dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan, sabah, …cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis...

16

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

10 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah mencetuskan satu norma baharu dalam kehidupan masyarakat di negeri ini. PKP yang bertujuan menghalang penularan wabak Covid-19 telah membataskan aktiviti sosial masyarakat dalam banyak urusan seharian, khususnya dalam majlis perkahwinan. PKP telah menetapkan standard operating procedure (SOP) bagi majlis perkahwinan. Ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya penularan Covid-19 ini secara lebih mudah.

Majlis akad nikah yang merupakan perkara paling wajib dilaksanakan telah dihadkan kehadiran para tetamunya. Begitu juga semasa mengadakan jamuan perkahwinan, yang hanya membenarkan jumlah tertentu dalam satu-satu majlis. Jamuan harus dibuat secara hidangan atas meja dan buffet adalah dilarang. Kaunter saringan mesti diwujudkan di depan pintu masuk untuk mengambil butir-butir tetamu, suhu dan memastikan setiap mereka benar-benar sihat, pengelola majlis perlu mendaftarkan semua tetamu di apps MySejahtera. Dalam Islam apa yang sangat digalakan ialah suatu majlis kahwin itu tidak menyusahkan pasangan untuk menghalalkan hubungan dan membina bahtera rumahtangga. Menghadkan tetamu membolehkan penjimatan dibuat dan mengurangkan pembaziran dari segi tempahan makanan dan ruang penyewaan meja kerusi, bingkisan hadiah dan sebagainya.

Hidangan di atas meja yang disyaratkan dalam tempoh PKP ini di samping untk mengelakan jangkitan Covid-19, ia juga lebih tertib dalam menyantuni tetamu dalam menjamu selera. Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati tetamu. Apa pun suasana kini, bernikah dan membuat majlis perkahwinan dalam tempoh PKP ini, mempunyai hikmah di balik kepayahan yang kita hadapi. Semoga kehidupan pasangan-pasangan yang berkahwin dalam tempoh ini akan lebih diberkati.

Kita Jaga Kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanSainuri bin Yahmin

Mohammad Syafiq IsmailUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Majlis Pelancaran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah oleh Yang Berhormat DatukHj. Mohd Arifin Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dan juga gimik pelancaran sumbangan

bahan makanan program JHEAINS prihatin kepada penduduk kampung terpilih seluruh Sabah yangterjejas dengan Covid-19 serta juga pelancaran Pertandingan Kaligrafi Jawi (Khat) dan Kaligrafi Islam

(Nusantara) ke 4, 2020. Hadir bersama di majlis pelancaran tersebut Sahibus Samahah Datuk Hj. Bungsu Aziz Jaafar, Mufti Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman b. Sangul, Pengarah

JHEAINS, Ustaz Norjeli Hj. Dais, Pengarah JAKIM Sabah dan Tuan Ramlan Ag. Ali, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, di Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 12 Rabiulawal 1442H/29 Oktober 2020M

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Sesungguhnya kita berada di satu zaman, di mana, menjadi jujur sudah menjadi satu kejanggalan. Yang menyedihkan, keadaan ini turut melarat dalamkalangan agamawan, di mana kita diuji dengankewujudan pendusta agama yang bertopengkan sufi.Mereka menipu umat Islam dengan kononnya memilikiatsar peninggalan Rasulullah SAW yang aslisedangkan terbukti palsu, lalu mengenakan cas,mengaut keuntungan dengan membuat pamerandusta, di salah satu negeri di Malaysia, di tengahmusim Covid-19 ini.

Sungguh, jauh sekali perbezaan antara sufi hakiki dan kadzzab pendusta bertopengkan sufi ini, naudzubillah.

Hal yang kita alami dinihari mengingatkan saya kepada karya Syekh Yusuf al-Nabhanirahimahullah(w1932M), alim Sufi Palestin, 40 hadis berkenaan akhlak. Apakah hadis pertama yang dibawakan beliau dalam kitab tersebut? Hadis ini.

Daripada Ibn Mas’udradi Allahanhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Hendaklah kalian jujur (dalam kata-kata dan perbuatan). Sesungguhnya kejujuran akan membawakepada amal kebaikan dan amal kebaikan akan membawa ke syurga. Sentiasalah seseorang itu berlakujujur dan berusaha menjadi jujur, hinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang Siddiq.

Kalian jauhilah kedustaan (dalam kata-kata dan perbuatan). Sesungguhnya dusta itu akan membawakepada maksiat dan maksiat akan membawa kepada neraka. Sentiasalah seseorang itu berdusta danberusaha dalam berdusta, hinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang Kadzzab." (HR al-Bukhari& Muslim).

Rahsianya pemilihan hadis ini saya kira, ialah kepentingan menjaga lisan dan amal perbuatan lain,daripada berbohong. Bagaimana wajarnya seseorang beribadat dengan lidah yang suka berbohong?Lidah yang digunakan untuk berbohong kepada makhluk Allah SWT, itulah yang digunakan untuk berzikirmenyebut nama Allah SWT? Naudzubillah.

Inilah bezanya alim sufi hakiki dengan orang-orang yang mengaku sufi, lalu menipu atas namaRasulullahShallallahu ’Alaihi Wasallam, menjual nama baginda dan kemuliaan baginda untuk keuntunganduniawi yang fana ini. Harus kita waspadai bersama.

MENGENALI INTAN ANTARA PERMATA: SUFI HAKIKIVS SUFI PALSU

Oleh:Mohammad Syafi q Ismail

Exco Dakwah dan Intelektual ABIM Sabah

Majlis Penyampaian Bantuan Pek Bakul Makanan oleh Pertubuhan MyAmal Sabah untuk 200 orang murid bagi keluarga asnaf di Kg. Binsuluk dan Pimping yang disampaikan oleh YB DatukHj. Mohd Arifi n Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah yang juga ADUN Membakutbersama-sama YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman b. Sangul, Pengarah JHEAINS merangkapPenasihat MyAmal dan Encik Salleh Mohammed selaku Pengerusi Pertubuhan MyAmal Sabah,majlis diadakan di Sekolah Agama Negeri (SAN) Binsuluk dan Pimping pada 5 November 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

CINTA KEPADA RASULULLAH SAWOleh:

Anakmalayindo

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Tidaklah sempurna iman salah seorang dari kalian, sehingga ia lebih mencintaiku daripada orangtuanya, anaknya dan seluruh manusia" (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Mendengar sabda Nabi di atas, para sahabat mencurahkan kecintaan yang besar kepada sang RasulShallallahu 'Alaihi Wasallam melebihi cinta mereka kepada keluarga. Mereka lebih mementingkankecintaan kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam daripada selainnya. Inilah prinsip hidup para sahabat.

Mereka begitu faham pengaruh cinta dalam kehidupan. Cinta akan memicu seorang, untuk selalu patuhdan tunduk kepada orang yang dicintai iaitu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Dalam al-Quran, Allah Ta’ala telah menekankan hal yang menunjukkan pentingnya kepatuhan dan tundukterhadap perintah Rasul-Nya Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Bahkan Allah Ta’ala mengaitkan ketaatankepada-Nya, dengan ketaatan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebagaimana dalamfi rman-Nya,

"Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah." (An Nisa: 80)

Maksudnya, barangsiapa yang bermaksiat kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, bermaknadia telah bermaksiat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Para sahabat sedar, bahawa cinta ibarat tali yang kuat mengeratkan ikatan hati, antara mereka danRasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Dengan kecintaan yang tulus inilah mereka menggapaikebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah Ta’ala berfi rman,

"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah kemenangan yangbesar." (An Nisa: 13).

Jika kita mempunyai barang kesayangan pasti kita melakukan penjagaan yang rapi dan menyimpannyadi tempat yang baik dan selamat. Begitu juga cinta kepada Rasulullah SAW, harus ada bukti. Di antarabukti kejujuran cinta tersebut adalah, berpegang teguh dengan sunnahnya serta memuliakan parasahabatnya, memperbanyak selawat untuknya, rindu ingin berjumpa dengannya, cinta kepada orang-orang yang dicintainya dan benci kepada orang-orang yang dibencinya. (Makanat as-Sunnah an-Nabawiyah).

NIKMAT KEMANISAN IMANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADISDari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang apabila wujud pada diriseseorang, maka dia akan mendapat kemanisan iman iaitu apabila Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain kedua-dua-Nya. Dan apabila dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan semata-mata kerana Allah SWT. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelahdiselamatkan Allah SWT darinya (setelah beriman) sepertimana dia benci jika dicampakkan ke dalam api neraka."(Riwayat Al-Bukhari).

HURAIAN HADISHadis tersebut menerangkan kepada kita berkenaan cara untuk mendapatkan kemanisan iman.Kemanisan iman sangat penting bagi setiap muslim kerana apabila kemanisan iman telah bertapak di jiwa seseorang Muslim maka dia akan sentiasa bersemangat dan rajin dalam melaksanakan segala tuntutan Islam. Muslim yang mengecapi kemanisan iman pastinya sentiasa bersikap positif, bersyukur dan bersabar dalam kehidupannya.

Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas cara untuk merasai kemanisan iman. Pertama,kemanisan iman boleh diusahakan dengan mencintai Allah SWT lebih daripada segala-galanya. Melaluinya jiwa sentiasa tenang dan hati sentiasa dipandu oleh petunjukNya. Seterusnya mencintai Rasulullah SAW selepas cintanya kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah utusan dalam menyampaikan segala perkara dikehendaki oleh Allah SWT. Kedua, mencintai saudaranya semata-mata kerana AllahSWT. Hubungan persaudaraan yang wujud bukanlah kerana kemuliaan, harta atau pangkat tetapihubungan yang wujud hanya kerana Allah SWT. Ketiga, membenci dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara yang boleh membawa kekufuran atau melanggar perintah Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Kemanisan iman bermaksud perasaan gembira dalam melakukan ibadat dan sanggup menanggung

kesukaran demi mendapatkan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya.2. Beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya merupakan perkara asas dalam kehidupan seorang muslim.3. Islam menyeru umatnya agar memelihara iman dan menjauhi perkara dosa dan maksiat.4. Tanpa kemanisan iman, seseorang tidak akan merasai nikmat keindahan dalam melakukan ibadah.

RUJUKAN:● Shahih Bukhari, H. Zainuddin Hamidy, Darul Fajr Publishing House, Cetakan Kesembilan, 2002.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Penulis semasa perkahwinan anak saudarasebelum PKP

WANITA DAN INAIOleh:

Anna Amelia binti Daen MokhtarFakulti Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan, Kuantan

Inai adalah salah satu seni tradisi lukisan tangan yang juga dikenali sebagai henna. Mengikut sejarah, inaidiperkenalkan pada zaman Moghul yang bermula di India dan memberi pengaruh besar juga dalamnegara-negara seperti Malaysia. Masyarakat Malaysia menggunakan inai sebagai alat mempercantikkandiri selain solekan ataupun perhiasan lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis perkahwinan yang akanmenyerlahkan lagi pengantin.

Budaya masyarakat Malaysia sudah sebati dengan budaya berinai yang dipengaruhi oleh budaya kaumIndia. Ada juga yang memberikan pandangan ianya haram. Ada yang berpendapat ia cuma harus. Adajuga yang berpendapat hukum tersebut bergantung kepada tahap pemakaian seseorang itu, sama adabersederhana ataupun berlebihan.

Isu ini timbul dalam permasalahan kerana dikaitkan dengan akidah penganut Hindu yang mungkin bolehjatuh hukum. Namun, perkara ini tidaklah seberat itu jika dibahas dengan teliti cara penggunaan dansebab penggunaan. Berkenaan isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Ugama Islam Malaysia kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkanhukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak.

Pemakaian inai adalah harus bagi wanita sama ada di tangan ataupun kaki dan yang telah berkahwinataupun belum selagi pemakaian itu tidak menimbulkan fi tnah. Keharusan tersebut tidaklah bebas malahada perkadaran yang mana terhad sehingga pergelengan tangan jika pada tangan dan buku lali jika pada kaki. Manakala warna yang digunakan adalah tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Perbahasan mengenai ukiran ataupun corak inai pula, hanyalah corak yang tidakmenimbulkan fi tnah seperti corak-corak bebas, daun tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada corak haiwan, lambang-lambang dewa-dewa atau yang merujuk kepada apa jua ajaran lain yang bertentangan dengansyarak dan ia adalah dilarang.

Inai sudah menjadi kewajiban dalam pemakaian pengantin wanita khususnya malah terasa tidak lengkaptanpanya. Pemakaian inai adalah harus namun cara pemakaian seseorang itu yang menentukan hukuminai atasnya. Tidak berlebihan dan sekadarnya adalah dituntut. Islam tidak melarang untuk menggunakaninai malah ada garis panduan Islam sediakan dalam berhias.

"AKU TERIMA NIKAHNYA 4"Oleh:

Adi Pitang

“Assalamualaikum... Bang tadi adikku menghantar itu borang sudah tapinya pegawai tiada nya” Seorang saudara jauh memaklumkanku melalui whatsapp bahawa urusan adik lelakinya yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dari Sarawak yang telah setahun memeluk agama Islam. Perkahwinan keduanya tertangguh dengan sebab PandemikCOVID-19. Setiap kali petambahan jumlah pesakit COVID-19, setiap kali itu peringatan Perintah KawalanPergerakan (PKP) berkemungkinan akandikuatkuasakan. Semenjak PKP pertama yangberkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19, beberapa pasangan pengantin telah tertangguh perkahwinan mereka. Ini kerana PKP itumeliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Keadaan ini berterusan bila pada 1 April 2020 kerajaan telah mengumumkan Fasa kedua PKP sehingga14 April 2020. Apa yang menyulitkan semua pihak ialah bila arahan had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh PKP bagi tujuan dibenarkan adalah ditetapkan dalam radius tidak melebihi10 kilometer (km) dari kediaman. Sekali lagi gelisah masyarakat bertimpa bila mana pada 10 April 2020, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan PKP fasa ketiga dilanjutkanuntuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Kelonggaran yang sedikit initelah memberi ruang kepada pasangan yang tertangguh perkahwinannya melangsungkan perkahwinan. Kerajaan sekali lagi melanjutkan PKP ini sehingga 12 Mei 2020 bagi fasa keempat untuk memastikanwabak itu ditangani sepenuhnya. Perintah Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan lagi selama sebulansehingga 9 Jun, dan berterusan sehingga 31 Ogos 2020. PKP ini seakan tidak akan ada lagi penghujungnya bila Kerajaan sekali lagi menyambung PKPB di negeri ini dari 9 November 2020 sehingga 6 Disember2020.

PKP ini seolah telah mendisiplinkan masyarakat supaya lebih bersederhana dalam semua perkara dalam urusan kehidupan, khususnya dalam urusan perkahwinan. SOP yang telah disyaratkan kepada masyarakat dalam melaksanakan majlis perkahwinan (walimatul urus) telah merubah kebiasaan masyarakat dari merayakan secara besar-besaran. Kapasiti tetamu yang dibenarkan mesti tidak melebihi 250 orang,tertakhluk pada saiz ruang dan lokasi majlis diadakan. Penjarakan sosial dengan mengambil kira ruang, had masa kenduri sekitar tiga ke lima jam telah mendidik masyarakat seolah bersederhana dalam urusan perkahwinan ini. Akad (ijab qabul) adalah perkara wajib dalam suatu ikatan perkahwinan. Melaksanakanyang wajib suatu perintah mandatori sebelum perkara-perkara sunat lain. Semoga perkahwinan dalamtempoh PKP ini akan lebih barakah dan dirahmati kerana kesedarhaan kita dalam membuat majlis perkahwinan itu.

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

ASAL USUL 2.0Oleh:

Sainuri bin Yahmin

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

Manusia majoriti bersetuju bahawa Adam dan Hawa adalah permulaan kejadian manusia. Justeru, manusia semua berasal dari keturunan yang sama. Namun setelah melalui pelbagai tahap manusia mempunyai warna kulit dan bahasa pertuturan yang berbeza-beza.

Tujuan perpezaan warna kulit dan bahasa bukan untuk memburukkan di antara salah satu, malahan adalah untuk berkenalan, berkasih sayang dan saling hormat-menghormati.

Kepelbagaian golongan manusia hakikatnya didatangkan secara pakej dengan kelebihan dan kekurangan. Setiap manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Keupayaan fizikal, keupayaan mental dan naluri juga berbeza antara manusia. Justeru 'hikmah' penciptaan pelbagai manusia berkelompok- kelompok, antaranya ialah untuk memenuhi kehendak dan keperluan sesama manusia.

Interaksi rutin harian kita di antara satu dengan yang lain, akan menjelmakan 'sesuatu yang baharu' daripada interaksi tersebut. Kadang-kadang orang lain berkongsi dengan kita tentang suatu perkara yang tidak/belum kita ketahui. Adakalanya kita akan melihat orang melakukan perkara yang sama sekali tidak mampu kita lakukan sendiri. Ada pula orang yang menghadapi suatu perkara yang terlalu ekstrem sehinggakan kita kagum dengannya (kerana kita yakin kita tidak mampu menghadapi keadaan tersebut). Ada orang dapat idea, ilham dan cetusan fikiran yang tidak pernah kita terfikir, dan segala macam kelebihan lagi ada pada orang lain. Justeru dengan adanya orang lain yang mempunyai kelebihan, dapat menampung pelbagai 'kekurangan' yang ada pada diri, bahkan yang mungkin saya tidak sedari jika saya tidak berinteraksi dengan orang tersebut.

Namun kelebihan orang lain itu janganlah dieksploitasi pula untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Seharusnya kita gunakanlah pula kelebihan yang ada pada diri kita untuk membantu atau memenuhi keperluan orang lain juga jika diperlukan. Dengan adanya timbal-balik yang dilakukan dengan ikhlas, tentunya akan mewujudkan suatu set interaksi dan tindakbalas yang dapat memastikan 'sistem' hidup kita berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, kita hendaklah melihat dan mencari titik persamaan itu bukannya memperbesar atau tertumpu kepada perbezaan semata-mata.

Hakikatnya, semua manusia berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa. Kemudian manusia berkembang biak dengan kepelbagaian yang indah.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI 'IMRAN: 104"UMAT ISLAM DUTA KEINDAHAN ISLAM”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

Suatu ketika Syas Ibn Qais seorang Yahudi melihat kaum Aus dengan kaum Khazraj duduk bersama dengan penuh keharmonian dan keakraban, sedangkan sebelumnya mereka pernah bermusuhan. Qais tidak suka melihat keakraban dan kedamaian mereka, lalu dia meminta seorang pemuda Yahudi duduk bersama kaum Aus dan Khazraj untuk mengungkit kisah perang "Bu’ast" yang pernah terjadi antara Aus dengan Khazraj. Hasutan ini berhasil mencetuskan sikap jahiliah lama mereka dan mulalah mereka saling caci mencaci sambil menghunus senjata.

Rasulullah SAW mendapat perkhabaran ini segera datang dan menasihati mereka: "Apakah kalian termakan fitnah jahiliah itu, bukankah Allah SWT telah mengangkat darjat kamu semua dengan agama Islam, dan menghilangkan dari kalian semua yang berkaitan dengan jahiliah”? Setelah mendengar nasihat Rasulullah SAW, mereka mula sedar, menangis dan saling berpelukan.

Ayat di atas menggunakan dua perkataan yang berbeza dalam kerangka pelaksanaan dakwah. Pertama adalah perkataan "mengajak", manakala kedua adalah "memerintahkan". Menurut Sayyid Quthub dalam tafsirnya penggunaan dua perkataan yang berbeza itu menunjukan keharusan dua kelompok dalam masyarakat Islam. Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua yang bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua ini tentulah memiliki kekuasaan di bumi. "Ajaran Ilahi di bumi ini bukan sekadar nasihat, petunjuk dan penjelasan malah menerusi kekuasaan yang diamanahkan ma’ruf dapat ditegakkan dan kemungkaran dapat dilenyapkan".

Dalam ayat ini juga cuba menonjolkan konsep al-ma’ruf dan al-khair sebagai nilai universal dalam ajaran Islam yang wajib disemarakkan oleh seluruh umat Islam dalam mempromosikan keindahan Islam di mata dunia. Kebaikan adalah sesuatu yang amat disenangi oleh seluruh manusia manakala kemungkaran adalah agen keburukan yang sehabis boleh manusia cuba menghindarkannya.

Ajaran Islam adalah nilai-nilai Ilahi ianya tidak boleh dipaksa, tetapi diterjemahkan secara hikmah dalam bentuk ajakan yang baik dan berteraskan kasih sayang. Namun apa yang terjadi umat Islam gagal mempromosikannya dengan baik, kerana ramai umat Islam masih gagal memahami keindahan Islam itu sendiri.

Sesuatu yang sudah muktamad ialah kita tidak mungkin boleh menjadi seorang nabi dan rasul kerana pintu kenabian dan kerasulan sudah tertutup rapat dengan kelahiran dan kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW. Namun begitu kita masih berpeluang menjadi duta dan agen dalam menyebarkan keindahan Islam atas kapasiti kita sebagai umat yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya SAW untuk mempromosikan keindahan ajaran Islam kerana Islam itu sesuatu yang teramat indah dan didambakan oleh manusia sejagat.

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Wuduk adalah membersihkan beberapa bahagian dari beberapa anggota badan, yang dilakukan sebelum melakukan ibadah tertentu, khususnya ibadah solat. Kerana wuduk merupakan salah satu syarat sah solat. Melakukan wuduk, di samping melakukan ibadah, iuga membersihkan beberapa bahagian dari anggotabadan. Ada pun urutan yang dibersihkan dalam wuduk itu adalah sebagai berikut:

(a) Menggosok gigi atau siwak; yang bererti membersihkan segala kotoran yang ada padanya. "Menggosok gigi itu membersihkan mulut dan disenangi Tuhan" (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai

dan At-Tirmizi).

"Kalau tidaklah akan memberatkan ummatku, tentulah ku suruh mereka menggosok gigi setiapberwuduk" (Hadis riwayat Malik, Asy- Syafii, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

(b) Mencuci kedua telapak tangan; yang bererti membersihkan kotoran yang berada pada tapak tangan sebagai bahagian tubuh yang paling sering menyentuh segala kotoran.

"Saya lihat Rasulullah SAW berwuduk, maka dibasuhnya kedua tapak tangannya tiga kali"(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai dari Ausbin Aus ats Tsaqfi).

(c) Berkumur-kumur; yang bererti membersihkan segala kotoran yang berada di mulut. "Jika kamu berwuduk hendaklah berkumur-kumur" (Hadits riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi).

(d) Memasukkan air ke hidung kemudian mengeluarkannya; yang bererti membersihkan kotoran yangberada di dalam hidung.

"Jika salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dimasukkannya air ke hidungnya kemudian dikeluarkannya" (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

(e) Menyiang-nyiangi janggut jika berjanggut; yang bererti membersihkan kotoran yang ada padajanggut.

Bahawa Rasulullah SAW jika berwuduk, disauknya air dengan tapak tangan, kemudian dimasukkannya ke bawah dagunya lalu digosok-gosokkannya, seraya bersabda: "Beginilah cara yang disuruhkanoleh Tuhanku" (Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim dari Anas RA).

(f) Menyilang-nyilangi anak jari; yang bererti membersihkan kotoran dari jari-jari tangan dan kaki,termasuk kotoran di sela-selanya.

"Jika kamu berwuduk; silang-silanglah jari kedua tangan dan kedua kakimu" (Hadis riwayat Ahmad.At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

(g) Membasuh muka; yang bererti membersihkan semua kotoran yang menempel di muka, iaitu antara puncak kening sampai dagu, dan antara pinggir telinga sampai pinggir telinga yang satu lagi.

(h) Membasuh kedua tangan; yang bererti membersihkan kotoran yang ada pada dua tangan, mukaatau depan, setidak-tidaknya kotoran yang menempel dari hujung jari-jari hingga siku.

"Bahawa Nabi SAW membawa sepertiga gantang air lalu berwuduk dan menggosok keduatangannya" (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dari Abdullah bin Zaid).

WUDUKOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Sains telah membuktikan bahawa Sunnah Tahnik adalah saintifi k dan ia menepati Ilmu Moden kini. Satu bentukkajian yang dinamakan sebagai The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A randomisedControlled Trial telah mengesahkan bahawa Tahnik sangat bermanfaat.

Kajian tersebut dilakukan oleh Dr. Nora Haouari, Dr.Christopher Wood, Dr. Gillian Griffi ths and Dr. MalcolmLevene di Leeds General Infi rmary di England untuk membuktikan bahawa bayi sangat memerlukanmanisan dari Tahnik.

Kajian yang dilakukan tersebut adalah dengan mengambil sejumlah 60 orang bayi yang berumur antara1 - 6 hari diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa.

Setiap seorang daripada mereka diberikan sama ada larutan yang mengandungi 12.5% sukrosa ataupun yang mengandungi 25% sukrosa ataupun yang mengandungi 50% sukrosa ataupun air kosong (sterilewater) sebagai control.

Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi-bayi ini dicucuk di bahagian kaki bagi mengeluarkandarah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya. Kajian ini mendapati selepas bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknyamasa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya bagi mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi.

Justeru, pakar-pakar perubatan merumuskan bahawa gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah kesakitan bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Maka ia sesuai untuk ditahnik dengan manisan sepertimadu atau kurma.

Justeru tahnik yang digunakan ke atas bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamarbukanlah sesuatu yang baru ataupun suatu perkara yang tidak masuk akal yang pernah dikatakansesetengah pihak.

Sebaliknya ilmu sains moden terkini membuktikan bahawa tahnik mampu menghilangkan perasaankesakitan bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenissukrosa.

TAHNIK DARIPADA LANDSKAP SAINTIFIK(BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 7

Tasawwur

10 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

SEDEKAH BERUPA HARTA WAKAFOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Suatu ketika, Rasulullah SAW bertemu dengan sejumlah sahabat. Di antara mereka ialah Umar ibn Al-Khattab. Sahabat Rasulullah SAW ini lahir tiga belas tahun setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW di Mekah. Dia bernama lengkap Abu Hafsh Umar ibn Al-Kattab ibn Nufail ibn Abdul 'Uzza Al-Qurasyi. Pada masa kecilnya, tokoh yang pertama mendapat gelar "Amir Al-Mu'minin" ini bekerja sebagai penggembala biri-biri. Lantas, setelah dewasa, dia bergerak di bidang perdagangan. Mertua Rasulullah SAW Ini memeluk Islam pada tahun keenam dakwah Islam. Sejak dia memeluk Islam, kaum Muslim mulai berani menampilkan seruannya secara terang-terangan. Kerana hal inilah, dia mendapat gelar "Al-Faruq". Dengan kata lain, keislamannya merupakan pembatas antara seruan Islam secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan.

Dalam pertemuan tersebut, tokoh yang terkenal pemberani serta ikut terlibat dalam berbagai pertempuran dan peperangan yang terjadi pada masa Nabi Muhammad SAW ini, bermaksud menyedekahkan harta yang dimilikinya berupa kebun kurma, iaitu kebun kurma Tsamgh. Maka, dia pun berkata kepada Rasulullah SAW., "Wahai Rasul! Saya punya harta yang menurut saya sangat berharga. Meski demikian, saya ingin menyedekahkannya."

"Umar! Sedekahkanlah harta itu sebagai harta wakaf yang tak akan dijual atau dihibahkan, atau diwariskan. Tetapi, harta itu hanya diambil manfaat hasil buah-buahnya," jawab Rasulullah SAW.

Sesuai dengan arahan Rasulullah SAW tersebut, tokoh yang dalam pengukuhan dirinya sebagai khalifah berkata, "Demi Allah! orang yang terlemah di antara kalian akan menjadi yang terkuat dalam pandanganku, sampai aku membuktikan hak-haknya bagiku; sementara orang yang terkuat di antara kalian akan ku anggap sebagai yang terlemah, sampai ia mematuhi hukum," itu pun mensedekahkan manfaat kebun tersebut untuk orang-orang yang berada di jalan Allah, budak yang akan dimerdekakan, orang-orang yang sedang kesusahan dalam perjalanannya dan para kerabat. Orang yang mengurus kebun itu juga diperbolehkan memakan sebahagian hasil buahnya tanpa berbuat pelanggaran dan boleh mempersilakan teman-temannya menikmati sebahagian buah tersebut tanpa meminta pembayaran.

KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 10)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Punca berlakunya amalan khurafat daripada beberapa kajian, terdapat beberapa dapatan yang agak sukar ditangani dalam masyarakat kita di Malaysia. Berikut dinyatakan beberapa punca berlakunya amalan khufarat yang dimaksudkan tersebut.

Ketiga (iii) Pengaruh Kepercayaan Perbomohan (sambungan)"pemujaan-pemujaan seperti ini setakat ini kita tidak terima apa-apa maklumat, cuma maklumat-maklumat yang kita terima melalui bahagian penyelidikan ialah mengenai macam bomoh lah, kepercayaan kepada bomoh-bomoh saya rasa salah satu daripada unsur khurafat jugak (juga), sebab kita tengok masyarakat dulu-dulu dia lebih terikat dengan perkara ini, percaya sebab kalau kita dengar cerita nenek moyang kita ada unsur pemujaan ada letak pulut kuning, letak telur pada pokok, tetapi sekarang ini saya percaya perkara ini sudah tidak ada, cuma tinggal bomoh lah" (Noorlailawati, KPPJAHEAIK).

Hujah pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu ini turut diperakui oleh Mufti Kerajaan Kelantan. Beliau mengatakan terdapat bomoh yang melanggar syariat Islam. Menurut beliau: "kita pergi berjumpa bomoh yang mencampur adukan benda yang suci dan kotor, melalui perbomohon misalnya kena bersetubuh dengan dia, ini sudah melanggar syariat. Walaupun ada yang tidak bersetubuh, tetapi dia telah lebih daripada sepatutnya, buka aurat dan telah melanggar akhlak" (Shukri, MKNK).

Inilah antara contoh kesempatan yang telah diambil oleh kalangan bomoh yang mampu merosakkan imej Islam. Terdapat juga bomoh menggunakan ayat al-Quran dengan mencampur adukkan bacaan jampi serapah yang sukar difahami untuk meyakinkan kaedah perubatan yang dilakukannya. Kenyataan tentang punca pengaruh bomoh ini juga bertepatan dengan fenomena perbomohan dalam masyarakat Arab Jahiliah.

Fenomena tersebut telah ditentang oleh Islam sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muawiyah bin al-Hikam:

Bermaksud "Aku telah bertanya kepada Rasulullah (SAW) tentang amalan yang telah kami lakukan sewaktu Jahiliah iaitu kami selalu mendatangi al-Kuhhan. Lantas Rasulullah bersabda: "Jangan kamu sekali-kali mendatangi al-Kuhhan (bomoh telek)"

Di antara ciri-ciri tarikan yang ada pada bomoh adalah kepintaran menilik. Faktor inilah yang menyebabkan sebilangan masyarakat Melayu teruja untuk mendapat khidmat nasihat daripada bomoh. Sebelum kedatangan Islam lagi, bomoh tilik ini dikenali sebagai Kahin, yang bermaksud seseorang yang tahu tentang perkara ghaib. (al-Qaradawi Y., Mauqif al-Islam min Ilham wa al-Kashaf, wa al-Ruqya, wa al-Tamaim, wa al-kuhanah wa ruqa, 1994).

Apa yang membimbangkan terdapat kalangan bomoh yang menggunakan jin dalam proses perbomohan. Di antara unsur penyelewengan dalam perbomohan ialah penggunaan jin seperti perkhidmatan khadam sebagai pembantu perbomohan sewaktu menentang jin yang lain.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Wuduk adalah membersihkan beberapa bahagian dari beberapa anggota badan, yang dilakukan sebelum melakukan ibadah tertentu, khususnya ibadah solat. Kerana wuduk merupakan salah satu syarat sah solat. Melakukan wuduk, di samping melakukan ibadah, iuga membersihkan beberapa bahagian dari anggotabadan. Ada pun urutan yang dibersihkan dalam wuduk itu adalah sebagai berikut:

(a) Menggosok gigi atau siwak; yang bererti membersihkan segala kotoran yang ada padanya. "Menggosok gigi itu membersihkan mulut dan disenangi Tuhan" (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai

dan At-Tirmizi).

"Kalau tidaklah akan memberatkan ummatku, tentulah ku suruh mereka menggosok gigi setiapberwuduk" (Hadis riwayat Malik, Asy- Syafii, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

(b) Mencuci kedua telapak tangan; yang bererti membersihkan kotoran yang berada pada tapak tangan sebagai bahagian tubuh yang paling sering menyentuh segala kotoran.

"Saya lihat Rasulullah SAW berwuduk, maka dibasuhnya kedua tapak tangannya tiga kali"(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai dari Ausbin Aus ats Tsaqfi).

(c) Berkumur-kumur; yang bererti membersihkan segala kotoran yang berada di mulut. "Jika kamu berwuduk hendaklah berkumur-kumur" (Hadits riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi).

(d) Memasukkan air ke hidung kemudian mengeluarkannya; yang bererti membersihkan kotoran yangberada di dalam hidung.

"Jika salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dimasukkannya air ke hidungnya kemudian dikeluarkannya" (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

(e) Menyiang-nyiangi janggut jika berjanggut; yang bererti membersihkan kotoran yang ada padajanggut.

Bahawa Rasulullah SAW jika berwuduk, disauknya air dengan tapak tangan, kemudian dimasukkannya ke bawah dagunya lalu digosok-gosokkannya, seraya bersabda: "Beginilah cara yang disuruhkanoleh Tuhanku" (Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim dari Anas RA).

(f) Menyilang-nyilangi anak jari; yang bererti membersihkan kotoran dari jari-jari tangan dan kaki,termasuk kotoran di sela-selanya.

"Jika kamu berwuduk; silang-silanglah jari kedua tangan dan kedua kakimu" (Hadis riwayat Ahmad.At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

(g) Membasuh muka; yang bererti membersihkan semua kotoran yang menempel di muka, iaitu antara puncak kening sampai dagu, dan antara pinggir telinga sampai pinggir telinga yang satu lagi.

(h) Membasuh kedua tangan; yang bererti membersihkan kotoran yang ada pada dua tangan, mukaatau depan, setidak-tidaknya kotoran yang menempel dari hujung jari-jari hingga siku.

"Bahawa Nabi SAW membawa sepertiga gantang air lalu berwuduk dan menggosok keduatangannya" (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dari Abdullah bin Zaid).

WUDUKOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Sains telah membuktikan bahawa Sunnah Tahnik adalah saintifi k dan ia menepati Ilmu Moden kini. Satu bentukkajian yang dinamakan sebagai The Analgesic (Pain Killing) Effect of Sucrose In Full Term Infants: A randomisedControlled Trial telah mengesahkan bahawa Tahnik sangat bermanfaat.

Kajian tersebut dilakukan oleh Dr. Nora Haouari, Dr.Christopher Wood, Dr. Gillian Griffi ths and Dr. MalcolmLevene di Leeds General Infi rmary di England untuk membuktikan bahawa bayi sangat memerlukanmanisan dari Tahnik.

Kajian yang dilakukan tersebut adalah dengan mengambil sejumlah 60 orang bayi yang berumur antara1 - 6 hari diberikan 2ml larutan yang mengandungi gula sukrosa.

Setiap seorang daripada mereka diberikan sama ada larutan yang mengandungi 12.5% sukrosa ataupun yang mengandungi 25% sukrosa ataupun yang mengandungi 50% sukrosa ataupun air kosong (sterilewater) sebagai control.

Selepas larutan ini diberikan melalui mulut, bayi-bayi ini dicucuk di bahagian kaki bagi mengeluarkandarah supaya ujian makmal dapat dilakukan ke atasnya. Kajian ini mendapati selepas bayi dicucuk, masa tangisan yang diambil oleh bayi-bayi ini berbeza mengikut larutan sukrosa yang diambil oleh mereka. Masa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil air kosong tanpa sukrosa adalah yang paling lama. Sebaliknyamasa tangisan bagi bayi-bayi yang mengambil sukrosa adalah pendek terutamanya bagi mereka yang diberikan larutan sukrosa yang paling tinggi.

Justeru, pakar-pakar perubatan merumuskan bahawa gula dapat dimanfaatkan sebagai bahan pencegah kesakitan bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Maka ia sesuai untuk ditahnik dengan manisan sepertimadu atau kurma.

Justeru tahnik yang digunakan ke atas bayi yang baru dilahirkan dengan menggunakan buah tamarbukanlah sesuatu yang baru ataupun suatu perkara yang tidak masuk akal yang pernah dikatakansesetengah pihak.

Sebaliknya ilmu sains moden terkini membuktikan bahawa tahnik mampu menghilangkan perasaankesakitan bayi selepas dilahirkan kerana buah tamar kaya dengan gula terutamanya daripada jenissukrosa.

TAHNIK DARIPADA LANDSKAP SAINTIFIK(BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 7

Tasawwur

10 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

ASAL USUL 2.0Oleh:

Sainuri bin Yahmin

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

Manusia majoriti bersetuju bahawa Adam dan Hawa adalah permulaan kejadian manusia. Justeru, manusia semua berasal dari keturunan yang sama. Namun setelah melalui pelbagai tahap manusia mempunyai warna kulit dan bahasa pertuturan yang berbeza-beza.

Tujuan perpezaan warna kulit dan bahasa bukan untuk memburukkan di antara salah satu, malahan adalah untuk berkenalan, berkasih sayang dan saling hormat-menghormati.

Kepelbagaian golongan manusia hakikatnya didatangkan secara pakej dengan kelebihan dan kekurangan. Setiap manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Keupayaan fizikal, keupayaan mental dan naluri juga berbeza antara manusia. Justeru 'hikmah' penciptaan pelbagai manusia berkelompok- kelompok, antaranya ialah untuk memenuhi kehendak dan keperluan sesama manusia.

Interaksi rutin harian kita di antara satu dengan yang lain, akan menjelmakan 'sesuatu yang baharu' daripada interaksi tersebut. Kadang-kadang orang lain berkongsi dengan kita tentang suatu perkara yang tidak/belum kita ketahui. Adakalanya kita akan melihat orang melakukan perkara yang sama sekali tidak mampu kita lakukan sendiri. Ada pula orang yang menghadapi suatu perkara yang terlalu ekstrem sehinggakan kita kagum dengannya (kerana kita yakin kita tidak mampu menghadapi keadaan tersebut). Ada orang dapat idea, ilham dan cetusan fikiran yang tidak pernah kita terfikir, dan segala macam kelebihan lagi ada pada orang lain. Justeru dengan adanya orang lain yang mempunyai kelebihan, dapat menampung pelbagai 'kekurangan' yang ada pada diri, bahkan yang mungkin saya tidak sedari jika saya tidak berinteraksi dengan orang tersebut.

Namun kelebihan orang lain itu janganlah dieksploitasi pula untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Seharusnya kita gunakanlah pula kelebihan yang ada pada diri kita untuk membantu atau memenuhi keperluan orang lain juga jika diperlukan. Dengan adanya timbal-balik yang dilakukan dengan ikhlas, tentunya akan mewujudkan suatu set interaksi dan tindakbalas yang dapat memastikan 'sistem' hidup kita berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, kita hendaklah melihat dan mencari titik persamaan itu bukannya memperbesar atau tertumpu kepada perbezaan semata-mata.

Hakikatnya, semua manusia berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa. Kemudian manusia berkembang biak dengan kepelbagaian yang indah.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI 'IMRAN: 104"UMAT ISLAM DUTA KEINDAHAN ISLAM”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

Suatu ketika Syas Ibn Qais seorang Yahudi melihat kaum Aus dengan kaum Khazraj duduk bersama dengan penuh keharmonian dan keakraban, sedangkan sebelumnya mereka pernah bermusuhan. Qais tidak suka melihat keakraban dan kedamaian mereka, lalu dia meminta seorang pemuda Yahudi duduk bersama kaum Aus dan Khazraj untuk mengungkit kisah perang "Bu’ast" yang pernah terjadi antara Aus dengan Khazraj. Hasutan ini berhasil mencetuskan sikap jahiliah lama mereka dan mulalah mereka saling caci mencaci sambil menghunus senjata.

Rasulullah SAW mendapat perkhabaran ini segera datang dan menasihati mereka: "Apakah kalian termakan fitnah jahiliah itu, bukankah Allah SWT telah mengangkat darjat kamu semua dengan agama Islam, dan menghilangkan dari kalian semua yang berkaitan dengan jahiliah”? Setelah mendengar nasihat Rasulullah SAW, mereka mula sedar, menangis dan saling berpelukan.

Ayat di atas menggunakan dua perkataan yang berbeza dalam kerangka pelaksanaan dakwah. Pertama adalah perkataan "mengajak", manakala kedua adalah "memerintahkan". Menurut Sayyid Quthub dalam tafsirnya penggunaan dua perkataan yang berbeza itu menunjukan keharusan dua kelompok dalam masyarakat Islam. Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua yang bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua ini tentulah memiliki kekuasaan di bumi. "Ajaran Ilahi di bumi ini bukan sekadar nasihat, petunjuk dan penjelasan malah menerusi kekuasaan yang diamanahkan ma’ruf dapat ditegakkan dan kemungkaran dapat dilenyapkan".

Dalam ayat ini juga cuba menonjolkan konsep al-ma’ruf dan al-khair sebagai nilai universal dalam ajaran Islam yang wajib disemarakkan oleh seluruh umat Islam dalam mempromosikan keindahan Islam di mata dunia. Kebaikan adalah sesuatu yang amat disenangi oleh seluruh manusia manakala kemungkaran adalah agen keburukan yang sehabis boleh manusia cuba menghindarkannya.

Ajaran Islam adalah nilai-nilai Ilahi ianya tidak boleh dipaksa, tetapi diterjemahkan secara hikmah dalam bentuk ajakan yang baik dan berteraskan kasih sayang. Namun apa yang terjadi umat Islam gagal mempromosikannya dengan baik, kerana ramai umat Islam masih gagal memahami keindahan Islam itu sendiri.

Sesuatu yang sudah muktamad ialah kita tidak mungkin boleh menjadi seorang nabi dan rasul kerana pintu kenabian dan kerasulan sudah tertutup rapat dengan kelahiran dan kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW. Namun begitu kita masih berpeluang menjadi duta dan agen dalam menyebarkan keindahan Islam atas kapasiti kita sebagai umat yang diberikan kesempatan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya SAW untuk mempromosikan keindahan ajaran Islam kerana Islam itu sesuatu yang teramat indah dan didambakan oleh manusia sejagat.

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Penulis semasa perkahwinan anak saudarasebelum PKP

WANITA DAN INAIOleh:

Anna Amelia binti Daen MokhtarFakulti Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan, Kuantan

Inai adalah salah satu seni tradisi lukisan tangan yang juga dikenali sebagai henna. Mengikut sejarah, inaidiperkenalkan pada zaman Moghul yang bermula di India dan memberi pengaruh besar juga dalamnegara-negara seperti Malaysia. Masyarakat Malaysia menggunakan inai sebagai alat mempercantikkandiri selain solekan ataupun perhiasan lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis perkahwinan yang akanmenyerlahkan lagi pengantin.

Budaya masyarakat Malaysia sudah sebati dengan budaya berinai yang dipengaruhi oleh budaya kaumIndia. Ada juga yang memberikan pandangan ianya haram. Ada yang berpendapat ia cuma harus. Adajuga yang berpendapat hukum tersebut bergantung kepada tahap pemakaian seseorang itu, sama adabersederhana ataupun berlebihan.

Isu ini timbul dalam permasalahan kerana dikaitkan dengan akidah penganut Hindu yang mungkin bolehjatuh hukum. Namun, perkara ini tidaklah seberat itu jika dibahas dengan teliti cara penggunaan dansebab penggunaan. Berkenaan isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi HalEhwal Ugama Islam Malaysia kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkanhukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak.

Pemakaian inai adalah harus bagi wanita sama ada di tangan ataupun kaki dan yang telah berkahwinataupun belum selagi pemakaian itu tidak menimbulkan fi tnah. Keharusan tersebut tidaklah bebas malahada perkadaran yang mana terhad sehingga pergelengan tangan jika pada tangan dan buku lali jika pada kaki. Manakala warna yang digunakan adalah tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Perbahasan mengenai ukiran ataupun corak inai pula, hanyalah corak yang tidakmenimbulkan fi tnah seperti corak-corak bebas, daun tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada corak haiwan, lambang-lambang dewa-dewa atau yang merujuk kepada apa jua ajaran lain yang bertentangan dengansyarak dan ia adalah dilarang.

Inai sudah menjadi kewajiban dalam pemakaian pengantin wanita khususnya malah terasa tidak lengkaptanpanya. Pemakaian inai adalah harus namun cara pemakaian seseorang itu yang menentukan hukuminai atasnya. Tidak berlebihan dan sekadarnya adalah dituntut. Islam tidak melarang untuk menggunakaninai malah ada garis panduan Islam sediakan dalam berhias.

"AKU TERIMA NIKAHNYA 4"Oleh:

Adi Pitang

“Assalamualaikum... Bang tadi adikku menghantar itu borang sudah tapinya pegawai tiada nya” Seorang saudara jauh memaklumkanku melalui whatsapp bahawa urusan adik lelakinya yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dari Sarawak yang telah setahun memeluk agama Islam. Perkahwinan keduanya tertangguh dengan sebab PandemikCOVID-19. Setiap kali petambahan jumlah pesakit COVID-19, setiap kali itu peringatan Perintah KawalanPergerakan (PKP) berkemungkinan akandikuatkuasakan. Semenjak PKP pertama yangberkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19, beberapa pasangan pengantin telah tertangguh perkahwinan mereka. Ini kerana PKP itumeliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Keadaan ini berterusan bila pada 1 April 2020 kerajaan telah mengumumkan Fasa kedua PKP sehingga14 April 2020. Apa yang menyulitkan semua pihak ialah bila arahan had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh PKP bagi tujuan dibenarkan adalah ditetapkan dalam radius tidak melebihi10 kilometer (km) dari kediaman. Sekali lagi gelisah masyarakat bertimpa bila mana pada 10 April 2020, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan PKP fasa ketiga dilanjutkanuntuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Kelonggaran yang sedikit initelah memberi ruang kepada pasangan yang tertangguh perkahwinannya melangsungkan perkahwinan. Kerajaan sekali lagi melanjutkan PKP ini sehingga 12 Mei 2020 bagi fasa keempat untuk memastikanwabak itu ditangani sepenuhnya. Perintah Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan lagi selama sebulansehingga 9 Jun, dan berterusan sehingga 31 Ogos 2020. PKP ini seakan tidak akan ada lagi penghujungnya bila Kerajaan sekali lagi menyambung PKPB di negeri ini dari 9 November 2020 sehingga 6 Disember2020.

PKP ini seolah telah mendisiplinkan masyarakat supaya lebih bersederhana dalam semua perkara dalam urusan kehidupan, khususnya dalam urusan perkahwinan. SOP yang telah disyaratkan kepada masyarakat dalam melaksanakan majlis perkahwinan (walimatul urus) telah merubah kebiasaan masyarakat dari merayakan secara besar-besaran. Kapasiti tetamu yang dibenarkan mesti tidak melebihi 250 orang,tertakhluk pada saiz ruang dan lokasi majlis diadakan. Penjarakan sosial dengan mengambil kira ruang, had masa kenduri sekitar tiga ke lima jam telah mendidik masyarakat seolah bersederhana dalam urusan perkahwinan ini. Akad (ijab qabul) adalah perkara wajib dalam suatu ikatan perkahwinan. Melaksanakanyang wajib suatu perintah mandatori sebelum perkara-perkara sunat lain. Semoga perkahwinan dalamtempoh PKP ini akan lebih barakah dan dirahmati kerana kesedarhaan kita dalam membuat majlis perkahwinan itu.

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

CINTA KEPADA RASULULLAH SAWOleh:

Anakmalayindo

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Tidaklah sempurna iman salah seorang dari kalian, sehingga ia lebih mencintaiku daripada orangtuanya, anaknya dan seluruh manusia" (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Mendengar sabda Nabi di atas, para sahabat mencurahkan kecintaan yang besar kepada sang RasulShallallahu 'Alaihi Wasallam melebihi cinta mereka kepada keluarga. Mereka lebih mementingkankecintaan kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam daripada selainnya. Inilah prinsip hidup para sahabat.

Mereka begitu faham pengaruh cinta dalam kehidupan. Cinta akan memicu seorang, untuk selalu patuhdan tunduk kepada orang yang dicintai iaitu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Dalam al-Quran, Allah Ta’ala telah menekankan hal yang menunjukkan pentingnya kepatuhan dan tundukterhadap perintah Rasul-Nya Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Bahkan Allah Ta’ala mengaitkan ketaatankepada-Nya, dengan ketaatan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebagaimana dalamfi rman-Nya,

"Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah." (An Nisa: 80)

Maksudnya, barangsiapa yang bermaksiat kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, bermaknadia telah bermaksiat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Para sahabat sedar, bahawa cinta ibarat tali yang kuat mengeratkan ikatan hati, antara mereka danRasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Dengan kecintaan yang tulus inilah mereka menggapaikebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah Ta’ala berfi rman,

"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah kemenangan yangbesar." (An Nisa: 13).

Jika kita mempunyai barang kesayangan pasti kita melakukan penjagaan yang rapi dan menyimpannyadi tempat yang baik dan selamat. Begitu juga cinta kepada Rasulullah SAW, harus ada bukti. Di antarabukti kejujuran cinta tersebut adalah, berpegang teguh dengan sunnahnya serta memuliakan parasahabatnya, memperbanyak selawat untuknya, rindu ingin berjumpa dengannya, cinta kepada orang-orang yang dicintainya dan benci kepada orang-orang yang dibencinya. (Makanat as-Sunnah an-Nabawiyah).

NIKMAT KEMANISAN IMANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADISDari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW bersabda: "Ada tiga perkara yang apabila wujud pada diriseseorang, maka dia akan mendapat kemanisan iman iaitu apabila Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain kedua-dua-Nya. Dan apabila dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan semata-mata kerana Allah SWT. Dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelahdiselamatkan Allah SWT darinya (setelah beriman) sepertimana dia benci jika dicampakkan ke dalam api neraka."(Riwayat Al-Bukhari).

HURAIAN HADISHadis tersebut menerangkan kepada kita berkenaan cara untuk mendapatkan kemanisan iman.Kemanisan iman sangat penting bagi setiap muslim kerana apabila kemanisan iman telah bertapak di jiwa seseorang Muslim maka dia akan sentiasa bersemangat dan rajin dalam melaksanakan segala tuntutan Islam. Muslim yang mengecapi kemanisan iman pastinya sentiasa bersikap positif, bersyukur dan bersabar dalam kehidupannya.

Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas cara untuk merasai kemanisan iman. Pertama,kemanisan iman boleh diusahakan dengan mencintai Allah SWT lebih daripada segala-galanya. Melaluinya jiwa sentiasa tenang dan hati sentiasa dipandu oleh petunjukNya. Seterusnya mencintai Rasulullah SAW selepas cintanya kepada Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah utusan dalam menyampaikan segala perkara dikehendaki oleh Allah SWT. Kedua, mencintai saudaranya semata-mata kerana AllahSWT. Hubungan persaudaraan yang wujud bukanlah kerana kemuliaan, harta atau pangkat tetapihubungan yang wujud hanya kerana Allah SWT. Ketiga, membenci dan berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara yang boleh membawa kekufuran atau melanggar perintah Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Kemanisan iman bermaksud perasaan gembira dalam melakukan ibadat dan sanggup menanggung

kesukaran demi mendapatkan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya.2. Beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya merupakan perkara asas dalam kehidupan seorang muslim.3. Islam menyeru umatnya agar memelihara iman dan menjauhi perkara dosa dan maksiat.4. Tanpa kemanisan iman, seseorang tidak akan merasai nikmat keindahan dalam melakukan ibadah.

RUJUKAN:● Shahih Bukhari, H. Zainuddin Hamidy, Darul Fajr Publishing House, Cetakan Kesembilan, 2002.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Sesungguhnya kita berada di satu zaman, di mana, menjadi jujur sudah menjadi satu kejanggalan. Yang menyedihkan, keadaan ini turut melarat dalamkalangan agamawan, di mana kita diuji dengankewujudan pendusta agama yang bertopengkan sufi.Mereka menipu umat Islam dengan kononnya memilikiatsar peninggalan Rasulullah SAW yang aslisedangkan terbukti palsu, lalu mengenakan cas,mengaut keuntungan dengan membuat pamerandusta, di salah satu negeri di Malaysia, di tengahmusim Covid-19 ini.

Sungguh, jauh sekali perbezaan antara sufi hakiki dan kadzzab pendusta bertopengkan sufi ini, naudzubillah.

Hal yang kita alami dinihari mengingatkan saya kepada karya Syekh Yusuf al-Nabhanirahimahullah(w1932M), alim Sufi Palestin, 40 hadis berkenaan akhlak. Apakah hadis pertama yang dibawakan beliau dalam kitab tersebut? Hadis ini.

Daripada Ibn Mas’udradi Allahanhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

"Hendaklah kalian jujur (dalam kata-kata dan perbuatan). Sesungguhnya kejujuran akan membawakepada amal kebaikan dan amal kebaikan akan membawa ke syurga. Sentiasalah seseorang itu berlakujujur dan berusaha menjadi jujur, hinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang Siddiq.

Kalian jauhilah kedustaan (dalam kata-kata dan perbuatan). Sesungguhnya dusta itu akan membawakepada maksiat dan maksiat akan membawa kepada neraka. Sentiasalah seseorang itu berdusta danberusaha dalam berdusta, hinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang Kadzzab." (HR al-Bukhari& Muslim).

Rahsianya pemilihan hadis ini saya kira, ialah kepentingan menjaga lisan dan amal perbuatan lain,daripada berbohong. Bagaimana wajarnya seseorang beribadat dengan lidah yang suka berbohong?Lidah yang digunakan untuk berbohong kepada makhluk Allah SWT, itulah yang digunakan untuk berzikirmenyebut nama Allah SWT? Naudzubillah.

Inilah bezanya alim sufi hakiki dengan orang-orang yang mengaku sufi, lalu menipu atas namaRasulullahShallallahu ’Alaihi Wasallam, menjual nama baginda dan kemuliaan baginda untuk keuntunganduniawi yang fana ini. Harus kita waspadai bersama.

MENGENALI INTAN ANTARA PERMATA: SUFI HAKIKIVS SUFI PALSU

Oleh:Mohammad Syafi q Ismail

Exco Dakwah dan Intelektual ABIM Sabah

Majlis Penyampaian Bantuan Pek Bakul Makanan oleh Pertubuhan MyAmal Sabah untuk 200 orang murid bagi keluarga asnaf di Kg. Binsuluk dan Pimping yang disampaikan oleh YB DatukHj. Mohd Arifi n Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah yang juga ADUN Membakutbersama-sama YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman b. Sangul, Pengarah JHEAINS merangkapPenasihat MyAmal dan Encik Salleh Mohammed selaku Pengerusi Pertubuhan MyAmal Sabah,majlis diadakan di Sekolah Agama Negeri (SAN) Binsuluk dan Pimping pada 5 November 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah mencetuskan satu norma baharu dalam kehidupan masyarakat di negeri ini. PKP yang bertujuan menghalang penularan wabak Covid-19 telah membataskan aktiviti sosial masyarakat dalam banyak urusan seharian, khususnya dalam majlis perkahwinan. PKP telah menetapkan standard operating procedure (SOP) bagi majlis perkahwinan. Ini dibuat bagi memastikan tidak berlaku aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya penularan Covid-19 ini secara lebih mudah.

Majlis akad nikah yang merupakan perkara paling wajib dilaksanakan telah dihadkan kehadiran para tetamunya. Begitu juga semasa mengadakan jamuan perkahwinan, yang hanya membenarkan jumlah tertentu dalam satu-satu majlis. Jamuan harus dibuat secara hidangan atas meja dan buffet adalah dilarang. Kaunter saringan mesti diwujudkan di depan pintu masuk untuk mengambil butir-butir tetamu, suhu dan memastikan setiap mereka benar-benar sihat, pengelola majlis perlu mendaftarkan semua tetamu di apps MySejahtera. Dalam Islam apa yang sangat digalakan ialah suatu majlis kahwin itu tidak menyusahkan pasangan untuk menghalalkan hubungan dan membina bahtera rumahtangga. Menghadkan tetamu membolehkan penjimatan dibuat dan mengurangkan pembaziran dari segi tempahan makanan dan ruang penyewaan meja kerusi, bingkisan hadiah dan sebagainya.

Hidangan di atas meja yang disyaratkan dalam tempoh PKP ini di samping untk mengelakan jangkitan Covid-19, ia juga lebih tertib dalam menyantuni tetamu dalam menjamu selera. Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati tetamu. Apa pun suasana kini, bernikah dan membuat majlis perkahwinan dalam tempoh PKP ini, mempunyai hikmah di balik kepayahan yang kita hadapi. Semoga kehidupan pasangan-pasangan yang berkahwin dalam tempoh ini akan lebih diberkati.

Kita Jaga Kita.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanSainuri bin Yahmin

Mohammad Syafiq IsmailUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Cik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Majlis Pelancaran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah oleh Yang Berhormat DatukHj. Mohd Arifin Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dan juga gimik pelancaran sumbangan

bahan makanan program JHEAINS prihatin kepada penduduk kampung terpilih seluruh Sabah yangterjejas dengan Covid-19 serta juga pelancaran Pertandingan Kaligrafi Jawi (Khat) dan Kaligrafi Islam

(Nusantara) ke 4, 2020. Hadir bersama di majlis pelancaran tersebut Sahibus Samahah Datuk Hj. Bungsu Aziz Jaafar, Mufti Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman b. Sangul, Pengarah

JHEAINS, Ustaz Norjeli Hj. Dais, Pengarah JAKIM Sabah dan Tuan Ramlan Ag. Ali, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, di Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 12 Rabiulawal 1442H/29 Oktober 2020M

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 30 - 27 Rabiulawal 1442H/13 November 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN, SABAH, …Cara hidang ini adalah suatu budaya dalam majlis perkahwinan dulu, yang sangat menghormati ... terjejas dengan Covid-19 serta juga