burung bangau dengan seekor ketam

Upload: aisya-kamar

Post on 07-Jul-2015

683 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0

BONEKA

Boneka adalah tiruan dari bentuk manusia dan termasuk juga tiruan dari bentuk binatang. Jadi sebenarnya boneka merupakan salah satu model perbandingan. Sekalipun demikian, kerana boneka dalam penampilannya memiliki karakteristik yang khusus, maka ada perbahasan yang dilakukan semata-mata untuk membahaskan tentang boneka ini sahaja. Dalam penggunaan boneka pula, guru boleh memanfaatkan boneka ini sebagai salah satu media pembelajaran dengan cara dimainkan dalam sandiwara boneka.

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.

Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun terkadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah. Boneka, haiwan, dan miniature (dolls, animals, and miniatures)

Boneka merupakan model dari manusia, atau yang menyerupai manusia contohnya Pinocchio atau haiwan. Boneka juga boleh dihasilkan untuk dekorasi atau koleksi untuk anak yang sudah besar atau orang dewasa, namun kebanyakan boneka ditujukan sebagai mainan untuk anak-anak, terutama anak perempuan. Sejak tahun 1940-an, penggunaan boneka sebagai bahan bantu mengajar menjadi semakin popular dan banyak digunakan di Sekolah Dasar dan Sekolah Lanjutan di Amerika. Di Eropah, seni pembuatan boneka sangat tua dan sangat popular serta lebih tinggi ahlinya dibandingkan di Amerika.

1.1

CIRI-CIRI DAN KRITERIA BONEKA

Terdapat lapan jenis boneka yang sesuai untuk digunakan guru semasa proses pengajaran dijalankan. Walau bagaimanapun, jenis-jenis boneka ini boleh dibahagikan mengikut cara menyediakan dan menggunakannya. Salah satu daripadanya ialah boneka daripada peralatan sebenar. Boneka jenis ini diperbuat daripada peralatan sebenar seperti garfu, sudu, senduk, cawan dan bahan-bahan sebagainya. Biasanya perkakas ini tidak digunakan lagi kerana reka bentuknya telah ketinggalan zaman,

bentuk yang kecil atau warnanya pudarkerana dimakan hari. Untuk keselamatan muridmurid, guru hendaklah mengelakkan mengguna perkakas yang sudah rosak teruk seperti rosak pecah yang teruk dan tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak digunakan akan dihiaskan dengan menggunakan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkan raut wajah yang dikehendaki mengikut watak yang sesuai. Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah pula, guru bolehlah melukis mata, hidung dan mulut menggunakan Marker Pen High Performance agar tahan lama dan tidak mudah hilang. Alat-alat ini kemudiannya dihias dengan acuan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkaraut wajah yang sesuai. Boneka jenis ini mudah dikendalikan dan sesuai digunakan untuk murid-murid yang lemah dan terhad pergerakannya. Jenis boneka yang seterusnya ialah boneka sarung tangan atau boneka glove. Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja. Boneka ini akan dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan. Boneka ini juga diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu. Pelbagai jenis alatan boleh digunakan seperti manik, bola pingpong, guli, kain baldu dan kertas keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata. Manakala benang dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang telinga, misai dan rambut. Boneka jenis ini mudah dikendalikan denan bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya. Boneka penuh pula ialah sejenis boneka yang lengkap denagn aggota tubuh badannya, iaitu daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya. Boneka jenis ini mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang atau dilekatkan di atas tapak yang sederhana besar saiznya. Cara pembuatannya pula adalah daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Ini bagi mendatang rasa kepada murid berdasarkan pemerhatian mereka tentang bagaimana keadaan hidupan itu sebenarnya kerana binaannya menyerupai yang sebenar. Mata boneka ini pula diperbuat daripada butang baju atau mata tiruan yang ada dijual di kedai-kedai terpilih.

Boneka kosong di tengah memerlukan tirai yang berperanan melindungi bahagian muka dan kepala penggunanya. Jika ketiadaan tirai, guru boleh

menggunakan peralatan alternative lain seperti kotak, kepingan polisterin dan sebagainya. Situasi ini mampumeningkatkan keyakinan guru bersuara berdasarkan jalan cerita yang telah dirancang. Bagi memudahkan proses mengendalikan alatan secara berkesan, sebuah kerusi diperlukan sebagai tempat duduk guru dibelakang tabir, tirai atau kotak yang menjadi pelindung tadi. Boneka jenis ini amat sesuai untuk haiwan yang mempunyai kepala dan ekor yang panjang. Sebagai contoh, boneka naga, ular sawa, buaya dan sebagainya. Bahan-bahannya pula bolehlah menggunakan kertas sugar paper, brown paper atau sarung kaki wanita. Boneka seterusnya ialah boneka jari yang akan dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Biasanya boneka ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Boneka ini mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya. Pergerakkan bagi boneka ini juga terhad dan mempunyai reka bentuk silinder yang berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan yang terhad dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk aktiviti bercerita dengan kanak-kanak. Selain itu, boneka wayang kulit diperbuat daripada kulit, plastic, lut sinar dan kertas tebal. Boneka seperti ini biasanya nipis dan berbentuk dua dimensi.reka bentuknya pula dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera lama. Tok dalang akan bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil mengerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan semasa persembahan wayang kulit ini. Boneka tongkat pula berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Bonek ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh bagi haiwan yang sesuai digunakan ialah rama-rama, kelawar, bebrapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya.

Boneka tali akan digeraklakonkan dengan menggunakan taki atau benang dan berbentuk gantung yang akan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu yang melintang atau tegak. Asas operasinya memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar dikendalikan. Boneka yang terakhir ialah topeng muka yang diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar lama pada belon yang kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. Kerja-kerja menampal kertas putih dilakukan dengan cermat supaya cebisan kertas surat khabar lama tidak tanggal. Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan tujuan penggunaannya. Untuk menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih menarik, aksesori tambahan seperti manik, benang bulu dan bola pong boleh digunakan.

1.2

KAEDAH DAN TEKNIK

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi

peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

2.0

CERITA KANAK YANG DIPILIH

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya. Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah". Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya.

Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau. Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikanikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang

dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masingmasing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau

mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

2.1

SINOPSIS

Cerita ini megisahkan tentang seekor bangau yang sanggup menipu rakanrakannya bagi memastikan perutnya kenyang. Disebabkan bangau semakin tua, dia terpaksa memikirkan cara yang mudah bagi mendapatkan ikan daripada dalam tasik itu. Satu hari, bangau mendapat satu idea yang sangat dahsyat. Dia telah menipu si katak dengan memberitahu bahawa kawasan tempat tinggal meraka akan dilanda kemarau yang berpanjangan. Si katak sangat mempercayai si bangau dan memberitahu sekalian makhluk didalam tasik itu tentang kemarau yang akan melanda. Dalam masa yang sangat singkat, sekalian penghuni tasik pun berkumpul bagi membincangkan masalah ini. Bagi memastikan rancangannya Berjaya, bangau telah memberikan idea tentang tasik yong konon-kononnya wujud tidak berapa jauh dari situ dan dia bersetuju untuk memindahkan haiwan-haiwan disitu seekor demi seekor dengan alasan bahawa bangau sudah tua dan tidak larat. Sehingga sampai kepada giliran ketam, segala penipuan telah terbongkar dan ketam telah Berjaya membunuh bangau dengan menyepit leher bangau dan menyelamatkan rakan-rakannya yang lain.

2.2

WATAK

Pencerita Burung Bangau Katak Ikan Haruan Si Ketam

: : : : :

Aisyah Syazwan Redwan Aisyah Nazri

2.3

CERITA YANG TELAH DISUNTING

Burung Bangau Dengan Seekor KetamPada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan tilapia, ikan sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan, terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut. Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dahulu untuk menangkap ikan. Kadang-kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata Bangau : (risau dan gelisah) Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah. Burung bangau mendapat satu idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Kebetulan seekor katak yang berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya Katak : (ingin tahu) Kenapakah aku melihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau? Bangau Katak : Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini. : (kehairanan) Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah. Bangau : Kamu manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kamu lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun. Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati. Katak mengangguk-ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Tiba-tiba kedengaran suara seekor ikan haruan bertanya kepada bangau. Haruan : Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?

Bangau Haruan

: Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju. : Apakah cadangan tersebut? (haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya).

Bangau

: Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang.

Ketam

: Bolehkah engkau membawa kami ke sana? (sampuk ketam yang berada di situ)

Bangau

: Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu.

Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau. Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan-ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya. Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya habis dimakan, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut, ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa sangat cemas dan curiga. Ketam : (berkata ketam di dalam hatinya) Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau.

Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata.

Ketam

: Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engkau membawa aku di sini?

Bangau

: (tergelak kuat) Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku.

Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas. Bangau : (Tolonglah ketam. Maafkanlah aku. Aku tidak boleh untuk bernafas ni. Aku berjanji akan menghantar engkau pulang ke kolam tapi tolonglah wahai ketam lepaskan leherku ini. Ketam : Aku tidak mahu melepaskannya. Engkau telah menipu kawan-kawan kita yang mempercayai engkau. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau pun mati di situ juga. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.