bulatanpanduanguru1

10

Upload: ruqayyah-abd-fatah

Post on 15-Apr-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB BULATAN

TRANSCRIPT

PANDUAN GURUBULATAN

ObjektifMengenal bahagian-bahagian bulatan dan mencari luas sektor bulatan

Tempoh Pembelajaran80 minit

Istilah BaharuPusat bulatan, Jejari, Diameter, Tembereng garis, Sektor Minor, Sektor Major, Tangen kepada bulatan, Titik tangen, Perentas, Lengkok minor, Lengkok major.

PenekananProses Matematik, Model 5E (Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explain (Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian)), Inkuiri, Aplikasi kehidupan sebenar, Kemahiran berfikir aras tinggi.

Pengajaran tentang BulatanPengetahuan tentang bulatan adalah elemen yang sangat penting dalam bidang geometri dan dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan dan Kemahiran Bulatan di Peringkat Sekolah Rendah

Di peringkat sekolah rendah, murid telah didedahkan kepada pelbagai bentuk geometri termasuk pepejal. Oleh itu pelajaran ini merupakan asas yang mungkin telah dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan kebijaksanaan samada perlu mendedahkan murid kepada pelajaran ini atau tidak. Sekiranya murid telah menguasai maka guru hanya perlu menggunapakai pelajaran dalam bahagian yang lain.

Pengetahuan dan Kemahiran tentang Bulatan di Peringkat Sekolah Menengah

Di peringkat sekolah menengah, murid perlu didedahkan kepada aplikasi konsep tentang pepejal geometri terutamanya yang melibatkan konteks yang pelbagai dan kompleks.

Walau bagaimanapun konsep tentang luas permukaan dan isipadu adalah penting terlebih dahulu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan aplikasi konsep.

BULATAN 2

PANDUAN GURUBULATAN

Slaid 2 - 5

Domain Kognitif: Pengetahuan/Mengaplikas/MenaakulPengenalan kepada bulatan dengan mengaitkan kepada sejarah bulatan.

Slaid 6 - 13

BULATAN 3

PANDUAN GURUBULATAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulBincangkan maksud bulatan dan bahagian-bahagian bulatan.

Minta murid menerangkan terlebih dahulu kefahaman mereka tentang bulatan.

Bincangkan dan tekankan bahawa bulatan ialah suatu set titik-titik di atas suatu satah yang mempunyai jarak yang sama dari suatu titik tetap yang dikenali sebagai pusat bulatan. Bincangkan maksud “jarak yang sama dari suatu titik tetap” dengan meminta pandangan murid.

Bincangkan setiap slaid dengan melibatkan murid secara aktif.

Slaid 14

Domain Kognitif: Mengaplikasi/Menganalisa/MenaakulBincangkan tangen kepada bulatan.

Minta murid melukis suatu jejari yang menyambungkan pusat bulatan kepada titik tangen. Murid mengukur sudut yang terbentuk antara jejari dan garis tangen. Seterusnya murid perlu membuat kesimpulan tentang sudut yang terbentuk.

Murid harus dapat menyatakan bahawa sudut tersebut adalah sudut tegak dan sifat ini adalah benar bagi semua tangen kepada bulatan.

BULATAN 4

PANDUAN GURUBULATAN

Slaid 15 - 17

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulMurid melakukan penyiasatan tentang temberang garis dan jejari dan juga tentang jarak kepada perentas.

Murid harus dapat membuat kesimpulan bahawa sudut-sudut yang terbentuk ialah sudut tegak dan panjang tembereng garis yang dipotong adalah sama.

Kesimpulan bagi Slaid 17 ialah perentas yang terhasil adalah sama panjang.

Slaid 18 - 19

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulPerkenalkan lengkok bulatan.

Bincangkan maksud lengkok minor dan lengkok major.

Bincangkan cara menamakan sesuatu lengkok.

BULATAN 5

PANDUAN GURUBULATAN

Slaid 20 - 21

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulBincangkan bahawa panjang lengkok bulatan ditentukan berdasarkan kepada nisbah dan kadar.

Minta murid mengemukakan pandangan mereka sambil membincangkan perkadaran berkenaan.

Bincangkan soalan yang dikemukakan dengan meminta murid memberi pandangan dan menerangkan kefahaman mereka.

Slaid 22 - 23

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulPengaplikasian konsep dalam kehidupan seharian adalah penting bagi menyediakan murid menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Konsep ini juga penting dalam menyediakan murid menghadapi TIMSS dan PISA.

Bincangkan persoalan yang dikemukakan dalam slaid.

BULATAN 6

PANDUAN GURUBULATAN

Minta murid menyelesaikan masalah secara berpasangan dengan mengaplikasikan konsep perkadaran yang telah dibincangkan sebelumnya.

Berikan beberapa soalan lain untuk dibincang dan diselesaikan bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep yang melibatkan panjang lengkok.

Slaid 24 - 25

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulBincangkan pengiraan luas sektor yang juga mengguna pakai konsep yang sama dengan panjang lengkok iaitu perkadaran.

Minta murid menyelesaikan masalah yang dikemukakan secara berpasangan.

Berikan beberapa soalan lain untuk dibincangkan dan diselesaikan bagi mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep yang melibatkan luas sektor.

Slaid 26 -27

\Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul

Kemukakan soalan yang terdapat dalam slaid.

Minta murid berbincang dan menyelesaikan masalah secara berpasangan.

Minta murid membentangkan jawapan.

BULATAN 7

PANDUAN GURUBULATAN

Bincangkan jawapan murid.

Slaid 28 - 34

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/MenaakulKemukakan soalan yang terdapat dalam slaid.

Minta murid berbincang dan menyelesaikan masalah secara berpasangan.

Minta murid membentangkan jawapan.

Bincangkan jawapan murid.

BULATAN 8