tanggapan tenaga pengajar di politeknik johor … filetanggapan tenaga pengajar di politeknik johor...

22

Upload: duongnhan

Post on 24-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TANGGAPAN TENAGA PENGAJAR DI POLITEKNIK JOHOR BAHRU

TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” DALAM

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NOOR HAYATI BINTI SAEALAL

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

Dedikasi

Untuk ayahanda dan bonda yang amat dikasihi

(SAEALAL BIN JUKI & TUNIAH BINTI DIKON)

serta

Ahli keluarga yang sangat disayangi yang telah memberi dorongan

ke arah kejayaan ini

(ABANG IJAI, ABANG WA, KAK UDA DAN ADIKKU SALIH)

dan

rakan seperjuangan yang banyak membantu serta menyokong selama ini

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali penulis ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada Dr. Yahya Bin Buntat, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang

telah banyak memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar di sepanjang kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa yang amat dikasihi, keluarga dan insan

tersayang yang banyak memberikan saya dorongan serta bantuan semasa menjalankan

kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada staf-staf Pejabat Akademik yang

mengeluarkan surat-surat pengakuan untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, sekalung

penghargaan turut diberikan kepada pihak pentadbiran dan tenaga pengajar di Politeknik

Johor Bahru yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa penulis mengumpul

data untuk projek ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kedua-dua penilai untuk

pembentangan projek ini iaitu Dr. Abdul Wahid Bin Mukhari dan En. Aede Hatib Bin

Musta’amal @ Jamal, pensyarah Fakulti Pendidikan. Akhir sekali, penulis juga

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua pihak yang telah memberikan

apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika

proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen kemahiran “employability”

yang paling kerap diterapkan oleh tenaga pengajar, mengenalpasti elemen kemahiran

“employability” yang dianggap penting, dan mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh tenaga pengajar Politeknik semasa menerapkan elemen kemahiran

“employability” ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks kajian

ini, hanya tiga kemahiran yang dikaji iaitu Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran

Akademik, dan Kemahiran Berpasukan. Seramai 82 orang tenaga pengajar lelaki dan

perempuan dari empat buah jabatan di Politeknik Johor Bahru telah terlibat dalam kajian

ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data-data diproses

dengan menggunakan program SPSS V.13 (Statistical Package For The Social Science).

Data-data ini dianalisis dengan analisis statistik deskriptif seperti min dan peratusan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen kemahiran “employability” yang paling kerap

diterapkan oleh tenaga pengajar di Politeknik ialah elemen bertanggungjawab ke atas

tindakan yang diambil manakala elemen kemahiran “employability” yang dianggap

penting ialah elemen mengikuti arahan yang diberikan. Tenaga pengajar terpaksa

menghadapi beberapa masalah semasa menerapkan kemahiran “employability” dalam

proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pelajar kurang pengetahuan tentang

kepentingan kemahiran “employability” dalam dunia pekerjaan dan kemahiran

“employability” tidak dinilai selepas waktu pengajaran dan pembelajaran.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify employability skill element that

frequent implemented by lecturers, identify the really important employability skills

element, and to identify the problems that lecturers have to face while implementing the

employability skills in teaching and learning process. In this research context, the only

three skills that studied are Self Management Skills, Academic Skills, and Teamwork

Skills. 82 respondents (lecturers) from four departments in Polytechnic were involved in

this research. The research’s instrument that used in this research is a set of

questionnaire. SPSS V.13 (Statistical Packages For The Social Science) is used to

process data. Descriptive statistical analysis has been used in data analysis procedure

such as mean and percentage. The results of this research showed that employability

skills element that often instill by lecturers is responsibility skill (responsibility for

actions taken) but the most element employability skills that considered important by

lecturers is communication skills (following the giving commands). Lecturers have to

face a few problems while implementing employability skills in teaching and learning

process. The problems are students are lack of knowledge about the employability skills

importance and this employability skills are not evaluated after teaching and learning

process.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Tujuan Dan Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Istilah / Definisi 8

viii

1.9 Rumusan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 11

2.1 Politeknik 11

2.2 Kemahiran “Employability” 13

2.3 Kemahiran Mengurus Diri 14

2.3.1 Kebolehan Bersikap Positif 15

2.3.1.1 Rasa Bahawa Diri Bagus Dan

Berkeyakinan 15

2.3.1.2 Melayan Orang, Masalah Dan

Situasi Dengan Jujur, Ikhlas

Dan Penuh Etika 16

2.3.1.3 Menerima Dan Belajar Dari

Kesilapan 16

2.3.1.4 Tunjuk Minat Dalam Tugas 17

2.3.2 Kebolehan Bertanggungjawab 17

2.3.2.1 Merancang dan Mengurus Masa,

Kewangan dan Sumber Lain 18

2.3.2.2 Bertanggungjawab Terhadap

Tindakan Yang Diambil 18

2.3.2.3 Seimbangkan Antara Kerja

Dan Kehidupan Peribadi 19

2.3.2.4 Mendisiplinkan Diri 19

2.3.3 Kebolehan Membuat Penyesuaian 20

2.3.3.1 Berfikiran Terbuka dan

Membuat Perubahan Membina 20

2.3.3.2 Menjadi Inovatif 20

2.3.3.3 Mengiktiraf dan Menghormati

ix

Pendapat Orang Lain 21

2.3.3.4 Menjadi Lebih Fleksibel 21

2.4 Kemahiran Akademik 22

2.4.1 Kemahiran Komunikasi 22

2.4.1.1 Ciri-ciri Kemahiran Komunikasi 23

2.4.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 26

2.4.3 Kemahiran Berfikir Secara Kritikal /

Kritis 28

2.5 Kemahiran Berpasukan 30

2.5.1 Kepentingan dan Kebaikan Kemahiran

Berpasukan 31

2.5.2 Kemahiran-kemahiran Di Bawah Kerja

Berpasukan 32

2.5.2.1 Bekerja Dengan Orang Lain 32

2.5.2.2 Keterlibatan Dalam Projek Atau

Tugas 36

2.6 Masalah Penerapan Kemahiran “Employability” 38

2.7 Rumusan 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 40

3.1 Rekabentuk dan Jenis Kajian 41

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.2.1 Populasi Kajian 42

3.2.2 Sampel Kajian 42

3.3 Lokasi Kajian 43

3.4 Instrumen Kajian 44

3.4.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang

Responden 44

x

3.4.2 Bahagian B: Elemen Kemahiran

“Employability” Yang Telah Diterapkan

Oleh Tenaga Pengajar Di Politeknik

Johor Bahru, Johor 45

3.4.3 Bahagian C: Kepentingan Elemen

Kemahiran Di Bawah Kemahiran

“Employability” Mengikut Keutamaan 46

3.4.4 Bahagian D: Masalah Yang Dihadapi

Oleh Tenaga Pengajar Dalam Usaha

Menerapkan Elemen Kemahiran

“Employability” 47

3.5 Prosedur Kajian 48

3.6 Kajian Rintis 49

3.7 Analisis Data 50

3.8 Rumusan 53

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 54

4.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 55

4.2 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian

Yang Pertama (Bahagian B) 57

4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian

Yang Kedua (Bahagian C) 60

4.4 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian

Yang Ketiga (Bahagian D) 63

4.5 Rumusan 67

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 68

5.1 Rumusan Kajian 69

5.1.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 69

5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 70

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Faktor Demografi Responden 72

5.2.2 Elemen Kemahiran “Employability”

Yang Kerap Diterapkan Oleh Tenaga

Pengajar di Politeknik Johor Bahru 73

5.2.3 Elemen Kemahiran “Employability”

Yang Dianggap Penting Oleh Tenaga

Pengajar di Politeknik Johor Bahru 75

5.2.4 Masalah-masalah Yang Dihadapi

Oleh Tenaga Pengajar Semasa

Menerapkan Elemen Kemahiran

“Employability” Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 77

5.3 Cadangan 78

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 79

5.5 Rumusan 80

RUJUKAN 81

Lampiran A – D 85

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kaedah Persampelan Yang Digunakan 43

3.2 Jadual Spesifik Yang Menunjukkan Aspek, Nombor

Item dan Jumlah Item 45

3.3 Skala Likert Lima Peringkat 46

3.4 Jadual Spesifik Yang Menunjukkan Aspek, Nombor

Item dan Jumlah Item 46

3.5 Skala Likert Lima Peringkat 47

3.6 Skala Likert Lima Peringkat 47

3.7 Skala Likert Lima Peringkat 51

3.8 Kaedah Analisis Data Tahap Bagi Setiap Nilai Min 52

3.9 Skala Likert Lima Peringkat 52

4.1 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 55

4.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jabatan 56

4.3 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 56

4.4 Elemen Kemahiran “Employability” Yang Paling Kerap

Diterapkan Oleh Tenaga Pengajar Di Politeknik 57

4.5 Elemen Kemahiran “Employability” Yang Dianggap

Paling Penting Mengikut Keutamaan Oleh Tenaga

Pengajar Di Politeknik 61

4.6 MasalahYang Dihadapi Oleh Tenaga Pengajar

Semasa Menerapkan Elemen Kemahiran “Employability” 63

xiii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

AK - Ada Kala

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

JB - Johor Bahru

KP - Kurang Penting

P - Penting

PP - Paling Penting

S - Setuju

SCANS - Secretary’s Commission on Necessary Skills

SD - Sederhana

SK - Sering Kali

SPSS - Statistical Package for Social Science

TK - Tiap Kali

TP - Tidak Pasti

TPH - Tidak Pernah

TS - Tidak Setuju

YPJ - Yayasan Pelajaran Johor

% - Peratus

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Fakulti Pendidikan 85

B Surat Permohonan Kebenaran Membuat

Kajian Rintis di Institut Teknologi

Perindustrian YPJ 86

C Surat Permohonan Kebenaran Membuat

Kajian di Politeknik JB 88

D Borang Soal Selidik 90

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Dunia hari ini semakin mencabar bagi manusia, lebih-lebih lagi ketika hendak

melangkah ke alam pekerjaan. Ramai graduan yang telah lulus dengan cemerlang masih

lagi menganggur. Hal ini terjadi kerana kurangnya kemahiran “employability” yang

tinggi di kalangan para pelajar mahu pun pekerja. Kini, setiap pekerjaan memerlukan

mereka yang bukan sahaja berkemahiran tinggi dalam sesuatu aspek tetapi juga memiliki

kemahiran “employability”.

Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan definisi kemahiran

“employability”. Kebanyakan definisi tersebut memberi tumpuan ke atas elemen yang

berkaitan dengan personaliti, sikap, tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi, cara

menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus

organisasi. Definisi lain bagi kemahiran “employability” adalah kebolehan bukan

teknikal (non technical abilities). Ini jelas seperti definisi yang diberikan oleh Buck dan

Barrick (1987: ms.29):

2

Selain daripada kebolehan teknikal, kemahiran “employability” adalah suatu kriteria pekerja yang menjadikan mereka aset kepada majikan. Kemahiran “employability” ini termasuk kemahiran membaca, asas aritmetik, kemahiran menyelesaikan masalah, membuat keputusan, kemahiran berfikir peringkat tinggi, keboleh harapan, tingkah laku positif, semangat bekerjasama, serta ciri efektif. (Rashid dan Yahya, 2003: ms.2)

Melalui Model Kerangka Teori Kajian Kemahiran “Employability” dari Rashid

dan Yahya (2003) yang diubahsuai dari Profil Rangka Kerja The Conference Board of

Canada (1996: ms.40)], kemahiran “employability” mengandungi tiga elemen utama

yang dikaji iaitu Kemahiran Akademik, Kemahiran Mengurus Diri dan Kemahiran

Berpasukan. Ketiga-tiga elemen kemahiran “employability” utama ini dijadikan sebagai

asas kajian mengenai tanggapan tenaga pengajar terhadap penerapan kemahiran

“employability” ini di institusi serta kepentingannya di kalangan majikan industri.

Oleh kerana itu, kajian ini dijalankan di Politeknik Johor Bahru bagi menentukan

sejauh mana penerapan kemahiran “employability” ini dilaksanakan di kalangan tenaga

pengajar di institusi tersebut terhadap para pelajarnya. Politeknik merupakan institusi

latihan kemahiran teknikal yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada belia-belia

masa kini mendalami kemahiran yang diminati. Di institusi ini, aktiviti pembelajaran

dilaksanakan sama seperti pusat-pusat pengajian yang lain. Antara bidang-bidang yang

ditawarkan di Politeknik Johor Bahru ini ialah Kursus Kejuruteraan Elektrik Elektronik,

Pengurusan Hotel Dan Katering, Rekaan Fesyen Dan Pakaian, Pengurusan Pelancongan,

Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Mekatronik, Rekabentuk Grafik dan Rekabentuk

Industri. Dengan adanya kemahiran teknologi dan disertakan dengan kemahiran

“employability” ini, para belia lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih

baik pada masa akan datang.

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan belia di Malaysia yang memiliki sijil diploma mahu pun ijazah masih

lagi menganggur dan tidak bekerja mengikut kelayakan yang dimilikinya. Contohnya,

belia lepasan ijazah masih lagi sibuk mencari kerja tetapi tidak mahu meneruskan

pengajian dalam bidang kemahiran walaupun ketika ini pihak industri amat memerlukan

mereka yang berkemahiran untuk diambil bekerja. Ini dijelaskan oleh Menteri di

Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Mustapha Mohamed yang menyatakan bahawa

ketika ini seramai 80, 000 siswazah menganggur dan pihak mereka akan laksanakan

dasar menyerap anak-anak (bumiputera) menceburi bidang latihan dan kemahiran bagi

memenuhi tuntutan pasaran. (Mingguan Malaysia, Ahad, 13 Februari 2005). Hal ini

berlaku disebabkan kelemahan pendidikan berbentuk kemahiran yang kurang

menerapkan kemahiran “employability” yang perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk

memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan apabila mereka mula melangkah ke

alam pekerjaan kelak.

Pada masa kini, pihak-pihak industri bukan sahaja memerlukan pekerja yang

mahir dalam bidang teknikal, malah mereka juga mahu para pekerjanya memiliki

kemahiran yang lebih luas termasuklah kemahiran “employability”. Ini kerana

kemahiran ini amat penting untuk membantu sesuatu industri itu berjaya. Contohnya,

sekiranya seseorang pekerja itu hanya cemerlang dari segi intelek, tetapi kurang dari segi

disiplin, ini akan memberi kesan yang negatif terhadap sesebuah industri. Antara contoh

kurang berdisiplin adalah seperti tidak menepati masa, datang lewat ke tempat kerja dan

tidak bertanggungjawab terhadap kerja yang diberi. Harvey, & Green, (1994) dalam

Rashid dan Yahya (2003) mendapati bahawa majikan industri mahukan para lulusan

institusi latihan kemahiran mempunyai kemahiran intelek, bersedia untuk terus belajar,

berkemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu kumpulan dan juga mempunyai

kemahiran “interpersonal”.

4

Berpandukan kajian Azmi (1988) dalam Rashid dan Yahya (2003), kemahiran

“employability” dari persepsi penyelia dan majikan industri terhadap pelajar sekolah

vokasional dan pelajar institut latihan vokasional MARA mendapati pelajar-pelajar

keluaran dari kedua-dua institusi tersebut lemah dari sudut kemahiran “employability”.

Kajiannya juga mendapati empat elemen kemahiran “employability” yang kurang sekali

diberi perhatian termasuklah; hadir untuk kerja tepat pada waktu, menunjukkan rasa

tanggungjawab ke atas tugas yang diberi, jujur dengan pihak majikan dan mengikut

arahan seperti yang diberikan.

Menurut Yang Berhormat Datuk Dr. Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia,

dalam ucapan di Majlis Perasmian Pelancaran Skim Latihan Graduan II pada tahun

2003, hanya pekerja yang berkemahiran tinggi dan pelbagai, dan berpengetahuan yang

akan lebih maju dan kompeten di dalam kerjaya mereka. Ini bermakna, memiliki ijazah

atau diploma sahaja belum mencukupi sekiranya mereka tidak mempunyai kemahiran

tambahan yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengurus dan

kemahiran teknologi maklumat. (Internet, www.mohr.gov.my)

Di sini dapatlah kita ketahui bahawa kemahiran “employability” sangat penting

untuk diterapkan ke dalam diri setiap pelajar kerana ia menentukan masa depan

sesebuah industri. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana

penerapan kemahiran “employability” ini dilaksanakan di pusat-pusat latihan industri.

Dalam kajian ini, Politeknik Johor Bahru, Johor telah dipilih untuk melihat penerapan

kemahiran ini oleh tenaga pengajar kepada para pelajar.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan hasil kajian penyelidik-penyelidik yang terdahulu, terdapat

kekangan-kekangan yang dihadapi dalam memastikan kemahiran “employability” dapat

diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pengajian.

5

Masalah kekangan yang dihadapi itu adalah seperti kajian Ramlee (1999) yang

mendapati bahawa majikan dan pendidik vokasional merasakan bahawa pelajar-pelajar

lepasan vokasional dan teknikal kurang dari segi kemahiran “employability”. Selain

daripada itu, kajiannya juga mendapati bidang pendidikan dan juga latihan sekolah

vokasional dan teknikal menghadapi cabaran dalam menyediakan para belia dengan

sikap kerja dan kemahiran “employability.”

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau tanggapan tenaga pengajar di

Politeknik JB terhadap penerapan kemahiran “employability” dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang meliputi elemen kemahiran “employability” yang kerap

diterapkan oleh tenaga pengajar dan elemen kemahiran “employability” yang dianggap

penting oleh tenaga pengajar di Politeknik JB. Selain daripada itu, kajian ini juga ingin

melihat permasalahan yang dihadapi oleh tenaga pengajar Politeknik semasa

menerapkan kemahiran “employability” dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P).

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau elemen kemahiran “employability” yang

diterapkan oleh tenaga pengajar Politeknik Johor Bahru, Johor. Manakala objektif

kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

1.3.1 Mengenalpasti elemen kemahiran “employability” yang paling kerap diterapkan

oleh tenaga pengajar di Politeknik Johor Bahru, Johor.

1.3.2 Mengenalpasti elemen kemahiran“employability” yang dianggap penting

mengikut keutamaan oleh tenaga pengajar di Politeknik Johor Bahru, Johor.

6

1.3.3 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar di

Politeknik Johor Bahru, Johor semasa menerapkan kemahiran “employability”

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang berkaitan dengan pernyataan masalah adalah

seperti berikut:

1.4.1 Apakah elemen kemahiran “employability” yang kerap sekali diterapkan oleh

tenaga pengajar di Politeknik Johor Bahru, Johor?

1.4.2 Apakah elemen kemahiran “employability” yang dianggap penting mengikut

keutamaan oleh tenaga pengajar di Politeknik Johor Bahru, Johor?

1.4.3 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar di Politeknik Johor

Bahru, Johor semasa menerapkan kemahiran “employability” dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tenaga pengajar

Politeknik Johor Bahru menerapkan kemahiran “employability” di kalangan para pelajar

mereka. Ini adalah penting bagi memastikan institusi ini melahirkan pekerja mahir yang

berkualiti dan memenuhi syarat sebagai pekerja di sektor industri mahu pun yang

diinginkan oleh para majikan.