buku ini diusahakan penerbitannya oleh lembaga amanah

28

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah
Page 2: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah
Page 3: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, BAITUL MAKMUR, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching.

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa juga sama ada elektronik, foto copy, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengerusi, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royaliti atau honorarium.

Keluaran Cetakan Khas : 2011

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

c

Page 4: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Prakata

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan AizinNya dapatlah buku ”INDAHNYA SYAWAL” ini disempurnakan.

Bila tertutupnya pintu Ramadhan, maka tirai Syawal akan terbuka indah. Perginya Ramadhan dan tibanya Syawal menandakan hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia yang telah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan. Kejayaan menempuh sebulan berpuasa serta menahan diri daripada melakukan perkara haram dan maksiat dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sambutan Hari Raya Aidilfi tri.

Saya berharap agar buku ini akan dapat menjadi pedoman dan rujukan dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfi tri dengan lebih meriah menurut syariat Islam. Indahnya Syawal hendaklah diraikan dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT yang mengurniakan segala kenikmatan dan kelebihan kepada kita. Maqasid taqwa yang kita kejar saat Ramadhan yang lepas jangan dibiarkan terhakis lantaran kealpaan kita. Semoga kita diberi kesempatan umur dan kesihatan agar bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Sekian, Wassalam

(Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli Bin Haji Yassin)Mufti Negeri SarawakPejabat Mufti Negeri Sarawak

Prakata

A

Page 5: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah, dengan limpahan rahmat dan izin-NYA Syukur Alhamdulillah, dengan limpahan rahmat dan izin-NYA Ssebuah buku bertajuk “Indahnya Syawal” ini dapat diterbitkan

dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Mufti Negeri Sarawak, Haji Kipli Bin Haji Yassin kerana telah berusaha dengan jayanya untuk menghasilkan buku ini yang sudah tentunya memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Diharap dengan terbitnya buku ini akan dapat membantu umat Islam meraikan kemenangan tersebut dengan penuh keberkatan serta keredhaan Allah S.W.T. Syawal disambut dengan suasana serba sederhana menurut syariat dan tuntutan Islam agar sama-sama dapat menikmatinya disamping memberi kelebihan kepada kita. Jangan sesekali alpa dengan sambutan Syawal sehingga melupakan segala amalan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan. Semoga usaha untuk berkongsi maklumat melalui buku ini dapat menjadi pedoman dan panduan kepada kita dalam meraikan Syawal pada kali ini dan menemukan kita kembali pada Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Page 6: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Selamat Berhari Raya...

Menyambut Hari Raya adalah ibadah dalam Islam. Aidilfi tri ataupun Hari Raya merupakan hari kejayaan dan kegembiraan bagi setiap mukmin dan mukminah yang berjaya menjalani kursus insentif di madrasah Ramadhan selama satu bulan.

Pada tanggal 1 Syawal, semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut ketibaan hari tersebut yang biasanya di Malaysia kita panggil Hari Raya Aidilfi tri. Kemeriahan sambutan ini jelas terpancar bila bermulanya bulan Ramadhan. Apa sahaja bangsa, warna kulit dan rupa, selagi bernama Islam, maka sambutan Hari Raya Aidilfi tri tidak akan dipandang dengan sebelah mata.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang berpuasa akan menemui 2 saat kegembiraan iaitu saat berbuka puasa dan saat bertemu Allah di Syurga kelak sebagaimana hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan sewaktu bertemu

Tuhannya.”(Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang berpuasa akan bergembira ketika waktu berbuka puasa. Mana tidaknya, bermula daripada waktu pagi kita berpenat lelah menahan lapar dan dahaga. Apabila tiba waktu maghrib, kita dibenarkan makan dan minum semula, apatah lagi selepas selesai sebulan berpuasa, maka kita akan menyambut hari kemenangan tersebut dengan meriah iaitu pada 1 Syawal. Tika itu kita akan mendapat pahala jika makan dan minum namun berdosa bagi sesiapa yang berpuasa pada hari kegembiraan tersebut.

Page 7: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Sejarah Hari RayaAdakah kita tahu bagaimana Hari Raya itu lahir dan menjadi satu ketetapan dalam hukum syarak ?? Adakah sebarang peristiwa yang menjadi asbab kepada hukum menyambut ketibaan 1 Syawal ?? Sudah pasti ada dan ia hadiah daripada Allah Taala.

Penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib memulakan titik penting perkembangan Islam. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al Munawwarah oleh Baginda SAW. Saat Rasulullah SAW berada di Madinah, baginda mendapati terdapat 2 hari raya yang disambut oleh bangsa arab di situ. Rasulullah SAW pernah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, lantas mereka menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek moyang mereka. Ini dibuktikan melalui hadis berikut :

”Aku datang pada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari yang kamu bersenang-

senang pada hari tersebut. Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih dari

dua hari itu, iaitu Hari Raya korban dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri)”.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaii dan Baghawi )

Page 8: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Dalam riwayat lain pula adalah seperti berikut :

Anas bin Malik r.a berkata:”Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana

mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata:

Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan

permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan

kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfi tri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)

Tahukah Anda?Solat Sunat Hari Raya Aidilfi tri pertama dikerjakan

oleh Rasulullah SAW pada tahun kedua hijrah

Page 9: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Pengertian Hari Raya’Id berasal daripada perkataan ’aud yang memberi maksud ulangan. Disebut sebagai ulangan kerana sambutan yang berulang setiap tahun ataupun kegembiraannya berulang pada setiap kali menjelang hari raya ataupun melimpahnya nikmat Allah taala yang dikurniakan pada hari tersebut(al Fiqh al Manhaji).

Hari Raya Aidilfi tri Hari IbadahSambutan Hari Raya ini menandakan kemenangan kita, umat Islam menghadapi sebulan Ramadhan dengan jayanya. Kita bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga bahkan kita menjaga serta mendidik diri dan nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah Taala.Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fi tri’ sendiri bermaksud fi trah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fi trah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Kembali kepada fi trah boleh diumpamakan seperti bayi yang baru lahir. Ini boleh kita fahami apabila mereka yang telah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan pakej ibadah istimewa seperti solat Tarawih, bertadarus al-Quran, qiamullail, zikrullah, berdoa, bersedeqah dan sebagainya, sewajarnya telah kembali kepada fi trah.

Page 10: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Zakat FitrahSelain bergembira, umat Islam juga dikehendaki membayar zakat fi trah yang diwajibkan ke atas semua umat Islam yang baligh dan memenuhi syarat iaitu mempunyai kelebihan makanan untuk dirinya dan orang-orang yang menjadi tanggungjawab pada malam dan pada hari raya.

Tempoh pembayaran bermula pada 1 Ramadhan sehingga solat sunat Aidilfi tri pada 1 Syawal. Waktu yang paling afdhal untuk membayar zakat fi trah adalah pada pagi hari raya selepas solat Subuh sebelum solat sunat Aidilfi tri didirikan. Daripada Ikrimah, daripada Ibn Abbas berkata:

Tiada Azan Sebelum Solat Sunat Aidilfi triSebelum menunaikan solat sunat Aidilfi tri kita tidak disyariatkan untuk melaungkan azan dan iqamah, ini berdasarkan dua hadis daripada Rasulullah SAW:

Daripada Ibn Abbas RA:

”Dia diutus kepada Ibn Zubair pada awal pelantikannya untuk memberitahu bahawa tidak ada azan ketika solat sunat Aidil Fitri,

yang ada cuma khutbah selepas solat tersebut.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, hadith daripada Ibn Abbas RA dan Jabir bin Abdullah RA, mereka berkata:

”Tidak ada azan ketika Aidil Fitri dan Aidil Adha.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

”Sesiapa yang menunaikan (zakat fi trah) sebelum solat (hari raya), ia zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikan selepas solat (hari raya), ia sedeqah biasa.”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim).

Page 11: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Solat Sunat Aidilfi triPada tanggal 1 Syawal, umat Islam dituntut untuk menunaikan solat sunat Aidilfi tri secara berjemaah di Masjid ataupun di surau. Hukum menunaikan solat sunat ini ialah sunat muakkad (yang dituntut), ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehingga Baginda wafat. Namun solat sunat Aidilfi tri tidak diwajibkan berdasarkan hadith ini: Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang bertanya tentang solat yang difardhukan :

”Lima solat sehari semalam. Baginda ditanya lagi: Adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab: Tidak,

kecuali engkau ingin mengerjakan solat sunat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith lain dinyatakan juga, daripada Ummu ’Atiyyah r.a:

”Kami disuruh (oleh Rasulullah SAW) keluar membawa gadis-gadis kecil dan wanita haid pada hari raya (Aidilfi tri

dan Aidiladha), agar menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita yang haid disuruh supaya berpisah

daripada tempat solat.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Page 12: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Kaifi yat atau cara menunaikan solat sunat Adilifi tri:

Rakaat Pertama1. Berdiri tegak dan menghadap kiblat :

Maksudnya: ”Aku bersolat sunat Aidilfi tri dua rakaat sebagai makmum semata-mata kerana Allah Taala.”

2. Takbiratulihram, diikuti dengan doa iftitah.

3. Bertakbir sebanyak 7 kali sambil mengangkat tangan sebagaimana takbiratulihram. Hendaklah diselangi antara takbir itu dengan tasbih :

(Takbir + satu tasbih = satu set takbir) (set takbir diulang sebanyak 7 kali)

4. Baca Surah Al-Fatihah & surah lain atau beberapa ayat lain.lain.

5. Rukuk

6. Sujud

7. Duduk antara dua sujud.

8. Sujud kedua

Page 13: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Rakaat Kedua 1. Takbir selepas bangkit dari sujud.

2. Bertakbir sebanyak 5 kali sambil mengangkat tangan sebagaimana takbiratulihram. Hendaklah diselangi antara takbir itu dengan tasbih :

(Takbir + satu tasbih = satu set takbir) (set takbir diulang sebanyak 5 kali)

3. Baca Surah Al-Fatihah & surah lain atau beberapa ayat lain.

4. Rukuk

5. Sujud

6. Duduk antara dua sujud.

7. Sujud kedua

8. Tahiyat akhir

9. Memberi salam

Page 14: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

MaklumanSemua takbir tambahan ini hanyalah sunat sahaja.

Jika terlupa melakukannya dan telah memulai bacaan fatihah, sunatnya terluput. Namun solatnya

tetap sah. Ini jelas seperti dalam hadith :

”Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya, pada rakaat yang pertama sebanyak

7 kali sebelum membaca fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali

sebelum membaca fatihah.”(Riwayat al-Tirmizi)

Page 15: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Khutbah Hari RayaSelesai menunaikan solat sunat Aidilfi tri, maka kita dituntut untuk mendengar 2 khutbah. Kebiasaannya ada di kalangan kita yang mengambil ringan khutbah ini dengan meninggalkan masjid atau surau selepas selesai melakukan solat sunat Aidilfi tri.

Khutbah yang mengandungi nasihat dan peringatan amat penting dan bermanfaat kepada kita, kerana kita adakalanya lalai dan leka. Sebelum kaki melangkah dari masjid, alangkah indahnya kita menghayati dan menjadikan bekalan segala peringatan-peringatan serta pesanan daripada khatib terlebih dahulu, semoga amalan di bulan Ramadhan yang lalu tidak akan sia-sia bahkan akan terus meningkatkan taqwa kita kepada Allah SWT.

Khutbah hari raya disampaikan oleh khatib selesai solat sunat Aidilfi tri, ia berbeza dengan solat Jumaat, ini seperti Hadis daripada Ibn Abbas R.A berkata :

”Aku keluar bersama-sama Nabi SAW pada Hari Raya Aidilfi tri dan Aidiladha, lalu Baginda bersolat, kemudian

Baginda berkhutbah.”(Riwayat al-Bukhari)

Khutbah yang pertama sunat dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali dan khutbah yang kedua dengan sebanyak 7 kali takbir sebagaimana tercatat dalam hadis daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud R.A, katanya:

”Menurut sunnah, khutbah dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali berturut-turut dan khutbah yang kedua

dimulakan dengan takbir sebanyak 7 kali berturut-turut.”(Riwayat al-Baihaqi)

Dalam isi khutbah, antara lain para imam berkewajipan mengingatkan umat Islam akan kebesaran Allah Taala dan menimbulkan rasa kesyukuran kerana telah berjaya menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadhan serta menasihatkan ummah agar sentiasa istiqomah dalam melakukan ketaatan dalam 11 bulan seterusnya.

Page 16: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Takbir Pada Hari RayaKita meraikan hari kemenangan kita pada 1 Syawal setelah Apabila terbenamnya bulan Ramadhan dan terbitnya hilal (anak bulan) Syawal maka umat Islam disunatkan bertakbir hinggalah imam mula bersolat hari raya. Maka bertakbirlah dengan suara yang nyaring sama ada di rumah, di jalan, di masjid dan di tempat-tempat awam. Ini bertepatan dengan fi rman Allah taala dalam surah Al Baqarah ayat 185 :

Page 17: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Lafaz takbir ialah :

Umat Islam sangat digalakkan untuk memahami dan menghayati setiap ungkapan takbir yang dilaungkan. Ia sarat mengandungi makna keagungan dan keesaaan Allah Taala, serta kebenaran janji-Nya untuk memberi pertolongan kepada orang Mukmin.

Page 18: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

ZiarahAmalan ziarah-menziarahi pula adalah bertepatan dangan amalan Rasulullah SAW serta tuntutan syariat Islam. Pada dasarnya, hari raya Aidilfi tri adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan ukhuwwah dan silaturahim dalam kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah Taala pada Ramadhan yang lalu.

Daripada Annas bin Malik, katanya:

” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ’

Sesiapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah

Taala atau ingin usianya dipanjangkan, maka

hendaklah dia menghubungkan silaturahim.

(Riwayat Muslim)

Page 19: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Namun kita harus beringat dan

berwaspada, dalam amalan ziarah-

menziarahi ini, adab-adabnya perlu

dijaga dan diikuti supaya amalan

kita sepanjang Ramadhan yang

lalu tidak akan dirosakkan dengan

acara sambutan yang bertentangan

dengan Islam.

Page 20: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Do’sBerjimat cermat semasa

meraikan

Bersalam salaman dan bermaafan

Berhias menurut hukum syarak

Berpuasa 6 hari di bulan Syawal

Ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan

serta jiran tetangga

Memakai pakaian yang indah dan cantik

Bermaaf-maafan di bulan yang mulia

Tunaikan solat 5 waktu disamping tunaikan solat

sunat Aidilfi tri

Sunat makan sedikit sebelum turun untuk ke masjid bagi menunaikan

solat sunat Aidilfi tri

Don’tsMenyambut secara

membazir

Bersalam tanpa peduli tatasusila dan batas

pergaulan

Tabarruj (berhias secara melampau)

Berhibur tanpa batas dan melupakan ibadat

Majlis atau program yang melalaikan

Berpakaian dengan niat menunjuk dan bermegah

Minta maaf bermusim. Hanya pada hari raya

sahaja.

Solat hanya setahun 2 kali, iaitu solat sunat Aidilfi tri dan

Aidiladha sahaja.

Makan berlebihan sehingga memudharatkan kesihatan

Manual Aidilfi tri

Page 21: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Do’sBertakbir raya

Solat sunat Aidilfi tri dan mendengar Khutbah

Ucapkan

bila bertemu

Segera pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan

solat Aidilfi tri

Bersedeqah kepada fakir miskin

Meneruskan objektif bulan Ramadhan iaitu memperolehi taqwa

Meraikan Aidilfi tri menurut syariat Islam serta

meninggalkan perkara yang sia-sia

Don’tsMenyanyi lagu-lagu yang

bertentangan dengan Islam

Solat sunat Aidilfi tri kemudian terus balik

Hello bro, wass sup.. jom lepak

Pergi ke Masjid atau surau di saat-saat akhir ataupun jemaah dah habis bersolat.

Kedekut ibarat haji bakhil

Melupakan segala amalan dan ibadah sepanjang bulan

Ramadhan yang lepas

Meraikan aidilfi tri menurut adat yang bertentangan dengan syariat Islam.

Manual Aidilfi tri

Page 22: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Ucap Selamat Hari RayaAdalah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat kita mengucapakan selamat hari raya bila berjumpa atau semasa ziarah ke rumah rakan taulan mahupun sanak saudara. Bukan umat Islam sahaja, bahkan rakan yang beragama lain juga mengucapkan ucapan sedemikian bila berkunjung ke rumah.

Menyingkap kembali sunnah Rasulullah SAW, ia agak berbeza. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Jubair R.A berkata:

”Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu sesama mereka pada hari raya, mereka saling mengucapakan :

Maksudnya: “Moga-moga Allah Taala menerima amalan kami dan amalan kalias semua”

(Ibn Hajar, Fath al-Bari, Jjil.2, hlm.517 dan Syeikh Nasiruddin, Tamam al- Minnah, hlm. 354)

Namun begitu, tidak ada sebarang larangan untuk kita mengungkap ”Selamat Hari Raya” atau ”Maaf Zahir dan Batin”, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, maka utamakanlah ungkapan yang diamalkan oleh para sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat. Semoga Allah Taala menempatkan kita bersama para sahabat Baginda di akhirat kelak.

Page 23: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Jaga-Jaga Kemungkaran Dalam Menyambut Hari Raya

Sambutan 1 Syawal bukanlah saat atau hari kita membalas dendam kerana telah berpuasa selama sebulan, lantas kita melakukan kemungkaran atau kemaksiatan yang telah kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Oleh kerana ini hadirlah kembali perkara-perkara mungkar dan maksiat, antaranya ialah:

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi (bukan mahram).

3. Makan berlebihan.

4. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutama bagi generasi muda.

5. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita. Kecuali untuk suami ketika berada di rumah.

6. Beriya-iya solat sunat Aidilfi tri tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.

7. Minta maaf bermusim; hanya pada hari raya sahaja.

8. Raya sebulan sehingga terlupa untuk berpuasa 6 dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, Raya Aidilfi tri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya boleh mula berpuasa sunat.

Page 24: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Adab-Adab Berhari Raya Menurut Sunnah

Kita meraikan hari kemenangan kita pada 1 Syawal setelah menempuhi sebulan berpuasa yang mana kita bukan sahaja menahan diri daripada perkara-perkara haram bahkan kita juga menahan diri daripada perkara yang dihalalkan oleh syarak. Kegembiraan yang kita kecapi ini harus kita mulakan dengan melaksanakan adab-adab seperti yang disunatkan oleh Junjungan Besar kita Rasulullah SAW :

1. Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.

2. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.

3. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidil Fitri.

4. Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan lain. Ini berdasarkan hadis daripada Jabir RA, katanya:

” Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya”

(Riwayat al-Bukhri)5. Bertakbir. Takbir pada hari raya Aidilfi tri bermula ketika

diumumkan kenampakan hilal (anak bulan Syawal) dan berakhirnya setelah imam selesai berkhutbah.

6. Solat Sunat Aidilfi tri dan mendengar khutbah.

Kita harus menjaga adab-adab menyambut hari raya supaya tidak merosakkan amalan sepanjang Ramadhan. Jauhilah sambutan dengan melakukan perkara maksiat, hiburan yang melampau, pergaulan bebas, perbelanjaan yang membazir dan sebagainya. Penuhilah sambutan hari raya dengan ketaqwaan dan aktiviti berlandaskan syariat Islam.

Page 25: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal.Adakah kita hanya akan berhenti berpuasa tika berlabuhnya tirai Ramadhan? Adakah kita akan melihat manusia yang berpuasa selepas terbentangnya tikar Syawal? Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada

bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”

(Riwayat Ibnu Hibban).

Penjelasan daripada hadis di atas menyatakan kepada kita bahawa kehadiran Syawal yang menutup pintu Ramadhan bukan menjadikan ibadat kita berkurangan mahupun menghadkan amalan serta ibadat kita, malah ia penyempurna kepada puasa yang kita telah lakukan selama sebulan pada bulan Ramadhan iaitu dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal.iaitu dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Sekiranya seseorang dapat berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal, sama ada dilakukan pada 2 Syawal secara terus menerus atau tidak, maka kelebihannya dia akan mendapat ganjaran pahala berpuasa setahun lamanya. Inilah yang dikatakan pelengkap kepada Ramadhan.

Page 26: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Rumusan

Indahnya Ramadhan penuh keberkatan dan kemuliaan telah kita lalui dengn penuh penghayatan mengharap

keredhaan Allah Taala.

Indahnya Aidilfi tri sebagai bukti kemenangan orang-orang yang beriman menempuhi cabaran Ramadhan, selayaknya disambut dengan penuh adab dan acara yang bersesuaian dengan ketentuan syariat serta disulami dengan amalan-amalan sunat yang dapat

menambahkan lagi Fadhilat sambutan Aidilfi tri.

Selamat Aidilfi tri, Maaf Zahir dan Batin

Page 27: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Catatan

Page 28: Buku ini diusahakan penerbitannya oleh Lembaga Amanah

Buku ”Indahnya Syawal” ini adalah hasil tulisan bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan Ustaz Razalie Bin Haji Hussaini, Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Negeri Sarawak. Buku ini merupakan himpunan perkara-perkara yang berkaitan Syawal, dari segi sejarah sambutan, pengertian, solat Aidilfi tri, khutbah Raya, adab-adab dan sebagainya. Istimewanya dalam buku ini terdapat di dalam manual Aidilfi tri sebagai panduan dan rujukan. Mudahan-mudahan ijazah taqwa yang kita perolehi dalam bulan Ramadhan yang lepas akan terus menjadi benteng kekuatan kita menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.