handbook: kaedah meningkatkan jualan dengan … · contoh selebriti yang memanfaatkan instagram...

37
DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN DENGAN MENGGUNAKAN INSTAGRAM

Upload: leanh

Post on 10-Jul-2019

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT

HANDBOOK:

KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN

DENGAN MENGGUNAKAN

INSTAGRAM

2

ISI

KANDUNGAN PENGENALAN INSTAGRAM 3

CIRI-CIRI INSTAGRAM 4

RASIONAL INSTAGRAM UNTUK USAHAWAN 5

KITARAN PERNIAGAAN INSTAGRAM 7

TUTORIAL INSTAGRAM UNTUK BISNES 9

TIPS & TRICK AMBIL GAMBAR 16

CTA DALAM POST 24

HASHTAG 28

INSTAVIDEO 31

CARA DAFTAR AKAUN INSTAGRAM 33

3

PENGENALAN INSTAGRAM

Apa Itu Instagram?

1. Sebuah applikasi perkhidmatan online secara mobile untuk

berkongsi gambar dan video pada pelbagai platform media sosial

seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan Flickr.

2. Seperti Facebook, setiap penguna instagram mempunyai akaun

tersendiri yang mana sesiapa yang berminat untuk mengikuti

(follow) akaun instagram tertentu boleh memohon untuk mengikuti

akaun tersebut.

3. Followers ini yang akan mewujudkan kommuniti untuk sesuatu

akaun instagram yang diikuti. Antara akaun yang mempunyai

pengikut yang besar adalah, selebriti, ahli sukan, tokoh politik dan

juga pelbagai jenis jenama yang terkenal

4

CIRI-CIRI INSTAGRAM

1. Saiz gambar yang dikongsi adalah berbentuk segiempat sama

tidak seperti photo biasa yang berukuran ratio 4:3

2. Gambar boleh diedit mengikut digital filter yang disediakan

3. Durasi video instagram yang boleh dikongsi adalah selama 15saat

,

5

RASIONAL INSTAGRAM UNTUK USAHAWAN

Dari sebuah aplikasi social, kini instagram telah dijadikan sebagai sebuah

alat untuk memasarkan produk perniagaan. Ini adalah kerana konsep

minat kepada seseorang ikon atau jenama digunapakai untuk

mempengaruhi komuniti yang mengikuti sesuatu akaun instagram untuk

berbelanja kepada suatu produk tertentu.

Sekiranya seseorang yang meminati seseorang ikon atau selebriti, maka

kebarangkalian tinggi apa yang dipakai oleh ikon atau selebriti tersebut

akan diikuti oleh follower tersebut. Begitu juga sekiranya jenama yang

diikuti ada mengeluarkan gambar produk terbaru maka kebarangkalian

tinggi follower tersebut ingin memiliki produk baru tersebut.

Contoh Instagram:

Contoh selebriti yang memanfaatkan Instagram dalam promosi

bisnessecara langsung atau tidak:

1. Neelofa

i. 1.8 juta pengikut

ii. Naelofar, Bokitta Hijab, Lofa Lens, etc

2. Nora Danish

i. 2.2 juta pengikut

ii. Instareview, kedai kopi XOXO

3. Wak Doyok

i. 847 ribu pengikut

ii. Krim Jambang Wak Doyok

Contoh butik SME atas talian yang popular di Instagram:

1. Minaz: 206 ribu pengikut

2. Zawara: 198 ribu pengikut

3. Jelitasara: 42.6 ribu pengikut

6

Statistik di Malaysia :

29.8

JUTA

Penduduk

15.2 JUTA

Pengguna

Telefon Pintar

60 %

Pembeli di

Atas Talian

5.5 JUTA

Pengguna

Instagram

7

Peniaga muatnaik

gambar & videoke akaun

KITARAN PERNIAGAAN INSTAGRAM

Apabila barangan dibayar oleh follower, peniaga akan

hantar barangan yang ditempah tersebut melalui pos

atau kaedah lain bergantung pada terma yang telah

dipersetujui.

Follower akan lihat posting

tersebut pada akaun

instagram mereka.

Jika berminat boleh terus

berhubung kepada peniaga

8

Dari rajah boleh disimpulkan bahawa Instagram adalah merupakan

sebuah medium sosial yang boleh dijadikan medan perniagaan dan

promosi yang mudah digunakan tetapi terdapat beberapa perkara yang

perlu diketahui:

1. Instagram tidak meletakkan syarat maksimum kepada berapa

jumlah follower yang dapat melihat mana-mana gambar atau

video yang telah di muat-naik berbanding dengan FB yang hanya

membenarkan jumlah tertentu (5%) yang mampu dilihat pada wall

milik mereka.

2. Tiada caj tambahan untuk promosikan produk atau perkhidmatan

anda

3. Bagaimanapun instagram secara asasnya tetap merupakan

sebuah medium sosial untuk berkongsi gayahidup pengunanya

melalui gambar mahupun video. Oleh itu jika setiap posting adalah

berbentuk hard-sell maka seseorang follower mungkin akan berasa

bosan dan tidak akan menjadi follower anda lagi

9

TUTORIAL INSTAGRAM UNTUK BISNES

1. ASAS AKAUN INSTAGRAM Instagram boleh digunakan untuk banyak keadaan. Namun untuk

situasi masakini, penggunaan instagram dioptimumkan untuk

tujuan penjenamaan dan jualan.

ASAS MENGHASILKAN AKAUN INSTAGRAM UNTUK USAHAWAN

i. Bio profile kita adalah aset paling penting untuk audiens

mengenali kita. Seharusnya ia harus beri idea jelas kepada

mereka tentang siapakah kita.

ii. Pastikan profile kita diset kepada ‘public’ dan bukan kepada

‘private’.

iii. Sebaiknya bio kita menceritakan tentang perkara-perkara ini.

a) Siapakah kita?

b) Apa yang kita buat?

c) Gunakan emoticons (emoji) untuk CTA (audiens klik link

kita)

d) Gunakan pendekatan K.I.S.S (keep it simple, stupid).

e) Nombor telefon untuk dihubungi

f) Ada domain website yang menarik (jika ada website)

g) Pastikan profile konsisten dengan brand positioning kita.

First Impression Is Everything,

Value Perceived Is The King.

10

11

2. KONSISTENSI DALAM POSTING

i. Postkan gambar dalam 3 - 5 kali pada waktu konsisten untuk

2-3 minggu.

ii. Tukar time posting selepas 2-3 minggu kepada waktu lain.

Cuba buat selama 2-3 minggu.

iii. Gunakan Iconosquare atau mana-mana program pihak

ketiga untuk lihat STATISTIC & mula buat OPTIMIZATION untuk

profil instagram anda.

iv. Track the amount of likes and comments you get for each

time slot and make adjustments as needed.

12

3. CADANGAN SLOT MASA POSTING

i. Pagi ( 7 pagi – 9 pagi ) : Kebanyakan orang akan periksa

telefon apabila bangun pagi dan sebelum memulakan kerja

atau kelas untuk melihat apa yang telah mereka tertinggal

ii. Tengahari ( 11 pagi – 2 petang ) : Sekitar waktu rehat, orang

ramai akan gunakannya untuk makan, berehat, dan

memeriksa sebarang mesej atau updates di laman sosial

mereka menerusi telefon

iii. Petang ( 5 petang – 7 petang ) : Selepas habis waktu

pejabat, orang ramai baru dapat peluang untuk berehat.

Mereka akan periksa telefon mereka ketika berehat di sofa,

menonton TV, makan, selepas membuat kerja rumah atau

apa jua aktiviti termasuk sebelum tidur

iv. Hari Ahad : Hari Ahad biasanya interaksi paling tinggi antara

pengguna

13

4. KONSEP GAMBAR

i. Gambar Unik & Autentik (Asli)

Gambar yang cantik dan menarik perhatian sangat penting dalam

penjualan produk di Instagram. Post gambar berkualiti, terang dan

jelas supaya bisnes anda kelihatan profesional dan meyakinkan.

ii. MESEJ DALAM GAMBAR

Manusia boleh proses gambar 60,000 kali lebih laju dan berkesan

dari perkataan. Sampaikan mesej dalam gambar produk seperti

keberkesanan produk, gaya hidup pengguna, cerita di sebalik

tabir, dan apa sahaja cerita yang berkaitan yang akan naikkan

kelebihan dan keterujaan pengguna kepada produk anda.

GoPro gunakan gambar

yang cantik, jelas, dan

seolah-olah hidup samada di

darat atau dalam air dengan

gunakan kamera GoPro

mereka.

Secara tak langsung beri

pendedahan tentang

kegunaan, kualiti &

keberkesanan kamera GoPro

pada pengguna.

Kebanyakan gambar yang

dipos juga akan menarik

perhatian penggemar aktiviti

sukan luar (outdoor) untuk

melihat gambar dan

seterusnya memiliki produk

tersebut sebagai salah

seorang dari komuniti aktiviti

sukan luar

14

iii. Penuh

bertenaga! Minuman Redbull beri tenaga

berpanjangan kepada

pengguna dan itulah yang

cuba mereka paparkan

dalam setiap post gambar

mereka.

RedBull mengetengahkan

kelebihan produk & gaya

hidup pengguna RedBull

dalam hamper kesemua

gambarnya.

iv. Cantik &

Elegan MichaelKors gunakan model

yang cantik dan elegan

untuk gayakan produk

mereka dalam suasana yang

santai.

Perhatikan dalam gambar di

sebelah, barangan Michael

Kors jadi focus di sebalik

gambar secara natural tanpa

perlu ‘hard sell’.

Ia menyatakan secara tidak

langsung hanya wanita yang

cantik dan punya kelas

tersendiri akan menggunakan

produk MK, sekiranya anda

memakainya, andalah

wanita itu

15

v. Jalan Cerita Penceritaan di sebalik tabir

juga secara tak langsung

akan buatkan follower lebih

berminat untuk mengetahui

sisi produk anda yang lain

versi tidak ‘scripted’

Ambil gambar dari sudut

belakang dengan

menampakkan sedikit bahu,

kepala atau tangan yang

tengah menyiapkan kerja. Ia

akan membuatkan follower

rasa lebih dekat, dan yakin

dengan produk anda.

16

TIP&TRICK AMBIL GAMBAR Latarbelakang, props, pencahayaan & komposisi gambar

1. BACKGROUND

Gunakan latarbelakang (background)

seminima mungkin

Untuk selamat, gunakan background putih,

atau kelabu.

Latarbelakang warna selain putih juga

boleh digunakan untuk menaikkan kontra

pada produk terutamanya produk yang

berwarna cerah atau banyak putih.

Pemilihan warna latarbelakang biarlah

bersesuaian dengan imej produk yang

mahu ditonjolkan.

Pandora gunakan warna pastel sebagai

latarbelakang untuk serlahkan sisi feminine

wanita yang memakainya

Untuk latarbelakang bercorak, pilih corak

yang berulang & tak serabut supaya fokus

tidak menganggu subjek/produk.

Lihat bagaimana Starbucks dengan bijak

meletak tisu mereka di bawah makanan

untuk bezakan makanan dengan coorak

meja kayu selain beri efek kontra. Efek

kontra akan beri fokus kepada subjek

Penggunaan latarbelakang penuh

biasanya diguna untuk menambah

penceritaan kepada gambar.

Sebaik-baiknya gunakan efek blur pada

bahagian belakang untuk serlahkan

produk anda.

Hati-hati supaya focus follower anda tidak

lari dari subjek utama yang anda ingin

tonjolkan.

17

2. PROPS

Gunakan props yang boleh bantu gambar anda lebih menyerlah

samada dari sudut penyampaian mesej atau cerita, warna, komposisi

gambar, mood gambar, dan sebagainya

Contoh props yang boleh digunakan: Material atau bahan

kandungan(lebih menyelerakan atau meyakinkan), aksesori atau

bunga (tambah sifat feminin), alas plain atau bercorak (karpet, alas

meja, tisu, pinggan, dll), dan macam-macam lagi

Perhatikan ketiga-tiga gambar.

Apa subjek utama dan apa props

yang digunakan? Adakah props

tesebut dipilih secara rawak tanpa

sebarang motif?

i. Gambar 1 (Black vanilla)

ii. Gambar 2 (Minyak wangi)

iii. Gambar 3 (Coca Cola)

18

3. PENCAHAYAAN

Faktor pencahayaan sangat penting dalam proses mengambil gambar

yang cantik, terang dan jelas. Secara asasnya, pencahayaan terbahagi

kepada dua iaitu ‘soft light’ dan ‘hard light’.

Soft light selamat diguna untuk kesemua jenis

gambar terutamanya produk & potret

Soft light fokus pada keseluruhan gambar, warna

dan buang elemen yang tak perlu seperti

bayang berlebihan, glare, etc

Gambar jadi pleasant to the eyes

Contoh Soft Light

TRICK : Ambil gambar waktu pagi, awal tengahari

atau lewat petang

Hard light pula biasanya digunakan untuk

mencipta efek dramatik pada gambar.

Kesan bayang-bayang yang jelas akan beri efek

kontra pada gambar menampakkan premium

Jarang diguna sebab teknik ini susah untuk

dikawal.

Penggunaan yang salah akan buat subjek pada

gambar tak dapat ditonjolkan sepenuhnya

kerana bayang-bayang tutup sebahagian

permukaan produk

Contoh Hard Light

TRICK : Ambil gambar ketika tengahari panas

terik (pukul 2 ptg)

19

4. KOMPOSISI GAMBAR - RULE OF THIRDS

Kebiasaannya gambar diambil dengan meletak subjek utama

dibahagian tengah. Tetapi Rule of Thirds mengajak kita bereksperimen

dengan gaya berlainan dari kebiasaan.

Apakah itu ‘Rule of Thirds’?

Trick gambar yang mudah dan sering diguna untuk dapat komposisi

gambar yang cantik dan menarik perhatian cara shortcut. Subjek

utama diletak off-center dan hanya guna 1/3 atau 2/3 dari

keseluruhan gambar

Pilihan 1: Letak subjek di salah satu garisan grid

Pilihan 2: Letak subjek di mana-mana kotak berwarna biru gelap

Pilihan 3: Letak subjek di salah satu titik pertembungan grid. Lihat titik

biru gelap

20

Contoh Gambar Guna ‘Rule of Thirds’

Lipbalm (subjek utama)

terletak di sepanjang garisan

grid menegak dan

melintang

Subjek hanya ambil 2/3

ruang dari keseluruhan

gambar. 1/3 ruang

dikaburkan

21

Subjek utma (kacang hijau

dan hujung sudu ) diletakkan

pada titik pertembungan

grid.

Subjek mengambil 1/3 ruang

dari keseluruhan gambar.

2/3 selebihnya dikaburkan.

BabyLips (subjek utama)

terletak di sepanjang bawah

garisan grid.

Subjek hanya ambil 1/3 ruang

dari keseluruhan gambar. 2/3

ruang dikaburkan.

22

Lampu kereta (subjek utama)

terletak di pada titik

pertemuan.

Subjek utama hanya ambil 1/3

ruang dari keseluruhan

gambar. Subjek kedua (badan

kereta) ambil 1/3 ruang

manakala 1/3 ruang

selebihnya dikaburkan.

23

Kasut yang dipakai (subjek

utama) terletak di

sepanjang garisan grid

menegak. Kasut lain (subjek

kedua) disusun di bawah

grid

Subjek hanya ambil 2/3

ruang dari keseluruhan

gambar. 1/3 ialah ruang

kosong minimal

Buah ceri (subjek utama)

terletak di sepanjang garisan

grid melintang

Subjek hanya ambil 1/3

ruang dari keseluruhan

gambar. 2/3 ruang

dikaburkan

24

TAMBAHKAN CTA

1. APAKAH ITU CTA (CALL TO ACTION)?

CTA ialah arahan (atau provokasi) kepada audiens untuk

dapatkan respons serta merta, biasanya dengan gunakan kuasa

autoriti untuk mereka lakukan sesuatu seperti ‘hubungi sekarang’,

‘dapatkan sekarang’, ‘layari laman web kami’,’ sila tekan’ ‘sila like’

dan macam-macam lagi.

Adakah anda masukkan CTA ini dalam post Instagram anda?

Adakah anda suruh mereka klik sebarang link yang anda beri? Jika

anda tak berbuat demikian, selalunya mereka hanya akan baca

link tersebut tanpa sebarang tindakan.

Pastikan anda letak CTA dengan jelas apa yang anda mahukan.

Beritahu apa yang perlu buat.

CTA harus mudah supaya pengguna beri respon dengan serta

merta. Sekiranya CTA suruh klik link, pastikan link tersebut mudah

dicari dan dilihat

25

2. CTA DALAM BIO PROFILE KITA. Banyak jenama hebat gunakan bio mereka untuk tarik perhatian

pengguna dengan meletak CTA.

Antara bio jenama yang kreatif

dengan jual terus produk di ruangan

tersebut ialah Michael Kors.

Semua gambar yang ada hashtag

unik #InstaKors, membolehkan

pengguna beli terus barangan

tersebut.

Arahan setiap langkah diberikan

Emirates membina interaksi dengan

follower dengan menyuruh mereka

letak hashtag #emiratesonline

#hellotomorrow untuk berkongsi

gambar dan pengalaman mereka

26

YMS letak CTA pada nama.

Arahannya jelas, follow jika

mahukan kasut yang cantik, buatan

tangan. Disertakan dengan hashtag

unik YMS sekiranya pengguna mahu

cari gambar produknya.

BundleTown meletak CTA yang

ringkas tetapi berkesan dengan

menyuruh pelanggan Whatsapp

dengan ikon tangan menunjuk kea

rah nombornya.

27

3. CTA DALAM POST

CTA dalam post boleh diletak samada dalam gambar (teks dalam

gambar atau symbol) atau caption, atau kedua-dua sekali.

Gambar dari Brisk ini meminta kita

untuk double tap minumman

kegemaran.

Secara tak sedar, apabila kita tekan

dua kali mana-mana minuman,

akan menjadikan kita ‘like’ gambar

tersebut.

Salah satu cara mudah untuk

dapatkan interaksi ialah dengan

menyuruh follower ‘tag’ orang yang

mereka ingin kongsikan dalam

‘’caption’ anda. Biasanya mereka

akan tag kawan, atau keluarga

mereka di ruangan komen.

Perhatikan bagaimana Nordstrom

meletakkan CTA untuk like bagi

dapat diskaun pada ruang lokasi di

atas gambar dan di ruangan

komen, dan CTA untuk ‘tag’ kawan

yang lain dan berkongsi dengan

mereka.

28

HASHTAGS

1. FUNGSI HASHTAGS KEPADA INSTAGRAM

Hashtag di Instagram ialah symbol ‘#’ sebelum perkataan (tiada

jarak). Tujuan hashtag ialah untuk mengkelaskan gambar dan

buatkan gambar tersebut boleh dicari berdasarkan kata kunci

hashtag.

Dalam berniaga anda boleh gunakan hashtag untuk:

i. Bina jenama : Bina jenama & komuniti dgn mencipta hashtag

sendiri. Cipta hashtag jenama unik dan galakkan mereka

gunakannya sebagai salah seorang komuniti anda.

ii. Dapat pengikut baru : Pengguna instagram cari post

berdasarkan hashtag yang mereka berminat. Sekiranya

hashtag anda kena dengan minat mereka, mereka akan

mula beri perhatian kepada jenama anda

iii. Periksa & pilih follower :Target bakal follower guna hashtag

berkaitan produk anda. Pilih anda mahu follower jenis

bagaimana dengan rujuk hahstag.

2. CARA GUNA HASHTAGS

i. Untuk ‘brand awareness’ guna 11 – 20 hashtags. Jangan

lebih 30 hashtags kerana gambar anda tidak akan keluar.

ii. Pastikan setiap post ada semua jenis hashtags di bawah;

a) Hashtags unik yang dicipta khas untuk produk dan

jenama

b) Hashtags trending yang berkaitan dengan produk anda

c) Hastags general untuk tujuan kategori

iii. Hashtags dalam post : Jika tak mahu kelihatan sperti spam

hashtags, letak 3-5 hashtags untuk satu post dan tukar

kepada yang baru selepas 30 minit

iv. Hashtags dalam komen : Anda juga boleh letak hashtag di

ruangan komen untuk tak ganggu caption post anda

29

Aldo guna 12 hashtags – jenama,

unik, trending, & general

Dankimredmango guna hashtag

sebagai pelengkap ayat ‘caption’.

Selain itu hashtag yang banyak juga

dilletak di ruangan komen supaya

tak ganggu caption

Avantstyle guna 30 hashtags –

jenama, target follower, aksesori

tambahan, lokasi, trending, &

general

A simple way to get more

engagement is to ask followers to

“tag the person you love most” in

the caption. They will likely tag

others in the comments.

30

Contoh hashtag di ruangan komen

supaya tak ganggu caption

31

INSTAVIDEO

1. DESKRIPSI i. Durasi : Instavideo boleh rakam sehingga 15 saat

ii. Editing : Boleh buang sebahagian dari segmen video tanpa perlu

rekod baru.

iii. Filters : Sebagaimana filter untuk gambar, Instavideo juga boleh

letak filter untuk ubah mood video.

iv. Integrasi : Tak perlu muatturun apps pihak ketiga untuk rekod.

Instavideo dicipta dalam apps Instagram itu sendiri.

v. Pemilihan thumbnail video : Anda boleh pilih imej statik dari video

untuk dijadikan cover photo video. Pemilihn ini penting untuk ‘first

impression’.

2. FUNGSI INSTAVIDEO& KESAN KEPADA ENGAGEMENT 40% Instavideo dihasilkan untuk promosi jenama secara langsung atau

tidak. Berikut merupakan sebab kenapa anda harus ada sekurang-

kurangnya 1 instavideo anda sendiri:

i. Rakam Demo Produk dan Jawab Soalan Lazim Follower

Senaraikan soalan-soalan lazim yang diutarakan oleh pelanggan

dan follower anda. Rakam tutorial produk sambil menjawab

pertanyaan yang terkumpul.

Contoh, video tutorial bagaimana mahu pasang/pakai/sediakan

produk anda langkah demi langkah.

ii. Cipta Portfolio Visual untuk Hasil Kerja Anda

Penggunaan gmbar lebih berkesan berbanding ayat. Manakala

penggunaan video pula lebih berkesan dari gambar. Ini

disebabkan dengan video, pengguna akan menggunakan deria

lihat dan dengar.

Rakam video hasil kerja anda yang terbaik untuk memudahkan

follower anda melihat hasil kerja anda dalam masa 15 saat.

Video pendek akan jadikan hasil kerja anda Nampak lebih

WOW.

iii. Highlight Tawaran Istimewa dan Event

32

15 saat merupakan masa yang sesuai untuk anda promosi

tawaran istimewa atau sebarang majlis melibatkan jenama

anda.

Gunakan ruang deskripsi untuk terangkan mesej atau cerita di

sebalik video.

iv. Ajak Follower Rakam InstaVideo berkaitan Guna Hashtag

Ajak audies anda untuk rakam dan hantar Instavideo dengan

Hashtag tertentu yang anda beri untuk memasuki peraduan,

atau promosikan acara & majlis anda, ataupun untuk keluaran

produk baru anda.

Trick ini akan menambah lebih ramai pengikut anda yang baru,

dan mengeratkan interaksi dengan pengikut sedia ada.

v. Tambah Interaksi di Facebook

Video & gambar biasanya akan terima lebih banyak komen,

share, dan like di Facebook. Instagram video boleh dikongsi ke

Facebook dan seterusnya menarik audiens baru dari Facebook

untuk menjadi follower anda di Instagram.

3. MASA TERBAIK UNTUK POST VIDEO Pos video selepas waktu kerja pejabat/sekolah : Hadkan masa untuk

post video selepas waktu bekerja/belajar. Majoriti pengguna akan

lihat video ketika mereka ada masa terluang di luar kawasan bekerja

atau sekolah

33

CARA DAFTAR INSTAGRAM

1. MUAT TURUN APLIKASI

i. Akaun Instagram boleh dibina di iOS

(iPhone, iPad, iPod) atau android

(telefon pintar selain keluaran

Apple).

ii. Cari aplikasi di App Store (iOS) atau

Google Play (Android).

iii. Download & Open

2. BUAT AKAUN GUNA EMEL

i. JANGAN daftar guna Facebook. Ia

akan auto bina akaun berdasarkan

FB peribadi anda.

ii. Akaun Instagram ini adalah untuk

bisnes anda. Gunakan alamat emel

bisnes anda.

34

3. PILIH USERNAME YANG DIKENALI

i. Pilih username dan kata kunci, dan

letakkan gambar profil yang

bersesuaian.

ii. Pilihan username & gambar ini

akan bantu anda membina

jenama dan memudahkan orang

ramai cari dan ikut (follow) anda.

4. PILIH GAMBAR PROFIL YANG BETUL

i. Gunakan logo syarikat, jenama

atau gambar yang berkaitan

sebagai gambar profil anda.

ii. Tekan butang +Photo di atas

iii. Pilih “Take Photo” atau “Choose

from Library” untuk dapatkan

gambar yang sesuai.

iv. JANGAN import dari Facebook; ia

akan bercampur aduk dengan

akaun FB peribadi anda.

35

5. PROFIL ASAS

i. Gunakan nama bisnes anda. Jika

anda sendiri ialah ‘wajah’ bisnes

anda, gunakan nama sendiri.

ii. Letakkan no telefon yang

digunakan untuk berinteraksi

dengan pelanggan anda selama

ini, untuk beri pendedahan akaun

anda kepada seramai mungkin

orang, menggunakan bantuan

yang disediakan Instagram

iii. Seterusnya anda akan diminta untuk

mula follow orang lain.

iv. JANGAN mula follow.

v. Lebih baik anda post beberapa

keping gambar sebelum mula

follow orang lain. Jika anda follow

sekarang, mereka akan lihat profil

anda yang kosong dan tidak akan

follow anda kembali.

vi. Klik ‘Skip’

6. BERMULA

i. Ini adalah ‘Home’ anda. Apabila

anda ‘follow’ orang lain, gambar

mereka akan muncul di sini.

ii. Home: Lihat semua foto terkini orang

yang anda follow.

iii. Search: Cari orang, tempat, barang

dan hashtags, termasuk apa yang

orang lain minat

iv. Camera: Ambil gambar untuk mula

berkongsi post.

v. Notifications: Lihat orang terkini

yang follow akaun anda dan

sukakan gambar anda.

vi. Profile: Akaun anda, semua yang

anda telah post dan akses kepada

settings menu.

36

7. KEMASKINI PROFIL

i. Tekan butang profil di bawah

hujung kanan, dan pilih butang

‘Edit Your Profile’ di bahagian atas.

ii. Kemaskini profile anda.

iii. Letakkan URL laman web anda

sekiranya ada, dan maklumat

ringkas tentang apa yang bisnes

anda buat, lokasi, dan sedikit

maklumat yang menarik atau

kelakar mengenai bisnes anda

8. SET UP YOUR SOCIAL SHARING

i. Lihat pautan untuk ke akaun

Twitter and Facebook anda.

ii. Klik “Share to” dan pilih akaun

yang betul.

37

9. MULA POSTING

i. Pos 9 atau 10 gambar dahulu sebelum mula follow orang lain.

ii. Apabila mereka dapat notifikasi anda ‘follow’, mereka biasanya

akan lihat profil dan gambar terlebih dahulu.

iii. Tekan ikon kamera di bahagian tengah bawah untuk mengambil

gambar dan mula posting!