buku jpke malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 amfrdaus/penelusuraninformasi/file-pdf/laporan... ·...

112
Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AM

Upload: vuongnhu

Post on 12-Dec-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AM

Page 2: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Diterbitkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiJabatan Perdana MenteriBandar Seri Begawan

© Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Kerajaan Negara Brunei Darussalam, 2011.Hakcipta terpelihara.Cetakan Pertama November 2011

ISBN 99917-918-3-3

Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiJabatan Perdana Menteri, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping,Bandar Seri Begawan BA1311, Brunei Darussalam.www.depd.gov.bn

United Nations Development ProgrammeWisma UN, Blok C, Kompleks Pejabat Damansara,Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.www.undp.org.my

Kandungan boleh diterbitkan semula untuk tujuan bukan komersial, dengan penghargaan kepada pemegang hakcipta.

Peta-peta di dalam buku ini tidak autoritatif pada sempadan.

Foto-foto ialah sumbangan dari Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Agensi-agensi lainnya.

Reka bentuk oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Reka bentuk kulit buku oleh Adison Marketing Services.

Dicetak oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Terjemahan dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam.

Buku JPKE Malay.indd 2 3/3/12 9:16:37 AM

Page 3: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam masih meneruskan komitmennya untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium Development Goals) bagi mendokong nilai-nilai kemanusiaan universal, hak terhadap pendidikan dan kesihatan asas, pembasmian kelaparan dan tanggungjawab bersama kepada generasi akan datang.

Sejak laporan pertama pada tahun 2005, kemiskinan tegar dan penyakit-penyakit berjangkit telahpun dibasmikan di Negara ini. Kita sedang berusaha meningkatkan pencapaian pendidikan rendah yang universal, memastikan alam sekitar yang mampan, memperbaiki pengagihan pendapatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Dalam Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang, Wawasan Brunei 2035, kita akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan, meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan mempertahankan tahap governance yang tinggi di sektor awam dan swasta.

Justeru itu, Perencanaan ini akan menjadi panduan kita bagi tempoh 25 tahun akan datang. Perkara ini memerlukan bukan sahaja langkah-langkah pentadbiran yang efektif, malahan juga penglibatan padu sektor swasta. Pada masa ini, kita sedang berusaha mengukuhkan komponen penting ini.

Beta sukacita merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di atas penyediaan Laporan ini dan sekali lagi menekankan dokongan Negara Brunei Darussalam terhadap matlamat-matlamat MDG dan kerjasama kita kepada ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sultan Haji Hassanal BolkiahSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Prakata

Buku JPKE Malay.indd 3 3/3/12 9:16:38 AM

Page 4: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kat

a Pe

ndah

ulua

n

ii

Seramai 189 pemimpin dunia telah membuat komitmen semasa Sidang Kemuncak Milenium di New York pada tahun 2000 untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pembangunan inklusif dan

mampan menjelang tahun 2015. Komitmen ini menjadi asas bagi Millenium Development Goals (MDGs) yang dijadikan sebagai panduan dan jadual bagi merealisasikan aspirasi global ini. Pada tahun ini, para pemimpin dunia akan berkumpul lagi di Ibupejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bagi menghadiri Sidang kemuncak MDG PBB di hujung bulan September 2010 bertujuan untuk meninjau kemajuan, mengenalpasti halangan dan jurang, serta mencapai persetujuan bagi strategi dan tindakan konkrit yang diperlukan untuk mencapai lapan matlamat MDGs menjelang tahun 2015.

Pada saat ini, Negara Brunei Darussalam terus mencapai hampir kesemua matlamat MDGs. Berdasarkan laporan MDGs pada tahun 2005, Negara ini sudah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam hampir kesemua matlamat MDGs, khususnya yang berkaitan dengan kesihatan. Laporan 2010 telah mengesahkan pencapaian Negara, dengan menggunakan pangkalan data yang telah dikemaskini.

Negara Brunei Darussalam terus mengekalkan pendapatan per kapita yang tinggi, yang telah menyumbang terhadap ketiadaan kemiskinan ekstrem di negara ini. Ketidaksamaan dalam agihan pendapatan keseluruhan isi rumah juga terus menurun. Brunei Darussalam juga telah menetapkan sasaran yang lebih tinggi dengan penetapan sasaran nasional kemiskinan sifar. Sasaran nasional ini haruslah dicapai melalui pembangunan dan pengukuhan inisiatif baru dan padu, termasuk dasar keselamatan makanan yang terus menjadi perhatian bagi Negara. Walau bagaimanapun, dalam mencapai matlamat kemiskinan sifar, beberapa langkah perlu dilakukan seperti mengenal pasti dan mengukur perkara-perkara yang menyebabkan kemiskinan. Tanpa langkah-langkah ini, adalah sukar atau mustahil bagi memastikan tahap kemiskinan relatif dan kesaksamaan bagi Negara ini.

Brunei Darussalam juga terus membuat pencapaian besar dalam pendidikan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta pengekalan kadar pendaftaran dan penamatan sekolah rendah yang melebihi 95 peratus. Data terkini yang menunjukkan sama ada terdapat peningkatan tahap celik huruf hanya akan dapat diperolehi selepas banci penduduk seterusnya, iaitu pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, tahap celik huruf pada tahun 2001 sudahpun menunjukkan 93.7 peratus. Adalah menjadi keperluan untuk memastikan semua data yang relevan dikemaskini secara tetap. Ini dapat memastikan pemantauan yang bersesuaian bagi kadar celik huruf dan menilai sekiranya kadar tersebut dapat dikekalkan dan dipertingkatkan untuk tahun-tahun yang akan datang. Perkara ini dikira sangat penting kerana Brunei Darussalam merancang: untuk memperluaskan definisi celik huruf dalam memperkukuhkan kemahiran dan pangkalan sumber manusia Negara; mengembangkan ekonomi yang pelbagai dan lebih responsif; dan memberikan peluang pekerjaan bagi semua.

Negara Brunei Darussalam telah membuat pencapaian yang baik dalam memastikan wanita mempunyai akses yang sama dalam pendidikan. Walaupun kadar pendaftaran kemasukan kanak-kanak perempuan dalam pendidikan rendah telah berkurangan sedikit sejak lima tahun lalu, kadar tersebut masih tetap di atas paras 95.0 peratus. Manakala kadar mandiri (untuk ke gred terakhir sekolah rendah bagi kanak-kanak perempuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki) telah meningkat. Kadar pendaftaran kemasukan di peringkat sekolah menengah dan peringkat pendidikan tinggi bagi wanita juga dijangka menunjukkan trend positif apabila data baru telah diperolehi selepas banci penduduk pada tahun 2011. Wanita dalam Negara ini juga terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi sosial dan ekonomi, di mana wanita telah menembusi bidang pekerjaan yang selama ini dikuasai oleh lelaki seperti kejuruteraan, pertahanan dan penerbangan. Saiz tenaga kerja wanita juga telah meningkat sebanyak 11.0 peratus, dengan bilangan wanita dalam perkhidmatan awam meningkat 13.0 peratus antara tahun 2004 dan 2008. Walaupun ini telah menunjukkan peningkatan secara keseluruhan dalam status wanita di Negara Brunei Darussalam, banyak lagi yang dapat dilakukan untuk mengumpul dan menghasilkan data yang diperlukan untuk pemantauan yang lebih tepat berhubung sejauh mana pariti jantina antara wanita dan lelaki, khususnya dalam penyertaan tenaga kerja di sektor swasta dan dalam kerjaya yang melibatkan kedudukan di peringkat tinggi seperti di parlimen.

Buku JPKE Malay.indd 4 3/3/12 9:16:38 AM

Page 5: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kata Pendahuluan

iii

Secara keseluruhan, petunjuk kesihatan Negara Brunei Darussalam amat impresif dalam segala aspek. Ia menunjukkan kadar mortaliti yang rendah bagi anak damit, kanak-kanak dan keibuan serta pengawalan yang baik terhadap penyakit berjangkit. Walaupun kadar mortaliti keibuan yang tidak menentu bukan suatu perkara yang membimbangkan, tetapi ini merupakan cabaran di masa depan untuk memastikan kadar yang rendah pada masa ini terus berkekalan. Kadar HIV/AIDS masih berada di peringkat rendah juga. Namun, kadar ini telah menunjukkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lalu dan punca peningkatan ini perlu diselidiki dan diawasi secara ketat, terutama kerana banyak jangkitan baru tidak lagi melalui penggunaan suntikan dadah tetapi melalui jangkitan heteroseksual.

Kerajaan Negara Brunei Darussalam terus menjamin kemampanan alam persekitaran Negara dengan mengintegrasikan prinsip-prinsip pembangunan mampan ke dalam semua dasar dan program Negara dan menyertai konvensyen serantau dan antarabangsa. Hutan di Negara ini membentuk 76.0 peratus daripada kawasan litup tanah. Negara Brunei Darussalam juga telah mencatat rekod yang membanggakan di mana Negara ini telah berjaya menghapuskan penggunaan Chlorofluorocarbon (CFC) pada bulan Januari 2010. Kesan positif daripada perubahan tersebut, walau bagaimanapun sangat sukar untuk diukur kerana maklumat tentang kesan pelaksanaan beberapa dasar alam persekitaran negara adalah berpecah-pecah dan tersebar kepada agensi kerajaan yang berlainan.

Negara Brunei Darussalam juga meneruskan usaha pengukuhan kerjasama sejagat untuk pembangunan dengan meningkatkan perhubungan antarabangsa, serantau dan sub-serantau melalui perjanjian perdagangan dua hala dan pelbagai hala; dan dengan menyediakan bantuan kewangan dan teknikal ke sejumlah negara-negara membangun.

Secara keseluruhan, Negara Brunei Darussalam harus diberi ucapan tahniah kerana terus mencapai matlamat dan sasaran MDGs dan kini telah bersedia untuk menetapkan beberapa matlamat-matlamat yang lebih tinggi, melampaui pencapaian MDGs pada tahap agregat. Namun demikian, cabaran pembangunan kapasiti utama masih wujud bagi Negara ini, bagi Kerajaan dan rakyatnya, termasuk kapasiti yang akan diperlukan untuk menguatkan pangkalan data dan maklumat nasional bagi memantau kemajuan Negara dalam mencapai MDGs dan dalam mencapai rangka kerja pembangunan 30 tahun Negara iaitu Wawasan Brunei 2035. Rangka kerja ini berupaya untuk memberikan garispanduan bagaimana memperkukuhkan dan mempelbagaikan lagi keupayaan sumber manusia, meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan mengembangkan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan. Wawasan dan usaha-usaha kepimpinan Negara yang telah menyediakan rangkakerja pembangunan yang berpandangan jauh memang patut dihargai, namun tujuan-tujuan ini hanya akan dicapai jika Negara Brunei Darussalam memastikan pengukuhan perancangan, pemantauan dan proses penilaian, serta dasar-dasar, institusi dan mekanisma dan kapasiti pelaksanaan. Ianya juga perlu merumuskan langkah-langkah dasar yang bersesuaian dan berkesan yang menggalakkan pelaburan dan peluang-peluang pembangunan ekonomi yang lebih luas dan berpelbagaian bagi Negara dan rakyatnya. UNDP sedia membantu Negara Brunei Darussalam dalam menangani kesemua bidang ini.

Sebelum membuat kesimpulan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi penyediaan Laporan MDG bagi Negara Brunei Darussalam bagi kerjasama yang telah diberikan kepada UNDP dan sumbangan dalam penyediaan laporan ini.

Kamal MalhotraWakil Tetap UNDP bagi Negara Brunei DarussalamProgram Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)25 Ogos 2010

Buku JPKE Malay.indd 5 3/3/12 9:16:39 AM

Page 6: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Peng

harg

aan

iv

Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Matlamat PembangunanMilenium Negara Brunei Darussalam

PenasihatDato Paduka Haji Murni bin Haji MohamedSetiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri

Haji Mahrub bin Awang Haji MurniTimbalan Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri

PengerusiShahrom bin Haji Suhaimi

Pemangku Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

AhliHaji Amer Hamzah bin POKAP Dato Seri Setia Haji Awang Zakaria

Pegawai Pentadbir Kanan, Jabatan Perdana MenteriHaji Irwan bin Dato Paduka Haji Rashid

Pegawai Kewangan, Kementerian KewanganFlorence Chong

Pemangku Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan PerdaganganHajah Rashidah binti Haji Mohd Hanifah

Ketua Penyelidikan dan Perkembangan, Kementerian Hal Ehwal UgamaHajah Asmah binti Haji Saman

Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber UtamaPg Md Yusof bin Pg Haji Jeludin

Ketua Unit Perlaksanaan RKN dan Pengkorporatan, Kementerian PerhubunganPg Haji Mohiddin bin Pg Badarudin

Pegawai Pentadbir Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam NegeriHajah Zahrah binti Dato Paduka Haji Hashim

Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Kementerian KesihatanHaji Zakaria bin Haji Serudin

Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian PembangunanDr. Haji Kassim bin Haji Daud

Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian PendidikanDatin Hajah Shireen binti Haji Mustapha

Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

UrusetiaAbd Amin bin Haji Hashim

Pemangku Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiHairol Nizam bin Haji Abd Hamid

Pegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiNur Edzalina binti Haji Idris

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiDk Norhanidah binti Pg Haji Masshor

Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiHajah Hamidah binti Haji Yahya

Pemangku Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

PenyuntingP.A. Mansurah Izzul Bolkiah

Pegawai Penyelidik, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan PerdaganganDr. Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin

Pemangku Pengarah Dasar dan Penyelarasan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiHaji Mohd Yusra bin Haji Mohd. Salleh

Timbalan Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan PerdaganganDk Rooslina Weti binti Pg Haji Kamaludin

Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeridan Perdagangan

Hajah Amimah binti OKSW Haji AbdullahPenolong Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Buku JPKE Malay.indd 6 3/3/12 9:16:39 AM

Page 7: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Penghargaan

v

Dk Hajah Siti Nirmala binti Pg Haji MohammadPenolong Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Mariah binti Haji YahyaPenolong Pengarah Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hasmiron bin Haji Mohd TaibPemangku Penolong Pengarah Pentadbiran dan Teknologi Info-Komunikasi

Noor Ashikin binti POKSSP DP Haji Mohd TahirPemangku Penolong Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Normah binti Haji AliPegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Zureidah binti Haji AbitPegawai Ekonomi Kanan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Mohd Munawir Shazali bin Haji Md IdrisPegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Rina binti Haji GhaniPegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Siti Maisarah binti Haji MajidPegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Daisy Han Yee HwePegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Mohd Edwin Khalid bin Haji Mohd SallehPegawai Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Norizan binti AbdullahPegawai Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Dk Yusdinah binti Pg Haji AmjahMerinyu Kanan Sukatan dan Timbangan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Norhasnizan binti Haji Abdul RazakPenolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Hajah Norfatiniwati binti Haji MuhammadPenolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Nadiah binti Dato Paduka Haji MuslimPenterjemah, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Haji Farhan bin POKPM Dato Paduka Haji Abdul GhaniPegawai Penyelidik, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Dk Seri Hasreena binti Pg Haji HashimSetiausaha Kedua, Jabatan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Ahli-ahli PenerbitanDr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

Pengarah Penerangan, Jabatan Perdana MenteriPg Haji Zainal Abidin bin Pg Seri Wijaya Pg Dato Paduka Haji Ahmad

Pemangku Pengarah Percetakan, Jabatan Perdana MenteriHajah Adina Hazri binti Haji Azahari

Pegawai Projek, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.Mohammad Zulfadhli bin Haji Hussin

Pegawai Projek, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.Lai Yea Liang

Penolong Pegawai Ekonomi, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)Kamal Malhotra

Wakil Tetap UNDP untuk Negara Brunei Darussalam.James Chacko

Penolong Wakil Tetap UNDP untuk Negara Brunei Darussalam.Anita Ahmad

Pengurus Program, UNDP Malaysia

PerundingDr M.H. Suryanarayana

Profesor, Institut Pembangunan Penyelidikan Indira Gandhi, Mumbai, India.

*Terima kasih dan penghargaan juga kepada individu-individu dari kementerian-kementerian dan agensi-agensiyang terlibat di Negara Brunei Darussalam di atas sumbangan dan bantuan mereka dalam penerbitan ini.

Buku JPKE Malay.indd 7 3/3/12 9:16:39 AM

Page 8: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Prakata ...........................................................................................................i

Kata Pendahuluan ..........................................................................................ii

Penghargaan ..................................................................................................iv

Jadual .............................................................................................................vii

Peta.................................................................................................................vii

Rajah ..............................................................................................................vii

Kotak ..............................................................................................................viii

Singkatan .......................................................................................................viii

Pengenalan ....................................................................................................1

Brunei Darussalam: Profil Negara ..................................................................2

Matlamat dan Strategi Pembangunan ...........................................................3

Trend Kependudukan .....................................................................................5

Prestasi Makroekonomi .................................................................................11

MDG 1 Membasmi Kemiskinan dan Kebuluran Ekstrem................................19

MDG 2 Mencapai Pendidikan Rendah Universal ...........................................32

MDG 3 Meningkatkan Persaman Jantina dan Memperkasakan Wanita ........40

MDG 4 Mengurangkan Mortaliti Kanak-Kanak ...............................................50

MDG 5 Meningkatkan Kesihatan Keibuan .....................................................56

MDG 6 Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan Penyakit-Penyakit Lain ...............64

MDG 7 Memastikan Kemampanan Alam Sekitar ...........................................72

MDG 8 Membangunkan Kerjasama Sejagat Untuk Pembangunan ................84

Cabaran ..........................................................................................................93

Sumber Rujukan .............................................................................................95

Matlamat Pembangunan Milenium: Sasaran dan Petunjuk...........................96

vi

Kan

dung

an

Buku JPKE Malay.indd 8 3/3/12 9:16:39 AM

Page 9: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

RajahRajah 1: Struktur penduduk mengikut taraf pendudukRajah 2: Kadar pertumbuhan penduduk mengikut taraf pendudukRajah 3: Struktur penduduk mengikut kumpulan komuniti (2009)Rajah 4: Penduduk mengikut kumpulan umurRajah 5: Penduduk mengikut kumpulan umur dan jantinaRajah 6: Penduduk mengikut kumpulan umur, jantina dan taraf pendudukRajah 7: Jumlah pekerjaan di Negara Brunei DarussalamRajah 8: Pekerjaan di sektor swastaRajah 9: Profil pekerjaan bagi pekerja-pekerja sektor swasta (2009)Rajah 10: Pertumbuhan KDNK pada harga tetapRajah 11: Sumbangan sektoral kepada KDNK nominal dan purata harga minyak mentah Negara Brunei DarussalamRajah 12: KDNK nominal per kapitaRajah 13: Imbangan perdaganganRajah 14: Struktur pengeluaran ekonomiRajah 15: Perubahan Indeks Harga Pengguna Negara Brunei DarussalamRajah 16: Perdagangan luarRajah 17: Pasaran eksport terpilihRajah 18: Pasaran import terpilihRajah 19A: Profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor-sektor (2005)Rajah 19B: Profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor-sektor (2005)Rajah 20: Perumahan, pengangkutan dan makanan mengikut kelas-kelas perbelanjaan pilihan (2005)Rajah 21: Perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) yang terpilih, 2004 - 2009Rajah 22: Pengurangan dalam ketidaksamaan pendapatan isi rumahRajah 23: Penerima bantuan kebajikan dan ZakatRajah 24: Kadar pendaftaran dalam pendidikan rendahRajah 25: Kadar survival ke Gred 5 mengikut jantinaRajah 26: Kadar tamat pendidikan rendahRajah 27: Tahap celik huruf: Berumur sembilan tahun dan ke atasRajah 28: Tahap celik huruf: Dimensi jantinaRajah 29: Tahap celik hurufRajah 30: Indeks pariti jantina (Gender Parity Index)Rajah 31: Tenaga kerja wanita di sektor swasta (2008)Rajah 32: Pekerja kerajaan mengikut jantina dan bahagianRajah 33: Kadar mortaliti anak damit dan kanak-kanak di Negara Brunei DarussalamRajah 34: Kadar mortaliti di bawah 5 tahun setiap 1,000 kelahiran hidupRajah 35: Punca teratas kematian di bawah 5 tahunRajah 36: Liputan imunisasiRajah 37: Lawatan antenatalRajah 38: Peratus kelahiran yang dikendalikan oleh kakitangan terlatihRajah 39: Bilangan kematian keibuan dan nisbah mortaliti keibuanRajah 40: Nisbah mortaliti keibuan dan rawatan profesional semasa kelahiranRajah 41: Kadar jangkitan HIV/AIDS rendah tetapi meningkat sejak 2005Rajah 42: Jumlah kumulatif kes HIV mengikut umur semasa didiagnosis, 1986 – 2009Rajah 43: Kaedah jangkitan AIDS, 2005 – 2009Rajah 44: Kes MalariaRajah 45: Kes Tuberkulosis: Rendah dan stabilRajah 46: Penyebab kematian, 2005 - 2009Rajah 47: Keluasan hutan di Negara Brunei DarussalamRajah 48: Peratus keluasan hutan simpanRajah 49: Penggunaan CFC Annex A bagi Negara Brunei DarussalamRajah 50: Kadar penduduk yang menggunakan kemudahan sanitasi yang telah diperbaikiRajah 51: Penganugerahan biasiswa kepada penuntut-penuntut luar negara Rajah 52: Trend bagi langganan telefon landline dan telefon bimbitRajah 53: Trend bagi langganan internet dan pengguna internet

JadualJadual 1: Profil pekerja bagi industri di sektor swasta mengikut taraf penduduk: 2008Jadual 2: Pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurut perbelanjaan pada harga tetapJadual 3: Struktur pengeluaran menurut industri, 1986 – 2009 (% daripada KDNK nominal)Jadual 4: Struktur perdagangan luar, 1990 – 2009 (% perkadaran)Jadual 5: Jumlah kes Malaria

vii

PetaPeta 1: Negara Brunei DarussalamPeta 2: Kawasan Yang Dilitupi Hutan di Negara Brunei Darussalam

Buku JPKE Malay.indd 9 3/3/12 9:16:39 AM

Page 10: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

KotakKotak 1: Wawasan Brunei 2035Kotak 2: Peluang-Peluang Pekerjaan Bagi Pencari Kerja Tempatan dan Pekerja AsingKotak 3: Ekonomi Berteraskan Pengetahuan Bagi Menangani Kelembapan Pertumbuhan Berasaskan Sektor Perlombongan Kotak 4: Usaha Membasmi KemiskinanKotak 5: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kotak 6: Keselamatan MakananKotak 7: Program Kebajikan Sosial: Peluang, Pengupayaan dan KeselamatanKotak 8: Program Berorientasikan PertumbuhanKotak 9: Jaringan Jaminan Sosial Yang MampanKotak 10: Memastikan Kemantapan Kewangan PendudukKotak 11: Satu Kampung Satu ProdukKotak 12: SPN 21 – MDG2 dan SelepasnyaKotak 13: ‘Pendidikan untuk Semua’Kotak 14: Jentera Kebangsaan Bagi Pembangunan WanitaKotak 15: Perlindungan Wanita: Peruntukan Undang-UndangKotak 16: Persamaan JantinaKotak 17: ‘Buku Panduan Ibu-Bapa dan Anak’Kotak 18: Visi Kesihatan 2035Kotak 19: Rakyat Yang Menerima dan Mengamalkan Gaya Hidup SihatKotak 20: Pengurusan Hutan yang MampanKotak 21: Pemuliharaan Hutan Melalui Inisiatif Nadi Borneo (HoB)Kotak 22: Penyelenggaraan Taman Perhutanan dan Biodiversiti Yang BerkaitanKotak 23: Komitmen Di Bawah Konvensyen Vienna dan Protokol MontrealKotak 24: Pengurusan Perikanan MampanKotak 25: Pelan Induk Bandar Seri Begawan (BSB)Kotak 26: Meningkatkan Kesedaran dan Mengatasi Pembangunan Yang Tidak DirancangKotak 27: Inisiatif Untuk Program Integrasi ASEAN (IAI)Kotak 28: Bantuan Kemajuan Pembangunan Ekonomi/ManusiaKotak 29: Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Negara Brunei Darussalam

viii

Singkatan

AAG - Asia-America Gateway (Gerbang Asia-Amerika)AANZFTA - ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN Australia-New Zealand)ACW - ASEAN Committee on Women (Jawatankuasa Wanita ASEAN)ACWC - ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of WomenACWO - ASEAN Confederation of Women’s Organisations (Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita ASEAN)ADB - Asian Development Bank (Bank Pembangunan Asia)AEC - ASEAN Economic Community (Komuniti Ekonomi ASEAN)AFAS - ASEAN Framework Agreement on ServicesAICHR - ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (Suruhanjaya Antara-kerajaan ASEAN bagi hak asasi manusia)AITI - Info-communications Technology Industry (Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi) AJCEP - Agreement on Comprehensive Economic Partnership among Japan and Member States of the Association of Southeast Asian NationsAK-FTA - ASEAN-Republic of Korea Free Trade AreaAMEICC - AEM-METI Economic and Industrial Cooperation CommitteeAPEC - Asia Pacific Economic Cooperation (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)APTK - Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga KerjaARV - Antiretroviral drugsATIGA - ASEAN Trade in Goods AgreementASEAN - Association of Southeast Asian NationsASEAN 6 - Negara-negara generasi pertama ASEAN (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore dan Thailand)ASEAN+3 - ASEAN, China, Korea dan Jepun.BC GCE - Brunei Cambridge General Certificate of Education (Sijil Am Pendidikan Brunei Cambridge)BDAC - The Brunei Darussalam AIDS Council (Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam)

Buku JPKE Malay.indd 10 3/3/12 9:16:39 AM

Page 11: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

ix

BEDB - Brunei Economic Development Board (Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei)BGS - Jualan Besar-besaran BruneiBIG - Brunei International Gateway Sdn BhdBIMP-EAGA - Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth AreaBJEPA - Brunei-Japan Economic Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Ekonomi Brunei-Jepun)BND - Brunei Dollars (Ringgit Brunei)BPFA - Beijing Declaration and Platform for Action for the Advancement of Women (Deklarasi Beijing dan Platform bagi Tindakan untuk Kemajuan Wanita)Brunei EYE - Brunei Environmental Youth Envoy (Program Belia Alam Sekitar Brunei)BSB - Bandar Seri BegawanCBD - Convention on Biological Diversity (Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi)CEDAW - Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita)CFC - ChlorofluorocarbonCFTC - Commonwealth Fund for Technical CooperationCIQS - Harmonisation of Customs, Immigrations, Quarantine and Security ProceduresCITES - Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Fauna Dan Flora Liar Terancam)CLMV - Negara-negara Cambodia, Lao PDR, Myanmar dan Viet NamCTI - Coral Triangle Initiative on Coral Reefs, Fisheries, and Food Security (Inisiatif Segi Tiga Batu Karang untuk Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan)CWBD - Council of Women of Brunei Darussalam (Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam)DAAF - Department of Agriculture and Agri-Food (Jabatan Pertanian dan Agri-Makanan)DOTS - Directly Observed Treatment Short-course (Rawatan Pengawasan Secara Langsung - kursus pendek)EIA - Environment Impacts Assessment (Penilaian Impak Alam Sekitar)EU - European Union (Persatuan Negara-Negara Eropah)eBLF - e-Business Leadership Forum (Forum Kepimpinan e-Perniagaan)eSLF - e-Society Leadership Forum (Forum Kepimpinan e-Masyarakat)FJCCIA - Federation of Japanese Chambers of Commerce and Industry in ASEANGBP - Matawang Great Britain / Pound SterlingHDI - Indeks Pembangunan ManusiaHIV/AIDS - Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immunodeficiency SyndromeHoB - Heart of Borneo Initiative (Inisiatif Nadi Borneo)H1N1 - Influenza A subtype H1N1 (The H stands for Hemagglutinin while the N stands for Neuraminidase)IAI - Initiative for ASEAN Integration (Inisiatif Untuk Integrasi ASEAN)IDU - Intravenous Drug Use (Suntikan Dadah Intravena)ICRC - International Committee of the Red CrossICT - Info-Communication TechnologiesIHP - Indeks Harga PenggunaITB - Institut Teknologi Brunei JAPEM - Jabatan Pembangunan MasyarakatJPKE - Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiKBE - Knowledge-Based Economy (Ekonomi Berteraskan Pengetahuan)KDNK - Keluaran Dalam Negeri KasarKHEDN - Kementerian Hal Ehwal Dalam NegeriKKBS - Kementerian Kebudayaan Belia dan SukanKKW - Kementerian KewanganKPIs - Key Performance Indicators (Petunjuk Prestasi Utama)KPK - Kajian Perbelanjaan KeluargaKPSSU - Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber UtamaLDCs - Least Developed Countries (Negara-Negara Kurang Membangun)LLDCs - Landlocked Developing Countries (Negara-negara Dikelilingi Daratan)LNG - Liquefied Natural Gas (Gas Cecair Asli)LTDP - Long-Term Development Plan (Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang)MCH - Maternal and Child Health (Kesihatan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak)MDG - Millennium Development Goals (Matlamat Pembangunan Milenium)MDRTB - Multiple Drug Rresistant Tuberculosis MIB - Melayu Islam BerajaMMR - Maternal Mortality Ratio (Nisbah Mortaliti Keibuan)MoU - Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman)MUIB - Majlis Ugama Islam BruneiNAM - Non-Aligned Movement

Buku JPKE Malay.indd 11 3/3/12 9:16:39 AM

Page 12: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

x

NGOs - Non-Government Organisations (Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan)NTCC - National Tuberculosis Coordinating Centre (Pusat Penyelarasan Nasional Tuberkulosis)NTP - National Tuberculosis Control ProgrammeODS - Ozone Depleting Substances (Bahan Penipisan-Ozon)OIC - Organisation of Islamic ConferenceOSPD - Outline of Strategies and Policies for Development (Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan)PCT - Skim Persaraan Pencaruman TambahanPKS - Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana POPs - Persistent Organic Pollutants (Bahan Pencemar Organik yang kekal)PPB - Pusat Pembangunan BeliaPPP - Public-Private Partnership (Perkongsian sektor awam-swasta)PPP - Purchasing Power Parity (Persamaan Kuasa Membeli)PROPAZ - Program Pengupayaan Asnaf Zakat PUI - Pengetahuan Ugama IslamRELA - Reading and Language AcquisitionRIPAS - Hospital Raja Isteri Pengiran Anak SalehaPPB - Pusat Pembangunan BeliaP4 - The Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Strategik Ekonomi Trans-Pasifik)RKN - Rancangan Kemajuan NegaraRTIA - Regional Trade and Investment Area (Kawasan Perdagangan dan Pelaburan Serantau)SARS - Severe AcuteRrespiratory SyndromeSIDS - Small Island Developing States (Negara-Negara Kepulauan Kecil yang Sedang Membangun)SKSP - Projek Satu Kampung Satu ProdukSPN21 - Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 SSB - Hospital Suri Seri BegawanSTI - Sexually Transmitted Infections (Infeksi Berjangkit Melalui Seks)TAP - Tabung Amanah PekerjaTB - Tuberculosis (Batuk Kering)TIG - Trade in Goods Agreement (Perjanjian Perdagangan Barangan)Tbit - terabitsUBD - Universiti Brunei Darussalam UNCCD - United Nations Convention to Combat Desertification (Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Menangani Ketandusan Tanah)UNDP - United Nations Development Programmes (Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)UNESCO - United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu)UNFCCC - United Nations Framework Convention on Climate Change (Rangkakerja Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim)UNICEF - United Nations Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak PBB)UNIFEM - United Nations Development Fund for Women (Dana Pembangunan Komanwel dan PBB untuk Wanita)UNISSA - Universiti Islam Sultan Sharif AliUSD - US DollarsWBC - Women’s Business Council (of Brunei Darussalam) (Majlis Perniagaan Wanita Negara Brunei Darussalam)WHO - World Health Organisation (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)WTO - World Trade Organisation

Buku JPKE Malay.indd 12 3/3/12 9:16:39 AM

Page 13: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 13 3/3/12 9:16:39 AM

Page 14: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

1 Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Peng

enal

an Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara kesultanan yang merdeka sepenuhnya bersandarkan kepada Perlembagaan Bertulis yang diisytiharkan pada tahun 1959 dan kemudiannya dipinda pada tahun 1984 dan 2004. Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memegang teraju pemerintahan dan mempunyai kuasa tertinggi di dalam pentadbiran Negara. Pemerintahan Kerajaan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri, Majlis Mesyuarat Agama Islam, Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mengangkat Raja dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Negara Brunei Darussalam terus menikmati kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaburan dalam prasarana sosio-ekonomi hasil dari pendapatan Sektor Minyak dan Gas. Strategi sedemikian telah membantu Negara menjadi salah sebuah negara yang mempunyai tahap pendapatan per kapita dan taraf kehidupan yang tertinggi di Asia.

Kerajaan dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) telah menyediakan Laporan Pertama Matlamat Pembangunan Milenium Negara Brunei Darussalam (MDG) yang dilancarkan pada Ogos 2005.

Laporan ini mempunyai dua tujuan: maklumat awam dan pengerahan sosial. Ini telah mencatatkan Negara Brunei Darussalam telah mencapai hampir kesemua sasaran MDG.

Laporan kedua ini bertujuan untuk menyokong lagi pencapaian-pencapaian dan menangani cabaran-cabaran dalam pelaksanaan MDG melalui perspektif yang kritikal. Ini telah menyediakan sokongan intelektual dan material yang diperlukan.

Pada dasarnya, MDG merujuk kepada matlamat pembangunan antarabangsa bagi pengurangan deprivasi dalam pelbagai dimensi. Laporan ini merupakan rencana terperinci yang dipersetujui oleh semua negara ahli Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memenuhi keperluan masyarakat yang termiskin di dunia. Strategi yang digunakan adalah melalui pengurangan deprivasi secara berperingkat. Sasaran pada peringkat pertama ditakrifkan dari segi penurunan peratusan bagi pelbagai penunjuk menjelang tahun 2015 dengan merujuk kepada tahun asas 1990. Bagaimanapun, bagi Negara Brunei Darussalam, yang telah hampir membanteras deprivasi dalam pelbagai dimensi, langkah yang berkenaan adalah bagi mengesahkan kejayaannya dalam menyelesaikan tugas-tugas, dan seterusnya menyepadukan pencapaian-pencapaian tersebut seperti yang telah dinyatakan di dalam laporan ini.

Laporan ini mengesahkan lagi pencapaian-pencapaian negara dengan pangkalan data yang dikemaskinikan. Dalam konteks global, Indeks Pembangunan Manusia (HDI) bagi Negara Brunei Darussalam telah meningkat daripada 0.917 pada tahun 2005 kepada 0.920 pada tahun 2009. Negara memperbaiki kedudukan globalnya dari 33 kepada 30. Terdapat juga peningkatan yang berterusan dari segi agihan pendapatan. Negara Brunei Darussalam tetap gigih dalam usaha mempergiat pencapaiannya bagi hampir kesemua MDG. Untuk mempertahankan pencapaian tersebut dan meningkatkan tahap pencapaiannya, Kerajaan telah merumuskan Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang (LTDP) dengan visi Negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035, dilengkapi dengan strategi-strategi, dasar-dasar, program-program dan projek-projek, dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas. Strategi yang pragmatik ini akan dapat memperkukuhkan pencapaian-pencapaian negara dan seterusnya memberikan arah tuju ke milenium baru.

Buku JPKE Malay.indd 14 3/3/12 9:16:41 AM

Page 15: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam terletak di Kepulauan Melayu dengan pesisiran pantai sepanjang 161 km dan keluasan tanah 5,765 kilometer persegi, di mana 75.0 peratus daripada keluasan ini diliputi oleh hutan. Kawasan di sebelah

barat terdiri daripada tanah rendah berbukit, bukit-bukau yang berceranggah di sebelah timur, dan dataran paya pasang surut di kawasan pantai. Negara ini dikurniai dengan sumber minyak dan gas asli. Ia mempunyai iklim tropika dengan turunan hujan tahunan antara 2,500 mm dan 7,500 mm.

Negara ini mempunyai empat daerah: Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong. Ibu negeri adalah Bandar Seri Begawan, yang terletak di Daerah Brunei-Muara, iaitu daerah yang terkecil dan mempunyai jumlah penduduk paling ramai.

Peta 1: Negara Brunei Darussalam

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 2

Brunei D

arussalam: Profil N

egara

Buku JPKE Malay.indd 15 3/3/12 9:16:46 AM

Page 16: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam mengamalkan perancangan sosio-ekonomi bersepadu dan sistematik sejak awal tahun 1950-an, melalui lapan siri Rancangan Kemajuan Negara (RKN) lima tahun. Strategi pembangunan di sepanjang tempoh RKN

ini merupakan kunci kepada kemewahan ekonomi, peningkatan taraf kehidupan rakyat, kestabilan politik, dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Sungguhpun demikian, kemewahan, pencapaian sosio-ekonomi, kestabilan dan keadaan persekitaran baik yang telah dicapai selama ini difikirkan belum mencukupi dan berdaya tahan bagi generasi akan datang, memandangkan objektif pembangunan lain yang sama mustahak seperti mengekalkan gunatenaga penuh, memperluaskan industri bukan minyak dan gas asli, dan meningkatkan kemajuan Rakyat Melayu menjadi peneraju industri dan perniagaan belum tercapai sepenuhnya.

Kerajaan menyedari betapa mustahak dan mendesaknya keperluan bagi ekonomi serta rakyat dan penduduk negara ini untuk berdaya saing, produktif dan inovatif. Keperluan bagi mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berfikiran keusahawanan semakin meningkat. Keperluan ini penting bagi menyesuaikan dengan iklim ekonomi global masa kini yang sangat berdaya saing dan cepat berubah.

Dengan mengambil kira keadaan ini, LTDP meliputi tempoh 2007-2035 telah digubal. Ianya mengandungi Wawasan Brunei 2035 di mana beberapa siri RKN terkandung dalam Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan (OSPD) yang meliputi tempoh yang lebih panjang, dan kajian separa penggal diadakan pada pertengahan setiap RKN lima-tahun.

Kerajaan telah merumus satu rangka kemajuan jangka panjang bagi tempoh 30 tahun bermula pada tahun 2007 supaya pencapaian selama ini dapat dipertahan dan dipertingkatkan. Rangka ini mengandungi

Wawasan Negara, OSPD dan RKN.

Wawasan Negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035 mempunyai matlamat yang jelas: Menjelang tahun 2035, Negara Brunei Darussalam akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; taraf kehidupan yang tergolong di kalangan 10 negara teratas dunia; dan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan dengan pendapatan per kapita yang tergolong antara 10 negara teratas dunia.

Bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035, Negara Brunei Darussalam telah mengenal pasti lapan strategi yang merangkumi pelbagai dimensi pembangunan. Strategi tersebut ialah: (i) strategi pendidikan; (ii) strategi ekonomi; (iii) strategi keselamatan; (iv) strategi pembangunan institusi; (v) strategi pembangunan perniagaan tempatan; (vi) strategi pembangunan prasarana; (vii) strategi jaminan sosial; dan (viii) strategi alam sekitar.

Strategi ini mempunyai konsep-konsep yang berikut:

1. Strategi pendidikan yang akan mempersiapkan belia untuk pekerjaan dan pencapaian di duniayang semakin berdaya saing dan berteraskan ilmu pengetahuan.

2. Strategi ekonomi yang akan mewujudkan pekerjaan baru bagi penduduk dan meluaskan peluangperniagaan di Negara Brunei Darussalam melalui penggalakan pelaburan (asing dan domestik), dalam industri hiliran dan juga kelompok ekonomi di luar industri minyak dan gas.

3. Strategi keselamatan yang akan memelihara kestabilan politik dan kedaulatan negara sertamenghubungkan keupayaan pertahanan dan diplomatik dan juga persediaan dalam menangani ancaman penyakit dan bencana alam.

4. Strategi pembangunan institusi yang akan mempertingkatkan tatacara pentadbiran di sektorawam dan swasta, perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, dan prosedur Kerajaan yang cekap dengan halangan birokrasi (red tapes) yang minimum.

5. Strategi pembangunan perniagaan tempatan yang akan mempertingkatkan peluang bagiPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan serta membolehkan Rakyat Melayu Brunei untuk menjadi peneraju dalam perniagaan dan industri melalui peningkatan kekuatan daya saing.

6. Strategi pembangunan prasarana yang akan memastikan pelaburan berterusan oleh Kerajaandan menerusi perkongsian sektor awam-swasta (PPP) dalam membangun dan mengekalkan prasarana bertaraf dunia, dengan memberi keutamaan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan industri.

3 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Sambung ke muka surat 4......

Mat

lam

at d

an S

trat

egi P

emba

ngun

an

Kotak 1: Wawasan Brunei 2035

Buku JPKE Malay.indd 16 3/3/12 9:16:48 AM

Page 17: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 4

Sambung ke muka surat 4......

Matlam

at dan Strategi Pembangunan

7. Strategi jaminan sosial yang akan memastikan negara terus makmur, dan setiap warganegaraakan sentiasa mendapat perhatian yang wajar.

8. Strategi alam sekitar yang akan memastikan alam semula jadi dan habitat kebudayaan dilindungidan dipelihara dengan sempurna. Ini akan menjamin kesihatan dan keselamatan selaras dengan amalan antarabangsa yang tertinggi.

OSPD pertama (2007-2012) telah memperjelaskan 8 strategi di bawah Wawasan Brunei 2035 melalui 50 haluan-haluan dasar. Haluan-haluan ini akan memimpin penggubal dan pelaksana dasar dalam menyediakan atau melaksanakan program-program atau projek-projek pembangunan dalam tempoh 10 tahun, bagi merealisasikan matlamat Wawasan.

Dengan mengambil kira dasar dan program Kerajaan yang bersifat cross-cutting, 50 haluan dasar yang terdiri daripada pelbagai aspek, dan keperluan bagi penyusunan semua dasar dan program yang bersesuaian, program dan projek dalam RKN 2007–2012 dibentuk berpandukan kepada empat teras pembangunan. Teras tersebut ialah: (i) meluaskan teras ekonomi dan mengukuhkan asas bagi Ekonomi Berteraskan Pengetahuan (KBE); (ii) mempercepatkan pembangunan sosial dan mengekalkan kestabilan politik; (iii) meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi; dan (iv) memperkukuhkan kapasiti institusi. Kerajaan juga telah menyediakan Sistem Pemantauan dan Penilaian bagi LTDP dengan menggunakan petunjuk prestasi utama (KPI).

Pembangunan portfolio yang digambarkan oleh Kerajaan bukan hanya merangkumi kanvas yang lebih luas untuk mencapai sasaran MDG bahkan juga untuk mempertingkatkan tahap minimum rujukan yang digunakan untuk mentakrif MDG. Contohnya, matlamat untuk celik huruf bukan sahaja mengukur kemampuan membaca dan menulis tetapi juga merangkumi spektrum kemampuan belajar yang lebih luas.

Buku JPKE Malay.indd 17 3/3/12 9:16:50 AM

Page 18: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Sejak tahun 1971, jumlah penduduk telah meningkat secara tetap tetapi pada kadar yang menurun. Pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.5 peratus telah dicatatkan semasa tempoh antara banci 1971-1981 dan menurun kepada 3.0 peratus (tempoh 1981-1991). Walaupun kadar pertumbuhan purata menurun lagi kepada 2.5 peratus (tempoh 1991-2001), ianya masih tinggi mengikut piawaian global. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 2001-2005, kadar pertumbuhan meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 2.7 peratus dan kemudian menurun dari paras tertinggi 2.7 peratus kepada 2.3 peratus (tempoh 2005-2009).

Pertambahan Penduduk

Saiz penduduk telah bertambah disebabkan pertumbuhan semula jadi dan penghijrahan masuk. Pertumbuhan Rakyat dan Penduduk Tetap, adalah kira-kira 2.4 peratus setahun bagi tempoh 2001-2009. Bagi Penduduk Sementara dan

Lain-lain, kebanyakannya pekerja asing, kadar purata pertumbuhan tahunan setinggi 6.4 peratus pada tempoh 1971-1981 menurun kepada 2.3 peratus semasa tempoh 1991-2001. Pertumbuhan ini, walau bagaimanapun meningkat kepada 2.8 peratus semasa tempoh 2001-2009 selaras dengan pertumbuhan ekonomi (Rajah 2).

5 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pend

uduk Trend Kependudukan

Jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam pada pertengahan tahun 2009 dianggarkan seramai 406,000 orang berbanding 370,100 orang pada tahun 2005. Hampir tiga suku atau 64.8 peratus (262,900 orang) adalah Warganegara

Brunei, 8.1 peratus (32,800 orang) Penduduk Tetap dan selebihnya sebanyak 27.2 peratus (110,500 orang) Penduduk Sementara yang terdiri dari penduduk kelahiran asing, kebanyakannya pekerja sementara dan keluarga mereka (Rajah 1). Nisbah jantina lelaki berbanding perempuan bagi penduduk tahun 2009 adalah 53:47.

450!

400!

350!

300!

250!

200!

150!

100!

50!

0!

67%!

16%!

17%!

65%!

8%!

27%!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Pen

du

du

k (R

ibu

an

)!

RAJAH 1!

Penduduk!

Sementara!

Warganegara Brunei!

dan!

Penduduk Tetap!

Jumlah!

Kadar pertumbuhan (%)!

RAJAH 2!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 18 3/3/12 9:16:51 AM

Page 19: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Profil Kaum

Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk berbilang etnik yang dikategorikan kepada tiga komuniti utama iaitu Melayu, Cina dan Lain-lain. Pada tahun 2009, etnik Melayu membentuk 66.3 peratus daripada keseluruhan

penduduk sementara etnik Cina meliputi 11.0 peratus, dan Lain-lain 22.7 peratus. Kebanyakan penduduk dalam kategori Lain-Lain adalah pendatang atau pekerja asing (Rajah 3).

Komposisi umur

Komposisi umur bagi penduduk Negara Brunei Darussalam telah berubah sepanjang satu dekad lepas. Terdapat penurunan pada kadar penduduk berumur di bawah 15 tahun daripada 43.0 peratus pada tahun 1971 kepada 26.0

peratus pada tahun 2009. Ini mencerminkan penurunan tahap kesuburan bagi Rakyat dan Penduduk Tetap. Peningkatan besar adalah bagi penduduk pada umur bekerja 15-59 tahun, iaitu daripada 52.0 peratus kepada 69.0 peratus dalam tempoh yang sama yang sebahagiannya menunjukkan kemasukan pendatang asing. Secara relatif, sebahagian kecil penduduk negara ini, antara 4.0 dan 5.0 peratus, berumur 60 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2001 kadar ini menunjukkan peningkatan yang perlahan (Rajah 4).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 6

PendudukRAJAH 3!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

RAJAH 4!

Pera

tus p

en

du

du

k (%

)!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 19 3/3/12 9:16:52 AM

Page 20: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Piramid penduduk bagi Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam adalah bertapak lebar (broad-based), iaitu perkadaran yang tinggi bagi kanak-kanak dan perkadaran rendah bagi warga tua (Rajah 5). Kadar kemasukan pekerja asing juga menunjukkan trend yang tetap. Piramid penduduk bagi Penduduk Sementara (Rajah 6) mengalami pemesongan bagi lingkungan umur 25 hingga ke 34 tahun dan didominasi oleh profil pekerja bagi sektor swasta yang sedang meningkat.

7 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pend

uduk

Buku JPKE Malay.indd 20 3/3/12 9:16:52 AM

Page 21: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Pekerjaan

Walaupun terdapat penurunan dalam kadar agihan pekerjaan dari kira-kira 38.0 peratus pada tahun 1990 kepada 30.0 peratus pada tahun 2008, Kerajaan masih merupakan majikan utama di Negara Brunei Darussalam.

Menurut perangkaan tahun 2008 bagi sektor swasta, pekerjaan bagi sektor swasta adalah tertumpu dalam Sektor Pembinaan (kira-kira 20.0 peratus daripada jumlah pekerjaan), diikuti oleh Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran (18.0 peratus), dan Sektor Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan Bukan Minyak dan Gas (10.0 peratus). Perubahan ketara yang dilihat antara tahun 1990 dan 2008 ialah peningkatan peratusan bagi Sektor Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran dan juga Sektor Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan, dan penurunan peratusan agihan bagi Sektor Pembinaan dan Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli (LNG) (Rajah 7).

Profil pekerja di sektor swasta

Pada tahun 2001, 53.7 peratus dari penduduk yang bekerja adalah Warganegara Brunei dan Penduduk Tetap, manakala selebihnya (46.3 peratus) adalah Penduduk Sementara dan Lain-Lain. Pada tahun 2008, hampir 70.0 peratus dari pekerja

adalah Penduduk Sementara kecuali bagi Sektor Minyak dan Gas Cecair Asli dan Sektor Kewangan, Insurans dan Perkhidmatan Perniagaan (Jadual 1).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 8

Pekerjaan

Nota: Jumlah bagi perkhidmatan kerajaan tidak termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan pekerja bergaji hari.!

2! 3!1!

Ag

ihan

ju

mla

h p

ekerja (%

)!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

Pembinaan!

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran!

Lain-lain Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

RAJAH 7!

Sumber: Jabatan Buruh, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Warganegara !

Brunei!

Warganegara!

Brunei!(%)!

Penduduk!

Tetap!

Penduduk!

Tetap!

(%)!

Penduduk!

Sementara!

Penduduk!

Sementara!

(%)!

Jumlah!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan! 1,184! 22.0! 193! 3.6! 3,995! 74.4! 5,372!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli! 3,524! 63.4! 338! 6.1! 1,698! 30.5! 5,560!

Kilang Papan dan Pemprosesan Kayu Balak! 68! 9.8! 57! 8.2! 567! 81.9! 692!

Lain-lain Perlombongan, Kuari dan Perkilangan!

2,496! 14.5! 627! 3.7! 14,047! 81.8! 17,170!

Pembinaan! 2,847! 7.9! 1,210! 3.4! 32,061! 88.8! 36,118!

Perdagangan Borong dan Runcit! 6,079! 29.7! 2,210! 10.8! 12,153! 59.5! 20,442!

Kedai Kopi, Restoran dan Hotel! 3,054! 25.2! 523! 4.3! 8,530! 70.5! 12,107!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

2,631! 42.0! 442! 7.0! 3,197! 51.0! 6.270!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

5,981! 60.2! 1,141! 11.5! 2,815! 28.3! 9,937!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

3,648! 26.5! 1,290! 9.4! 8,804! 64.1! 13,742!

Jumlah! 31,512! 24.7! 8,031! 6.3! 87,867! 69.0! 127,410!

Jadual 1: Profil pekerja bagi industri di sektor swasta mengikut taraf penduduk: 2008!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Nota: Jumlah bagi perkhidmatan kerajaan tidak termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei dan pekerja bergaji hari.!

2! 3!1!

Ag

ihan

ju

mla

h p

ekerja (%

)!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

Pembinaan!

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran!

Lain-lain Kuari, Pembuatan dan Pemprosesan!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

RAJAH 7!

Sumber: Jabatan Buruh, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 21 3/3/12 9:16:53 AM

Page 22: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memantau peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta dan memastikan para pencari kerja tempatan diberi

keutamaan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong. Agensi ini memberi latihan dan kemahiran kepada para pencari kerja untuk meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, agensi ini juga mengendalikan skim-skim pekerjaan khas untuk para siswazah yang mencari pekerjaan dan para pencari kerja di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia di bawah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE). Beberapa siri kursus pendek bagi pembangunan asas keusahawanan, Bahasa Inggeris bagi perniagaan, sesi motivasi, kursus persediaan sebelum bekerja dan kemahiran berkomunikasi juga diadakan. Sejak tahun 2007, pesta kerjaya tahunan telah dianjurkan bagi menggalakkan pekerjaan di sektor swasta, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan di samping mempermudahkan interaksi antara pencari kerja dan bakal majikan.

Dasar pengambilan pekerja asing sentiasa diimbangi dengan dasar peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengambilan pekerja asing adalah bagi mengisikan jawatan-jawatan yang tidak dapat diisikan oleh penduduk tempatan.

Jabatan Buruh mempunyai unit untuk menangani isu-isu buruh yang timbul dari pengambilan pekerja tempatan dan asing. Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang di jabatan ini berperanan dalam memastikan hak pekerja di bawah Perintah Pekerjaan 2009. Hak-hak ini termasuklah gaji, bayaran lebih masa dan cuti. Majikan boleh didakwa jika mereka gagal mematuhi undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Buruh.

Pembahagian pekerjaan di sektor swasta

Kadar agihan pekerjaan dalam Sektor Lain-lain Perlombongan, Kuari dan Pembuatan telah menurun dari 20.0 peratus pengambilan pekerjaan bagi sektor swasta pada tahun 2004 kepada 13.0 peratus pada tahun 2008. Pada tempoh yang

sama, kadar agihan pekerjaan bagi Sektor Pembinaan meningkat dari 25.1 peratus kepada 28.3 peratus, sementara kadar agihan Sektor Perdagangan Borong dan Runcit meningkat dari 15.4 peratus kepada 16.0 peratus dan Sektor Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan juga meningkat dari 7.0 peratus kepada 8.0 peratus. Lebih separuh dari pekerjaan di sektor swasta adalah di Sektor Pembinaan; Perdagangan Borong dan Runcit; dan Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian (Rajah 8).

9 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Kotak 2: Peluang-peluang Pekerjaan Bagi Pencari Kerja Tempatan dan Pekerja Asing

Peke

rjaa

n

2004! 2005! 2006! 2007! 2008!

Pekerja (%

)!

Lain-lain Aktiviti Komuniti, Sosial dan Persendirian!

Perkhidmatan Kewangan, Insurans dan Perniagaan!

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan!

Kedai Kopi, Restoran dan Hotel!

Perdagangan Borong dan Runcit!

Pembinaan!

Lain-lain Perlombongan, Kuari dan Perkilangan!

Kilang Papan dan Pemprosesan Kayu Balak!

Pengeluaran Minyak dan Gas Cecair Asli!

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

RAJAH 8!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 22 3/3/12 9:16:53 AM

Page 23: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Profil pekerjaan di sektor swasta

Sebahagian besar pekerjaan dalam ekonomi adalah di sektor swasta. Pekerjaan-pekerjaan yang berkemahiran tinggi seperti Penggubal Undang-Undang, Pegawai Pentadbir dan Pekerja berkaitan, Ahli Profesional dan Pekerja berkaitan, dan

Juruteknik dan Ahli Profesional Bersekutu dan Pekerja berkaitan adalah kumpulan pekerjaan yang menunjukkan peningkatan yang cepat. Antara 2004 dan 2008, kumpulan pekerjaan ini telah meningkat pada kadar purata 6.0 peratus setahun(Rajah 9).

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 10

Pekerjaan

Pekerja Perkhidmatan, Kedai,!

Pasar, Pertanian, Perikanan!

dan Lain-lain!

Pembersih, Buruh!

& Pekerja berkaitan!

Penggubal Undang-Undang,!

Pegawai Pentadbir &!

Pekerja berkaitan!

Ahli Profesional!

& Pekerja berkaitan!Juruteknik !

& Ahli Profesional Bersekutu!

Kerani &!

Pekerja berkaitan!

RAJAH 9!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 23 3/3/12 9:16:54 AM

Page 24: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Kadar pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam sepanjang dua dekad terakhir adalah sederhana, kecuali pada akhir tahun 1990an berikutan pengeluaran minyak yang rendah dan kegiatan ekonomi domestik yang perlahan serta

pada 2007 dan 2009 dengan penurunan pengeluaran minyak dan gas (Rajah 10). Sektor Bukan Minyak dan Gas telah mencatatkan pertumbuhan secara berperingkat, pada kadar purata tahunan 4.0 peratus setahun dalam tempoh 2005-2009, berbanding dengan pertumbuhan purata di bawah 3.0 peratus setahun sebelum tempoh berkenaan. Dalam Sektor Minyak dan Gas, penurunan pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2007 telah menyebabkan kelembapan di sektor berkenaan dalam beberapa tahun ini, berbanding dengan pertumbuhan purata tahunan yang sederhana sebelumnya. Hal ini menyebabkan ekonomi Negara Brunei Darussalam berkembang pada kadar pertumbuhan KDNK yang agak perlahan sebanyak 0.2 peratus setahun dalam tempoh 2005-2009.

1 Kadar pertukaran di pasaran bagi setiap unit USD kepada BND ialah 1.4545 pada 2009.

11 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pres

tasi

Mak

roek

onom

i

Ekonomi negara bergantung kepada sumber minyak dan gas bagi pertumbuhan serta hasil pendapatan Kerajaan. Pergantungan ini bertambah kukuh lagi dengan lonjakan harga minyak dan gas sejak tahun 2000, di mana Sektor Minyak dan Gas terus mendominasi ekonomi, menyumbang sekitar 60.0 peratus KDNK nominal (Rajah 11), 96.0 peratus jumlah keseluruhan eksport dan 87.0 peratus hasil pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Oleh yang demikian, Negara Brunei Darussalam menikmati salah satu kadar pendapatan per kapita yang tertinggi di Asia sekitar BND38,400 (USD26,400) pada tahun 2009, iaitu 1.5 kali kadar yang dicapai pada tahun 1990 (Rajah 12).

Buku JPKE Malay.indd 24 3/3/12 9:16:54 AM

Page 25: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 12

Prestasi Makroekonom

i

Perbelanjaan penggunaan bagi persendirian dan Kerajaan, meningkat dengan stabil dalam tempoh 1990-2009, walaupun permintaan penggunaan lebih rendah disebabkan oleh kelembapan dalam kegiatan pembinaan bermula pada tahun 1997 telah memberi kesan kepada penggunaan persendirian dan Kerajaan dalam tempoh 1995-1999 (Jadual 2). Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan perbelanjaan penggunaan meningkat kepada 5.0 peratus, disebabkan oleh peningkatan kedua-dua perbelanjaan penggunaan persendirian dan kerajaan. Pertumbuhan perbelanjaan penggunaan Kerajaan telah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan gaji kakitangan. Bagi perbelanjaan penggunaan persendirian, pertumbuhan didorong oleh harga komoditi pengguna yang lebih rendah.

Dalam tempoh 1990-1996, perbelanjaan pelaburan agak kukuh, meningkat sebanyak 17.0 peratus setahun. Ianya bergolak dalam tempoh 1997-2000, disebabkan oleh pelaburan swasta dan Kerajaan yang rendah, dan telah mempengaruhi pelaburan dalam tempoh 1995-1999 dan 2000-2004 (Jadual 2). Pada tahun 2009, peningkatan pelaburan Kerajaan telah dicapai melalui peningkatan perbelanjaan kapital Kerajaan termasuk projek yang dibiayai RKN. Pelaburan swasta juga kukuh disebabkan oleh pelaburan langsung asing dalam Projek Loji Metanol yang mana eksport pertamanya dilakukan pada bulan Mei 2010.

Eksport meningkat pada kadar yang sederhana sebanyak 3.0 peratus setahun dalam tempoh 1990-2004, akan tetapi mencatat penurunan dalam tempoh 2005-2009, seiring dengan kelembapan dalam Sektor Minyak dan Gas pada waktu yang sama (Jadual 2). Tempoh ini juga selari dengan kelembapan ekonomi global yang telah memberi kesan kepada kedua-dua eksport minyak dan gas serta perkhidmatan. Pada tahun 2009, eksport minyak mentah Negara Brunei Darussalam menurun sebanyak 3.1 peratus disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah sebanyak 4.2 peratus. Eksport gas cecair asli juga menurun sebanyak 7.9 peratus kerana berkurangnya pengeluaran gas cecair asli sebanyak 8.0 peratus. Eksport bukan minyak dan gas yang terbesar, pakaian siap pakai, juga mencatatkan kemerosotan dalam pengeluaran sebanyak 39.8 peratus pada tahun 2009.

Perbelanjaan penggunaan yang rendah dalam tempoh 1995-1999 dan penurunan pelaburan dalam tempoh 1995-1999 dan 2000-2004 selaras dengan penurunan import barangan dan perkhidmatan dalam tempoh 1995-1999 dan pertumbuhan import barangan dan perkhidmatan yang perlahan dalam tempoh 2000-2004 (Jadual 2). Namun, dalam tempoh 2005-2009, import barangan dan perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.9 peratus setahun. Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi import barangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009, import barangan dan perkhidmatan telah mencatatkan penurunan, sebahagian besarnya disebabkan oleh menurunnya import barangan pengguna seperti makanan dan binatang hidup, minyak sayur-sayuran dan lemak binatang, dan barang-barang keluaran perkilangan. Meskipun demikian, Negara Brunei Darussalam terus menikmati peningkatan lebihan imbangan perdagangan berjumlah BND6.9 bilion pada tahun 2009 (Rajah 13).

0!

5,000!

10,000!

15,000!

20,000!

25,000!

30,000!

35,000!

40,000!

BN

D!

RAJAH 12!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 25 3/3/12 9:16:54 AM

Page 26: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Struktur pengeluaran ekonomi mengalami perubahan minimum sepanjang tempoh 1990 dan 2009 (Rajah 14). Sektor industri tetap merupakan sektor utama dengan peningkatan sumbangannya dalam ekonomi daripada 62.0 peratus KDNK nominal pada tahun 1990 kepada 65.0 peratus pada tahun 2009. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan sumbangan industri minyak dan gas, daripada 57.0 peratus pada tahun 1990 kepada 60.0 peratus pada tahun 2009, berikutan kenaikan harga dan pengeluaran minyak dan gas.

Sektor industri bukan minyak dan gas juga mencatat sedikit peningkatan, daripada 4.0 peratus pada tahun 1990 kepada 5.0 peratus pada tahun 2009, disebabkan oleh peningkatan kecil di sektor perkilangan. Sementara itu, sektor pembinaan, elektrik dan air tidak mencatatkan sebarang perubahan.

Kadar peratusan sektor perkhidmatan pula telah menurun daripada 37.0 peratus KDNK nominal pada tahun 1990 kepada 34.0 peratus pada tahun 2009. Pada tahun 2009, sektor tersebut termasuk perkhidmatan kerajaan (42.0 peratus daripada jumlah sektor perkhidmatan), perdagangan (11.0 peratus), kewangan (11.0 peratus), pengangkutan dan perhubungan (11.0 peratus), dan hartanah dan pemilikan tempat kediaman (8.0 peratus). Tiada perubahan signifikan dalam sektor perkhidmatan di antara tahun 1990 dan 2009, walaupun penurunan kadar peratusan sektor perdagangan telah dicatatkan.

Sumbangan sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan kepada KDNK nominal sepanjang tempoh 1990-2009 masih kecil sebanyak 1.0 peratus (Jadual 3). Namun Negara Brunei Darussalam aktif melaksanakan pelbagai langkah bagi mempertingkatkan tahap sara diri dalam pengeluaran produk pertanian, terutama dalam pengeluaran beras tempatan pertama dalam bulan April 2009, dikenali sebagai Beras Laila. Dalam mempertingkatkan tahap sara diri negara, sejumlah BND30 juta telah diperuntukkan dengan penekanan bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran padi, penggunaan teknologi penanaman padi terkini dan penyediaan prasarana. Lebih daripada 4,900 hektar tapak baru juga telah dikenalpasti dan diperuntukkan bagi inisiatif beras.

13 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pres

tasi

Mak

roek

onom

i

Kad

ar

pera

tus (%

)!

RAJAH 14!

Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

Sektor Perkhidmatan Kerajaan!

Sektor Perkhidmatan Swasta!

Industri Bukan Minyak dan Gas!

Industri Minyak dan Gas!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Kad

ar

pera

tus (%

)!

RAJAH 14!

Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan!

Sektor Perkhidmatan Kerajaan!

Sektor Perkhidmatan Swasta!

Industri Bukan Minyak dan Gas!

Industri Minyak dan Gas!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 26 3/3/12 9:16:55 AM

Page 27: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Indeks Harga Pengguna (IHP)

Kadar inflasi yang diukur dengan IHP, adalah sederhana sepanjang dua dekad terakhir (Rajah 15). Namun, pada tahun 2008, harga pengguna di Negara Brunei Darussalam telah meningkat ke paras tertinggi seperti 13 tahun yang lampau,

iaitu sebanyak 2.7 peratus. Ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga pelbagai jenis barangan di seluruh dunia terutama makanan dan minyak, yang disebabkan oleh permintaan tinggi dari ekonomi baru, kekurangan bekalan dalam jangka pendek, dan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara pengeluar utama makanan.

Kadar inflasi menurun kepada 1.8 peratus pada tahun 2009 berikutan kelembapan ekonomi global yang disebabkan oleh krisis kewangan dan ekonomi. Kos Makanan dan Minuman Ringan (dengan kewajaran terbesar sebanyak 28.8 peratus daripada keseluruhan bakul IHP) adalah penyumbang terbesar kepada kadar inflasi Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 2007-2009. Kenaikan mendadak harga makanan asas dunia telah memberi kesan signifikan kepada inflasi Negara Brunei Darussalam khususnya pada tahun 2008 memandangkan lebih 80.0 peratus keperluan makanan diimport dari negara luar.

Memandangkan negara ini banyak bergantung kepada barangan import, sebarang perubahan dalam harga barangan import akan secara langsung mempengaruhi paras harga secara am.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 14

Prestasi Makroekonom

i

Buku JPKE Malay.indd 27 3/3/12 9:16:55 AM

Page 28: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Perdagangan Luar

Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah ekonomi yang secara relatif terbuka di mana pertumbuhan ekonominya mempunyai kaitan erat dengan perdagangan luar. Eksport barangan menyumbang sekitar 61.0 dan 64.0 peratus daripada KDNK nominal, masing-masing pada tahun 1990 dan 2009. Produk minyak dan gas menyumbang sebanyak 97.0 peratus pada tahun 1990 dan 96.0 peratus pada tahun 2009 daripada jumlah keseluruhan eksport.

Jumlah eksport meningkat sepanjang dua dekad terakhir, bernilai BND59.4 bilion dalam tempoh 2005-2009, iaitu tiga kali nilai yang dicapai dalam tempoh 1990-1994 (Rajah 16). Namun jumlah import pula meningkat dengan perlahan, bernilai BND15.4 bilion dalam tempoh 2005-2009, berbanding dengan BND12.0 bilion dalam tempoh 1990-1994.

Perkembangan ini menyebabkan peningkatan jumlah perdagangan luar sebanyak lebih dua kali ganda, daripada BND31.1 bilion dalam tempoh 1990-1994 kepada BND74.9 bilion dalam tempoh 2005-2009. Lebihan imbangan perdagangan telah dinikmati secara berterusan, bernilai BND44.0 bilion dalam tempoh 2005-2009 berbanding BND7.1 bilion dalam tempoh 1990-1994 (Rajah 16).

15 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pres

tasi

Mak

roek

onom

i

Komposisi barangan perdagangan mencatatkan sedikit perubahan sepanjang tempoh 1990-2009 (Jadual 4). Sumbangan eksport Bahan Api Galian, termasuk petroleum mentah dan gas cecair asli, telah menurun daripada 96.5 peratus pada tahun 1990 kepada 83.3 peratus pada tahun 1994. Seterusnya, ianya meningkat semula dan mencapai 96.1 peratus pada tahun 2009.

Buku JPKE Malay.indd 28 3/3/12 9:16:55 AM

Page 29: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 16

Prestasi Makroekonom

i

Perubahan komposisi eksport ini adalah kesan daripada bertambahnya sumbangan eksport pakaian siap pakai dalam tempoh 1990-1999. Komoditi ini merupakan barangan utama eksport pelbagai barang keluaran kilang. Namun, dalam tempoh 2004-2009, sumbangan tersebut semakin menurun sejak mansuhnya Perjanjian Pelbagai-Serat (Multi-Fibre Agreement) pada tahun 2005. Eksport Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan serta Barang-Barang Keluaran Kilang mengikut bahan pembuatannya, juga mengalami perubahan yang sama (Jadual 4).

Komposisi import juga tidak mencatatkan perubahan signifikan (Jadual 4). Barang-Barang Keluaran Kilang, Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan, dan Pelbagai Barang Keluaran Kilang, merangkumi sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan import pada tahun 2009, iaitu satu peningkatan daripada 45.0 peratus pada tahun 1990. Sumbangan Makanan dan Binatang Hidup, Minuman dan Tembakau, dan Minyak Sayur-sayuran dan Lemak Binatang menurun daripada 19.0 peratus pada tahun 1990 kepada 15.0 peratus pada tahun 2009.

Negara Jepun, negara-negara Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Korea Selatan masih merupakan destinasi utama eksport Negara Brunei Darussalam, khususnya minyak mentah dan gas cecair asli (Rajah 17). Beberapa trend dapat dilihat termasuk penurunan peratus kadar peratusan eksport ke Jepun daripada 58.1 peratus dalam tahun 1990 kepada 48.3 peratus pada tahun 2009, negara-negara ASEAN daripada 20.9 peratus dalam tahun 1990 kepada 13.3 peratus pada tahun 2009, dan peningkatan peratusan bagi India, Australia, New Zealand dan China.

Negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun masih merupakan sumber utama import (Rajah 18). Import dari negara-negara ASEAN dan China telah mencatatkan peningkatan. Sebaliknya, import dari negara-negara EU dan Jepun pula telah menurun secara perlahan.

Peratus Bahagian (%)!

RAJAH 17!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Peratus Bahagian (%)!

RAJAH 18!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 29 3/3/12 9:16:56 AM

Page 30: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 3: Ekonomi Berteraskan Pengetahuan Bagi Menangani Kelembapan Pertumbuhan Berasaskan Sektor Perlombongan Kerajaan menyedari akan batas keupayaan pembangunannya yang penyebab utama menurunnya prestasi pertumbuhan ialah kerana berkurangnya penghasilan pendapatan dalam sektor perlombongan. Dengan perkataan lain, proses pembangunan yang bergantung pada sektor tunggal yang berasaskan simpanan minyak dan gas yang terbatas, sudah pasti mempunyai had. Keperluan untuk melaksanakan strategi pembangunan yang berdaya tahan, lebih-lebih lagi dengan adanya ‘Krisis Ganda Tiga Global - Kewangan, Makanan dan Perubahan Iklim’ menjadikan negara terdedah kepada pergolakan harga luaran.

Bagi merealisasikan objektif Wawasan Brunei 2035, Kerajaan telah menggubal RKN dengan empat teras pembangunan: (i) meluaskan asas ekonomi dan mengukuhkan asas bagi ekonomi yang berteraskan pengetahuan dengan memberikan keutamaan kepada pengetahuan, kreativiti dan inovasi; (ii) mempercepatkan pembangunan sosial dan mengekalkan kestabilan politik bagi memperbaiki taraf kehidupan, mengekalkan alam sekitar yang mapan dan bersih, mempertingkatkan keselamatan negara dan mewujudkan masyarakat berdisiplin dan penyayang; (iii) meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi; dan (iv) memperkukuhkan keupayaan institusi.

Pres

tasi

Mak

roek

onom

i

Buku JPKE Malay.indd 30 3/3/12 9:16:58 AM

Page 31: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 31 3/3/12 9:17:00 AM

Page 32: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 1: Membasmi Kemiskinan dan Kebuluran Ekstrem

Matlamat MDG 1 adalah berkaitan dengan pembasmian kemiskinan dan kebuluran ekstrem. Untuk mencapai matlamat ini, satu sasaran realistik telah ditetapkan iaitu untuk mengurangkan separuh dari

kadar kemiskinan, di antara tahun 1990 hingga 2015, yang disukat oleh petunjuk-petunjuk seperti (i) perkadaran orang yang berpendapatan kurang daripada satu dolar sehari; (ii) penurunan pendapatan bagi orang-orang miskin; dan (iii) bahagian kuintil termiskin dalam perbelanjaan negara. Perkara ini perlu untuk dicapai melalui penggunaan tenaga penuh dan produktif, serta pekerjaan yang wajar untuk semua, termasuk wanita dan remaja. Sasaran yang berkaitan adalah untuk mengurangkan separuh perkadaran orang yang menderita daripada kebuluran.

Negara Brunei Darussalam telah mengalami tahap pendapatan per kapita yang tinggi dan peningkatan dalam agihan pendapatan hasil daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan manusia jangka panjang. Sejak tahun 2005, kadar pengangguran adalah stabil pada tahap kurang daripada empat peratus. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program jaringan keselamatan sosial bagi memastikan tidak ada seorang rakyat pun menghadapi kekurangan keperluan asas. Ini telah menyumbang kepada ketiadaan kemiskinan ekstrem yang diukur dengan merujuk kepada norma pendapatan sara hidup minimum bagi Pariti Kuasa Beli (PPP) USD1.25 per kapita sehari.2

Pihak Kerajaan akan mempertahankan pencapaian ini melalui peruntukan kebajikan dan langkah-langkah dasar yang berorientasikan pertumbuhan. Bagi tujuan ini, pihak Kerajaan telahpun menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Kemiskinan, salah satu daripada enam Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan peringkat Menteri bagi menangani Isu Sosial. Penubuhan jawatankuasa ini akan memantapkan usaha membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan. Ia juga bertujuan untuk mempertahankan pencapaian dalam keselamatan makanan dengan menetapkan sasaran sara diri bagi barangan makanan asas dan malah telah memantapkan lagi Jabatan Pertanian menjadi Jabatan Pertanian dan Agri-Makanan (DAAF), Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU) bagi memudahcarakan dasar-dasar yang berkesan.

_____________________________2 Negara-negara berbeza dari segi unit mata wang dan nilai sukatannya. Oleh itu, pendapatan negara-negara berkenaan dibandingkan dengan merujuk secara am kepada pasaran pertukaran asing antara mata wang masing-masing. Walau bagaimanapun, pasaran pertukaran asing hanya berdasarkan kepada perdagangan barangan dan perkhidmatan sahaja, oleh itu, tidak menunjukkan kuasa beli. Untuk mengatasi batasan ini, kaedah pariti kuasa beli yang mengambil kira harga-harga bagi perkhidmatan dan barangan dagangan dan bukan dagangan, juga akan digunakan untuk penukaran dan perbandingan mata wang antara negara-negara berkenaan.

19 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 32 3/3/12 9:17:01 AM

Page 33: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kemiskinan dan kebuluran ekstrem: Pembasmian di Negara Brunei Darussalam

Berdasarkan kepada Kajian Perbelanjaan Keluarga Negara Brunei Darussalam yang dijalankan pada tahun 2005, tiada kemiskinan ekstrem di Negara ini. Pada tahun 2005, purata pendapatan isi rumah di Negara

Brunei Darussalam ialah BND4,661 (USD2,808) sebulan. Bagi isi rumah di kawasan bandar, purata pendapatan ialah BND4,868 (USD2,933) sebulan manakala bagi isi rumah di kawasan luar bandar, purata pendapatan ialah BND4,075 (USD2,455) sebulan3. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan purata pendapatan yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar (Rajah 19A).

_____________________________3 Kawasan bandar dan luar bandar ditakrifkan sebagaimana dalam Banci Penduduk dan Perumahan tahun 2001. Kawasan bandar bererti semua kawasan yang terletak dalam lingkungan Bandaran dan semua kawasan di luarnya yang mempunyai ramai penduduk dan yang bergantung kepada bandar berkenaan bagi pekerjaan, pendidikan, hiburan dan kemudahan-kemudahan lain. Ini digunakan sebagai garis panduan dalam mengklasifikasikan sesebuah kampung sebagai kawasan bandar atau luar bandar.

4 Kadar pertukaran PPP bagi setiap unit USD kepada BND pada tahun 2005 ialah 1.079 (http://data.un.org/Dataaspx?d=MDG&seriesRowD%3A699)Manakala kadar pertukaran di pasaran bagi setiap unit USD kepada BND pada tahun 2005 ialah 1.66.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 20

Pada tahun yang sama, purata pendapatan bagi 10 peratus isi rumah termiskin ialah BND994 (USD599) sebulan manakala purata perbelanjaan isi rumah ialah BND975 (USD587) sebulan atau BND33 (USD20) sehari. Pada harga PPP, perbelanjaan isi rumah termiskin secara purata ialah sebanyak PPP USD903 sebulan4. Ini menunjukkan bahawa keluarga tersebut berbelanja secara purata sebanyak PPP USD30 sehari. Memandangkan saiz purata 10 peratus isi rumah termiskin ialah 6.6, ini menunjukkan bahawa perbelanjaan per kapita PPP ialah sebanyak USD4.6 sehari. Angka ini melebihi norma antarabangsa PPP iaitu USD1.25 sehari bagi kemiskinan pendapatan mutlak.

Makanan dan Minuman!

Ringan!

Tembakau dan Minuman

Beralkohol!

Pakaian dan Kasut!

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan

Lain-lain Bahan Api!

Peralatan dan Perabot Rumah dan!

Kerja-Kerja Pembaikan yang Rutin!

Kesihatan!

Pengangkutan!

Perhubungan!

Riadah dan Kebudayaan!

Pendidikan!

Hotel dan Restoran!

Pelbagai Barangan dan

Perkhidmatan!

Perbelanjaan Luar Negara!

Bandar! Luar Bandar!

0!5!10!15!20!25!30!35!

Sumbangan perbelanjaan (%)!Sumbangan perbelanjaan (%)!

RAJAH 19A!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 33 3/3/12 9:17:02 AM

Page 34: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kumpulan isi rumah termiskin membelanjakan kira-kira dua pertiga daripada perbelanjaan isi rumah mereka untuk Makanan dan Minuman Ringan dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Lain-Lain Bahan Api

(Rajah 20). Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah khususnya bagi makanan dan perumahan, untuk memastikan taraf kehidupan yang stabil bagi golongan miskin.

Makanan dan perumahan menguasai bajet isi rumah yang relatif miskin

Perumahan, pengangkutan dan makanan: barangan utama bajet penggunaan isi rumah

Dengan adanya dasar-dasar Kerajaan yang berperspektif kebajikan, sama ada makro mahupun mikro, kefahaman mengenai profil penggunaan isi rumah adalah penting. Ini adalah bertepatan khususnya

dalam konteks ‘Krisis Ganda Tiga Global - Kewangan, Makanan dan Perubahan Iklim’, inflasi harga makanan dan kepentingan MDG mengenai taraf kehidupan dan keselamatan makanan.

Menurut Kajian Perbelanjaan Keluarga tahun 2005, secara purata satu pertiga daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan isi rumah adalah untuk perbelanjaan perumahan, air, elektrik, gas dan lain-lain bahan api. Perbelanjaan pengangkutan dicatatkan kira-kira satu perenam daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan isi rumah, manakala perbelanjaan makanan pula kira-kira satu pertujuh. Kesimpulannya, ketiga-tiga kumpulan ini merupakan komoditi utama yang menguasai profil perbelanjaan isi rumah mengikut sektor di Negara Brunei Darussalam (Rajah 19B).

21 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

45!

0!

5!

10!

15!

20!

25!

30!

35!

40!

Sum

bang

an p

erb

ela

nja

an (%

)!

Kelas perbelanjaan!

Makanan dan Minuman Ringan!

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Lain-lain Bahan Api!

Pengangkutan!

RAJAH 20!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

45!

0!

5!

10!

15!

20!

25!

30!

35!

40!

Su

mb

an

gan

perb

ela

nja

an

(%

)!

Kelas perbelanjaan!

Makanan dan Minuman Ringan!

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Lain-lain Bahan Api!

Pengangkutan!

RAJAH 20!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 34 3/3/12 9:17:03 AM

Page 35: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kejayaan dasar dalam mengekalkan inflasi sederhana

Negara Brunei Darussalam telahpun berjaya mengekalkan inflasi pada tahap yang sederhana. Walaupun demikian, secara amnya harga bagi kebanyakan barangan telah meningkat sejak beberapa tahun

kebelakangan. (Rajah 21).

Pada tahun 2008, kadar inflasi harga pengguna telah dicatatkan sebanyak 2.7 peratus. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga bagi pelbagai barangan yang diimport terutamanya bagi barangan makanan dan minyak. Pada tahun 2009, kadar inflasi telah menurun kepada 1.8 peratus setelah harga bagi barangan yang diimport jatuh disebabkan keadaan ekonomi global yang lembap.

Bagi memastikan harga pengguna kekal pada tahap yang rendah, pihak Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah terutama melalui prosedur pentadbiran seperti Jualan Besar-Besaran Brunei (BGS), jualan diskaun semasa musim perayaan dan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga. Perundingan yang berterusan telah diaturkan antara pembekal dan pemborong bagi memastikan harga barangan makanan yang terpilih adalah dalam lingkungan harga yang munasabah. Pemberian subsidi pihak Kerajaan ke atas beras, gula, bahan api, dan gas cecair juga telah menyumbang kepada tahap inflasi pengguna yang lebih sederhana.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 22

Buku JPKE Malay.indd 35 3/3/12 9:17:04 AM

Page 36: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 4: Usaha Membasmi Kemiskinan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menegaskan komitmen pihak Kerajaan terhadap pembasmian kemiskinan

di Negara Brunei Darussalam semasa mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara sesi keempat pada bulan Mac 2008.

Kerajaan telah pun menubuhkan satu Majlis Kebangsaan peringkat Menteri berhubung dengan Isu Sosial. Peranan utama Majlis ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu sosial, menggubal perundangan baru atau meminda perundangan yang sedia ada yang berhubung kait dengan isu sosial berkenaan, serta menyelaras bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan pelaksanaan usaha ke arah membasmi kemiskinan. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ahli-ahli Majlis berkenaan termasuklah Menteri-Menteri dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pengerusi Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di bawah Majlis ini, enam Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi menangani Isu Kemiskinan; Institusi Keluarga dan Wanita; Orang Kurang Upaya dan Warga Tua; Mentaliti Masyarakat; Aktiviti-Aktiviti Tidak Bermoral; dan Pencegahan Jenayah.

Selaras dengan matlamat negara untuk mencapai kemiskinan sifar, beberapa tugasan sedang diungkayahkan di bawah naungan Jawatankuasa Khas berhubung Isu Kemiskinan yang termasuk:

(i) mentakrif kemiskinan dalam konteks Negara Brunei Darussalam; (ii) mengkaji dan menganalisis punca utama kemiskinan di Negara Brunei Darussalam; (iii) membentangkan cadangan yang bersesuaian bagi menangani isu tersebut; dan (iv) membina pangkalan data yang komprehensif bagi sektor penduduk yang hidup dalam kemiskinan.

Kerajaan juga telah menyediakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi dasar-dasar ‘Perlindungan Sosial’ yang ada hubung kait dengan kos minimum keperluan asas. Dua petunjuk utama yang dicadangkan ialah dari segi ‘terdapatnya skim bantuan pendidikan bagi penduduk yang hidup di bawah kos keperluan asas’ dan ‘perkadaran penduduk yang hidup di bawah kos minimum keperluan asas berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk’.

Buku JPKE Malay.indd 36 3/3/12 9:17:07 AM

Page 37: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 5: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Bagi meningkatkan peluang-peluang untuk menambah pendapatan dan mengurangkan

penggangguran, Kerajaan telah memberi penekanan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai satu strategi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mengurangkan kemiskinan. Strategi ini adalah berdasarkan kepada program-program berikut:

1. Program kesedaran dan orientasikeusahawanan dihasratkan bagi (i) mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas; dan (ii) mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Subprogram yang pertama mempunyai dua sub-kategori untuk menangani keperluan mereka yang baru berkecimpung dan mempunyai kebolehan untuk menjadi usahawan dan mereka yang telahpun menjadi usahawan. Manakala subprogram yang kedua, pada dasarnya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penuntut tentang dunia perniagaan, menekankan pentingnya keusahawanan dalam masyarakat serta memberikan pengalaman yang berkaitan dengan peluang-peluang dan cabaran-cabaran perniagaan.

2. Akses kepada pembiayaan mempunyai tigasubkomponen: (i) Skim Pembiayaan Kredit Mikro menyediakan pinjaman sehingga BND50,000 untuk meningkatkan penyertaan pengusaha-pengusaha bumiputera dalam aktiviti baru dan produktif, dan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran perusahaan yang terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi; ii) Skim Kemudahan Perusahaan menyediakan pembiayaan kredit sehingga BND5 juta kepada PKS dalam sektor-sektor pertanian, perikanan, pembuatan, pelancongan, pembinaan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); dan (iii) Skim Pembiayaan Semula Eksport

menyediakan pembiayaan jangka pendek berulang di antara BND50,000 sehingga BND500,000 kepada pengeksport langsung dan tidak langsung bagi pembiayaan kos bahan mentah, kilang, pembungkusan dan logistik yang berkaitan dengan pra penghantaran. Skim ini juga menyediakan pembiayaan bagi pengangkutan berkaitan selepas penghantaran. Skim pembiayaan kredit didokong dengan mengadakan penilaian risiko kredit dan pengawasan pinjaman bagi pinjaman kepada PKS dan dilaksanakan melalui bank-bank yang menyertai skim ini di Negara Brunei Darussalam.

3. Program inkubator perniagaan untukmembantu pembangunan PKS dengan menyediakan dokongan dan akses kepada berbagai kemudahan dan perkhidmatan berkaitan perniagaan.

4. Projek-projek yang berkaitan dengan PKSseperti (i) Bengkel Halal PKS untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran mengenai sektor Halal di Negara Brunei Darussalam; (ii) kajian kebangsaan seperti Analisis Kesediaan dan Keperluan bagi PKS tempatan; dan (iii) Projek Pembangunan Kluster untuk meningkatkan daya saing PKS dalam sektor sumber utama, perkhidmatan dan pembuatan.

5. Program sokongan khusus dalam sektorpertanian dan perikanan – terdapat program dokongan dari DAAF. Ini termasuk akses yang lebih mudah kepada input pengeluaran dan jentera ladang, latihan teknikal dan perniagaan serta akses kepada nasihat pakar. Jabatan Perikanan, KPSSU, juga menyediakan bantuan kepada nelayan berskala kecil dalam penternakan ikan, penyediaan keperluan asas dan prasarana, nasihat pakar dan perkhidmatan dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan penangkapan ikan dan akuakultur.

Buku JPKE Malay.indd 37 3/3/12 9:17:09 AM

Page 38: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 6: Keselamatan Makanan

Ketersediaan dan akses kepada makanan merupakan elemen penting dalam membasmi kemiskinan. Pihak Kerajaan telah berusaha mencari jalan untuk meningkatkan tahap

sara diri bagi barangan makanan utama seperti beras, buah-buahan tropika, sayuran, ayam pedaging dan telur bagi memastikan keselamatan makanan. DAAF, telah mula melaksanakan Pelan Strategik Jangka Sederhana (2008-2013) berdasarkan kepada strategi berikut:

(i) menambahbaik dasar, perundangan dan peraturan pertanian; (ii) meningkatkan dan menggalakkan pelaburan sektor awam dan swasta; (iii) mempergunakan sepenuhnya sumber manusia dan meningkatkan kapasiti

serta kebolehan kakitangan; (iv) menguatkan dan mengukuhkan program sokongan yang akan merangsang perkembangan agri-bisnes; (v) menambahbaik kaedah pemasaran melalui sistem prasarana pasaran dan pengagihan yang berkesan dan cekap; (vi) membina kapasiti pihak yang berkepentingan dan mengukuhkan hubungan dengan pihak yang berkepentingan; dan (vii) memindahkan teknologi yang bersesuaian dan terkini.

Dengan memperkenalkan jenis beras ‘Laila’, usaha bagi meningkatkan penghasilan beras dilakukan dengan menambahluas kawasan penanaman padi yang ada dari seluas 1,290 hektar kepada 7,870 hektar. Dilengkapi dengan skim seperti program beli semula, penambahbaikan dokongan prasarana dan teknologi, penghasilan beras telah meningkat daripada 1.22 tan se hektar pada tahun 2008 kepada 1.29 tan se hektar pada tahun 2009. Pihak Kerajaan telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak BND20 juta (USD14 juta) untuk penanaman padi bagi merealisasikan matlamat negara untuk mencapai matlamat 60.0 peratus sara diri bagi beras menjelang tahun 2015.

Buku JPKE Malay.indd 38 3/3/12 9:17:10 AM

Page 39: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Peningkatan agihan pendapatan isi rumah

Tahap ketidaksamaan dalam agihan pendapatan isi rumah telah menurun dengan ketara dalam tempoh dua dekad yang lalu. Nilai koefisien Gini telah menurun daripada 0.534 peratus pada tahun 1987/1988 kepada

0.413 peratus pada tahun 1997/1998 dan kepada 0.355 peratus pada tahun 20055. Bahagian pendapatan bagi 40 peratus isi rumah termiskin meningkat daripada 11.3 peratus pada tahun 1997/1998 kepada 14.6 peratus pada tahun 1997/1998 dan kepada 17.4 peratus pada tahun 2005. Bahagian pendapatan bagi 40 peratus isi rumah pertengahan juga meningkat daripada 29.6 peratus kepada 37.2 peratus dan kepada 40.7 peratus dalam tahun yang sama. Sejajar dengan peningkatan tersebut, bahagian pendapatan bagi kalangan 40 peratus isi rumah terkaya telah menurun dalam tempoh berkenaan. Rajah 22 menunjukkan peralihan ke arah agihan pendapatan yang lebih saksama bagi kalangan isi rumah di Negara Brunei Darussalam.

5 Koefisien Gini ialah ukuran statistik yang biasa digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan. Sebagai panduan kasar untuk mentafsirkan angka-angka Gini, ekonomi ynag mempunyai taburan pendapatan yang ‘tidak sama’menunjukkan persamaan nilai koefisien Gini sekitar 0.5 hingga 0.7. Koefisien Gini ýang saksama’mestilah pada selang sekitar 0.2 hingga 0.35.

_____________________________

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 26

Buku JPKE Malay.indd 39 3/3/12 9:17:12 AM

Page 40: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Peningkatan bantuan kebajikan

Salah satu lagi petunjuk kemiskinan ialah bilangan penerima bantuan kebajikan setiap bulan dan penerima Zakat di Negara Brunei Darussalam. Bantuan kebajikan diberikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat

(JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) manakala Zakat6 ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan diagihkan kepada penerima beragama Islam yang layak.

Sehingga bulan Mei 2009, bilangan penerima bantuan kebajikan yang berdaftar dengan JAPEM dan MUIB terdiri daripada 8,234 orang ketua keluarga dan pada keseluruhannya berjumlah 29,538 orang penerima termasuk tanggungan. Ini menunjukkan 7.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk yang menerima bayaran kebajikan dianggarkan sebanyak BND22 juta (USD15.4 juta) dan pembayaran Zakat sebanyak BND90 juta (USD62 juta) (Rajah 23).

Di Negara Brunei Darussalam, bilangan penerima bantuan kebajikan dan Zakat telah meningkat semenjak tahun 2004. Selain dari kepentingannya sebagai langkah pembangunan sosial, bantuan kebajikan adalah bertepatan dari perspektif dasar ekonomi makro untuk memberikan rangsangan ekonomi dalam konteks kemelesetan ekonomi global.

_____________________________6 Pembayaran Zakat yang dikutip oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) juga menambah usaha negara dalam mengurangkan kemiskinan. Zakat diagihkan mengikut prinsip Islam bagi sumbangan mandatori. Hak-hak faedah dijelaskan dengan merujuk kepada garis panduan piawaian yang ditetapkan oleh MUIB.

27 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

Bila

ng

an k

etu

a isi ru

mah!

Penerima Zakat (MUIB)!

RAJAH 23!

Penerima bantuan kebajikan!

(JAPEM)!

Sumber: Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Majlis Ugama Islam Brunei!

Buku JPKE Malay.indd 40 3/3/12 9:17:12 AM

Page 41: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 7: Program Kebajikan Sosial: Peluang,Pengupayaan dan Keselamatan

Feminisasi kemiskinan merujuk kepada fenomena global yang menunjukkan kadar wanita menderita miskin adalah jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Pihak Kerajaan menyediakan peluang yang sama rata bagi

wanita mendapatkan bantuan kebajikan. Golongan balu, janda dan wanita yang menanggung keluarga turut diberikan bantuan, bimbingan dan sokongan sosial.

Sehingga bulan Julai 2009, JAPEM telah memberikan bantuan kebajikan kepada 5,154 ketua keluarga dengan 15,201 tanggungan. Jumlah keseluruhan penerima bantuan ialah 20,355 orang. Daripada jumlah tersebut, 70.0 peratus (3,624 orang) adalah penerima wanita yang menanggung 65.0 peratus (9,937 orang) daripada keseluruhan jumlah tanggungan.

Feminisasi kemiskinan dan bantuan-bantuan kebajikan

Sejak tahun 1954, JAPEM telah mentadbir program kebajikan sosial dengan memberikan

bantuan kebajikan berupa kewangan dan barangan kepada golongan tua dan orang kurang upaya serta keluarga yang kurang berkemampuan. Ia juga memberikan perkhidmatan pemulihan dan kaunseling, serta bantuan kepada golongan miskin dan kurang upaya bagi mendapatkan pekerjaan dan perniagaan kecil-kecilan untuk membolehkan mereka berdikari. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempunyai skim bantuan khas untuk membantu murid-murid sekolah yang miskin dan anak-anak yatim.

Pihak Kerajaan juga telah mengemaskinikan program pembasmian kemiskinan dengan meletakkan penekanan ke atas peluang-peluang bagi penjanaan pendapatan, pengupayaan dan keselamatan. Pendekatan ini adalah untuk mengembangkan keupayaan golongan miskin melalui akses yang lebih luas untuk berdikari, kemahiran baru, perkhidmatan dan sumber di samping menggalakkan dan meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi untuk mendukung keusahawanan dan penjanaan pendapatan.

Pada bulan Jun 2006, JAPEM memperkenalkan Skim Berdikari kepada penerima-penerima bantuan kebajikan. Skim pembiayaan mikro ini menyediakan modal permulaan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil-kecilan dengan memberikan pengecualian faedah, caj pentadbiran, keperluan penjamin dan cagaran. Matlamat skim ini ialah untuk membantu meringankan bebanan kewangan dan menukar cara mentaliti penerima bantuan melalui pengurangan kebergantungan mereka terhadap bantuan kebajikan bagi menyara

kehidupan mereka dan merangsang budaya berdikari dan menanggung keperluan makan minum sendiri. Sasaran bagi skim ini adalah terdiri daripada golongan fakir dan miskin yang mempunyai pendapatan terhad; golongan yang tidak mempunyai pekerjaan dan golongan yang mempunyai kemahiran menjana pendapatan serta tekad keusahawanan yang terhad. Sejak bulan Jun 2006 sehingga Disember 2009, Skim Berdikari telah meluluskan 96 permohonan bagi pelbagai kategori perniagaan termasuk makanan dan katering, pertanian, perikanan, jahitan dan kedai runcit. Sebanyak 67.0 peratus dari jumlah keseluruhan peserta adalah terdiri daripada golongan wanita. Kadar pembayaran balik daripada jumlah keseluruhan pembayaran ialah 29.2 peratus.

Inisiatif lain ke arah meningkatkan pengupayaan ialah penubuhan Pusat Pembangunan Belia (PPB) pada tahun 1996 di bawah KKBS dengan hasrat untuk memberikan latihan kemahiran dan pembangunan diri bagi belia yang tidak mempunyai pekerjaan yang tidak dapat meneruskan pendidikan secara formal. Dari tahun 1996 sehingga 2009, jumlah lepasan dari PPB adalah seramai 1,341 orang, yang terdiri daripada 449 orang lelaki dan 892 orang wanita.

Kementerian Hal Ehwal Ugama juga telah mengungkayahkan satu program yang dikenali sebagai Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ). Program ini bertujuan untuk menggalakkan kemahiran dan keupayaan penerima zakat melalui bimbingan dan latihan di PPB selama sembilan bulan. Dari tahun 2007 sehingga 2010, jumlah peserta yang menghadiri program berkenaan ialah 79 orang iaitu 25 orang lelaki dan 54 orang wanita.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 28

Buku JPKE Malay.indd 41 3/3/12 9:17:12 AM

Page 42: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 8: Program Berorientasikan Pertumbuhan

Pihak Kerajaan telah menyediakan peruntukan negara sebanyak BND4.9 bilion (USD3.5 billion)7

bagi Tahun Kewangan 2010/2011. Peruntukan tersebut menekankan lima bidang utama iaitu Keselamatan dan Pertahanan Negara; Kebajikan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan; Keselamatan Makanan Negara; Meningkatkan Pembangunan Sektor Swasta; dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pembinaan Keupayaan. Daripada jumlah peruntukan berkenaan, sebanyak BND1.05 bilion (USD0.75 bilion) diperuntukkan bagi perbelanjaan modal, kebanyakannya dalam projek-projek prasarana.

Pihak Kerajaan telah mengenalkan langkah-langkah tambahan bagi cukai bagi Tahun Kewangan 2010/2011

dalam usaha meningkatkan tahap keberdayasaingan Negara Brunei Darussalam bagi menarik lebih banyak pelaburan asing dan memajukan aktiviti ekonomi bagi memudahkan pertumbuhan sektor swasta di Negara Brunei Darussalam. Antara langkah-langkah berkenaan, ialah mengurangkan cukai korporat daripada 23.5 peratus kepada 22.0 peratus. Di samping itu, tambahan pemotongan juga dibenarkan bagi caruman pihak majikan kepada Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP). Ini adalah sebagai tambahan kepada pemotongan yang dibenarkan di bawah Akta Cukai Pendapatan yang ada untuk mengurangkan beban pembayar cukai korporat dan juga menggalakkan pekerjaan bagi anak tempatan – mahir, separuh mahir dan tidak mahir.

Tabung Amanah Pekerja (TAP) adalah sebuah institusi penting di Negara Brunei Darussalam. Ia

merupakan skim tabung persaraan yang bertujuan untuk memudahkan simpanan yang dibuat oleh rakyat dan penduduk tetap bagi persaraan mereka. TAP mengutip caruman bulanan ahli pencarum untuk melabur dan menyimpannya sehingga tempoh tertentu bagi melayakkan ahli berkenaan berhak membuat pengeluaran caruman masing-masing. Bagi memastikan pertumbuhan dana secara beransur-ansur dan keupayaan TAP untuk memberikan dividen yang kompetitif kepada ahli-ahlinya, dana berkenaan dilabur secara berhemah dengan matlamat untuk mendapatkan pulangan yang optimum seimbang dengan risiko pada tahap yang dapat diterima. Satu

ciri tambahan TAP ialah setiap pekerja dibolehkan menentukan secara sukarela untuk menambah peratus caruman masing-masing daripada gaji mereka.

Mulai 1 Januari 2010, Kementerian Kewangan telah mengenalkan SCP yang menghendaki pekerja dan majikan, sama ada daripada sektor awam dan swasta, untuk sama-sama mencarum atau menabung pada tahap minimum 3.5 peratus daripada gaji masing-masing. SCP juga dilaratkan kepada mereka yang bekerja di sektor informal iaitu bekerja sendiri. Ini bertujuan untuk menyediakan pendapatan yang tetap atau anuiti kepada pesara apabila mereka mencapai umur persaraan mandatori yang baru iaitu umur 60 tahun.

Kementerian Kewangan (KKW) sentiasa aktif menggalakkan budaya menabung dalam

kalangan penduduk dan meningkatkan kesedaran awam terhadap masalah yang berkaitan dengan keberhutangan secara jangka panjang yang boleh menjejaskan kebajikan rumahtangga. Bagi memastikan kemantapan kewangan penduduk

di negara ini, KKW telah mengeluarkan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat berkenaan seperti mengehadkan pinjaman peribadi yang diberikan oleh pihak bank kepada 12 kali gaji pokok sebulan sahaja bagi setiap permohonan pinjaman; dan mengawal pengagihan dan penggunaan kad kredit.

_____________________________

29 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Kotak 9: Jaringan Jaminan Sosial Yang Mampan

Kotak 10: Memastikan Kemantapan Kewangan Penduduk

7 Pertukaran satu unit USD kepada BND bagi Tahun Kewangan 2010/2011 ialah BND1.4

Buku JPKE Malay.indd 42 3/3/12 9:17:12 AM

Page 43: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 11: Satu Kampung Satu Produk

Projek Satu Kampung Satu Produk (SKSP) ialah pendekatan yang berpusatkan masyarakat

dan kemajuan ekonomi tempatan berasaskan permintaan ke arah kemajuan dan promosi produk kampung di pasaran tempatan dan antarabangsa. Projek SKSP menyokong hasrat negara dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi. Matlamat-matlamatnya adalah seperti berikut:

i. Untuk menggiatkan semula budaya motivasidiri dan berdikari dalam masyarakat tempatan melalui hasil reka cipta atau penghasilan barangan dan perkhidmatan ekonomi;

ii. Untuk meminimumkan kebergantungan masyarakat terhadap bantuan kerajaan;

iii. Untuk menggalakkan semangat danminat masyarakat tempatan dalam perusahaan-perusahaan tertentu termasuk pelancongan, perindustrian, kraftangan, pertanian dan perikanan;

iv. Untuk mengembangkan kreativiti yang bolehmengekalkan dan menggalakkan identiti masyarakat; dan

v. Untuk memupuk keharmonian kehidupanbersama menerusi aktiviti sosio-ekonomi secara komunal.

Matlamat jangka panjang projek SKSP adalah untuk menjana peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan keluarga dan memperbaiki taraf hidup dan seterusnya membasmi kemiskinan.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 30

Buku JPKE Malay.indd 43 3/3/12 9:17:14 AM

Page 44: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 44 3/3/12 9:17:16 AM

Page 45: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 2: Mencapai Pendidikan Rendah Universal

MDG2 bertujuan untuk memastikan, menjelang tahun 2015, setiap kanak-kanak, lelaki dan perempuan, akan mampu menamatkan persekolahan rendah penuh. Negara Brunei Darussalam sangat komited ke

arah mencapai matlamat ini. Perkembangan yang progresif dalam sistem pendidikan rendah di negara ini menunjukkan komitmen berkenaan.

Dalam tempoh 2005-2008, nisbah pendaftaran bersih dalam pendidikan rendah melebihi daripada 96.0 peratus bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tambahan pula, perkadaran murid Gred 1 yang berjaya mencapai Gred 5 (juga dikenali sebagai kadar mandiri hingga Gred 5) ialah sekitar 99.0 peratus. Selain itu, tahap celik huruf yang tinggi bagi penduduk dalam kumpulan umur 15-24 tahun dan mereka yang berumur 9 tahun ke atas telah mencapai kemajuan yang membanggakan. Pencapaian ini terlaksana disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (i) dasar pendidikan jangka panjang negara; (ii) pembentukan modal manusia yang berkualiti tinggi, dan (iii) penyediaan prasarana pendidikan dan kemudahan mengajar yang baik.

Pelaksanaan dasar yang berturut-turut sejak tahun 1950an juga telah memberi kesan yang besar terhadap perkembangan sosioekonomi ke arah penyediaan akses yang universal untuk pendidikan seperti yang berikut:

Pertama, Dasar Pendidikan Kebangsaan disasarkan kepada kanak-kanak dalam kumpulan umur 6-15 tahun untuk menghadiri sekolah rendah dan menengah. Ia memberikan asas bagi celik huruf dan kemahiran numerik kepada kanak-kanak dan juga memberikan peluang bagi pembinaan watak dan pertumbuhan diri. Bagi menjamin akses yang universal, Kerajaan telah meluluskan Perintah Pendidikan Wajib pada bulan November 2007. Undang-undang ini mewajibkan pendidikan selama sembilan tahun bagi kanak-kanak dari umur enam tahun. Tempoh sembilan tahun ini termasuk enam tahun sekolah rendah dan tiga tahun pendidikan menengah bawah. Dengan ini, Negara Brunei Darussalam telah menggubal undang-undang bagi mencapai pendidikan rendah yang universal dan juga meningkatkan tempoh pendidikan menengah sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kedua, sejak tahun 1997, negara ini telah melaksanakan Dasar Pendidikan Inklusif yang juga memberikan akses kepada penuntut yang berkeperluan khas.

Ketiga, untuk menyahut cabaran dunia yang cepat berubah dan menyediakan penuntut dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang berkaitan untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah bagi ekonomi yang berfikiran ke hadapan, negara telah memperbaharui sistem pendidikan melalui Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21). Pada peringkat menengah, SPN21 menyediakan pelbagai laluan untuk menyesuaikan keperluan pembelajaran para pelajar yang pelbagai; semua penuntut akan mengikuti kurikulum umum selama dua tahun (Tahun 7 & 8). Pada akhir Tahun 8, penuntut akan menduduki Penilaian Kemajuan yang akan dijadikan asas bagi pemilihan untuk program 4 tahun (ekspress) atau 5 tahun.

Negara juga komited untuk mencapai matlamat yang digariskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNESCO) – ‘Pendidikan untuk Semua’, yang selaras dengan Perintah Pendidikan Wajib 2007 dan SPN21.

Akhirnya, Wawasan Brunei 2035 telah mengenal pasti strategi untuk pendidikan bagi mempersiapkan para belia kepada ‘alam pekerjaan dan pencapaian dalam dunia yang semakin berdaya saing dan berasaskan pengetahuan’. Kementerian Pendidikan telah menjalankan pelbagai program bagi mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Beberapa program telah diintegrasikan sepenuhnya sebagai program pendidikan dalam kurikulum sekolah seperti yang berikut:

(i) Program Membaca dan Pemerolehan Bahasa (RELA) – untuk meningkatkan penguasaan BahasaInggeris pelajar di sekolah rendah;

(ii) Program Kemahiran Berfikir – untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti cara berfikir penuntutsecara keseluruhan, dengan menggunakan pendekatan sistematik yang mudah dalam menangani, memproses maklumat dan membuat keputusan; dan

(iii) Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) – untuk mempromosikan kesedaran kepadaguru-guru dalam penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 32

Buku JPKE Malay.indd 45 3/3/12 9:17:16 AM

Page 46: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Nisbah pendaftaran bersih merujuk kepada perkadaran penduduk kanak-kanak dalam kumpulan umur 6-11 tahun yang mendaftar di sekolah rendah yang diungkapkan sebagai peratus penduduk yang sama. Rajah

24 menunjukkan anggaran pendaftaran penuntut sekolah rendah konsisten lebih daripada 96.0 peratus.

Kadar mandiri hingga Gred 5 ialah perkadaran kohort murid yang menuntut hingga ke Gred 5 diungkapkan sebagai peratus murid yang mendaftar dalam Gred 1 pada kitaran dan tahun persekolahan yang ditetapkan.

Rajah 25 menunjukkan kadar mandiri adalah konsisten.

Nisbah pendaftaran bersih dalam pendidikan rendah: Hampir mencapai 100 peratus

Kadar mandiri: Stabil dan hampir mencapai 100 peratus

33 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pera

tus (%

)!

Sumber: Kementerian Pendidikan!

2005! 2006! 2007! 2008!

RAJAH 24!

Lelaki!

Perempuan!

Kedua-dua jantina!

Pera

tus (%

)!

Sumber: Kementerian Pendidikan!

2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

RAJAH 25!

Lelaki!

Perempuan!

Kedua-dua jantina!

Buku JPKE Malay.indd 46 3/3/12 9:17:17 AM

Page 47: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Konsep ini mengukur jumlah penuntut yang menamatkan tahun akhir pendidikan rendah dengan merujuk kepada jumlah kanak-kanak dalam umur rasmi tamat pendidikan rendah. Ini tidak mengambil kira faktor

umur penuntut yang menamatkan pendidikan rendah. Ia memudahkan pemantauan kemajuan ke arah mencapai matlamat pendidikan yang universal. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 26, anggaran bagi Negara Brunei Darussalam telah melebihi 100 peratus sejak tahun 2004. Pada dasarnya, ini menggambarkan suatu senario di mana terdapat sejumlah murid, tanpa mengira jantina, terlebih umur atau dibawah umur, memasuki kelas terakhir sekolah rendah buat pertama kali.

Kadar tamat pendidikan rendah: Satu lagi tanda kejayaan yang dicapai dalam MDG

Kadar celik huruf: Tahap yang tinggi dan semakin meningkat

Negara Brunei Darussalam mewujudkan sistem pendidikan secara rasmi pada tahun 1912. Dasar dan perkembangan berikutnya terbukti mendatangkan manfaat kepada penduduk dalam pemberian keperluan

pendidikan. Ini memberikan impak yang besar kepada perkembangan sosio-ekonomi bagi lelaki dan perempuan di negara ini. Rajah 27 menunjukkan kadar celik huruf telah meningkat daripada 69.0 peratus pada tahun 1971 kepada 80.3 peratus pada tahun 1981, meningkat lagi kepada 89.2 peratus pada tahun 1991 dan 93.7 peratus pada tahun 2001. Kadar celik huruf dianggarkan akan meningkat daripada 95.0 peratus pada tahun 2005 kepada 96.3 peratus pada tahun 2010. Ini membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan mudah menyesuaikan diri kepada tuntutan ekonomi moden yang berasaskan pengetahuan.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 34

2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

RAJAH 26!

Sumber: Kementerian Pendidikan!

Pera

tus (%

)!

Lelaki!

Perempuan!

Kedua-dua jantina!

Nota: Angka bagi tahun 2005 dan 2010 adalah anggaran berdasarkan trend masa lalu. Banci Penduduk Negara dikendalikan setiap 10 tahun.!

RAJAH 27!

Pera

tus (%

)!

Sumber: Kementerian Pendidikan!

Buku JPKE Malay.indd 47 3/3/12 9:17:18 AM

Page 48: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Ciri positif lain mengenai kadar celik huruf di Negara Brunei Darussalam ialah peningkatan kadar celik huruf yang berterusan di kalangan wanita. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 28, kadar ini telah meningkat

daripada 73.3 peratus pada tahun 1981 kepada 84.7 peratus pada tahun 1991 dan terus meningkat sehingga 91.5 peratus pada tahun 2001. Kadar ini juga dijangka akan meningkat daripada 93.0 peratus pada tahun 2005 kepada 96.0 peratus pada tahun 2010. Prestasi yang secara relatifnya bertambah baik ini juga ditunjukkan dalam indeks pariti jantina yang meningkat daripada 0.85 pada tahun 1981 kepada 0.91 pada tahun 1991 dan 0.96 pada tahun 2001.

Kadar celik huruf ini mengukur perkadaran penduduk yang celik huruf dalam kumpulan umur 15-24 tahun. Ia telah menunjukkan satu kemajuan dan mencerminkan penambahbaikan dalam bidang sosial dan ekonomi

(Rajah 29). Mereka ini adalah orang-orang yang boleh membaca, menulis dan memahami kenyataan mudah, iaitu, celik huruf menurut definisi UNESCO. Di luar standard ini, Negara Brunei Darussalam, melalui SPN21, telah memperkenalkan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

Kadar celik huruf: Dimensi jantina

Kadar celik huruf bagi kumpulan umur 15-24 tahun: Peningkatan dalam bidang sosioekonomi

35 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pera

tus (%

)!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

RAJAH 28!

Nota: Angka bagi tahun 2005 dan 2010 adalah anggaran berdasarkan trend masa lalu. Banci Penduduk Negara dikendalikan setiap 10 tahun.!

Pera

tus (%

)!

97.0!

97.5!

98.0!

98.5!

99.0!

99.5!

100.0!

RAJAH 29!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 48 3/3/12 9:17:19 AM

Page 49: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 12: SPN21 – MDG2 dan Selanjutnya

Setelah mencapai pendidikan rendah yang universal, Negara Brunei Darussalam menyedari bahawa langkah selanjutnya adalah untuk meningkatkan tahap celik huruf di luar definisi UNESCO iaitu “yang boleh membaca dan menulis dengan memahami kenyataan pendek yang mudah yang berkaitan dengan kehidupan seharian”. Dengan meningkatkan tahap celik huruf, ia diharap dapat meningkatkan kemahiran negara, mengembangkan ekonomi yang lebih responsif dan stabil, dan memberikan peluang pekerjaan bagi semua. Untuk mencapai hasrat ini, Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21), atau Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk abad ke-21 telah diperkenalkan.

Sistem ini membuat beberapa perubahan kepada pendidikan utama. Ini bertujuan untuk memenuhi cabaran sosial dan ekonomi dunia moden dan menyediakan penuntut-penuntut

dengan kemahiran abad ke-21. Kurikulumnya menetapkan sembilan bidang pelajaran utama; bertujuan untuk mendidik penuntut sehingga mereka menjadi individu yang seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan fizikal. Sembilan bidang pelajaran utama tersebut ialah Bahasa, Matematik, Sains, Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Kesenian dan Kebudayaan, Teknologi, Pengetahuan Ugama Islam (PUI), Pendidikan Kenegaraan atau Melayu Islam Beraja (MIB) serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kemahiran lain yang mempunyai nilai tambah yang diintegrasikan ke dalam sembilan bidang pelajaran utama ialah Literasi Digital. Pada abad ke-21, literasi seumpama ini adalah sebagai satu alat dan kemahiran penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu mencapai tahap penguasaan tertentu dalam bidang sains, teknologi dan kebudayaan.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 36

Model Kurikulum SPN21

Sambung ke muka surat 37......

Buku JPKE Malay.indd 49 3/3/12 9:17:21 AM

Page 50: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Selain itu, ia membolehkan penuntut untuk memilih pelbagai program mengikut kemampuan, minat, kecenderungan, pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kurikulum ini direka berasas luas dan menawarkan pelbagai laluan untuk pendidikan yang lebih tinggi dari sekolah umum dan institusi vokasional. Pelbagai pilihan yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

• Program Pendidikan Menengah Am adalah untuk pelajar yang lebih cenderungterhadap mata pelajaran yang berbentuk akademik. Untuk program ini, pelajar yang terpilih akan mengikuti sama ada program persekolahan selama empat atau lima tahun sebelum menduduki peperiksaan Brunei Cambridge General Certificate of Education (BC GCE) ‘O’ Level.

• Program Pendidikan Menengah Applied ialah program lima tahun yang disediakanuntuk memenuhi keperluan pelajar yang cenderung terhadap mata pelajaran yang berorientasikan teknologi dan perniagaan.

• Program Pendidikan Khusus ialah suatu program untuk pelajar yang mempunyaikecerdasan tinggi dan berbakat dalam pelbagai bidang umum atau tertentu. Kurikulum ini memfokus kepada perbezaan kandungan, proses, hasil serta suasana pembelajaran yang lebih meluas dan mendalam.

• Program Pendidikan Berkeperluan Khas adalah bagi pelajar yang telah dikenalpastisebagai pelajar yang memerlukan keperluan istimewa. Kurikulum ini telah diubahsuai dan/atau disesuaikan mengikut kemampuan pelajar dan keperluan pendidikan mengikut Perancangan Pendidikan Perseorangan.

Faedah SPN21

• Penekanan yang lebih terhadap ‘pembinaan watak’. • Tidak ada penahanan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 10/11 (kecuali bagi mereka

yang mempunyai kadar kehadiran kurang daripada 85 peratus). • Pelbagai laluan untuk pendidikan tinggi. • Pilihan program pendidikan yang berasaskan minat, kemampuan dan keperluan pelajar. • Peluang mengikuti program 4 tahun atau 5 tahun sebelum menduduki peperiksaan BC GCE ‘O’ Level. • Kurikulum yang berterusan dari Tahun 7-10/11. • Memperolehi kemahiran asas teknikal, vokasional dan perniagaan yang berguna untuk digunakan peluang bekerja sendiri dan menjawat kerjaya lain. • Peluang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional di institusi yang lebih tinggi. • Menawarkan Program Pendidikan Berkeperluan Khas. • Program Pendidikan Khusus untuk yang mempunyai kecerdasan tinggi dan berbakat. • Peluang untuk memperoleh kemahiran yang bernilai dan boleh dipasarkan. • Peningkatan dalam pencapaian penuntut. • Peningkatan dalam piawaian kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa sebagai tanda aras. • Peningkatan dalam piawaian pengajaran dan pembelajaran.

37 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 50 3/3/12 9:17:22 AM

Page 51: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 51 3/3/12 9:17:24 AM

Page 52: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 52 3/3/12 9:17:25 AM

Page 53: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 3: Meningkatkan Persamaan Jantina dan Memperkasakan Wanita

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 40

MDG3 ialah berkaitan dengan (i) penghapusan ketidaksamaan jantina di peringkat pendidikan rendah dan menengah, diharapkan menjelang tahun 2005 dan dalam semua peringkat pendidikan tidak lebih daripada

tahun 2015; dan (ii) memperkasakan wanita dari segi penyertaan dalam pekerjaan di sektor bukan pertanian dan memegang tempat dalam parlimen negara.

Negara Brunei Darussalam telah mencapai pariti jantina dalam peringkat pendidikan rendah dan menengah. Pada peringkat pengajian tinggi, pencapaian penuntut perempuan adalah lebih baik daripada penuntut lelaki. Ini disebabkan oleh dasar dan undang-undang yang efektif yang menekankan hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira jantina. Berdekad sebelum era milenium baru dan MDGs, Negara Brunei Darussalam telah menyedari bahawa mendidik seorang anak lelaki hanya akan memberikan faedah kepada seorang individu manakala mendidik seorang anak perempuan akan memberikan faedah kepada seluruh keluarga dan juga masyarakat.

Bagi memastikan pendidikan yang menyeluruh, pihak Kerajaan telah mengekalkan perkongsian usaha sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs). Sebagai contoh, KKBS bekerjasama dengan NGOs dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi wanita. Usahasama tersebut dikekalkan melalui sebuah penaung NGO iaitu Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (CWBD) bagi meningkatkan status wanita dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan, kebudayaan dan masyarakat.

Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 24 Mei 2006. Ke arah memastikan kehidupan yang berkualiti tinggi, Wawasan Brunei 2035 antara lain, berhasrat untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan dalam menjawat jawatan eksekutif tertinggi di sektor awam dan swasta.

Buku JPKE Malay.indd 53 3/3/12 9:17:26 AM

Page 54: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Persamaan jantina dan memperkasakan wanita:Bukti pada peringkat pendidikan tinggi

UNESCO menjelaskan bahawa persamaan jantina wujud apabila ‘wanita dan lelaki mempunyai syarat yang sama dalam mendapatkan hak asasi yang penuh ataupun, dalam menyumbang kepada, dan mendapat

faedah daripada, pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik’. Persamaan jantina termasuk memastikan hak yang saksama dalam pendidikan, proses pembelajaran, hasil pembelajaran dan peluang-peluang pekerjaan. Salah satu petunjuk MDGs yang penting ialah dari segi nisbah perempuan kepada lelaki dalam peringkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 30, Indeks Pariti Jantina bagi kadar pendaftaran dalam peringkat rendah, menengah dan tinggi mengikut jantina bagi tahun 1995, 2000 dan 2005 menunjukkan bahawa, bagi tempoh tersebut, lelaki dan perempuan telah mendapatkan peluang akses yang sama dalam peringkat pendidikan rendah dan menengah. Dengan kata lain, ketidaksamaan jantina terhadap wanita telah dihapuskan dan sebaliknya berubah kepada dimensi baharu dengan kaum wanita lebih ramai di peringkat pendidikan tinggi.

41 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 54 3/3/12 9:17:28 AM

Page 55: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Rancangan Kemajuan Negara Pertama (1953-1958) menyatakan bahawa “mendidek saorang

anak lelaki berarti tuan chuma mendidek saorang sahja – tetapi mendidek saorang anak perempuan berarti yang tuan telah mendidekkan satu keluarga.” Ini telah mencabar norma-norma dan nilai sosial tradisional dan telah digunakan sebagai cara dalam memberikan peluang yang sama bagi anak perempuan mahupun lelaki. Dengan kata lain, Negara Brunei Darussalam telah menangani MDG3 hampir setengah dekad lebih awal.

Pengambilan cadangan yang dibuat dalam Laporan Suruhanjaya Pendidikan pada tahun 1972 lebih menekankan penyertaan kanak-kanak perempuan dari segi pendidikan dengan memberikan pendidikan secara percuma bagi semua kanak-kanak bagi tempoh sembilan tahun (enam tahun dalam peringkat pendidikan rendah dan tiga tahun dalam peringkat menengah). Pada tahun 1979, kanak-kanak yang

Kotak 13: ‘Pendidikan Untuk Semua’berumur lima tahun telah diberikan kebenaran untuk mendaftar ke pra sekolah selama setahun sebelum memasuki pendidikan rendah.

Pada tahun 2003, Negara Brunei Darussalam telah menguatkuasakan Perintah Pendidikan yang menyatakan bahawa pendidikan adalah diwajibkan bagi semua kanak-kanak bermula pada umur enam tahun. Pengenalan kepada Perintah Wajib Pendidikan pada tahun 2007 lebih menguatkuasakan lagi trend ini dengan menyatakan bahawa semua kanak-kanak sekolah yang berumur di antara enam tahun dan di bawah 15 tahun wajib mendapatkan sembilan tahun pendidikan formal. Kegagalan ibu bapa untuk mengikuti perintah tersebut akan menyebabkan mereka untuk dikenakan tindakan undang-undang. Kedua-dua Perintah tersebut digubal bagi memastikan semua kanak-kanak tanpa mengira jantina mendapat akses pendidikan yang sama.

Buku JPKE Malay.indd 55 3/3/12 9:17:30 AM

Page 56: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Komitmen bagi pembangunan dan pemerkasaanjantina

Negara Brunei Darussalam terus meningkatkan peluang yang sama bagi wanita di negara ini dengan lelaki. Wanita mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Di

samping itu, mereka juga diberikan layanan yang sama dari segi pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Negara ini juga melihat wanita telah mula memasuki bidang pekerjaan yang dikuasai oleh kaum lelaki seperti kejuruteraan, pertahanan dan penerbangan. Wanita juga mula menyumbang secara aktif dalam proses membuat keputusan dan menjawat jawatan tinggi dalam bidang perundangan, politik, kewangan dan pengurusan. Pencapaian di peringkat tertinggi termasuk jawatan Peguam Negara setaraf dengan Menteri, Timbalan Menteri dan beberapa pegawai eksekutif kanan di sektor awam dan swasta. Wanita juga menjawat jawatan eksekutif di institusi pengajian tinggi Islam dan sebagai Pendakwa di Mahkamah Syariah. Perkembangan ini telah menunjukkan penyertaan wanita dalam merumus dan melaksanakan dasar Kerajaan di semua peringkat.

Di antara tahun 2004 dan 2008, saiz tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 11.0 peratus, iaitu daripada 63,500 kepada 70,600 orang. Lebih separuh daripada mereka bekerja dalam sektor swasta (Rajah 31). Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang 92.0 peratus peluang pekerjaan dalam sektor swasta; lebih dari separuh PKS dimiliki oleh kaum wanita.

Dari segi undang-undang dan prosedur pemilikan tanah dan perumahan, tidak terdapat sebarang sekatan bagi wanita untuk memiliki tanah dan rumah di Negara Brunei Darussalam.

43 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pekerja Perkhidmatan,!

Kedai, Pasar, Pertanian dan!

Operator Mesin, dan!

Pekerja berkaitan!

Pembersih, Buruh dan!

Pekerja berkaitan!

Penggubal Udang-

Undang, Pegawai

Pentadbir dan Pekerja

berkaitan!

Ahli Professional dan!

Pekerja berkaitan!

Juruteknik dan Ahli!

Professional Bersekutu

dan Pekerja berkaitan!

Perkeranian dan Pekerja

berkaitan!

RAJAH 31!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 56 3/3/12 9:17:30 AM

Page 57: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 14: Jentera Kebangsaan Bagi Pembangunan Wanita

Tumpuan utama kebangsaan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu wanita ialah JAPEM. Unit Wanita ialah salah satu bahagian di bawah jabatan tersebut. Objektif jabatan tersebut yang berkaitan

dengan hal ehwal wanita ialah:- • melaksanakan dan menyelaras program-program dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hal

ehwal wanita; • melaksanakan penyelidikan dalam pembangunan wanita; • mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai wanita; • melaksanakan program kesedaran mengenai isu-isu wanita termasuk hak dan

tanggungjawab wanita sebagai ejen pembangunan termasuk tanggungjawab dalam mengukuhkan unit kekeluargaan untuk mencapai keharmonian hidup berkeluarga, dalam masyarakat dan negara ;

• melaksanakan program kesedaran yang dibentuk bagi menghapuskan diskriminasi terhadapwanita seperti keganasan terhadap wanita, undang-undang, penyeludupan dan sebagainya; dan

• menggalakkan penyertaan wanita dalam pembangunan kebangsaan tanpa menjejaskankestabilan perkahwinan/kehidupan berkeluarga.

Fungsi jabatan yang berkaitan dengan wanita termasuk: • untuk menyediakan perlindungan, kaunseling dan khidmat nasihat kepada wanita dan

kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga/penderaan, penganiayaan seks, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial yang lain;

• untuk menyediakan bantuan kebajikan, bantuan kecemasan, bimbingan pembelajaran,latihan dan tempat tinggal sementara kepada wanita yang miskin, tua, balu, janda, kurang upaya atau mangsa bencana alam;

• untuk menganjurkan dan melaksanakan program berdikari/keusahawanan dalam membantuwanita untuk menjadi seorang yang berdikari dari segi ekonomi; dan

• untuk memantau aktiviti-aktiviti pertubuhan wanita di negara ini bagi memastikan merekaselaras dengan objektif pembangunan negara.

Kotak 15: Perlindungan Wanita: Peruntukan Undang-Undang

Beberapa undang-undang telah diperuntukkan bagi melindungi kebajikan wanita di negara ini termasuk:

• Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (Penggal 120) dengan memberikan perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan dengan menetapkan tindakan undang-undang apa jua perbuatan yang akan membahayakan mereka termasuk perbuatan:

• Menjual atau mengupah wanita dan kanak-kanak perempuan untuk tujuan pelacuran; • Menahan wanita dan kanak-kanak perempuan bagi tujuan penipuan; • Menubuhkan pusat pelacuran; • Mengurung wanita dan kanak-kanak perempuan di pusat pelacuran atau apa jua jenis tempat pelacuran; • Penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan; dan • Tinggal atau berniaga dalam pelacuran.

• Akta Perempuan Bersuami (Penggal 190) mentadbir hak wanita yang berkahwin dan juga hak baginafkah, harta, pembaikan, tindakan sivil dan perwakilan undang-undang dan perlindungan pasangan yang cedera dari segi fizikal. Walau bagaimanapun, akta ini tidak boleh digunakan bagi pasangan yang beragama Islam.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 44

Sambung ke muka surat 45......

Buku JPKE Malay.indd 57 3/3/12 9:17:31 AM

Page 58: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

• Perintah Undang-undang Keluarga Islam 1999 dengan menyediakan undang-undang khusus untukkeluarga beragama Islam dari segi perkahwinan, penceraian, nafkah, hak penjagaan anak dan lain-lain. Perintah ini menyediakan perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak dengan mengekalkan dan menjaga/memelihara hak dan kepentingan bagi menjamin dan meningkatkan kebajikan mereka seperti:

• Nafkah dan penyediaan tempat tinggal bagi wanita yang berkahwin; • Pembahagian bagi harta sepencarian selepas bercerai; • Perlakuan yang jahat terhadap isteri atau suami; • Nafkah tanggungan; dan • Hak penjagaan anak.

• Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) menyediakan perlindungan untuk wanita secara umum daripadaperbuatan jenayah yang menyebabkan kecederaan, rogol, sumbang mahram, memalukan/merendahkan maruah wanita dan dengan sengaja menyebabkan wanita mengandung keguguran. Ia juga mengandungi peruntukan bagi melindungi kanak-kanak yang terbabit dalam kes jenayah. Kanun hukuman jenayah juga melindungi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dengan tidak mengambil kira perbuatan yang dibuatnya sebagai suatu jenayah. Oleh itu kanak-kanak tersebut dikecualikan daripada tindakan undang-undang kerana masih dibawah umur dan kurang pemahaman akibat daripada perbuatannya. Kanun hukuman jenayah juga mendenda perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak termasuk:

• Membunuh anak damit, mendedahkan dan meninggalkan kanak-kanak; • Persetubuhan dengan gadis dibawah umur dan mendatangkan kanak-kanak perempuan dari negara lain bagi tujuan persetubuhan haram secara paksa atau rogol; • Penculikan kanak-kanak; • Penjualan dan pembelian kanak-kanak untuk tujuan pelacuran; dan • Rogol dan sumbang mahram dengan kanak-kanak.

• Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7) menyediakan peruntukan khusus untuk wanita sepertipengecualian hukuman mati untuk wanita mengandung sekiranya sabit kesalahan utama, larangan hukuman sebat untuk wanita, dan tatacara pemeriksaan terhadap wanita harus dilakukan oleh sesama wanita secara sopan.

• Aturan Penjara (di bawah seksyen 62 dari Akta Penjara) (Penggal 51) yang menetapkan peruntukanuntuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan wanita dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan dan kesihatan.

• Perintah Pekerjaan 2009 yang menyediakan peraturan pekerjaan termasuk untuk pekerja asing.Peruntukan tertentu yang berkaitan dengan pekerjaan untuk wanita, belia dan kanak-kanak disediakan di bawah akta ini.

• Perintah Pengedaran dan Penyeludupan Manusia 2004 yang menetapkan kegiatan pengedaran danpenyeludupan manusia, dan eksploitasi mangsa penyeludupan termasuk wanita adalah dianggap jenayah. Perintah ini juga menetapkan adalah menjadi suatu jenayah jika menjalankan pengedaran kanak-kanak sama ada merekrut, mengangkut, memindah, menyembunyikan atau menerima kanak-kanak dengan apa jua cara dengan matlamat untuk mengeksploitasi.

• Akta Pesetubuhan Haram (Penggal 29) yang melindungi kanak-kanak perempuan daripada eksploitasiseks dan menjadikannya suatu kesalahan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun.

• Akta Pendaftaran Kebangsaan dan Akta Imigresen 2002 yang membolehkan anak-anak kepada wanitayang berkahwin dengan warganegara asing diberikan warganegara tempatan (Brunei) jika memohon.

Pada 26 Jun 2010, peruntukan berkaitan dengan Keganasan Rumahtangga telah diwartakan di dalam Perintah Undang-undang Keluarga Islam dan Akta Perempuan Bersuami yang sedia ada.

45 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 58 3/3/12 9:17:31 AM

Page 59: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Di antara tahun 2004 dan 2008, bilangan wanita dalam perkhidmatan awam meningkat 13.0 peratus dari 20,088 kepada 22,690. Ini adalah lebih tinggi berbanding peningkatan bagi lelaki (5.9 peratus). Secara

keseluruhan, penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam meningkat dari 47.6 peratus kepada 49.2 peratus.

Taburan wanita dalam semua Bahagian I (ketua jabatan dan pegawai eksekutif kanan), Bahagian II (pegawai kanan) dan III (peringkat penyelia) ialah 1.5 peratus, 38 peratus dan 60.5 peratus pada tahun 2004. Pada tahun 2008, taburan ini menunjukkan masing-masing meningkat kepada 2.4 peratus, 44.0 peratus dan 53.6 peratus. Profil pada peringkat bawah menunjukkan bahawa kadar wanita dalam Bahagian IV dan V (kerani dan pengendali) mengalami perubahan daripada 51.0 peratus dan 49.0 peratus pada tahun 2004 kepada 53.0 peratus dan 47.0 peratus dalam 2008.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 32, peratus bahagian wanita di sektor awam dibandingkan dengan lelaki juga telah meningkat di antara tahun 2004 dan 2008, terutamanya pada peringkat atas, dari 21.0 peratus kepada 29.0 peratus (Bahagian I); 51.0 peratus kepada 56.0 peratus (Bahagian II); 54.0 peratus kepada 55.0 peratus (Bahagian III) dan 49.0 peratus kepada 51.0 peratus (Bahagian IV); ia mencatatkan sedikit penurunan dari 41.0 peratus kepada 40.0 peratus pada peringkat bawah (Bahagian V).

Profil jantina dalam perkhidmatan awam yang progresif ini telah menunjukkan bahawa dasar peluang yang sama diberikan kepada wanita untuk mendapatkan pendidikan. Cuti bersalin dengan gaji masih berjalan, akses kepada kemudahan penjagaan kanak-kanak dan sekolah bimbingan kanak-kanak, serta dasar pengambilan pembantu rumah telah memudahkan penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam.

Wanita dalam perkhidmatan awam

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 46

Bahagian I!Bahagian !

II!

Bahagian!

III!Bahagian!

IV!Bahagian!

V!

0!

15!

30!

45!

60!

RAJAH 32!

Pera

tus w

an

ita (%

)!

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri!

Buku JPKE Malay.indd 59 3/3/12 9:17:31 AM

Page 60: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 16: Persamaan Jantina

Dalam perkhidmatan awam, usaha-usaha sedang dibuat bagi menggalakkan persamaan jantina seperti: • Menghapuskan sekatan bagi kakitangan kerani wanita daripada mengambil jawatan

kerani kanan; • Menerima wanita dalam ‘Perkhidmatan Pentadbiran Brunei’ yang elit (sejak tahun 2008); • Menghapuskan amalan yang diperkenalkan dalam tahun 1960an yang hanya melantik

wanita dalam perkhidmatan sementara (perkhidmatan sebulan ke sebulan) selepas berkahwin. Cadangan ini telah dikuatkuasakan pada 13 Disember 2008; dan

• Memberikan faedah yang sama dengan lelaki kepada wanita dari segi elaun pendidikan dan tambang.

JAPEM bekerjasama dengan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (CWBD), NGO yang ditubuhkan pada 6 April 1985. Ia adalah sebuah penaung NGO bagi 13 buah organisasi wanita yang menggambarkan pandangan

dan aspirasi wanita di negara ini. Objektif utama CWBD ialah bagi meningkatkan status wanita dalam bidang seperti pendidikan, ekonomi, kebajikan, kebudayaan dan masyarakat. Ia memperjuangkan persamaan jantina dan meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan negara. Agendanya termasuk mencapai persamaan jantina dan gender mainstreaming dalam rancangan-rancangan kemajuan negara termasuk menyediakan peruntukan berdasarkan jantina.

CWBD terlibat secara strategik dalam menyediakan input dan membuat keputusan dalam melaksanakan tanggungjawab negara, pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa dengan mengadakan usahasama bersama pelbagai agensi Kerajaan. Ia juga merupakan ahli Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita ASEAN (ACWO).

Majlis Perniagaan Wanita Negara Brunei Darussalam (WBC) adalah sebuah NGO yang mewakili minat dan kepentingan wanita dalam bidang perniagaan. Ia adalah sebuah wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan meningkatkan kemahiran keusahawanan dan sokongan bagi perniagaan yang berkualiti untuk wanita. Kegiatannya meliputi pameran perdagangan, menemukan antara ahli-ahli perniagaan dan menubuhkan rangkaian perniagaan serta memberikan latihan pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Anggotanya terdiri daripada kaum wanita di sektor awam dan swasta termasuk ahli akademik. Ia bekerjasama dengan agensi Kerajaan yang berkaitan untuk lebih mengembangkan dan mengukuhkan lagi aktiviti-aktivitinya.

Memperkasa wanita: Peranan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)

47 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 60 3/3/12 9:17:32 AM

Page 61: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Pembangunan jantina: Komitmen antarabangsa

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 48

Negara Brunei Darussalam telah menyertai dan mendapat faedah daripada pelbagai program yang dianjurkan oleh badan-badan serantau dan antarabangsa seperti Jawatankuasa Wanita ASEAN (ACW), Non-Aligned Movement (NAM)

Centre for the Advancement of Women, Dana Pembangunan Komanwel dan PBB untuk Wanita (UNIFEM).

Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 24 Mei 2006. Konvensyen tersebut menyeru hak asasi yang sama bagi wanita tanpa mengira status perkahwinan mereka, dalam semua bidang - politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sivil. Ia juga menyeru bagi pembentukan perundangan negara bagi mengharamkan diskriminasi; mencadangkan langkah-langkah khusus yang sementara untuk mempercepatkan persamaan antara kaum lelaki dan wanita dan bertindak untuk mengubahsuai trend sosial dan budaya yang mengekalkan diskriminasi.

Berikut ini adalah komitmen Negara Brunei Darussalam pada peringkat serantau dan antarabangsa yang lain mengenai wanita: • ASEAN Declaration on the Advancement of Women in the ASEAN Region 1988;• Beijing Declaration and Platform for Action for the Advancement of Women (BPFA) 1995;• UN Millennium Declaration 2000;• The ASEAN Declaration on the Elimination of Violence Against Women in the ASEAN Region 2004;• ASEAN Declaration Against Trafficking in Persons Particularly Women and Children 2004;• Commonwealth Plan of Action for Gender Equality 2005;• ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) 2009; and • ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women (ACWC) 2010.

Buku JPKE Malay.indd 61 3/3/12 9:17:33 AM

Page 62: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 62 3/3/12 9:17:35 AM

Page 63: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 4: Mengurangkan Mortaliti Kanak-Kanak

MDG4 berkaitan dengan penurunan sebanyak dua per tiga, kadar mortaliti kanak-kanak di bawah umur lima tahun, antara tahun 1990 hingga 2015, yang diukur menggunakan petunjuk seperti kadar mortaliti

kanak-kanak dibawah umur lima tahun, kadar mortaliti anak damit, dan nisbah kanak-kanak berumur setahun yang telah diberikan imunisasi mencegah campak. Negara Brunei Darussalam telah menyediakan perkhidmatan kesihatan sejak tahun 1907. Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan kesihatan telah berkembang dengan ketara dan menyumbang pada peningkatan status kesihatan masyarakat. Pencapaian dicapai melalui pembangunan dan perkembangan pelbagai sektor kesihatan yang meliputi peningkatan kualiti perkhidmatan, sumber manusia dan teknologi; perkembangan prasarana dan kemudahan kesihatan, menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mudah diperolehi di seluruh negara.

Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan kemajuan yang amat ketara dari segi penurunan kadar mortaliti kanak-kanak. Pencapaian ini disebabkan oleh taraf hidup yang tinggi dari segi kebersihan dan sanitasi, peningkatan tahap pendidikan dan celik huruf dan meningkatnya dalam usaha-usaha memperkasakan wanita.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 50

Buku JPKE Malay.indd 63 3/3/12 9:17:37 AM

Page 64: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Dimensi kesihatan: Profil dasar

Perkembangan kesihatan di Negara Brunei Darussalam merupakan sebahagian daripada pendekatan holistik dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Program kesihatan awam yang berkualiti dan pembangunan prasarana berhasil menaikkan taraf hidup dan status kesihatan masyarakat.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh diperolehi dengan mudah oleh seluruh penduduk di negara ini. Di bawah skop Kementerian Kesihatan, terdapat empat buah hospital, 15 buah pusat kesihatan, 15 buah klinik kesihatan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak, lapan buah klinik kesihatan bergerak dan empat perkhidmatan perubatan udara ke kawasan-kawasan pedalaman. Hampir semua pusat kesihatan memberikan khidmat rawatan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Penjagaan kesihatan diberikan secara percuma kepada semua rakyat dan penduduk tetap dan termasuk penjagaan perubatan khusus di luar negeri yang tidak disediakan di dalam negeri.

Negara Brunei Darussalam telah mencapai sebahagian besar Petunjuk Kesihatan Global yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkhidmatan hospital di negara ini telah berkembang dan menunjukkan kemajuan yang baik dari menyediakan penjagaan perubatan asas hingga penjagaan tertier termasuk perkhidmatan bagi para wanita dan kanak-kanak. Hospital sekunder/tertier utama yang terletak di Bandar Seri Begawan, iaitu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mempunyai 571 buah katil, yang mana 227 buah katil diperuntukkan untuk pesakit wanita dan kanak-kanak termasuk unit neonatal yang terkini. Hospital kedua terbesar, Hospital Suri Seri Begawan (SSB) yang terletak di Daerah Belait menyediakan satu blok bagi pesakit wanita dan kanak-kanak dengan 95 buah katil dan kemudahan yang lain. Hampir semua kelahiran di Negara Brunei Darussalam dilakukan di hospital.

Sektor perubatan swasta di Negara Brunei Darussalam terdiri daripada dua buah hospital serta pusat kesihatan dan klinik swasta.

Perkhidmatan kesihatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Negara Brunei Darussalam melalui penjagaan kesihatan asas, promosi kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta memastikan persekitaran yang bersih dan selamat dan keselamatan makanan. Oleh kerana trend penjagaan kesihatan masa kini beralih daripada penekanan terhadap penyakit kepada menumpukan pesakit dan dengan mengambil kira semua penentu kesihatan seperti status sosio-ekonomi dan tingkah laku, pendekatan holistik terhadap pengurusan sedang diambil dan dilaksanakan. Salah satu mandat utama perkhidmatan kesihatan ialah melalui Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat, yang mana penjagaan kesihatan primer merupakan teras utama. Perkhidmatan ini termasuk peruntukan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak, penjagaan kesihatan di sekolah, pemakanan masyarakat, rawatan kesihatan masyarakat, promosi dan pendidikan kesihatan, dan perkhidmatan psikologi.

51 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 64 3/3/12 9:17:37 AM

Page 65: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kadar mortaliti anak damit di Negara Brunei Darussalam telah mencapai keadaan yang stabil sejak tahun 1994 dan setara dengan piawaian negara membangun (Rajah 33). Kadar mortaliti anak damit menurun

dengan cepat daripada 36.7 setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1967 kepada 7.4 setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 2009.

Kadar mortaliti di bawah umur lima tahun telah berkurangan secara beransur-ansur daripada 20 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1980 kepada 8.2 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada

tahun 2009. Lazimnya, kadar mortaliti bagi kanak-kanak lelaki lebih tinggi daripada kadar bagi kanak-kanak perempuan (Rajah 34).

Kadar mortaliti anak damit: Rendah dan stabil

Kadar mortaliti di bawah umur 5 tahun berkurangan secara beransur-ansur

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 52

Kad

ar

mo

rtalit

i b

aw

ah

5 p

er

1,0

00

kela

hiran

hid

up!

2000! 2001! 2002! 2003! 2004! 2005! 2006! 2007! 2008!

RAJAH 34!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Kanak-kanak lelaki!

Kanak-kanak perempuan!

Kedua-dua jantina!

Buku JPKE Malay.indd 65 3/3/12 9:17:38 AM

Page 66: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Rajah 35 menunjukkan bahawa kecuali pada tahun 2007, Keadaan Tertentu yang Berpunca Daripada Tempoh Perinatal (Certain Conditions Originating in the Peritanal Period) menjadi punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Kadar mortaliti anak damit berkurangan dengan ketara hingga ke tahap yang lebih rendah daripada kebanyakan negara lain di seluruh dunia. Pendekatan untuk peningkatan ini termasuk (i) mengurangkan jangkitan kongenital melalui penentuan jenis jangkitan yang tepat pada masanya; (ii) mengurangkan secara signifikan kecacatan tiub neuron melalui pelaksanaan inisiatif seperti pengambilan asid folik dari tempoh kehamilan dalam kalangan wanita dalam umur boleh mengandung; (iii) meningkatkan usaha untuk memastikan ibu-ibu mengandung mencapai jangka waktu kehamilan penuh untuk mengurangkan kelahiran pramatang dan komplikasi yang berkaitan; dan (iv) meningkatkan pengambilan makanan yang sihat semasa kehamilan dan selepas melahirkan agar anak damit dapat bertahan hidup.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif terus diberikan kepada wanita-wanita yang hamil selama tempoh kehamilan dan selepas melahirkan. Wanita hamil diberikan vitamin dan mineral tambahan secara percuma sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin. Memberikan tunjuk ajar kepada ibu-ibu hamil merupakan kunci kesihatan anak damit mereka. Program kesedaran dan kaunseling terutamanya mengenai hal-ehwal penjagaan dan kesihatan anak damit termasuk pengambilan makanan dan latihan penyusuan susu ibu semasa dan selepas melahirkan turut dilaksanakan.

53 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

32.8!

31.1!

6.6!

6.6!

4.9!

2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

Pera

tus k

em

atian

baw

ah

5 (%

)!

0!

10!

20!

30!

40!

50!

60!

70!

80!

90!

100!

54.3!

17.1!

4.3!

1.4!

1.4!

39.4!

31.8!

4.5!

3.0!

3.0!

35.0!

23.3!

6.7!

5.0!

5.0!

36.7!

30.0!

1.7!

1.7!

1.7!

48.1!

31.5!

3.7!

1.9!

1.9!

RAJAH 35!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Certain Conditions Originating in the Perinatal Period!

Congenital Malformations, Deformations & Chromosonal Abnormalities!

Septicaemia!

Diarrhoea & Gastroenteritis of presumed!infectious origins!

Heart Diseases!

Cancer!

Transport Accidents!

Influenza & Pneumonia!

Anaemia!

Accidental Drowning & Submersion!

Acute Upper Respiratory Infection!

Buku JPKE Malay.indd 66 3/3/12 9:17:40 AM

Page 67: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Program Imunisasi Kebangsaan yang komprehensif dijalankan untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Program ini disampaikan melalui rangkaian luas perkhidmatan MCH dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Selama bertahun-tahun, liputan imunisasi adalah secara konsisten melebihi 95 peratus untuk semua vaksinasi dalam program tersebut yang memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh WHO (Rajah 36).

Vaksin diberikan untuk melindungi anak damit dan kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang berikut: penyakit batuk kering (Tuberkulosis); Hepatitis B; penyakit radang kerongkong (Diptheria); penyakit terkancing mulut (Neonatal Tetanus); Pertussis; Haemophilus Influenza Type B; penyakit beguk (Mumps); Campak (Measles), Rubella; dan Poliomyelitis. Sebuah Jawatankuasa Kebangsaan Program Imunisasi ditubuhkan pada tahun 1991 untuk merumuskan dasar dan mengkaji semula serta memantau pelaksanaan program.

Liputan imunisasi universal

Kotak 17: ‘Buku Panduan Ibu Bapa dan Anak’Kementerian Kesihatan telah menerbitkan sebuah ‘Buku Panduan bagi Ibu Bapa dan Anak’. Perkataan ‘ibu bapa’ dan bukan ‘ibu’ dipilih kerana telah terbukti bahawa mendidik anak jauh lebih baik apabila kedua-dua ibu bapa terlibat secara aktif dalam penjagaan anak. Tujuan utama bagi projek ini adalah:

(i) Untuk mendidik dan memperkasa ibu bapa dan anak-anak supaya menunjukkan minatdan tanggungjawab yang positif untuk kesihatan mereka sendiri semasa hamil, semasa anak masih kecil dan masa kanak-kanak.

(ii) Untuk memperbaiki rekod kesihatan kanak-kanak dari tempoh antenatal hingga masa remaja.

(iii) Untuk memberikan pengetahuan penting kepada ibu bapa tentang penjagaan kanakkanak yang merangkumi penjagaan anak damit, pemakanan sihat, kepentingan penyusuan susu ibu, langkah-langkah keselamatan kanak-kanak, menggalakkan keibubapaan yang positif dan perkembangan kanak-kanak; dan kesihatan gigi yang baik.

(iv) Untuk memberikan maklumat kesihatan yang berkaitan kepada penuntut sekolah dangolongan remaja untuk memotivasikan diri ke arah gaya hidup yang sihat sebagai orang dewasa.

(v) Untuk menjadikan buku panduan ini lebih diperibadikan, dicirikan dan meningkatkan nilaisentimennya sebagai tanda kenangan untuk kanak-kanak.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 54

Buku JPKE Malay.indd 67 3/3/12 9:17:40 AM

Page 68: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 68 3/3/12 9:17:42 AM

Page 69: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 5: Meningkatkan Kesihatan Keibuan

MDG5 ialah berkaitan dengan mempertingkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan melahirkan. Sasaran-sasarannya adalah untuk (i) mengurangkan nisbah mortaliti keibuan sebanyak tiga per empat antara

tahun 1990 dan 2015, dan meningkatkan penjagaan kesihatan dari segi rawatan semasa melahirkan; dan (ii) mencapai akses universal kepada kesihatan reproduktif.

Hasil daripada penyediaan penjagaan kesihatan yang efektif dan komprehensif kepada orang ramai, Negara Brunei Darussalam telah mencapai tahap maksimum bagi petunjuk kesihatan ibu-ibu mengandung dan melahirkan. Petunjuk ini termasuk nisbah kematian ibu-ibu mengandung dan melahirkan, kadar kelahiran yang ditangani oleh kakitangan kesihatan yang mahir dan liputan penjagaan selepas melahirkan. Perkembangan sistem penjagaan kesihatan berdasarkan kepada penjagaan kesihatan asas yang bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan dokongan pencegahan, promosi, penyembuhan, pemulihan yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan orang ramai. Ia juga memberi penekanan tentang pentingnya kebersamaan dan penyertaan masyarakat sebagai intipati mencapai sebuah negara yang sihat.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 56

Buku JPKE Malay.indd 69 3/3/12 9:17:45 AM

Page 70: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Dalam mendukung Wawasan Brunei 2035, Kementerian Kesihatan telah merumuskan Visi 2035 - ‘Bersama Ke Arah Negara Sihat’. Visi ini ialah kesinambungan Perancangan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan (2000-

2010) yang menjurus kepada empat prinsip: o Memastikan akses menyeluruh ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik; o Membolehkan akses yang saksama terhadap perkhidmatan kesihatan yang komprehensif; o Menggalakkan kerjasama dan penyertaan orang awam dalam konsep penghasilan bersama perkhidmatan kesihatan yang efektif dan efisien untuk semua; dan o Memastikan sistem perkhidmatan kesihatan yang mapan dalam keupayaan institusi dan sumber kewangan Kementerian Kesihatan.

Visi ini bertujuan untuk memberikan pendekatan yang holistik dan komprehensif dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan lebih giat, jelas dan proaktif, di samping mendukung matlamat utama untuk memberikan penjagaan kesihatan yang efisien, saksama, mudah diperolehi dan berkualiti kepada semua penduduk. Strategi kesihatan yang baharu dirumus kepada lima tema strategik:

(i) Sistem Penjagaan Kesihatan Menyeluruh yang Menekankan Kecemerlangan Perkhidmatan: • Menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh kepada orang ramai; • Menggunakan pendekatan holistik dalam penyediaan penjagaan kesihatan dengan

menumpukan kepada promosi, pencegahan, penyembuhan dan pemulihan; • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan melalui: Perkhidmatan berpusatkan orang

ramai, memastikan pesakit, keluarga dan masyarakat diberikan penjagaan ehsan dan penuh perhatian dan pemedulian dan dengan itu memastikan keyakinan orang ramai. Perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti dan keselamatan, hak yang berterusan pada produk dan teknologi perubatan;

• Mengembangkan bidang kecemerlangan yang terpilih dalam penjagaan kesihatan; • Meningkatkan kecekapan teras – memastikan piawaian profesionalisme dan etika; • Memastikan perkembangan profesional yang berterusan; • Menggunakan pendekatan, intervensi dan amalan yang berasaskan bukti; dan • Meningkatkan kerjasama dan mewujudkan perkongsian dengan agensi/organisasi lain. (ii) Negara yang Menerima dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat: • Menumpukan pada masalah obesiti, barah, sakit jantung, kencing manis, pengawalan

tembakau, kesihatan mulut, penyakit berjangkit yang baru muncul dan muncul semula dan faktor risiko lain yang boleh dicegah;

• Menggalakkan dan memperkasa kesihatan termasuk kesihatan fizikal dan mental; • Mendukung persekitaran kesihatan yang kondusif; • Memberikan pendidikan berkenaan pilihan yang sihat melalui komunikasi–

menjadikannya lebih mudah, senang diperolehi dan mampu didapatkan; • Mewujudkan persekitaran yang sihat (kampung, rumah kediaman, tempat kerja dan tempat awam); • Menggalakkan penyertaan masyarakat, perkongsian sesama sektor; dan • Menggalakkan gaya hidup sihat semasa tua.

(iii) Kemapanan melalui Pengoptimuman Sumber, Inovasi dan Kecemerlangan: • Membuat pembaharuan bagi mengatasi cabaran sumber; • Membina model yang mapan melalui sistem pembiayaan penjagaan kesihatan

perkongsian alternatif yang memastikan perlindungan sosial untuk semua;

Kotak 18: Visi Kesihatan 2035

57 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Sambung ke muka surat 58......

Buku JPKE Malay.indd 70 3/3/12 9:17:45 AM

Page 71: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

• Memperoleh dan memastikan penggunaan dana dan sumber yang efisien; • Meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos; • Mengurangkan pembaziran; dan • Menggunakan pelbagai ubat-ubatan secara wajar. (iv) Dasar dan Peraturan yang efektif yang memastikan Perlindungan untuk Semua: • Meneliti semula dan mengembangkan dasar strategi yang efektif bagi menangani cabaran

semasa dan selaras dengan hala tuju kementerian; • Memastikan pelaksanaan undang-undang/peraturan yang efektif: kesediaan dalam

mengawal, komunikasi dan sosial, menggalakkan kawalan diri melalui pendidikan dan kesedaran; dan

• Bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran dalaman dan luaran.

(v) Tadbir Urus yang Telus dan Proaktif: • Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua perkhidmatan; • Meletakkan tanda aras pada amalan terbaik dalam tadbir urus; • Memastikan kesiapsediaan dan kebajikan masyarakat tempatan; • Memastikan ketelusan dalam pentadbiran, komunikasi dan perbelanjaan yang sistematik; • Mengkaji semula peranan dan tanggungjawab; dan • Mengukuhkan tadbir urus yang menekankan pada penguatkuasaan dasar, garis panduan dan piagam pelanggan.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 58

Buku JPKE Malay.indd 71 3/3/12 9:17:46 AM

Page 72: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Perkhidmatan MCH ialah perkhidmatan penjagaan kesihatan asas yang wujud di Negara Brunei Darussalam sejak beberapa dekad yang lalu dan telah melalui perkembangan yang pesat. Objektifnya adalah untuk

menyediakan penjagaan kesihatan yang optimum kepada semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan semua wanita mengandung semasa tempoh sebelum dan selepas bersalin.

Perkhidmatan MCH termasuk penjagaan sebelum dan selepas bersalin, penjagaan kesihatan anak damit, klinik kesihatan wanita dan pendidikan kesihatan, rawatan bagi penyakit ringan, rawatan dan penjagaan ke rumah-rumah. Ia disediakan secara meluas dan mudah diperolehi di keempat-empat daerah. Perkhidmatan pasukan perubatan udara disediakan di kawasan pedalaman. Ibu-ibu menerima rawatan lepas bersalin sehingga enam minggu selepas melahirkan yang termasuk perawatan di rumah oleh bidan-bidan kerajaan semasa minggu-minggu awal tempoh berpantang.

Perkhidmatan kecemasan obstetrik yang komprehensif disediakan di hospital-hospital kerajaan seperti Hospital RIPAS di Daerah Brunei-Muara dan Hospital SSB di Daerah Belait. Dua buah hospital di Daerah Tutong dan Temburong hanya menyediakan perkhidmatan kecemasan obstetrik asas dengan akses terus ke hospital sekunder/tertiari utama di ibu negara.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan akan terus menyediakan akses kepada penjagaan sebelum bersalin yang berkualiti, perkhidmatan yang mahir semasa melahirkan termasuk rawatan kecemasan obstetrik dan rawatan selepas bersalin di seluruh negara untuk mengekalkan kadar kematian ibu-ibu mengandung pada tahap yang rendah.

Perkhidmatan Kesihatan Ibu-ibu Mengandung dan Kanak-Kanak (MCH)

59 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 72 3/3/12 9:17:46 AM

Page 73: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Semua wanita mengandung menerima rawatan semasa hamil. Secara purata, setiap wanita mendapat kira-kira tujuh kali lawatan rawatan semasa tempoh mengandung, yang melebihi had minimum yang disarankan

oleh WHO iaitu empat lawatan setahun (Rajah 37).

Penjagaan semasa hamil jauh lebih tinggi berbanding piawaian yang disarankan

Semua kelahiran ditangani oleh kakitangan kesihatanyang terlatih

Hampir semua kelahiran di Negara Brunei Darussalam ditangani oleh kakitangan kesihatan yang terlatih, yang boleh menguasai, merawat dan menasihati wanita-wanita semasa tempoh mengandung, dalam proses

melahirkan dan selepas bersalin (Rajah 38). Mereka juga menyambut kelahiran dan memberi rawatan kepada anak damit yang baru lahir.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 60

Sumber: Kementerian Kesihatan!

0! 15,000!

Kehadiran antenatal!

30,000! 45,000! 60,000!

RAJAH 37!

Buku JPKE Malay.indd 73 3/3/12 9:17:47 AM

Page 74: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kadar mortaliti keibuan pada tahap rendah

Negara Brunei Darussalam menyediakan rawatan sebelum bersalin yang terbaik. Hasilnya, nisbah mortaliti keibuan (MMR) sentiasa berada pada tahap rendah dan setanding dengan negara-negara maju lain.

Seperti yang tertera dalam Rajah 39, antara tahun 1988 dan 1992, tiada kematian bagi ibu-ibu mengandung dan melahirkan dicatatkan. Sejak itu, MMR hanya mengalami sedikit kenaikan dan penurunan.

61 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Bilangan

kematian keibuan!

RAJAH 39!

0!

1!

2!

3!

4!

5!

6!

7!

8!

9!

10!

Bila

ng

an k

em

atian k

eib

uan!

Nis

bah

mo

rtalit

i keib

uan

bag

i setiap

10

0,0

00

kela

hiran

hid

up!

100!

0!

75!

50!

25!

1964! 1968! 1972! 1976! 1980! 1984! 1988! 1992! 1996! 2000! 2004! 2008! 2009!

Nisbah mortaliti

keibuan!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Buku JPKE Malay.indd 74 3/3/12 9:17:49 AM

Page 75: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

MMR telah menurun dengan meningkatnya perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kesihatan yang mahir. Maklumat yang ada daripada tahun 1991 hingga 2008 adalah seperti yang tertera pada Rajah

40 yang menunjukkan hubungkait yang bertentangan antara kedua-dua perkara ini. Dalam erti kata lain, ini ialah bukti yang jelas mengenai keberkesanan penjagaan kesihatan yang diberikan dan impaknya terhadap kesihatan.

Penurunan nisbah mortaliti keibuan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 62

Buku JPKE Malay.indd 75 3/3/12 9:17:51 AM

Page 76: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 76 3/3/12 9:17:54 AM

Page 77: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

MDG6 berusaha untuk (i) menghentikan dan mula membalikkan penyebaran HIV/AIDS menjelang 2015; (ii) mencapai akses universal kepada rawatan HIV/AIDS untuk semua yang memerlukan, dan (iii)

menghentikan dan mula membalikkan kejadian malaria dan penyakit utama lain.

Negara ini telah memperolehi kejayaan yang sangat membanggakan dalam mengawal penyakit berjangkit melalui langkah-langkah pencegahan dan pengawalan. Ini melibatkan pengawasan penyakit berjangkit yang aktif dan pasif serta pengendalian segera terhadap sebarang wabak yang merebak di negara ini.

Pada tahun 1987, Negara Brunei Darussalam secara rasminya diisytiharkan sebagai negara bebas malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 2000, Negara Brunei Darussalam bersama negara Pasifik Barat yang lain telah diisytiharkan sebagai negara bebas polio.

Merebaknya wabak penyakit yang sedia ada dan kemunculan penyakit baharu seperti Influenza A (H1N1), Selesema Burung (Avian Influenza) dan SARS tidak mengenal sempadan antarabangsa dan boleh mengancam status kesihatan banyak negara. Menyedari ancaman ini, Negara Brunei Darussalam telah membuat pelaburan besar dari aspek pembangunan keupayaan, pengawasan dan pencegahan penyakit, pendidikan dalam menangani ancaman kesihatan berpotensi serta mengukuhkan keupayaan persiapan untuk menangani bencana. Dalam hal ini, kerjasama dan penglibatan Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa juga akan diperkukuh.

Pola penyakit di Negara Brunei Darussalam telah berubah dalam beberapa dekad terakhir seperti berlakunya peningkatan kejadian penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit dan bersifat merosot yang sebahagian besarnya berkaitan dengan perubahan gaya hidup dan peningkatan umur penduduk. Pada masa ini, penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan penyakit serebrovaskular merupakan punca utama kematian.

Matlamat 6: Memerangi HIV/AIDS, Malaria danPenyakit-Penyakit Lain

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 64

Buku JPKE Malay.indd 77 3/3/12 9:17:56 AM

Page 78: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

HIV/AIDS: Rendah dan terkawal

Mereka yang menghidap HIV/AIDS menerima penjagaan yang saksama dan diberikan rawatan antiretroviral secara percuma. Dalam usaha untuk memerangi HIV/AIDS, pihak kerajaan telah mengambil langkah

strategi yang merangkumi: pendidikan bagi kesedaran terhadap HIV/AIDS; melindungi bekalan darah negara; pengawasan kumpulan yang berisiko tinggi; pengurusan kes; dan pendekatan pelbagai sektor.

Insiden berlakunya HIV/AIDS masih lagi pada peringkat rendah. Sehingga akhir tahun 2009, sebanyak 56 kes kumulatif tempatan tercatat sejak penyaringan diperkenalkan pada tahun 1986 (Rajah 41). Pengawasan-sero terus dilakukan kepada semua yang menerima rawatan antenatal; semua penderma darah; penerima darah secara malar; semua pesakit tuberkulosis dan pesakit Infeksi Berjangkit Melalui Seks (STI); pekerja-pekerja asing serta pekerja-pekerja lain sebelum dibenarkan bekerja, dan banduan.

Meskipun HIV/AIDS tidak meluas, langkah-langkah berwaspada secara berterusan diambil untuk memastikan kesan pandemik ini dapat dibendung .

Kes HIV didominasi oleh lelaki dengan nisbah 4:1. Majoriti kes yang didiagnosis ialah antara usia 20 – 29 (Rajah 42). Rancangan sedang dirumuskan untuk mempromosikan kesedaran dan pendidikan tentang HIV/AIDS.

HIV: Profil jantina dan usia

65 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Incidence of HIV/AIDS low but increasing since 2005!

2000! 2001! 2002! 2003! 2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

RAJAH 41!

12!

10!

8!

6!

4!

2!

0!

RAJAH 42!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Buku JPKE Malay.indd 78 3/3/12 9:17:57 AM

Page 79: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam

Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAC), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan menandakan penglibatan formal masyarakat awam di Negara Brunei Darussalam

dalam tindak balas kebangsaan terhadap ancaman pandemik AIDS. Jawatankuasa Eksekutif BDAC dipimpin oleh orang ramai dan juga penglibatan dari pihak Kerajaan (Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan) serta organisasi korporat (Standard Chartered Bank). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pertubuhan ini lebih menumpukan kepada peningkatan kesedaran mengenai HIV/AIDS dalam masyarakat, khususnya di kalangan belia.

Pada lima tahun yang lalu, catatan menunjukkan bahawa kebanyakan berlakunya jangkitan AIDS adalah melalui sektor heteroseksual, iaitu hampir satu pertiga daripada keseluruhan kes (Rajah 43). Terakhir,

jangkitan yang diketahui selain daripada tiga cara utama yang ditunjukkan dalam Rajah 43 yang tercatat pada tahun 1995, ialah melalui penggunaan suntikan dadah Intravena (IDU).

Cara utama penjangkitan AIDS

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 66

RAJAH 43!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Buku JPKE Malay.indd 79 3/3/12 9:17:57 AM

Page 80: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Sejak 20 tahun yang lalu, operasi pengawasan terus dilakukan oleh unit Pengawasan Malaria and Kawalan Vektor, Kementerian Kesihatan untuk memastikan negara kekal bebas dari malaria. Operasi pengawasan

merangkumi kajian serangga (entomology), operasi penyemburan dan pengambilan sampel darah di kampung-kampung yang bersempadan dengan negara luar yang dilaporkan terdapat kes malaria dan Nyamuk Tiruk telah dikesan.

Kesan utama Vektor A. balabacensis tidak pernah dikesan di kawasan yang didiami dan tempat pembiakan berpotensi. Sebahagian besar kes yang telah ditemui adalah jangkitan dari luar dan telah ditangani dengan segera (Rajah 44 dan Jadual 5). Memandangkan tidak terdapat vektor yang memulakan jangkitan, tidak ada jangkitan sekunder berlaku.

Hanya kes-kes Zoonosis Simian Malaria tempatan telah dimaklumkan sejak tahun 2000. Kebanyakan kes berlaku kepada mereka yang terdedah semasa menjalankan tugas di hutan. Walau bagaimanapun, insiden yang sedemikian telah berkurangan dengan penggunaan profilaksis (prophylaxis) dan langkah-langkah pencegahan lain.

Status bebas malaria

67 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Ju

mla

h k

es M

ala

ria y

an

g d

imaklu

mkan!

RAJAH 44!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Buku JPKE Malay.indd 80 3/3/12 9:17:58 AM

Page 81: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Pada bulan Mac 2000, Program Pengawalan Batuk Kering Kebangsaan (NTP) telah dilancarkan bersama-sama dengan Garis Panduan Batuk Kering Kebangsaan (TB). Pada tahun yang sama, Jawatankuasa NTP Pusat

Penyelarasan Tuberkulosis telah dibentuk dan ditubuhkan. Pemberitahuan mengenai semua jenis Tuberkulosis (TB) dari tahun 1958-2009 menunjukkan penurunan yang stabil. Sejak permulaan NTP, penurunan tersebut menjadi lebih ketara. Sebanyak 311 kes telah dilaporkan pada tahun 2000, dan 162 kes pada tahun 2005 (Rajah 45). Perkembangan ini amat penting dari segi parameter program seperti tahap penyembuhan yang tinggi; tahap kejayaan tinggi, tidak ada kegagalan rawatan; jumlah defaulter yang rendah, tidak ada Tuberkulosis Tahan Ubat Berbilang-Bilang (MDRTB), jumlah kes berulang menurun; jumlah jangkitan bersama HIV/AIDS rendah; tiada ketidakstabilan dalam pemberitahuan jumlah kasar kes baru; usia tertentu; dan pembahagian kes mengikut jantina adalah sama. Walaupun kes TB telah menurun secara ketara dalam beberapa dekad yang lalu, kadar jangkitan tetap stabil pada kadar sekitar 50 setiap 100,000 penduduk.

Negara Brunei Darussalam telah memenuhi syarat-syarat WHO bagi lima komponen Rawatan Pengawasan Secara Langsung (Directly Observed Treatment) - kursus pendek (DOTS) iaitu (i) komitmen politik serta peningkatan pembiayaan yang berterusan; (ii) pengesanan kes melalui bakteriologi yang berkualiti; (iii) rawatan yang menepati taraf serta penyeliaan dan sokongan kepada pesakit; (iv) bekalan dan sistem pengurusan ubat yang berkesan, dan (v) sistem pemantauan dan penilaian serta pengukuran impak. Sebagai contoh, semua ubat utama boleh diperolehi dengan percuma oleh semua pesakit termasuk ubat pilihan kedua. Selain itu, saranan WHO supaya rawatan di bawah pengawasan bagi jangka masa dua bulan pertama telah dilanjutkan kepada tempoh enam bulan.

Cakupan DOTS ialah 100 peratus untuk semua pesakit sementara kadar rawatan yang berjaya dicapai melebihi 85 peratus sehingga tahun 2008. Semua pusat kesihatan dan klinik berfungsi sebagai pusat DOTS, dan semua jururawat terlatih dalam DOTS.

Tuberkulosis: Kadar jangkitan yang stabil pada tahap rendah

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 68

Kes d

imaklu

mkan

setiap

10

0,0

00

pen

du

du

k!

2004! 2005! 2006! 2007! 2008! 2009!

RAJAH 45!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

Buku JPKE Malay.indd 81 3/3/12 9:17:59 AM

Page 82: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Profil penyakit-penyakit lain: Peralihan epidemiologi

Perkembangan pesat taraf kehidupan di Negara Brunei Darussalam selama beberapa dekad yang lalu telah menghasilkan peralihan epidemiologi yang kini penyakit tidak berjangkit menjadi punca utama kematian

orang dewasa (Rajah 46). Tiga dekad yang lalu, 10 penyebab utama kematian orang dewasa ialah penyakit berjangkit. Sepertimana kebanyakan negara-negara maju dan membangun yang lain di dunia, peningkatan penyakit yang berhubungkait dengan gaya hidup ini adalah berkaitan dengan tabiat pemakanan, gaya hidup yang kurang aktif dan stres.

Kotak 19: Rakyat Yang Menerima dan Mengamalkan GayaHidup Sihat

Dalam menangani profil morbiditi yang berubah-ubah, Kementerian Kesihatan telah memberi keutamaan terhadap promosi kesihatan dalam agenda nasional. Pada tahun 2000, Jawatankuasa Kebangsaan

mengenai Promosi Kesihatan telah ditubuhkan. Jawatankuasa pelbagai sektor ini terdiri daripada wakil-wakil dari pihak Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Tujuh program strategik telah dikenal pasti iaitu kawalan tembakau; pemakanan; aktiviti fizikal dan kecergasan; kesihatan mental; kesihatan wanita; keselamatan makanan dan kesihatan persekitaran.

Kementerian Kesihatan juga menubuhkan sebuah Pusat Promosi Kesihatan untuk menggalakkan dan menyokong gaya hidup sihat di negara ini. Dalam menyokong inisiatif ini dan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat, Royal Dutch Shell Group of Companies telah membiayai sebanyak USD5 juta untuk pusat ini. Bangunan moden dan penuh interaktif ini telah dibuka pada bulan Oktober 2008.

Dalam memerangi masalah kegemukan atau obesiti, yang merupakan faktor risiko utama bagi penyakit-penyakit kronik, beberapa langkah telah diambil seperti Panduan Pemakanan Kebangsaan; dasar berkaitan pemakanan sihat dan diet untuk anak damit (penyusuan susu ibu) dan penuntut sekolah (Skim Makanan Kebangsaan dan Panduan Kantin Sekolah); pembangunan prasarana bagi aktiviti fizikal dan rekreasi di seluruh negara; pengembangan kurikulum pendidikan jasmani di sekolah-sekolah, dan penubuhan klinik-klinik obesiti.

69 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Sambung ke muka surat 70......

RAJAH 46!

Sumber: Kementerian Kesihatan!

215!

176!

118!

71!

493!

220!

188!

116!

102!

215!

177!

140!

87!

201!

211!

97!

215!

185!

100!

93!97!

468! 585! 491! 573!

Lain-lain!

Penyakit cerebrovascular!

Diabetes Mellitus!

Penyakit jantung!

Kanser!

493! 468! 585! 491! 573!

71! 102! 87! 93! 97!

118! 116! 140! 97! 100!

176! 188! 177! 211! 185!

215! 220! 215! 201! 215!

Buku JPKE Malay.indd 82 3/3/12 9:18:00 AM

Page 83: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 70

Negara Brunei Darussalam telah mewartakan Perintah Tembakau 2005 dan peraturan-peraturan yang diperlukan untuk dasar pengawasan tembakau yang menyeluruh.

Terdapat kerjasama erat antara dan dalam agensi-agensi kerajaan dalam menguruskan penyakit kronik melalui kempen dan aktiviti peningkatan kesedaran. Contoh kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan ialah Projek Promosi Kesihatan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan, dan Seminar Antarabangsa mengenai Tembakau-atau-Kesihatan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam masyarakat dengan menerapkan projek ‘Mukim Sihat’. Projek ini melibatkan kempen dan aktiviti pendidikan kesihatan dengan penyertaan aktif tokoh masyarakat, kumpulan dan penduduk setempat.

Pada bulan September 2007, Kementerian Kesihatan telah melancarkan ‘Program Penyaringan dan Promosi Kesihatan’ untuk Perkhidmatan Awam’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit-penyakit kronik dan faktor-faktor yang berkaitan dengan gaya hidup berisiko tinggi yang boleh dicegah dalam kalangan pegawai-pegawai Kerajaan. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membolehkan mereka membuat perubahan pada diri sendiri demi mengamalkan gaya hidup sihat.

Di bawah program ini, lebih kurang 45,000 pegawai Kerajaan telah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi faktor risiko penyakit kronik tidak berjangkit (seperti hipercholesterolemia, kencing manis, tekanan darah tinggi) dan akan diberikan kaunseling dan ceramah tentang gaya hidup sihat. Seterusnya, Simposium mengenai Tempat Kerja Sihat di dalam Pejabat Awam telah diadakan dalam bulan Mei 2010 dengan tema ‘Kesihatan Adalah Urusan Semua’.

Buku JPKE Malay.indd 83 3/3/12 9:18:00 AM

Page 84: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 84 3/3/12 9:18:04 AM

Page 85: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

MDG7 bertujuan untuk memastikan kemampanan alam sekitar dengan (i) menggabungkan prinsip-prinsip pembangunan yang mampan ke dalam dasar dan program negara serta mencegah kehilangan sumber

alam sekitar; (ii) mengurangkan kadar kehilangan biodiversiti dengan pengurangan kadar kehilangan yang ketara menjelang tahun 2010; (iii) mengecilkan perkadaran penduduk tanpa akses kepada air minuman selamat dan sanitasi asas yang mampan menjelang tahun 2015; dan (iv) memperbaiki kehidupan bagi sekurang-kurangnya 100 juta penduduk kawasan sesak menjelang tahun 2020.

Negara Brunei Darussalam meneruskan pemeliharaan litupan hutannya dan mengekalkan alam sekitar yang tidak tercemar dengan menggunakan tatacara perundangan dan pentadbiran. Ke arah pencapaian pengurusan hutan yang mampan, salah satu inisiatif utama yang berterusan dalam merealisasikan pengurusan hutan yang mampan adalah inisiatif Nadi Borneo (HoB). Bagi tujuan mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyediakan prasarana, teknologi dan perkhidmatan alam sekitar yang mencukupi. Usaha-usaha tersebut termasuklah:

(i) Menjalankan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum sebarang perancangan danpelaksanaan projek yang berkaitan;

(ii) Mempertingkatkan sistem pemantauan kualiti alam sekitar dengan menubuhkan stesenstesen pemantauan air (sungai-sungai utama), udara ambien dan tepi jalan;

(iii) Melakukan pembersihan sungai;

(iv) Mengukuhkan rangka kerja institusi dan perundangan dengan pembentukan Perintah Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar 2010;

(v) Meningkatkan prasarana pengurusan sisa termasuk menyediakan tapak kambus tanah danpengendalian kemudahan bagi mendapatkan bahan kitar semula daripada tayar-tayar terpakai.

Ke arah melindungi aset ekonomi dan alam sekitar, Negara Brunei Darussalam telah menyertai beberapa konvensyen serantau dan antarabangsa seperti Protokol Montreal pada 23 Mei 1993. Negara ini komited untuk mematuhi had-had Protokol Montreal mengenai penggunaan Bahan Susut Ozon (ODS) dan seterusnya memansuhkan penggunaan ODS sejajar dengan Program Negara. Bagi membendung kebimbangan sejagat mengenai kehilangan biodiversiti yang berterusan, negara telah meratifikasi Konvesyen Kepelbagaian Biologi pada 28 April 2008. Usaha tersebut diperkuatkan lagi dengan penubuhan Pusat Biodiversiti Tropika Brunei pada bulan Mac 2010 bagi memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti hutan adalah secara berterusan. Negara juga menunjukkan komitmen dan sokongan padu ke arah pemuliharaan dan perlindungan sumber hutan dan biodiversiti yang berkaitan serta memastikan kestabilan alam sekitar dengan menjadi ahli atau penandatangan perjanjian/konvensyen seperti yang berikut: (i) Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Fauna Dan Flora Liar Terancam (CITES)

pada 4 Mei 1990; (ii) Konvensyen Stockholm mengenai Bahan Cemar Organik kekal (POPs) pada 21 Mei 2002 (penandatangan); (iii) Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Menangani Penggurunan (UNCCD) pada 4 Disember 2002; (iv) Konvensyen Basel mengenai Pengawalan Pergerakan Rentas Sempadan Sisa Berbahaya dan Pembuangannya pada 16 Disember 2002; (v) Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada 7 Ogos 2007; (vi) Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD) pada 28 April 2008; dan (vii) Protokol Kyoto pada 20 Ogos 2009.

Matlamat 7: Memastikan Kemampanan Alam Sekitar

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 72

Buku JPKE Malay.indd 85 3/3/12 9:18:07 AM

Page 86: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam menghargai penubuhan Inisiatif Segi Tiga Batu Karang untuk Terumbu

Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan (CTI) yang dilancarkan pada 2007 sebagai program kerjasama serantau enam buah negara untuk melindungi aset ekonomi dan persekitaran yang terletak di sepanjang garisan khatulistiwa antara Lautan Pasifik Barat dan Lautan Hindi. Ia tertumpu pada komitmen politik peringkat tinggi dan pelaksanaan proaktif oleh kerajaan negara-negara di kawasan Segi Tiga Batu karang serta dilaksanakan oleh sektor swasta, agensi antarabangsa dan perkongsian bersama pertubuhan awam. Ini akan memberikan satu sumbangan besar ke arah melindungi sumber marin dan sumber-sumber biologi pinggir laut serantau bagi tujuan pertumbuhan yang mampan dan kesejahteraan generasi sekarang dan masa akan datang.

Undang-undang diwujudkan untuk mengawal pengurusan aktiviti perikanan dan kawasan penangkapan serta rizab marin dan taman marin. “Brunei Fishery Limits (Cap 130)” dan “Fisheries Order 2009” menyediakan prasarana perundangan sedemikian di bawah naungan Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Untuk lebih memastikan alam sekitar bandar yang mampan, Kerajaan telah menyediakan pelan induk bagi ibu negara, Bandar Seri Begawan. Ini adalah untuk mempertahankan status BSB sebagai salah satu daripada sepuluh bandar raya yang paling baik untuk didiami di Asia.

Buku JPKE Malay.indd 86 3/3/12 9:18:09 AM

Page 87: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Hutan simpan dan profilnya

Sebahagian besar daripada kawasan Negara Brunei Darussalam dilitupi oleh hutan. Kawasan hutan yang luas secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan dan persekitaran yang menguntungkan. Secara khusus, hutan bukan sahaja menyediakan bahan mentah tetapi juga berfungsi untuk mengawal banjir, habitat bagi biodiversiti, penyerapan karbon, perlindungan legih dan pemuliharaan tanah. Jumlah kesemua kawasan bandar dianggarkan sekitar 250km2 atau 4.3 peratus dari jumlah keseluruhan kawasan tanah yang tertumpu di Daerah Brunei-Muara dan di sepanjang kawasan pantai negara ini.

Peta 2: Kawasan Yang Dilitupi Hutan di Negara Brunei Darussalam

Sumber: Kementerian Pembangunan

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 74

Buku JPKE Malay.indd 87 3/3/12 9:18:11 AM

Page 88: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Litupan hutan dan langkah-langkah pemuliharaan

Litupan hutan membentuk sekitar 75.0 peratus daripada kawasan negara ini (Rajah 47). 235,520 hektar daripada 438,000 hektar (41.0 peratus) telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan. Sebanyak 15.0 pera-

tus lagi telah dicadangkan untuk diwartakan. Ini menjadikan sekitar 55 peratus dari jumlah kawasan keselu-ruhan dijadikan sebagai hutan simpan.

Dengan pembentukan undang-undang hutan yang konservatif dan dasar hutan yang berkaitan, negara ini telah berjaya mempertahankan sebahagian besar kawasan hutan seiring dengan keperluan untuk memelihara dan melindungi biodiversiti hutan yang mewakili pelbagai flora dan fauna endemik. Dengan demikian, Negara Brunei Darussalam terus kekal sebagai antara 10 negara teratas di dunia yang dipenuhi dengan hutan.

Pengurusan dan pentadbiran sumber hutan dikawal oleh Akta Perhutanan (Undang-Undang Negara Brunei Darussalam Penggal 46), Dasar Hutan Negara 1989 serta beberapa undang-undang yang berkaitan. Sebagai tambahan kepada perundangan ini, rancangan pelan strategik jangka panjang 20 tahun (2004-2023) Jabatan Perhutanan juga berfungsi sebagai rangka perancangan strategik untuk sektor perhutanan negara ini. Ia memfokuskan kepada keperluan untuk mengimbangi pembangunan ekonomi serta pemuliharaan alam sekitar.

75 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Pera

tus (%

)!

Sumber: Jabatan Perhutanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama!

RAJAH 47!

Buku JPKE Malay.indd 88 3/3/12 9:18:11 AM

Page 89: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan untuk menguatkan pengurusan hutan ialah Deklarasi Inisiatif HoB. Deklarasi tersebut ditandatangani pada 12 Februari 2007. Secara umum, pelaksanaan Inisiatif HoB melengkapi dan mengukuhkan usaha-usaha jabatan yang sedia ada dalam memastikan supaya sumber hutan dikendalikan dan dikembangkan secara berterusan. Dengan pengiktirafan antarabangsa dan anugerah yang diterima, ia menambah nilai bagi usaha-usaha pemuliharaan yang sedang dijalankan.

Kategori hutan simpan mengikut fungsinya adalah seperti yang berikut (Rajah 48):

(i) Hutan Pengeluaran (218,650 hektar atau 46.6 peratus) merujuk kepada kawasan yangditetapkan bagi pengeluaran kayu balak.

(ii) Hutan Perlindungan (18,562 hektar atau 3.9 peratus) ialah sebahagian daripada hutan simpan yang mempunyai tanah sensitif dan ekosistem hutan yang sangat rapuh. (iii) Hutan Pemuliharaan (31,684 hektar atau 6.8 peratus) adalah kawasan hutan yang dimaksudkan untuk dipelihara dan dilindungi biodiversiti hutannya. (iv) Hutan Rekreasi (4,445 hektar atau 0.9 peratus) adalah kawasan yang dimajukan untuk

rekreasi bagi meningkatkan kesejahteraan orang ramai dari segi sosial, psikologi, fizikal, dan ekonomi.

(v) Taman Negara (48,854 hektar atau 10.4 peratus) merujuk kepada kawasan pemuliharaanutama yang mempunyai nilai intrinsik pemuliharaan biodiversiti hutan dan landskap biologi yang terpelihara baik.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 76

Sumber: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan!

RAJAH 48!

Buku JPKE Malay.indd 89 3/3/12 9:18:12 AM

Page 90: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kerajaan meneruskan misi dalam memajukan, melindungi dan menguruskan sumber hutan untuk memberikan faedah

sosio-ekonomi dan persekitaran kepada masyarakat, melalui Pengurusan Hutan Mampan, dengan objektif-objektif seperti yang berikut:

(i) Hutan untuk Generasi akan datang dan Kemakmuran Tujuan strategik ini adalah untuk memelihara dan

memulihara hutan yang tidak tercemar untuk kepentingan generasi akan datang.

(ii) Hutan untuk Pengeluaran Mampan Ini bertujuan untuk menjadikan sumber hutan terus

produktif dalam keadaan mampan, optimal dan mesra alam. Ini adalah untuk memastikan bekalan kayu terus dapat dibekalkan bagi memenuhi keperluan domestik. Pada masa yang sama, usaha penanaman hutan akan diteruskan demi mengurangkan kebergantungan, dan tekanan ke atas semulajadi bagi bekalan kayu balak.

(iii) Hutan untuk Pengukuhan Ekonomi Dihasratkan untuk memaksimumkan sumbangan sektor

perhutanan ke dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Fokus utama di bawah agenda ini adalah untuk meningkatkan lagi sumbangan sektor perhutanan terhadap KDNK negara, melalui pembangunan pemprosesan hiliran dan industri nilai tambah serta melalui ‘Penggunaan Hutan dengan impak rendah’ seperti eko pelancongan dan industri bioteknologi.

(iv) Hutan untuk Penglibatan dan Keseronokan Orang Awam Bagi memajukan tapak-tapak yang berpotensi untuk

dijadikan taman rekreasi dan Taman Negara. Gagasannya adalah untuk membangun dan menaiktarafkan prasarana dan kemudahan taman untuk menjadikannya taman yang lebih selesa dan menarik bagi pengunjung.

(v) Hutan untuk Prestij Antarabangsa Bagi menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai

model bertaraf dunia di dalam bidang perhutanan. Kejayaan menjaga 76.0 peratus hutan dalam keadaan yang tidak tercemar boleh mempromosikan negara untuk berada di peta dunia sebagai salah sebuah negara yang komited dalam memelihara warisan kehijauan dan mengamalkan pengurusan perhutanan yang baik.

Kotak 20: Pengurusan Hutan Mampan

Buku JPKE Malay.indd 90 3/3/12 9:18:14 AM

Page 91: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Inisiatif Nadi Borneo (HoB) adalah untuk memelihara sumber hutan, terutama hutan hujan tanah tinggi di kawasan pergunungan utama Borneo hingga ke kaki bukit berdekatan tanah rendah dengan mengekalkan

sambungan ekologi. Cadangan ini berdasarkan kerjasama dan penyertaan sukarela dari tiga buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Inisiatif ini mempunyai ciri istimewa kerana ini merupakan pemuliharaan hutan hujan tropika yang terbesar di rantau ini. Komitmen negara adalah untuk memperuntukkan sebanyak 58.0 peratus (346,000 hektar) daripada kawasan tanah negara di bawah pengurusan HoB.

Serentak dengan ini, Kerajaan telah meneruskan dasar-dasar untuk menggalakkan perhutanan melalui langkah-langkah yang berikut:-

(i) ‘Dasar kurang tebang’ berkuat kuasa sejak 1990 bagi mengurangkan kadar pembalakan tahunansehingga 50.0 peratus (dari 200,000 m3 kepada 100,000 m3);

(ii) ‘Penambahan keluasan hutan simpan’ untuk pemuliharaan biodiversiti dengan mendedikasikansekurang-kurangnya 55.0 peratus daripada kawasan negara sebagai hutan simpan;

(iii) Menghadkan pengeluaran lesen/permit pembalakan;

(iv) Mengharamkan eksport balak mentah;

(v) Meningkatkan kesedaran orang awam;

(vi) Meningkatkan produktiviti hutan;

(vii) Mewujudkan kawasan pemuliharaan;

(viii) Memajukan Pusat Tropikal Biodiversiti Brunei; dan

(ix) Memperkukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa.

Kotak 21: Pemuliharaan Hutan Melalui Inisiatif Nadi Borneo (HoB)

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 78

Buku JPKE Malay.indd 91 3/3/12 9:18:15 AM

Page 92: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 22: Penyelenggaraan Taman Perhutanan dan Biodiversiti Yang Berkaitan

Peraturan dan Akta Perhutanan

Peraturan dan Akta Perhutanan juga dikenali sebagai Perintah Akta Perhutanan (Pindaan) 2007 dan Peraturan Hutan (Pindaan) 2007, iaitu dasar undang-undang bagi pentadbiran dan pengurusan hutan negara. Dengan memperkenalkan peruntukan pentadbiran dan pengurusan yang baharu, serta denda dan hukuman yang lebih berat, pegawai-pegawai penguatkuasa akan dapat membuat pengawalan yang lebih berkesan dan seterusnya mengurangkan aktiviti haram perhutanan.

Dasar Perhutanan Negara 1989

Dasar Perhutanan Negara yang pertama telah dibentuk pada tahun 1951, dan kali terakhir dikemaskinikan pada tahun 1989. Antara lain, dasar tersebut menghuraikan prinsip-prinsip dan strategi untuk menpromosikan pemuliharaan biodiversiti. Salah satu peruntukan khususnya adalah komitmen untuk mendedikasikan hutan simpan kekal, meliputi sekurang-kurangnya 55.0 peratus daripada kawasan negara kepada Hutan Perlindungan, Hutan Pengeluaran, Hutan Rekreasi, Hutan Pemuliharaan dan Taman Negara.

Akta Perlindungan Hidupan Liar

Akta ini menetapkan pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar, dan untuk mewujudkan kawasan perlindungan hidupan liar di negara ini. Pihak berkuasa bagi hidupan liar negara adalah Jabatan Muzium di bawah KKBS.

Akta lain yang Berkaitan

Suratcara Perundangan lain seperti Kod Tanah, Akta Memiliki Tanah, Akta Antik dan Harta Karun, Akta Perikanan, Akta Perancang Bandar dan Desa, dan Perintah Flora dan Fauna Liar (CITES national law) juga berperanan sebagai asas perundangan bagi pentadbiran dan pengurusan perhutanan negara.

79 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 92 3/3/12 9:18:16 AM

Page 93: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 23: Komitmen Di Bawah Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal

Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga telah mengesahkan Pindaan London, Pindaan Copenhagen, Pindaan Montreal dan Pindaan Beijing pada 3 Mac 2009.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 80

Sebagai warga global, Negara Brunei Darussalam ikut serta dalam menangani isu-isu pencemaran rentas-sempadan melalui kerjasama dengan badan-badan serantau dan antarabangsa. Negara Brunei Darussalam

telah melaksanakan langkah-langkah yang berikut:

• Sebagai negara yang tidak menghasilkan atau mengeksport bahan susut ozon (ODS), Negara BruneiDarussalam mengimport ODS untuk kegunaan domestik, terutama dalam penghawa dingin kereta, komersil dan domestik serta peti sejuk.

• Negara Brunei Darussalam telah mengawal import ODS sejak bulan Jun 2005. Pengimport ODS yangberdaftar diberikan kuota khas untuk mengimport ODS. Pengimport yang tidak berdaftar dan pengimport baru hanya dibenarkan untuk mengimport bahan bukan-ODS.

• Jabatan Kastam dan Eksais, Kementerian Kewangan telah memperkenalkan lesen import ODS sejak 20 April 2006.

• Persetujuan telah dicapai melalui Memorandum Persetujuan bagi Kerjasama Dua Hala Mengenai AlamSekitar pada tahun 2008 berhubung import dan eksport ODS. Di bawah persetujuan ini, negara pengeksport harus mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk mengeksport ODS daripada pihak berkuasa yang relevan di negara pengimport.

• Negara Brunei Darusssalam telah berjaya menghapuskan penggunaan Chlorofluorocarbon (CFC) padabulan Januari 2010 (Rajah 49).

Buku JPKE Malay.indd 93 3/3/12 9:18:16 AM

Page 94: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 24: Pengurusan Perikanan Mampan

Had Perikanan Brunei (Penggal 130) dan Perintah Perikanan 2009 menyediakan prasarana perundangan bagi pengurusan aktiviti perikanan dan kawasan penangkapan serta rizab marin dan taman marin.

Dasar menyeluruh ialah untuk membangunkan industri perikanan mampan yang telah diterjemahkan ke dalam program-program pengurusan peringkat operasi dan lapangan untuk memastikan:

i) perlindungan sumber daripada penangkapan ikan yang berlebihan dan aktivitipenangkapan ikan yang membinasakan;

ii) perlindungan dan promosi pengambilan dan pemulihan kawasan pembiakbakaan (batukarang dan bakau); dan

iii) promosi penangkapan ikan yang bertanggungjawab dan penggunaan teknologi mesra alam.

Sebahagian daripada amalan pengurusan peringkat kawasan lapangan termasuk:

i) Menetapkan perkakas menangkap ikan yang dibenarkan, peralatan menangkap ikan danperalatan saiz mata pukat dan pukat tunda;

ii) Mengenakan moratorium mengenai kegiatan penangkapan ikan di Zon 1 (0~3 batunautikal, yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakbakaan dan batu karang) dan kegiatan penangkapan ikan menggunakan pukat dalam Zon 2 (3~20 batu nautikal);

iii) Menetapkan kawasan untuk kegiatan akuakultur dan menetapkan zon penimbal 50 meter tanpa putus; dan

iv) Larangan menggunakan perkakas penangkapan ikan yang membinasakan dan aktiviti seperti menangkap ikan menggunakan sianida dan penggunaan bahan letupan.

Peningkatan akses untuk kemudahan sanitasi

Sanitasi yang baik adalah sangat penting dalam menggalakkan kesihatan dan pembangunan. Peratus penduduk yang mempunyai akses terhadap sanitasi yang baik telah meningkat sejak tahun 1990 bagi penduduk luar

bandar dan penduduk bandar (Rajah 50). Negara telah mencapai matlamat untuk menurunkan perkadaran penduduk tanpa sanitasi asas di sektor bandar daripada 25.0 hingga kepada 5.0 peratus antara tahun 1990 dan 2010. Kerajaan terus menyediakan langkah-langkah bagi sektor luar bandar yang menyebabkan kadar penduduk tanpa akses terhadap sanitasi telah menurun daripada 45.0 kepada 35.0 peratus.

81 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

RAJAH 50! Kadar penduduk yang menggunakan kemudahan sanitasi yang telah diperbaiki!

Sumber: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan!

Pera

tus (%

)!

0!

25!

50!

75!

100!

1990! 1995! 2000! 2005! 2010!

Jumlah!

Kawasan Bandar!

Kawasan Luar Bandar!

Buku JPKE Malay.indd 94 3/3/12 9:18:16 AM

Page 95: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 25: Pelan Induk Bandar Seri Begawan (BSB)

Pelan Induk BSB menggambarkan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap kesejahteraan warganegaranya dengan memastikan pembangunan yang mampan. Tujuan utamanya adalah seperti yang

berikut:

(i) Untuk mengekalkan status BSB sebagai salah sebuah daripada sepuluh bandar yang terbaik untuk didiami di Asia;

(ii) Untuk memastikan pembangunan yang teratur sehingga dapat mengubah BSB sebagai tempat kediaman yang selamat dan mesra untuk didiami; dan

(iii) Untuk merumuskan dasar dan strategi pembangunan jangka pendek, sederhana, dan jangka panjang untuk BSB sehingga tahun 2035.

Perkembangan Pelan Induk BSB adalah berdasarkan sepuluh objektif strategik yang dinyatakan dalam Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan seperti yang berikut:

(i) Menaik taraf status BSB sebagai bandar ibu negeri abad ke-21 yang dinamik, bersemangat dan unik;

(ii) Mengubah BSB menjadi ‘Bandar Dalam Taman’ dengan persekitaran yang bersih dan mampan; dan

(iii) Memperlengkapkan BSB dengan sistem komunikasi dan pengangkutan yang cekap.

Kotak 26: Meningkatkan Kesedaran dan MengatasiPembangunan Yang Tidak Dirancang

Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, beberapa projek dan aktiviti telah dilaksanakan untuk mendidik masyarakat ke arah mencapai persekitaran yang mesra, pemedulian dan bertanggungjawab. Pelbagai

usaha telah disalurkan kepada belia yang terdiri daripada lebih 40.0 peratus penduduk:

(i) Pelancaran Program Belia Alam Sekitar Brunei (Brunei EYE) pada bulan Jun 2009 yang memberikanlatihan kepimpinan belia;

(ii) Mewujudkan Kelab Eko di beberapa buah sekolah menengah di seluruh negara;

(iii) Mengadakan Persidangan Belia Kebangsaan Dwitahunan mengenai alam sekitar bagi membolehkanpara belia berkongsi dan bertukar-tukar maklumat dan pengalaman tentang kegiatan belia mengenai alam sekitar; dan

(iv) Menjadi tuan rumah kepada Forum Alam Sekitar Belia ASEAN+3 untuk membolehkan belia Bruneiberinteraksi dan membuat rangkaian kerja dengan rakan-rakan dari negara-negara ASEAN, China, Korea dan Jepun.

Kerajaan juga terus menyokong dan bekerjasama dengan masyarakat dan sektor swasta dalam usaha untuk memelihara alam sekitar di negara ini.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 82

Buku JPKE Malay.indd 95 3/3/12 9:18:16 AM

Page 96: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Buku JPKE Malay.indd 96 3/3/12 9:18:22 AM

Page 97: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat 8: Membangunkan Kerjasama Sejagat Untuk Pembangunan

MDG8 bermatlamat membina kerjasama sejagat untuk pembangunan melalui usaha yang berterusan dalam mempromosikan suatu persekitaran perdagangan terbuka dan tidak diskriminasi, mengukuhkan

komitmen di dalam peningkatan tatacara pentadbiran yang baik dan menyokong pencapaian pertumbuhan, kestabilan dan kemakmuran negara pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Dengan itu, Negara Brunei Darussalam aktif dalam menyemai perhubungan diplomatik dan perdagangan yang baik dengan negara-negara luar melalui kerjasama dua hala serta melalui penyertaan dalam forum sub-serantau, serantau dan antarabangsa. Sehingga kini, Negara Brunei Darussalam mempunyai hubungan diplomatik dengan 155 buah negara.

Di dalam mengukuhkan lagi perhubungan dua hala, beberapa mekanisma kerjasama telah diambil seperti melalui perjanjian-perjanjian perdagangan bebas, perjanjian pengelakkan cukai dua kali, perundingan dua hala, kumpulan kerja bersama dan jawatankuasa kerja bersama bagi mengenal pasti bidang kerjasama yang berpotensi dan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai isu-isu kepentingan bersama. Pada tahun 2007, Negara Brunei Darussalam mencipta sejarah dengan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama bersama Negara Jepun (Brunei-Japan Economic Partnership Agreement). Perjanjian tersebut membolehkan kedua-dua buah negara untuk menikmati pelbagai manfaat dari segi perdagangan seperti adanya akses pasaran yang lebih luas dan cukai import yang lebih rendah. Negara Brunei Darussalam juga turut memperkukuhkan lagi perhubungan dua hala negara melalui program pengecualian visa yang dipersetujui bersama dengan lebih 50 buah negara lain di seluruh dunia.

Negara Brunei Darussalam juga giat membina perhubungan bersama negara-negara luar di arena antarabangsa, serantau dan sub-regional. Antaranya ialah seperti yang dapat dilihat daripada penyertaan Negara Brunei Darussalam di dalam Association of South East Asian Nations (ASEAN), Brunei-Indonesia-Malaysia-the Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA), Asia Pacific Economic Cooperation (APEC), Organisation of Islamic Conference (OIC), World Trade Organization (WTO), Commonwealth of Nations dan United Nations. Lebih khusus lagi, penglibatan Negara Brunei Darussalam di dalam beberapa perjanjian perdagangan bebas pada peringkat pelbagai hala (multilateral) seperti di antara ASEAN dan rakan-rakan dialognya juga menunjukkan bukti kukuh berkenaan peranan aktif yang diambil bagi meningkatkan kerjasama sejagat untuk pembangunan.

Negara Brunei Darussalam juga terus mengambil peranan yang dinamik dalam mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sumber manusia. Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga aktif dalam memberi sokongan teknikal serta kewangan kepada negara-negara lain antaranya melalui penganugerahan biasiswa, pemberian latihan dan pembangunan kapasiti serta bantuan-bantuan kemanusiaan.

Negara Brunei Darussalam juga menyedari akan kepentingan teknologi di dalam perkembangan persekitaran sejagat dan juga pembangunan ekonomi yang efisien. Dengan adanya kesedaran tersebut, Negara Brunei Darussalam meneruskan lagi usaha untuk mengukuhkan lagi sektor maklumat dan komunikasi dengan mempertingkatkan teknologi-teknologi yang sedia ada serta mengadaptasikan teknologi-teknologi yang baharu.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 84

Buku JPKE Malay.indd 97 3/3/12 9:18:23 AM

Page 98: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA)

Negara Brunei Darussalam memberi penekanan kuat ke atas inisiatif-inisiatif bagi memupuk kerjasama yang erat dengan negara-negara jiran di bawah inisiatif Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-the Philippines

East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA). Dilancarkan pada tahun 1994, inisiatif BIMP-EAGA digerakkan berasaskan pasaran manakala pihak Kerajaan berperanan sebagai ‘fasilitator’ atau ‘pemangkin’. Meliputi kawasan seluas 1.54 juta kilometer persegi dan penduduk seramai 60 juta orang, objektif strategik BIMP-EAGA adalah untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan ekonomi serantau, mempertingkatkan tahap daya persaingan dan untuk meningkatkan daya tarikan negara-negara sub-serantau yang terlibat kepada pelabur-pelabur tempatan dan juga asing.

Walaupun pencapaian di bawah BIMP-EAGA tergendala sementara semasa Krisis Kewangan ASEAN 1997, BIMP-EAGA berjaya meneruskan semula usahanya setelah tindakan pemulihan dijalankan pada tahun 2003. Perubahan struktur dan institusi yang telah dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi penyelarasan dan pengukuhan aktiviti-aktiviti kerjasama pembangunan, mewujudkan hubungan bersama rakan strategik baru seperti Australia, China dan Jepun serta memupuk kerjasama yang lebih erat dengan Sekretariat ASEAN dan Bank Pembangunan Asian (ADB). Selain itu, ketua-ketua negara juga telah memberi persetujuan berkenaan ‘Roadmap to Development (2006-2010)’ BIMP-EAGA, semasa Sidang Kemuncak BIMP EAGA pada tahun 2005, yang menyenaraikan sasaran ekonomi secara meluas dan juga sasaran terperinci bagi sektor-sektor tertentu. Ia juga sebagai panduan bagi pengenalpastian dan pelaksanaan projek-projek dan aktiviti-aktiviti kerjasama yang utama termasuk juga ‘Projek Flagship’. Negara Brunei Darussalam memainkan peranan aktif bagi pembangunan BIMP-EAGA terutamanya dalam mengetuai pembangunan ‘transportation linkages’ dalam sub-serantau melalui Kumpulan Kerja Kelompok mengenai Pengangkutan, Infrastruktur dan Pembangunan ICT.

Kemajuan bagi sektor tersebut dapat dilihat seperti melalui peningkatan dalam kemudahan pengangkutan dan perdagangan. Sehingga kini, ada empat perjanjian pengangkutan yang telah ditandatangani yang bertujuan untuk meningkatkan lagi penyelarasan pengangkutan antara sempadan di laut, udara dan darat. Ini termasuklah penjanjian ‘open skies’ yang telah membenarkan ‘Fifth Freedom Traffic Rights’ kepada lapangan-lapangan terbang utama antarabangsa di rantau ini dan juga Memorandum-memorandum Persefahaman bagi penyelarasan pergerakan bas dan gerabak antara sempadan, pengukuhan hubungan pengangkutan laut dan juga penyelarasan pengangkutan barangan secara transit dan antara negara. Perjanjian-perjanjian tersebut merupakan langkah penting untuk mewujudkan tahap mobiliti yang lebih lancar bagi meningkatkan lagi perdagangan, pelaburan dan juga pelancongan di rantau ini.

Dari segi kemudahan perdagangan, BIMP-EAGA sedang dalam proses memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai ‘Simplification, Streamlining and Harmonisation of Customs, Immigrations, Quarantine and Security Procedures (CIQS)’.

Selain daripada itu, pada Mesyuarat BIMP-EAGA ke-6 tahun 2009, ketua-ketua negara juga telah bersetuju untuk mengambil pendekatan yang lebih strategik bagi menjadikan BIMP-EAGA sebagai sumber utama pembekalan makanan kepada ASEAN dan Asia, serta untuk menjadikannya destinasi eko pelancongan utama. Ketua-ketua juga telah bersetuju bagi beberapa projek prasarana utama untuk dilaksanakan secepat mungkin sebagai langkah untuk mempromosikan lagi perkembangan ekonomi yang lebih maju di rantau ini.

Selain itu, rantau ini juga merupakan lokasi bagi dua kawasan ekologi yang paling berkepelbagaian di dunia iaitu Nadi Borneo (HoB) dan Inisiatif Segi Tiga Batu Karang (CTI). Pada Mesyuarat ke-6 BIMP-EAGA, Negara Brunei Darussalam telah dijemput untuk menjadi ahli kepada CTI dan berhasrat untuk bersama menyumbang dalam usaha-usaha sejagat untuk mengurangkan kesan daripada situasi perubahan iklim.

85 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 98 3/3/12 9:18:24 AM

Page 99: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Mengukuhkan perhubungan antarabangsa melalui Perjanjian Perdagangan Bebas dua hala dan pelbagai hala

Dalam usaha untuk mengintegrasikan negara dalam ekonomi sejagat, Negara Brunei Darussalam meneruskan usaha bagi mengukuhkan perhubungan antarabangsa yang disemai melalui perjanjian perdagangan bebas

pada peringkat dua hala dan juga pelbagai hala.

Negara Brunei Darussalam menandatangani perjanjian perdagangan bebas dua hala yang pertama dengan Negara Jepun di dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Brunei-Jepun atau Brunei-Japan Economic Partnership Agreement (BJEPA) pada Jun 2007. Perjanjian tersebut berkuatkuasa pada 1 Julai 2008 dan merangkumi 11 bab berkaitan isu-isu perdagangan seperti isu pelaburan, kastam dan juga usaha kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Antara faedah yang dapat dimanfaatkan melalui perjanjian ini termasuklah pengukuhan iklim perdagangan dengan adanya jangkaan dan ketelusan, akses yang lebih meluas bagi pasaran barangan dan perkhidmatan, cukai import yang lebih rendah serta peluang untuk memanfaatkan kepakaran dan bantuan daripada pihak Jepun di dalam pelbagai bidang kerjasama seperti di dalam bidang promosi perdagangan dan pelaburan; perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS); pertanian; perhutanan dan perikanan; pelancongan; pendidikan dan pembangunan sumber manusia; teknologi maklumat dan komunikasi; teknologi dan sains serta hak intelektual. Hampir semua projek di bawah Bab Kerjasama perjanjian ini telah dilaksanakan sepanjang tahun 2007, 2008 dan 2009. Beberapa aktiviti lain juga akan dilaksanakan pada tahun 2010/11. Bab Kerjasama di bawah perjanjian ini telah banyak menyelaraskan bantuan daripada pihak Jepun dan juga telah mempertingkatkan lagi keupayaan Negara Brunei Darussalam dari segi teknikal dan penyelidikan akademik.

Sesama ASEAN, beberapa perjanjian yang bertujuan untuk membuka sektor perdagangan barangan, perkhidmatan dan juga rejim pelaburan bagi semua ahli ASEAN telah berjaya dirundingkan. Antara perjanjian yang dimaksudkan termasuk Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dikuatkuasakan pada 17 Mei 2002, Rangka Perjanjian ASEAN mengenai Perkhidmatan (AFAS) yang dikuatkuasakan pada 30 Disember 1998 dan juga Perjanjian Pelaburan Komprehensif ASEAN (ACIA) yang ditandatangani pada 2 Jun 2009. Pelaksanaan ketiga-tiga perjanjian tersebut akan memberi asas yang kukuh terhadap pencapaian ASEAN Economic Community sebelum tahun 2015. Aktiviti-aktiviti pembangunan kapasiti dan kerjasama juga telah diadakan sesama ASEAN di dalam bidang perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, pelaburan dan juga di dalam bidang-bidang kerjasama lain seperti kerjasama industri, hak milik intelektual, dasar daya saing, perusahaan kecil dan sederhana, perlindungan pengguna, statistik dan juga perhubungan swasta-awam.

Negara Brunei Darussalam juga giat memperkembangkan perhubungan perdagangan negara melalui perjanjian-perjanjian pelbagai hala yang ditandatangani sesama ASEAN atau bersama ASEAN dan rakan-rakan dialog seperti Australia dan New Zealand, China, India, Jepun dan Republik Korea.

Rangka kerja Perjanjian untuk Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan Negara China yang ditandatangani pada 5 November 2002 merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama ASEAN bersama rakan dialog luar. Ia merangkumi tiga perjanjian iaitu Perjanjian Perdagangan Barangan, Perjanjian Perkhidmatan dan juga Perjanjian Pelaburan yang mana masing-masing telah dimuktamadkan pada November 1994, Januari 2007 dan Ogos 2009. Kawasan perdagangan bebas ASEAN-China diwujudkan pada 1 Januari 2010. Bagi melengkapkan kawasan tersebut, beberapa projek kerjasama termasuk berkenaan kastam dan rangkaian kerjasama perdagangan juga telah dipertimbangkan.

Rangka kerja Perjanjian untuk Kerjasama Ekonomi komprehensif antara ASEAN dan Jepun ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara pada 8 Oktober 2009 di Bali, Indonesia sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun. Ia dihasratkan untuk mewujudkan suatu perjanjian kerjasama ekonomi yang lebih menyeluruh di antara ASEAN dan Jepun. Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun atau (AJCEP) antara Jepun dan ahli-ahli negara ASEAN dimuktamadkan pada November 2007 di Manila dan ditandatangani secara ad-referendum pada 14 April 2008. Perjanjian ini telah pun dikuatkuasakan untuk hampir semua ahli-ahli ASEAN dan Jepun. Melalui Bab Kerjasama Ekonomi di dalam perjanjian ini, beberapa aktiviti kerjasama antara ASEAN dan Jepun telah dilaksanakan. ASEAN dan Jepun juga mengeratkan lagi usaha sama kedua-kedua pihak melalui fora-fora lain seperti Federation of Japanese Chambers of Commerce and Industry in ASEAN (FJCCIA) dan juga AEM-METI Economic and Industrial Cooperation Committee (AMEICC).

Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 86

Buku JPKE Malay.indd 99 3/3/12 9:18:24 AM

Page 100: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

87 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Dalam Sidang Kemuncak Ke-2 ASEAN-India pada tahun 2003, ASEAN dan India juga telah menandatangani satu Rangka kerja Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif. Di bawah rangka kerja perjanjian tersebut, salah satu objektif jangka panjang yang dikenalpasti ialah penubuhan suatu kawasan perdagangan dan pelaburan serantau ASEAN-India (RTIA). Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (TIG) telah pun ditandatangani pada 13 Ogos 2009 di Bangkok, Thailand. Perundingan untuk Perdagangan Perkhidmatan dan Pelaburan pula masih dijalankan.

Kerjasama di antara ASEAN dan Republik Korea dikukuhkan lagi dengan adanya Rangka Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif yang telah ditandatangani sewaktu Sidang Kemuncak Ke-9 ASEAN-Republik Korea pada 13 Disember 2005. Antaranya, perjanjian ini bertujuan untuk mewujudkan suatu Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Republik Korea (AK-FTA). Rundingan ASEAN dan Republik Korea bagi perjanjian-perjanjian berkenaan kerjasama ekonomi, perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan juga masing-masing telah dimuktamadkan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009. AK-FTA mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2010 bagi negara-negara ASEAN-6 dan Republik Korea. Bidang-bidang kerjasama di bawah pelaksanaan Kumpulan Kerja Kerjasama Ekonomi ke arah pembentukan AK-FTA termasuk latihan mengenai kastam dan juga program pembangunan kapasiti sektoral di dalam pertanian, tekstil dan PKS.

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) ditandatangani pada 27 Februari 2009 di Cha am, Thailand dan merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang dibuat bersama dua buah negara membangun secara serentak dan komprehensif. AANZFTA juga merupakan perjanjian ASEAN yang paling menyeluruh disertai sehingga kini. Ia merangkumi 18 bab termasuk beberapa bab baru seperti bab-bab berkenaan dasar daya saing dan hak milik intelektual yang tidak pernah dirundingkan oleh ASEAN sebelum ini dalam mana-mana perjanjian. Di bawah AANZFTA, suatu program Economic Cooperation Work Programme juga telah diadakan yang akan melibatkan projek-projek kerjasama dan pembangunan kapasiti di antara ASEAN, Australia dan New Zealand. Ia melibatkan projek-projek kerjasama yang dapat meningkatkan lagi kesedaran orang awam mengenai AANZ dan juga program-program pembangunan kapasiti ke arah pelaksanaan FTA yang berkesan. Perjanjian ini telah berkuat kuasa untuk hampir kesemua ahli-ahli ASEAN dan juga Australia dan New Zealand.

Perjanjian Perkongsian Strategik Ekonomi Trans-Pasifik (P4) ditandatangani oleh negara-negara New Zealand, Chile dan Singapura pada 18 Julai 2005 dan Negara Brunei Darussalam pada 2 Ogos 2005. Pada 12 Mei 2006, Negara Brunei Darussalam memberikan instrumen untuk aplikasi yang membolehkan perjanjian ini dikuatkuasakan kepada Negara Brunei Darussalam pada 12 Jun 2006. Ia dikuatkuasakan sepenuhnya pada Julai 2009. P4 merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama antara negara-negara di rantau Asia Pasifik dan dianggap sebagai suatu perjanjian yang berkualiti tinggi. Selain daripada meluaskan lagi akses pasaran bagi perdagangan barangan dan perkhidmatan, P4 juga memberi fokus kepada kerjasama yang dapat disemai antara negara-negara terlibat melalui Bab Kerjasama Strategik.

Buku JPKE Malay.indd 100 3/3/12 9:18:24 AM

Page 101: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 27: Inisiatif Untuk Program IntegrasiASEAN (IAI)

Penubuhan suatu Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada tahun 2015 adalah kunci ke arah mencapai integrasi dalam ekonomi serantau. Salah satu objektif di bawah AEC adalah untuk mewujudkan suatu proses

pembangunan ekonomi yang adil yang semua rakyat sama-sama berkongsi manfaat daripada integrasi ekonomi ASEAN. Ke arah itu, sebuah projek utama yang dijalankan di bawah AEC ialah ‘Inisiatif Untuk Integrasi ASEAN’ (IAI). Matlamat projek ini adalah untuk menyempitkan jurang pembangunan antara negara-negara generasi pertama ASEAN (ASEAN 6 – Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand) dengan ahli-ahli baru ASEAN (negara-negara CLMV – Kambodia, Laos PDR, Myanmar dan Vietnam).

Di bawah projek IAI ini, negara ASEAN-6 telah membuat komitmen untuk memberi sumbangan yang signifikan ke arah menyempitkan jurang tersebut. Sebanyak 134 projek dan program telah berjaya dilaksanakan dalam masa 6 tahun pertama (2002-2008) yang meliputi pelbagai bidang seperti prasarana (pengangkutan dan tenaga); pembangunan sumber manusia (pembangunan kapasiti sektor awam, pekerjaan dan buruh, pendidikan tinggi); ICT; integrasi ekonomi serantau (perdagangan barangan dan perkhidmatan, kastam, piawaian, pelaburan); pelancongan; dan pembasmian kemiskinan. Rancangan Kerja IAI Kedua telah pun diluluskan dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 pada 2009 dan ia berdasarkan bidang program utama yang tertera dalam ASEAN Political-Security Blueprint, ASEAN Economic Community Blueprint dan ASEAN Socio-Cultural Community Blueprint.

Sehingga Oktober 2009, Negara Brunei Darussalam telah berjaya menyumbang sebanyak 13 projek di bawah ASEAN-6 dalam bidang seperti pembangunan sumber manusia, ICT dan integrasi ekonomi serantau. Selain itu, pada tahun 2002 juga, empat buah projek telah berjaya dijalankan secara dua hala bersama negara-negara CLMV. Dari segi kewangan, Negara Brunei Darussalam telah memberi sumbangan sebanyak USD1.5 juta bagi Rancangan Kerja IAI tahun 2002 – 2006. Sebanyak USD1.5 juta juga telah diberikan untuk tempoh tahun 2007-2010 bagi menjalankan lagi 21 buah projek yang merangkumi bidang pembangunan sumber manusia, pembangunan kapasiti, ICT, bahasa dan latihan diplomatik.

Kotak 28: Bantuan Kemajuan PembangunanEkonomi/Manusia

Negara Brunei Darussalam meneruskan usaha-usaha bagi membina kerjasama sejagat yang lebih kukuh dengan mewujudkan pertalian antarabangsa melalui komitmen jangka panjang dan sokongan secara dua

hala, serantau dan antarabangsa. Antara bantuan dan sokongan yang diberikan termasuklah penganugerahan biasiswa pengajian tinggi kepada penuntut-penuntut luar negara yang menuntut di Negara Brunei Darussalam, bantuan teknikal yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti seperti melalui Commonwealth Fund for Technical Cooperation (CFTC) dan juga bantuan-bantuan kemanusiaan.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 88

Buku JPKE Malay.indd 101 3/3/12 9:18:25 AM

Page 102: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Sejak tahun 1995, Negara Brunei Darussalam aktif menawarkan biasiswa kepada penuntut-penuntut antarabangsa untuk meneruskan pengajian tinggi di beberapa buah institusi akademik tinggi di negara ini.

Sehingga Disember 2009, lebih daripada 200 penuntut dari 47 buah negara telah dianugerahkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang seperti Bahasa Melayu dan Linguistik, Geosains Petroleum, Kewangan Islam, Syariah, Dasar Awam, Usuluddin, Ekonomi, Pengurusan Alam Sekitar, Antropologi dan Sains Kesihatan di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB) (Rajah 51).

Negara Brunei Darussalam juga aktif dalam memberi bantuan kepada beberapa negara-negara Kurang Membangun (LDCs) termasuk juga negara-negara dikelilingi daratan (LLDCs) dan negara-negara kepulauan

kecil yang sedang membangun. Bantuan-bantuan yang diberikan adalah seperti bantuan kewangan, projek-projek pembinaan semula dan kerjasama teknikal.

Sejak tahun 1985, Negara Brunei Darussalam telah menyumbang lebih daripada GBP12 juta kepada CFTC dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti CFTC. Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 50 buah projek di bawah CFTC. CFTC berperanan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada projek-projek kerjasama yang memanfaatkan kepakaran dan kemahiran ahli-ahli CFTC bagi membantu negara-negara lain menghasilkan dan melaksanakan penyelesaian yang lebih mampan dalam menangani cabaran-cabaran pembangunan negara.

Negara Brunei Darussalam juga memainkan peranan bagi membantu negara-negara yang telah dilanda konflik ataupun bencana alam. Negara Brunei Darussalam banyak membantu dalam projek-projek pembangunan seperti pembinaan sekolah, hospital, rumah, masjid, Pusat Kebudayaan Islam, menaik taraf fasiliti-fasiliti info-teknologi dan pembangunan sumber manusia. Bantuan-bantuan tersebut disalurkan secara terus kepada negara-negara tersebut ataupun melalui organisasi-organisasi antarabangsa seperti Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Biasiswa

Bantuan Teknikal dan Kemanusiaan

89 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Scholarships to students from other countries!

Ju

mla

h s

eta

hu

n!

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan!

RAJAH 51!

Asia!

Eropah!

Australia dan Pasifik!

Afrika!

Amerika Latin dan!

Caribbean!

Buku JPKE Malay.indd 102 3/3/12 9:18:25 AM

Page 103: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Memandangkan kemajuan dan pembangunan ekonomi atau masyarakat itu berkembang mengikut masa dan juga perubahan dunia yang semakin berkait rapat, Negara Brunei Darussalam juga meningkatkan

usaha-usaha dalam memajukan sektor teknologi info-komunikasi dengan meningkatkan tahap dan kualiti teknologi yang sudah sedia ada sambil mengintegrasikan juga teknologi-teknologi yang baharu.

Dengan usaha-usaha tersebut, Negara Brunei Darussalam telah berjaya beralih kepada sektor maklumat dan komunikasi yang semakin canggih. Walaupun kadar pertumbuhan bagi langganan telefon landline mula merudum selepas tahun 2000, kadar langganan untuk telefon bimbit pula menunjukkan pertumbuhan yang semakin meningkat semenjak ia diperkenalkan pada tahun 1995 (Rajah 52). Dua faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah kemampuan untuk membeli dan tahap keselesaan dan kemudahan telefon bimbit.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Langganan internet juga semakin melonjak semenjak perkhidmatan internet asas diperkenalkan pada tahun 1995 (Rajah 53). Peningkatan ini dikukuhkan juga dengan adanya perkhidmatan internet jalur lebar pada tahun 2000 dan teknologi jalur lebar mudah alih pada tahun 2008. Jumlah kafe internet yang semakin bertambah, pengenalan penggunaan internet di sekolah-sekolah serta pembangunan kawasan internet percuma di tempat-tempat komersil juga antara faktor yang menyumbang kepada kadar pertumbuhan bagi langganan internet yang semakin meningkat.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 90

Jum

lah lang

ganan!

Pera

tus p

eng

guna in

tern

et (%

)!

Sumber: Kementerian Perhubungan!

RAJAH 53!

Ju

mla

h lan

gg

an

an!

Pera

tus p

en

gg

un

a in

tern

et (%

)!

Sumber: Kementerian Perhubungan!

RAJAH 53!

Buku JPKE Malay.indd 103 3/3/12 9:18:26 AM

Page 104: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Kotak 29: Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Negara Brunei Darussalam

Ke arah memajukan sektor teknologi info-komunikasi (ICT) di Negara Brunei Darussalam, berikut adalah beberapa respon dasar yang telah dan sedang dijalankan:

e-Strategi Kebangsaan

e-Strategi Kebangsaan telah diluluskan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada Ogos 2009 dan ia mengandungi pelan tindakan strategik untuk merealisasikan visi untuk menghasilkan e-Brunei. Ianya mengenal pasti faktor-faktor yang akan dapat menyumbang kepada kejayaan projek ini. Projek e-Strategi Kebangsaan ini diselaraskan oleh Kementerian Perhubungan.

Bagi meluaskan lagi usaha e-Perniagaan (e-Business) di negara ini, Forum Kepimpinan e-Perniagaan (e-Business Leadership Forum (eBLF)) telah ditubuhkan pada 2009. Ia berfungsi untuk menjalankan dan memantau perkembangan inisiatif-inisiatif e-Business. Inisiatif-inisiatif dan program-program di bawah eBLF dijalankan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI). Pada masa ini eBLF juga sedang membentuk Pelan Strategik eBLF 2010-2015.

Penubuhan Forum Kepimpinan e-Masyarakat (e-Society Leadership Forum (eSLF)) juga diluluskan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam baru-baru ini pada April 2010.

Pelan Strategik Kementerian Perhubungan (2008-2017)

Pada tahun 2008, Kementerian Perhubungan melancarkan satu pelan strategik baharu yang bertujuan sebagai panduan kepada sektor komunikasi untuk melangkah lebih maju ke hadapan. Pelan tersebut mengenal pasti inisiatif-inisiatif utama dan memantau inisiatif-inisiatif tersebut melalui Petunjuk Pretasi Utama (KPIs) ke arah pencapaian matlamat-matlamat yang berikut:

i) Mengadakan suatu persekitaran yang kondusif dan dinamik bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sofistikated;

ii) Mengadakan aktiviti hubbing dalam bidang komunikasi dan memastikan ia mampan; dan

iii) Mengadakan satu sistem komunikasi yang selamat, efisien dan mudah diperoleh sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap daya saing nasional dan kualiti hidup dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Pihak Berkuasa untuk Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI)

Pihak Berkuasa untuk Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) ditubuhkan pada Januari 2003 sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pengawalan telekomunikasi dan radio-komunikasi, pengurusan dan perancangan spektrum frekuensi radio dan pembangunan industri ICT di Negara Brunei Darussalam.

Antara inisiatif terkini AITI termasuk pengenalan ‘Skim Geran AITI’ yang bertujuan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan kemampuan untuk menghasilkan produk ICT tempatan yang inovatif dan mempunyai potensi komersil. Jumlah bantuan yang diberikan tertakluk kepada permohonan dengan jumlah maksimum sebanyak BND250,000.

91 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Sambung ke muka surat 92......

Buku JPKE Malay.indd 104 3/3/12 9:18:28 AM

Page 105: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Bangunan Hijau Pusat Pengetahuan

Bangunan Pusat (Hub) Pengetahuan merupakan fasa kedua bagi pembangunan Taman Perniagaan dan Teknologi yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB). Ia menempatkan Pusat Modelling dan Simulasi, Makmal Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Latihan Kepimpinan dan Pengurusan ICT dan juga Pusat Peluang PKS. Untuk fasa pertama pula, BEDB juga menubuhkan iCentre, inkubator teknologi info-komunikasi yang pertama di Negara Brunei Darussalam yang lebih memfokus pada memupuk ahli usahawan-tekno tempatan yang berjaya.

Gerbang Asia-Amerika (AAG)

Gerbang Asia-Amerika (AAG) ialah sistem kabel bawah laut pertama yang dihasilkan bagi menghubungkan Asia Tenggara terus kepada Amerika Syarikat. Penubuhan AAG merupakan suatu penambahbaik dalam perkembangan struktur telekomunikasi dan meluaskan lagi hubungan komunikasi dengan seluruh dunia. AAG menghubungkan lapan buah negara di 11 buah stesen dengan kapasiti 1.92 terabit (Tbit) data jalur lebar setiap saat. Pada April 2010, semua hak, komitmen dan obligasi bagi AAG dipindahkan dari Kerajaan Negara Brunei Darussalam kepada sebuah syarikat usaha sama perniagaan baharu antara sektor awam dan swasta iaitu Brunei International Gateway Sdn. Bhd. (BIG).

Buku JPKE Malay.indd 105 3/3/12 9:18:30 AM

Page 106: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Cabaran

MDGs: Fasa Pengumpulan

Negara Brunei Darussalam telah mencapai matlamat pembangunan milenium daripada segi sasaran dan petunjuk utama. Negara ini berada dalam fasa untuk mengukuhkan pencapaiannya, mempertahankan dan

meningkatkan lagi tahap pencapaian tersebut bagi menghadapi dan mengatasi imperatif milenium baharu. Pihak Kerajaan telah merumuskan pelbagai tindakan dasar dan strategi selaras dengan Wawasan Negara 2035 dan SPN21.

Pertumbuhan Ekonomi

Sepanjang dua dekad kebelakangan ini, Negara Brunei Darussalam beransur-ansur mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana dan perkembangan sektor bukan minyak dan gas. Oleh yang demikian, kemampuan

Negara Brunei Darussalam untuk merealisasikan Wawasan 2035 bergantung kepada kewujudan sumber pelaburan dan pertumbuhan pendapatan negara. Memandangkan sejak tahun 2003, kadar pendapatan kasar per kapita telah merudum, pihak Kerajaan hendaklah memastikan dasar sedia ada dilaksanakan sepenuhnya terutamanya bagi meningkatkan pelaburan.

Keselamatan Makanan

Negara Brunei Darussalam masih banyak bergantung pada import makanan asas yang diimport seperti beras, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan akses secara fizikal terhadap barangan keperluan

tersebut. Pelaksanaan Pelan Strategik Separa Penggal (2008-2013) telah menetapkan beberapa sasaran bagi keperluan komoditi tersebut. Ini juga memberikan peluang kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) bagi akitiviti pemprosesan tambah nilai, pengeksportan produk segar atau aktiviti pembuatan makanan.

Memperkasakan Jantina

Kadar wanita menjawat jawatan pada peringkat tinggi dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta masih tidak selaras dengan kadar wanita daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pihak Kerajaan terus

memastikan kaum wanita menikmati peluang yang sama rata dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta. Wawasan Negara 2035 telah menetapkan sasaran yang tertentu bagi petunjuk yang berlainan. Dengan itu penting bagi pencapaian dalam program dan sasaran melangkaui pencapaian bersifat sedikit demi sedikit dan merumuskan perspektif yang lebih luas terhadap pembangunan kaum wanita.

93 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Mortaliti Kanak-kanak

Menjadi suatu cabaran untuk mencapai pengurangan yang ketara dalam kadar mortaliti anak damit. Pada tahun 2009, kadar mortaliti anak damit ialah 7.4 bagi setiap 1,000 kelahiran. Tumpuan hendaklah diberikan

dengan meningkatkan rawatan penjagaan antenatal, pemakanan dan kesejahteraan ibu-ibu mengandung, terutama kes kehamilan yang berisiko tinggi dan juga memperbaiki kualiti obstetrik dan unit penjagaan rapi kanak-kanak baru lahir di negara ini.

Buku JPKE Malay.indd 106 3/3/12 9:18:30 AM

Page 107: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Mortaliti Keibuan

Pada masa ini, cabaran Negara Brunei Darussalam adalah untuk mengekalkan kadar mortaliti keibuan yang rendah dengan memastikan akses yang berterusan kepada penjagaan antenatal dan selepas melahirkan

yang berkualiti, dan kelahiran selamat oleh kakitangan yang berkelayakan di bawah kawalselia pegawai penjagaan obstetrik kecemasan di seluruh negara.

HIV/AIDS

Walaupun HIV/AIDS tidak meluas di Negara Brunei Darussalam, kewaspadaan yang berterusan adalah penting untuk membendung impak pandemik tersebut. Memandangkan meningkatnya penduduk yang

mobile dan lokasi Negara Brunei Darussalam dalam rantau yang mengalami epidemik HIV, membuatkan negara ini terdedah kepada risiko. Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk mengekalkan status pada tahap rendah melalui pemantauan penyebaran kumpulan yang berisiko tinggi termasuk pendermaan darah yang disaring, pemberian rawatan ARV berterusan dan melalui pendidikan umum.

Alam Sekitar Mampan

Kapasiti institusi dalam pengumpulan maklumat mengenai kesihatan alam sekitar adalah kukuh tetapi ia bersifat berpecah-pecah kepada agensi kerajaan yang berlainan. Terdapatnya penyelarasan yang terhad

antara agensi berkenaan dalam mengintergerasikan penggunaan maklumat tersebut untuk membuat dasar pilihan dan rekabentuk secara berkesan.

Dasar dan Program Perancangan

Penting bagi negara ini untuk memantau dan mendefinisikan semula proses, institusi dan mekanisma perancangan. Pelan pembangunan yang berjaya mempunyai matlamat yang khusus dan sasaran yang

betul. Dengan adanya asas maklumat yang efektif, terdapat skop untuk menggabungkan projek sektoral, dasar dan program yang berbeza dalam strategi pembangunan negara.

Kapasiti Institusi Bagi Pemantauan dan Penilaian (MDGs)

Terdapat peluang untuk mengukuhkan asas maklumat bagi memantau perkembangan Negara Brunei Darussalam dalam Rancangan Kemajuan Negara termasuk petunjuk MDG dengan merujuk permulaan

baharu dan sasaran dalam Wawasan Negara 2035. Ini akan membolehkan negara menyemarakkan laluan dalam milenium baharu.

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 94

Buku JPKE Malay.indd 107 3/3/12 9:18:30 AM

Page 108: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Negara Brunei Darussalam (2004), Jabatan Perdana Menteri, A Strategic Planning Framework for the Prime Minister’s Office, Brunei Darussalam (2005-2014): Envisioning the Future.

Negara Brunei Darussalam (2005): Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam: Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya.

Negara Brunei Darussalam (2005): Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Ringkasan Jadual Kajian Perbelanjaan Keluarga; Negara Brunei Darussalam 2005.

Negara Brunei Darussalam (2005): Kementerian Pembangunan, State of the Environment Report 2005.

Negara Brunei Darussalam (2006), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Strategic Plan 2005-2025.

Negara Brunei Darussalam (2007): Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam Wawasan Brunei 2035 Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunsn (OSPD) 2007-2017 Rancangan Kemajuan Negara(RKN) 2007-2012.

Negara Brunei Darussalam (2007), Kementerian Pendidikan, Strategic Plan 2007-2011.

Negara Brunei Darussalam (2008): Kementerian Pendidikan, Statistik Pendidikan 2005-2008.

Negara Brunei Darussalam (2008): Kementerian Kesihatan, ‘Booklet’ Maklumat Kesihatan 2008.

Negara Brunei Darussalam (2008), Kementerian Perhubungan, Strategic Plan 2008-2017: Towards a Sophisticated Society.

Negara Brunei Darussalam (2009): Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Buku Tahunan Perangkaan Negara Brunei Darussalam 2008.

Negara Brunei Darussalam (2009): Kementerian Pendidikan, Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21).

Negara Brunei Darussalam (2009): Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam Key Indicators 2009.

Negara Brunei Darussalam (2009), Kementerian Pembangunan, Strategic Plan 2009-2015: Quality Living Sustainable Development Prosperous Nation.

Negara Brunei Darussalam (2010), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Strategic Plan 2010-2014.

Negara Brunei Darussalam (2010), Kementerian Kesihatan, Health Strategy Vision 2035: Together Towards a Healthy Nation.

Data Kewangan Antarabangsa (IMF) (2009): IMF Executive Board Concludes 2009 Article IV Consultation with Brunei Darussalam, Public Information Notice (PIN) No. 09/74, Washington (vide http://www.imf.org/external/np/sec/pn/2009/pn0974.htm).

Sumber Rujukan

95 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 108 3/3/12 9:18:30 AM

Page 109: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah SeterusnyaSasaran dan Petunjuk

Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya

Matlamat dan Sasaran Petunjuk bagi kemajuan pemantauan (dari Deklarasi Milenium)

Matlamat 1: Membasmi kemiskinan tegar dan Kelaparan Ekstrem

Sasaran 1.A: Separuh, antara 1990 hingga 2015, perkadaran 1.1 Perkadaran penduduk yang berpendapatan kurangpenduduk yang berpendapatan kurang dari USD1.00 sehari dari USD1.00 sehari (PPP) i 1.2 Nisbah jurang kemiskinan 1.3 Peratus kuantil termiskin dalam penggunaan nasional

Sasaran 1.B: Mencapai tenaga kerja yang penuh dan produktif dan 1.4 Kadar pertumbuhan KDNK setiap seorang gunatenagapekerjaan layak untuk semua, termasuk wanita dan belia 1.5 Nisbah gunatenaga kepada penduduk 1.6 Perkadaran gunatenaga berpendapatan kurang USD$1 sehari. 1.7 Perkadaran perakaunan persendirian dan pekerja penyumbang keluarga dalam jumlah gunatenaga

Sasaran 1.C: Separuh, Antara 1990 hingga 2015, perkadaran 1.8 Kalangan kanak-kanak ‘underweight’ di bawah 5 tahunpenduduk yang menderita kebuluran 1.9 Perkadaran penduduk dibawah peringkat minimum penggunaan tenaga diet

Matlamat 2: Mencapai Pendidikan Rendah Universal

Sasaran 2.A: Mempastikan, menjelang tahun 2015, kanak-kanak 2.1 Nisbah kemasukan bersih dalam pendidikan rendahlelaki dan perempuan boleh menamatkan pendidikan sekolah 2.2 Perkadaran murid-murid menamatkan pendidikanrendah sepenuhnya sekolah rendah (darjah 1-6) 2.3 Kadar celik huruf lelaki dan wanita (15-24 tahun)

Matlamat 3: Meningkatkan Persamaan Jantina dan Memperkasakan Wanita

Sasaran 3.A: Menghapuskan ketidaksamaan jantina dalam pendidikan 3.1 Nisbah murid perempuan kepada murid lelaki di peringkatrendah dan menengah, seeloknya menjelang tahun 2005, dan di semua rendah, menengah dan tinggiperingkat pendidikan tidak lewat dari tahun 2015 3.2 Kesamaan wanita dalam gunatenaga yang digaji dalam sektor bukan pertanian 3.3 Perkadaran tempat wanita dalam parlimen negara

Matlamat 4: Mengurangkan Mortaliti Kanak-Kanak

Sasaran 4.A: Mengurangkan sebanyak dua pertiga, bagi tempoh 1990 dan 4.1 Kadar mortaliti kanak-kanak di bawah 5 tahun2015, kadar mortaliti kanak-kanak di bawah 5 tahun 4.2 Kadar mortaliti kanak-kanak damit 4.3 Perkadaran kanak-kanak disuntik menentang campak

Matlamat 5: Meningkatkan Kesihatan Keibuan

Sasaran 5.A: Mengurangkan tiga per empat, antara 1990 dan 2015, nisbah 5.1 Nisbah mortaliti keibuan mortaliti keibuan 5.2 Perkadaran kelahiran yang disambut oleh pegawai kesihatan terlatih

Sasaran 5.B: Mencapai, menjelang 2015, akses keseluruhan kepada kesihatan 5.3 Kadar kontraseptif yang meluasreproduktif 5.4 Kadar kelahiran dikalangan remaja 5.5 Liputan penjagaan antenatal (sekurang-kurang 1 kali lawatan dan 4 kali lawatan) 5.6 Keperluan ‘unmet’ bagi perancangan keluarga

Matlamat 6: Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan Penyakit-Penyakit Lain

Sasaran 6.A: Menjelang 2015, menghentikan dan membasmi penyakit 6.1 Kekerapan HIV dikalangan penduduk berumur 15-24HIV/AID tahun 6.2 Penggunaan kondom semasa hubungan kelamin berisiko tinggi yang terakhir 6.3 Perkadaran penduduk berumur 15-24 tahun yang mempunyai pengetahuan yang tepat dan komprehensif tentang HIV/AIDS 6.4 Nisbah kehadiran kesekolah bagi anak-anak yatim berbanding bukan anak yatim yang berumur 10-14 tahun

Sasaran 6.B: Mencapai menjelang 2010, akses keseluruhan rawatan HIV/AIDS 6.5 Perkadaran penduduk menghidap wabak HIV yangkepada pesakit yang memerlukan diberikan ubat antiretroviral

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 96

Buku JPKE Malay.indd 109 3/3/12 9:18:30 AM

Page 110: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Sasaran 6.A: Menjelang 2015, menghentikan dan seterusnya membasmi 6.6 Kekerapan dan kadar kematian yang disebabkan malariakejadian malaria dan penyakit utama lain 6.7 Perkadaran kanak-kanak di bawah 5 tahun yang tidur di dalam kelambu tidur yang dirawat menggunakan racun serangga 6.8 Peratus kanak-kanak demam di bawah 5 tahun yang dirawat menggunakan kaedah pencegahan malaria 6.9 Kejadian, kekerapan dan kadar kematian yang berhubungkait dengan batuk kering 6.10 Perkadaran kes batuk kering yang dikesan dan dirawat di bawah rawatan jangka pendek pengawasan langsung (DOTS)

Matlamat 7: Memastikan Kemampanan Alam Sekitar

Sasaran 7A: Menyepadukan prinsip pembangunan mampan dalam dasar dan 7.1 Perkadaran kawasan yang diliputi oleh hutanprogram serta menebus semula kehilangan sumber alam sekitar. 7.2 Pengeluaran karbon dioksida, jumlah semua, per kapita dan bagi setiap USD $1.00GDP (PPP)Sasaran 7B: Menjelang 2015 mengurangkan kehilangan yang ketara dalam 7.3 Penggunaan bahan-bahan penipisan ozon biodiversiti 7.4 Perkadaran penyimpanan ikan di lingkungan biologikal selamat 7.5 Perkadaran sumber jumlah air yang digunakan 7.6 Perkadaran kawalan daratan dan marin yang terkawal 7.7 Perkadaran spesis yang terancam dengan penghapusan

Sasaran 7C: Separuh, Menjelang 2015, perkadaran penduduk yang mendapat 7.8 Perkadaran penduduk yang menggunakan sumber airsumber air dirawat dan kemudahan pembersihan yang mapan. yang dirawat secara berterusan 7.9 Perkadaran penduduk yang menggunakan kemudahan pembersihan asas secara berterusan

Sasaran 7.D. Menjelang 2020, pembaikan taraf kehidupan sekurang-kurangnya 7.10 Perkadaran penduduk bandar yang tinggal dalam kawasan100 juta penduduk miskin. sesak/setingganii

Matlamat 8: Membangunkan Kerjasama Sejagat Untuk Pembangunan

Sasaran 8.A Membangun selanjutnya perdagangan yang tidak berdiskriminasi, Terdapat petunjuk-petunjuk yang tersenarai di bawah adalahterbuka, berasaskan peraturan dan sistem kewangan yang boleh diramal hanya diawasi bagi negara-negara kurang membangun, Negara Afrika, negara-negara“Landlocked” dan negara-negaraTermasuk komitmen kepada tadbir urus yang baik, pembangunan dan kepulauan kecil yang sedang membangun.penurunan kemiskinan di peringkat negara dan antarabangsa Bantuan pembangunan rasmi (ODA)Sasaran 8.B. Memenuhi keperluan-keperluan khusus bagi negara-negara 8.1 Purata bersih ODA, jumlah dan berbanding negara yangkurang membangun kurang membangun, sebagai peratus penyumbang OECD/ DAC pendapatan kasar negaraTermasuk penepian tarif dan kuota kepada eksport negara-negara yang 8.2 Perkadaran jumlah bantuan dua hala, peruntukan sektor kurang membangun,program bantuan bagi hutang untuk negara-negara ODA bagi menyumbang OECD/DAC untuk perkhidmatansarat dengan hutang (HIPC), dan pembatalan hutang dua hala yang rasmi, asas sosial (pendidikan asas, penjagaan kesihatan asas,dan ODA yang lebih banyak, kepada negara-negara yang berkomited pemakanan, bekalan air selamat dan pensanitasian)untuk menurunkan kemiskinan. 8.3 Perkadaran bantuan dua hala ODA bagi penyumbang OECD/DAC yang tidak terikat.Sasaran 8.C: Memenuhi keperluan khusus negara-negara ‘Landlocked’ dan 8.4 ODA yang diterima oleh negara-negara ‘landlocked’ kepulauan kecil yang sedang membangun (melalui Program Tindakan untuk sebagai peratusan kepada pendapatan negara kasarPembangunan Mampan Bagi Pulau Kecil Membangun dan keputusan sidang mereka.khas ke-22 Perhimpunan Agung PBB) 8.5 ODA yang diterima oleh negara-negara kepulauan kecil yang sedang membangun sebagai peratusan kepadaSasaran 8.D: Mengendalikan masalah hutang negara-negara yang sedang pendapatan kasar negara mereka.membangun secara komprehensif melalui langkah-langkah nasional dan antarabangsa supaya hutang tersebut mampan dalam jangka panjang Akses Pasaran 8.6 Peratus jumlah import (mengikut nilai dan tidak termasuk senjata), daripada negara-negara membangun dan negara- negara sedang membangun, kemasukan tanpa cukai. 8.7 Purata tarif yang dikenakan oleh negara-negara maju ke atas pengeluaran sektor-sektor pertanian dan tekstil dan pakaian daripada negara-negara sedang membangun. 8.8 Anggaran sokongan pertanian bagi negara OECD sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar 8.9 Peratus ODA yang diperuntukkan untuk membina keupayaan perdagangan

Kemampanan Hutang 8.10 Bilangan negara yang telah mencapai mata keputusan HIPC dan bilangan yang telah mencapai mata pelengkap HIPC mereka (secara kumulatif) 8.11 Bantuan hutang di bawah kemudahan HIPC dan MDRI 8.12 Perkhidmatan hutang sebagai peratus perkhidmatan barangan eksport dan perkhidmatan

Sasaran 8.E: Bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal untuk 8.13 Perkadaran penduduk dengan akses kaedah ubat padamenyediakan akses ubat-ubatan perlu dan mampu di negara-negara penggunaan mampanmembangun.

Sasaran 8.F: Bekerjasama dengan pihak swasta, menyediakan kemudahan 8.14 Talian telefon bagi setiap 100 pendudukteknologi baru terutamanya yang berkaitan dengan komunikasi dan maklumat. 8.15 Pelanggan telefon selular bagi setiap 100 penduduk 8.16 Penggunaan internet bagi setiap 100 penduduk

i Bagi memantau trend kemisikinan Negara, petunjuk-petunjuk mestilah digunakan berdasarkan garisan kemiskinan kebangsaan,sekiranya perlu. ii Perkadaran sebenar penduduk tinggal dikawasan setinggan diukur menggunakan “proxy”, yang diwakili oleh penduduk bandar yang tinggal di rumah tangga dengan sekurang-kurangnya satu daripada empat karakteristik: (a) kurangnya akses kepada bekalan air yang lebih baik; (b) kurangnya akses kepada pembaikan sanitasi; (c) kepadatan (3 atau lebih orang sebilik); dan (d) tempat tinggal terbuat dari bahan bukan tahan lama.

97 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 110 3/3/12 9:18:30 AM

Page 111: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Nota

Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali 98

Buku JPKE Malay.indd 111 3/3/12 9:18:30 AM

Page 112: Buku JPKE Malay.indd 1 3/3/12 9:16:37 AMfrdaus/PenelusuranInformasi/File-Pdf/Laporan... · meningkatkan tahap sara diri permakanan, membuka lebih luas peluang kepada kaum wanita dan

Not

a

99 Negara Brunei Darussalam | Matlamat Pembangunan Milenium dan Langkah Seterusnya: Menjejak Kembali

Buku JPKE Malay.indd 112 3/3/12 9:18:30 AM