buku tarif elektrik bagi sabah dan wp labuan

18
BUKU TARIF 1 Januari 2014 SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Upload: hangoc

Post on 30-Dec-2016

322 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

BUKU TARIF

1 Januari 2014

SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Page 2: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

1

Kepada pengguna yang dihargai, Kerajaan telah meluluskan semakan semula tarif elektrik berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Semakan semula ini adalah merupakan usaha berterusan bagi membolehkan SESB menampung kos penyediaan dan pembekalan yang telah meningkat semenjak 1986. Berikutan daripada penstrukturan semula tarif yang lalu pada tahun 2011, SESB telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keselamatan dan keberdayaharapan bekalan elektrik yang berterusan di Sabah. Terdapat pelbagai peningkatan yang telah dicapai oleh SESB antaranya ialah penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem dari 687 minit pada 2010 kepada 381.27 minit pada November 2013. Walaubagaimanapun, kami memperakui masih terdapat banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh SESB bagi menampung peningkatan permintaan dan pertumbuhan ekonomi Sabah. Antara tumpuan utama bagi semakan semula pada kali ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar tarif bagi penggunaan 300 kWj pertama, agar ianya tidak memberi kesan kepada pengguna domestik yang berada dalam julat ini. Terdapat ciri-ciri utama lain yang menarik dinyatakan di dalam buku ini dan kami berharap pengguna boleh memahami sepenuhnya. Bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia, Kerajaan telah melaksanakan “Feed in Tariff” (FiT), suatu mekanisme baru di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2014, Kerajaan akan mengenakan 1.6% untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang akan dicaj ke atas bil bulanan pengguna bagi penggunaan 300 kWj ke atas. Pengguna domestik dengan penggunaan 300kWj ke bawah akan dikecualikan daripada caj ini. Kami akan berusaha untuk terus meningkatkan kualiti dan keberdayaharapan bekalan elektrik di Sabah dan perkhidmatan kepada pengguna kami. Kami menghargai pemahaman dan kepercayaan anda. Terima kasih. Ir. Hj. Abd Razak Sallim Pengarah Urusan

Page 3: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

2

Kandungan Muka Surat 1. Definisi 3– 5 2. Maklumat Am 6– 10 3. Tarif Elektrik 11– 13 4. Memahami Bil Elektrik Anda 14– 15 5. Saluran Pembayaran Bil 16 –17 6. Pelbagai 18– 19

Page 4: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

3

1. DEFINISI Definisi berikut hendaklah digunapakai :

(a) “PENGGUNA” bererti seseorang dan/atau entiti yang menerima bekalan elektrik melalui talian-talian bekalan SESB dari mana-mana satu punca bekalan dengan syarat bahawa jika seseorang dan/atau entiti menerima bekalan lebih dari satu punca bekalan, orang dan/atau entiti itu akan dianggap sebagai pengguna berasingan bagi setiap punca bekalan tersebut.

(b) “PENGGUNA KEDIAMAN” bererti pengguna yang menduduki rumah

kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau untuk sebarang bentuk aktiviti atau perkhidmatan perniagaan, perdagangan dan profesional.

(c) “JALURAN PENGGUNAAN ASAS KEDIAMAN (LIFELINE BAND DOMESTIC)”

bererti penggunaan elektrik untuk 200 kWj pertama sebulan bagi pengguna Kediaman.

(d) “PENGGUNA PERDAGANGAN” bererti, tetapi tidak terhad kepada, pengguna

yang menduduki atau mengendalikan blok pejabat, hotel, pangsapuri khidmat, rumah penginapan, kompleks beli-belah, rumah kedai, tempat letak kereta, gudang, bengkel, restoran, estet, ladang, ladang ternakan, pelabuhan, lapangan terbang, pepasangan keretapi, pepasangan telekomunikasi, pepasangan penyiaran, padang golf, pusat hiburan/rekreasi/sukan, sekolah/institusi pengajian, organisasi agama/kebajikan, pepasangan kerajaan dan angkatan tentera, hospital, loji sistem pendingin lingkungan, penyimpandingin, dan sebarang perniagaan lain atau aktiviti perdagangan yang mana aktiviti utamanya tidak terlibat di dalam perusahaan pembuatan, kuari atau perlombongan.

(e) “PENGGUNA PERINDUSTRIAN” bererti pengguna yang menjalankan

perusahaan pembuatan barangan dan produk. Aktiviti pembuatan ertinya pertukaran sesuatu bahan mentah atau komponen kepada produk akhir seperti membuat, mengubah, mencampur, menghias, menyempurna atau merawat, mengubahsuai apa-apa bahan untuk tujuan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusan; juga termasuk pemasangan alat-alat dan pemprosesan makanan tetapi hendaklah tidak termasuk sebarang aktiviti yang kebiasaannya dikaitkan dengan perniagaan runcit atau borong. Aktiviti kuari galian, batu dan sumber asli yang lain dan pengepaman bagi loji rawatan air, loji pengagihan air & pembentungan juga diklasifikasi sebagai Pengguna Perindustrian. Di samping itu, jumlah kuasa (watt) untuk lampu dan sistem hawa dingin yang terpasang untuk kegunaan pejabat hendaklah tidak melebihi 20% daripada jumlah kuasa (watt) kesemua peralatan elektrik yang dipasang.

Definisi

Page 5: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

4

(f) “PENGGUNA LAMPU JALANRAYA” bererti pengguna yang menggunakan tenaga elektrik untuk tujuan menerangi jalan-jalan, lebuhraya-lebuhraya, jambatan-jambatan awam, dan juga jalan atau jambatan di kawasan kampung.

(g) “CO-GENERATOR” bererti penjana yang menggunakan satu sumber tenaga utama untuk menjana secara berturutan dua bentuk tenaga berlainan yang berguna pada kadar kecekapan yang melebihi 70%.

(h) “VOLTAN RENDAH” dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan yang

tidak melebihi 1,000 volt. (i) “VOLTAN SEDERHANA” dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan

dari 11,000 volt hingga 33,000 volt. (j) “VOLTAN TINGGI” dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari

66,000 volt dan ke atas. (k) “KILOWATT KEHENDAK MAKSIMA” bagi mana-mana bulan hendaklah dikira

sebagai dua kali ganda kilowatt-jam tertinggi yang dibekalkan dalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut.

(l) “kWj” bererti kilowatt-jam. (m) “ANGKADAR KUASA PURATA” bererti sudutkosinus yang mana tangen

didapati dengan membahagikan jumlah reaktif kilovolt-ampiar-jam oleh jumlah kilowatt-jam yang direkodkan dalam mana-mana bulan oleh meter SESB.

(n) “KILOVOLT-AMPIAR REAKTIF KEHENDAK MAKSIMA” bagi mana-mana bulan

hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilovolt-ampiar-jam reaktif tertinggi yang dibekalkan didalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut.

(o) “BULAN” bererti tempoh di antara dua masa bacaan meter berturutan. Meter

lazimnya dibaca lebih kurang setiap tiga puluh hari. (p) “TEMPOH PUNCAK” bererti tempoh di antara jam 0800 hingga jam 2200. (q) “TEMPOH LUAR-PUNCAK” bererti tempoh di antara jam 2200 hingga jam

0800. (r) “CAJ MINIMA BULANAN (CMB)” bererti caj minima bulanan yangdikenakan

ke atas pengguna di mana bil bulanan elektrik (kW dan/atau kWj) adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual 1.

(s) “CAJ SAMBUNGAN BEBAN” bererti caj yang akan dikenakan sekiranya

Kehendak Maksima (KM) sebenar yang direkodkan/diukur dalam satu bulan tidak mencapai 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan.

Page 6: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

5

(t) “CAJ SAMBUNGAN” bererti pembayaran oleh pengguna yang memerlukan infrastruktur untuk bekalan elektrik baru dan/atau untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada bagi mendapat bekalan elektrik tambahan.

(u) “KANUN GRID” bererti kanun berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dan

garis panduan-garis panduan untuk perancangan, penjadualan dan penghantaran, operasi sistem dan penyambungan elektrik di Sabah & W.P. Labuan yang sedang berkuatkuasa, tertakluk kepada pindaan atau perubahan dari masa ke semasa.

2. MAKLUMAT AM 2.1 SYARAT-SYARAT AM BEKALAN ELEKTRIK

Tenaga elektrik adalah dibekalkan mengikut peruntukkan – peruntukkan Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan – Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 dan Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 dan semua pindaan yang dibuat ke atasnya.

2.2 VOLTAN

Voltan-voltan SESB yang diisytiharkan adalah seperti berikut:

Paras Voltan

Voltan Bekalan

Voltan Rendah Satu Fasa Tiga Fasa

230V 400V

Voltan Sederhana 11,000V 22,000V 33,000V

Voltan Tinggi 66,000V 132,000V 275,000V

2.3 FREKUENSI

Frekuensi bekalan ialah 50Hz ± 1% . 2.4 METER

(a) Semua meter yang perlu akan disediakan oleh SESB untuk menyukat penggunaan elektrik. Pengguna-pengguna dikehendaki membayar caj untuk pemasangan meter tambahan yang diminta oleh mereka dan boleh dikenakan caj bagi sebarang fasiliti meter khas yang dipasang oleh SESB.

Page 7: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

6

(b) Pengguna tidak boleh mengganggu peralatan dan meter SESB, atau membenarkan sesiapa selain daripada pekerja SESB yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja pada peralatan dan meter SESB.

(c) Jika meter hilang, musnah atau rosak, pengguna hendaklah membayar kos sepenuhnya kepada SESB bagi membaiki atau menggantinya sepertimana yang ditetapkan oleh SESB.

(d) Gangguan secara sengaja pada mana-mana aspek sistem meter dan pembekalan SESB adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan membawa kepada hukuman penjara dan/atau denda.

(e) Jika pengguna menyangka yang meternya tidak memberi bacaan dengan

tepat, pengguna tersebut boleh meminta supaya meternya diuji oleh SESB. Bayaran ujian akan dikenakan dan bayaran ini hanya akan dipulangkan sekiranya ketidaktepatan meter berkenaan didapati melebihi 3% .

2.5 KEBENARAN MASUK KE PREMIS PENGGUNA

Pekerja-pekerja SESB yang diberi kuasa dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 untuk memasuki mana-mana premis pengguna pada bila-bila masa yang patut untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan bekalan elektrik, termasuk memeriksa, memantau peralatan, radas atau pemasangan yang berkenaan dengan tujuan tersebut, atau pun yang berkenaan dengan merekod, menghitung pembeklaan elektrik tersebut.

2.6 AKAUN

(a) Pengguna dikehendaki membayar Caj Minima Bulanan (CMB) untuk tiap-tiap bekalan yang disambungkan. CMB adalah jumlah bayaran minima yang perlu dibayar oleh pengguna setiap bulan.

(b) Setiap pengguna dikehendaki membayar wang cagaran yang dikira

berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan elektrik. Wang cagaran itu, selepas ditolak tunggakan bil, akan dipulangkan apabila pengguna itu berhenti menerima bekalan elektrik. Wang cagaran tidak boleh dipindah milik kepada pengguna lain. Semua wang cagaran tunai akan melayakkan pengguna untuk diberi rebet tahunan oleh SESB dan akan dikredit ke dalam akaun pengguna.

(c) Akaun-akaun hendaklah dijelaskan pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan

di dalam bil elektrik. Bekalan elektrik boleh dipotong jika akaun-akaun tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan.

(d) Surcaj sebanyak 1% sebulan akan dikenakan untuk setiap hari atau sebahagian

daripadanya selama tempoh kelewatan bayaran bagi pengguna yang gagal membayar bil mereka sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan mengenakan surcaj ini, SESB tidak melepaskan haknya untuk memotong bekalan pengguna tersebut.

Page 8: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

7

2.7 PEMBAYARAN WANG TERHUTANG KEPADA SESB

(a) Pengguna akan dimaklumkan mengenai kesemua yuran dan caj di atas melalui bil rasmi.

(b) Pembayaran hanya boleh dibuat kepada juruwang di premis SESB atau agen kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB.

(c) Pembayaran hendaklah diakuterima sama ada oleh SESB atau agen kutipan/

saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB. 2.8 NOTIS UNTUK MENAMATKAN PENERIMAAN BEKALAN

Pengguna hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja kepada pejabat SESB setempat untuk menamatkan bekalan. Sekiranya notis tersebut tidak diberi, pengguna bertanggungjawab membayar semua caj berkaitan sehingga tarikh bacaan meter terakhir.

2.9 ANGKADAR KUASA

Pengguna hendaklah berusaha untuk mendapatkan Angkadar Kuasa seberapa tinggi di dalam pengendalian sebarang pemasangan elektriknya. Pengguna hendaklah mencapai Angkadar Kuasa minima sebanyak 0.90 untuk pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV atau ke atas,dan 0.85 untuk pengguna-pengguna lain. Penalti akan dikenakan sekiranya Angkadar Kuasa minima tersebut tidak tercapai. Penalti tersebut adalah dikira seperti berikut:- Jika Angkadar Kuasa purata dalam mana-mana bulan didapati:-

(a) Kurang dari 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul, bayaran surcaj sebanyak 1.5% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu; dan

(b) Kurang dari 0.75 [0.80] susul, selain dari bayaran surcaj di bawah perenggan

(a) di atas, surcaj sebanyak 3% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu.

Nota: Angka Angkadar Kuasa yang ditunjukkan dalam kurungan segiempat adalah untuk semua pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV dan ke atas. Angka Angkadar Kuasa tanpa kurungan segiempat adalah untuk pengguna-pengguna lain.

Angkadar Kuasa minima 0.85 [0.90] adalah tertakluk kepada pindaan untuk memenuhi keperluan-keperluan Kanun Grid yang berkuatkuasa. Lingkungan Angkadar Kuasa yang disebutkan di (a) dan (b) untuk mengira penalti Angkadar Kuasa akan diselaraskan sewajarnya untuk menunjukkan Angkadar Kuasa minima baru yang dinyatakan di dalam kanun-kanun yang berkenaan.

Page 9: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

8

2.10 BEKALAN SEMENTARA

Pengguna-pengguna yang memohon untuk bekalan sementara akan dikenakan kadar tarif yang sesuai dengan kategori mereka, serta ditambah surcaj 33% atas jumlah bil bulanan. Kontrak bekalan bagi beban sementara adalah terhad tempohnya dan pengguna akan dikenakan Caj Sambungan bagi keseluruhan kos pemasangan untuk tujuan memberi bekalan sementara ini dan pembukaan infrastruktur SESB kemudiannya apabila bekalan ditamatkan.

2.11 CAJ SAMBUNGAN BEBAN

Pengguna perlu membayar Caj Sambungan Beban bulanan dengan kadar RM8.50 setiap kW bagi perbezaan Kehendak Maksima (KM) di antara KM sebenar yang direkodkan/ diukur dalam sesuatu bulan dengan 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan. Caj ini akan dihadkan kepada 5 tahun selepas tempoh pengecualian (grace period) selama setahun (1) daripada tarikh bekalan dimulatugas.

2.12 PENGGUNA YANG MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI PERNIAGAAN

Pengguna yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang melibatkan lebih dari satu kategori tarif, hendaklah:-

(a) mengisytiharkan kepada SESB aktiviti utama perniagaan mereka seperti yang

dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat atau seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahunan terbaru yang dimajukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(b) memasang kemudahan meter berasingan untuk setiap aktiviti bagi

melayakkan pengguna mendapat tarif yang berkaitan. Jika tidak, SESB akan mengenakan tarif yang berdasarkan klasifikasi tarif yang bersesuaian; dan

(c) menanggung kos keseluruhan bagi pemasangan kemudahan meter yang

berasingan. 3. TARIF ELEKTRIK 3.1 MAKLUMAT TARIF

Tarif seperti di Jadual 1, telah diluluskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Page 10: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

9

3.2 PERUNTUKAN PERJANJIAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 29 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

Seksyen 29 Akta Bekalan Elektrik 1990 memperuntukkan, antara lainnya, perjanjian khas boleh dibuat di antara SESB dengan pengguna yang menetapkan terma-terma dan syarat-syarat khas bekalan termasuk kadar tarif. Tarif bagi bekalan pukal atau tariff khas boleh termasuk dalam perjanjian khas ini.

3.3 JADUAL TARIF 3.3.1 Jadual 1 Kadar-kadar tarif SESB adalah seperti berikut:-

KATEGORI TARIF KADAR UNIT

1. Tarif DM – Tarif Kediaman

100 kWj pertama (1-100 kWj) sebulan 100 kWj berikutnya (101-200 kWj) sebulan 100 kWj berikutnya (201-300 kWj) sebulan 200 kWj berikutnya (301-500 kWj) sebulan 500 kWj berikutnya (501-1000 kWj) sebulan Setiap kWj berikutnya (1001kWj Keatas) sebulan Caj minima bulanan ialah RM5.00

17.5 18.5 33.0 44.5 45.0 47.0

Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj Sen/kWj

2. Tarif CM1 – Tarif Perdagangan Voltan Rendah

200 kWj pertama(1-200 kWj) sebulan Setiap kWj berikutnya(201 kWj onwards) sebulan Caj minima bulanan ialah RM15.00

38.5 39.5

Sen/kWj Sen/kWj

3. Tarif CM2 – Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialah RM1,000.00

23.20 32.4

RM/kW Sen/kWj

4. Tarif CM3 – Tarif Perdagangan Puncak/ Luar-Puncak Voltan Sederhana

Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Luar Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00

32.60

32.4 19.5

RM/kW

Sen/kWj Sen/kWj

Page 11: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

10

TARIF CATEGORY RATES UNIT

5. Tarif ID1 – Tarif Perindustrian Voltan Rendah

Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialah RM15.00

37.6

Sen/kWj

6. Tarif ID2 – Tarif Perindustrian Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj Caj minima bulanan ialah RM1,000.00

21.75 26.8

RM/kW Sen/kWj

7. Tarif ID3 – Tarif Perindustrian Puncak/Luar –Puncak Voltan Sederhana

Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak Bagi semua kWj dalam tempoh Luar Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00

28.00

28.6 18.0

RM/kW

Sen/kWj Sen/kWj

8. Tarif PL – Tarif Lampu Jalanraya Bagi semua kWj (tidak termasuk senggaraan) Bagi semua kWj (termasuk senggaraan) Caj minima bulanan ialah RM15.00

20.3

36.3

Sen/kWj

Sen/kWj

DU 3.4 TARIF KHAS

3.4.1 Tarif Khas adalah salah satu opsyen yang ditawarkan kepada pengguna yang berkelayakan selain tarif sedia ada. Tarif Khas ini ditawarkan untuk menggalakan Pengurusan Beban Pelanggan (Demand Side Management). Pengguna yang berkelayakan akan mendapat penjimatan apabila menggunakan elektrik dalam keadaan tersebut.

Page 12: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

11

3.4.2 Skim Tarif Khas yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:-

(a) Tarif Khas Waktu Luar Puncak

Skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak adalah ditawarkan kepada pengguna yang layak, tambahan ke atas struktur tarif semasa yang digunapakai. Tarif khas ini adalah ditawarkan bagi menggalakkan Demand Side Management. Pengguna yang layak akan mendapat penjimatan tambahan dengan penggunaan elektrik di dalam keadaan tertentu. Ianya terdiri :-

Tarif Komersil CM2 Voltan Sederhana

Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana

Tarif Komersil dan Industri (CM1 & ID1) Voltan Rendah untuk Jangka yang mempunyai alatubah arus berkadaran 3 x 150/5A dan ke atas.

Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak ini akan menikmati diskaun sebanyak 20% ke atas penggunaan elektrik semasa waktu luar puncak (10.00 malam hingga 8.00 pagi) setiap hari.

(b) Tarif Khas Hari Ahad

Skim Tarif Khas Hari Ahad ditawarkan kepada semua pengguna Industri dan Komersil voltan sederhana. Ianya terdiri:-

Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana

Tarif Industri ID3 Voltan Sederhana waktu puncak/ luar puncak

Tarif Industri CM2 Voltan Sederhana

Tarif Industri CM3 Voltan Sederhana puncak/luar puncak

Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Hari Ahad akan membayar kadar tarif yang sama seperti kadar tarif sedia ada. Walau bagaimanapun, caj Kehendak Maksima tidak akan dikenakan ke atas penggunaan elektrik pada hari Ahad.

4. MEMAHAMI BIL ELEKTRIK ANDA

Bil Elektrik anda dikira seperti berikut:- (a) CAJ ELEKTRIK

Caj elektrik dikira berdasarkan bacaan meter yang merekodkan jumlah penggunaan elektrik berdasarkan tarif yang berkaitan.

Page 13: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

12

(b) LAIN-LAIN ITEM CAJ SESB boleh mengenakan caj dan/atau surcaj untuk kelewatan bayaran, Angkadar Kuasa, caj sambungan, alat kimpalan, bekalan sementara dan lain-lain caj yang boleh dikenakan di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan.

Page 14: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

13

EDWARD WILLIAM LOT 1969, JLN PENAMPANG 89500 PENAMPANG

SILA HUBUNGI PEJABAT SESB TERDEKAT DAN BERIKAN BACAAN SEBENAR JIKA MENERIMA BIL ANGGARAN KOD (E). MAKLUMAN REBAT KERAJAAN RM20 DILANJUTKAN SEHINGGA 31.12.2013

11/2013 11UAT1 MR2170

3101 00012345 20012345 TUNAI 500.00 63686766

BIL AKHIR 02-10-2013 228.95 N DM BAYARAN AKHIR 11-09-2013 400.50

0.00 228.95 01-11-2013

02-11-2013 08-12-2013 N

98990999 1.0000 8000.00 8714.00 714.00 KWJ

BLOK KEGUNAAN ELEK. 120.00 0.175 RM 21.00 120.00 0.185 RM 22.20 360.00 0.330 RM 118.80 114.00 0.345 RM 39.33 DANA WANG TENAGA BOLEH BAHARU 1.6% RM 3.22

RM 204.55 RM 0.00 RM 188.58 RM 0.00 RM 0.00

RM 204.55 RM 228.95

RM

0.00

RM

433.50

: 15454 : 1-800-881135

KOTA KINABALU

07.01.2014

EDWARD WILLIAM LOT 1969, JLN PENAMPANG 89500 PENAMPANG

3101 00012345 63686766 433.50

1

4

5

3

7

6

2

❶ Account Number & Deposit

Kod Stesen (Stesen Code) where bill issued

No. Akaun (Account Number) electricity bill account number

Cagaran (Deposit) the estimated total electricity consumed for a period of two month

❷ Bill & Payment

Bil Akhir (Previous Bill) contains the details of the previous bill which you would have received before the new bill is issued

Bayaran Akhir (Latest Payment) is the most recent payment you have made

Tarif (Tarif) defines the Tarif category for your premises. It differs depending on wheter the usage for residential, business, industrial or other purposes

❸ Additional Deposit & Outstanding Cagaran Tambahan (Additional Deposit) will be imposed automatically when the usage is increased. The amount is the diffrence between the new and the existing deposit. Tunggakan (Outstanding Balance) is the amount that you have yet to pay. If payment has beenmade, kindly ignore it as the new bill could have been printed before the system was updated. Bayaran Dimasuk Setakat (Last Update) is the date we update your previous payment before issuing a new bill.

❺ Meter Reading

Dahulu (Previous) is the meter reading as of the previous date.

Semasa (Current) is the meter reading as of the present date

Kegunaan (Usage) is the total electricity consumed

Unit is the measurement of electricity in kWj

❹ Billing Date

Bacaan Dahulu (Previous Date) is the date previous reading.

Bacaan Semasa (Current Date) is the date recent month

Jenis Bacaan (Reading Type) is the type of meter reading (N) Normal (E) Estimate

❻ Current Bill Details

Unit is the split of usage according to the Tarif block and prorate block (Example in this bill for 36 days reading cycle. eg[36/30*100 =120 unit for 1st & 2nd block, 36/30*300 = 360 unit for 3rd block and balance for the 4th block 114 unit (714-120-120-360 =114)]

Kadar (Rate) is the rate imposed on each consumption block.

Amaun (Amount) is the result of unit multiplied with rate. ❼ Bill Amount & Other Charge

Amaun Elektrik (Amount Electricity) is total of the amount

usage, 1.6% RE Fund, 10% discount (Education, Welfare and

Worship).

Lain-lain Caj (Other Charge) is charges such of Power

Factor Penalty & 33% Temporary Supply

Pelbagai (Miscellaneous) is the credit given or extra charge

imposed such as credit payment, cash deposit rebate and

excess or inadequate bill

Jumlah Perlu Dibayar (Total Bill Amount) is the amount of

electricity consumed inclusive of miscellaneous charges,

penalty, outstanding balance, additional deposit and total

previous estimated adjustment (if any)

❽ Payment Due Date

Bayar bil semasa sebelum (Payment Due Date) is the last day that you have to settle the bill amount to avoid late payment penalty. Total outstanding amount must be paid immediately to avoid disruption of electricity supply.

8

CONTOH BIL PENGGUNA DOMESTIK

Page 15: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

14

5. SALURAN PEMBAYARAN BIL Untuk kemudahan anda, pembayaran bil buat masa ini boleh dilakukan melalui saluran-saluran berikut:

i) KAUNTER KUTIPAN SESB (Sila kemukakan bil elektrik anda)

Semua kaunter Pejabat Kawasan SESB Kaunter Wisma SESB – Tingkat bawah Kaunter SESB di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Pekan Sikuati (TAMU), Kudat

ii) KAUNTERPANDU LALU

Wisma SESB

iii) AUTOMATED TELLER MACHINE (ATM) Bank Simpanan Nasional Maybank

iv) MELALUI TALIAN TELEFON

MBF “CALL & PAY” di talian 088-246633 (untuk pemegang MBF dan MasterCard sahaja, bukan pemegang MBF dikehendaki mendaftar untuk menggunakan kemudahan ini)

v) INTERNET BANKING /WEBSITES Maybank www.maybank2u.com.my HSBC www.hsbc.com.my CIMB www.cimb.com.my Public Bank www.publicbank.com.my Am Bank www.ambank.com.my Alliance Bank www.alliance.com.my Pos Malaysia Berhad www.posonline.com.my MBF “Click n Pay” www.mbfcards.com.my

vi) SISTEM BAYARAN PUKAL (Jabatan Pengurusan Kredit)

Page 16: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

15

vii) LAIN-LAIN PUSAT KUTIPAN1 Pejabat Pos Malaysia Berhad (POS)2 Bank Simpanan Nasional (BSN)2 Alliance Bank2 Agro Bank (BPM)2 CIMB Bank2 Bank Islam2 Ibu Pejabat DBKK Jabatan Air, Gaya Park Penampang Telekom Malaysia Berhad (TMpoint) – Sadong Jaya, Kota Kinabalu Jabatan Kerja Raya (JKR) – Sembulan Pekan Kinarut

Nota:

1Semua Pembayaran diatas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja 2Di Sabah & W. P. Labuan sahaja

viii) KEMUDAHAN LAIN3

SESB sebagai Agen Kutipan untuk: Bil Air - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja Bil TM - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja Assessment/Quit Rent - Kaunter SESB KotaKinabalu Sahaja

Nota: 3Semua Pembayaran di atas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja Sila rujuk www.sesb.com.my atau pejabat SESB yang terdekat untuk maklumat terkini mengenai kemudahan pembayaran bil. M

Page 17: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

16

6. PELBAGAI 6.1 UNDANG-UNDANG TERPAKAI

Buku Tarif ini tertakluk dan ditafsirkan selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya termasuk sebarang pindaan dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa.

a. KESERAGAMAN Jika terdapat sebarang percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Buku Tarif ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

b. APLIKASI

Buku Tarif ini adalah untuk digunapakai oleh pengguna SESB di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

6. Pelbagai PUSAT PENGURUSAN PANGGILAN DAN PUSAT PERKHIDMATAN PENGGUNA SETEMPAT SESB Pusat Pengurusan Panggilan (Call Management Centre – CMC) disediakan oleh SESB untuk memberi maklumbalas yang lebih cepat kepada panggilan telefon pengguna yang mengalami gangguan bekalan elektrik. Pusat ini dikendalikan oleh pembantu perkhidmatan pengguna yang terlatih dan boleh dihubungi melalui talian 1-5454.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Setempat atau One Stop Customer Centre (OSCC) di talian 1-800-881135.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Jabatan Pengurusan Komersil Bahagian Pembahagian Sabah Electricity Sendirian Berhad Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman 88673 Kota Kinabalu, Sabah . Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SESB di www.sesb.com.my

Page 18: Buku Tarif Elektrik bagi Sabah dan WP Labuan

17

ALAMAT PERHUBUNGAN ZON/KAWASAN/JABATAN SESB DI SELURUH SABAH

PEJABAT ZON: ZON METRO/ KENDALIAN PEMBAHAGIAN KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Off Jalan Kepayan, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282630Telefax: 088-282631

ZON UTARA / KOTA BELUD

Sabah Electricity Sdn. Bhd.

PetiSurat 73

89157 KotaBelud

Talian Am: 088-972507 Telefax: 088-972532

ZON WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Sabah Electricity Sdn. Bhd.

PetiSurat 52

87008 W.P. Labuan

Talian Am: 087-412020 Telefax: 087-416088

ZON TIMUR / SANDAKAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. Beg Berkunci 67 90009 Sandakan Talian Am : 089-619600 Telefax: 089-611987

ZON SELATAN / TAWAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 126 91007 Tawau Talian Am: 089-714020 Telefax: 089-713919

ZON UTARA /KUDAT Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 146 89057 Kudat Talian Am: 088-624208 Telefax: 088-611692

ZON BARAT / BEAUFORT Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 93 89807 Beaufort Talian Am: 087-211587 Telefax: 087-225364

ZON PEDALAMAN / KENINGAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 41 89007 Keningau Talian Am: 087-335467 Telefax: 087-334846

ZON TENGGARA /LAHAD DATU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 60094 91110 Lahad Datu Talian Am: 089-889231 Telefax: 089-889142

PEJABAT KAWASAN: KAWASAN KOTA KINABALU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Tingkat Bawah, Wisma SESB 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282143 Telefax: 088-282141

KAWASAN TENOM Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 84 89907 Tenom Talian Am: 087-733154 Telefax: 087-733202

KAWASAN PAPAR Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 126 89608 Papar Talian Am: 088-913100 Telefax: 088-914794

KAWASAN TUARAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 165 89208 Tuaran Talian Am: 088-788187 Telefax: 088-792316

KAWASAN BELURAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 60 90107 Beluran Talian Am: 089-511137 Telefax: 089-511220

KAWASAN KUALA PENYU Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 39 89747 Kuala Penyu Talian Am: 087-884805 Telefax: 087-885603

KAWASAN RANAU Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 47 89307 Ranau Talian Am: 088-870532 Telefax: 088-876443

KAWASAN TELUPID Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 15 89300 Telupid Talian Am: 089-521927 Telefax: 089-521736

KAWASAN SIPITANG Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 94 89857 Sipitang Talian Am: 087-821527 Telefax: 087-821739

KAWASAN KOTA MARUDU Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 15 89109 KotaMarudu Talian Am: 088-661430 Telefax: 088-661020

KAWASAN KOTA KINABATANGAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. W.D.T. 11 90200 Kota Kinabatangan Talian Am: 089-562802 Telefax: 089-562544

JABATANPENGURUSAN KREDIT Tingkat 2, Wisma SESB JalanTunku Abdul Rahman 88673 KotaKinabalu Talian Am: 088-282332Telefax: 088-259434

KAWASAN PITAS Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 422 89108 Pitas Talian Am: 088-612875 Telefax: 088-615810

KAWASAN KUNAK Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 5 91207 Kunak Talian Am: 089-851255 Telefax: 089-851388

KAWASAN TAMBUNAN Sabah Electricity Sdn. Bhd. Peti Surat 238 89657 Tambunan Talian Am: 087-774949 Telefax: 087-773426

KAWASAN SEMPORNA Sabah Electricity Sdn. Bhd. PetiSurat 103 91308 Semporna

Talian Am: 089-781218 Telefax: 089-781216