c4008 geoteknik 2 unit19

Upload: jhj01

Post on 12-Mar-2016

71 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/1

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    OBJEKTIF

    Objektif Am : Menggunakan Kaedah Taylor dan Kaedah Casagrande bagi mendapatkan pekali

    pengukuhan,Cv dari Ujian Oedometer dan

    seterusnya menggunakan nilai-nilai yang

    diperolehi ini untuk mendapatkan enapan

    pengukuhan dan jangka masa enapan.

    Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

    1. mengira pekali pengukuhan, Cv dengan menggunakan

    Kaedah Taylor.

    2. mengira pekali pengukuhan, Cv dengan menggunakan

    Kaedah Casagrande.

    3. mengira jangka masa enapan dan enapan

    UNIT 19 PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR,

    KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/2

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    INPUT

    19. Pengenalan

    Sila imbas kembali unit 18 dan unit 19 dan ingat semula fakta

    berikut :

    Kesan gabungan kedua-dua faktor ini iaitu kebolehmampatan

    dan ketelapan meyumbang kepada pembentukan pekali

    pengukuhan, Cv.

    Hasil dari Ujian Oedometer, anda juga boleh mengira pekali

    pengukuhan, Cv. Penentuannya boleh dikira dengan

    menggunakan dua kaedah :

    a. Kaedah Taylor

    b. Kaedah Casagrande

    Kaedah Taylor dan Casagrande adalah merupakan kaedah

    grafik di mana data-data daripada Ujian Oedometer di pelotkan

    di kertas graf. Di sini anda boleh lihat kawasan di mana enapan

    pengukuhan utama dan sekunder terjadi.

    Unit ini akan membantu anda memahami kaedah-kaedah ini

    dan seterusnya meyelesaikan sebarang masalah yang

    berkaitan dengannya.

    Proses pengukuhan mengakibatkan pengurangan nisbah rongga dan

    penambahan tekanan efektif. Jumlah perubahan isipadu disebabkan

    seunit pertambahan tekanan efektif bergantung kepada ciri-ciri tanah

    iaitu kebolehmampatan. Ianya diukur dengan mendapatkan pekali

    kebolehmampatan isipadu, Mv. Tempoh proses pengukuhan berlaku

    pula bergantung kepada berapa cepatkah air boleh keluar daripada

    tanah iaitu ketelapan tanah, k.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/3

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    19.1. Pengiraan pekali pengukuhan tanah, Cv dengan

    Kaedah Taylor (Kaedah Punca Masa).

    Sila lihat contoh berikut dan marilah kita bersama

    menyelesaikan masalah ini.

    Contoh 19.1

    Keputusan berikut diperolehi dari Ujian Oedometer yang

    dijalankan ke atas sampel tanah liat setebal 20 mm yang

    mempunyai saliran ke atas dan ke bawah apabila

    tekanan ditambah dari 100 kN/m2 ke 200 kN/m2.

    Masa t

    (minit) 0.25 1.00 2.25 4.00 9.00 16.00 25 36 49

    Ketebalan

    sampel(mm) 19.82 19.64 19.50 19.42 19.28 19.12 18.98 18.84 18.68

    Masa t

    (minit) 64 81 100 121 144 169 196

    Ketebalan

    sampel(mm) 18.54 18.40 18.28 18.20 18.10 18.04 17.99

    Selepas 24 jam ketebalan sampel ialah 17.61 mm.

    a. Pelotkan graf mampatan (tebal sampel) melawan

    punca masa (Kaedah Taylor) dan tunjukkan di graf

    tersebut kawasan di mana enapan pengukuhan berlaku.

    b. Anggarkan pekali pengukuhan, Cv untuk tanah

    tersebut.

    c. Jikalau di dapati bahawa pekali kebolehmampatan

    isipadu, Mv ialah 0.00011 m2/kN, anggarkan pekali

    ketelapan tanah,k.

    Baca langkah-langkah berikut dan mari kita lakukan

    bersama .

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/4

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Langkah 1

    Sila sediakan sumber dan peralatan berikut :

    a. Kertas graf

    b. Pembaris

    c. Pensil

    d. French Curve

    Langkah 2

    Dapatkan punca kuasa dua masa,t.

    Langkah 3

    Pelotkan graf tebal sampel melawan punca masa di atas

    kertas graf. Sambungkan titik-titik yang diperolehi dengan

    menggunakan French Curve. Anda sepatutnya mendapat

    graf lengkungan. (rujuk Rajah contoh 19.1a)

    Langkah 4

    Di atas kertas graf, lukiskan satu garis sentuh(tangen)

    AC kepada lengkungan yang lurus. Titik A menandakan

    tempat permulaan pengukuhan utama berlaku. Titik C

    boleh diletakkan di mana sahaja di sepanjang garisan

    tersebut. (rujuk Rajah contoh 19.1a)

    Langkah 5

    Lukis garisan selari dengan paksi t melalui titik C, dan

    menyilang pada paksi H (tebal sampel) di titik B. Tanda

    titik D supaya BD = 1.15BC.

    (rujuk Rajah contoh 19.1a)

    Langkah 6

    Sambungkan titik A dan D dengan garisan lurus. Titik

    persilangan antara garisan AD dan lengkungan

    pengukuhan di E menandakan tahap 90% pengukuhan.

    (rujuk Rajah contoh 19.1 a)

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/5

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Langkah 7

    Bina satu lagi paksi y di sebelah kiri graf yang sama bagi

    mewakili darjah pengukuhan. Di paksi tersebut tandakan

    pengukuhan 0% iaitu bermula dari titik A dan

    pengukuhan 90% di titik B. Sekilkan pada paksi tersebut

    darjah pengukuhan dari 0% hingga 100%.

    (rujuk Rajah contoh 19.1a)

    Langkah 8

    Bandingkan hasilkerja anda dengan jawapan yang

    diberikan pada graf contoh 19..1b. Adakah geraf anda

    sama dengan jawapan yang diberikan.

    Jikalau ada kelainan, kaji dan fikirkan di manakah

    silapnya.

    Seterusnya untuk menjawab soalan contoh 19.1a,

    Kawasan daripada titik 0 asal hingga ke titik A (0 baru)

    adalah enapan tanah akibat mampatan oedometer.

    Kawasan dari titik A (pengukuhan 0%) hingga titik F

    (pengukuhan 100%) adalah kawasan di mana enapan

    pengukuhan utama berlaku.

    Manakala kawasan daripada titik F (pengukuhan 100%)

    hingga titik mampatan sampel 24 jam adalah kawasan

    enapan pengukuhan sekunder berlaku.

    Langkah 9

    Rujuk kemballi kepada graf anda. Dari titik E

    (pengukuhan 90%) lukiskan satu garis tegak ke atas

    sehinggga bersilang dengan dengan paksi x.

    Dapatkan nilai t 90 pada titik persilangan tersebut dan

    seterusnya kira nilai t90.

    Langkah 10

    Bagi menjawab soalan contoh 19.1b, sila

    imbas kembali rumus Faktor Masa di unit 17,

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/6

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    2d

    tCT

    v

    v .. 1

    Oleh kerana pada darjah pengukuhan 90%, nilai Faktor

    Masa Tv adalah 0.848 (untuk keterangan lanjut sila rujuk

    Jadual 19.1a), maka

    Cv = 90

    2848.0

    t

    d.2

    di mana :

    d = tebal sampel jika ianya saliran dua hala dan,

    d = tebal sampel jika ianya saliran satu hala.

    Baca kembali soalan dan pastikan bentuk saliran

    samada ianya sehala atau dua hala.Dapatkan jawapan

    pekali pengukuhan tanah Cv.

    Langkah 11

    Soalan contoh 19.1c boleh diselesaikan seperti berikut :

    Imbas kembali rumus di unit 17,

    Cv = vwM

    k

    .3

    di mana,

    k = pekali ketelapan tanah

    w = berat unit air

    Mv = pekali kebolehmampatan isipadu.

    Anda boleh menentukan ketelapan tanah,k dengan

    memasukkan nilai Cv, w dan Mv ke dalam persamaan di

    atas.

    Langkah 12

    Sila bandingkan jawapan anda dengan jawapan contoh

    19.1. Jikalau betul syabas, jika tidak kaji semula di

    manakah kesillapan anda.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/7

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    t

    A

    B

    C D

    E

    0%

    90%

    100%

    H

    Rajah Contoh 19.1a

    Enapan oedometer

    Enapan

    pengukuhan

    utama

    Enapan

    sekunder

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/8

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Darjah Pengukuhan (Uv) Faktor Masa,Tv

    0.0 0.0

    0.1 0.008

    0.2 0.031

    0.3 0.071

    0.4 0.126

    0.5 0.197

    0.6 0.287

    0.7 0.403

    0.8 0.567

    0.9 0.848

    0.95 1.129

    1.00

    Nota : Nilai Faktor masa Tv adalah berubah bergantung kepada darjah pengukuhan tanah. Rumus berikut boleh juga digunakan untuk menentukan Faktor Masa,Tv dengan syarat darjah pengukuhan, Uv tidak melebihi 60%. Rumusnya adalah seperti berikut :

    Tv = 2

    4vU

    bagi Uv %60

    Jadual 19.1

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/9

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Penyelesaian contoh 19.1a Graf Contoh 19.1a

    GRAF TEBAL SAMPEL MELAWAN PUNCA MASA

    17.5

    18

    18.5

    19

    19.5

    20

    0 2 4 6 8 10 12 14 16

    PUNCA MASA

    TE

    BA

    L S

    AM

    PE

    L

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/10

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    t 0.25 1.00 2.25 4.00 9.00 16 25 36 49 64 81

    t 0.5 1 1.5 2 3 4 5 6 7 8 9

    t 100 121 144 169 196

    t 10 11 12 13 14

    a. Rujuk jawapan anda pada graf contoh 19.1b.

    b. 90t = 13.4

    Dari persamaan 1 Tv = 2d

    tCv

    Pada 90% darjah pengukuhan, Uv, Tv = 0.848

    0.848 = 2

    2

    10

    4.13vC

    Cv = 0.472 mm

    2/min = 7.87 x 10-9 m2/s c. Jikalau Mv = 0.00011 m

    2/kN

    Dari persamaan 3 Cv = wvM

    k

    k = 7.87 x 10-9 x 0.00011 x 9.81 = 8.49 x 10-12 m/s

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/11

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    AKTIVITI 19A Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke unit selanjutnya ...

    Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman

    berikutnya.

    SELAMAT MENCUBA !

    Aktiviti 19A-1 Keputusan berikut di ambil dari satu peringkat Ujian pengukuhan

    ke atas sampel tanah liat tepu apabila tekanan di tambah dari 50

    kN/m2 hingga ke 100 kN/m2.

    Masa dalam minit

    0 0.1 0.25 0.50 1.0 2.0 4.0 8.0 15

    Bacaan Tolok dail (mm)

    1.007 1.085 1.11 1.128 1.15 1.183 1.23 1.30 1.395

    Masa dalam minit

    30 60 135 240 1180 1600 2625

    Bacaan Tolok dail (mm)

    1.51 1.62 1.705 1.75 1.85 1.87 1.90

    Selepas 2625 minit, ketebalan sampel tanah liat diukur dan

    didapati ianya ialah 37.13 mm.

    a. Pelotkan graf bacaan Tolok dail melawan punca masa t.

    b. Tentukan nilai pekali pengukuhan, Cv untuk tanah tersebut.

    c. Jikalau di dapati bahawa pekali kebolehmampatan isipadu, Mv

    adalah 4.7 x 10-4 m2/kN, tentukan pekali ketelapan tanah, k.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/12

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Maklum balas Aktiviti 19A-1

    Langkah 1

    Dapatkan punca masa t terlebih dahulu.

    t (minit) 0 0.1 0.25 0.50 1.0 2.0 4.0 8.0 15

    t 0 0.32 0.50 0.71 1.0 1.41 2.0 2.83 3.87

    t (minit) 30 60 135 240 1180 1600 2625

    t 5.48 7.75 11.62 15.49 34.35 40.00 51.23

    Langkah 2 Pelotkan graf bacaan Tolok dail melawan punca masa (Rujuk Graf

    Aktiviti 19a-1) di atas kertas graf.

    Langkah 3

    Pastikan anda mendapat lengkungan. Di kertas graf tersebut

    dapatkan titik pengukuhan 0% dan titik pengukuhan 90%. Sekilkan

    darjah pengukuhan dari 0% hingga 100%. (Sila rujuk kembali input

    19.1).

    Langkah 4

    Seterusnya, unjurkan satu garisan tegak dari titik pengukuhan 90%

    supaya bersilang dengan paksi x. Dapatkan punca masa t pada

    titik persilangan tersebut.

    Langkah 5

    Sila buat pengiraan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

    b. 90t = 7.6

    MAKLUM BALAS

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/13

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Dari persamaan 1 Tv = 2d

    tCv

    Pada 90% darjah pengukuhan, Uv, Tv = 0.848

    0.848 = 2

    26.7

    d

    Cv

    di mana : d = tebal sampel kerana arah aliran air adalah dua hala

    Dalam kes ini tebal asal sampel perlu di cari :

    Pengurangan ketebalan sampel akibat pertambahan tekanan

    = Bacaan akhir tolok dail Bacaan awal tolok dail

    = 1.90 mm 1.007 mm

    = 0.893 mm

    Oleh yang demikian,

    Purata tebal asal sampel = tebal akhir sampel + pengurangan tebal

    semasa pertambahan Sampel /2

    tekanan

    = 37.13 mm + 0.893 mm/2 = 37.576 mm

    Oleh yang demikian, d = ( 37.576) = 18.79 mm Sekarang,

    0.848 = 2

    2

    79.18

    6.7vC

    Cv = 5.183 mm

    2/min = 8.63 x 10-8 m2/s c. Jikalau Mv = 4.7 x 10

    -4 m2/kN

    Dari persamaan 3 Cv = wvM

    k

    k = 8.63 x 10-8 x 4.7 x 10-4 x 9.81 = 3.98 x 10-10 m/s

    Jika anda mendapat jawapan yang betul.Syabas.

    Jika tidak. Ulangi semula input ini.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/14

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Graf Aktiviti 19A-1

    GRAF BACAAN TOLOK DAIL MELAWAN PUNCA MASA

    1

    1.2

    1.4

    1.6

    1.8

    2

    0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30 32 34 36 38 40 42 44 46 48 50 52 54

    PUNCA MASA

    BA

    CA

    AN

    TO

    LO

    K D

    AIL

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/15

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    INPUT

    Pengiraan pekali pengukuhan tanah, Cv dengan Kaedah Casagrande ( Kaedah Log masa)

    Sebelum ini anda telah mencuba kaedah punca masa

    untuk mendapatkan nilai Cv secara grafik. Kaedah yang

    kedua ini pula merupakan satu kaedah yang

    dicadangkan oleh Casagrande yang juga memerlukan

    penyelesaian secara grafik di mana graf ketebalan

    sampel melawan log masa perlu di pelotkan.

    Bagi memahami kaedah ini dengan lebih lanjut lagi, sila

    tumpukan perhatian anda kepada langkah berikut dan

    marilah kita bersama menyelesaikan contoh yang

    diberikan :

    Contoh 19.2a :

    Pada satu peringkat pembebanan dalam ujian oedometer

    perubahan ketebalan sampel telah dicatat :

    Masa

    (minit)

    0.00 0.04 0.25 0.50 1.00 2.25 4.00 6.25 9.00 12.25

    Perubahan

    tebal

    sampel

    (mm)

    0.00 0.121 0.233 0.302 0.390 0.551 0.706 0.859 0.970 1.065

    Masa

    (minit)

    16.00 25.00 36.00 64.00 100 360 1440

    Perubahan

    tebal

    sampel

    (mm)

    1.127 1.205 1.251 1.300 1.327 1.401 1.482

    Di peringkat akhir pembebanan (1440 minit), ketebalan

    sampel adalah 17.55 mm. Tekanan pula ditingkatkan

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/16

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    kepada 100 kN/m2. Dengan menggunakan kaedah

    Casagrande :

    a. pelotkan graf tebal sampel melawan log masa.

    b. Tentukan pekali pengukuhan , Cv.

    c. Tentukan nilai pekali ketelapan, k jika di beri Mv =

    0.723 m2/MN.

    Sila baca langkah- langkah berikut dan marilah bersama

    kita lakukan :

    Langkah 1

    Sila sediakan sumber dan peralatan berikut :

    a. Pensil

    b. Pembaris

    c. Kertas graf semi-log

    d. French curve

    Langkah 2

    Pelotkan graf ketebalan sampel melawan log masa di

    atas kertas graf semi log. Perhatikan !!

    Anda sepatutnya memperolehi graf lengkungan yang

    boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

    Pertama ialah lengkungan awal berbentuk parabola

    diikuti keduanya ialah satu garisan yang lurus dan ketiga

    pula lengkungan akhir.

    Jika ketiga-tiga bahagian ini tidak terdapat pada graf

    anda, sila semak kembali.

    Langkah 3

    Sila pilih 2 titik di atas lengkungan parabola, katakan titik

    A dan B. Penentuan titik A dan B ini dibuat berdasarkan

    kepada nilai t pada paksi x yang mana ianya mestilah

    dalam nisbah 1 : 4. Contohnya 1 minit dan 4 minit, 2

    minit dan 8 minit dan lain-lain pasangan. Pindahkan ke

    lengkungan dengan mengunjurkannya dari paksi x.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/17

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Langkah 4

    Jarak tegak di antara A dan B diukur dan catatkan

    ukurannya. Seterusnya gunakan pembaris dan setkan

    jarak tegak AB tadi dengan memindahkannya ke titik A.

    Dari titik A ke atas unjurkan jarak tegak AB tadi.

    Tandakan titik yang di dapati pada paksi y dengan titik

    P. Nilai dari titik OP adalah jumlah mampatan awal.

    Titik P ialah titik di mana darjah pengukuhan Uv = 0%.

    Langkah 5

    Lihat kembali lengkungan yang ketiga.Ia sepatutnya

    hampir lurus tetapi tidak mendatar. Pada lengkungan

    tersebut unjurkan satu garis lurus.

    Pada lengkungan yang kedua yang terletak ditengah,

    unjurkan pula satu garis lurus supaya ianya bersilang

    dengan garis lurus unjuran dari lengkungan ketiga. Titik

    persilangan di antara dua garis tersebut ialah titik di

    mana darjah pengukuhan Uv = 100%.

    Dari titik Q, buat satu garisan lurus yang selari dengan

    paksi - x ke paksi -y . Tandakan titik persilangan tersebut

    sebagai titik R. Kawasan di antara P dan R ialah

    kawasan di mana mampatan utama terjadi.

    Langkah 6

    Pada paksi-y, dapatkan titik S yang mewakili darjah

    pengukuhan 50% [ PS = SR = PR]

    Sila gunakan pembaris untuk mendapatkan PR ( titik

    S).

    Langkah 7

    Unjurkan satu garis lurus dari titk S ke lengkungan. Dari

    persilangan di lengkungan, unjurkan pula garis tegak ke

    paksi-x. Catatkan bacaan t50 di paksi x. ( t50 bermaksud

    masa pada darjah pengukuhan 50%).

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/18

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Langkah 8

    Tentukan nilai Cv dengan menggunakan rumus berikut :

    50

    2

    50

    t

    dTCv

    Langkah 9

    Sila semak hasil kerja anda dengan jawapan contoh

    yang diberi.

    Penyelesaian contoh 19.2a

    a. Sila rujuk graf contoh 19.2a untuk membandingkan

    hasil kerja anda dengan jawapan yang diberi.

    b. Daripada graf di dapati pada Uv = 50%, t50 = 3.35

    minit.

    Kemudian dengan merujuk pula pada Jadual 19.1, di

    dapati darjah pengukuhan 50%, nilai Tv = 0.197.

    Oleh yang demikian,

    Pekali pengukuhan tanah, Cv = 50

    2

    50

    t

    dT

    = 35.3

    197.0 2d1

    di mana,

    d ialah jarak saliran dan bagi kes ini

    d = (ketebalan sampel).

    Sebelum itu, perkara berikut perlu di kira :

    Ketebalan purata sampel yang dibebankan

    = 17.53 + 2

    )0482.1(

    = 18.27 mm.

    jarak saliran = d = 18.27/2 = 9.14 mm.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/19

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Masukkan nilai ini ke dalam 1.

    Oleh yang demikian,

    Cv = 35.3

    197.0 2d

    = 35.3

    14.9197.0 2

    = 4.91 mm2/minit

    c. Pekali ketelapan tanah, k = CvMv w

    Di beri Mv = 0.723 m2/ MN

    Oleh yang demikian,

    Cv = 4.91 x 10-6 x 0.723 x 10-3 x 9.81

    = 3.5 x 10-8 m/minit.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/20

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Graf Contoh 19.2a

    GRAF KETEBALAN SAMPEL MELAWAN LOG MASA

    0

    0.2

    0.4

    0.6

    0.8

    1

    1.2

    1.4

    1.6

    0.01 0.1 1 10 100 1000 10000

    LOG MASA

    KE

    TE

    BA

    LA

    N S

    AM

    PE

    L

    P

    A B

    QR

    S

    t 4t 3.3

    5

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/21

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    AKTIVITI 19B Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke unit selanjutnya ...

    Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman

    berikutnya.

    SELAMAT MENCUBA !

    Aktiviti 19B-1 Keputusan berikut diperolehi dari Ujian Oedometer yang

    dijalankan ke atas sampel tanah liat setebal 20 mm yang

    mempunyai saliran ke atas dan ke bawah apabila tekanan

    ditambah dari 100 kN/m2 ke 200 kN/m2.

    Masa t

    (minit) 0.25 1.00 2.25 4.00 9.00 16.00 25 36 49

    Ketebalan

    sampel(mm) 19.82 19.64 19.50 19.42 19.28 19.12 18.98 18.84 18.68

    Masa t

    (minit) 64 81 100 121 144 169 196

    Ketebalan

    sampel(mm) 18.54 18.40 18.28 18.20 18.10 18.04 17.99

    Selepas 24 jam ketebalan sampel ialah 17.61 mm.

    a. Pelotkan graf mampatan (tebal sampel) melawan log masa

    (Kaedah Casagrande).

    b. Anggarkan pekali pengukuhan, Cv untuk tanah tersebut.

    c. Jikalau di dapati bahawa pekali kebolehmampatan isipadu,

    Mv ialah 0.00011 m2/kN, anggarkan pekali ketelapan

    tanah,k.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/22

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Maklum balas Aktiviti 19B-1

    a. Rujuk Graf Aktiviti 19b-1 dan bandingkan graf ketebalan

    sampel melawan log masa yang anda pelotkan. Adakah

    anda mendapat graf lengkungan yang mengandungi tiga

    bahagian. Jika betul ,syabas. Jika tidak, sila semak semula

    pelotan graf anda.

    b. Daripada graf di dapati pada Uv = 50%, t50 = 13.5 minit.

    Kemudian dengan merujuk pula pada Jadual 19.1, di

    dapati darjah pengukuhan 50%, nilai Tv = 0.197.

    Oleh yang demikian,

    Pekali pengukuhan tanah, Cv = 50

    2

    50

    t

    dT

    = 5.13

    197.0 2d1

    di mana,

    d ialah jarak saliran dan bagi kes ini

    d = (ketebalan sampel).

    Sebelum itu, perkara berikut perlu di kira :

    Ketebalan purata sampel yang dibebankan

    = 37.13 + 2

    )007.19.1(

    = 37.58 mm.

    jarak saliran = d = 37.58/2 = 18.79 mm.

    Masukkan nilai ini ke dalam 1.

    Oleh yang demikian,

    MAKLUM BALAS

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/23

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Cv = 5.13

    197.0 2d

    = 5.13

    79.18197.0 2

    = 5.15 mm2/minit

    = 8.59 x 10-8 m2/s

    c. Pekali ketelapan tanah, k = CvMv w

    Di beri Mv = 4.7 x 10-4 m2/ kN

    Oleh yang demikian,

    Cv = 8.59 x 10-6 x 4.7 x 10-4 x 9.81

    = 3.96 x 10-8 m/s

    AKTIVITI 19A DAN AKTIVITI 19B ADALAH AKTIVITI YANG

    SAMA CUMA KAEDAHNYA SAHAJA YANG BERBEZA.

    CUBA BANDINGKAN JAWAPAN ANDA DI DALAM KEDUA-

    DUA AKTIVITI TERSEBUT. ADAKAH JAWAPAN ANDA SAMA

    APABILA MENGGUNAKAN KAEDAH PUNCA MASA DAN

    KAEDAH LOG MASA.

    JIKA BETUL DAN SAMA, SYABAS.

    JIKA SALAH, JANGAN PUTUS ASA, SEMAK BACA KEMBALI

    INPUT DAN KENAL PASTI DI MANAKAH KESILAPAN ANDA.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/24

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Graf Aktiviti !9B-1

    GRAF BACAAN TOLOK DAIL MELAWAN LOG MASA

    0.8

    1

    1.2

    1.4

    1.6

    1.8

    2

    0.1 1 10 100 1000 10000

    LOG MASA

    BA

    CA

    AN

    TO

    LO

    K D

    AIL

    t 4

    t

    P

    QR

    S

    13.

    5

    A

    B

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/25

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    INPUT

    19.3 Pengiraan jangka masa enapan dan enapan

    Sebelum ini anda telah di dedahkan kepada konsep

    pengukuhan, pengiraan pekalikebolehmampatan isipadu

    dan pengiraan pekali pengukuhan. Kesemua perkara ini

    telah dijelas di dalam unit 17, unit 18 dan unit 19 dengan

    terperinci.

    Di dalam unit ini anda dikehendaki menggunakan nilai-

    nilai di atas untuk meramalkan jangka masa enapan dan

    enapan yang akan berlaku.

    Sila anda imbas kembali unit 17 dan bayangkan rumus

    yang di gunakan bagi menyelesaikan masalah

    pengukuhan tanah :

    Bagi rumus Faktor Masa, Tv ianya juga boleh dinyatakan

    dalam bentuk nisbah rongga, e :

    Uv = fee

    ee

    1

    21 ..1 di mana

    e1 = nisbah rongga awal

    e2 = nisbah rongga pada masa t.

    ef = nisbah rongga akhir

    Jangka masa enapan yang di dapati dari Ujian

    Oedometer boleh di gunakan untuk meramalkan

    jangkamasa enapan di tapak dengan syarat sampel

    Pekali kebolehmampatan isipadu, PH

    HM v

    1

    Pe

    eeM v

    1

    1 1

    21 , Pekali pengukuhan, vw

    vM

    kC

    Faktor Masa, Tv = 2d

    tCv

    Darjah pengukuhan, Uv = T

    t

    H

    H

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/26

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    tanah adalah dari tanah yang sama dengan saliran yang

    sama. Ini dapat dijelaskan dalam rumus berikut :

    2

    2

    1

    2

    1

    d

    d

    t

    t.2 di mana,

    t1 = jangka masa enapan di makmal

    t2 = jangkamasa enapan di tapak

    d1 = jarak saliran bagi sampel di makmal

    d2 = jarak saliran bagi tanah di tapak

    Untuk memahami dengan lebih lanjut lagi dan

    menggunakan rumus yang di beri, sila tumpukan

    perhatian anda kepada contoh-contoh berikut :

    Contoh 19.3a :

    Ujian pengukuhan telah di jalankan keatas sampel tanah

    liat yang mempunyai ketebalan 2.3 cm. Semasa ujian

    dijalankan di dapati bahawa 50% mampatan sampel

    berlaku dalam masa lima minit. Di bawah keadaan

    saliran yang sama, berapa lamakah masa yang

    diperlukan bagi sebuah bangunan yang didirikan di atas

    lapisan tanah liat sedalam 6 m mengenap separuh

    daripada jumlah enapan.

    Penyelesaian :

    Di makmal Di tapak

    t1 = 5 minit t2 = ?

    d1 = 2.3 cm d2 = 6 m = 600 cm

    Gunakan rumus 2 bagi dua tanah yang untuk mencapai

    darjah pengukuhan yang sama :

    2

    2

    1

    2

    1

    d

    d

    t

    t

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/27

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    2

    2 600

    3.25

    t

    t2 = 5 x

    2

    3.2

    600

    minit

    t2 =

    2460

    87.26052

    hari

    t2 = 236.29 hari.

    Contoh 19.3b :

    Sampel tanah liat tepu yang telah diuji mempunyai

    indeks mampatan, Cc = 0.27. Nisbah rongganya pada

    tekanan 125 kN/m2 ialah 2.04, dan ketelapan bagi tanah

    tersebut pula ialah 3.5 x 10-8 cm/s. Kirakan :

    a. perubahan nisbah rongga jika tekanan di tambah

    kepada 187.5 kN/ m2..

    b. enapan bagi (a) jika ketebalan lapisan tanah ialah 5

    m.

    c. masa yang diperlukan bagi 50% pengukuhan jika

    saliran adalah satu hala dan Faktor masa ialah 0.196

    bagi 50 % pengukuhan.

    Penyelesaian :

    a. Bagi menyelesaikan soalan ini , anda hendaklah

    menggunakan rumus berikut :

    e2 = e1 - Cc log100

    0

    P

    PP

    di mana P0 = tekanan efektif = 125 kN/m2,e1 = 2.04

    2/5.621255.187 mkNP

    Cc = 0.27

    Oleh yang demikian :

    e2 = 2.04 - 0.27 log10 125

    5.187

    e2 = 1.993

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/28

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    e = perubahan nisbah rongga = e2 e1

    = 1.993 2.04

    = (-)0.047

    Ini bermaksud bahawa nisbah rongga telah di

    kurangkan sebanyak 0.047.

    b. H = ?

    H = 5 m = 500 cm

    Imbas kembali rumus berikut :

    P

    ee

    H

    H

    21

    50004.21

    047.0

    500

    h

    50004.3

    047.0H

    Oleh yang demikian,

    H = 7.73 cm

    c. Bagi mendapatkan t50 , anda hendaklah menentukan

    Cv terlebih dahulu.

    Imbas kembali rumus berikut :

    PH

    HM v

    1

    =5.62500

    73.7

    Mv = 2.47 x 10-4 m2/kN

    Diberi k = 3.5 x 10-8 cm/s = 3.5 x 10-10 m/s

    Oleh itu,

    vw

    vM

    kC

    81.91047.2

    105.34

    10

    vC

    Cv = 1.44 x 10-7 m2/s

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/29

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Seterusnya untuk mendapatkan masa yang

    diperlukan untuk 50% pengukuhan :

    Tv = 2d

    tCv

    0.197 = 5025t

    Cv

    t50 = 71044.1

    25197.0

    t50 = 3.403 x 107

    ditukar kepada hari

    t50 = 246060

    10403.3 7

    t50 = 393.84 hari.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/30

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    AKTIVITI 19C Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke unit selanjutnya ...

    Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman

    berikutnya.

    SELAMAT MENCUBA ! Aktiviti 19C-1 Satu lapisan tanah liat setebal 5 m mempunyai nilai pekali

    pengukuhan 50 x 10-4 cm2/s . Saliran bagi lapisan tersebut adalah

    dua hala. Anggarkan jangka masa enapan jika nilai enapan adalah

    50% daripada jumlah enapan.

    Aktiviti 19C-2 Tentukan jangka masa enapan bagi 50% pengukuhan terhadap

    lapisan tanah yang mempunyai ketebalan 9 m dengan lapisan

    telap di atas dan di bawahnya. Juga, tentukan nilai pekali

    pengukuhan tanah, Cv jika di beri ,

    k = 10-9 m/s, e1 = 1.5

    kNmP

    e/103 23

    Tv = 0.2

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/31

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Penyelesaian Aktiviti 19C-1

    Ingat kembali rumus berikut :

    Tv = 2d

    tCv

    Oleh kerana darjah pengukuhan Uv = 50%, maka

    Dari jadual 19.1

    0.197 = 502

    41050t

    d

    Dinyatakan juga saliran adalah dua hala

    d = kedalaman lapisan

    = ( 5)

    = 2.5 m = 250 cm

    Oleh yang demikian,

    4

    2

    501050

    250197.0

    t saat

    t50 = 4

    2

    1024606050

    250197.0

    hari

    t50 = 28.36 hari

    MAKLUM BALAS

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/32

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Penyelesaian Aktiviti 19C-2

    Tulis semula maklumat-maklumat yang di beri :

    d = 2

    H =

    2

    9 kerana ianya adalah saliran dua hala

    d = 4.5 m

    t50 = ?

    Cv = ?

    Tv = 0.2

    k = 10-9 m/s

    e1 = 1.5

    kNmP

    e/103 23

    Gunakan rumus berikut untuk mendapat jangka masa enapan :

    td

    CT vv 2

    2dC

    Tt

    v

    v

    2

    50 5.42.0

    vCt 1

    Untuk mendapatkan Cv,

    Cv = wvM

    k

    di mana

    Mv =

    11

    1

    eP

    e

    = 3 x 10-3

    5.11

    1

    = 1.2 x 10-3 m2/kN

    Oleh itu,

    Cv = 81.9102.1

    103

    9

    Cv = 8.49 x 10-8 m2/s

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/33

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    Sekarang, gunakan rumus 1,

    2

    50 5.42.0

    vCt

    t50 = 2

    8)5.4(

    1049.8

    2.0

    saat

    t50 = 4.77 x 107 saat

    t50 =246060

    1077.4 7

    t50 = 552 hari

    Jika anda mendapat jawapan yang betul.Syabas.

    Jika tidak. Ulangi semula input ini.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/34

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    PENILAIAN KENDIRI ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini bagi mengetahui objektif unit ini telah tercapai. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. SELAMAT MENCUBA ! ! SEMOGA BERJAYA ! ! SOALAN 1

    Bacaan-bacaan mampatan berikut telah di ambil semasa ujian

    oedometer ke atas sampel tanah liat tepu (Gs = 2.73) apabila

    tekanan yang dikenakan bertambah dari 214kN/m2 kepada 429

    kN/m2 :

    Masa (minit)

    0 0.25 0.5 1 2.25 4 9 16 25

    Bacaan Tolok (mm)

    5.00 4.67 4.62 4.53 4.41 4.28 4.01 3.75 3.49

    Masa (minit)

    36 49 64 81 100 200 400 1440

    Bacaan Tolok (mm)

    3.28 3.15 3.06 3.00 2.96 2.84 2.76 2.61

    Selepas 1440 minit, ketebalan sampel menjadi 13.60 mm dan kandungan air 35.9%. a. Pelotkan graf ketebalan sampel melawan punca masa.

    Dapatkan pekali pengukuhan, Cv tanah liat tersebut. b. Pelotkan graf ketebalan sampel melawan log masa.

    Dapatkan peali pengukuhan, Cv tanah liat tersebut.

    c. Tentukan nilai pekali ketelapan tanah,k.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/35

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    SOALAN 2 Di dalam suatu ujian oedometer ke atas contoh tanah liat tepu

    (Gs = 2.72), tekanan yang dikenakan telah dinaikkan dari 107

    kepada 214 kN/m2 dan bacaan-bacaan mampatan berikut telah

    direkodkan :

    Masa (minit)

    0 0.25 0.5 1 2.25 4 6.25 9 16

    Bacaan Tolok (mm)

    7.82 7.42 7.32 7.21 6.99 6.78 6.61 6.49 6.37

    Masa (minit)

    25 36 49 64 81 100 300 1440

    Bacaan Tolok (mm)

    6.29 6.24 6.21 6.18 6.16 6.15 6.10 6.02

    Selepas 1440 minit ketebalan sampel menjadi 15.30 mm dan

    kandungan air ialah 23.2%. Tentukan nilai-nilai pekali

    pengukuhan, Cv daripada :

    a. pelotan punca masa b. pelotan log masa.

    c. Tentukan nilai pekali ketelapan tanah,k bagi tanah liat

    tersebut.

    SOALAN 3

    Di dalam satu ujian oedometer, satu sampel tanah liat tepu

    yang tebalnya 19 mm mencapai 50% pengukuhan dalam masa

    20 minit. Berapa lamakah yang akan di ambil untuk tanah liat ini

    yang tebalnya 5 m bagi mencapai darjah pengukuhan yang

    sama di bawah keadaan-keadaan penyaliran dan tekanan yang

    sama. Berapa lamakah yang akan diambil oleh lapisan untuk

    mencapai 30% pengukuhan.

  • Diploma Kej. Awam C4008/19/36

    NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

    MAKLUM BALAS KENDIRI Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, Sila semak jawapan anda. Maklum balas Soalan 1 a. Cv = 0.46 m

    2/tahun b. Cv = 0.45 m

    2/tahun c. k = 1.0 x 10-10 m/s Maklum balas Soalan 2 a. Cv = 2.7 m

    2/tahun b. Cv = 2.6 m

    2/tahun c. k = 8.1 x 10-10 m/s Maklum Balas Soalan 3

    a. t50 = 2.6 tahun b. t50 = 0.95 tahun