buku panduan - bip.sabah.gov.my · dewan undangan negeri sabah bahagian kabinet dan dasar, jkm...

23
BUKU PANDUAN CARA-CARA PEMAKAIAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN SERTA PAKAIAN ISTIADAT NEGERI SABAH

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Buku panduan

    cara-cara pemakaian darjah keBesaran,Bintang dan pingat

    kehormatanserta

    pakaian istiadatnegeri saBah

  • Buku panduan

    cara-carapemakaian darjah keBesaran,

    Bintang dan pingat kehormatanserta

    pakaian istiadatnegeri saBah

  • jawatankuasapenerBitan Buku panduan

    cara-cara pemakaian darjah keBesaran,Bintang dan pingat kehormatan serta

    pakaian istiadat negeri saBahPengerusi

    setiausaha hal ehwal dalam negeri dan penyelidikanjabatan ketua menteri

    Setiausahapenolong setiausaha hal ehwal dalam negeri dan penyelidikan

    jabatan ketua menteri

    ahli-ahliBalai seni Lukis sabah

    jabatan peguam Besar negeriBahagian istiadat dan protokol, jkm

    istana negeriBahagian pengurusan dan kewangan, jkm

    jabatan cetak kerajaanpejabat akhbar dan penerbitan, jkm

    dewan undangan negeri sabahBahagian kabinet dan dasar, jkm

    penghargaanJawatankuasa Penerbitan Buku Panduan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Sharudin bin Sukimin dan Cik Jassica Jane Mohd. Afsur Khan kerana sudi memperagakan cara-cara memakai Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Negeri Sabah.

    Cetakan Ketiga dengan Pindaan2014

    Terbitan:Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan

    Jabatan Ketua Menteri, Sabah

  • Dicetak oleh pencetak kerajaan,Datuk haji salsiDu bin haji ibrahim, p.g.D.k., k.m.n., j.p.,

    jabatan cetak kerajaan, sabah, malaysia.2014.

    kandungan muka surat

    1. Kata Pengantar Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah 1

    2. Pengenalan 2 - 3

    3. Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Negeri Sabah 4 - 17

    4. Pakaian Istiadat Lelaki 18 - 25

    5. Pakaian Kebangsaan 26

    6. Pakaian Istiadat Wanita 27 - 28

    7. Cara dan Peraturan Memakai Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Negeri Sabah 29 - 37

  • 37

    anak Bintang (miniature)Kesemua Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Negeri Sabah mempunyai anak bintangnya. Anak bintang hanya dipakai untuk istiadat waktu malam dengan Pakaian Istiadat Nombor Dua. Contoh gambar di atas ialah lencana di leher iaitu bintang Darjah A.S.D.K., manakala anak bintang ialah daripada Darjah A.D.K.Anak bintang dipakai pada pangkal dada kiri seperti memakai lencana bintang ukuran biasa pada siang hari. Anak bintang boleh dipakai bersama-sama selempang darjah yang sama dan anak bintang bagi darjah-darjah lain yang diterima.Jika anak bintang itu banyak, cara menyusunnya adalah sama seperti menyusun lencana bereben untuk Pakaian Istiadat Nombor Satu, iaitu yang paling utama sekali di sebelah kanan.

  • 36

    kata pengantaryang Berhormat

    setiausaha kerajaan negeri saBah

    Buku Panduan Cara-cara Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan serta Pakaian Istiadat Negeri Sabah diterbitkan sebagai panduan semua penerima anugerah tersebut, khususnya mengenai cara-cara memakainya mengikut peraturan. Buku Panduan ini adalah pindaan kepada Buku Panduan terbitan 1997.

    Buku Panduan ini mengandungi beberapa perubahan termasuk reka bentuk baru aksesori “epaulette/georgette” yang menampilkan 6 variasi yang berlainan yang membezakan jawatan si pemakainya yang berbeza di antara satu dengan lain. Di samping itu Buku Panduan ini memaparkan pengubahsuaian Pakaian No. 2 Istiadat Rasmi Wanita.

    Saya berharap agar terbitan Buku Panduan ini akan dapat membantu memastikan setiap penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah akan memakainya dengan betul dan memahami cara dan peraturan memakainya.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Buku Panduan Cara-cara Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan serta Pakaian Istiadat Negeri Sabah atas usaha gigih dan kejayaan menerbitkan Buku Panduan ini.

    Sekian, terima kasih.

    sukarti Bin wakiman

    B.s.k., B.k. atau p.p.t. dengan pakaian istiadat nomBor satuCara dan peraturan memakai lencana B.S.K., B.K. atau P.P.T. dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu adalah seperti contoh gambar di atas, iaitu:-Lencana dipakai pada pangkal dada sebelah kiri. Ia dipakai tergantung pada rebennya. Pin penyemat hendaklah disematkan di atas lubang kocek kiri dipasang pada satu bar supaya kelihatan kemas. Jika terlalu banyak, bintang-bintang itu hendaklah disusun tindih tetapi bar mestilah tidak terlalu panjang. Susunan bintang-bintang mestilah yang paling utama tarafnya diletakkan di kanan. Jika bintang-bintang disusun tindih, yang di kanan sekali mestilah kelihatan sepenuhnya.

  • 2 35

    pengenaLan

    Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan Negeri Sabah diwujudkan dalam tahun 1963 melalui enakmen bernama “State Honours Enactment 1963 (No. 33 of 1963)”. Pengurniaan pertama kali adalah pada 14 November 1963 bersempena dengan Kemerdekaan Negeri Sabah menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia. Pengurniaan pada tahun berikutnya adalah bersempena dengan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

    Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan dianugerahkan kepada seseorang sebagai menghargai dan mengakui perkhidmatan cemerlang dan sumbangan baktinya kepada negeri ini. Darjah-Darjah Kebesaran juga dianugerahkan kepada Ketua-Ketua Negeri dan Negara serta pemimpin-pemimpin besar negara lain yang bersahabat dengan negeri ini sebagai tanda persahabatan dan ikatan silaturahim di antara negeri ini dengan negeri dan negara yang berkenaan.

    Pada umumnya Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan dianugerahkan kepada Rakyat Malaysia. Bukan warganegara Malaysia yang telah memberikan khidmat bakti dengan cemerlangnya kepada negeri ini boleh juga dianugerahi Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan, tetapi penganugerahan itu adalah sebagai anugerah kehormat.

    Menurut “State Honours Enactment 1963”, Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah terbahagi kepada tiga, iaitu:-

    1. Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu

    2. Bintang Kinabalu

    3. Pingat Perkhidmatan Terpuji

    a.s.d.k. atau a.d.k. dengan pakaian istiadat nomBor satuCara dan peraturan memakai lencana A.S.D.K. atau A.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu adalah seperti contoh gambar di atas, iaitu:-1. Lencana A.S.D.K. atau A.D.K. dipakai pada leher dengan melilitkan rebennya pada leher dan

    mengeluarkan lencananya. Jika dipakai dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu, lencana tergantung di antara percantuman kolar baju, iaitu di atas lubang butang yang di atas sekali dan dikeluarkan sedikit bahagian reben pergantungannya. Jika dipakai dengan Pakaian Istiadat Nombor Dua pada waktu malam, lencana hendaklah digantung di bawah “black tie” (bow tie) dan juga menampakkan sedikit reben pergantungannya.

    2. Jika seseorang dikurniai lencana leher yang lain, hanya tiga buah lencana boleh dipakai sekali gus dalam satu masa. Cara memakai lencana tersebut ialah bertingkat-tingkat di antara satu sama lain dan paling utama di atas.

  • 334

    Pembahagian ini terbahagi pula kepada beberapa kelas dan susunan taraf. Susunan taraf keutamaannya adalah seperti yang berikut:-

    darjah yang amat mulia kinabalu

    Kelas Satu : Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.)

    Kelas Dua : Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.)

    Kelas Tiga : Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.)

    Kelas Empat : Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.)

    Bintang kinabalu

    Kelas Satu : Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.)Kelas Dua : Bintang Kinabalu (B.K.)

    pingat perkhidmatan terpuji (p.p.t.)

    Sijil Kehormat (S.K.)

    Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah dinaungi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sendiri.

    p.g.d.k. dengan pakaian istiadat nomBor dua

    Cara dan peraturan memakai Darjah Kebesaran P.G.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Dua (mess kit) adalah sama seperti cara dan peraturan memakai Darjah Kebesaran S.P.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Dua seperti contoh gambar di atas.

  • 4 33

    p.g.d.k. dengan pakaian istiadat nomBor satu

    Cara dan peraturan memakai Darjah Kebesaran P.G.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu adalah sama seperti cara dan peraturan memakai selempang dan bintang S.P.D.K. seperti contoh gambar di atas, tetapi tanpa kalung.

  • 32 5

    s.p.d.k. dengan pakaian istiadat nomBor dua

    Cara dan peraturan memakai Darjah Kebesaran S.P.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Dua (mess kit) adalah seperti contoh gambar di atas, iaitu:-

    Kalung Darjah Kebesaran tidak dipakai. Selempang digantung di bawah jaket pada bahu sebelah kanan dan hujung selempang tergantung di sebelah kiri. Lencana selempang hendaklah berada pada kedudukan yang tidak tertutup oleh tangan kiri. Bintang utamanya disematkan pada bahagian hadapan bawah sebelah kiri baju.

    seri pangLima darjah kinaBaLu (s.p.d.k.)

    Lambang Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) terdiri daripada Kalung, Bintang, Selempang dan Lencana.

    Mereka yang dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah, maka pelantikannya itu dengan sendirinya membawa gelaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) walaupun selepas bersara daripada jawatan Yang di-Pertua Negeri.

    Mereka yang dianugerahi Seri Panglima Darjah Kinabalu berhak menggunakan gelaran DATUK SERI PANGLIMA pada pangkal namanya sama ada lelaki ataupun wanita. Isteri ahli lelaki bergelar DATIN SERI PANGLIMA. Suami bagi wanita yang menerima darjah ini tidak boleh memakai gelaran DATUK SERI PANGLIMA.

    tanda darjah kebesaran s.p.d.k.

    1. kalung Rantai Kalung diperbuat daripada emas. Kalung ini mempunyai tiga belas mata

    rantai bersambungan di antara satu sama lain.

    Buah Kalung ialah lencana bintang pecah lima yang diperbuat daripada emas. Di tengah-tengah bintang itu ialah bulatan bertulis “SABAH MAJU JAYA” dalam huruf timbul yang diperbuat daripada emas. Di tengah-tengah bulatan itu ialah Lambang Negeri Sabah.

    2. selempang Kain Selempang darjah ini diperbuat daripada kain sutera dengan jalur-jalur

    berwarna membujur. Selempang ini mempunyai simpulan pada bahagian bawahnya. Di bawah simpulan inilah digantungkan sebuah lencana darjah ini.

    3. Lencana Lencana ini diperbuat daripada emas. Di tengah-tengahnya ialah bulatan diperbuat

    daripada enamel putih bertulis “SABAH MAJU JAYA” dalam tulisan rumi melengkungi Lambang Negeri Sabah.

    4. Bintang Bintang Darjah Kebesaran S.P.D.K. diperbuat daripada emas dan berbentuk

    bintang pecah lima yang dicanai seperti permata berbaris. Di belakang bintang ialah lencana pecah lima. Di tengah-tengah bintang itu ada bulatan timbul yang diperbuat daripada enamel putih berukir cogan kata “SABAH MAJU JAYA” dalam tulisan rumi melengkungi Lambang Negeri Sabah.

  • 6 31

    Peraturan memakai kalung adalah seperti yang berikut:-1. Apabila kalung dipakai, selempang daripada darjah yang sama tidak boleh dipakai,

    tetapi selempang daripada darjah yang lain, jika ada bolehlah dipakai. Sebagai contoh, kalung bagi Darjah S.P.D.K. tidak boleh dipakai bersama selempang Darjah S.P.D.K., tetapi boleh dipakai bersama selempang P.G.D.K. atau selempang daripada Darjah Persekutuan atau daripada mana-mana Darjah negeri lain. Contoh gambar di muka surat 30 ialah kalung daripada Darjah S.P.D.K., manakala selempang ialah daripada Darjah P.G.D.K.

    2. Hanya satu kalung boleh dipakai dalam satu-satu masa. Ini bererti jika sekiranya seseorang menerima lebih daripada satu darjah yang mempunyai kalung, kalung daripada darjah utama bagi upacara yang dihadirinya itu sahaja yang boleh dipakai.

    3. Jika ada dua darjah berlainan yang mempunyai kalung, maka selempang dan bintang bagi darjah yang berlainan itu bolehlah dipakai.

    4. Kalung hanya dipakai pada Hari Kalung seperti yang berikut:- (a) Hari Pengurniaan Darjah Kebesaran oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua

    Negeri. (b) Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan

    atau hari pelantikan Yang di-Pertua Negeri. (c) Hari Pembukaan Sidang Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. (d) Upacara-upacara lain yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau

    Jabatan Ketua Menteri.

    seLempangSelempang dipakai dari bahu kanan ke rusuk kiri. Selempang hendaklah disisipkan di bawah “epaulette”. Lencana selempang pula hendaklah berada pada kedudukan yang tidak tertutup oleh tangan kiri.

    BintangBintang S.P.D.K. dipakai pada dada kiri dengan menyematkannya terus ke baju dengan menggunakan pin yang telah tersedia di belakang bintang itu. Kedudukannya ialah kira- kira di tengah-tengah poket kiri pakaian istiadat.

    Harus diingat oleh sesiapa yang memiliki lebih daripada satu Bintang Kebesaran Negeri dan negeri-negeri lain, hanya tiga buah bintang sahaja boleh dipakai dalam satu-satu masa. Jika dua buah, bintang-bintang itu hendaklah disusun satu di atas dan satu di bawah. Jika tiga buah, susunannya mestilah satu di atas dan dua di bawah seperti bentuk tiga segi. Jika susunan itu mengganggu keselesaan si pemakai, dua buah bintang bolehlah disusun di atas dan sebuah di bawah. Peraturan susunannya, adalah yang paling utama di atas dan yang kedua utama di bawah sebelah kanan dan yang seterusnya di sebelah kiri bentuk tiga segi itu.

  • 730

    s.p.d.k. dengan pakaian istiadat nomBor satuCara dan peraturan memakai Darjah Kebesaran S.P.D.K. dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu adalah seperti contoh gambar di atas, iaitu:-kaLungKalung tidak dipakai pada leher, tetapi pada bahu dengan menyangkutkannya pada celah-celah “epaulette” pakaian istiadat. Keadaannya sewaktu dipakai mestilah sama labuhnya di hadapan dan di belakang. Buah kalung hendaklah tergantung di tengah-tengah dada.

    pangLima gemiLang darjah kinaBaLu (p.g.d.k.)

    Panglima Gemilang Darjah Kinabalu ialah Darjah Kebesaran yang kedua tertinggi di negeri Sabah. Darjah Kebesaran ini biasanya dikurniakan kepada seseorang yang berjawatan tinggi dalam apa juga lapangan dan telah menyumbangkan bakti cemerlang kepada kerajaan dan negeri Sabah selama beberapa tahun dengan tanggungjawab dan pengaruh tinggi dan sesuai dengan kedudukannya. Mereka ini menjadi ikutan dalam lapangan perkhidmatan dan pekerjaannya itu untuk kebaikan negeri dan negara.

    Mereka yang menerima darjah ini sama ada lelaki ataupun wanita berhak memakai gelaran “DATUK”, manakala isteri lelaki yang menerima darjah ini digelar “DATIN”.

    Suami bagi seseorang wanita yang menerima darjah ini tidak berhak memakai gelaran “DATUK”.

    tanda darjah kebesaran p.g.d.k.

    1. selempang Kain Selempang darjah ini diperbuat daripada kain sutera dengan jalur-jalur berwarna

    membujur. Selempang ini mempunyai simpulan pada bahagian bawahnya. Di bawah simpulan inilah digantungkan lencana darjah ini.

    2. Lencana Lencana ini diperbuat daripada emas. Di tengah-tengahnya ialah bulatan daripada

    enamel putih bertulis “SABAH MAJU JAYA” dalam tulisan rumi melengkungi Lambang Negeri Sabah.

    3. Bintang Bintang Darjah Kebesaran P.G.D.K. diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang

    pecah lima yang dicanai seperti permata berbaris. Di tengah-tengah bintang itu ada bulatan timbul yang diperbuat daripada enamel putih berukir cogan kata “SABAH MAJU JAYA” dalam tulisan rumi melengkungi Lambang Negeri Sabah.

  • 8

    caradan peraturan

    memakaidarjah keBesaran

    dan Bintang kehormatannegeri saBah

  • 28 9

    pakaian istiadat nomBor dua wanita

    Pakaian Istiadat Nombor Dua (mess kit) untuk wanita (khas bagi mereka yang layak memakainya) untuk istiadat pada waktu malam yang dipakai bersama blaus. Reka bentuk pakaian adalah seperti contoh gambar di atas. Kasutnya hendaklah jenis yang sesuai berwarna hitam.

    ahLi setia darjah kinaBaLu (a.s.d.k.)

    Darjah ini ialah kelas ketiga dalam kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan bertaraf tinggi dalam masyarakat serta telah banyak berjasa kepada negeri Sabah, tetapi belum setaraf dengan P.G.D.K. dari segi kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat dan juga dari segi sumbangannya itu.

    Tidak ada had bilangan bagi pengurniaan darjah ini dan setiap penerimanya tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran pada hadapan namanya.

    tanda darjah a.s.d.k.

    1. Sebuah lencana bulat diperbuat daripada perak bersadur emas. Permukaan lencana ini bergelugur seperti permata bersusun.

    2. Di tengah-tengah lencana ini terdapat bintang timbul pecah lima diperbuat daripada enamel putih. Lima buah bulan sabit dan bintang kecil pecah lima yang diperbuat daripada logam bersadur emas ditatahkan di antara mata bintang itu.

    3. Di tengah-tengah bintang terdapat bulatan berukir dengan cogan kata “SABAH MAJU JAYA”. Permukaan bulatan itu ialah enamel putih berbayang dan di dalamnya terdapat lukisan Gunung Kinabalu. Lencana ini digantungkan pada sehelai reben. Kepala lencana ini ialah sebuah gelang yang diperbuat daripada perak. Gelang ini berbentuk dua batang bunga padi. Di tengah-tengah gelang ini terdapat Lambang Negeri Sabah. Pada gelang inilah tempat digantungkan lencana ini pada reben lencana.

  • 2710

    pakaian istiadat nomBor satu wanita

    Pakaian Istiadat Nombor Satu untuk wanita (khas bagi mereka yang layak memakainya) untuk istiadat pada waktu siang adalah menggunakan bahan kain dan warna yang sama dengan Pakaian Istiadat Nombor Satu Lelaki, tetapi reka bentuk pakaian serta “topi istiadat wanita” adalah berlainan seperti contoh gambar di atas. Kasutnya hendaklah jenis yang sesuai berwarna hitam.

  • 26 11

    pakaian keBangsaan

    Pakaian Kebangsaan ialah baju Melayu seperti contoh gambar di atas yang terdiri daripada:-

    (a) Baju Melayu cekak musang berwarna hitam.(b) Seluar daripada kain yang sama dengan baju Melayu.(c) Kain samping daripada kain songket berwarna hitam bersulam emas.(d) Songkok hitam.(e) Kasut hitam (bukan selipar) dengan stoking hitam.

    ahLi darjah kinaBaLu (a.d.k.)

    Darjah ini ialah kelas keempat dalam kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berkedudukan dan berjawatan tinggi dan telah banyak berkhidmat kepada negeri Sabah, tetapi khidmatnya dan juga kedudukannya belum memadai untuk diberi darjah yang lebih tinggi. Pengurniaan darjah ini tidak terhad jumlahnya.

    tanda darjah a.d.k.

    1. Tanda darjah ini hampir sama dengan tanda darjah A.S.D.K., iaitu sebuah lencana dan reben lencana untuk menggantungkan lencana itu pada leher pemakainya.

    2. Perbezaannya ialah lencana A.D.K. tidak bertatah bulan sabit dan bintang kecil pada celah-celah mata bintang besar. Juga pada lencana A.D.K., tidak ada lambang kebesaran yang dilengkapi dengan ukiran bunga padi pada kepala lencana. Lencana ini dipakai pada leher dengan digantung pada sehelai reben.

  • 12 25

    pakaian istiadat nomBor dua LeLaki

    Pakaian Istiadat Nombor Dua (mess kit) bagi lelaki (khas bagi mereka yang layak memakainya) untuk istiadat pada waktu malam adalah seperti contoh gambar di muka surat 24 yang terdiri daripada:-

    1. Jaket putih.

    2. Pada hujung lengan jaket kiri dan kanan masing-masing terdapat tiga (3) butang kecil yang berukir Lambang Negeri Sabah diperbuat daripada logam “brass” halus berkilat berwarna emas.

    3. Pada bahu kiri dan kanan jaket terdapat “epaulette” berwarna hitam dengan ukiran benang emas. Apabila dipakai bahagian tajam “epaulette” hendaklah diletakkan pada bahagian sebelah leher, manakala bahagian ratanya pada bahagian hujung bahu.

    (sila rujuk muka surat 24)

    4. Di sebalik jaket ialah baju kemeja putih berlengan panjang.

    5. Di tengah-tengah kolar baju kemeja tersemat “black tie” (bow tie) berwarna hitam yang sesuai besarnya.

    6. Di bahagian bawah tengah sebelah kiri dan kanan kolar jaket, disematkan dua (2) buah lencana “escutcheon” berbentuk Lambang Negeri Sabah yang berwarna emas.

    7. Di bahagian hujung bawah kolar jaket tersemat sebuah butang besar yang berukir Lambang Negeri Sabah berwarna emas.

    8. Seluar hitam yang sama yang dipakai untuk Pakaian Istiadat Nombor Satu.

    9. Bengkung hitam yang dipasang pada keliling pinggang menutup bahagian atas seluar.

    10. Kasut kulit hitam tanpa tali jenis “half wellington boot”.

  • 24 13

    Bintang setia kinaBaLu (B.s.k.)

    Bintang ini ialah kelas pertama dalam kumpulan Bintang Kinabalu. Bintang ini dikurniakan kepada seseorang yang telah memberikan bakti dengan cemerlang kepada negeri Sabah selama beberapa tahun, lebih daripada kejayaan biasa yang dikehendaki daripadanya, semasa ia menjalankan tanggungjawab yang tidak berapa tinggi taraf kedudukannya dalam masyarakat dan juga dalam pekerjaan. Pengurniaan bintang ini tidak terhad bilangannya.

    tanda Bintang setia kinabalu (B.s.k.)

    1. Sebuah lencana bulat yang diperbuat daripada perak bersalut emas. Sebelah hadapan lencana ini berukir Lambang Negeri Sabah.

    2. Lencana ini digantung pada reben. Di tengah-tengah reben itu tersemat bulan sabit kecil dan bintang kecil pecah lima berwarna keemasan.

  • 14 23

    Gambar “Topi Istiadat Wanita”. Lencana “escutcheon” berbentuk Lambang Negeri Sabah berwarna keemasan hendaklah disematkan betul-betul di atas tengah garisan lilitan emas di sisi sebelah kiri.

  • 1522

    Bintang kinaBaLu (B.k.)

    Bintang ini ialah kelas kedua dalam kumpulan Bintang Kinabalu. Ia dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa kepada negeri Sabah dengan cemerlang dan penuh taat setia dengan kebolehan istimewa dan pekerti yang mulia, termasuk perkhidmatan lama (long services). Pengurniaan bintang ini tidak terhad jumlahnya.

    tanda Bintang kinabalu (B.k.)

    Tanda bintang ini serupa dengan tanda B.S.K., iaitu sebuah lencana yang digantung pada sehelai reben. Rupa lencana serupa dengan tanda B.S.K. Perbezaannya ialah bintang ini tidak disertai dengan bulan sabit dan bintang kecil pecah lima di tengah-tengah rebennya.

    Gambar songkok baldu berwarna hitam untuk lelaki. Lencana “escutcheon” berbentuk Lambang Negeri Sabah berwarna keemasan hendaklah disematkan betul-betul di atas tengah garisan lilitan emas di sisi sebelah kiri.

  • 16 21

    orang awam bergelar datuk

    perkhidmatan awam

    Gambar atas ialah “epaulette” untuk hiasan bahu, manakala gambar bawah ialah “georgette” untuk hiasan leher.

  • 1720

    pingat perkhidmatan terpuji

    Pingat ini merupakan satu-satunya pengurniaan dalam kumpulan perkhidmatan terpuji. Ia dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan peringkat rendah yang telah berkhidmat dengan setianya kepada negeri Sabah tidak kurang daripada 20 tahun berterusan dengan budi pekerti dan kelakuan baik. Pingat ini juga dikurniakan kepada anggota-anggota angkatan tentera dan polis peringkat rendah dan perkhidmatan berpakaian seragam yang lain yang telah memberikan perkhidmatan terpuji serta cemerlang kepada negeri Sabah, negara dan pasukannya.

    tanda pingat perkhidmatan terpuji

    Pingat ini merupakan sebuah lencana perak berbentuk bulat dengan perkataan “Perkhidmatan Terpuji” tertulis di belakangnya. Pingat ini digantung pada sehelai reben.

    Gambar atas ialah “epaulette” untuk hiasan bahu, manakala gambar bawah ialah “georgette” untuk hiasan leher.

    menteri

    pembantu menteri

    ahli dewan undangan negeri

  • 18 19

    pakaian istiadat nomBor satu LeLaki

    Pakaian Istiadat Nombor Satu bagi lelaki (khas bagi mereka yang layak memakainya) untuk istiadat pada waktu siang adalah seperti contoh gambar di muka surat 18 yang terdiri daripada:-

    1. Jaket putih kain “Terylene”.

    2. Jaket berbutang lima, iaitu butang besar berukir Lambang Negeri Sabah diperbuat daripada logam “brass” halus berkilat berwarna emas. Apabila dipakai, ukiran Lambang Negeri Sabah hendaklah menegak dengan kemas.

    3. Pada hujung lengan jaket kiri dan kanan masing-masing terdapat tiga (3) butang kecil yang sama ukiran dan jenisnya dengan butang besar.

    4. Pada bahu kiri dan kanan jaket terdapat “epaulette” berwarna hitam dengan berukir benang emas. Apabila dipakai, bahagian tajam “epaulette” hendaklah diletakkan pada bahagian sebelah kaki leher, manakala bahagian ratanya pada bahagian hujung bahu.

    5. Pada bahagian kolar jaket tersemat “georgette” berwarna hitam berukir benang emas. Apabila dipakai, “georgette” ini hendaklah dicantumkan bahagian tengahnya dengan pin pencantum.

    6. Seluar hitam kain “Terylene” (straight cut). Pada tepi kiri dan kanannya terdapat jalur benang emas.

    7. Kasut kulit hitam tanpa tali jenis “half wellington boot”.

    8. Songkok baldu hitam setinggi 10.2 cm yang berlilitkan benang emas dengan 1 cm lebar. Pada sebelah kiri songkok, kira-kira di atas hujung kening kiri, disematkan “escutcheon” berbentuk Lambang Negeri Sabah yang berwarna emas. Kedudukan “escutcheon” ini hendaklah di tengah-tengah lilitan benang emas berkenaan (bukan di atas atau di bawahnya).