cara-cara menghormati ibu bapa

3
Cara-cara Menghormati Ibu Bapa Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah kita lahir di dunia ini. Cara-cara untuk menghormati ibu bapa ialah kita mestilah menjadi anak yang soleh. Kita mestilah mengerjakan solat sebanyak lima waktu sehari iaitu solat pada waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kita mesti mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita selepas kita bersolat. Sebagai seorang anak, kita mestilah mengenang jasa kedua- dua ibu bapa kita. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Jika kita pandai maka kita dapat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa seperti mendapat 5A dalam UPSR. Selain itu, kita mestilah mentaati segala nasihat ibu bapa kita. Kita hendak mendengar cakap ibu bapa. Kita mestilah tidak melawan perintah ibu bapa dan tidak degil kepada mereka. Seterusnya, kita mestilah menyayangi ibu bapa dan adik beradik. Kita hendaklah sentiasa bersalam-salaman untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kita hendaklah tidak bergaduh antara adik-beradik dan mestilah saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, kita mestilah menjadi anak yang rajin sebagai menghormati ibu bapa kita. Kita hendaklah menolong

Upload: jeef10

Post on 06-Dec-2015

365 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Menghormati Ibu Bapa

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa

Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah kita lahir di dunia ini.

Cara-cara untuk menghormati ibu bapa ialah kita mestilah menjadi anak yang soleh. Kita mestilah mengerjakan solat sebanyak lima waktu sehari iaitu solat pada waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kita mesti mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita selepas kita bersolat.

Sebagai seorang anak, kita mestilah mengenang jasa kedua-dua ibu bapa kita. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Jika kita pandai maka kita dapat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa seperti mendapat 5A dalam UPSR.

Selain itu, kita mestilah mentaati segala nasihat ibu bapa kita. Kita hendak mendengar cakap ibu bapa. Kita mestilah tidak melawan perintah ibu bapa dan tidak degil kepada mereka.

Seterusnya, kita mestilah menyayangi ibu bapa dan adik beradik. Kita hendaklah sentiasa bersalam-salaman untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kita hendaklah tidak bergaduh antara adik-beradik dan mestilah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu, kita mestilah menjadi anak yang rajin sebagai menghormati ibu bapa kita. Kita hendaklah menolong ibu di dapur seperti memasak, memotong sayur dan membasuh pinggan-mangkuk. Kita juga boleh menolong ayah mencuci kereta pada hujung minggu.

Kesimpulannya, ada pelbagai cara untuk kita menghormati ibu bapa. Sebagai seorang anak kita mestilah menghormati ibu bapa bak kata pepatah “syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”.

Page 2: Cara-cara Menghormati Ibu Bapa