiwan

 

Struktur/Cara Perlindungan Contoh tumbuhan Bercangkerang keras Penyu, kura-kura, ketam Berkuku tajam Helang, kucing, harimau, singa Badan bersisik keras Tenggiling, buaya Tanduk yang tajam dan keras Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan

 

3. Selain daripada mempunyai sifat-sifat khas dalam bentuk penyesuaian fizikal pada bahagian-bahagian tertentu pada badan, haiwan juga menunjukkan sifat-sifat khas dalam bentuk perlakuan tertentu.

4. Jadual berikut menunjukkan perlakuan haiwan tertentu sebagai perlindungan diri.

 

Sifat khas Contoh haiwan Penyamaran :

Warna atau corak pada badan yang hampir menyerupai keadaan sekeliling

Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas.

Menggulungkan diri :

Menggulungkan diri menjadi bebola yang sukar dibuka atau menggulungkan diri dan berpura-pura mati

Tenggiling, ulat gonggok

Mengeluarkan bau yang busuk :

Bau yang busuk akan menyebabkan

Pepijat, lipas, skunk

Page 2: Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim

musuh lari Mempunyai sengat atau racun berbisa :

Sengat atau racun boleh menyakitkan atau membunuh musuh.

 

Ular, tebuan, lebah, lipan, kala jengking

Menyorok :

Menyembunyikan diri dalam lubang atau cankerang supaya tidak kelihatan oleh musuh

Siput babi, kura-kura, tikus

Deria penglihatan yang mempunyai medan yang luas iaitu hampir 360 atau pendengaran yang tajam : Membolehkan haiwan mengesan musuh dan melarikan diri

 

Arnab, ayam, rusa (medan penglihatan yang luas), kucing, anjing (pendengaran yang tajam)

 

 

4. Untuk melindungi diri daripada iklim yang tidak sesuai atau cuaca yang buruk haiwan mempunyai sifat-sifat khas tertentu seperti berikut:

 

Sifat khas Contoh haiwan Lapisan lemak yang tebal :

Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk

Ikan paus, singa laut

Bulu yang tebal :

Bulu yang tebal memerangkap lapisan udara yang akan menghalang haba terbebas ke persekitaran

Biri-biri, beruang kutub

Berhibernasi :

Tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan penggunakan tenaga

Tupai, beruang, ular

Mempunyai bonggol untuk menyimpan air :

Membekalkan air dalam iklim yang panas seperti gurun

Unta

Kulit berlipat-lipat dan berkedut : Gajah dan badak sumbu

Page 3: Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim

Untuk menambahkan luas permukaan bagi membebaskan haba ke persekitaran dalam cuaca yang panas

 

LATIHAN 

Page 4: Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim

A.        Pilih jawapan yang paling tepat. 

1. Pokok semalu apabila disentuh akan menguncupkan daunnya, ini menunjukkan daun pokok semalu

  A bergerak balas terhadap cahaya.   B bergerak balas terhadap sentuhan.   C telah kering dan layu.   D berbatang lembut.

 

2. Akar tumbuhan bergerakbalas terhadap   A cahaya  matahari.   B serangga dalam tanah.   C air dalam tanah.   D tiupan angin.

          

3. Di antara berikut tumbuhan manakah yang beracun bagi mengelakkan diri dari serangan musuh?

  A Paku pakis   B Cendawan   C Pokok betik   D Pokok tebu

 

4. Pokok yang besar dan tinggi seperti pokok angsana mengelakkan diri dari tumbang apabila ditiup angin kencang dengan cara

  A berbatang keras.   B berdaun lebat.   C berakar serabut.   D berakar tunjang.

 

5. Haiwan berikut menyamar diri bagi  mengelak serangan musuh kecuali   I kerang.   II belalang.   III rama-rama.   IV landak.         A I sahaja   B I dan III sahaja   C I dan IV sahaja   D II dan III sahaja

 

Page 5: Cara Hidupan Melindungi Diri Daripada Musuh Dan Iklim

 B.       Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 

1. Nyatakan empat cara haiwan melindungi diri dari musuh.

  (a) _____________________________________________________

  (b) _____________________________________________________

  (c) _____________________________________________________

  (d) _____________________________________________________

      2. Nyatakan empat cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh.

  (a) _____________________________________________________

  (b) _____________________________________________________

  (c) _____________________________________________________

  (d) _____________________________________________________

      3. Terangkan fenomena-fenomena yang berikut:

  (a) Anjing menjelirkan lidahnya pada hari yang panas.

 

_____________________________________________________

  (b) Kucing menjilat-jilat bulunya pada hari yang panas.

 

_____________________________________________________

  (c) Cicak menanggalkan ekornya apabila diganggu oleh musuh.

 

_____________________________________________________