buletin projek mrt pp 178111/06/2013 ... · pdf fileyang padat dengan bangunan dan sibuk...

7
www.mymrt.com.my buletin projek MRT SEBAHAGIAN daripada jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang akan dibina di bawah bandaraya Kuala Lumpur di kawasan yang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti perniagaan. Pembinaan terowong dalam keadaan begini adalah sangat mencabar. Namun situasinya bertambah mencabar kerana terdapat dua formasi geologi di kawasan ini. Satu daripadanya adalah Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur yang merupakan formasi geologi yang paling mencabar dari segi pembinaan terowong. Ketahuilah bagaimana cabaran ini diatasi. (lihat mukasurat 2 untuk berita lanjut) JANUARI 2013 JILID 2 EDISI 1 PP 178111/06/2013 (032659) dalam edisi ini > 2 membina terowong di bawah bandar raya 4 status projek 6 membawa maklumat MRT kepada pelajar 7 MIT menyebarkan informasi mengenai MRT 8 cerita & menang Membina terowong di bawah Kuala Lumpur MEMBUAT PERSEDIAAN • Mesin pengorek terowong yang pertama, dilihat dengan delegasi Malaysia dan pegawai-pegawai Herrenknecht AG di Jerman, yang akan dihantar ke Malaysia tidak lama lagi.

Upload: vannhu

Post on 15-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

www.mymrt.com.my buletin projek MRT

SEBAHAGIAN daripada jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang akan dibina di bawah bandaraya Kuala Lumpur di kawasanyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti perniagaan. Pembinaan terowong dalam keadaan beginiadalah sangat mencabar. Namun situasinya bertambah mencabar kerana terdapat dua formasi geologi di kawasanini. Satu daripadanya adalah Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur yang merupakan formasi geologi yang paling mencabardari segi pembinaan terowong. Ketahuilah bagaimana cabaran ini diatasi. (lihat mukasurat 2 untuk berita lanjut)

JANUARI 2013

JILID 2

EDISI 1

PP 178111/06/2013 (032659)

dalam edisi ini

>

2membinaterowongdi bawahbandar raya

4statusprojek

6membawamaklumat MRTkepada pelajar

7MIT menyebarkaninformasi mengenaiMRT

8cerita & menang

Membina terowongdi bawah Kuala Lumpur

MEMBUAT PERSEDIAAN • Mesin pengorek terowong yang pertama, dilihat dengan delegasi Malaysia dan pegawai-pegawaiHerrenknecht AG di Jerman, yang akan dihantar ke Malaysia tidak lama lagi.

Page 2: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

Terowong-terowong MRT akan dibinamenggunakan mesin pengorek terowong ataupuntunnel boring machine (TBM). Mesin-mesin iniakan menggali di bawah tanah tanpa menggangguaktiviti yang dijalankan di permukaan bumi.Sebanyak 10 buah TBM akan digunakan.

Menggali terowong di bawah Kuala Lumpurbukan kerja yang mudah. Menurut Encik MarcusKarakashian, Pengarah Projek di Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp), proses pembinaanterowong di bawah permukaan bumi Kuala Lumpuradalah sangat mencabar disebabkan terdapatdua jenis formasi geologi.

“Empat TBM akan menggali di kawasan yangmempunyai formasi geologi yang dikenalisebagai Formasi Kenny Hills yang terdiri daripadabatuan sedimen dan pasir. Manakala enam lagiTBM akan menggali di kawasan Formasi BatuKapur Kuala Lumpur.

“Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur menimbulkanbanyak kesukaran kerana ia terdiri daripada batuankeras yang mempunyai lapisan atasan yang lembut.Lapisan batuan keras ini amat terhakis dan mungkinmempunyai lubang besar dan gua bawah tanahyang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaanini boleh menyebabkan pelbagai masalah ketikakerja pengorekan terowong dijalankan, jika lubangbesar ataupun gua bawah tanah ini tidakdikenalpasti dan diatasi,” kata Encik Karakashian.Menurutnya, zon peralihan antara dua formasigeologi ini adalah di Bukit Bintang berhampirandengan kompleks membeli-belah Pavilion.

Formasi Kenny Hills terdapat di bahagian baratkawasan peralihan ini manakala Formasi Batu KapurKuala Lumpur terdapat di bahagian timur kawasanperalihan ini.

Formasi geologi yang berbeza ini bermaknakontraktor bawah tanah MRT Corp, iaitu MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC-Gamuda), perlu menggunakan jenis TBM yang sesuaiuntuk melakukan kerja pembinaan terowong.

Bagi Formasi Kenny Hills, TBM KeseimbanganTekanan Bumi atau Earth Pressure Balance(EPB) digunakan. TBM ini dapat mengekalkantekanan ke atas tanah yang digali di dalamterowong dan ini akan menghalang tanahdaripada runtuh.

Bagi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur pula,mesin yang baru diperkenalkan, iaitu TBMPemboleh-ubah Ketumpatan ataupun VariableDensity (VD) akan digunakan. Mesin ini direka olehMMC-Gamuda dan syarikat pengeluar TBM terkenaldunia, Herrenknecht AG, yang berpengkalan diSchwanau, selatan Jerman. VD merupakan TBM“Slurry Shield” yang telah ditambah-baik. TBM SlurryShield telah digunakan untuk membina TerowongSMART sebelum ini.

TBM VD mampu mengawal ketumpatan campurancecair dan lumpur di dalam mesin untuk mengelakkehilangan tekanan yang mengakibatkan runtuhantanah di permukaan bumi. Mesin VD pertamayang dikeluarkan oleh Herrenknecht AG akantiba di Malaysia pada awal 2013.

Encik Karakashian berkata keadaan tanah akan dikajidengan teliti sebelum kerja pengorekan terowongbermula supaya lokasi lubang-lubang besar dan guabawah tanah dapat dikenalpasti. “Kami perlumengenalpasti setiap lubang besar yang wujuddi sepanjang laluan TBM supaya dapat diturapsebelum kerja pengorekan dimulakan. Jikalau tidak,tanah runtuh mungkin berlaku,” beliau menjelaskan.

Encik Karakashian berkata, MMC-Gamuda mempunyaipengalaman dalam kerja pengorekan terowongdalam keadaan sebegini, berdasarkan kejayaan projekSMART sebelum ini. Dalam memastikan tiada

sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,Encik Karakashian berkata terdapat pasukanjurutera yang akan memantau jalan rayadan bangunan-bangunan yang berada di tempatkerja pengorekan terowong.

“Orang ramai tidak akan menyedari aktiviti yangberlaku di bawah tanah. Mereka hanya akanmengetahui kewujudan terowong apabila projekMRT siap dan setelah keretapi MRT beroperasi,”katanya lagi.

SEBAHAGIAN daripada jajaran 51km MRT SungaiBuloh-Kajang akan melalui pusat bandaraya KualaLumpur yang sibuk. Proses pembinaan MRT dikawasan yang padat dengan bangunan adalahsangat mencabar tetapi amat diperlukan keranapusat ibu kota merupakan tempat tuju bagikebanyakkan pekerja di Lembah Kelang.

Memandangkan ruang yang terhad di kawasanpusat bandar, pihak yang merancang jajaranMRT tidak mempunyai pilihan selain membinalaluan di bawah tanah. Pembinaan terowongdan struktur-struktur bawah tanah bukan sahajadapat mengurangkan keperluan untuk mengambilbalik tanah di permukaan bumi dan merobohkanbangunan yang sedia ada. Ianya juga dapatmengurangkan gangguan terhadap trafik danaktiviti harian semasa dan selepas kerja pembinaan.

Jajaran bawah tanah MRT Sungai Buloh-Kajangyang jaraknya 9.5km akan dibina di antara PortalSemantan di Jalan Duta dan Portal Maluri di Cheras.Tujuh stesen bawah tanah bakal dibina sepanjanglaluan ini, iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Bukit BintangSentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1 mukasurat 2

MENCABAR • Grafik menunjukkan formasi geologi di bawah permukaan bumi Kuala Lumpur yang perlu dikorek menggunakan mesin pengorek terowong untuk MRT.

10 MESIN PENGOREK TEROWONG UNTUK PROJEK MRT

TRANSFORMASI • Pandangan dari atas Portal Semantan di mana MRT akan bertukar dari jajaranbertingkat menjadi jajaran bawah tanah. Dua bulatan kuning di dalam gambarmenunjukkan lokasi di mana terowong akan dikorek.

TEKNOLOGI CANGGIH • Lakaran pelukis yang menunjukkan bagaimana Mesin Pengorek Terowong Pembolehubah Ketumpatanakan menggali terowong di bawah Kuala Lumpur.

En Marcus Karakashian PENGARAH PROJEK MRT CORP

PORTAL SEMANTAN

PORTAL MALURI

Batu terhakis

Gua bawahtanah

Gua bawah tanah dan lubang yang dipenuhicampuran cecair dan lumpur dari Mesin Pengorek

Terowong Pembolehubah Ketumpatan

tanah

LAPISAN BATU KAPUR

FormasiKenny Hill

Formasi Batu KapurKuala Lumpur

MRT JAJARAN SUNGAI BULOH - KAJANG

Page 3: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

DANAINFRATERBIT SUKUKBIAYA PROJEKMRToleh Nik Haizan Nik Zambri

DANAINFRA Nasional Berhad, sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan,menandatangani perjanjian bernilai RM8 bilionpada 3 Julai 2012 untuk membiaya sebahagianprojek MRT.

Majlis menandatangani perjanjian ProgramPembiayaan Sukuk yang dijamin kerajaanini berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpurdan disaksikan oleh Menteri Kewangan II Dato’ SeriAhmad Husni Hanadzlah. Taklimat juga diberikepada pihak bank dan pelabur yang hadir.

Turut hadir adalah Pengerusi Danainfra, Dato’ SriDr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan PegawaiPrinsipal Danainfra, Encik Fazlur Rahman Ebrahim.

Danainfra ditubuhkan oleh Kerajaan khususuntuk mendapatkan pembiayaan untuk projekinfrastruktur di negara ini. Projek MRT adalahyang projek pertama yang dibiayai oleh Danainfra.

Empat bank yang menyertai program terbitansukuk ini adalah AmInvestment Bank Bhd, CIMBInvestment Bank Bhd, Maybank Investment BankBhd dan RHB Investment Bank Bhd. Lima lagi bankdilantik sebagai Pengurus Aturan Bersama iaitu Affin Investment Bank Berhad, Bank Islam MalaysiaBerhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, HSBC BankBerhad dan Standard Chartered Bank Berhad.

CIMB Investment Bank bertindak sebagai PenasihatUtama, manakala CIMB Islamic Bank merupakanpenasihat Syariah bagi program pembiayaan.Prokhas Sdn Bhd pula bertindak sebagai penasihatkewangan kepada Danainfra.

Dato’ Seri Ahmad Husni menyebut dalamucapannya: “Projek besar seperti projek MRT bolehdilaksanakan dan disiapkan dengan jayanya jikasemua elemen penting diambil kira. Elemen-elemenini adalah masa yang cukup, usaha dan kepakaranbersama, dan paling penting, struktur kewanganyang baik bagi menanggung kos pembangunanprojek.”

Terbitan pertama dalam bulan yang sama adalahdalam bentuk Program Nota Jangka Sederhanaataupun Islamic Medium Term Notes (IMTN)sehingga RM2.4 bilion. Danainfra melaporkanjumlah pesanan yang diterima berjumlah RM12.915bilion, yang merupakan nisbah bidaan kepadaliputan sebanyak 5.38 kali.

DIMETERAI • Pegawai Prinsipal Danainfra Nasional Berhad, Encik Fazlur Rahman Ebrahim (ketiga dari kiri) berjabat tangan dengan Timbalan Presiden dan Ketua Global Wholesale Banking Maybank Group Encik AbdulFarid Alias. B ersama mereka adalah (dari kiri ke kanan) Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank Encik Kok Tuck Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Pelaburan Dato’ CharonWardini Mokhzani, Menteri Kewangan II Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank BerhadEncik Kellee Kam Chee Khiong.

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1 mukasurat 3

Projek berjalan lancar

TERKINI • Dato’ Azhar Abdul Hamid (kanan) dengan Dato’ Azmi Mat Nor, Pengarah MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd bersama mediadi majlis pelancaran Trak Informasi MRT.

dari meja Ketua Pegawai Eksekutif

DATO’ AZHAR ABDUL HAMID

SEJAK edisi pertama buletin Berita MRT, banyakperkembangan baru telah dicatat projek MRT.Semasa edisi pertama diterbitkan, pembinaan MRTJajaran Sungai Buloh-Kajang masih berada padatahap awal dan tidak banyak kerja pembinaanyang kelihatan.

Namun, sejak beberapa bulan yang lalu, pembinaanprojek MRT telah menjejaki fasa baru. Kini,sukacitanya saya maklumkan, proses pembinaansudah bermula dengan sepenuhnya. Mereka yangmenggunakan jalan raya di sepanjang JajaranSungai Buloh-Kajang – samada Jalan Sungai Buloh-Batu Tiga, Lebuhraya Sprint, Jalan Damansara, JalanBukit Bintang, Jalan Cheras atau Lebuhraya GrandSaga – dapat melihat tapak-tapak pembinaan yangtelah dibersihkan, ditutup dengan penghadang,dan dipenuhi dengan jentera-jentera. Kerjapembinaan kini sedang berjalan lancardi lokasi-lokasi sepanjang jajaran.

Proses pembinaan kini boleh bergerak ke hadapan,setelah kebanyakan pakej pembinaan berjayaditender. Penganugerahan bermula pada Januari2012 dengan dua pakej jejambat V5 dan V6.Dengan bangganya juga, saya melaporkan pakejsivil terakhir, iaitu pakej pembinaan V8 telahdianugerahkan pada September 2012. Tambahanpula, kesemua pakej pembinaan 31 stesen

di sepanjang Jajaran Sungai Buloh-Kajang jugatelah dianugerahkan.

Ini bermakna, dalam masa sembilan bulan, kesemuapakej kerja sivil seluruh jajaran MRT, termasukkerja pembinaan bawah tanah dan stesen, telahpunditender, dinilai, dan dianugerahkan kepadapihak-pihak yang layak, untuk memberi laluankepada kerja pembinaan bermula.

Kemajuan yang berlaku bukan hanya daripadasegi pembinaan. Kami juga telah menganugerahkan10 daripada 11pakej kerja sistem, di mana yangpaling menarik adalah tren-tren elektrik, yang telahdiberikan kepada satu konsortium yang terdiridaripada syarikat Jerman, Siemens AG, Siemens (M)Sdn. Bhd., dan SMH Rail Sdn. Bhd. Kontrak-kontrakpembinaan sistem lain yang dianugerahkanadalah bagi pakej kerja semboyan dan kawalantren, peralatan depot dan kenderaan-kenderaanpenyelenggaraan, dan juga bekalan danpengagihan tenaga.

Sejajar pembinaan projek MRT ini, beberapapihak seperti pengguna jalanraya dan pendudukyang tinggal berdekatan tapak pembinaan akanmengalami kesulitan buat sementara waktu.Ini adalah sangat sukar untuk dielakkan.

Namun, kesulitan ini boleh dikurangkan jikaamaran awal diberi dan maklumat disampaikankepada mereka yang terjejas.

Sehubungan itu, kami ingin mendekati orang ramaisupaya maklumat penting tentang projek ini dapatdisalurkan. Kami akan menjalankan sesi-sesi dialogbersama pemilik rumah dan residen yang tinggalberdekatan tapak pembinaan, sebelum kerjapembinaan bermula. Semasa sesi-sesi ini, pegawaidan wakil kami akan memberi keterangan lanjutdan terperinci tentang kerja pembinaan yang bakalberlaku. Penduduk boleh mengambil peluang iniuntuk menyuarakan pendapat dan apa-apakebimbangan, di mana kami akan cuba mengambillangkah yang sewajarnya untuk menangani isu-isuberbangkit.

Bagi pengguna jalanraya, kami akan membuatpengumuman tentang segala lencongan jalan,penutupan sementara atau mana-mana perubahanjalan yang bakal dialami dengan secepat mungkin.Malah, kami ada mengumumkan melalui mediatentang laluan-laluan alternatif yang bolehdigunakan oleh pengguna jalanraya. Orang ramaiboleh mendapatkan maklumat yang terkini melaluimedia, melalui laman sesawang kami iaituwww.mymrt.com.my atau dengan membuatpanggilan ke talian hotline 1-800-82-6868.

Seperti di dalam edisi Berita MRT yang lepas,saya sekali lagi berharap agar mendapat kerjasamaanda buat beberapa tahun akan datang, dalamusaha kami membina sistem pengangkutan MRTyang canggih, buat pertama kali di Malaysia.Kesulitan yang dialami adalah pengorbanan hariini, untuk memudahkan pergerakan dan mobilitiesok hari.

Sekian, terima kasih.

Azhar

Page 4: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

EFISIENMesin ‘vertical grabber’ yang boleh menggali parit sedalam30m untuk pembinaan dinding diafragma di stesen MRT Merdeka.

8

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1 mukasurat 5

KERJA BERMULAKerja membina cerucuk berdekatan Simpang Balak, Kajang.

16GIATKerja ‘bore piling’ dijalankan berdekatan Flat Sri Sabah di Cheras, Kuala Lumpur.

13

terkinimengenaiprojekGAMBAR-GAMBAR di mukasurat ini menunjukkankerja pembinaan yang sedang dilakukan di sepanjangJajaran MRT Sungai Buloh-Kajang. Aktiviti pembinaansedang berjalan dengan lancar di kesemua lapan pakejkerja jajaran bertingkat dan pakej kerja bawah tanah.Kontrak-kontrak utama bagi tren elektrik, pembinaanlandasan, semboyan dan kawalan tren, bekalan tenagadan peralatan penyelenggaraan tren telahpundianugerahkan. Fasa pertama Jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh sehingga stesenSemantan disasarkan untuk memulakan operasi padaakhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan sehinggastesen Kajang disasarkan untuk beroperasi pada Julai 2017dan ini akan membolehkan seluruh jajaran dari SungaiBuloh ke Kajang beroperasi dengan sepenuhnya.

STRUKTUR PENGUAT Besi tetulang diturunkan ke dalam parit untuk pembinaan dinding diafragma di stesen MRT KL Sentral.

6

STESEN MASA DEPANStesen MRT Pasar Seni bakal dibangunkan di lokasi yang dahulunya menempatkan Stesen Bas Klang, Plaza Warisan dan Bangunan UO. Stesen ini akan berintegrasi sepenuhnya dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada.

7LENCONGANLencongan Jalan Bukit Bintang di hadapan Plaza Bukit Bintang dan Yayasan Selangor yang memberi laluan kepada kerja pembinaan stesen MRT bawah tanah Bukit Bintang.

9LALUAN MASA DEPANPandangan dari atas kerja pembinaan stesen MRT Pasar Rakyat di tengah-tengah Tun Razak Exchange yang bakal dibangunkan.

10

LUASSebahagian daripada tanah Institut Penyelidikan Getahdi Sungai Buloh yang bakal menjadi depot utama MRT.

1LANCARCerucuk berpintal sedang dipasang di lokasi stesen MRT Kota Damansara.

2MENARIKPandangan dari atas tapak pembinaan antara Kelab GolfPerkhidmatan Awam dan Lebuhraya Sprint.

3KERJA BERATDua pekerja sedang menggali lubang secara manualuntuk membina ‘caisson pile’.

4LOKASI TRANSFORMASIPemandangan dari atas Portal Semantan di mana jajaran MRT akan bertukar dari jajaran bertingkat menjadi jajaran bawah tanah.

5

LUBANG DALAMSyaf untuk pelancaran mesin pengorek terowong sedang dikorek di Cochrane. Lokasi ini akan menempatkan empat mesinpengorek terowong yang bakal dilancarkan.

11SIBUKTapak pembinaan bagi stesen bawah tanah Maluri terletak di sepanjang Jalan Cheras yang sibuk.

12

KEMAJUANUjian bebanan Kentledge (depan) dan pembinaan tiangdi Taman Midah, Cheras.

14HAMPIR SIAPTiang-tiang pertama bagi projek MRT hampir siap dibina.

15

1

2

3

4

5 6

7

8

10

1112

15

13

14

16

9

Page 5: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1 mukasurat 6

1

2 3

WARGA kerja Mass Rapid Transit Corporation SdnBhd (MRT Corp) kembali ke sekolah bulan Oktober2012, bukan untuk mengukuhkan ilmu kalkulusmereka tetapi bagi memperkenalkan projek MRTkepada para pelajar. Lawatan yang dibuatmerupakan sebahagian daripada program MRTCorp untuk memberi kesedaran di kalangan pelajaryang merupakan pengguna pengangkutan awammasa hadapan.

Program ini bermula dengan lawatan ke dua buahsekolah di Kuala Lumpur yang terletak di sepanjangjajaran MRT Sungai Buloh-Kajang.

Acara dua hari yang bermula pada 16 Oktober 2012telah diadakan di SJK (C) Jalan Davidson. Acara initelah membabitkan lebih 900 pelajar dari Tahun 4ke Tahun 6. Sekolah tersebut terletak di Jalan HangJebat di pusat bandar Kuala Lumpur bertentangandengan stesen MRT Merdeka yang bakal dibina.

Di acara itu, pelajar dibahagikan kepada duakumpulan. Satu taklimat ringkas projek diberikepada mereka oleh Pengarah Komunikasi Strategikdan Perhubungan Awam (SCPR) MRT Corp, EncikAmir Mahmood Razak. Beliau juga menjelaskankebaikan yang boleh diperoleh daripada projek ini.

Acara disusuli dengan permainan yang dipanggil,“The Amazing MRT Race” di mana pelajar perlumengisi silang kata dengan menggunakanmaklumat yang diperoleh daripada Trak InformasiMRT (MIT) yang diparkir tidak jauh. Pasukan yangmelengkapkan silang kata dengan tepatmemenangi hadiah-hadiah utama. Kesemua pelajar yang mengambil bahagian menerima beg cenderahati.

Penolong Pengetua SKJ(C) Jalan Davidson, Puan LimBee Hoon mengucapkan terima kasih kepada MRTCorp kerana menganjurkan acara tersebut.

Dua minggu sebelum itu, pada 2 Oktober 2012pula, warga kerja MRT Corp menganjurkan satusesi di SMK Victoria di Kuala Lumpur. Sekolahini juga terletak berdekatan stesen MRT Merdeka.Kira-kira 500 pelajar daripada Tingkatan 1, 2dan 4 bersama guru-guru mereka mengambilbahagian dalam acara yang diadakan di dewansekolah.

Encik Amir, Puan Iza Sofia Kasbi dari SCPRdan jurutera MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn BhdEncik Gavin Wong telah memberi taklimat bagimenerangkan aspek-aspek menarik mengenaiprojek MRT. Para pelajar juga berkesempatanmenonton video yang menceritakan tentangjajaran yang bakal siap dan bagaimana terowongMRT akan dibina di bawah tanah Kuala Lumpur.

Pelajar juga dibawa melawat MIT yang diparkirdi luar dewan sekolah. Di dalam kenderaan tersebut,mereka berpeluang menggunakan skrin sesentuh“Hawkeye” yang memberi gambaran 360 darjahjajaran MRT.

Sebagai penutup acara, Encik Amir menyampaikancenderahati kepada Penolong Pengetua SMKVictoria Puan Zarina Abdul Rahman.

Selain aktiviti melawat sekolah, MRT Corp jugamenganjurkan lawatan-lawatan khas ke PusatInformasi MRT untuk pelajar. Pelajar diberi taklimatdan tayangan video mengenai projek. Lawatanseperti ini bukan sahaja disertai pelajar sekolah,malah juga daripada institusi pengajian tinggi.

SENYUMAN lebar terukir di muka bekas pendudukkawasan setingagan Kampung Landasan ketikaacara penyampaian cek saguhati diadakan di ProjekPerumahan Rakyat Kg Muhibbah di Bukit Jalil, KualaLumpur. Mereka menerima wang saguhati daripadaMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

Wang saguhati tersebut bertujuan untukmeringankan beban penduduk setinggan yangterpaksa berpindah dari rumah mereka di KampungLandasan, Cheras. Kawasan setinggan tersebutdirobohkan untuk memberi laluan kepada projekMRT. Kebanyakan penduduk diberi unit di ProjekPerumahan Rakyat Kg Muhibbah oleh DewanBandaraya Kuala Lumpur.

Sesetengah daripada mereka berpindah ke rumahsendiri atau ke skim perumahan awam yang laintetapi kesemua mereka berhak menerima wangsaguhati yang diberi.

Semasa acara yang diadakan pada 14 Ogos 2012,cek saguhati disampaikan oleh SetiausahaBahagian Perancangan Dasar Kementerian WilayahPersekutuan dan Kesejahteraan Bandar Tuan HajiAzizi Ahmad Termizi dan Pengarah KomunikasiStrategik dan Perhubungan Awam MRT Corp EncikAmir Mahmood Razak. Turut hadir adalah PengerusiMCA Cawangan Bukit Jalil Resort, Encik Chew YinKeen.

Encik Chew telah membantu penduduk setinggandalam proses pemindahan mereka ke rumahbaru. Selepas semua cek diserahkan, para hadirindijemput ke majlis berbuka puasa.

Bekas penduduk rumah setinggan KampungLandasan telah mula menerima kunci unit barumereka di Kampung Muhibbah dan juga projekperumahan rakyat yang lain dengan secaraberperingkat bermula Mac 2012.

Kampung Landasan merupakan lokasi Portal Maluridi mana jajaran MRT akan beralih dari jajaran bawahtanah ke jajaran bertingkat.

HARI yang dinanti-nantikan oleh pemilik rumahKampung Sungai Raya dan Taman Sri Raya, yangterpaksa melepaskan rumah mereka bagi projekMRT akhirnya tiba. Pada 13 September 2012,berakhirnya satu proses yang bermula sejak akhirtahun 2011 apabila penduduk kedua-dua tempatitu diberitahu rumah mereka akan diambil balikoleh Kerajaan untuk projek MRT.

Dua puluh lapan pemilik tanah Kampung SungaiRaya dan Taman Sri Raya di Cheras menerimabayaran ex-gratia untuk tanah yang terpaksadilepaskan. Bayaran ini merupakan tambahankepada bayaran pampasan yang telah diterimamereka pada Mei 2012 untuk pengambilan baliktanah sepertimana yang dibenarkan dibawah AktaPengambilan Tanah 1960.

Dua puluh lapan lot tanah itu, yang terdiri daripada14 lot di Kampung Sungai Raya dan selebihnya di Taman Sri Raya, telah diambil balik untukpembinaan landasan MRT.

Bagi kebanyakan pemilik rumah, cek yang diterimamenimbulkan pelbagai emosi. Mereka berasa legakerana proses pengambilan balik tanah akhirnyatamat dan kini, mereka menerima wang ex-gratia.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menahan rasasebak. “Rumah-rumah ini telah menjadi tempattinggal kami buat bertahun lamanya. Sudah tentukami berasa sedih kerana terpaksa berpindah,” kataEncik Mohd Nuar Zakaria. Beliau yang merupakanpemilik rumah di Taman Sri Raya, adalah jurucakappemilik rumah di taman itu yang diambil balik.

Namun, kebanyakan mereka memahami keadaandan pengorbanan yang mereka terpaksa lakukanuntuk projek MRT.

“Kami tahu ini merupakan pengorbananyang dibuat untuk masyarakat. Saya berharapsemua orang, terutama kepada mereka yangakan menggunakan MRT, tidak akan lupa akanpengorbanan kami ini,” ujar beliau.

SUMBANGAN IKHLAS BAWA SERIBUSATU MAKNA KEPADA BEKASPENDUDUK RUMAH SETINGGAN

PEMILIK TERIMA BAYARANEX-GRATIAMRT KE SEKOLAH

oleh Alita Suraya Mohd Senawi

1 SERONOK • Pelajar SJK(C) Jalan Davidson bersungguhmenghabiskan silang kata “The Amazing MRT Race”.

2 KHUSYUK • Pelajar SJK(C) Jalan Davidson mendengartaklimat yang disampaikan Pengarah Komunikasi Strategikdan Perhubungan Awam MRT Corp, Encik Amir Mahmood Razak.

3 SENYUMAN • Pelajar SMK Victoria gembira menerimabeg cenderahati di luar MIT.

SUMBANGAN IKHLAS •Tuan Haji Azizi Ahmad Termizi (kiri)menyerahkan cek sumbangan kepada Puan Lee Yoke Moy, bekaspenduduk Kampung Landasan. (Bawah) Pada Mac 2012, Puan Leetelah menerima kunci kepada unit barunya di Projek PerumahanRakyat Kg Muhibbah daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Ahmad Phesal Talib yang merupakan Ketua SetiausahaKementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandarpada masa itu..

1 DITERIMA • Encik Mohd Hezri Othman (kanan) menerimabayaran ex-gratia bagi pihak ibunya, Puan Fatimah Wan Othmanyang merupakan pemilik rumah di Taman Sri Raya, daripadaPengurus Bahagian Hal Ehwal Pihak Berkepentingan danPengurusan Tanah, Encik Azhar Abdul Aziz.

2 PENGORBANAN •Tuan Haji Mohamed Nuar Zakaria,memegang bayaran ex-gratia. Bersamanya ialah isteri, Puan Rokiah Che Mat dan cucu Qaisarah an Nur Mohd Latiff.

1

2

Page 6: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1 mukasurat 7

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) telah mewujudkan satu lagi saluran untukmenyebarkan maklumat mengenai projek MRTiaitu melalui Trak Informasi MRT ataupun MRTInformation Truck (MIT). MIT ini membolehkanmaklumat projek disampaikan tanpa memerlukanorang ramai datang ke MRT Corp.

Selain MIT, MRT Corp juga menggunakan limaPusat Informasi MRT dan dua Kios Informasi MRTuntuk menyampaikan maklumat dan mengumpulmaklumbalas daripada orang ramai.

MIT mula beroperasi sejak 19 Jun 2012 dan setakatini telah menerima kunjungan daripada lebih 7,000orang. Maklumat mengenai projek MRT dipaparkandi dalam trak manakala di dinding luar MITpula terdapat peta gergasi jajaran MRT SungaiBuloh-Kajang dengan semua stesen yang bakaldibangunkan. Dalaman trak tersebut direka seolahgerabak tren MRT yang lengkap dengan tempatduduk dan pemegang tangan.

Ciri yang paling popular yang terdapat di dalamtrak adalah skrin sesentuh ‘Hawk-Eye’ yang memberipandangan 360 darjah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dan stesen.

Pelawat ke MIT boleh mendapatkan maklumattambahan daripada pegawai informasi yangsedia membantu menjawab segala soalan.Semua risalah mengenai projek MRT juga bolehdiambil manakala tiga buah komputer riba yangdisambung ke Internet boleh digunakan untukmelayari sesawang MRT.

MIT beroperasi setiap hari kecuali Isnin. MITditempatkan di lokasi-lokasi tumpuan orangramai seperti pasar, tempat ibadat, pusatmembeli-belah, pejabat, organisasi media,universiti, kolej dan juga sekolah. Orang ramaijuga boleh mendapatkan jadual MIT daripadalaman sesawang www.mymrt.com.my.

Berinteraksi dengan pihak berkuasa

SATU delegasi daripada Kontinjen Polis Selangoryang diketuai Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato’ A. Thaiveegan melawat Pusat Informasi MRT di Taman Tun Dr Ismail pada 7 September 2012.Mereka diberi taklimat tentang projek MRT oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp), Dato’ Azhar AbdulHamid dan Pengurus Besar MMC-Gamuda KVMRT(PDP) Sdn Bhd, Encik Mohammad Amjad FaruqMohammad Haniff. Turut hadir ialah Pengarah MMC-Gamuda, Dato’ Azmi Mat Nor dan pihakpengurusan MRT Corp dan MMC-Gamuda.

Pelajar UiTM Perak melawatPusat Informasi MRT

SERAMAI 40 pelajar daripada Kelab Pencapai TinggiProgram Ukur Bahan Universiti Teknologi Mara(UiTM) mendapat peluang keemasan untukmempelajari secara langsung tentang projek MRTketika lawatan ke Pusat Informasi MRT di Taman TunDr Ismail pada 6 September 2012. Mereka diberipengenalan tentang projek, dan didedahkan kepadakaedah-kaedah pembinaan dan pengurusan nilai.

“Rat Racers” MRT

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) dengan bangganya menghantar pasukanyang pertama untuk menyertai “Kuala Lumpur RatRace” yang ke-13 tahun ini anjuran Bursa Malaysiadan The Edge pada 25 September 2012. PeoterLapinski, Ahmad Safuan Ahmad Radzi, SahrulnizaAmri, Zairul Azri Uda Noor dan Ahmad ZhafranZulkifli telah meluangkan masa untuk menyertailarian sepanjang 4.3km dengan memakai topi danjaket keselamatan. Pasukan MRT Corp mendapattempat ke-37 daripada 50 pasukan yang menyertai.Peoter Lapinski merupakan peserta yang paling lajudalam pasukan itu, dengan masa yang dicatatkan 24 minit 22 saat.

Rumah Terbuka Hari Rayabertemakan Balik Kampung

MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRTCorp) mengadakan Rumah Terbuka Hari RayaAidilfitri yang pertama di Pusat Komuniti BukitDamansara, Kuala Lumpur pada 6 September 2012.Pihak pengurusan dan staf dengan segak memakaibaju tradisional, bertepatan dengan tema BalikKampung. Tetamu dan staf dihidangkan dengansajian Hari Raya yang enak seperti rendang, sate,lemang, kambing panggang dan lain-lain.

MIT MEMBERI KESEDARANTENTANG MRToleh Natalya Evon Matthew

SECARA RINGKAS

DI DALAM MITPegawai Informasi Muhammad Ridhwan menunjukkan penghuniProjek Perumahan Rakyat Laksamana informasi mengenai projekMRT.

MEJA PERBINCANGAN (dari kiri ke kanan) Imam Osman Haji Ahmad, Encik Ismail Kassim, Encik Haris Fadzilah Hassan dan Encik Abdul Halim Ramli menungguwaktu berbuka.

SETELAH SEHARI BERPUASA • Penduduk beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan.

PENUH PERHATIAN • Seorang ibu bersama anaknya meneliti peta yang terdapat di MIT.

BERBUKA PUASA BERSAMA RESIDEN PPR LAKSAMANAoleh Nik Haizan Nik Zambri

PADA bulan Ramadan yang mulia, Mass RapidTransit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC-Gamuda)telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersamapenduduk Projek Perumahan Rakyat Laksamanadi Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Majlis itu membolehkan MRT Corp sebagai pemilikprojek MRT dan juga MMC-Gamuda sebagaikontraktor yang melaksanakan pembinaan bawahtanah, untuk berinteraksi dengan penduduk projekperumahan rakyat it. PPR Laksamana terletakberhampiran stesen MRT Cochrane. PengarahBahagian Hal Ehwal Berkepentingan danPengurusan Tanah, Encik Haris Fadzilah Hassanmenyampaikan sumbangan derma kepadayang mereka yang kurang bernasib baik, bagipihak MRT Corp.

Ketika majlis berbuka puasa, penduduk mengambilpeluang untuk bertanyakan pihak projek yang hadirtentang projek MRT. Suasana majlis yang meriahtelah menggalakkan mereka bertanya banyaksoalan serta memberi maklumbalas dan cadangan.Input yang diperolehi daripada mereka amatpenting kerana ianya membolehkan pihak projekmengambil langkah-langkah yang sewajarnyadalam memastikan penghuni PPR Laksamanatidak mengalami kesulitan disebabkan kerja-kerjapembinaan MRT.

Selepas majlis, para hadirin berkumpul di surauuntuk menunaikan solat fardhu Maghrib secaraberjemaah. Residen juga diberi peluang melawatTrak Informasi MRT. Pegawai Informasi MITmengedarkan buletin dan risalah bagi menjanakesedaran yang lebih tinggi tentang projek.

Kebanyakan penduduk berasa bertuah keranaboleh berjalan kaki ke stesen MRT Cochraneyang bakal dibina. Namun, mereka masihmenyuarakan kebimbangan jikalau kerjapembinaan akan membahayakan mereka.

Majlis berbuka puasa ini merupakan satudaripada sesi bersama penduduk dan peniagayang tinggal atau beroperasi berdekatan jajaranMRT yang dianjurkan oleh MRT Corp sebelumkerja pembinaan bermula.

Ini bagi memastikan golongan yang akanmengalami impak langsung daripada pembinaanprojek dapat dimaklumkan tentang apa yangbakal berlaku dan kesulitan yang mungkindihadapi. Sesi-sesi bersama orang ramai yangdiadakan memberi ruang kepada pendudukuntuk membangkitkan segala persoalandan kebimbangan tentang projek.

Page 7: buletin projek MRT PP 178111/06/2013 ... · PDF fileyang padat dengan bangunan dan sibuk dengan aktiviti ... yang penuh dengan air ataupun lumpur. Keadaan ini boleh ... mengenalpasti

CERITA & MENANG!!!oleh Nik Haizan Nik Zambri

BERITA MRT • JILID 2 • EDISI 1

PEMENANGPERTAMA

BAKAL MENANG • Penyertaan peraduan “I need MRT because…” di laman sesawang mikro di mana orang ramai boleh mengundiuntuk penyertaan yang terbaik.

.

PESERTA YANG BERJAYA • Penyertaan Tyqa Aziz dan Azmil Mohamad, yang dijadikan iklan dalam mempromosi projek MRT.

PEMENANG PERTAMA • Tyqa Aziz, pemenang pertama peraduan“I need MRT because…” memegangpenyertaannya.

.

ANDA mungkin sering mendengar tentangkeperluan MRT. Tetapi kini, Mass Rapid TransitCorporation Sdn Bhd (MRT Corp) ingin mendengarsuara anda pula.

Sehubungan itu, MRT Corp telah melancarkankempen yang dipanggil peraduan “I need MRTbecause…”, yang dijadikan landasan bersuara buatmasyarakat untuk menceritakan tentang mengapamereka perlukan MRT. Pendekatan ini adalah lebihunik, berbanding amalan biasa dimana hanyapemilik projek yang bersuara.

Apatah lagi, kempen ini, yang dilancarkan pada 23September 2012, memberi peluang kepada pesertauntuk memenangi hadiah utama, iaitu wang tunaiRM10,000 selain hadiah tunai bulanan bernilaiRM5,000.

Dua peserta telahpun menjadi pemenang – TyqaAziz dan Azmil Mohamad – bagi bulan Oktober danNovember masing-masing.

Cara untuk menyertai peraduan ini amat mudah.Peserta hanya perlu memberikan sebab secararingkas mengapa mereka perlukan MRT. Sebab inipula perlu beserta gambar.

Gambar-gambar ini akan dipaparkan di lamansesawang mikro kami, iaitu www.mrtmyride.com.myuntuk diundi oleh orang ramai. Gambar-gambar iniboleh mengandungi elemen lucu, serius atau aneh –apa-apa sahaja.

Sesetengah sebab yang dipaparkan mungkin tidakjauh berbeza, contohnya untuk mengelakkankesukaran mencari parkir, mengelak daripada

terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan untuktiba di destinasi tepat pada waktu. Jadi, untuk lebihmenonjol, peserta telah memasukkan gambar yangmenarik.

Peserta yang menerima undian paling banyak akan memenangi hadiah wang tunai. Terdapat tiga pusingan dalam peraduan ini. Dari Septemberhingga Disember, pemenang bulanan akan dipilihmanakala untuk pemenang hadiah utama pula akandiumumkan pada Januari 2013.

Seperti dengan Tyqa dan Azmil, penyertaan yangberjaya akan dijadikan bahan untuk iklan projekMRT. Jangan lupa layari laman sesawang mikro “I need MRT because…” di www.mrtmyride.com.myuntuk maklumat lanjut.

PEMENANGKEDUA

No. A-9-G, Jalan Teknologi 3/9Bistari De Kota, Seksyen 3Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

No. A-1-11, Ground FloorTTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur

No. 11-G, Jalan Metro Avenue 143000 Kajang, Selangor

Kami mengalu-alukan pertanyaandan pandangan anda.

Emel ke: [email protected] RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)Level 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

HOTLINE 24 JAM

1800 82 6868www.mymrt.com.my

PUSAT INFORMASI MRT

KOTA DAMANSARA TAMAN TUN DR ISMAIL KAJANG

DITERBITKAN OLEH:MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V)

DICETAK OLEH:JESPRIN SDN BHD (181756-V)