bukupanduanpjj

Upload: clano-cah

Post on 15-Jul-2015

513 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BUKU PANDUAN KEMASUKANBUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) PROGRAM JARAK JAUH (PJJ) AMBILAN FEBRUARI 2012

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PENDAHULUANTahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ ini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

SENARAI SEMAK(Tanda / di kotak yang berkenaan) SEMAK STATUS JAYA TAWAR DI URL http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ SETUJU TERIMA AKU JANJI DAN IKRAR MAHASISWA UPSI CETAK SURAT TAWARAN ONLINE DI URL http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ CETAK BUKU PANDUAN KEMASUKAN PJJ http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ CETAK PELEKAT KENDERAAN http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ CETAK JADUAL PENDAFTARAN http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ MUATNAIK GAMBAR DALAM FORMAT .JPG KE http://umpc.upsi.edu.my SEDIAKAN SALINAN DOKUMEN DAN MASUKKAN KE DALAM SAMPUL BERIKUT: SAMPUL A SAMPUL B : SALINAN DOKUMEN AKADEMIK : SALINAN BUKU AKAUN BANK

SEDIA DAN BAWA KOMPUTER RIBA (LAPTOP) UNTUK SESI LATIHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) DI MAKMAL IT (MAKMAL PENTAGON)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PERIHAL UNIVERSITIPengenalan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, melalui dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Penubuhan UPSI adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan bersahsiah mulia dalam bidangbidang sains, teknologi, pengurusan serta bidang-bidang bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan dengan penekanan khusus kepada unsur pendidikan. Lokasi Kampus UPSI memiliki dua buah kampus pengajian,iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah. Sehingga kini, kampus utama UPSI terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang terletak di kawasan bandar Tanjong Malim iaitu di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan,manakala Kampus Sultan Azlan Shah di Behrang Ulu masih dalam perancangan. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

Fakulti Dan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI Pada Ambilan Februari 2012 ini, UPSI menjalankan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI dengan usaha sama Kementerian Pelajaran Malaysia. Fakulti dan program yang terlibat adalah: FAKULTI KOD PROGRAM AT05J Bahasa dan Komunikasi AT50J AT62J At33j Sains Kemanusiaan At32j At35j At14j Sains dan Matematik AT16J AT03J Sains Sukan & Kejurulatihan AT59J Pengurusan dan Ekonomi Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Pendidikan dan Pembangunan Manusia Sistem Akademik Universiti mengamalkan Sistem Semester. Satu sesi akademik mengandungi dua (2) semester iaitu Semester Satu (1) dan Semester Dua (2). AT08J AT23J AT34J Pend. Jasmani & Kesihatan Pend. Perakaunan Pend. Seni Visual Pend. Sekolah Rendah Pend. Sains Pend. Sains Sukan PROGRAM Pend. Bahasa Melayu Pend. Bahasa Cina Pend. Bahasa Tamil Pend. Geografi Pend. Sejarah Pend. Islam Pend. Matematik SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

SYARAT SYARAT TAWARAN KEMASUKAN1. Syarat Penerimaan Masuk 1.1 1.2 Warganegara Malaysia Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di Sekolah Rendah/Sekolah Menengah/Sekolah Bantuan Kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Peajaran Negeri/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berumur 47 tahun dan ke bawah pada tahun 2012. (Lahir pada atau selepas tahun 1965). Telah disahkan dalam jawatan. Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan dengan tajaan KPM. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

1.3 1.4 1.5 1.6 2.

Syarat Tambahan 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus - menerus lebih daripada 3 tahun. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum Mempunyai kesihatan yang baik. Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini. Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.

3.

Calon Yang Tidak Layak Memohon 3.1 3.2 3.3 Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib. Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM). Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.

4.

Anda mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui laman web http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ. Sekiranya Universiti tidak menerima pengesahan daripada anda, anda akan dianggap menolak tawaran. 4.1 Tawaran ini terbatal sekiranya : 4.1.1 anda adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti kursus di maktabmaktab perguruan atau institusi-institusi pendidikan tinggi dalam atau luar

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

negara atau sedang mengikuti program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan. 4.1.2 anda gagal melaporkan diri, walaupun anda telah mengesahkan penerimaan tawaran ini.

4.2

UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan adalah tidak benar.

5.

Etika Pelajar Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki: 5.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa; sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta serta kemudahankemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh sesiapa juga; tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dan sebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatankegiatan yang boleh menjejaskan nama baik Universiti; menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti; menjelaskan semua yuran/bayaran-bayaran yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti

5.2

5.3

5.4 5.5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

6. Peraturan Pakaian Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki mematuhi Peraturan Pakaian yang ditetapkan seperti berikut: 6.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki 6.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaitu berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang.; berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas; memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian jeans tidak dibenarkan sama sekali; memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau berekreasi; memakai kasut kulit dan berstoking.

6.1.2

6.1.3

6.1.4 6.1.5 6.2

Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan 6.2.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti berbaju kurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlengan panjang atau paras siku dan tidak sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan; Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah); Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans dan kemeja T tidak dibenarkan sama sekali; Memakai make-up, aksesori dan pewangi secara sederhana; Memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan tumit,

6.2.2

6.2.3

6.2.4 6.2.5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

7. Program Yang Ditawarkan Program yang ditawarkan kepada anda adalah muktamad dan anda tidak dibenarkan menukar program pengajian. Anda juga tidak dibenarkan menangguh kemasukan ke UPSI. Menangguh kemasukan dianggap menolak tawaran. 8. Kuliah Perjalanan kuliah akan dimaklumkan oleh pihak Pusat Program Luar (PPL) semasa hari pendaftaran.

PERSEDIAAN SEBELUM MELAPOR DIRI1. Bayaran Yuran Pendaftaran Pelajar-pelajar PPG (PJJ) UPSI ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2.

Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: 2.1 Pakaian semasa melapor diri Lelaki/Perempuan : Pakaian pejabat 2.2 Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti Lelaki Perempuan : pakaian pejabat/bertali leher : pakaian pejabat

3.

Gambar 3.1 Saudara/i WAJIB muatnaik (upload) gambar tersebut dalam bentuk softcopy ke URL ini iaitu http://umpc.upsi.edu.my. Tarikh akhir proses upload adalah sebelum 15 Februari 2012. Sila pastikan gambar yang dimuatnaik adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan saudara/i perlu menyemak dari semasa ke semasa status foto yang dimuatnaik ke URL tersebut dari semasa ke semasa.

3.2

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

4. Sijil dan Salinan Sijil (Serahan pada hari Pendaftaran) 4.1 Saudara/i dikehendaki membawa sijil-sijil asal dan 1 salinan (fotostat) sijil-sijil akademik/dokumen lain yang telah disahkan, hanya salinan (fotostat) sijilsijil/dokumen yang disahkan sahaja diterima untuk urusan pendaftaran. Saudara/i diWAJIBKAN untuk menyediakan DUA (2) jenis sampul surat untuk dimasukkan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti tertera dalam jadual di bawah:DOKUMEN i. 1 Salinan (fotostat) Kad Pengenalan yang telah dipalang TINDAKAN Saudara/i dikehendaki : 1. Labelkan sampul dengan label SAMPUL A (AKADEMIK) di sudut atas kanan sampul. 2. Catatkan nama, no. K/P dan No. Pendaftaran Pelajar (No. Matriks) di tengah sampul surat

4.2

SAMPEL

SAMPUL A A4 Size

ii. 1 Salinan (fotostat) Surat Beranak iii. 1 Salinan (fotostat) Keputusan Akhir atau Keseluruhan Sijil/Diploma Perguruan iv. 1 Salinan (fotostat) Diploma Perguruan v. 1 Salinan (fotostat) MUET vi. 1 Salinan (fotostat) Surat Pengesahan Jawatan vii. 1 Salinan (fotostat) Kad OKU (jika berkenaan)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

SAMPEL

DOKUMEN

TINDAKAN

SAMPUL B 9 X14

Salinan (fotostat) buku bank/slip Saudara/i dikehendaki : pembukaan akaun. 1. Labelkan sampul Contoh: dengan label SAMPUL B (AKAUN BANK) di sudut atas kanan sampul. 2. Catatkan nama, no. K/P dan No. Pendaftaran Pelajar (No. Matriks) di tengah sampul surat Saudara/i dikehendaki membuka akaun bank (manamana bank di Malaysia) dan menyerahkan satu salinan Buku Bank/Slip Pembukaan Akaun di Kaunter Bendahari pada hari pendaftaran. Jika telah mempunyai akaun bank (mana-mana bank di Malaysia) sebelum ini tidak perlu lagi membuka akaun baru.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PENDAFTARAN DAN SESI TAKLIMATPENDAFTARAN Saudara/i dikehendaki mendaftar diri pada tarikh, tempat dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran. SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT 1. Sesi pendaftaran akan diadakan selama satu (1) hari sahaja. 2. Sesi pendaftaran merangkumi dua sesi iaitu Pendaftaran Kemasukan dan Sesi Taklimat oleh pihak UPSI dan BPG, KPM. SESI LATIHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) Saudara/i dikehendaki mengikuti Sesi Latihan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di Makmal IT (Pentagon) bersebelahan dengan Dewan SITC selepas Sesi Pendaftaran. Sila bawa komputer riba (laptop) bagi memastikan sesi latihan ini berjalan dengan lancar.

PETA KE UPSI DAN LOKASI PENDAFTARAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PERTANYAANSekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi: PEJABAT Bahagian Hal Ehwal Akademik Unit Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) PERKARA - Surat Tawaran - Tarikh Lapor Diri - Cuti Belajar - Perjanjian Pembiayaan - Surat Tawaran BPG - Jadual Kuliah - Pembahagian Kumpulan - Modul PJJ - Proses Pengajaran dan Pengajaran - Pusat PembelajaranUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NO.TELEFON 05- 4506929 05- 4506932 05- 4506930 03-88841323/1223

Pusat Program Luar (PPL)

05 4506167 05 - 4506268

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS