cadangan pelan pecutan akhir pelajar tahun 6

5
KERTAS CADANGAN PELAN PECUTAN AKHIR PELAJAR TAHUN 6 TAHUN 2016 Disediakan oleh: IQ CLASS MANAGEMENT No 3 Jalan 2 Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor Selangor Darul Ehsan No. Tel / Fax: 03-3289 1080 No. Tel Bimbit: 019-277 0412 Email: [email protected]

Upload: iqcm-consultancy

Post on 08-Jul-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas kerja cadangan kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk membuat persiapan lebih proaktif terhadap calon-calon UPSR mereka.

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6

KERTAS CADANGAN

PELAN PECUTAN AKHIR

PELAJAR TAHUN 6

TAHUN 2016

Disediakan oleh:

IQ CLASS MANAGEMENT No 3 Jalan 2 Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor

Selangor Darul Ehsan

No. Tel / Fax: 03-3289 1080

No. Tel Bimbit: 019-277 0412

Email: [email protected]

Page 2: Cadangan Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6

1

PENGENALAN

Apabila peperiksaan sudah hampir tiba, tekanannya akan mula dirasai oleh calon-calon peperiksaan

lebih-lebih lagi apabila sasaran pencapaian dalam ujian-ujian percubaan tidak memenuhi sasaran

yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah. Tekanan sebegini ada kebaikannya apabila ia

menatijahkan lebih banyak usaha dan galakan untuk mempertingkatkan pencapaian walaupun

disaat-saat akhir.

Persoalannya, bagaimanakah persiapan disaat-saat akhir ini dapat membantu pelajar-pelajar?

Adakah ia membantu, atau ia sebenarnya lebih memberi tekanan yang akhirnya pelajar menjadi

bosan dan berputus asa?

Siapakah sebenarnya yang berada dalam tekanan? Pelajar, ibu bapa atau guru-guru?

Apakah matlamat sebenar pendidikan dan pembelajaran pelajar di sekolah?

Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6 ini tidaklah menjawab semua persoalan di atas. Tetapi, ia akan

dapat membantu pelajar untuk;

1. Membina matlamat mengapa penting untuk mereka bina kejayaan UPSR 2016;

2. Mengembalikan fokus kepada pembelajaran dan peperiksaan,

3. Mempelajari beberapa teknik belajar di saat-saat akhir serta,

4. Mengatasi tekanan peperiksaan yang bakal mereka hadapi kelak.

Oleh yang demikian, pihak IQ Class Management mencadangkan agar pelan ini di isi dengan aktiviti

ceramah interaktif bersama Perunding Utama kami, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini. Berikut

adalah cadangan ceramah-ceramah yang perlu dijalankan;

1. Ceramah Motivasi Cinta – muhasabah

Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;

1.1. Mengetahui punca hilang fokus dan minat terhadap pembelajaran,

1.2. Membina matlamat mengapa perlu Berjaya dalam peperiksaan UPSR serta,

1.3. Muhasabah diri terhadap usaha yang telah dilakukan untuk memenuhi keperluan

matlamat.

2. Ceramah Pecutan Akhir – teknik belajar di saat akhir

Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;

2.1. Mengambalikan matlamat menjelang peperiksaan yang semakin hampir,

2.2. Mempelajari teknik belajar yang terbaik di saat akhir sebelum peperiksaan serta,

2.3. Mengetahui bagaimana persiapan yang perlu dilakukan menjelang minggu peperiksaan.

3. Ceramah Pengurusan Tekanan Peperiksaan.

Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;

3.1. Memahami apakah yang dikatakan sebagai tekanan peperiksaan,

3.2. Mengetahui kepentingan tekanan dalam peperiksaan serta,

3.3. Mempelajari teknik mengatasi tekanan berlebihan sebelum peperiksaan.

Berikut kami lampirkan bersama biodata penceramah kami.

Page 3: Cadangan Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6

2

Page 4: Cadangan Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6

3

BIODATA PERUNDING UTAMA LATIHAN & MOTIVASI IQ CLASS

MANAGEMENT

Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini

Lahir pada 4 Disember 1981 kelahiran Bagan Datoh Perak. Beliau merupakan Perunding Utama

Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah

Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala

Lumpur (SMAKL). Beliau merupakan ketua pelajar di sekolah tersebut pada tahun 1997. Graduan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki

Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell.

Anak kedua dari empat adik-beradik dan dibesarkan

dalam keluarga yang penuh dedikasi terhadap

pendidikan dan disiplin diri. Ibunya seorang guru agama

manakala ayahnya seorang pesara tentera. Telah

berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan

semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi

UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif

memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-

pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara

berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan.

Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-

pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran

fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang

dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan

pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja,

motivasi guru serta kepimpinan Islam.

Pernah aktif bersama NGO seperti Persatuan Pelajar

Islam Selangor (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan

Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada zaman belajar

beliau. Kini, beliau semakin bergiat aktif bersama NGO yang sesuai dengan umurnya seperti Yayasan

Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan

sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan

serta perunding dalam hal-hal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL,

FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan

Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Program Jati diri

Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan

jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work – bersama MAPIM, serta

Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) – bersama ABIM. Beliau telah berkahwin

namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta

pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau

berpengetahuan luas mengenainya.

Beliau juga telah mengetuai pembinaan modul latihan jangka masa pendek untuk Markas

Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU) untuk memberi latihan kepada pegawai dan lain-lain pangkat

di dalam TUDM. Antara modul yang dibangunkan adalah Kursus Kepimpinan Islam, Kursus

Page 5: Cadangan Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6

4

Pembinaan Keluarga Sakinah serta Kursus Nilai, Moral dan Etika. Encik Kamarul Azami

berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang

suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah

sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan

tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDélaT dan juga

pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan,

pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan

diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam.