pengenalan ikhtiar hidup

23
PENGENALAN IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Situasi ikhtiar hidup. 1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman. 2)Ancaman binatang. 3) Masalah perlindungan. 4)lain-lain Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan). Punca situasi ikhtiar hidup Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar. Kepentingan ilmu ikhtiar hidup Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Prinsip ikhtiar hidup Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira. Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak

Upload: lisa206

Post on 23-Jun-2015

7.920 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PENGENALN IKHTIAR HIDUP

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan ikhtiar hidup

PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.

Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi ikhtiar hidup.

1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman.

2)Ancaman binatang.

3) Masalah perlindungan.

4)lain-lain

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup

Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

Kawalan diri – dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

Kerjasama – jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Persiapan.

Page 2: Pengenalan ikhtiar hidup

Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi.

-tahap kecergasan yang mencukupi

-latihan yang perlu dilakukan

-Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi

-langkah-langkah keselamatan

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1)      Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2)      Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3)      Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil

-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-1 @2 batang lilin

-1 kotak mancis api/1 pemetik api

-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)

-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

Page 3: Pengenalan ikhtiar hidup

*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.

Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.

PENGENALAN

1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DIFINISIBerikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJRKTIFKognitif· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUPDalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-a. Kelaparanb. Kehausanc. Kesakitand. Kesejukan dan kepanasane. Keletihanf. Kesepian dan ketakutan

Page 4: Pengenalan ikhtiar hidup

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUPFaktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-a. Perubatan:-i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.ii. Lomotil untuk cirit biritiii. Cadusil untuk radang perut.iv. Antibiotikv. Ubat gatalvi. Plaster, pembalut dan ubat luka.b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.ii. Bungkusan glukusiii. Bungkusan gulaiv. Bungkusan garamv. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTANDalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHANKebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb. rasa loya

Page 5: Pengenalan ikhtiar hidup

c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-a. rasa mualb. sakit perutc. demam dan sakit sendi tulang5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-1. Jangan memendekkan ujian.2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUNDalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.2. Minum air bersih yang telah dimasak.3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGANDalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGANSebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGANBeberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.

Page 6: Pengenalan ikhtiar hidup

2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina

hendaklah selamat dari air pasang.BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-a. Daun palas gajah dan palas biasa.b. Daun rumbia atau nipah.c. Daun bertamd. Daun pokok kabung dan enau.e. Daun mengkuang.f. Buluh dan kulit kayug. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.

Page 7: Pengenalan ikhtiar hidup

3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup_10.html

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah

. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri

. Peta, kompas

. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak

. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya

. Periuk, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur

. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering

. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking

. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong

. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan

tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.

Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang

. Lampu picit dan bateri

. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan

. Hammock (buaian) dan ponco

. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)

. Sarung tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan.

Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Peralatan Terpenting

. Macis atau petik api

. Parang

Parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong

buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan

Page 8: Pengenalan ikhtiar hidup

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta

berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul

bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong

dari pokok-pokok yang terdapat di kawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu

panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki

lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu

atau buluh untuk dilapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi

memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang

siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca

buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut.

Mencari Air dan Makanan

Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan.

Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk diminum. Air sungai yang keroh

pula boleh juga diminum selepas ditapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi

menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh

mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna

berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air

yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak

sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalurkan melalui kawasan yang

dikenakan bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di

rumpun-rumpun buluh. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan

diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok

buah cempedak atau langsat dan durian. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di

kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan

lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan.

Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang

beberapa hari.

Menyedia Api

Seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan

membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi

lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia

menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Antaranya ialah dengan

menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya ditangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara

itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Page 9: Pengenalan ikhtiar hidup

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu

keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu

akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-

henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap

dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah

disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak

seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu

boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.

Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk

memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.

Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan

menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat

bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan

yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan

mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara

mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang

dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga

diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

Survival – the will to live, to outlive, state of continuing to live.

1. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.

2. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia

terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.

Page 10: Pengenalan ikhtiar hidup

3. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

S - Size up the situation

U - Use all your senses

R - Remember where you are

V - Vanquish fear and panic

I - Improvise

V - Value living

A - Act like native

L - Live by your wits

Situasi ikhtiar hidup

v Kehabisan bekalan makanan dan minuman

v Ancaman binatang buas

v Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

v Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.

v Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup

v Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan

v Teknik – kemahiran ikhtiar hidup

v Material – peralatan, pakaian dan bekalan

Punca situasi ikhtiar hidup

v Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan

kegiatan

v Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Page 11: Pengenalan ikhtiar hidup

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

v Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting

yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.

v Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

v Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam

kegiatan luar.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan

Usaha

Kawalan diri

Kerjasama

1. Keselamatan

v Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa

v Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.

v Contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana

anda terlalu lapar.

v Situasi ikhtiar hidup akan menkadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan

2. Usaha

v Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah

yang dihadapi.

v Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.

v Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.

v Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar

hidup mereka.

Page 12: Pengenalan ikhtiar hidup

v Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu

3. Kawalan diri

v Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang

positif.

v Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak

terburu-buru.

v Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama

v Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.

v Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.

Alat

v Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup.

v Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air

v Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air.

v Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.

Makanan

v Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak.

v Mempuyai nilai kalori yang tinggi

v Jenis makanan beras, coklat, garam, oat, mee segera, ubi kentang, kopi

Perubatan

v pil anti cirit-birit

Page 13: Pengenalan ikhtiar hidup

v pil malaria

v pil pelali air

v 1 set alatan patukan ular atau binatang berbisa

v pil pereda kesakitan

v pil antibiotik

v ubat sapu antibiotik

Alat kegunaan

v 2 utas tali pancing – panjang 3 meter

v Mata pancing yang kecil

v 2 utas tali untuk membuat jerat – panjang 3 meter

v 2 batang lilin

v 1 kotak mancis kalis air dan pemetik api

v 1 cermin muka kecil – sebagai isyarat untuk menarik perhatian

v 1 keping aluminum foil

v Pisau kecil

v Kompas kecil

Air

v Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah

makanan.

v Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak

v Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius

v Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air

v Anak sungai, tasik, sungai

v Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah

Page 14: Pengenalan ikhtiar hidup

v Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air

Bunyi

Penglihatan

Binatang

Serangga

1. Bunyi

v Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti

mengeluarkan bunyi

v Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut

v Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan

v Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi.

v Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air

tersebut.

3. Binatang

v Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga

v Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat

air.PENGENALAN

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika

Page 15: Pengenalan ikhtiar hidup

menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

S - Size up the situation

U - Use all your senses

R - Remember where you are

V - Vanquish fear and panic

I - Improvise

V - Value living

A - Act like native

L - Live by your wits

2.0 SITUASI DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman. Kita terpaksa bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri. Seterusnya ialah situasi di mana kita mneghadapi masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita. Oleh itu, ikhtiar hidup akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

a) Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

1.) Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.

2.) Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup

3.) Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan

4.) Teknik – kemahiran ikhtiar hidup

5.) Material – peralatan, pakaian dan bekalan

b) Punca situasi ikhtiar hidup

Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar. Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Page 16: Pengenalan ikhtiar hidup

3.0 KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

4.0 PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Keselamatan

Usaha

Kawalan diri

Kerjasama

1. Keselamatan

Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

2. Usaha

Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali, kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

3. Kawalan diri

Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang

Page 17: Pengenalan ikhtiar hidup

positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

4. Kerjasama

Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

5.0 ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1) Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2) Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3) Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil

-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-1 @2 batang lilin

-1 kotak mancis api/1 pemetik api

-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)

Page 18: Pengenalan ikhtiar hidup

-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu.

Air

Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak. Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius. Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air

punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak sungai, tasik, dan sungai. Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air

Bunyi

Penglihatan

Binatang

Serangga

1. Bunyi

Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan

Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang

Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga

Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

Elemen ikhtiar hidup

1. api

2. perlindungan

3. isyarat

Page 19: Pengenalan ikhtiar hidup

4. makanan/air

5.pertolongan cemas

4.0 KESIMPULAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk

keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan

sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.

b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.

c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan

oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau

masalah kehabisan bekalan makanan.

Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar hidup yang menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

http://udienbudakpj-ipik.blogspot.com/2011/01/apa-itu-ikhtiar-hidup.html