ifolio.ukm.my · web viewsaya telah menyertai program misi pascabanjir sukarelawan fakulti sains...

9
HHHC9101 KEMAHIRAN sosial DAN kebertanggungjawaban NAMA PROGRAM: Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 NAMA PENSYARAH: DR.NORLIZA BT. MOHAMAD FADZIL NAMA :OMCHIT A/L SURIEN NO.MATRIK :A144539

Upload: trinhkhanh

Post on 11-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

HHHC9101 KEMAHIRAN sosial DAN kebertanggungjawaban

NAMA PROGRAM:

Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0

NAMA PENSYARAH: DR.NORLIZA BT. MOHAMAD FADZIL

NAMA :OMCHIT A/L SURIEN

NO.MATRIK :A144539

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

LAPORAN:

Saya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat di Gua Musang ,Kelantan.Program ini dijalankan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang melibatkan organisasi daripada pensyarah-pensyarah,staf-staf sokongan dan pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan,Universiti Kebangsaan Malaysia.Program ini dijalankan pada 11/02/2015 sehingga 14/02/2015 dan pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti aktiviti bersama pelajar sekolah,pembersihan rumah-rumah dan sekolah,aktiviti beramah mesra bersama mangsa banjir dan melawat mangsa banjir dirumah masing-masing.Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut saya dapat mempelajari dan meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.Pada hari pertama rombongan dari Fakulti Sains Kesihatan sampai di Gua Musang,diamana kita menginap di Sekolah Limau Kasturi.Pada hari tersebut kita telah membersihkan kawasa sekolah seperti kafeteria,bangunan sekolah dan kawasan sekitar sekolah.Kita dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dipertanggungjawab untuk membersihkan kawasan tertentu daripada kesan banjir yang melanda.Semasa pembersihan itu ,terdapat pelajar-pelajar berdekatan dengan sekolah datang dan bersama membantu dalam melakukan pembersihan kawasan sekolah.Walaupun terdapat masalah dalam berkomunikasi dalam bahasa Kelantan antara ahli organisasi dengan pelajar sekolah yang membantu,tetapi kita cuba jugak berkomunikasi dengan pelajar tersebut dengan cuba untuk mempelajari bahasa Kelantan.Daripada komunikasi saya dengan pelajar sekolah itu,saya dapat mempelajari bagaimana untuk meningkat kemahiran sosial dengan orang yang baru dikenali dan melatih diri saya supaya tidak kekok bila perlu berkomunikasi atau bersosial dengan orang yang baru dikenali dan masalah bahasa.

Pada hari kedua ,diamana peserta akan dibawa masuk kedalam kampung dengan menggunakan lori kerana keadaan jalan yang rosak akibat banjir ke Kampung Pasir Tumbuh untuk menyalurkan bantuan seperti makanan,pakaian,dan dapur gas kepada mangsa banjir,ini kerana di kawasan sekitar kampung tersebut agak sukar untuk mendapat bantuan kerana terletak dikawasan pendalaman yang sukar dimasuki.Pada sesi pagi,kita telah membuat aktiviti dengan pelajar-pelajar dan mengecat di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh.Semasa aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah ,masalah yang sama dalam bersosial dan berkomunikasi dengan pelajar dalam berkomunikasi dalam bahasa Kelantan,tetapi kita dapat mengatasi masalah ini dengan mempelajari bahasa dan ahli organisasi yang fasih berbahasa Kelantan membantu dalam melancarkan aktiviti bersama pelajar.Ini membuktikan bahasa bukanlah halangan dalam kehidupan bersosial kita dengan masyarakat.Selepas selesai aktiviti bersama pelajar kita telah bergerak ke kawasan perumahan di dalam kampung untuk menyalurkan bantuan terus kepada mangsa banjir di rumah mereka.Semasa pemberian bantuan kepada mangsa banjir dirumah meraka,saya juga dapat melihat kerosakan dan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir dan terdapat rumah yang hanya tinggal rangka rumah dan mereka sangatlah memerlukan bantuan dan sokongan moral.Ini dapat menyedarkan saya bahawa membantu orang dalam kesusahan adalah menjadi kebertanggungjawaban semua orang ,walaupun orang yang dibantu tidak dikenali.Penduduk kampung juga menceritakan kesusahan yang dihadapi semasa banjir,seperti kekurangan

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

bekalan makanan dan air bersih,ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap kebertanggungjawaban dalam diri saya dalam membantu orang lain yang dalam kesusahan.

LAPORAN SEKETERIAT KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN:

LAPORAN SEKRETARIAT KEBAJIKAN DAN KESELAMATANMISI KEMANUSIAAN BANTUAN BANJIR

FAKULTI SAINS KESIHATAN

EXCO I : NUR SAKINA BINTI RAHMAT A144528

EXCO II : LEE KIAN YANG A144712

EXCO III : OMCHIT A/L SURIEN A144539

AJK : IMTINAN SAIFULLAH A140893

NURUL ATIFAH BT ABDULLAH

A144470

NURUL IZZATUL FAZIRA BINTI ADNAN A144464

NABILATULHUDA BINTI AHMAD

A144724

BIL TARIKH GERAK KERJA

1 7/2/2015 EXCO telah memastikan bilangan but, sarung tangan getah dan mask telah mencukupi untuk tujuan pembersihan di Kelantan dengan Puan Sue.

2 8/2/2015 -exco mendapatkan 3 peti kecemasan daripada Exco Perhubungan.

-ahli bergilir-gilir untuk membawa first aid sepanjang program berjalan

3 7/2/2015 - 10/2/2015

- Semua AJK dan Exco telah menghadiri gerak gempur persiapan membungkus barang-barang untuk di bawa ke misi banjir.

4 8/2/2015 - Membentangkan gerak kerja kepada semua organisasi

- Menyediakan dokumen kebajikan yang mengandungi number telefon saudara terdekat serta makanan alergik atau vegetarian dan perlu di edit oleh semua peserta

5 10/2/2015 -Exco telah menghadiri mesyuarat bersama dengan staf-staf UKM dan Prof. Hida untuk membincangkan isu-isu penting. Hasil daripada mesyuarat dapat menentukan keadaan penginapan di sana dan barang-barang yang perlu peserta bawakan ke sana.

6 11/2/2015-14/2/2015

-semua ajk dan Exco telah menghadiri aktiviti Opkim di kelantan dan bertugas membawa peti kecemasan

7. 12/2/2015 dan 13/2/2015

-Ajk dan Exco Kebajikan telah mengkoordinasikan usaha membersihkan Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi dan Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh dengan mengagihkan tugas kepada peserta-peserta.

8 14/2/2015 -exco kebajikan telah memulangkan peti kecemasan kepada pihak berkaitan iaitu BSMM.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

KEKUATAN

1. Kerjasama yang baik dalam kalangan exco dan ajk2. Dapat membuat keputusan yang sepakat oleh semua exco dan ajk.3. Dapat mengawal kebajikan dan keselamatan peserta sepanjang program4. Berkemahiran menggunakan first aid5. Dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik sepertimana yang

berlaku pada pelajar di sekolah rendah limau kasturi yang tercedera dan dapat dirawat dengan menyapu luka tersebut menggunakan alatan dalam first aid.

KELEMAHAN

1. Mendapat tugasan saat-saat akhir kerana organisasi telah dirombak.2. Tiada penerangan tentang penggunaan first aid3. Pembahagian tugas antara ajk dan exco dalam sekretariat tidak terancang

CADANGAN

1. Meletakkan exco dan ajk yang tahu menggunakan first aid lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam BSMM.

Disediakan oleh,

Sakina

(NUR SAKINA BINTI RAHMAT)

EXCO I KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN,MISI KEMANUSIAAN BANTUAN BANJIR FAKULTI SAINS KESIHATAN

Kian Yang

(LEE KIAN YANG)

EXCO II KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN,MISI KEMANUSIAAN BANTUAN BANJIR FAKULTI SAINS KESIHATAN

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

Omcit

(OMCHIT A/L SURIEN)

EXCO III KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN,MISI KEMANUSIAAN BANTUAN BANJIR FAKULTI SAINS KESIHATAN

Gambar-gambar pembuktian:

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

Aktiviti bersama pelajar-pelajar dari darjah 1 hingga darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh.Semasa aktiviti ini dijalankan kita juga dapat mengetahui perasaan pelajar masa banjir melanda kawasan kampung mereka semasa sesi beramah mesra dengan pelajar dan mereka sangat teruja untuk meceritakan pengalaman semasa banjir.

Pemberian bantuan ke rumah-rumah mangsa banjir.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat

Semasa penyerahan bantuan kepada mangsa banjir juga,saya dan rakan-rakan sempat bersembang dan berkomunikasi dengan kanak-kanak di sekitar kampung tersebut.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewSaya telah menyertai Program Misi Pascabanjir Sukarelawan Fakulti Sains Kesihatan1.0 dan ditugaskan sebagai exco kebajikan dan keselamatan yang bertempat