cadangan dan penutup

6
CADANGAN Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendapat banyak kritikan dan bantahan daripada orang ramai pada hari ini. Namun begitu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlulah dilihat secara teliti dan menyeluruh agar pelaksanaannya tidak membebankan rakyat serta dapat membangunkan ekonomi sesebuah negara khususnya Malaysia. Di Malaysia, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Terdapat alasan yang menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja pada 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula

Upload: muhammad-izaan

Post on 14-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sdd

TRANSCRIPT

CADANGAN Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendapat banyak kritikan dan bantahan daripada orang ramai pada hari ini. Namun begitu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlulah dilihat secara teliti dan menyeluruh agar pelaksanaannya tidak membebankan rakyat serta dapat membangunkan ekonomi sesebuah negara khususnya Malaysia. Di Malaysia, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan. Terdapat alasan yang menyatakan bahawa kerajaan akan sentiasa menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga kurang tepat berdasarkan pengalaman lepas menunjukkan kadar cukai jualan yang diperkenalkan pada 1972 hanya dinaikkan sekali sahaja pada 1983. Kadar cukai perkhidmatan pula tidak pernah dinaikkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, cadangan kerajaan untuk melaksanakan GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.Menurut Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus dan Normala Mehat (2013), hasil kajian ini mendapati tahap kefahamanan sejumlah 77% bagi rakyat Malaysia di kawasan yang dikaji memahami dan mengetahui akan perancangan kerajaan yang akan melaksanakan sisitem pungutan cukai baru iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun begitu sebanyak 53% menyatakan bahawa GST tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Melalui hasil kajian ini, kebanyakkan responden atau penduduk telah menunjukkan bahawa terdapat kesediaan terhadap pelaksanaan cukai baru iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pembolehubah pendapatan kasar bulanan responden mempunyai hubungan positif dengan cukai GST. Ini menunjukkan bahawa responden sanggup untuk membayar cukai GST apabila kemampuan membayarnya meningkat. Penambahan atau pengurangan pendapatan responden juga memberi kesan kepada kesediaan pengguna membayar cukai GST.

Di samping itu, melihat kepada kejayaan Negara-negara ASEAN khususnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura juga mendorong kerajaan Malaysia untuk mengikut jejak langkah Negara yang semakin membangun itu. Kejayaan Singapura melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga disebabkan terdapat langkah dan kaedah yang betul seperti pelaksanaan offset package yang dijalankan serentak dengan GST. Berbalik kepada senario di Malaysia, sebenarnya offset package versi Malaysia sudahpun terlebih awal dilaksanakan melalui produk-produk 1Malaysia yang membantu meringankan beban masyarakat terbanyak. Namun begitu, masih terdapat keseimbangan jalur sosioekonomi dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu mengurangkan kadar cukai yang lain agar golongan pendapatan rendah menikmati rezeki seimbang seperti rakyat Singapura.Seterusnya, Yeo Kai Eng (2007) mengkaji bagaimana kerajaan Singapura menjalankan cukai berkadar sifar dan item-item yang di kecualikan dari GST. Antara ciri penting dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura yang perlu diambil perhatian ialah perbezaan di antara GST yang dikenakan cukai berkadar sifar dengan barangan dan perkhidmatan yang di kecualikan terus dari dikenakan GST. Barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai berkadar sifar masih lagi tertakluk kepada cukai GST, akan tetapi barangan dan perkhidmatan tersebut dikenakan cukai yang berkadar 0%. Kadar cukai seperti ini melibatkan peniaga-peniaga yang berurusan dengan pasaran eksport sahaja. Peniaga seperti ini dibenarkan untuk membuat tuntutan balik keatas GST yang dibayar keatas input perniagaan. Berbeza keadaannya dengan barangan dan perkhidmatan yang mendapat pengecualian terus dari dikenakan GST, sama ada barangan tersebut memasarkan barangan dan perkhidmatan yang separuh terkecuali atau sepenuhnya terkecuali tidak berhak membuat tuntutan ke atas input perniagaan kerana mereka adalah sebahagian dari kegiatan perniagaan yang mendapat pengecualian dari dikenakan GST.Kesimpulannya, kerajaan Malaysia perlulah mengambil pendekatan yang menyeluruh dengan mengambil contoh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara-negara yang telah berjaya melaksanakan cukai ini. Hal ini kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang jitu dan sistematik dapat membangunkan ekonomi sesebuah negara dan meringankan beban penduduk khususnya golongan pendapatan rendah.PENUTUPPelaksanaan dan pengurusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang baik di samping mendapat kerjasama pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Walaupun pelaksanaan dan pengurusan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dianggap mencabar, namun tempoh yang selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya diperlukan bagi membolehkan semua orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Selain itu, kaedah GST mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan SST. Pelaksanaan GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan dan seterusnya membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan. Pada masa ini, pergantungan kepada sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport, dividen dan lain-lain adalah tinggi iaitu kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. Ini merupakan keadaan yang kurang sihat kerana Malaysia tidak boleh bergantung selamanya kepada sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan bahan tersebut lama kelamaan akan susut. Seterusnya, Singh (2007) telah membuat kajian bahawa terdapat beberapa kebaikan pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini yang boleh kita pertimbangkan mengapa cukai perlu dan patut untuk dilaksanakan di Malaysia. Salah satu dari kebaikan mengapa GST perlu dilaksanakan adalah kerana melalui kaedah ini negara akan mewujudkan sistem cukai yang baru dan stabil, dimana keadaan ini akan menyumbang kearah kedudukan ekonomi yang lebih baik dan mapan. Ini sekaligus dapat mengurangkan defisit kewangan negara, terutamanya dengan jangkaan yang dibuat terhadap pengurangan hasil petroleum dalam masa beberapa tahun dari sekarang.Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan untuk melaksanakan GST wajar disokong kerana ia akan memberi kebaikan dan kesan positif kepada ekonomi negara terutamanya dalam jangka masa panjang.