c2325unit1

13
C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA STRUKTUR BINAAN Objektif Am : Memahami sifat- sifat daya, sifat dan kekuatan bahan serta konsep di dalam struktur bahan. Objektif Khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Menyatakan takrifan berbagai jenis daya luaran dan dalaman. Menerangkan daya yang bertindak ke atas struktur. Melakarkan daya yang bertindak ke atas struktur Menerangkan mengenai keupayaan bahan- bahan binaan utama seperti kayu. Membezakan di antara beban hidup dan beban mati.

Upload: adron-lim

Post on 02-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

C2325 Structural Theory

TRANSCRIPT

Page 1: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 1

UNIT 1 PENGENALAN KEPADA

STRUKTUR BINAAN

Objektif Am : Memahami sifat- sifat daya, sifat dan kekuatan bahan

serta konsep di dalam struktur bahan.

Objektif Khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menyatakan takrifan berbagai jenis daya luaran dan dalaman.

Menerangkan daya yang bertindak ke atas struktur.

Melakarkan daya yang bertindak ke atas struktur

Menerangkan mengenai keupayaan bahan- bahan binaan utama

seperti kayu.

Membezakan di antara beban hidup dan beban mati.

Page 2: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 2

1.0 Pengenalan

Tujuan utama sesuatu struktur di bina ialah menutupi dan memberi definasi kepada

sesuatu ruang.Walau bagaimana pun kadang kala ianya dibina untuk

menghubungkan dua tempat seperti dalam struktur jambatan, atau pun untuk

mengatasi daya- daya semula jadi seperti dalam pembinaan struktur empangan

ataupun tembok penahan.

Semua struktur mesti direkabentuk untuk mengatasi berbagai jenis daya dan beban

yang bertindak ke atasnya.

Pemilihan struktur yang sesuai adalah berasaskan kepada pengetahuan sifat- sifat

fizik bahan dan tegasan- tegasan yang terhasil.

1.1 Daya

Bila beban atau daya bertindak ke atas strutur, struktur tersebut mengalami perubahan

bentuk. Terdapat daya- daya utama iatu tegangan, mampatan dan ricihan.

1.1.1 Tegangan

Tegangan terhasil bila ahli-ahli dalam sesuatu bahan itu ditarik.

Bila bahan ditegangkan, ia

menjadi lebih panjang dan dalam

proses tersebut, keluasan keratan

lintang menjadi lebih kecil.

Page 3: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 3

1.1.2 Mampatan

Mampatan terhasil bila ahli- ahli dalam sesuatu bahan ditekankan.

Bila bahan dimampatkan, ia

menjadi lebih padat pada arah

daya tersebut bertindak.

1.1.3 Ricihan

Ricihan terhasil bila bahan- bahan dalam satu struktur bergerak di antara

satu sama lain.Ia membahagikan bahan pada satu satah yang selari

dengan arah yang dikenakan.

Daya- daya yang

bertentangan pada sesuatu

jejulur boleh mengalami

ricihan.

Page 4: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 4

AKTIVITI 1.1

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

SOALAN

Namakan daya yang terhasil dari perubahan bentuk gambarajah di bawah.

i)

ii)

iii)

Page 5: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 5

MAKLUM BALAS 1.1

i) Tegangan

ii) Mampatan

iii) Ricihan

Page 6: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 6

1.2 Kekuatan Bahan- bahan Utama Struktur Binaan

Beberapa bahan binaan yang lazim digunakan mempunyai keupayaan yang

berbeza untuk menahan daya- daya yang beranika ragam.

1.2.1 Kayu

Sama kuat dalam mampatan dan tegangan tetapi tidak

dapat mengatasi kekuatan keluli.Kayu lemah tetapi tidak dapat

mengatasi kekuatan keluli.Kayu lemah dalam ricihan.

1.2.2 Bata

Kuat terhadap mampatan , tetapi lemah terhadap tegangan

dan ricihan.

1.2.3 Konkrit

Kuat terhadap mampatan , tetapi lemah terhadap tegangan

dan ricihan.

1.2.4 Keluli

Kuat terhadap tegangan mampatan dan ricihan.

Page 7: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 7

AKTIVITI 1.2

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

SOALAN

Arahan: Suaikan ruangan A dan B dengan menggunakan satu

garisan.

RUANGAN A RUANGAN B

Keluli Kuat dalam mampatan dan tegangan

Konkrit Kuat dalam mampatan, tegasan dan ricihan

Kayu Kuat dalam mampatan

Page 8: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 8

MAKLUM BALAS 1.2

RUANGAN A RUANGAN B

Keluli Kuat dalam mampatan dan tegangan

Konkrit Kuat dalam mampatan, tegasan dan

ricihan

Kayu Kuat dalam mampatan

Page 9: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 9

1.3 Konsep beban di dalam struktur

Beban beban yang betindak ke atas struktur terdiri daripada beban hidup dan

mati.

1.3.1 Beban hidup

Terdiri daripada semua beban selain daripada beban mati.

Contoh beban hidup adalah seperti manusia, binatang dan sebagainya.

1.3.2 Beban Mati

Terdiri daripada berat jisim struktur itu sendiri dan berat beban yang

tetap di atas struktur seperti dinding tetap dan perabut tetap.

Beban mati bertindak secara pugak.

Page 10: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 10

AKTIVITI 1.3

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

SOALAN

a) Senaraikan DUA jenis beban

i. __________________________________

ii. __________________________________

b) Berikan SATU contoh bagi setiap jenis beban.

Page 11: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 11

MAKLUM BALAS 1.3

a) i- beban hidup

ii- beban mati

b) contoh beban hidup- manusia, binatang, hujan, angin

ontoh beban mati- dinding tetap, perabot tetap

Page 12: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 12

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan Sila cuba semua soalan dalam penilaian

kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan .

Jika anda mengahadapi masalah, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Soalan 1-1

Terangkan TIGA (3) daya yang bertindak ke atas struktur ( daya luaran atau daya

dalaman)Lakarkan jawapan anda.

Soalan 1-2

Bezakan di antara beban hidup dan beban mati. Lakarkan jawapan anda.

Soalan 1-3

Terangkan keupayaan keluli dalam mengatasi daya- daya yang beraneka ragam.

Page 13: C2325UNIT1

C2325 STRUKTUR SENIBINA 1 C2325/UNIT 1/ 13

MAKLUM BALAS

Sila rujuk jawapan anda dengan pensyarah .