laporan kabinet

40
BALKIS HANANI BINTI MOHAMMAD RUSLI(D20121058566) NOR AISHAH BINTI JAAFAR (D20121057920) WAN NURUL WAHIDAH BINTI WAN LANANG (D20111049117) NURDALILA BINTI MAZLAN (D20121058592) LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (LAPORAN KABINET) KUMPULAN 10

Upload: kesuma-wahida

Post on 29-Nov-2014

1.444 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: laporan kabinet

BALKIS HANANI BINTI MOHAMMAD RUSLI(D20121058566)

NOR AISHAH BINTI JAAFAR (D20121057920) WAN NURUL WAHIDAH BINTI WAN LANANG

(D20111049117)NURDALILA BINTI MAZLAN (D20121058592)

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR

PELAJARAN KEBANGSAAN(LAPORAN KABINET)

KUMPULAN 10

Page 2: laporan kabinet

• Menurut Choong Lean Keow (2008), Laporan Kabinet merupakan satu laporan yang mengandungi isu-isu penting  berkaitan dengan pendidikan termasuklah prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

• Idea untuk menggubal FPK telah tercetus setelah laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran diterbitkan pada tahun 1979.

Laporan Kabinet telah ditubuhkan pada September 1974 dan ianya dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran.

Tujuan utama laporan ini adalah untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu.

Ia juga bertujuan untuk  memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka masa pendek dan panjang

-memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisplin serta terlatih

SEJARAH LATAR BELAKANG LAPORAN KABINET

Page 3: laporan kabinet

Laporan Kabinet ini telah dikemukakan pada November 1979 dan jawatankuasa laporan tersebut telah mendapati bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang menghalang untuk mencapai matlamat pendidikan yang bermutu dalam sistem pendidikan ketika itu.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.

Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru 1970.

Ini telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.

Page 4: laporan kabinet

Laporan ini telah dipengurusikan oleh Tun Dr. Mahathir

Antara menteri lain yang terlibat ialah Datuk Lee San Choon, Tan Sri Manickavasagam, Datuk Hj. Mohd Asri B. Hj Muda, Datuk Amar Hj Abdul Taib B. Mahmud, Datuk Ali B. Hj Ahmad, Dato’ Michael Chen Wing Sum, Dato’ Musa B. Hitam

Dasar bermaksud satu kenyataan yang bertujuan. Perlaksanaan bermaksa satu proses kearah

merealisasikan pencapaian matlamat dan objektif .

PENGENALAN LAPORAN KABINET

Page 5: laporan kabinet

Laporan ini bertujuan untuk : Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran

kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.

Mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam laporan ini ialah o Penegasan kepasa pendidikan asas membaca,menulis

dan mengira (3M).o Penegasan terhadap kurikulum ala Malaysiao Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh

dan unsur-unsur disiplin.

Page 6: laporan kabinet

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala MalaysiaPendidikan menengah atas melalui dua jurusan,

akademik dan vokasionalPeluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun

ke 11 tahunMelicinkan tatacara pengurusan pelajaran

meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

CIRI-CIRI LAPORAN KABINET 1979

Page 7: laporan kabinet

• Satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik

• Memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan lain-lain

• Beberapa strategi digubal untuk mencapai matlamat pelaksanaan dasar

OBJEKTIF PELAKSANAAN

Page 8: laporan kabinet

• Satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik

• Memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan lain-lain

• Beberapa strategi digubal untuk mencapai matlamat pelaksanaan dasar

STRATEGI PELAKSANAAN

Page 9: laporan kabinet

SISTEM PENDIDIKAN

Page 10: laporan kabinet

Program pendidikan 3 tahun (kecuali bagi murid yang berasal dari SRJK iaitu 4 tahun)

Menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris sebagai pengantar.

1965, pendidikan menengah rendah berubah kepada corak pelbagai aneka jurusan

-memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia semasa pendidikan kesepuluh.-memenuhi tenaga rakyat bagi semua bidang.Menawarkan mata pelajaran elektif.

PENDIDIKAN MENENGAH RENDAH

Page 11: laporan kabinet

Pendidikan 2 tahun dimana murid-murid memasuki tingkatan 3 setelah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran.

Terdapat 3 jenis sekolahSekolah menengah biasa (jurusan sastera dan

sains)Sekolah menengah teknikSekolah menengah vokesionalPendidikan menengah atas berakhir dengan

sijil pelajaran Malaysia.

PENDIDIKAN MENENGAH ATAS

Page 12: laporan kabinet

Pendidikan lanjutan menengah atas selama 2 tahun.

Pelajar dimasukkan ke tingkatan 6 berdasarkan pencapaian sijil pelajaran Malaysia.

Di penghujung tahun kedua pelajar akan menduduki peperiksaan Higher Scholl Certificate yang menjadi asas pemilihan kemasukan ke universiti tempatan.

Tingkatan 6 juga bertujuan sebagai persediaan calon-calon menduduki peperiksaan Higher Scholl Certificate bagi mengikuti kursus ijazah di universiti tempatan

PENDIDIKAN TINGKATAN 6

Page 13: laporan kabinet

“Pelajaran untuk orang yang umurnya melebihi dari yang ditetapkan bagi mengulangi pelajarannya di sekolah rendah.”(bahagian I, akta pelajaran 1961)Dimulakan pada 1957,bertujuan membasmi buta huruf

tetapi telah berubah corak kepada memberikan pelajaran akademik kepada mereka yang tercicir dari sistem persekolahan.

Pada 1967,pelajaran akademik dari dari darjah 1 hingga tingkatan 2 diberhentikan.

Mulai 1968,kemudahan disediakan bagi tingkatan 3 hingga tingkatan 6

Pelajaran lanjutan memain peranan penting dalam menyediakan sebahagian daripada tenaga rakyat.

PELAJARAN LANJUTAN

Page 14: laporan kabinet

Sekolah swasta semua peringkat perlu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Boleh dibatalkan pendaftaran jika sekolah tersebut merosakkan kepentingan pendidikan, murid-murid,orang awam atau melanggari syarat pendaftaran yang telah ditetapkan.

Peperiksaan tambahan yang dijalankan adalah peperiksaan Junior Middle 3, Senior Middle 3, Sijil Perdagangan Malaysia dan lain-lain peperiksaan.

Terdapat pelbagai kelemahan dalam syarat-syarat pendaftaran terutamanya apabila menjalankan peperiksaan yang tidak berfaedah kepada pelajar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, maka syarat pendaftaran telah diperkemaskan.

SEKOLAH SWASTA

Page 15: laporan kabinet

1) Maktab PerguruanMempunyai kelayakan minimum untuk menjadi seorang

guru ialah dengan adanya SPM DAN SPVM.Mengendalikan kursus-kursus latihan perguruan.Universiti-universiti yang terlibat dalam melatih guru

dengan tempoh-tempoh yang tertentu, antaranya adalah UM,UKM,UPM dan UiTM.

2) PoliteknikMengeluarkan tenaga mahir di peringkat pertengahan.3) Institut Teknologi MARADitubuh oleh Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar

(RIDA)Melatih bumiputera

PENDIDIKAN PERINGKAT MAKTAB

Page 16: laporan kabinet

KURIKULUM

Page 17: laporan kabinet

• Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan

(a) Sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran (b) pendidikan luar bilik darjah

KURIKULUM

Page 18: laporan kabinet

1) Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang seragam-rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah>wujudkan sistem peperiksaan awam yang sama

KURIKULUM PERPADUAN NEGARA

Page 19: laporan kabinet

melalui mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam adalah diwajibkan kepada semua murid beragama Islam

PENDIDIKAN UGAMA

Page 20: laporan kabinet

- Untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat cintakan negara, sifat bertimbang

rasa dan toleransi dan lain-lain

PENDIDIKAN SIVIK

Page 21: laporan kabinet

Diajar dalam kedua-dua peringkat (rendah dan menengah)

Contoh : Ilmu Alam dan Sains

PENDIDIKAN SOSIAL

Page 22: laporan kabinet

• Pendidikan sains sangat penting di semua peringkat persekolahan rendah dan menengah.

• Pada tahun 1969, sukatan pelajaran baru iaitu sains panduan telah diperkenalkan oleh beberapa buah sekolah menengah rendah pada peringkat Tingkatan sebagai satu program perintis.

• Pada amnya, isi kandungan sains panduan di Tingkatan 1 hingga 3 tidak banyak beza dengan sukatan lama. Perbezaannya hanyalah dari segi perdekatan dan kaedah mengajar.

Hal ini kerana sains panduan dan sains moden menitikberatkan fahaman dan proses penyampaian mengikut tertib daripada senang kepada susah.

SAINS

Page 23: laporan kabinet

Untuk menjayakan pendidikan sains panduan dan moden, guru-guru dilatih khas untuk subjek ini sangat diperlukan.

Walaupun ramai guru dilatih untuk mengajar namun, mutu pendidikan secara keseluruhannya belum lagi dikatakan berada di tahap yang memuaskan.

Langkah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah-sekolah luar bandar ialah:1)Guru Sains perlu dihantar lebih ramai lagi untuk berkhidmat di sekolah-sekolah menengah luar bandar.2)Taraf latihan iktisas guru-guru sains perlu ditingkatkan.3)Menyediakan kemudahan yang cukup di semua sekolah menengah.4)Satu penilaian menyeluruh ke atas program sains moden hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai.

Page 24: laporan kabinet

Kebudayaan kebangsaan adalah berasaskan kepada kebudayaan Melayu.

Banyak unsur-unsur kebudayaan kaum-kaum pendatang. Buktinya ialah tarian, nyanyian, muzik Melayu dan alat-alat muzik.

Tujuan memperkenalkan muzik, lagu, dan tarian ini kepada murid-murid adalah untuk mendedahkan mereka kepada unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan memupuk perasaan seni.

Kebanyakan sekolah tidak mempunyai guru muzik dan jika ada pun, guru itu tidak berkelayakan.

Tambahan pula, sekolah tidak mempunyai bahan dan alatan muzik yang cukup. Malah, ada sesetengah sekolah, murid-muridnya tidak mengikut rancangan muzik melalui siaran radio.

KEBUDAYAAN DAN PENDIDIKAN MUZIK

Page 25: laporan kabinet

Kegiatan muzik, nyanyian dan tarian murid-murid yang berbagai kaum ini membuatkan mereka mengetahui asas kebudayaan kebangsaan di samping menghayati kebudayaan kebangsaan mereka sendiri. Ini akan menggalakkan perpaduan.

1)Unsur-unsur kebudayaan ini perlu dipupuk dan digalakkan di sekolah dan menjadikannya sebagai satu kegiatan sekolah.

2)Bahan-bahan alat membantu mengajar untuk mata pelajaran muzik perlu disediakan.

3)Siaran televisyen pedidikan hendaklah digunakan untuk memperkenal dan mengajar tarian kebangsaan.

4)Calon guru yang berkelayakan dalam bidang muzik hendaklah mengikuti kursus latihan perguruan.

5)Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama Kementerian Pelajaran perlu mengadakan pesta kebudayaan untuk para pelajar.

Page 26: laporan kabinet

Bahasa Melayu diajar untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ini bersesuaian dengan matlamat Bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan dalam mata pelajaran sebagai syarat utama untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan awam.

Isi kandungan dan sukatan pelajaran serta pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah bagi mencapai matlamat perpaduan kurang diperincikan.

BAHASA MELAYU

Page 27: laporan kabinet

Pengajaran Bahasa Melayu tidak keseluruhannya dikendalikan oleh guru-guru yang telah dilatih khas untuk mengajar mata pelajaran ini.

Untuk memastikan pendidikan Bahasa Melayu ini terus memainkan peranan yang penting di sekolah dan masyarakat ialah:1)Matlamat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa perhubungan utama hendaklah dijelaskan secara terperinci.2)Guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu diberikan latihan khas.3)Kursus Bahasa Melayu untuk guru-guru dalam perkhidmatan perlu dikaji semula.

Page 28: laporan kabinet

1)Bahasa Inggeris-Sebelum merdeka, ia merupakan bahasa

pengantar di semua peringkat persekolahan aliran sekolah Inggeris. Malah, menjadi bahasa perantaraan bagi golongan menengah dan atasan.

-Objektifnya sebagai bahasa kedua adalah bertujuan memberikan kemahiran dan pengetahuan asas kepada murid-murid

BAHASA-BAHASA LAIN

Page 29: laporan kabinet

-Oleh itu, mata pelajaran ini wajib di sekolah dan semua peperiksaan awam di samping, ia merupakan bahasa penting dalam bidang sains dan teknologi.

-Mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan terutamanya didapati kurang memuaskan kerana ada di kalangan murid itu tidak tahu membaca dan menulis walaupun dalam bentuk mudah.

-Guru yang mengajar mata pelajaran ini juga tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris ini.

Page 30: laporan kabinet

Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:1)Kementerian Pelajaran hendaklah

menubuhkan pusat-pusat sumber Bahasa Inggeris di peringkat negeri untuk membekalkan sumber dan bahan kepada sekolah.

2)Guru yang berkelayakan hendaklah dihantar untuk berkhidmat ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.

Page 31: laporan kabinet

2)Bahasa Cina-Ia menjadi bahasa pengantara di SRJK (Cina).-Ia akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu

bapa atau lebih yang memohon untuk diajarkan bahas itu.

-Namun, peruntukan untuk belajar bahasa Cina tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan guru.

-Oleh itu, langkah mengatasinya ialah bersesuaian dalam peruntukan dalam Akta Pelajaran 1961, maka pengajaran bahasa Cina hendaklah diikhtiarkan dan guru-guru untuknya perlu disediakan.

Page 32: laporan kabinet

3)Bahasa Tamil-Ia merupakan bahasa pengantara SRJK(Tamil).-Ia juga akan diajar sekiranya terdapat 15 orang ibu

bapa atau lebih yang memohon untuk diajarkan bahas itu.

-Umumnya, bahasa Tamil ini diajar kepada pelajar-pelajar India sahaja oleh itu cadangan untuk membuka peluang kepada muridurid bukan India untuk belajar mata pelajaran ini perlu dibuka dan sekiranya mereka memohon bantuan pengajaran, kerajaan perlu menyediakan kemudahan untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.

Page 33: laporan kabinet

Kegiatan kokurikulum ini penting di sekolah. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan.-Pasukan pakaian seragam-Kelab dan Persatuan-Sukan

Semua murid sekolah diwajibkan sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam sesebuah kelab atau persatuan dan digalakkan mengambil bahagian mengambil sekurang-kurangnya satu jenis permainan atau sukan.

Kegiatan kokurikulum ini dijalankan di luar kelas untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di antara murid-murid yang pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

Ia juga berperanan untuk melatih murid-murid bersikap bertanggungjawab, berdisiplin dan berkemahiran dalam semua bidang yang diceburi.

KEGIATAN KOKURIKULUM

Page 34: laporan kabinet

Kegiatan kokurikulum ini kurang dijalankan di sekolah-sekolah kecil terutamanya di kawasan luar bandar kerana kekurangan kemudahan, kewangan dan galakan daripada sekolah itu sendiri. Di samping itu, persekitaran fizikal dan sosial yang tidak seimbang juga menghalang perkembangan murid dalam kegiatan kokurikulum.

Langkah untuk meningkatkan kegiatan kokurikulum ini ialah:1)Semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian secara

lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum.2)Guru-guru hendaklah mendedahkan pendekatan yang

menarik dalam pengendalian kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan.

3)Guru-guru yang banyak berjasa dalam kegiatan kokurikulum wajar diberikan pengiktirafan.

Page 35: laporan kabinet

1) Menurut Jawatankuasa Kabinet, kelemahan khusus dalam kurikulum sekolah rendah ialah penekanan penguasaan isi kandungan pelajaran tanpa menekankan penguasaan kemahiran asas 3M.

2) Kaedah pengajaran yang berpusat kepada guru iaitu kaedah pengajaran yang tidak memberi tumpuan kepada mengatasi kelemahan pembelajaran dan perkembangan psikologi murid juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mutu pembelajaran yang rendah. (Sufean Hussin,1993)

KELEMAHAN YANG DILAPORKAN DALAM KABINET

Page 36: laporan kabinet

3) Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajarannya juga mengandungi butiran yang terlalu banyak sehingga membebankan serta membosankan murid untuk belajar. Akibatnya guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila ada peperiksaan.

4) Pengajaran dan pembelajaran juga terlalu bergantung kepada buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. (Mok Soon Sang, 2010)

Page 37: laporan kabinet

5) Bagi kurikulum sekolah menengah pula, Jawatankuasa Kabinet mendapati bahawa kelemahan utama kurikulum tersebut adalah tidak memberi tumpuan kepada bakat dan minat murid-murid kerana wujudnya pengaliran yang membelakangkan kecenderungan dan minat murid-murid. Pengaliran kepada sastera dan sains secara tertutup dan ketat telah menyekat mobiliti pembelajaran.

Page 38: laporan kabinet

Rakyat daripada semua bangsa disatukan dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bahasa pengantar yang besar

Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh

semua murid atau pelajar telah diwujudkan Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

sebagai mata pelajaran wajib bagi semua sekolah Penggunaan bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai

ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Penggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa Arab,

Jepun dan Perancis

KESAN PELAKSANAAN

Page 39: laporan kabinet

Khoo Phon Sai, Leong Yin Ching dan Koh Boh Boon,Fikiran-Fikiran mengenai Pendidikan di Malaysia (1983) : Kuala Lumpur, Utusan Publication & Sdn.Bhd.

Ghazali Othman, Struktur dan Proses Pendidikan Dalam Masyarakat Malaysia Yang Berindustri (2002) :Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

The Ministry of Education Malaysia, Education in Malaysia (1990) : Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Radzuan Abdul Kadir, Pemikiran tentang pendidikan sepanjang tiga darsawarsa (1970-2000) : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1969) : Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

RUJUKAN

Page 40: laporan kabinet

TERIMA KASIH