cabaran bahasa melayu

14
1. Pendahuluan Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (vernakular) ke lingua franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di ruang sejarah negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan. Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983 disempurnakan di peringkat universiti (IPTA). Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Kegemilangan Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa

Upload: laila-wati-johari

Post on 09-Aug-2015

105 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Bahasa Melayu

1. Pendahuluan

Bahasa Melayu telah berkembang dari bahasa ibunda (vernakular) ke lingua

franca ke bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di

ruang sejarah negara ini. Bahasa Melayu menjadi alat terpenting proses

pembinaan bangsa di dalam rangka perpaduan dan integrasi kebangsaan.

Semenjak tahun 1956 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar sekolah

rendah dan sekolah menengah melayu. Pada tahun 1970 pula dijadikan bahasa

pengantar untuk semua sekolah kebangsaan dan pada tahun 1983

disempurnakan di peringkat universiti (IPTA).

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya

di persada dunia dalam abad ke 21, Bahasa Melayu terpaksa menghadapi

pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa.

Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu pada suatu ketika

dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa

bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar

Srivijaya pada abad ke 7 Masihi sehinggalah abad ke 19 Masihi, apabila Bahasa

Melayu telah menjadi Lingua Franca di rantau ini. Malahan Bahasa Melayu telah

menjadi bahasa perdagangan dan perhubungan antarabangsa. Kegemilangan

Bahasa Melayu menjadi kenyataan pada masa itu apabila Bahasa Melayu

dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan

seluruh rantau berkenaan.

Page 2: Cabaran Bahasa Melayu

2. CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam konteks memperkembangkan Bahasa

Melayu terbahagi kepada lima perkara utama iaitu:

2.1 Bidang Pendidikan

a) Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kajian oleh Juriah Long et al. (2002) mendapati beberapa kekangan ditemui

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya:

Tidak semua guru yang mengajar BM mendapat latihan khusus dalam

bidang bahasa. Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil

pembelajaran murid.

Guru bergantung dengan penggunaan buku teks.

Kemahiran lisan, bacaan dan menulis diajar secara terpisah dan

bukannya secara penggabungjalinan atau penyerapan.

Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.

Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.

Murid bersikap negative terhadap mata pelajaran BM berbanding BI.

b) Penjenamaan Bahasa Melayu

Berlaku krisis identiti antara istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.

Proses penjenamaan semula kepada Bahasa Malaysia telah mengikis

kewibawaan dan mencabar kredibiliti bahasa itu sendiri.

c) Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta

Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila

Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS

dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Page 3: Cabaran Bahasa Melayu

Sehubungan itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta(IPS) sebagai

sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen

16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan sebagian daripada sistem

pendidikan Kebangsaan maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan

bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan

atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut Seksyen

17 Akta berkenaan. Dengan perkataan lain IPS mempunyai kebebasan

seluas- luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar.

Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat Bahasa Melayu sekaligus

melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan

kebangsaan.

Page 4: Cabaran Bahasa Melayu

2.2 Pentadbiran Kerajaan.

Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006:

Langkah-langkah memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam

perkhidmatan awam. Ia diikuti dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun

2011 bertajuk Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan

Awam. Antara kandungannya :

a) Urusan Rasmi Dalam Negara

b) Urusan Rasmi Antarabangsa

Surat RasmiSurat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaanJika terima surat selain daripada bahasa kebangsaan, hendaklah dibalas beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan.

Dokumen Perjanjian

semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan.dokumen tambahan boleh dilampirkan dalam Bahasa Inggeris.

Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia

urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan.

PenganjuranMajlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia

urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan.

Surat Rasmi AntarabangsaSurat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan dan disertakan lampiran dlm Bahasa Inggeris.

Dokumen Perjanjian

Antarabangsasemua dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris. terjemahan dalam bahasa kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan.

Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara

Malaysia

urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris.

PenganjuranMajlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara

Malaysia

urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Page 5: Cabaran Bahasa Melayu

c) Pengiklanan Kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Hendaklah dalam bahasa kebangsaan

d) Perkhidmatan kaunter

Menggunakan bahasa kebangsaan. Boleh menggunakan bahasa lain yang difahami oleh pelanggan

e) Maklum balas Aduan di akhbar dan isu media massa

Sebarang isu atau maklum balas menggunakan bahasa kebangsaan. Jika siaran dalam Bahasa Inggeris perlu ada terjemahan dalam bahasa

kebangsaan. Elak salah tafsir

BAHASA MELAYU DALAM DASAR-DASAR KERAJAAN

diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-6; Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun abdul Razak pd. 2 April 2009.wujudkan jati diri bangsa Malaysia yang berbangga menggunakan Bahasa Melayu.Gagasan 1 Malaysia

peranan Bahasa Melayu dalam LINUS- semua kanak-kanak mempunyai asas literasi dalam Bahasa Melayu.NKRA- Bidang Keberhasilan Utama Negara dan MKRA- Bidang Keberhasilan Utama Kementerian bertujuan melaksanakan program pembangunan dan sisitem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Program Transformasi Kerajaan

untuk menjayakan dasar membangunkan tenaga kerja berkualiti menya kerja kelas pertama dan mengikut acuan sendiri.lahirkan budaya kerja kelas pertama dan mahir bertutur dalam BMberdasarkan tiga prinsip iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman.

Dasar Model Ekonomi Baru

Oktober 2011, Kementerian Pelajaran menjalankan kajian semula sisitem Pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh.

Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Menggantikan PPSMI yang telah dimansuhkanPenggunaan BM dalam mata pelajaran SC dan MTTambah masa PdP BM di SJK- dr 90 minit ke 300 minit murid tahap 1. Bg tahap 2, 90 minit ke 240 minitPenambahbaikan kurukulum sekolah ( KSSR)

MBMMBI

Page 6: Cabaran Bahasa Melayu

2.3 EKONOMI NEGARA

2.4 KEDWIBAHASAAN

Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak

bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti

penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi,

yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk

hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu

untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah. Kedwibahasaan yang

sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan

sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali  seseorang individu dapat menguasai

lebih dari satu bahasa dengan baik. 

BM DALAM URUSAN

PERNIAGAAN

Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan BM sebagai bahasa kedua.Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan elektrik dan komputer.

BM DALAM PELUANG KERJAYA

graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru BM dengan mengikuti kursus-kursus iktisas seperti PISMP, KPLI/DPLI, Bachelor Pendidikan dsb.graduan BM boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor dan penterjemah

Page 7: Cabaran Bahasa Melayu

Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik,

agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing

biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai

pelbagai ragam manusia dan budaya.  Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya

baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan

bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi

misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu.

Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua

bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak

semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke

bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir

dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang

dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-

Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang

berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan

dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab

tertentu dinamakan covert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa

tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-

kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau

bertutur dengan baik. 

 Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi

seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan

dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama

Page 8: Cabaran Bahasa Melayu

yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang

menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan

dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak,

Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa

lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan

bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan

sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia. 

Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan

satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan

dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa

lain. Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu

akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan

permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di Singapura.

 Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk

berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga

memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa

merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan

Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris,

Belanda, Portugis, dan Arab.

Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya

Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem

pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga

melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa kedua.

Page 9: Cabaran Bahasa Melayu

Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam

masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari

lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa

menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian. 

 Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod

atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching.  Berlakunya penukaran

daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk

atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan

penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan

berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila

bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris. 

 

Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing.  Ini berlaku

apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu

tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu

bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi

kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti

tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya. Fenomena

percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh

pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu, dengan berlakunya peredaran masa

dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak

berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud.

Page 10: Cabaran Bahasa Melayu

 Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila

terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua

jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua,

pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang

menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan

pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa

natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan. 

 Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam

kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur

oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda

mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin

memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa

baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula ialah

bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat

penuturnya  akibat pertembungan dua bahasa.

2.5 Matematik, Sains dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris

PPSMI- pengajaran dan pembelajaran SC dan MT dalam Bahasa

Inggeris

memperluaskan penggunaan ICT di sekolah

dengan infrastruktur, peralatan dan perisian yang mencukupi, guru yang mahir

Sekolah Bestari merupakan sekolah perpaduan yang beri penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam PdP

Page 11: Cabaran Bahasa Melayu

2.6 KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pelaksanaan Sekolah Bestari untuk melahirkan

murid yang holistik, berfikir secara bijak dan

saksama

memperluas penggunaan ICT dan melengkapkan

infrastruktur, peralatan dan perisian serta guru yang

pakar IT

beri penekanan kepada penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi untuk mencapai matlamat

pdp