buletinlatihan - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/buletinul0809.pdfjanuari 2009 bertempat di...

15
UNIT LATIHAN, JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG TEL: 04 653 2389 FAX: 04 656 5429 JUN 2009 http: // www.usm.my/ulatihan Bil 1/2009 ISSN: 1823-5239 USM:MyCPD, Model Penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan Agensi Awam. Cawangan Pengurusan Kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 (Pengubahsuaian Tahap Kecekapan) telah menetapkan mulai 1 Julai 2009, keseluruhan perkhidmatan awam akan melalui elemen baru PTK iaitu melalui Penilaian Berteraskan Latihan (PBL) dan Penilaian Kompetensi Berterusan (PKB) Idea berkenaan penambahbaikan ini memperlihatkan pengiktirafan pihak JPA kepada USM melalui taklimat Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 kepada semua Urusetia PTK pada 14 Januari 2009 bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Dalam taklimat tersebut, USM dinamakan sebagai contoh yang boleh diikuti oleh semua agensi awam bagi pelaksanaan pemantapan PTK yang terbaru ini. USM yang telah satu tahun melaksanakan PTK melalui kaedah MyCPD memberikan ruang yang lebih baik untuk pembangunan kompetensi staf dan juga membuka ruang kepada penilaian yang telus serta menyeluruh. Melalui MyCPD, definisi latihan telah diperluaskan melalui kaedah memformalkan latihan yang tidak formal serta kemampuan untuk penilaian secara objektif selepas latihan di peringkat ketua jabatan. Buletin KECEMERLANGAN MELALUI PEMBELAJARAN BERPASUKAN LATIHAN enungan R Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan Jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. Hamka - Liputan Semasa - Nota Editor - Selayang Pandang - Berita CPD - Induksi - Artikel I, II & III - Info MyCPD k andungan Sila semak mata CPD anda melalui laman web Unit Latihan www.usm.my/ulatihan BL Hasil soal selidik yang dilaksanakan oleh Unit Latihan telah mendapati 85 peratus daripada responden bersetuju dengan kaedah MyCPD tugasan, pembentangan dan temuduga; dalam penilaian berbanding kaedah peperiksaan yang dijalankan sebelum ini. Kelangsungan daripada taklimat di Putrajaya, USM telah menerima banyak lawatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi berkongsi kaedah MyCPD yang dijalankan di USM. Sehingga Jun 2009, pihak USM terus menerima kunjungan dan pelawaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan MyCPD.

Upload: lamhuong

Post on 24-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

UNIT LATIHAN, JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG TEL: 04 653 2389 FAX: 04 656 5429

JUN 2009 http: // www.usm.my/ulatihan Bil 1/2009 ISSN: 1823-5239

USM:MyCPD, Model Penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan Agensi Awam.

Cawangan Pengurusan Kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 (Pengubahsuaian Tahap Kecekapan) telah menetapkan mulai 1 Julai 2009, keseluruhan perkhidmatan awam akan melalui elemen baru PTK iaitu melalui Penilaian Berteraskan Latihan (PBL) dan Penilaian Kompetensi Berterusan (PKB)

Idea berkenaan penambahbaikan ini memperlihatkan pengiktirafan pihak JPA kepada USM melalui taklimat Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 kepada semua Urusetia PTK pada 14 Januari 2009 bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Dalam taklimat tersebut, USM dinamakan sebagai contoh yang boleh diikuti oleh semua agensi awam bagi pelaksanaan pemantapan PTK yang terbaru ini.

USM yang telah satu tahun melaksanakan PTK melalui kaedah MyCPD memberikan ruang yang lebih baik untuk pembangunan kompetensi staf dan juga membuka ruang kepada penilaian yang telus serta menyeluruh.

Melalui MyCPD, definisi latihan telah diperluaskan melalui kaedah memformalkan latihan yang tidak formal serta kemampuan untuk penilaian secara objektif selepas latihan di peringkat ketua jabatan.

BuletinKECEMERLANGAN MELALUI PEMBELAJARAN BERPASUKANLATIHAN

enunganRUndang-undang adab dan budi

pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal

membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan Jalan menambah

kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.

Hamka

- Liputan Semasa

- Nota Editor

- Selayang Pandang

- Berita CPD

- Induksi

- Artikel I, II & III

- Info MyCPD

k andungan

Sila semak mata CPDanda melalui laman web

Unit Latihan www.usm.my/ulatihan

BL

Hasil soal selidik yang dilaksanakan oleh Unit Latihan telah mendapati 85 peratus daripada responden bersetuju dengan kaedah MyCPD tugasan, pembentangan dan temuduga; dalam penilaian berbanding kaedah peperiksaan yang dijalankan sebelum ini.

Kelangsungan daripada taklimat di Putrajaya, USM telah menerima banyak lawatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi berkongsi kaedah MyCPD yang dijalankan di USM.

Sehingga Jun 2009, pihak USM terus menerima kunjungan dan pelawaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan MyCPD.

Page 2: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

Pendekatan dwibahasa telah digunakan oleh fasilitator dalam pelaksanaan kursus Menjalankan Aktiviti Pengajaran yang dilaksanakan di Dewan Persidangan Pusat Bahasa dan Terjemahan pada 24 hingga 25 November 2008 lalu. Pendekatan sedemikian diperlukan memandangkan terdapat peserta daripada kalangan guru warga asing yang berminat mengikuti kursus tersebut.

Kursus ini yang bakal diulang pada tahun ini (2009) bakal meyaksikan penyertaan yang mengalakkan. Salah seorang penceramah kursus ini, Profesor Madya Subadrah Nair dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan berkata, sudah sampai masanya Unit Latihan melihat kepada bahasa yang digunakan oleh penyampai dan bahasa nota kandungan kursus-kursus yang dilaksana supaya menggunakan bahasa Inggeris supaya boleh digunakan di peringkat global.

Menurut beliau lagi, memandangkan kursus tersebut dilihat telah menarik minat guru warganegara asing, contohnya warganegara Amerika, Thailand, Jepun dan Jerman, maka ini merupakan bukti bahawa USM secara keseluruhan mampu untuk menghasilkan latihan bertaraf antarabangsa.

Sesuai dengan halatuju Universiti ke arah pengupayaan global, maka Unit Latihan akan melihat cadangan pelaksanaan kursus dalam bahasa Inggeris secara proaktif bagi mencapai satu aras yang lebih tinggi dalam pembangunan kompetensi staf Universiti. Kursus ini yang turut dijayakan oleh fasilitator Profesor Madya Fatimah Salleh dan Profesor Madya Lee Lay Wah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada 55 orang peserta termasuk peserta yang mendaftar pada hari kursus dilaksanakan. Kesemua peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan dan 12 mata CPD. BL

Pendekatan Dwibahasa Penceramah Dalam Kursus Menjalankan Aktiviti Pengajaran

2

LIPUTAN SEMASA

The School of Physics in conjunction with The Training Unit, Registrar’s Department has successfully conducted a course to train the usage of a system that only exist in only two local Universities, The Molecular Beam Epitaxy (MBE) System Theory and Practical Course on the 14th of October 2008. Simular course is to be conducted in 2009 with the approach of inviting participants from various industries in Penang

This one day course which was conducted at Seminar Room, Eureka Complex has witness the encouraging participation of staff and also students both local and international. The participants were exposed to a new dimension of innovative enhancement of the system which was invented in late 1960’s at Bell Labotratories by J.R Arthur and A.Y. Cho. The function of this system is to process a wide range of materials in the semiconductor and opteoelectronic advanced epitaxial material growth industry.

This new version of MBE machine housed in the clean loboratory in School of Physics which cost approximately RM 2 million offers a new capabilities in startup and novel research projects compared to its older version currently used in Universiti Kebangsaan Malaysia as mentioned by Mr. Madhavan, Deputy Chairperson of the programme.

“This is the first initiative we made through the course and is meant for our staff and student’s exposure in the latest technology and we are looking forward into sharing this technology with other local universities and the industrial sectors, starting 2009. This one day course is launced with an opening speech by Associate Professor Dr. Haslan Abu Hassan and is suceeded by Professor Kamarulazizi Ibrahim, the Chairperson of the programme, Associate Professor Dr. Haslan Abu Hassan himself and Associate Professor Dr. Zainuriah Hassan. All participants were equipped with a file containing the facilitators presentation and a CD of the contents. BL

MBE System Theory and Practical Course

Page 3: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

PengarangSidang

PENAUNG- Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak

PENASIHAT - Azman Abdullah

KETUA EDITOR - Mohd Mukhwim

AHLI- Zainal Akhiruddin- Mohd Amirullah- Hasuaniza - Mohd Fadzli- Firdaus- Mohd Faisal- Siti Sarah - Mohd Jefri (grafik)

3

LIPUTAN SEMASA

Usaha-usaha yang dilakukan melalui pembangunan MyCPD dan kursus-kursus yang menjurus kepada pencapaian aspirasi Universiti kini mendapat pengiktirafan daripada dalam mahupun di luar Universiti. Melalui program seperti USMku Gemilang pula, Universiti mempunyai pentas untuk menyelarikan matlamat Universiti dengan matlamat setiap individu staf, juga menerapkan KIP atau Key Intangible Performance semasa yang diperlukan oleh pihak Universiti daripada semua staf.

Segalanya dicapai dengan doa, dengan kepimpinan pasukan yang ikhlas dan pegangan kepada kecintaan yang kuat kepada USM. Demikian merupakan pesanan sentiasa daripada Timbalan Pendaftar Unit Latihan, Tuan Haji Musa Ali sebelum beliau melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat PhD di Australia. Justeru bagi Unit Latihan, kepimpinan yang dipegang bukanlah pada individu, tetapi kepimpinan individu yang terarah kepada tindakan dalam satu pasukan. Mudah-mudahan dengan doa Unit Latihan terus berjaya dengan amanah yang diberikan. Amin.

Kepimpinan seperti yang dilihat oleh Universiti Sains Malaysia telah dibuktikan melalui pencapaian-pencapaian staf Universiti baik dalam bidang akademik mahupun pentadbiran dan sokongan. Melihat kepada bukti-bukti ini, maka cenderung bagi kebiasaan manusia untuk berbangga dengan pencapaian organisasi yang sudah tentu melibatkan pengorbanan yang tinggi.

Namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, perlu bagi setiap yang berjaya itu melihat kepada usaha seterusnya yang perlu dirancang, dibincang, dilaksanakan secara strategik dan dinilai pada peringkat-peringkat yang tertentu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan perkara yang lebih sukar daripada mendapatkan kejayaan, iaitu mengekalkan kejayaan dapat dicapai.

Unit Latihan tidak ketinggalan dalam misi untuk menyokong Apex. Kepimpinan peringkat individu yang perlu dilatih merupakan antara cabaran yang diberikan contohnya, di bawah pembangunan staf akademik melalui latihan-latihan yang ditawarkan, menjurus kepada kepimpinan akademik mengikut peringkat masing-masing.

Selain daripada itu, kembara usaha pembangunan kompetensi staf secara keseluruhan tidak ketinggalan dalam mencapai aspirasi Apex.

BL

NOTA EDITOR

Penilaian aras III ke aras IV bagi gred 1-54 akan dilaksanakan pada bulan Mei dan Oktober 2009. Iklan dan borang permohonan akan dipaparkan dalam laman web Unit Latihan. Staf yang telah mencukupi mata minimum dan melengkapi laporan adalah layak memohon. BL

Penilaian Aras III Ke Aras IV Gred 1-54

Beberapa kursus telah dirangka sejajar dengan kesesuaian dan kompetensi staf berlandaskan format tahun 2008. Bagi tahun 2009 sebanyak 60 kursus telah dirangka meliputi semua skim dalam Sektor Perkhidmatan Sosial.

Sebanyak 12 kursus yang dirancang dalam kalendar Unit latihan telah dilaksanakan merangkumi skim S (Perpustakaan, Belia & Sukan dan Hal Ehwal Islam), skim B (Bakat & Seni) dan skim KP (Keselamatan & Pertahanan Awam). Manakala bagi skim yang lain kursus akan dilaksanakan pada bulan Jun hingga Oktober 2009.

Terdapat beberapa kursus dan seminar secara terbuka yang dianjurkan oleh pusat pengajian dan jabatan yang bersangkutan dengan sektor perkhidmatan sosial. Bagi semua kursus yang telah dijalankan, sambutan amat menggalakkan. BL

Sektor Perkhidmatan Sosial

Page 4: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

Unit Latihan Pejabat Pengarah kampus, Kampus Kesihatan bertanggungjawab merancang, mengurus, mengendali dan memantau program latihan kepada staf Kampus Kesihatan. Sepanjang tahun 2008, sebanyak 93 program latihan telah berjaya dilaksanakan, ianya termasuk kursus-kursus wajib, iaitu kursus induksi umum dan khusus, sijil Pengajaran & Pembelajaran (P&P), Kursus Kenegaraan (BTN) serta Kursus CPD untuk akademik dan bukan akademik. Statistik penganjuran program latihan sepanjang tahun 2008 adalah seperti berikut :-

Bil Program Bilangan Program

1 Kursus LDP (termasuk Kursus Induksi) 38 2 CPD Akademik 22 3 CPD USMku Gemilang 18 4 BTN 3 5 P&P 1 6 Penilaian Aras 8 7 Penilaian Aras Akademik 3 JUMLAH 93

Secara keseluruhannya seramai 5033 penyertaan staf dalam program latihan anjuran Unit Latihan Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.

Oleh MUSA ALIStatistik Program Latihan Anjuran Unit Latihan, Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan.

BL

Unit Latihan pejabat Pengarah kampus, Kampus Kesihatan telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kualiti Pembantu Klinik & Farmasi pada 25-26 Jun 2008, seramai 44 orang peserta dari hospital kerajaan dan swasta telah menjayakan kursus ini. Menurut Tuan Haji Zainol Abidin Hamid, Timbalan Pengarah Kanan (Farmasi) Hospital USM berkata kursus ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana topik-topik yang diterapkan adalah merangkumi kompetensi umum dan khusus yang merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan.

Antara topik-topik yang diketengahkan ialah :-

• Pengenalan kepada ubat-ubatan dan Tanggungjawab petugas pendispensan ubat • Cara guna ubat dan implikasi dari salah penggunaan ubat • Kawalan inventori ubat-ubatan • Perkhidmatan pelanggan berkualiti • Nilai murni dalam perkhidmatan

Para peserta telah didedahkan dengan sesi ceramah dan demonstrasi serta pameran jenis ubat-ubatan.

Kompetensi Umum & Khusus Dalam Kursus Peningkatan Kualiti Pembantu Klinik & Farmasi -Timbalan Pengarah Kanan (Farmasi) Hospital USM

LIPUTAN SEMASA

BL

4

Page 5: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

LIPUTAN SEMASA

Unit Latihan, Kampus Kesihatan adalah salah satu unit dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan kualiti yang terlibat ialah pengurusan latihan. Berdasarkan laporan audit dalaman yang telah dijalankan pada 19 Oktober 2008 menyatakan Unit Latihan berjaya mengekal dan memantau sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000. Antara elemen-elemen penting dalam sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 ialah prosedur kerja yang sistematik, proses kawalan rekod kualiti dan dokumen rujukan, usaha-usaha bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan dan pencapaian objektif kualiti yang memuaskan.

Unit Latihan Berjaya Mengekalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000

BL

Kursus ICT anjuran bersama PPKT dengan Unit Latihan terus menjadi pilihan utama staf Kampus kesihatan. Sebanyak 7 kursus ICT berjaya dilaksanakan dengan penglibatan staf seramai 153 orang. Antara kursus yang dianjurkan ialah Kursus pengenalan kepada PHP & MySQL, Kursus pengenalan kepada USMnet, Kursus Macromedia Flash 8 dan sebagainya.

Kursus ICT – Menjadi Pilihan Staf kampus Kesihatan

BL

Kursus USMKu Gemilang telah diperkenalkan pada tahun 2008 selaras dengan pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) kuatkuasa Januari 2008. Kursus USMku Gemilang adalah merupakan kompetensi umum CPD. Antara topik-topik yang diketengahkan ialah Halatuju USM, Isu-Isu Kenegaraan (Konteks USM & Masyarakat), Integriti, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta topik pengkhususan mengikut gred jawatan, iaitu pembangunan kepimpinan, penyeliaan berkesan, perhubungan pelanggan dan ketrampilan & komunikasi. Kursus USMKu Gemilang mendapat sambutan yang hangat dan seramai 2638 orang telah menyertai kursus ini.

Seramai 2638 Orang Staf Kampus Kesihatan mengikuti Kursus USMku Gemilang

BL

Encik Zainal Akhiruddin, Perunding dan Ketua Sektor Pembangunan Kepimpinan Unit Latihan, Kampus Induk telah mengendalikan kursus Pengurusan Organisasi kepada 42 orang staf Kampus Kesihatan. Tujuan kursus ini dianjurkan ialah memberi pendedahan, pengetahuan, kemahiran serta pengkongsian ilmu dalam elemen-elemen pengurusan organisasi. Pada bulan Mac, Zainal merealisasikan latihan berbentuk antarabangsa yang diacarakan lima hari berturut-turut. Penyertaan dari China, Myammar, Bangladesh, Thailand, Vietnam adalah di antara negara-negara yang mengambil bahagian. Beliau menggunakan konsep pendekatan 7 tabiat orang yang amat berkesan serta ‘Strategi Blue’ Ocean. Selain daripada memberi ceramah, beliau juga memberi penekanan kepada perbincangan dalam kumpulan, persembahan kumpulan dan perbincangan dua hala. Zainal bukan saja di USM, malah memberi latihan di beberapa kerajaan negeri dan badan-badan kerajaan.

Program kepimpinan beliau telah mendapat sambutan baik di kalangan belia, beberapa peserta dari luar negeri dan negara telah menghadiri latihan kepimpinan yang bertaraf dunia.

Ketua Sektor Pembangunan Kepimpinan Menjayakan Kursus Pengurusan Organisasi

BL

Fasilitator motivasi dan jutawan terkenal Saudara Mahadi BZ dari JAG Leadership Institute telah bersama-sama berkongsi pengalaman dalam ceramah ’Winning As A High Performance Team’ yang telah diadakan pada 28 Ogos 2008, dimana seramai 33 orang staf turut serta dalam ceramah tersebut. Antara pengkongsian ilmu motivasi yang diketengahkan ialah team support, team power, mental warrior dan change strategy.

Saudara Mahadi BZ bersama Staf USM

BL

5

Page 6: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan oleh Sektor Sains dan Teknologi yang merangkumi skim C,F,J,Q,DG (Sains, Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat dan Guru) pada tahun 2009. Matlamat dan penekanan yang diberikan pada tahun 2009 ialah memaksimumkan peserta menyertai kursus yang dianjurkan oleh Unit Latihan dan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Sebanyak 74 kursus dirangka pada tahun ini yang menjanjikan sesuatu bermakna kepada para peserta yang menyertai setiap kursus-kursus dianjurkan oleh pihak Unit Latihan. Tambahan pula beberapa kursus yang telah dijalankan begitu mendapat sambutan yang amat menggalakkan antaranya ialah Kursus Penyenggaraan Bangunan yang dijalankan selama 2 hari awal Februari lalu.

Keterujaan para peserta dapat dilihat kerana mampu menyiapkan tugasan dalam jangkamasa yang singkat walaupun masa terhad dan mencabar setiap peserta. Para peserta diberi pendedahan dalam menguruskan peralatan seperti menguruskan sistem pendingin hawa dan sebagainya. Dijangka pada masa akan datang, kursus seperti ini akan dijalankan lebih banyak sesi agar memberi peluang untuk para peserta menyertainya. Kebanyakkan kursus yang dijalankan oleh sektor ini dapat mempengaruhi serta bermanfaat untuk kehidupan seharian contohnya Kursus Penyenggaraan Kenderaan. Namun, beberapa penambahbaikan untuk kesesuaian peserta menyertai kursus telah dilaksanakan iaitu dengan mengkaji dari akar umbi setiap kursus agar setiap staf dapat menyertainya .

Beberapa perjumpaan dengan wakil dari kumpulan Skim C untuk penambahbaikan setiap kursus bagi keperluan peserta pada masa akan datang. Justeru itu, beberapa kursus telah dikenalpasti yang bersesuaian akan dimasukkan dalam kalendar Unit Latihan untuk semua peserta dan diharap akan mendapat maklumbalas yang memuaskan setiap peserta suatu hari nanti. Selain itu juga,pelbagai kursus telah dirangka bagi sektor Sains dan Teknologi agar setiap peserta dapat memanfaatkannya serta mengaplikasikannya dalam tugas seharian dan bukan sekadar mengumpul mata (CPD).

Merupakan satu program yang membantu Pembantu Makmal C17, C22 dan C26 untuk naik taraf ke jawatan Penolong Pegawai Sains C27. Encik Madhavan Raman Kutty telah dilantik oleh Lembaga Pembangunan Kompetensi sebagai penyelaras Program Bridging ini. Beberapa Pegawai Sains telah dilantik bagi membantu Program Bridging berjalan lancar.

Perkembangan setakat ini Ahli Jawatankuasa Program Bridging sedang menyiapkan modul sebagai sukatan pembelajaran. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2010 dan akan diselia oleh Dr Rashidah Rahim, Ketua Sektor Sains dan Teknologi.

Sektor Sains dan Teknologi Program Bridging

Unit Latihan sekali lagi terus mendapat kepercayaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menganjurkan program latihan untuk agensi tersebut. Sebanyak 2 program telah dilaksanakan sehingga bulan April 2009. ‘Laser Safety in Medical Usage Course’ telah dijakankan pada 27 hingga 29 Mac dan seramai 30 orang Pegawai Sains Fizik telah menyertai program ini di Hotel Gurney & Residences, Pulau Pinang.

Pada 24 hingga 26 April Unit Latihan sekali lagi menganjurkan ’Workshop on Quality Qontrol Test in Full Field Digital Mammography’ bertempat di Swiss Garden Damai Laut Resort. Bengkel ini telah disertai oleh 21 orang peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Siemens Malaysia juga telah di undang untuk menyampaikan ceramah.

Program ini merupakan anjuran bersama antara Pejabat Pelantar dan Unit Latihan. Prof. Abdul Aziz Tajuddin telah bertindak sebagai fasilitator utama bagi kedua-dua program tersebut.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Unit Latihan diberikan kepercayaan dan secara tidak langsung membuktikan bahawa agensi luar telah mengiktiraf kepakaran yang ada dikalangan warga staf USM.

Unit Latihan – Pejabat Pelantar jalin kerjasama.

LIPUTAN SEMASA

BL

BL

BL

6

Page 7: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

7

LIPUTAN SEMASA

BL

Sesi Pembangunan Emosi, Spiritualiti dan Akal serta ‘Wargame’. Secara keseluruhannya, pihak Unit Latihan menerima penghargaan yang tinggi atas pengendalian sepanjang program PIMPIN MIROS ini dan pihak Unit Latihan pada masa sekarang dalam persediaan bagi pelaksanaan PIMPIN MIROS Siri Ke 2.

Kepercayaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS terhadap keupayaan modul PIMPIN untuk membentuk dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam organisasi beserta alat untuk penstrukturan pelan strategik organisasi telah merealisasikan program tersebut yang pertama untuk MIROS.

Program Intensif Meningkat Pengupayaan Insan atau nama sinonimnya PIMPIN merupakan modul pembangunan insaniah dan organisasi yang telah dibangunkan oleh Universiti melalui Unit Latihan sejak tahun 2004. Program ini yang menekankan aspek pembangunan rohani, jasmani dan akal mempunyai pembuktiannya yang tersendiri melalui lebih 50 pengulangannya untuk staf Universiti.

Profesor Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pengarah MIROS yang juga merupakan mantan Dekan Pusat Pengajian Kejurutertaan Awam, dalam ucapan perasmian beliau memaklumkan kepada para peserta bahawa beliau sendiri telah beberapa kali menyertai program PIMPIN anjuran Unit Latihan. Beliau mahu semangat berpasukan dan keupayaan merancang secara objektif dan strategik bagi pembangunan dan pencapaian objektif organisasi dapat dirasai sendiri oleh para peserta.

“Mudah-mudahan pengalaman yang diperolehi daripada para peserta melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membawa MIROS menghadapi cabaran-cabaran penyelidikan keselamatan jalanraya di Malaysia.

Asas bagi segala kejayaan ialah kemampuan untuk berpasukan dan mempunyai matlamat yang jelas di peringkat pengurusan tertinggi dan pengurusan. Kemampuan ini ada pada program yang bakal dilalui oleh para peserta”, ujar beliau.

Program ini yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort pada 7 hingga 9 Mac 2009 menuntut disiplin masa yang tinggi daripada kalangan peserta. Program yang agak padat sepanjang tiga hari dua malam ini, menuntut para peserta meletakkan rasa cinta pada organisasi melebihi diri sendiri demi mencapai secara maksimum penghayatan rohani, memahami keperluan jasmani dan kederasan akal yang diperlukan supaya organisasi berjaya.

Antara program yang diaturkan kepada para peserta dalam PIMPIN MIROS ini ialah Kuliah Subuh dan Maghrib, Sesi ‘Ice-Breaking’, Penggunaan ‘Logical Framework Approach’ atau LFA bagi menyelesaikan masalah organisasi secara terancang,

Program PIMPIN Jalin Kerjasama USM-MIROS

Page 8: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

8

9

SelayangPandangAKTIVITI LATIHAN JAN - JUN 2009

Page 9: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

10

ARTIKEL

BL

BL

BL

BL

BL

BL

PENDAHULUAN

Pada tahun 2008, Unit Latihan telah menggunakan sistem Pembangunan Profesional Berterusan (MyCPD) yang telah dilancarkan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara pada 24 Januari 2008. Ini menjadikan USM sebagai agensi awam pertama di Malaysia menjalankan sistem tersebut kepada staf untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kompetensi staf.

Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development - MyCPD) ialah proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi individu. Secara umum MyCPD merangkumi aktiviti pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang membolehkan staf;

- Memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perjawatan masing - masing. - Menghadapi perubahan dan cabaran dalam pembangunan kerjaya - Sentiasa menghayati nilai-nilai murni dan sikap positif. - Menyokong pencapaian objektif PTK.

Latihan Dalam Perkhidmatan

Bagi latihan dalam perkhidmatan, kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Latihan adalah mengikut sektor iaitu Sektor Sains dan Teknologi, Sektor Pentadbiran, Sektor Sosial, Sektor Perubatan dan Kesihatan dan Sektor Kepimpinan.

Sepanjang tahun 2008, jumlah penyertaan staf mencecah 30, 370 orang staf. Jumlah ini adalah tiga kali ganda jumlah penyertaan staf pada tahun 2007 disebabkan impak sistem MyCPD yang diimplementasi di Universiti.

Penyertaan Staf USM ke Program Latihan 2008 Mengikut Kumpulan Perkhidmatan

Bil.

1234567

Kumpulan/ Gred Jumlah

Tertinggi Utama Gred Khas 45-54 (Akademik)41-54 (Bukan Akademik) 27-4017-261-16

Jumlah

42490

7,5435,056 5,8247,5613,854

30,370*

* Data sehingga 18 Disember 2008

4,0715,410

9,3078,142

2003 2004 2005 2006Tahun

10,444

2007 2008

30,370

BilanganPenyertaan

50,000

Penyertaan Staf USM dalam Aktiviti Latihan 2003 - 2008

Pembangunan Organisasi (Program USMku Gemilang)

Pembangunan Kompetensi Umum di Universiti dalam tahun 2008 untuk semua staf distruktur semula dalam satu program khas yang diberi nama USMku Gemilang. Program ini dibahagikan kepada staf mengikut gred 1 hingga 16, 17 hingga 26, 27 hingga 40 dan 41 hingga 54. Jumlah staf yang hadir dalam siri-siri program USMku Gemilang ini ialah seramai 3930 orang staf.

Kursus Induksi

Sepanjang tahun 2008, seramai 505 orang staf baru telah menyertai Kursus Induksi. Daripada keseluruhan peserta, 147 orang adalah staf Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melalui empat siri Kursus Induksi dan 358 orang lagi dari empat cawangan kampus Universiti.

Daripada jumlah ini, 53 penyertaan ialah dari Kumpulan Staf Akademik, 199 orang dari Kumpulan Staf Pegawai Pengurusan dan Profesional dan 308 dari Kumpulan Sokongan.

Kursus CPD Untuk Staf Akademik

Sepanjang tahun 2008, jumlah staf akademik yang telah menyertai program MyCPD ialah seramai 7543 orang dari keempat-empat kampus. USM juga telah mendapat penghormatan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk mengendalikan Program Pembangunan Akademik di UTP pada 14 Mac 2008. Jumlah penyertaan ialah seramai 26 orang dari kalangan Staf Akademik UTP.

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran

Disebabkan Pertambahan Staf Akademik, kursus ini perlu diadakan sebanyak tiga sesi yang diadakan di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan. Jumlah penyertaan keseluruhan dalam ketiga-tiga sesi ini ialah seramai 88 orang Staf Akademik dari keempat-empat kampus cawangan Universiti.

Page 10: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

ARTIKEL 1

Kursus Kenegaraan

Sepanjang tahun 2008, seramai 217 staf Kampus Induk dan Kejuruteraan telah menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Kursus ini merupakan kursus wajib yang bermakna kepada staf baru sebagai penjawat awam bagi menanamkan semangat patriotisme dan melatih disiplin diri serta mendedahkan staf kepada tahap fizikal masing-masing.

Penerbitan

Unit Latihan juga telah menerbitkan buku ‘Transformasi Pengurusan Latihan – Pendekatan Universiti Sains Malaysia’ yang dilancarkan pada 22 Ogos 2008 oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi semasa Seminar Pengurusan Akademik (SPA) di Langkawi.

Selain daripada itu, Unit Latihan juga telah menerbitkan ‘Buletin Latihan’ sebanyak dua kali penerbitan sepanjang tahun 2008.

Kursus Anjuran Agensi Luar

Sepanjang tahun 2008 seramai 178 orang staf USM telah dihantar untuk mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negara melalui Tabung Latihan (Akademik) dan Tabung Latihan (Bukan Akademik). Daripada jumlah tersebut seramai 79 orang atau 44% terdiri daripada staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik), 52 orang staf Kumpulan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) iaitu 29% dan Kumpulan Sokongan seramai 47 orang staf iaitu sebanyak 27%.

Penjanaan Kewangan Unit Latihan

Sebanyak 350 buah agensi dengan jumlah staf seramai 3, 025 telah menyertai program latihan yang dianjurkan oleh Unit Latihan. Daripada jumlah ini, janaan kewangan yang berjaya dikumpul berjumlah RM 1, 052, 195 berbanding RM 685, 706 pada tahun 2007. Jadual penjanaan kewangan Unit Latihan ditunjukkan seperti di bawah:

Bil. Perkara

Bilangan agensiBilangan pesertaPenjanaan Kewangan

Tahun2003

533RM

69,500

Tahun2004

42234RM

174,270

Tahun2005

98349RM

205,414

%08 - 07

61 %117 %

53%

+ / -08 - 07

1331,628RM

366,489

Tahun2006

1261,220RM

509,248

Tahun2007

2171,397RM

685,706

Tahun2008

3503,025RM

1,052,195

Penyertaan Dari Agensi Luar 2003 - 2008

123

Rumusan

Kejayaan Unit Latihan melaksanakan pelbagai program latihan sepanjang 2008 adalah impak serta peranan yang dijalankan oleh semua pihak dalam merancang, melaksanakan dan memantau program latihan Universiti. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sememangnya memberi sumbangan kepada hasil yang telah dicapai. Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan terus komited membantu Universiti dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan di bawah Universiti Apex. BL

BL

BL

BL

BL

11

Page 11: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

BERITA CPD

CPD Akademik semasa Cuti Antara Semester

Di musim cuti antara semester sidang akademik 2008/09 sepanjang Oktober sehingga Disember 2008, telah dijalankan beberapa siri CPD Akademik bagi kesemua gred jawatan.

Seramai 62 orang pensyarah Gred DS 45 dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan telah mengikuti kursus ini bertempat di Dewan Mesyuarat Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan mulai dari 14 Oktober sehinggalah ke 19 November 2008. Mereka perlu mengumpul 68 jam mata CPD dan modul CPD yang mereka lalui ialah;-

1. Penyeliaan Siswazah Berkesan 13- 14 Oktober 2. Educational Approaches & Technology 17 Oktober3. Asas Perlaksanaan Penyelidikan 11- 13 November4. Penulisan & Penerbitan 23 Oktober5. Pengurusan Inovasi 21 – 22 Oktober6. Pembangunan Profesionalisme Akademia 16 Oktober 7. Daya Kreatif 16 Oktober8 Team Building 19 November9 Effective Communication I 5 – 6 November

Manakala, 52 orang Pensyarah Kanan Gred DS 52 telah mengikuti CPD Akademik di Dewan Persidangan Pusat Kajian Dasar & Kajian Antarabangsa. Modul CPD yang mereka lalui selama 48 jam ialah;-

1. Effective Communication II 3 – 4 November2. Pembangunan Profesionalisme Akademia 21- 23 Oktober3. Educational Approaches & Technology 11 – 12 November4. Penyelidikan Berkesan 12 – 13 November 5.Penulisan & Penerbitan 16 – 17 Oktober6. Pengurusan Inovasi 21 – 22 Oktober

Pada penghujung November pula diadakan CPD Akademik bagi kumpulan pensyarah Gred DS 54/ Prof. Madya yang juga dijalankan di Dewan Persidangan Pusat Kajian Dasar & Kajian Antarabangsa. Seramai 9 orang yang terlibat;-

1. Leadership Development 25-26 November2. Strategic Planning 28 November3. Technology Foresight 28 November4. Effective Communication II 24 November

Kesemua peserta CPD Akademik telah diberi tugasan individu dan tugasan kumpulan. Kesemua tugasan ini perlu dibentangkan kepada Panel Penilai pada Disember 2008. Tarikh pembentangan tugasan adalah seperti berikut:-

1. Pembentangan Tugasan DS 45 15 - 16 Dis2. Pembentangan Tugasan DS 52 17 - 18 Dis3. Pembentangan Tugasan DS 54 19 Dis BL

Penilaian Aras Sesi Kedua

Permohonan penilaian aras III ke IV telah dibuka kepada staf Kampus Kesihatan bagi Gred 17-26, 27-40 dan 41-54. Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Disember 2008. Sesi penilaian aras dicadang akan diadakan pada pertengahan Disember 2008. BL

Kursus CPD Akademik (PTK5) telah dilaksanakan pada 16 Oktober, 20-21 Oktober, 3 November dan 11 November 2008 di Bilik Persidangan Utama (BPU), Pejabat Pengarah Kampus. Seramai 55 peserta daripada pensyarah DU/DS/DUG 52 (P1) telah mengikuti kursus ini.

Manakala kursus CPD Akademik (PTK3) – Team Building dan Integriti telah dilaksanakan pada 3-4 Disember 2008 bertempat di Bilik Persidangan Utama dan Sudara Beach & Resort, Tok Bali. Kursus ini telah dihadiri 33 orang pensyarah DU/DS/DUG 45 (P1). Kursus Team Building kali ini dikendalikan oleh Prof. Madya Faridah Hj. Abdul Rashid, Pensyarah dari Jabatan Patologi Kimia

Secara keseluruhannya seramai 546 staf akademik telah mengikuti CPD Modul Akademik bagi melengkapi syarat anjakan gaji dan permohonan kenaikan pangkat. BL

CPD Akademik Kampus Kesihatan

12

Page 12: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

INDUKSI

Manakala pada 2 - 13 Februari 2009, Unit Latihan diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi mengendalikan Kursus Induksi Umum bagi kumpulan Sokongan 2 yang melibatkan seramai 46 orang staf sokongan gred 17 - 26.

Beberapa hari selepas itu, pada 16 – 20 Februari 2009, telah berlangsung Kursus Induksi Umum bagi 50 orang staf sokongan 3 MPPP dari gred jawatan 1 – 16 di Dewan Persidangan Universiti. Kumpulan ini telah dinilai melalui sesi ujian lisan secara individu di penghujung kursus bagi menduga pemahaman mereka terhadap kandungan kursus.

Pada 24 Februari hingga 4 Mac 2009 pula dijalankan Kursus Induksi Umum siri kedua bagi kumpulan Sokongan 2 (gred 17 – 26). Seramai 50 orang staf MPPP terlibat sebagai peserta kursus.

3 Siri Kursus Induksi MPPP Berlangsung di Permulaan 2009

BL Mulai tahun 2009, semua staf baru Universiti yang belum disahkan dalam jawatan akan mengikuti Modul Induksi dalam bentuk yang baru di mana tempoh pelaksanaan kursus telah dipendekkan daripada 12 hari kepada 6 hari sahaja.

Walaubagaimanapun, dari segi kandungan kursus dan kaedah penilaian masih kekal seperti sediakala. Menerusi tempoh pelaksaanan baru ini, staf baru tidak lagi perlu meninggalkan pejabat dalam satu tempoh yang lama.

Pada 2 – 10 Mac 2009 telah berjalan Kursus Induksi Khusus & Umum Kumpulan 3 (Sokongan 3 – Mahir, Separa Mahir & Tidak Mahir) yang dihadiri oleh 59 orang staf Kampus Induk. Mereka mengikuti 5 hari Modul Induksi Umum dan sehari Modul Induksi Khusus.

Pada penghujung Mac iaitu bermula 30 Mac sehingga 8 April 2009 pula berlangsung Kursus Induksi Khusus & Umum Kumpulan 2 (Gred 17 – 26) di Kampus Induk yang melibatkan seramai 60 orang staf sokongan 2.

Pada 5 – 12 Mei 2009, seramai 26 orang staf Kampus Kejuruteraan Kumpulan Sokongan 2 berkampung di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran bagi mengikuti kursus. Dan mulai 18 – 20 Mei 2009, sekali lagi Unit Latihan mengendalikan Kursus Induksi Kumpulan Sokongan 1 bagi staf Kampus Kejuruteraan yang melibatkan 37 orang staf di tempat yang sama.

Pada masa yang sama juga iaitu bermula 11 hingga 18 Mei 2009 berlangsung Kursus Induksi Kumpulan 1 bagi staf Kampus Induk. Seramai 51 orang pegawai kumpulan A dan B telah berkursus di Dewan Persidangan Universiti. Mereka dikehendaki menduduki sisi Ujian Bertulis pada 28 Mei 2009.

Staf USM Hadiri Modul Baru Kursus INDUKSI 2009

BL

13

Page 13: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

14

Selepas melalui satu tahun pelaksanaan MyCPD di Universiti iaitu dalam tahun 2008, pihak Unit Latihan telah menerima respon yang positif daripada keseluruhan staf Universiti berkenaan pelaksanaan MYCPD.

Satu kajian soal selidik yang dilaksanakan semasa Perutusan Naib Canselor di Kampus Induk dan kampus Kejuruteraan pada 02 Februari 2009 dan 04 Februari 2009 menunjukkan secara purata 85 peratus daripada staf Universiti menyokong pelaksanaan MyCPD sebagai alat pembelajaran sepanjang hayat, bagi membangunkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dan juga sebagai menggantikan kaedah penilaian di bawah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Secara dalaman, pihak Unit Latihan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Pusat Tanggungjawab di semua cawangan kampus Universiti dan pemahaman staf Universiti terhadap sistem MyCPD berasaskan kepada kajian yang dijalankan adalah berada pada tahap yang dikehendaki oleh Universiti.

Selain daripada itu, pihak Universiti telah menerima lawatan-lawatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia bagi mendapatkan maklumat tentang kaedah pelaksanaan MyCPD di USM. Institusi-institusi tersebut ialah :

1. Universiti Teknologi Malaysia 15 Julai 20082. Universiti Malaya 21 Julai 20083. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 11 Ogos 20084. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 11 Ogos 20085. Universiti Sains Islam Malaysia 13 Oktober 20086. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 13 Oktober 20087. Universiti Teknologi Mara Sabah 20 Oktober 20088. Universiti Malaysia Perlis 05 November 20089. Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak 13 November 200810. MIROS 19 November 2008

11. Universiti Kebangsaan Malaysia 29 November 200812. Universiti Malaysia Terengganu 12 Februari 200913. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 12 Februari 200914. Universiti Malaysia Sabah 18 Februari 200915. Universiti Malaya 02 Mac 200916. Telekom Malaysia 10 Mac 2009

Lawatan yang diterima oleh pihak Unit Latihan daripada Institusi Awam ini adalah selari dengan penambahbaikan yang dibuat kepada Sistem PTK yang mula diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 2002.

Sistem PTK yang mempunyai kaedah penilaian berorientasikan peperiksaan dahulunya kini lebih menjurus kepada Pembelajaran Berteraskan Latihan (PBL) yang merupakan elemen cerapan daripada MyCPD yang dibangunkan oleh USM.

Melihat kepada struktur yang lebih tersusun untuk agenda pembangunan staf serta membuktikan PTK masih relevan kepada pembangunan staf, maka pihak Cawangan Pengurusan Kompetensi JPA setelah menerima taklimat penerangan pada 25 Mac 2008, telah menjadikan USM sebagai model untuk dicontohi bagi implementasi kaedah PTK yang baru di semua agensi kerajaan khususnya IPTA.

Hasil daripada niat murni Universiti untuk berkongsi Sistem MyCPD ini, maka buat masa ini sebagai contoh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggunakan Sistem MyCPD secara sepenuhnya untuk pembangunan kompetensi stafnya dan juga bagi tujuan penilaian yang selari dengan penambahbaikan PTK terbaru serta sumbangan markah kepada Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT).

Selain daripada itu, institusi-institusi yang telah membuat lawatan ke Unit Latihan kebanyakannya telah menjemput semula wakil Unit Latihan untuk pembentangan kedua kepda pihak pengurusan tertinggi institusi berkenaan bagi tujuan pelarasan bagi pembelian sistem MyCPD oleh Institusi berkenaan.

Pelaksanaan Sistem MyCPD 2008 : Sambutan Baik Daripada Staf dan Institusi LuarARTIKEL 2

Page 14: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

Perubahan tidak pernah berhenti. Perubahan memberikan kesan yang tinggi dalam kehidupan terutamanya apabila berlaku dalam negeri atau negara. Kemampuan kita adalah terbatas untuk mentafsir apakah kesan daripada perubahan yang berlaku. Perubahan acapkali membawa kepada ketidaktentuan, takut, kecelaruan, atau juga membawa perubahan yang sangat baik.

Melihat kepada senario politik semasa, permainan politik dilihat sebagai rancak dengan keunikan. Namun dalam paluan politik yang kuat sekarang ini, perkhidmatan awam secara umum diletakkan dalam keadaan ‘menunggu’ dan ‘menanti’. Walaupun begitu, perubahan perlu disesuaikan dengan segera. John F Kennedy pernah menulis “Change is the law of life and those who look only the past or the present are certainly to miss the future”.

Pertembungan timbul antara kuasa pentadbiran satu penggal yang belum tentu ada kesinambungan dalam penggal seterusnya, dengan kuasa lantikan perkhidmatan awam yang diwartakan. Kes negeri Perak misalnya, memperlihatkan cabaran yang amat jelas kepada perkhidmatan awam di negeri tersebut dari segi pematuhan kepada pucuk pimpinan negeri yang berubah dalam masa yang terlalu singkat. Justeru, dengan mengambil kira kes politik ini dan juga yang lain, kiblat mana satu yang perlu dipatuhi bagi faedah perkhidmatan awam dalam soal kelangsungan pencapaian objektif? Adakah berfokus kepada perubahan lanskap politik atau berpegang kepada peraturan dan proses sedia ada? Jawapan yang dipersetujui disimpulkan semasa penutup Seminar “Perubahan Lanskap Politik: Cabaran Kepada Perkhidmatan Awam” yang berlangsung pada 30 April 2009 di Hotel Regency Alor Setar. Resolusi yang dicadangkan semasa seminar ialah pematuhan kepada peraturan yang sedia wujud di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan adalah perlu didahulukan oleh mana-mana parti politik memerintah baik di peringkat persekutuan atau negeri. Resolusi juga mencadangkan supaya senario “Sekali air bah, sekali pasir berubah” tidak seharusnya berlaku demi memberi jaminan perancangan jangka masa panjang terutama di peringkat negeri tidak direncatkan. Sebaliknya, perlu diwujudkan segera persefahaman antara kerajaan negeri memerintah dan sektor pentadbiran awam sedia ada.

Resolusi ini boleh dicontohi daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah atau KCS yang telah berjaya mewujudkan persefahaman pentadbiran dengan pemegang kuasa kerajaan negeri sekarang.

Resolusi seminar ini juga memberikan penekanan kepada pelaksanaan tugas yang perlu dianggap sebagai ibadah dalam kehidupan seharian atau disebut sebagai “Pengibadahan Kerja”. Maksud konsep ini ialah meletakkan niat sebagai entiti utama. Niat bekerja perlulah kepada menunaikan perintah Allah, dan bukan semata-mata niat mendapatkan pendapatan. Bagi mencapai niat yang sebegini, individu dalam perkhidmatan awam perlu mengiktikad dalam jiwa perkara seperti berikut:

1. Niatkan bekerja kerana mentaati perintah Allah 2. Meletakkan Allah sebagai “majikan” tertinggi 3. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai USWAH (ikutan) 4. Berusaha mempamerkan kehebatan Islam 5. Berusaha menambah ilmu pengetahuan 6. Bersih hati (suci jiwa daripada sifat hasad, dengki dan khianat)

Turut dibincangkan ialah berkenaan dengan ‘kuasa’. Perlu diingatkan pada diri kita masing-masing bahawa kuasa merupakan amanah Allah SWT iaitu beban tanggungjawab yang akan dihitung di hari akhirat kelak.

Oleh itu dari sudut keagamaan, kegagalan menunaikan amanah kepimpinan boleh menatijahkan hukum ukhrawi yang berat seperti yang dinasihatkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar Al-Ghaffiri sebagaimana maksud sabda Baginda: “Sesungguhnya ia (iaitu kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya” (Hadis Riwayat Muslim).

Sebagai kesimpulan, perubahan kepimpinan politik seharusnya tidak menjadi masalah kepada kepimpinan dan anggota perkhidmatan awam kerana perkhidmatan awam adalah neutral dan sebagai penjawat awam, adalah menjadi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada kerajaan semasa dan ulungnya, berkhidmat kepada rakyat.

Pegangan kepada amanah dan meletakkan kemuliaan ibadah pada kerja yang dilaksanakan akan membentuk kod etika kerja. Jika kod etika kerja dan profesionalisma diamalkan, maka tidak akan timbul masalah dan memenangi perjuangan membangunkan agama, bangsa dan negara. BL

ARTIKEL 3

“Perubahan Landskap Politik; Cabaran Kepada Perkhidmatan Awam”. Satu Perkongsian Perspektif.

15

Page 15: BuletinLATIHAN - ulatihan.usm.myulatihan.usm.my/v2/upload/BuletinUL0809.pdfJanuari 2009 bertempat di Pusat ... dibawah PTJ Pengarah kampus dan sistem pengurusan ... Berdasarkan laporan

http: / /www.usm.my/ulat ihan

16

INFO‘MyCPD’Soalan 1 : Berapakah mata CPD sekiranya seseorang staf menghadiri kursus atau seminar yang termasuk dalam kompetensi? Jawapan : Mata CPD yang layak diperolehi oleh staf tersebut ialah 1 jam bersamaan 1 mata untuk jam sebenar berkursus dan 1.5 mata untuk satu hari persidangan. Soalan 2 : Berapakah pemberat latihan bagi kompetensi Umum dan Khusus? Jawapan : Untuk staf Bukan Akademik Kumpulan A, B dan C (Gred 17 ke atas) pemberat latihan ialah 60 : 40 manakala bagi Kumpulan D (Gred 1 - 16) ialah 70 : 30. Soalan 3 : Kenapakah seseorang staf tidak mendapat anjakan gaji sedangkan beliau telah mendapat Aras IV? Jawapan : Selain daripada PTK, syarat untuk mendapatkan anjakan gaji adalah melalui Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang dan perakuan Ketua Jabatan.

Soalan 4 : Adakah mata CPD yang diberikan oleh badan ikhtisas luar sama dengan mata CPD USM? Jawapan : Semua mata CDP akan ditentukan oleh Panel CPD USM mengikut kriteria CPD USM. Soalan 5 : Sekiranya staf melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD, adakah beliau layak mendapat mata CPD? Jawapan : Tidak, kerana itu adalah kemajuan kerjaya individu. Soalan 6 : Apakah kursus atau seminar yang tidak menyumbang kepada mata CPD? Jawapan : Kursus yang tidak mempunyai kaitan dengan tugas hakiki atau bidang kompetensi staf tersebut. Soalan 7 : Bagaimanakah jika terdapat Ketua Jabatan bersikap pilih kasih dan hanya menghantar staf yang sama sahaja menghadiri kursus atau seminar? Jawapan : Tidak timbul isu tersebut kerana semua staf layak untuk menghadiri kursus bagi mengumpul mata CPD dan aktiviti ini dipantau oleh Panel CPD, USM. Soalan 8 : Bagaimanakah jika Pusat Tanggungjawab tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menganjurkan kursus? Jawapan : Pusat Tanggungjawab boleh membuat kerjasama dengan Unit Latihan melalui perancangan latihan pada penghujung setiap tahun untuk program latihan tahun berikutnya. Soalan 9 : Adakah kursus anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia atau kementerian lain mendapat mata CPD? Jawapan : Ya, sekiranya ia berkaitan dengan tugas hakiki atau bidang kompetensi staf tersebut.

SOALAN-SOALAN LAZIM CPD (BUKAN AKADEMIK)

Abu Hurairah said, The Messenger of Allah, peace and blessings of Allah be on him, said:

"People are mines, like mines of gold and silver; the more excellent of them in the days of Ignorance are the more excellent of them in Islam when they attain knowledge."

(M-Msh. 2:l.)