buletin kelab - international islamic university · pdf filesaatnya para hamba-ku yang sholeh...

8
Bazar Ramadhan Kelab Kebajikan melalui Biro Ekonomi telah mengadakan Bazar Ramadhan yang bermula dari 05 Oktober 2005 hingga 28 Oktober 2005. Bazar tersebut bertempat di tapak letak kereta Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya Selangor. Sebanyak 13 gerai telah dibuka. Bazar tersebut diadakan bagi kemudahan pelajar-pelajar dan kakitangan Pusat Matriku- lasi UIAM membeli juadah berbuka puasa. Ber- bagai kuih-muih dijual di sana. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2005/ 1426H. Bagi menghidupkan bulan Ramadhan ini, Ja- batan Pembangunan Sumber Manusia bersama- sama Biro Pendidikan Kelab Kebajikan Kaki- tangan PMUIAM telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan tahun 2005. Diantara acara- acara yang diadakan Ceramah Sempena Bulan Ramadhan 2005, Solat Zohor Ber- jemaah dan Tazkirah dan Tadarus Al- Quran. Program Ihya’ Ramadhan itu te- lah dirasmikan pada 07/10/2005 (Jumaat) oleh Tuan Haji Kamaruddin Samat, Tim- balan Pengarah kanan di Jabatan Pen- tadbiran. Jadual program boleh didapati di laman web kelab. Cik Ruzanah bt Bonari dari Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan Beliau telah pulang kerahmatullah pada 05 Oktober 2005. Beliau adalah seorang Operator Telefon dan telah berkhidmat di UIA lebih kurang belasan tahun. Beliau seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin dalam menjalankan tugas. Beliau mengidap penyakit Kanser. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah. ATURCARA DIBULAN RAMADHAN Oktober 2005 Buletin Kelab Kebajikan Teras Perpaduan Hindari Pembaziran Di Bulan Ramadhan Keluaran 08/05 "Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih ha- rum di sisi Allah daripada aroma kas- turi, para malaikat memohonkan am- punan bagi mereka hingga mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Syurga-Nya lalu ber- firman (kepada Syurga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang sholeh dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku keampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang bera- mal tentu diberi balasannya jika menyele- saikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang mem- perkuatnya. Kelab Kebaijikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM Petua Memancing 2 Tahniah/Takziah 2 Enjin Kereta 3 Amalan Ramad- han 3 Dairi Di Bulan Ramadhan 5 Ketua Biro Reh- lah-Riadah 6 Jangan Menyakiti Jiran. 6 KANDUNGAN Puteri Muslimat Sejati Puteri muslimat sejati hidupmu ibarat Melati kembang subur di ta- man puteri harumnya tiada terperi Hidupkan dirimu dengan taqwa jadikan ia bekalan utama dalam meneruskan cita mulia memban- gunkan ummah yang terlena KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN Ramadhan 1426

Upload: lyduong

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Bazar Ramadhan Kelab Kebajikan melalui Biro Ekonomi telah mengadakan Bazar Ramadhan yang bermula dari 05 Oktober 2005 hingga 28 Oktober 2005. Bazar tersebut bertempat di tapak letak kereta Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya Selangor. Sebanyak 13 gerai telah dibuka. Bazar tersebut diadakan bagi kemudahan pelajar-pelajar dan kakitangan Pusat Matriku-lasi UIAM membeli juadah berbuka puasa. Ber-bagai kuih-muih dijual di sana.

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2005/ 1426H. Bagi menghidupkan bulan Ramadhan ini, Ja-batan Pembangunan Sumber Manusia bersama-sama Biro Pendidikan Kelab Kebajikan Kaki-tangan PMUIAM telah mengadakan Program Ihya’ Ramadhan tahun 2005. Diantara acara-acara yang diadakan Ceramah Sempena

Bulan Ramadhan 2005, Solat Zohor Ber-jemaah dan Tazkirah dan Tadarus Al-Quran. Program Ihya’ Ramadhan itu te-lah dirasmikan pada 07/10/2005 (Jumaat) oleh Tuan Haji Kamaruddin Samat, Tim-balan Pengarah kanan di Jabatan Pen-tadbiran. Jadual program boleh didapati di laman web kelab.

Cik Ruzanah bt Bonari dari Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan Beliau telah pulang kerahmatullah pada 05 Oktober 2005. Beliau adalah seorang Operator Telefon dan telah berkhidmat di UIA lebih kurang belasan tahun. Beliau seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin dalam menjalankan tugas. Beliau mengidap penyakit Kanser. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah.

ATURCARA DIBULAN RAMADHAN

Oktober 2005

Buletin Kelab Kebajikan Teras Perpaduan

Hindari Pembaziran Di Bulan Ramadhan

Keluaran 08/05

"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih ha-rum di sisi Allah daripada aroma kas-turi, para malaikat memohonkan am-punan bagi mereka hingga mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Syurga-Nya lalu ber-firman (kepada Syurga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang sholeh dibebaskan dari beban dan derita serta

mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku keampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang bera-mal tentu diberi balasannya jika menyele-saikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang mem-perkuatnya.

Kelab Kebaijikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM

Petua Memancing 2

Tahniah/Takziah 2

Enjin Kereta 3

Amalan Ramad-han

3

Dairi Di Bulan Ramadhan

5

Ketua Biro Reh-lah-Riadah

6

Jangan Menyakiti Jiran.

6

KANDUNGAN

Puteri Muslimat Sejati Puteri muslimat sejati hidupmu ibarat Melati kembang subur di ta-man puteri harumnya tiada terperi Hidupkan dirimu dengan taqwa jadikan ia bekalan utama dalam meneruskan cita mulia memban-gunkan ummah yang terlena

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan 1426

Page 2: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah. Mencari Perumpun Pasir / Laut Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Menjaga Mulut Pantang larang paling utama dalam aktiviti memanc-ing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti seperti. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising. Kaki Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya

Senaman Tua Pada pandangan pertama, ramai yang gelihati menden-gar perkataan Senaman Tua. Namun, setelah dijelaskan, seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan kekaguman terhadap budaya Melayu yang selama ini tersembunyi di sebalik kerendahan diri orang-orang tua dan disilaukan warna-warni komersil konsep-konsep ke-cergasan luar.

Pihak Kelab Kebajikan akan mengadakan program sena-man tua (petua). Senaman ini tidaklah susah sangat dan sesuai untuk orang yang berumur. Sesiapa yang bermi-nat sila hubungi En. Azman Nokman dan En Mohd Amin sambungan 3216 bagi mendapat keterangan lanjut.

Petua Memancing Ikan

lahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak

• Campurkan sebiji telur ayam kampung den-gan sesudu besar gula pasir. Seduhkan den-gan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

BENGKAK GUSI • Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa

dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidih barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau

• Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

SAKIT GIGI • Minumlah air rebusan kulit batang dan

daun pokok gajus atau • Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu

di kunyah-kunyah atau • Tumbukkan daun serai hingga hancur. Ma-

sukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau

• Ambil sedikit kapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

• Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditum-buk atau digiling, ambil airnya dan campur-kan sedikit madu dan gula untuk diminum atau

• Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau

• minumlah rebusan akar pokok melor atau • Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa ma-

sukkan sebatang serai yang telah dihancur-kan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir

• Panaskan limau nipis dia tas bara api. Be-

PETUA BATUK/LELAH/SEMPUT

Muka 2

Page 3: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Orang yang berpuasa dianjurkan untuk melakukan hal-hal berikut.

1. Makan sahur. Makan sahur sangat dianjurkan baik dalam bentuk makan besar atau makan

kecil atau bahkan hanya minum. Waktu sahur adalah dari tengah malam sampai menjelang fajar.

2. Menyegerakan berbuka puasa. Buka puasa

disegerakan dan didahulukan sebelum sholat maghrib. Makan besar dapat dilakukan setelah sholat maghrib.

3. Mengajak atau mengundang berbuka puasa

pada orang lain yang berpuasa. 4. Menahan diri dari perbuatan dan perkataan

yang tidak bermanfaat. 5. Solat tarawih dan solat malam yang lain. 6. I'tikaf yaitu berdiam di masjid dengan

melakukan 'ibadah. 7. Meningkatkan 'ibadah. 8. Memperbanyakan sedekah. 9. Bersuji gigi yang dapat dilakukan bila-bila

saja diantara waktu berpuasa.

En. Ayub b Baharum dari Unit Keselamatan. Beliau telah pulang kerahmatullah pada 05 September 2005

Al-Fatihah. Semoga Allah Mencucuri rahmat keatas roh beliau.

En. Subki Ahmad dar Jabatan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM, telah ditimpa kemalangan dimana rumah beliau telah ter-bakar. Peristiwa tersebut berlaku pada 28hb September 2005 (Rabu). Semoga beliau dapat bersabar diatas peristiwa yang men-impa beliau.

Ustz Mohd Sharif b. Hashim dari Jabatan Kepimpinan Dan Latihan telah selamat menimang cahayamata yang kedua, pada tanggal 08 September 2005 (khamis). Beliau telah mendapat cahayamata perempuan

Nama anak : Nur Anis Sofiah bt. Mohd Sharif.

En. Mokhtar b Ahmad dari Jabatan Pembagunan Sumber Manusia telah selamat menimang cahayamata yang kelima pada tanggal 05 September 2005 (Isnin) bersamaan 01 Sya’ban. Beliau telah mendapat cahayamata Lelaki.

Nama anak : Muhammad Fathi b. Mokhtar

TAHNIAH DAN TAKZIAH

Amalam di Bulan Ramadhan

putus, palam pencucuh rosak dan sistem pen-dawaian ignition tidak sempurna. Penalaan enjin kereta tidak sempurna perlu segera membuat ‘tune up engine’ bagi mengelakkan peng-gunaan bahan api berlebihan. Ia berpunca daripada masalah clucth pam silinder atau paip line bocor tekanan dan bagi yang meng-gunakan kabel klac yang mungkin tiada penyelarasan betul

ENJIN kereta saudara mengalami semput mungkin disebabkan beberapa faktor. Saudara perlu memeriksa penggunaan minyak petrol kemungkinan tidak sesuai dengan enjin kereta. Faktor lain ialah pam elektrik atau pam mekanikal mengalami kerosakan, penapis petrol kotor, ‘fuel line’ bocor, karburator perlu servis dan kabel choke tersangkut. Masalah teknikal lain pula berkaitan sistem ‘ignition, pengecas alternator, kabel palam pencucuh

Enjin kereta semput, gear satu sukar dikendali

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Muka 3

Page 4: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan

dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah

mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-

halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah kemak-siatan yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan

(orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW:

"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah

ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbul-kan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan ber-bangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan

dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh dari-pada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan

diterima." Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa;

imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya me-lepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi ke-

muliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu

hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayat-

nya."

“q

Muka 4

Page 5: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN 4.00 pagi

Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku

akan dikembalikan.” Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

5.00 pagi

Makan sahur Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari. Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan. 7.00 pagi

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat. 9.00 pagi

Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 12.45 tengah hari

Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib

Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA 4.15 petang

Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang

memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

Muka 5

Page 6: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

5.30 petang Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita! 6.30 petang

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku

berbuka.” Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan 11.00 malam

Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. “Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa

Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati

yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Muka 6

Page 7: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Tidak masuk syurga jika menyakiti jiran

BERSAMA KETUA BIRO REHLAH DAN RIADAH (LELAKI) Nama: Wan Ismail Wan Majid. No staff: 2067 Jawatan di UIA: Kerani. Jawatan di Kelab: Ketia Biro Rehlah Dan Riadah (Lelaki). Alamat : E-202, APT. Sri-Kayangan, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana 68000 Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan. Berapa lama jadi ahli kelab: 9 Tahun. Tarikh Lahir : 07.01.1973 Tempat lahir : Kelantan Darul Naim. Email : [email protected] Berapa cahaya mata: 1 orang. Harapan terhadap kelab: Berusaha keras mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk ahli kelab serta kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM dalam menjamin kesihatan amnya. Kenangan manis bersama kelab : Saya diberi peluang untuk menganjurkan Hari Keluarga di Pengkalan Balak, Melaka sebagai Pengarah Program Hari Keluarga pada masa itu. Kenangan pahit bersama kelab: Terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyertai hari keluarga anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi, walaupun bayarannya boleh dilakukan secara ansuran. Cadangan kepada Kelab: Saya cadangkan jawatan Pengerusi dari kalangan ahli-ahli kategori C atau D. Ini Disini kita boleh melihat mana-mana bakat kepimpinan yang baru menerajui Kelab.

Apakah hak jiran? Rasulullah tidak lupa mem-beritahu kepada kita mengenai hak jiran, malah menerangkan dengan terperinci. Sabda Rasulul-lah bermaksud: “Tahukah kamu apakah hak seorang jiran itu? Jika dia meminta tolong hen-daklah kamu menolongnya. Jika dia susah, hen-daklah kamu bermurah hati kepadanya dan jika dia sakit hendaklah kamu merawatnya.“Jika dia mati, hendaklah kamu menghantar jenazah ke pusara. Jika dia mendapat kebaikan, hendaklah anda turut gembira bersamanya dan jika dia mendapat kesusahan, hendaklah anda turut berasa susah. “Perlu ingat, jangan meninggikan bangunan rumahmu sehingga menahan angin ke rumahnya, melainkan dengan izinnya. Jangan menganiaya atau mengacaunya.“Jika anda membeli buah-buahan berilah sedikit kepadanya. “Jika anda enggan memberi maka hendaklah anda membawa masuk ke rumah dengan tidak menampakkannya kepada mereka. Jangan membenarkan anakmu memakannya di luar rumah, sehingga menimbulkan kemarahan anak-anaknya.

KONSEP kejiranan dalam Islam meliputi juga jiran yang tinggal jauh, Muslim atau bukan Muslim dan keluarga atau bukan keluarga. Orang yang tinggal serumah dengan kita, orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dan orang yang tinggal satu negeri juga dikira sebagai jiran dalam Islam. Menurut Jabir, Rasulullah SAW mengkategorikan jiran kepada tiga iaitu jiran yang mempunyai tiga hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai satu hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hubungan keluarga. Tiga hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak Islam, jiran dan keluarga.Jiran yang mempunyai dua hak pula ialah jiran Muslim iaitu hak Islam dan jiran. Sementara jiran yang mempunyai satu hak ialah zimmi iaitu orang kafir yang berada dalam naun-gan Islam. Satu hak yang ditentukan kepada jiran ini ialah hak jiran semata-mata.

Phone: 03-77803216 Fax: 03-79571006

Email: [email protected]

Biro Perhubungan dan Penerbitan Kelab Kebajikan Kakitangan

Pentadbiran Pusat Matrikulasi

Kelab Kebaijikan Kakitangan Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Kelab Kebaijikan Kakitangan

Pentadbiran Pusat Matrikulasi UIAM

Hubungi kami sekiranya ada apa-apa yang perlu berkenaan Kelab Kebajikan

kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM.

Muka 7

Page 8: Buletin Kelab - International Islamic University  · PDF filesaatnya para hamba-Ku yang sholeh ... Pada pandangan pertama, ... seringkali satu rasa hormat muncul dalam diri dan

Muka 8

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DAN TAZKIRAH SEMPENA BULAN RAMADHAN UNTUK KAKITANGAN PUSAT MATRIKULASI UIAM Masa : 1.00 petang – 2.00 petang Tempat ; Surau Mahallah Abu Bak’r As-Siddiq

TARIKH TAJUK PENCERAMAH ISNIN 10/10/2005 6 Ramadhan

“Sunnah Rasulullah S.A.W di bulan Ramad-han”

Ust. Shapizan Johari (IRKHS)

SELASA 11/10/2005 7 Ramadhan

“Fadhilat Ramadhan”

Ust. Mazlee Abdul Malik (IRKHS)

RABU 12/10/2005 8 Ramadhan

“Puasa membentuk Peribadi Muslim Cemer-lang”

Ust. Muhammad Hasbi (IRKHS)

KHAMIS 13/10/2005 9 Ramadhan

“Muhasabah”

Ust. Mohd. Ali Tuah (IRKHS)

ISNIN 17/10/2005 13 Ramadhan

“Badr Al-Qubra”

Ust. Umar Thabii Abdullah (IRKHS)

SELASA 18/10/2005 14 Ramadhan

“ Hikmah berpuasa dari sudut kesihatan”

Ust. Mansor Mamat (IRKHS)

RABU 19/10/2005 15 Ramadhan

“Bersama Menghayati Al-Quran” Ust. Kassim Ramli (IRKHS)

KHAMIS 20/10/2005 16 Ramadhan

“Taqwa” Ust Muhadir b. Hj. Joll (IRKHS)

ISNIN 24/10/2005 20 Ramadhan

“Mencari Lailatul Qadr”

Ust. Mamad Yaidi Toklubok (IRKHS)

SELASA 25/10/2005 21 Ramadhan

“Eidulfitri dari kacamata Islam sebenar”

Ust. Zahazan Mohamed (QLD)

RABU 26/10/2005 22 Ramadhan

“Fungsi Zakat Fitrah sebagai penyucian hati/jiwa”

Ust. Hasanul Basri Abdullah (IRKHS)

KHAMIS 27/10/2005 23 Ramadhan

“Akhir Ramadhan”