c01 lukisan kejuteraan

11
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP / LEVEL 2 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NUM. AND TITLE EE-021-2:2012 - C01 – ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING NO. DAN PENYATAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NUM. AND STATEMENT 1. IDENTIFY ELECTRONIK DRAWING REQUIREMENTS 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING REQUIREMENT 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING 4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING KERTAS PENERANGAN KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC) 126, JALAN PKNK 1/1, KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI PETANI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

Upload: zafarin-salleh

Post on 31-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bahan pengajaran bertulis untuk c01 lukisan kejuruteraan, memberi penarangan tengan alatan lukisan dan tujuan

TRANSCRIPT

Page 1: C01 Lukisan Kejuteraan

KOD DAN NAMA

PROGRAM /

PROGRAM’S CODE &

NAME

EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE

INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL 2

NO. DAN TAJUK UNIT

KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT

NUM. AND TITLE

EE-021-2:2012 - C01 – ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

NO. DAN PENYATAN

AKTIVITI KERJA /

WORK ACTIVITIES

NUM. AND STATEMENT

1. IDENTIFY ELECTRONIK DRAWING REQUIREMENTS

2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING RE-

QUIREMENT

3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3) Muka Surat /Page:1 Daripada/of:3

KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)

KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC)126, JALAN PKNK 1/1,KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI PETANI,08000 SUNGAI PETANI,KEDAH DARUL AMAN.

Page 2: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:2 Daripada/of:11

TAJUK/TITLE: LUKISAN KEJURUTERAAN

TUJUAN/ PURPOSE:Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai pekara-

pekara dan elemen penting yang perlu ditekankan semasa menjalankan proses pembanggunan lakaran sesebuah lukisan kejuruteraan bagi menghasilkan lukisan kejuruteraan yang berkualiti dan standard.

PENERANGAN/INFORMATION:

1.1. Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan – garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

1.2. TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAANSecara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Lukisan Artis ii.Lukisan Kejuruteraan

i. Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk menggambarkan bentuk sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan alam semula jadi.

ii. Lukisan kejuruteraan pula adalah lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Lukisan Kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai-bagai jenis garisan serta simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka yang

Page 3: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:3 Daripada/of:11

daripada kejuruteraan yang sama. Semasa mempelajari lukisan kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah ketepatan melukis, teknik melukis, kebersihan melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.

a. KetetapanSetiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis- jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan.

b. Teknik melukisLukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan, termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.

c. Kebersihan lukisanSetiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.

d. Kepantasan menyiapkan lukisanAmalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentuakan menghasilkan seorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

2.1 PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

2.2.1 Papan LukisanPapan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan

jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan.

Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip. Rajah 2.2.1 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.

Page 4: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:4 Daripada/of:11

Rajah 2.2.1

2.2.2 Kertas lukisanKertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis

menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11” A. 9” x 12”B.11” x 17” B.12” x 15”C.17” x 22” C.18” x 24”D.22” x 34” D.24” x 36”E.34” x 44” E.36” x 48”

2.2.3 Sesiku TSesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian

kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja –kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut.Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan

Page 5: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:5 Daripada/of:11

rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong . Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 1.3 cara mengerakkan sesiku T

2.2.4 Jangka lukisJangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan.

Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.i.Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )ii.Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )iii.Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum andBeam/trammel )

Rajah 1.4 jenis-jenis jangka Lukis

Page 6: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:6 Daripada/of:11

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua mata jarum berbahu.

Rajah 1.5 cara menggunakan jangka Lukis

2.2.5 PembahagiBentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangkalukis, bezanya

pembahagi mempunyai dua mata jarum.Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:i.Pembahagi jenis pegasii.Pembahagi jenis bendul dan tradisi

Pusingan ke arah ini

Jarum ini dipanjangkan sedikit daripada mata pensel

Mata pensil

5 mm

Permukaan Lukisan

Page 7: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:7 Daripada/of:11

Pegas Bendul dan Tradisi

Rajah 1.6 jenis-jenis pembahagi

Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.

Rajah 1.7 cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

Page 8: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:8 Daripada/of:11

2.2.6 Jangka sudutJangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik

sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.8 adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 1.8 Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 1.9.

Page 9: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:9 Daripada/of:11

2.2.7 Skala/Pengukur Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah

dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakansebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis.

Page 10: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:10 Daripada/of:11

SOALAN/QUESTION:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan jangka sudut?

2. Nyatakan saiz kertas lukisan yang standard menurut piawaian ANSI.

3. Terangkan pekara yang diambil kira semasa melukis lukisan kejuruteraan.

RUJUKAN/REFERENCE:1. http://www.cadcammanufacture.blogspot.com, 13 Ogos 2015, 14:452. http://www.lukisankejuruteraankvkk.blogspot.com 13 Ogos 2015, 15:15

Page 11: C01 Lukisan Kejuteraan

NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)Muka Surat/Page:11 Daripada/of:11