cadangan kurikulum kursus i think

Upload: jes74

Post on 08-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

i-Think

TRANSCRIPT

CADANGAN KURSUS PEMIKIRAN KREATIF MURID-MURID PengenalanDalam sistem pendidikan kini melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015) menekankan kepada enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Setiap murid belajar cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka untuk membolehkan murid dapat menghubungkaitkan pelbagai disiplin ilmu. Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif serta inovatif. Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Abjad i - bermaksud inovasi dan THINK pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif dan kreatif yang perlu ada pada semua murid. Kelebihan penggunaan peta pemikiran i-think ialah setiap peta pemikiran digunakan untuk membangunkan proses-proses pemikiran tertentu. Penggunaan dan penerapan yang berterusan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran atau dalam bidang lain di sekolah akan memberi ruang dan peluang membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan warga sekolah khususnya murid. Peta pemikiran ini bukan sahaja menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga pelajar bekerja secara kolaboratif. Dengan alat-alat pemikiran ini, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

RasionalKursus ini amat penting bagi murid dalam membudayakan dan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatifGuru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi. Setiap masalah dapat diatasi dengan menggunakan alat yang sesuai. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan beberapa pendekatan yang berlainan untuk disesuaikan dengan tajuk dan tahap murid. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik

Jangka Masa Kursus2 Hari ( 8.00 pagi - 12.30 tengah hari) Objektif KursusDi akhir kursus murid dapat 1. Mengenalpasti 8 peta pemikiran iTHINK2. Menggunakan 8 peta pemikiran yang sesuai bagi sesuatu kemahiran3. Mengaplikasikan 8 peta pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran4. Memberikan idea yang kreatif dengan menggunakan 8 peta pemikiran iTHINK

Prasyarat1. Murid-murid yang berada di kelas tahun 5 Kandungan Kursus

Dalam kursus ini, murid-murid akan didedahkan kepada lapan jenis alat pemikiran iaitu:JENIS PETAPROSES PEMIKIRAN

1. Peta bulatanMendefinisikan mengikut konteks

2. Peta BuihMenerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif

3. Peta Buih BergandaBanding beza

4. Peta PokokMembuat pengelasan

5. Peta DakapHubungan bahagian-seluruh

6. Peta AlirUrutan

7. Peta Pelbagai AlirSebab dan akibat

8. Peta TitianAnalogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

Jadual 1: Jenis peta pemikiran dan penggunaannya dalam proses pemikiran

Berdasarkan kepada jadual 1 di atas murid-murid akan diperkenalkan peta pemikiran iTHINK dengan penggunaannya dalam proses pemikiran.

Bahan Kursus.Bahan-bahan kursus yang diperlukan sepanjang kursus ini ialah:i. Kertas Mahjong- 1 Rimii. Pen marker pelbagai warna - 20 setiii.kertas a4- 3 rim

Strategi Pengajaran/ Metodology Pendekatan yang digunakan dalam kursus ini adalah pendekatan berasaskan masalah dan inkuiri penemuan. Sepanjang kursus, murid akan diberi beberapa masalah dan murid akan menyelesaikannya dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai. Begitu juga dengan inkuri penemuan, murid akan menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai bagi mempersembahkan hasil penemuan murid tersebut.Strategi pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kaedah kuliah semasa sesi pengenalan bagi peta pemikiran iTHINK. Kaedah kuliah digunakan bagi memastikan agar semua maklumat berkenaan dengan lapan peta pemikiran yang terdapat dalam iTHINK. Kaedah kuliah juga digunakan untuk menjelaskan penggunaan setiap peta pemikiran dalam proses pemikiran. Strategi aktiviti kerja berkumpulan juga digunakan dalam proses pemikiran kreatif dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK. Murid-murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan masalah atau membuat sumbangsaran dengan permasalahan yang diberi.Contoh aktiviti murid adalah seperti berikut:TugasanAktiviti

1. Apa yang saya tahu tentang seranggaAktiviti berkumpulan, murid akan berbincang sesama ahli dalam kumpulan dan mencatat semua maklumat yang diperolehi seterusnya menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai untuk mempersembahkan maklumat yang mereka perolehi.(cadangan: peta bulatan)

2. Ciri-ciri Haiwan bertulang belakangAktiviti berkumpulan, murid akan berbincang sesama ahli dalam kumpulan dan mencatat semua maklumat yang diperolehi seterusnya menggunakan peta pemikiran iTHINK yang sesuai untuk mempersembahkan maklumat yang mereka perolehi.(cadangan: peta buih)

PenilaianPenilaian kursus ini akan dinilai dalam dua bentuk iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Penilaian secara kumpulan akan dinilai berdasarkan kepada penglibatan dan idea semua ahli dalam kumpulan serta persembahan mereka. Kemampuan menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif akan mendapat markah yang lebih.Penilaian individu juga akan dijalankan bagi memastikan murid dapat mengaplikasikan peta pemikiran iTHINK dalam penyelesaian masalah dan memberikan idea yang kreatif dan inovatif. Murid-murid akan diberi tugasan individu menyelesaikan masalah dengan menggunakan peta pemikiran iTHINK untuk menyelesaikannya.

Lampiran 1:Peta pemikiran dan proses pemikiran

1.Peta Bulatan Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks

Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Peta BuihProses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif

Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian

3. Peta Buih BergandaProses pemikiran: Banding beza

Membanding beza sesuatu.

4. Peta PokokProses Pemikiran: Membuat pengelasan

Mengklasifikasi bahan atau idea.

5. Peta DakapProses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh

Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.

6. Peta AlirProses Pemikiran: Urutan

Membuat urutan sesuatu.

7. Peta Pelbagai AlirProses Pemikiran: Sebab dan akibat

Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.

8. Peta TitianProses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.