polisi seni persembahan dibawah kawalan majlis … seni persembahan (24pgs).pdfprojek bertajuk...

24
POLISI SENI PERSEMBAHAN DIBAWAH KAWALAN MAJLIS DAERAH BESUT, TERENGGANU SHAZWANI BINTI MAHAIYIDIN 28150 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

Upload: vothuan

Post on 13-Jun-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POLISI SENI PERSEMBAHAN DIBAWAH KAWALAN MAJLIS

DAERAH BESUT, TERENGGANU

SHAZWANI BINTI MAHAIYIDIN

28150

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2013

POLISI SENI PERSEMBAHAN DIBAWAH KAWALAN MAJLIS

DAERAH BESUT, TERENGGANU

SHAZWANI BINTI MAHAIYIDIN

28150

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: POLISI SENI PERSEMBAHAN DIBAWAH KAWALAN MAJLIS DAERAH

BESUT, TERENGGANU

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya SHAZWANI BT MAHAIYIDIN mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat

Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. **sila tandakan

SULIT SULIT

TERHA TERHAD

TIDAK TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh: __________________ Tarikh : ___________________

Alamat tetap:

1262 Kg Beris Alor Pisang, 22300 Kuala Besut,

Terengganu.

Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk Polisi Seni Persembahan dibawah Kawalan Majlis Daerah Besut,

Terengganu ini telah disediakan oleh Shazwani binti Mahaiyidin dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Tn.Hj. Mohd Ghazali bin Abdullah)

Tarikh:

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyiapkan kajian Penyelidikan Tahun Akhir Pengurusan Seni ini. Dikesempatan

ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya yang amat

dihargai iaitu Tuan Haji Mohd Ghazali bin Abdullah kerana beliau banyak

membantu dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang penyelidikan

dan penulisan ini dilakukan.

Di samping itu, penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis

Daerah Besut, Terengganu terutamanya kepada Encik Ismail bin Jusoh kerana tidak

jemu melayan karenah saya dan banyak membantu saya dalam pengumpulan data

untuk kajian ini.

Selain itu, setinggi penghargaan kepada ahli keluarga tercinta terutamanya

ibu tercinta Puan Mariam binti Mohmad atas sokongan dan doanya memberikan saya

bersemangat untuk menyiapkan penyelidikan ini dan tidak lupa juga kepada adik

saya Nornazihatulhani binti Mahaiyidin yang banyak membantu saya dalam

menemani saya sepanjang kajian dilakukan dikerja lapangan. Tanpa doa daripada

keluarga tercinta tidak mungkin saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini dengan

jayanya.

Akhir sekali, kepada rakan-rakan seperjuangan saya ucapkan terima kasih

atas sokongan dan nasihat kalian yang tidak jemu memberi semangat kepada saya

untuk meneruskan penyelidikan ini.

Terima Kasih

Shazwani binti Mahaiyidin

iii

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI GAMBAR ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN x

ABSTRAK xi

ABSTRACT xii

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Struktur Organisasi Bahagian Perlesenan 5

Hiburan Awam di Majlis Daerah Besut, Terengganu

1.3 Permasalahan Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kerangka Konsep 9

1.6.1 Bentuk-Bentuk Persembahan/ Jenis-Jenis Persembahan 9

1.6.2 Kewangan 10

1.6.3 Gelagat Penonton 10

1.6.4 Organisasi 11

1.6.5 Pentas 14

iv

1.6.6 Penguatkuasaan Peraturan 14

1.7 Kepentingan Kajian 15

1.8 Skop Kajian 16

1.9 Batasan Kajian 17

1.10 Penyampaian Kajian 17

BAB DUA: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan 20

2.1 Konsep Polisi Seni Persembahan 21

2.1.1 Konsep Seni Persembahan 21

2.1.2 Undang-Undang dan Peraturan yang Berkuatkuasa 22

2.2 Perbahasan Tentang Polisi Seni Persembahan 25

2.2.1 Pentas 28

2.2.2 Bentuk-Bentuk Persembahan 29

2.2.3 Jenis-Jenis Persembahan 30

2.2.4 Tingkah Laku Penggiat Seni 31

2.2.5 Karenah Birokrasi 31

2.2.6 Pengurus Persembahan 32

2.3 Rumusan 32

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk dan Strategik Kajian 35

3.1.1 Rangka Kerja Kajian 36

v

3.1.2 Strategik Kajian 38

3.2 Prosedur dan Proses Pengumpulan Data 39

3.2.1 Prosedur 39

3.2.2 Pengumpulan Data 40

3.2.3 Persampelan 42

3.2.4 Instrumen Kajian 42

3.3 Jenis Data dan Sumber Data 43

3.3.1 Data Lisan 44

3.3.2 Data Bercetak 44

3.4 Kaedah dan Teknik Pengumpulan Data Primer 45

3.4.1 Kualitatif 45

3.4.2 Data Primer 45

3.4.3 Temubual 45

3.5 Pemerhatian dan Dokumentasian Lapangan 48

3.6 Kaedah dan Teknik Pengumpulan Data Sekunder 49

3.6.1 Kaedah Kajian 49

3.6.2 Data Sekunder 50

3.7 Prosedur dan Proses Penganalisisan Data 50

3.7.1 Prosedur 50

vi

3.7.2 Proses Penganalisisan Data 51

3.8 Rumusan 52

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 53

4.1 Mengenalpasti Polisi Seni yang diamalkan di Majlis Daerah 53

Besut, Terengganu

4.1.1 Kategori-Kategori Seni yang dimaksudkan dibawah 57

Kawalan Majlis Daerah Besut, Terengganu (MDB)

4.1.2 Bahagian Perlesenan Lesen Hiburan Awam di 59

Majlis Daerah Besut Terengganu (MDB)

4.2 Memaparkan Peraturan dan Perjalanan Pengeluaran Sesuatu 60

Lesen Hiburan Persembahan dibawah Majlis Daerah Besut,

Terengganu

4.2.1 Syarat-Syarat Permit Persembahan Dikir Barat 61

4.2.2 Syarat-Syarat Lesen Pangung Wayang dan Tempat-Tempat 63

Penghiburan Am

4.2.3 Perjalanan Proses Pengeluaran Lesen Hiburan 65

4.2.4 Kadar Bayaran Untuk Mengadakan Persembahan 68

4.3 Menganalisis Keberkesanan Permohonan Pengeluaran Lesen 70

Hiburan Persembahan Majlis Daerah Besut, Terengganu

4.3.1 Aktiviti Proses Permohonan Lesen Premis Hiburan Awam 72

4.3.2 Carta Aliran Permohonan Salinan Lesen 72

4.3.3 Aktiviti Proses Permohonan Salinan Lesen 73

4.3.4 Carta Aliran Rayuan Permohonan Lesen hiburan Awam 73

vii

4.3.5 Aktiviti Proses Rayuan Permohonan Lesen 74

4.3.6 Analisis Tentang Persembahan yang diadakan di 75

Souq Jertih (22.2.2013) Konsert Dikir

4.3.7 Persembahan Konsert Dikir dan Dikir Barat Pada (8.4.2013) 77

Di Dataran Souq Jertih

4.3.8 Konsert Pertandingan Karaoke di Dataran Jertih 79

Besut (6.4.2013)

4.3.9 Masalah yang dihadapi oleh Pihak MDB dalam 80

Pengeluaran Lesen Hiburan Seni Persembahan

dan Penguatkuasaan

4.3.10 Data Permohonan Permit Persembahan Hiburan ( Dikir Barat, 82

Wayang Kulit dan Lain-lain) dari tahun 2010-2013

4.4 Rumusan 87

BAB LIMA: CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.0 Pengenalan 88

5.1 Rumusan 89

5.2 Penemuan Kajian 92

5.3 Cadangan 93

5.3.1 Meningkatkan Penguatkuasaan Terhadap Persembahan 93

Seni Oleh MDB

5.3.2 Kerjasama Masyarakat Ketika Berada di Tempat 94

Persembahan

5.3.3 Memperbanyakan Lagi Kajian yang dilakukan 94

Mengenai Polisi Seni kepada Pelajar Institusi

Pengajian Tinggi (IPTA)

viii

5.4 Cadangan untuk Pengkaji Akan Datang 95

5.5 Kesimpulan 95

RUJUKAN 96

LAMPIRAN 98

Lampiran A 98

Lampiran B 104

Lampiran C 105

Lampiran D 106

Lampiran E 107

Lampiran F 115

Lampiran G 140

Lampiran H 164

Lampiran I 169

Lampiran J 189

Lampiran K 190

Lampiran L 191

Lampiran M 192

Lampiran N 195

Lampiran O 197

Lampiran P 198

Lampiran Q 199

ix

SENARAI RAJAH

RAJAH 1.1 Struktur Organisasi di Bahagian Perlesenan di MDB 5

RAJAH 1.2 Kerangka Konsep Polisi Seni Persembahan 9

RAJAH 3.1 Reka Bentuk Kajian 36

RAJAH 3.2 Proses Pengumpulan Data 40

RAJAH 3.3 Rangka Rancangan Temu Bual 47

SENARAI GAMBAR

GAMBAR 1.1 Peta Daerah Besut 6

GAMBAR 4.1 Dikir Barat 57

GAMBAR 4.2 Mak Yong 57

GAMBAR 4.3 Wayang Kulit 58

GAMBAR 4.4 Kaunter Bahagian Perlesenan di MDB 60

GAMBAR 4.5 Kaunter Jualan Tiket di Tempat Persembahan 68

GAMBAR 4.6 Bahagian Cukai Hiburan di Pejabat Daerah Besut 69

GAMBAR 4.7 Persembahan Konsert Dikir 75

GAMBAR 4.8 Persembahan Konsert Dikir dan Dikir Barat 77

GAMBAR 4.9 Pertandingan Karaoke 79

x

SENARAI JADUAL

JADUAL 3.1 Strategik Kajian 39

JADUAL 3.2 Menentukan Kekerapan Persembahan Pada Setiap 51

Bulan Di Bawah Kawalan MDB, Terengganu.

JADUAL 4.1 Aktiviti Proses Permohonan Lesen Premis 72

Hiburan Awam

JADUAL 4.2 Aktiviti Proses Permohonan Salinan Lesen 73

JADUAL 4.3 Aktiviti Proses Rayuan Permohonan Lesen 74

JADUAL 4.4 DataPermohonanPermit Persembahan 87

Hiburan ( Dikir Barat, Wayang Kulit dan Lain-lain)

dari tahun 2010-2013

ABBREVIATIONS / KEPENDEKKAN

CFO Sijil Akuan Kebenaran Mendiami Bangunan

IPD Ibu Pejabat Daerah

IPTA Institusi Pengajian Tinggi

MDB Majlis Daerah Besut

PUSPAL Permohonan Penggambaraan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara

PKMA Pusat Khidmat Maklumat Akademik

xi

ABSTRAK

Kajian ini mengenai polisi seni persembahan dibawah kawalan Majlis Daerah Besut

Terengganu (MDB). Objektif kajian ini adalah mengenalpasti polisi seni yang

diamalkan, memaparkan peraturan dan perjalanan pengeluaran sesuatu lesen hiburan

persembahan dan menganalisis keberkesanan permohonan pengeluaran lesen hiburan

persembahan Majlis Daerah Besut, Terengganu. Majlis Daerah Besut memainkan

peranan dalam memberi kelulusan untuk mengadakan persembahan berdasarkan

“Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Terengganu Bil 12 Tahun

2002”. Penemuan dalam kajian ini, bahawa proses pengeluaran lesen hiburan secara

tersusun itu dapat membantu kawalan keselamatan dan mengelak dari pelanggaran

polisi yang ditetapkan mengikut Enakmen Kerajaan Negeri.

xii

ABSTRACT

This study about Besut Terengganu policy performing act under control District

Council (MDB). The objectives of this study are to identify policy art practiced,

display rule and journey production certain under entertainment license performing

Besut, Terengganu District Council and analyze performing entertainment license

withdrawal application effectiveness Besut, Terengganu District Council. Besut

District Council play role in giving approval to hold performing based on “Enakmen

Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Terengganu Bil 12 Tahun 2002”. The

finding of this study, process of process entertainment license methodically they can

help security to control and escaped from collision policy that fixed in accordance

with Enactment State Government.

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, permasalahan

kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konsep kajian, kepentingan kajian,

skop kajian, batasan kajian dan penyampaian kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian ini berkenaan dengan polisi seni persembahan. Polisi seni

persembahan yang dipilih ialah dibawah kawalan Majlis Daerah Besut, Terengganu

(MDB). Kajian ini meliputi tahun-tahun 2010 hingga 2013. Seni persembahan yang

dibincangkan dalam kajian ini ialah dikir barat, mak yong, wayang kulit dan

termasuk persembahan yang melibatkan seni hiburan serta kemasukan artis asing.

Kajian tentang polisi seni persembahan dibawah MDB ini tidak pernah dilakukan

lagi. Kajian ini relevan tentang polisi seni persembahan yang diamal dan dipraktikal

di MDB.

Majlis Daerah Besut telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 dibawah Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi menggantikan Jemaah Bandaran Besut dan

2

Majlis Mesyuarat Tempatan Besut. Keluasan kawasan MDB pada awal

penubuhannya adalah seluas 8190.9 hektar (Majlis daerah Besut).

Terdapat tiga buah pekan utama dan empat buah pusat penempatan yang

memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan

pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Pekan-pekan

tersebut ialah Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut, manakala pusat penempatan

pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah. Walaubagaimanapun,

keluasan kawasan operasi MDB adalah kira-kira 73.82 km persegi sahaja atau

meliputi 90% daripada keseluruhan kawasan MDB (Majlis Daerah Besut).

Oleh kerana kajian ini merupakan polisi seni persembahan, MDB telah

menguatkuasakan polisi seni persembahan berpandukan Enakmen Hiburan dan

Tempat-Tempat Hiburan Negeri Terengganu Bil 12 Tahun 2002. Enakmen ini

bertujuan untuk melaksanakan pengawalan dan penyeliaan sesuatu persembahan

hiburan ditempat-tempat awam dan tempat-tempat hiburan. Oleh itu Enakmen ini

dibentuk dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. Enakmen yang

diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu perlu mendapat perkenan

dibawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu. Enakmen ini menjadi

Undang-Undang apabila diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa

Tempatan bagi daerah-daerah negeri Terengganu bertanggungjawab untuk

melaksanakan Enakmen ini dibawah pentadbiran Majlis Daerah masing-masing.

Oleh itu MDB adalah salah satu Majlis Daerah yang diberi tanggunggjawab untuk

melaksanakan Enakmen Hiburan di daerahnya. Bagi negeri Terengganu Enakmen

yang telah diluluskan itu dinamakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan

Bil 12 Tahun 2002. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji polisi seni persembahan

yang berada dibawah kawalan Majlis Daerah Besut, Terengganu.

3

Besut adalah sebuah daerah dalam negeri Terengganu yang letaknya di

bahagian utara bersempadankan negeri Kelantan. Daerah Besut ini adalah yang

keempat besarnya antara tujuh daerah dalam negeri Terengganu. Keluasannya adalah

123,369 hektar. Jumlah penduduk pula adalah 140,952 orang pada tahun 2010

(Majlis Daerah Besut).

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini ialah melalui

catatan Munsyi Abdullah dalam “Pelayaran Abdullah Ke Kelantan” dan dari buku

Tuhfatul Nafis (1858), karangan Raja Ali Haji (http://sejarahbesut.com/my). Dalam

catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani (Selatan

Siam) telah datang ke Besut yang diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif.

Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di

Pattani. Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke

Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah

perkampungan ditebing sungai Besut yang diberi nama Palembang. Kawasan

tersebut mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang

merupakan pusat pentadbiran yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja

(http://sejarahbesut.com/my).

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal daerah

Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menceritakan tentang asal usul

Besut. Salah satu cerita mengenai asal usul Besut ialah nama Besut kononnya

berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah

kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut

timbul dari perkataan ‘Be’ yang dalam bahasa Siam bermakna daerah manakala ‘Sut’

menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Hal ini

mungkin berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat

4

Pentadbiran Siam dengan daerah ini. Selain itu, nama Besut juga asalnya menyatakan

kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja

Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan

tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan

ini telah didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan.

Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama Besut. Oleh itu dipercayai

nama Besut adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut (http://mdb

terengganu.gov.my).

5

1.2 Struktur Organisasi Bahagian Perlesenan Hiburan Awam di Majlis

Daerah Besut, Terengganu

Rajah 1.1: Struktur Organisasi dibahagian Perlesenan di MDB

Sumber: Majlis Daerah Besut Terengganu

SETIAUSAHA

ENCIK ISMAIL BIN JUSOH

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U32)

ENCIK MOHAMAD BIN MAT IDRIS

Pembantu Tadbir Kanan (N22) (Sistem

Perlesenan)

ENCIK W.SUHAILI BIN

W.HUSIN

Pembantu Tadbir (N17)

Pergerakan fail (iklan & hiburan)

PUAN KARIMAH NOR BINTI

C.DERAMAN

Pembantu Tadbir (N17) ((Kaunter)

YANG DIPERTUA

6

Gambar 1.1: Peta daerah Besut, Terengganu Sumber: Terengganu blogspot.com

7

1.3 Permasalahan Kajian

Seni persembahan adalah sebuah persembahan yang telah ditentukan atau

dipentaskan untuk tontonan masyarakat. Persembahan itu dilakukan oleh individu

atau sekumpulan yang melebihi daripada dua atau beberapa orang. Tujuan

persembahan diadakan untuk memperlihatkan bentuk-bentuk dan daya kreativiti

seseorang atau sekumpulan yang membuat persembahan itu. Persembahan juga

diadakan untuk memperlihatkan nilai-nilai estetika yang terkandung dalam sesuatu

bentuk persembahan tersebut. Oleh kerana sesuatu persembahan itu dinikmati para

penonton, maka persembahan itu secara tidak langsung menggambarkan nilai-nilai

seni dan budaya yang terkandung dalam sesuatu masyarakat itu sendiri.

Seni persembahan yang diadakan dibawah kawalan MDB mengikut Enakmen

Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Terengganu Bil 12 Tahun 2002 ialah

persembahan muzik, nyanyian dan tarian. Enakmen ini menggariskan persembahan

yang berbentuk hiburan sahaja. Persembahan yang lazimnya yang terdapat dibawah

kawalan MDB ialah mak yong, dikir barat, wayang kulit dan termasuklah

persembahan oleh artis asing.

Proses untuk mendapatkan lesen persembahan dibuat dalam borang yang

telah ditetapkan dan seterusnya dikemukakan kepada Pegawai Pelesen. Bagi maksud

untuk menimbangkan sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen hiburan, Pegawai

Pelesenan boleh menghendaki pemohon memberi apa-apa maklumat tambahan yang

dikehendaki oleh pemohon tanpa menjejaskan subseksyen (2). Maksud seksyen ini

ialah ungkapan berhubungan dengan sesuatu persembahan serta dengan apa-apa

arahan pentas atau arahan lain dalam konteks persembahan, sama ada ianya

terkandung dalam satu dokumen tunggal atau tidak.

8

Kajian tentang tema ini belum dikaji lagi oleh mana-mana pengkaji. Oleh itu

untuk mengenalpasti, memaparkan dan menganalisis proses pengeluaran dan

permohonan lesen hiburan dibawah MDB menjadi topik utama dalam kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah mempamerkan, memahami dan

mengklafikasikan kaedah-kaedah permohonan dan penguatkuasaan sesuatu polisi

persembahan pentas dibawah kawalan Majlis Daerah Besut, Terengganu.

i. Mengenalpasti polisi seni yang diamalkan di Majlis Daerah Besut,

Terengganu.

ii. Memaparkan peraturan dan perjalanan pengeluaran sesuatu lesen hiburan

persembahan dibawah Majlis Daerah Besut, Terengganu.

iii. Menganalisis keberkesanan permohonan pengeluaran lesen hiburan

persembahan Majlis Daerah Besut, Terengganu.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah yang dimaksudkan dengan polisi seni persembahan?

ii. Bagaimanakah peraturan dan perlaksanaan pengeluaran lesen hiburan yang

dilakukan oleh Majlis Daerah Besut, Terengganu?

iii. Bagaimanakah menganalisis keberkesanan permohonan pengeluaran lesen

hiburan persembahan di Majlis Daerah Besut, Terengganu?

9

1.6 Kerangka Konsep

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Polisi Seni Persembahan

1.6.1 Bentuk-Bentuk Persembahan/ Jenis-Jenis Persembahan

Dalam polisi seni persembahan perlu mempunyai bentuk-bentuk

persembahan. Bentuk persembahan yang biasa dilakukan dibawah kawalan MDB

ialah mengikut sesuatu persembahan yang dilakukan. Contohnya dalam persembahan

dikir barat penyusunan pendikir dalam persembahan adalah disusun dalam bentuk

barisan supaya dapat menampakkan keseragaman dalam satu persembahan yang

Bentuk-bentuk

persembahan dan

jenis-jenis

persembahan

Polisi seni

persembahan

Kewangan

Gelagat

penonton

Organisasi

Penguatkuasaan

peraturan

Pentas