cadangan memperbaharui bandar kajang

15
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN REKA BENTUK BANDAR (CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR) NURUL JANNAH BINTI ARAJLE A151918

Upload: nurul-jannah-arajle

Post on 18-Jan-2017

85 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANREKA BENTUK BANDAR

(CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR)

NURUL JANNAH BINTI ARAJLEA151918

Page 2: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

SOALAN• Kajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil

menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putera serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

Page 3: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

BANDAR KAJANG• Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di

daerah Hulu Langat, Selangor.• Mukim Kajang berada bersebelahan dengan

mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang.

• Kajang terletak di sebelah tenggara Kuala Lumpur manakala di sebelah barat pula terletaknya Bandar Puchong.

• Kajang dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi.

Page 4: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

CADANGAN UNTUK MEMPERBAHARUI BANDAR KAJANG

Page 5: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

1. Memperbaharui reka bentuk bangunan• Kajang merupakan sebuah bandar yang

mempunyai reka bentuk bangunan yang lama.

• Pembinaan bangunan-bangunan seperti bangunan pentadbiran dan pusat membeli belah haruslah menggunakan reka bentuk terkini, unik dan menarik.

• Pembaharuan reka bentuk bangunan bertujuan untuk menyegarkan dan memberi nafas baru kepada Bandar Kajang.

Page 6: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang
Page 7: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

2. Membina mercu tanda• Kajang dan Bangi terkenal sebagai pusat

pendidikan.• Terdapat banyak universiti awam, universiti

swasta, sekolah, kolej dan sebagainya didirikan di kawasan Kajang dan Bangi.

• Mercu tanda yang melambangkan pusat pendidikan dapat membantu dalam menarik pelancong dan masyarakat setempat untuk berkunjung dan mendapatkan pendidikan di kawasan Kajang.

• Pembinaan mercu tanda untuk membezakan bandar Kajang dengan bandar-bandar lain.

Page 8: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang
Page 9: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

3. Membina pusat riadah dan kawasan rekreasi.• Pembinaan pusat riadah dan kawasan rekreasi

sebagai kawasan sosialisasi haruslah dibina di kawasan bandar Kajang.

• Penduduk dan masyarakat setempat berpeluang beriadah, meluangkan masa dan bersantai bersama keluarga dan rakan serta bersosial.

• Pusat riadah dan kawasan rekreasi berkepentingan dalam menyatupadukan kaum setempat.

• Kawasan beriadah sudah kurang digunakan dan tidak banyak di kawasan bandar dan perumahan.

Page 10: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang
Page 11: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

4. Memperbaharui sistem jalan raya• Kawasan bandar Kajang merupakan kawasan

yang sering berlaku kesesakan lalu lintas dan trafik yang tidak lancar disebabkan laluan jalan raya yang tidak di selenggara.

• Keadaan tersebut menyukarkan pengguna apabila tiba waktu kemuncak seperti pada awal pagi, lewat petang dan pada musim perayaan.

• Pembaharuan sistem jalan raya membantu dalam memberikan keselesaan kepada pengguna.

• Kadar kemalangan jalan raya juga dapat diatasi.

Page 12: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang
Page 13: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

5. Memperbaharui sistem pengangkutan awam • Sistem pengangkutan awam di kawasan bandar

Kajang haruslah diperbaharui untuk memajukan kawasan tersebut.

• Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, MRT, LRT dan monorel membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.

• Pengangkutan awam haruslah sentiasa mencukupi dan meliputi di seluruh kawasan bandar untuk kemudahan penduduk.

• Pengangkutan awam haruslah meningkatkan sistem teknologinya seperti sistem pembelian tiket agar tidak berlaku kesesakan pada waktu kemuncak.

Page 14: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang
Page 15: Cadangan Memperbaharui Bandar Kajang

KESIMPULAN• Pembaharuan di bandar Kajang haruslah

dilakukan untuk menjadikan bandar tersebut lebih sistematik dan menjadi bandar gemilang.

• Pembaharuan haruslah dilakukan secara berterusan dan seiring dengan wawasan negara.

• Setiap bandar haruslah mengikut kemajuan negara agar sentiasa segar dengan pembaharuan dan tidak dipinggirkan.