cara berpengakap dan keagamaaan

3
Hari / Tarikh : Isnin (16/2/2015) Tajuk : Dasar Keagamaan Jurulatih : En Mohammad Bin Seman Jawatan : Komandan Tempat Bertugas: IPG Kampus Teknik KAEDAH / CARA PENGAKAPAN 1. Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri Dengan melalui: i. Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakap ii. Belajar sambil membuat iii. Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol) iv. Skim Latihan Kemajuan seperti menyusun rancangan untuk Muda- Remaja) 2. Pengakapan merupakan suatu program. Program aktiviti Pengakapan mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Situasi sebenar kehidupan belia di dalam masyarakat tempatan. Membantu belia untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Hasil daripada minat belia itu sendir Ia mempunyai kelonggaran di mana apabila situasi baru timbul idea-idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus. Ia adalah seimbang dan tidak menekan kepada mana-mana bidang tetapi membekalkan perkembangan serta pengalaman semua belia dalam apa juga peringkat umur. Ia adalah tersusun, progresif dan membuat belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli- ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melhirkan perasaan. 3. Pengakap merupakan belia. Ini adalah kerana belia melihat dunia ini dengan penuh imaginasi, perasaan ingin tahu dan kemusykilan. Mereka meneroka cabaran sepenuh hati. Setiap hari membawa harapan keseronokkan, kesedihan dan pengalaman baru yang

Upload: siti-khadijah-muftar

Post on 18-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kursus manikayu

TRANSCRIPT

Hari / Tarikh:Isnin (16/2/2015)Tajuk:Dasar KeagamaanJurulatih:En Mohammad Bin SemanJawatan:Komandan Tempat Bertugas:IPG Kampus Teknik

KAEDAH / CARA PENGAKAPAN1. Kaedah atau cara Pengakap adalah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri Dengan melalui:i. Persetiaan Dan Undang-Undang Pengakapii. Belajar sambil membuatiii. Mempunyai kumpulan kecil ( seperti Sistem Berparol)iv. Skim Latihan Kemajuan seperti menyusun rancangan untuk Muda-Remaja)

2. Pengakapan merupakan suatu program.Program aktiviti Pengakapan mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Situasi sebenar kehidupan belia di dalam masyarakat tempatan. Membantu belia untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Hasil daripada minat belia itu sendir Ia mempunyai kelonggaran di mana apabila situasi baru timbul idea-idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus. Ia adalah seimbang dan tidak menekan kepada mana-mana bidang tetapi membekalkan perkembangan serta pengalaman semua belia dalam apa juga peringkat umur. Ia adalah tersusun, progresif dan membuat belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melhirkan perasaan.

3. Pengakap merupakan belia.Ini adalah kerana belia melihat dunia ini dengan penuh imaginasi, perasaan ingin tahu dan kemusykilan.Mereka meneroka cabaran sepenuh hati.Setiap hari membawa harapan keseronokkan, kesedihan dan pengalaman baru yang memberi erti yang mendalam kepada mereka.Pengkapan memberi mereka satu dunia baru di mana mereka mempunyai ruang, tempat untuk mereka bermain, boleh bergaul dengan rakan-rakan di mana mereka juga mempunyai peluang untuk berekreasidan bebas daripada kongkongan kehidupan keluarga seharian.

4. Pengakapan merupakan suatu kumpulan. Mencari pengalaman dan mempelajari sesuatu yang dilakukan di dalam kumpulan kecil, di mana belia dapat:a. Peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.b. luang untuk belajar daripada rakan sebaya.c. Peluang untuk menyesuaikan dan memperkembangkan diri untuk memenuhi kehendak individu.d. Peluang untuk menyertai dan mengecapi sesuatu kejayaan.e. Peluang bagi ahli-ahli untuk hidup bersama-sama dan menyumbangkan sesuatu kepada kumpulan.5. Pengakap merupakan kepimpinan.Dimana belia diberi peluang untuk memperkembangkan kemahiran memimpin dengan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam satu kawasan atau kumpulan yang kecil.

6. Pengakapan merupakan suatu keseronokkan.Ini adalah kerana keseronokakkanmerupakan salah satu daripada program Pengakapan itu sendiri yang menggunakan kaedah Pengakap.Baden Powell sendiri pernah berkata bahawa Jika Pengakap itu tidak ada keseronakkan maka ia akan kehilangan daya tarikan dan kejayaan.

DASAR KEAGAMAAN.Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama.i. Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masing-masing.ii. Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing.

Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama.

i. Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing.ii. Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu.iii. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini.