kepentingan air kepada hidupan

20
Kepentingan Air Kepada Hidupan 1. Air adalah penting untuk semua hidupan. 2. Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan kolam. 3. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian sepertiminuman, membasuh, mandi dan memas ak. 4. Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti: tempat tinggal bagi sesetengah hidupan. bahan mentah bagi industri makanan. 5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani proses hidup dan juga untuk kemandirian. 6. Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti manusia seperti: tumpahan minyak membuang sampah merata - rata penyahutanan

Upload: kidasan

Post on 15-Jan-2016

192 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AIR

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Kepentingan Air Kepada Hidupan1. Air adalah penting untuk semua hidupan.2. Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan kolam.3. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian sepertiminuman, membasuh, mandi dan memasak.4. Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti: tempat tinggal bagi sesetengah hidupan. bahan mentah bagi industri makanan.    5.  Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani         proses hidup dan juga untuk kemandirian.    6.  Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti         manusia seperti: tumpahan minyak membuang sampah merata - rata penyahutanan

membuang bahan buangan bertoksik ke dalam sungai

     7.  Langkah - langkah berikut dapat mengekalkan          kebersihan sumber air:

Page 2: Kepentingan Air Kepada Hidupan

          a)  Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.          b)  Tidak membina kilang berhampiran sumber - sumber air.          c)  Merawat kumbahan sebelum mengalirkannya ke dalam  sungai.

Posted by Ummi Myra at 19:41 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookApa Yang Datang Dan Pergi?

Kitar Air1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi ke atmosfera dan kembali semula ke permukaan bumi disebut sebagai kitar air.2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan air yang berterusan untuk kemandirian.3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan. Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari, tersejat dan membentuk wap air. Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk. Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan air. Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan. Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan menjadi semakin berat. Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke

bumi sebagai hujan.

Page 3: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Posted by Ummi Myra at 19:13 2 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookPerubahan Keadaan BahanBahan Berubah

1. Air boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dangas.2. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.3. Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).4. Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair)5. Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)

Page 4: Kepentingan Air Kepada Hidupan

6. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui proses - proses ini.

Peleburan

Pembekuan

Page 5: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Pendidihan

Kondensasi

Page 6: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Penyejatan

     7.  Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan          semasa proses - proses tersebut.

Proses yang terlibat Perubahan keadaan bahan

Peleburan Pepejal menjadi cecair

Pembekuan Cecair menjadi pepejal

Pendidihan Cecair menjadi gas

Kondensasi Gas menjadi cecair

Penyejatan Cecair menjadi gas

      8.  Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air            adalah seperti berikut:           a)  Pergerakan udara (angin)                Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin           b)  Suhu persekitaran                Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat           c)  Luas permukaan yang terdedah

Page 7: Kepentingan Air Kepada Hidupan

                Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang                terdedah adalah lebih besar.Pencemaran airDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencemaran sungai

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap

sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Pencemaran Air di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di

sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan

seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari

dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang

sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke

dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau

Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun

serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja

tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat

dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu,

Page 8: Kepentingan Air Kepada Hidupan

barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi

memperbetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil

di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke

dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut.

Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan

berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh

itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.

PENCEMARAN AIR

                               

PENDAHULUAN

Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting kepada semua kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman,tujuan pembersihan,pertanian,kegunaan industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika tidak ada air di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini.Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air.

Page 9: Kepentingan Air Kepada Hidupan

KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI

71% dari permukaan dunia.

    -97% air masin (laut)

    -3% air tawar

        - 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.

        - 13% air permukaan (0.4% jumlah air).

Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan   dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada   ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar  dan di atmosfera.

PENCEMARAN AIR

Kita menggunakan air dalam kehidupan seharian,pencemaran air telah berlaku.Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

JENIS PENCEMARAN AIR

Page 10: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Limpahan Minyak Ke Dalam Laut

Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air keranalapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan.Ini dapat 

Page 11: Kepentingan Air Kepada Hidupan

dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

Sisa Buangan Dari Kilang

Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik

Page 12: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Bahan Buangan Domestik Dan Organik

Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah  seperti baja.

Pertanian

Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.

Kesan Pencemaran Air

Page 13: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Kesan Kepada Manusia

Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria,virus,parasit dan bahan kimia yang lain.Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah.DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom.Yang menjadi mangsa adalah  penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Kesan Kepada Organisma Aquatik

Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada 

Page 14: Kepentingan Air Kepada Hidupan

hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

(i)                 Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

(ii)               Melaksanakan program‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’untuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii)             Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda  atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu isu yang memerlukan kerjasama daripada  semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup.Dengan alam sekitar yang bersih,maka lahirlah manusia yang sihat.

AirDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page 15: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Untuk melihat air dari segi perspektif kimia dan teknikal, sila lihat Air (molekul). Untuk melihat rencana air dari segi Islam untuk bersuci, sila

lihat Air (bersuci)

Air mineral

Titisan air

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air

meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Page 16: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun,

terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal

(ais dan salji).

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1     Ciri-ciri   

2     Bekalan air   

3     Galeri   

4     Lihat juga   

5     Rujukan   

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu

atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai

kuat yang dinamakan ikatan kovalen.

Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali

sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara

empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh

dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung

dengan satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikanmolekul air mempunyai caj

positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-

ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi

membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang

diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak

memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan

oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Page 17: Kepentingan Air Kepada Hidupan

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-

bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang

diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

Bekalan air[sunting | sunting sumber]

Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan

oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat. Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu

mencetuskan peperangan di masa akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Gelembung udara yang terperangkap dalam titisan air hujan pada ampaian baju.