cabaran globalisasi

Upload: tk324

Post on 10-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HET

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 cabaran globalisasi

    1/5

    Menghasilkan cabaran ringkas tentang cabaran globalisasi serta implikasikepada hubungan etnik di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber rujukan.

    Globalisasi

    Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan

    ekonomi & politik Barat sejagat. Globalisasi seperti yang kita sedia maklum buat

    masa ini merupakan fenomena dunia tanpa sempadan yang begitu membimbangkan

    bagi negara-negara membangun dan belum membangun. Hal yang demikian ini

    berlaku kerana manusia tidak dilahirkan sama rata dari segi kaum, warna kulit, latar

    belakang sosial, agama dan budaya, apatah lagi etika kerja masa kini yang akan

    jauh berbeza daripada masa hadapan.

    Dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan

    kepada negara-negara yang baru membangun jika dikaji dari pelbagai sudut dan

    perspektif. Globalisasi menuntut padang permainan yang sama rata di mana

    manusia boleh bertanding secara adil. Sungguhpun demikian keadaan dunia yang

    sebenarnya tidak sedemikian rupa. Sebagai contoh dalam sukan adakah saiz

    pemain, sarna ada kecil ataupun besar, telah diambil kira untuk bermain walaupun

    disediakan satu padang permainan yang sama? Tentunya negara yang mempunyai

    pemain yang berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua

    keadaan.

    Analogi ini boleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain

    dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi negara yang sudah membangun, dalam

    banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum

    membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju.

    Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan

    menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana negara-

    negara yang sudah maju sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan yang

    telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu.

  • 5/20/2018 cabaran globalisasi

    2/5

    Cabaran dalam Dunia Globalisasi

    Dalam hal-hal tertentu kita perlu mengambil kira pandangan Mahathir

    Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia tentang dunia globalisasi. Terdapat lima

    cabaran asas terhadap dunia globalisasi.

    Pertama merupakan persoalan asas. Cabaran ini mudah kepada kita sarna

    ada dari segi pandangan ataupun pemikiran. Namun cabaran ini akan menjadi sukar

    sekiranya ramai orang yang gemar membuat pandangan untuk kita dan bertukar

    menjadi benci jika kita cuba mengikuti pandangan kita sendiri.

    Kedua, merupakan cabaran tentang kebenaran. Kebenaran sukar dilahirkan

    kerana kita hidup dalam dunia globalisasi yang tidak mempunyai ketelusan,

    sebaliknya pembohongan semata-mata. Adalah sukar untuk kita menentukan hasrat

    sebenar sesebuah badan korporat gergasi dunia yang berpura-pura senyum, tetapi

    mempunyai hasrat yang tersembunyi untuk menguasai kita.

    Cabaran ketiga berkaitan dengan soal keadilan dan kesaksamaan, iaitu

    bagaimanakah kita menentukan orde dunia barn itu agar memihak ke arah keadilan

    dan kesaksamaan?. Mengapakah negara-negara yang sudah maju, walaupun

    terdapatnya retorik tentang globalisasi dan liberalisasi, telah mendakwa subsidi boleh

    menghancurkan pasaran? Lantas segala bentuk bantuan dan subsidi makanan dan

    minyak di negara-negara miskin mesti dihentikan atau pinjaman tidak akan

    dike1uarkan. Mengapakah perlu ada penetapan tarif ke atas kesemua barangan

    tersebut jika negara-negara maju mampu bersaing?

    Cabaran keempat yang dihadapi oleh negara-negara membangun adalah dari

    segi cabaran keuntungan bersama. Bagaimanakah caranya untuk memaksimumkan

    bilangan pemenang dan meminimumkan bilangan yang kalah dalam proses

    globalisasi ini? Bagimanakah cara untuk menentukan situasi 'menang-menang' bagi

    kedua-dua pihak? Bagaimanakah pula untuk kita menentukan sesuatu hasil dan pola

    antara pemenang dan yang kalah itu tidak begitu ketara jaraknya? Justeru adalah

    jelas bahawa jika kita mahukan dunia globalisasi, ruang haruslah diperuntukkan dan

    peperangan haruslah dielakkan. Kita memerlukan era globalisasi yang baru agar

  • 5/20/2018 cabaran globalisasi

    3/5

    yang kaya dilihat berusaha keras untuk memberi perkhidmatan kepada bangsa

    antarabangsa.

    Cabaran kelima pula adalah berkaitan dengan dunia penyayang, iaitu

    pemenang tidak membolot semua, manakala yang tewas tidak kehabisan segalanya.

    Kejayaan haruslah melalui persaingan sihat bagi mereka yang kuat tanpa

    menjadikan golongan lemah sebagai mangsa. Salah satu prinsip dunia globalisasi

    yang utama ialah berteraskan kecekapan ekonomi dan daya saing ekonomi.

    Dalam dunia penyayang, semua orang harus menerima kenyataan bahawa

    kecekapan ekonomi bukan segala-galanya. Kecekapan ekonomi bukanlah prioriti

    utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat pada bila-bila masa ataupun situasi.

    Dalam dunia penyayang, sudah pasti kita ingin melihat sedikit pengorbanan

    dilakukan dalam waktu kita menuju ke arah kecekapan ekonomi. Keadaan ini adalah

    untuk melindungi berjuta-juta manusia yang kurang bernasib baik. Golongan yang

    lemah, terkebelakang dan cacat harus juga mendapat tempat dan bantuan yang

    sewajamya di dunia ini. Kita tidak harus mengenepikan mereka sebagaimana yang

    pernah dilakukan oleh Hitler kepada mereka yang cacat dan terencat akal.

    Kesimpulannya, lima cabaran tersebut merupakan cabaran-cabaran yang

    harus dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun yang dianggap miskin,

    lemah dan tidak berkeupayaan. Negara-negara membangun haruslah menentukan

    langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan era globalisasi menjadi penghalang

    kepada pencapaian kemajuan mereka. Langkah-langkah yang berpadu daripada

    kumpulan negara-negara membangun ini juga perlu bagi memastikan keutuhan

    untuk menghalang kesan negatif era globalisasi yang dapat menghancurkan mereka

    satu masa kelak.

  • 5/20/2018 cabaran globalisasi

    4/5

    Implikasi kepada hubungan etnik di Malaysia

    Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek

    lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam

    pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi

    hanya akan menimbulkan prasangka stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam

    kalangan ahli bagi sesualu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh

    yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung

    Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit

    berbeza dari aspek budaya keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini

    mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya

    yang tersendiri sahaja. Maka pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi

    negara yang Iebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan

    terasing dari arus pemodenan Negara.

    Implikasinya yang seterusnya ialah mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi

    semua golongan etnik Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian

    mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan

    kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana

    harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di

    dunia. Jika harga meningkat maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan

    berlaku Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan

    dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi mereka pasti

    berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak

    diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu Sudah tentu timbulnya persoalan

    di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka

    banyak menyumbang kepada ekonomi Negara. Isu isu sebegini merupakan perkara

    yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

    Implikasi yang ketiga ialah mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha

    untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan

    budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga

    mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu semangat taat setia pada negara

    Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing masing pasti ingin

  • 5/20/2018 cabaran globalisasi

    5/5

    menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan

    tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak masing-

    masing.

    Implikasi yang terakhir ialah mengakibatkan anggota etnik lebih

    mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat

    mendapatkan pekerjaan. Perkara ini seolah olah sudah menjadi tegal atau taboo

    kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau

    teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-

    menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk

    hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di

    kawasan tersebut.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi

    perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat

    penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin

    kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil

    berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian

    kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui

    perpaduan nenek moyang kita. Jika cabaran-cabaran tersebut sekiranya tidak

    dibendung dan dikawal, akan mengakibatkan pembentukan semangat perkauman

    yang mendalam, prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme (budaya

    sendiri lebih baik dari budaya lain). Seterusnya memberi kesan kepada hubungan

    etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadi konflik dan lebih parah lagi mengundang.

    Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah

    terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan

    sejahtera yang berpanjangan.