budaya hedonisme dalam kalangan remaja melayu

9
BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN REMAJA MELAYU Definisi Budaya Budaya membawa maksud cara hidup manusia yang juga merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud budi dan daya iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Definisi Hedonisme Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 523, hedonisme merupakan satu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Hedonisme juga boleh dijelaskan sebagai cara pemikiran yang taksub atau suka pada hiburan dan budaya ini telah pun diterima oleh masyarakat umum. Dari satu sudut yang lain juga, hedonisme merupakan satu doktrin yang memberi dorongan motivasi kepada seseorang untuk bertindak mencapai keseronokan

Upload: mashietah-rahman

Post on 01-Oct-2015

396 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

budaya hedonisme

TRANSCRIPT

BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN REMAJA MELAYU

Definisi BudayaBudaya membawa maksud cara hidup manusia yang juga merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi dan daya iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Definisi HedonismeMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 523, hedonisme merupakan satu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Hedonisme juga boleh dijelaskan sebagai cara pemikiran yang taksub atau suka pada hiburan dan budaya ini telah pun diterima oleh masyarakat umum. Dari satu sudut yang lain juga, hedonisme merupakan satu doktrin yang memberi dorongan motivasi kepada seseorang untuk bertindak mencapai keseronokan atau kebahagiaan tanpa batasan dan mengelakkan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kesedihan kepada diri mereka.

Budaya Hedonisme dalam kalangan remaja MelayuBudaya hedonisme di Malaysia tidak dapat dikenal pasti sejak bila bermulanya budaya ini dibawa masuk ke negara ini. Hal ini kerana, adalah menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu untuk berhibur dan bergembira. Yang membezakannya ialah, dahulu corak muzik di negara ini mengambarkan budaya ketimurannya dengan susunan muzik dan bait bait lagu ang indah serta mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. Pada era 80 an, pelbagai genre muzik dari Barat dibawa masuk ke Malaysia dan hal ini membawa perubahan kepada corak muzik tempatan dimana kebanyakkan lagu yang dicipta pada era ini dipengaruhi dengan genre dari barat seperti rock, pop, heavy metal dan sebagainya. Perkara ini membuatkan anak anak remaja Melayu terpengaruh dari segi pemakaian, pecakapan dan tindakan mereka. Pada ketika ini, dilihat semakin hilang budaya ketimuran dalam kalangan anak muda Melayu yang mana mereka dilihat menjadi semakin kasar dan agresif berbanding suatu ketika dahulu anak muda melayu mempunyai tata tertib yang sopan dan baik.Keadaan yang sama juga berlaku kepada remaja sekarang, namun lebih teruk kesannya terhadap mereka. Hal ini kerana teknologi yang ada kini memudahkan lagi idea idea hedonisme yang kebanyakan berpunca daripada hiburan yang melampau tanpa ada batasan meresap ke dalam jiwa anak muda di Malaysia. Walaupun agama Islam semakin memgembang pesat pada era ini, namun masih ada segelintir anak muda yang terikut-ikut dengan budaya hedonisme ini. Pembudayaan ideologi hedonisme ini semakin hari menjadi amalan kebiasaan dan ianya seolah-olah ia sudah menjadi sebati dalam diri dan jiwa remaja melayu. Fenomena gaya hidup yang melanda remaja melayu mutakhir ini berdasarkan fahaman hedonisme yang dapat dibuktikan melalui beberapa corak budaya dan aktiviti yang diamalkan. Hasil cetusan ideologi ini menyebabkan mereka sering memikirkan kebebasan dalam melakukan pelbagai perkara tanpa mementingkan halal atau haram. Amalan ini menjadi dominan dan sukar dikawal kerana ia telah merebak dalam kehidupan mereka.

Punca Penularan Budaya Hedonisme dalam Remaja Melayu1.Peranan Media MassaMedia eletronik terutamanya televisyen pada hari ini menjadi punca utama dalam penularan budaya hedonisme dalam kalangan remaja Melayu. Hal ini kerana stesen televisyen tempatan tidak putus-putusmenyiarkan rancangan yang bercorak hiburan hingga seperti tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton khususya remaja. Stesen televisyen swastaterutamanya, berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan ratingpenonton. Sebagai contohnya, rancangan realiti tv seperti Mentor, Akademi Fantasia dan Malaysian Idol yang disiarkan di televisyen mendapat sambutan yang tinggi terutamanya dalam kalangan remaja. Konsert yang diadakan juga memperlihatkan belaku pergaulan bebas di mana kaum lelaki dan wanita berada dalam kawasan yang sama sepanjang konsert berlangsung. Dari corong-corong radio pula, hanya sedikit sahaja stesen radio di Malaysia yang mengetengahkan lagu lagu atau segmen yang berbentuk keagamaan. Selain itu, media cetak juga dicemari dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya yang kurang. Apa yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang tidak pasti ada kebenarannya atau tidak, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera cinta hangat penyanyi popular. Hal ini membuktikan bahawa betapa anak muda Melayu kini sedang hanyut dalam budaya Hedonisme yang hanya mementingkan hiburan dan kepuasan individu semata-mata.

2. Pertambahan bilangan pusat-pusat hiburanKewujudan pusat-pusat hiburan dan pertambahan bilangannya yang diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan juga menjadi faktor kepadakewujudan budaya hedonisme dalam kalangan remaja Melayu hari ini. Malam di kota-kota besarmeriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapayang mendengarnya. Pusat-pusat hiburandi negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Sabanminggu, ada sahaja DJ-DJdari luar dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Rave Party atau parti liar juga menjadi acara wajib bagi sesebuah kelab malam. Ketidakkawalan kewujudan pusat-pusat hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan dirigenerasi muda masyarakat Melayu. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agarbudaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja Melayu.

3. Kekurangan didikan agama oleh ibu bapaPendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa yang kurang juga menjadi punca kepada penularan budaya hedonisme dalam kalangan remaja melayu kini. Ibu bapa terlalu sibuk dalam mengejar kemewahan pada zaman kini menyebabkan anak-anak dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian lahiriah berbanding rohani dalam anak-anak mereka juga turut menyumbang kepada perkembangan budaya ini. Bagi mereka pencapaian akademik anak-anak mereka lebih penting daripada segalanya sehingakan mengabaikan ilmu agama yang sepatutnya diajar dan dipupuk semenjak kecil lagi menyebabkan generasi muda kini dilihat lebih hanyut mengejar duniawi. Hal ini dibuktikan lagi apabila terdapat juga anak-anak muda melayu yang bersuka ria di kelab-kelab malam yang datang daripada golongan intelektual dan mahasiswa. Tambahan pula, terdapat ibu bapa yang memandang remeh akan budaya hedonisme walaupun telah menyedari bahawa anak-anak mereka telah terpengaruh dengan budaya ini. Sebagai contoh, terdapat ibu bapa yang memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk bersuka ria di kelab malam. Hal ini menyebabkan generasi muda kini menjadi semakin liar dan sukar dikawal.

4. Perkembangan teknologiTidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pesat teknologi kini memudahkan lagi budaya hedonisme ini meresap masuk dalam jiwa anak-anak muda melayu. Dengan adanya jaringan internet yang meluas dan dapat diakses dengan mudahnya menerusi telefon pintar kini membuatkan anak-anak muda muda semakin hanyut dalam lembah budaya ini. Sebagai contohnya, kewujudan pelbagai laman sosial memudahkan lagi aktiviti seperti parti liar, konsert dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di kelab malam disebarkan dengan mudah. Melalui kepelbagaian laman sosial kini, aktiviti tersebut hanya tesebar dalam kalangan kumpulan itu sendiri sahaja dan sukar mendapat sekatan atau kawalan daripada pihak tertentu.

Kesan Budaya Hedonisme dalam kalangan remaja melayu

1. Mencemarkan nama baik keluarga, masyarakat dan negara2. Peningkatan pemasalahan sosial dalam kalangan remaja melayu.3. Budaya timur dalam masyarakat melayu semakin pudar4. Peningkatan kadar jenayah dalam negara

Langkah- langkah dalam mengatasi penularan Budaya Hedonisme dalam kalangan Remaja Melayu1. Peranan ibu-bapa2. Peranan pihak berkuasa3. Peranan media massa