cantuman pokok
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 cantuman pokok
1/2
CANTUMAN
Mengapa cantuman dibuat?
Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai
untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung denganpokokanak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang
menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan
dan sebagainya. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat mengenai cantuman berdasarkanpengalaman dan pembelajaran penulis selama 30 tahun dalam bidang pertanian.
Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji , terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti.
Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlakuapabilapendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi
bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak
mempunyai sifat-sifat induknya yang asal . Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh
matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualitipokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan.
Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada
pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yangboleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak
digunakan. Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti
induknya, murah, cepat matang, jangkamasa yang singkat dan sebagainya.Kaedah-kaedah pembiakan tampang.
Cantuman mata tunas
Cantuman baji (cantuman appolo) Cantuman sanding
Tut pada pokok dewasa
Keratan ranting.
Cantuman mata tunasCantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan
oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan
kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiranpenjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok
buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga.
Peralatan asas yang diperlukan: Anak benih dalam polibeg - pokok penanti
Pisau cantuman
Pita cantuman
Mata tunas dari pokok yang telah dipilihdan Gunting pokok
Persiapan
Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anakbenih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang
berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih
ini diistilahkan sebagai pokok penanti.Cara mencantum
Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaranlintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran
dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklahdi antara 12 hingga 15 cm. Buat 2 kelaran dikiridan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada
batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk
dibuat cantuman.
-
8/3/2019 cantuman pokok
2/2
Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah
lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah
dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai
daun dengan ranting.Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5
cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang.
Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapakcantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan
ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas.
Penjagaan.Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawahlindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya
pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk
memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Anak
pokokyang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya padamusim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan
kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunasdengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit
mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian,potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras
cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi
menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini
akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak
benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaanhendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1
bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput.
Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata
tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggalpada kayu ranting. Kulit tunas ditampalkandibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awalpada
pokok penanti.
Cantuman mata tunas adalah satu kaedah pembiakanyang paling mudah dan boleh dijadikan satuperniagaan. Terdapat lebih 750 nurseri atau Perniagaan Tapak Semaian di Malaysia yang manjalankan
cantuman sebagai kaedaah pembiakan tanaman. Bagi mereka yang minat untuk belajar berkaitan
Teknik dan Teknologi Cantuman boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian untuk mengetahui bilakursus cantuman akan diadakan. SEKIAN.