bs_ssukan_t4_7a

Upload: cikwawa

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    1/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    112

    TUNJANG 4 :

    LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK

    Unit 1 Asas Kawalan Motor

    1.1 Definisi kawalan motor

    Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanismesistem biologi menghasilkan lakuan motor.

    Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusiaserta mekanisme yang mengawal kedua-duanya.

    Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasisemua proses yang terlibat dalam mekanisme mengawal

    pergerakan.

    Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenislakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

    1.2 Jenis lakuan motor

    Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistembiologi adalah:

    (i) Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari)

    (ii) Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

    1.2.1 Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari)

    (i) Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkansecara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih ataumemodifikasikan lakuan yang terhasil.

    (ii) Lakuan ini dikenali sebagai pergerakan involuntari.Contohnya:

    Pantulan lutut

    Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas

    (iii) Pergerakan involuntari terhasil apabila situasimemerlukan pergerakan tersebut.

    (iv) Mekanisme umum pergerakan involuntari adalah sepertiyang berikut:

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    2/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    113

    Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistemreseptor.

    Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan

    dan menukar rangsangan kepada impuls sensori.

    Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkatrendah iaitu saraf tunjang.

    Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuronmotor.

    Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukarmenjadi impuls motor.

    Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.

    Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor,pergerakan involuntari terhasil.

    Sistem saraf pusat

    Mekanisme involuntari

    Neuron sensori

    Sinaps

    Neuron motor

    ASAS BIOLOGI DAN PERSEKITARAN

    ASAS BAGI PROSES KAWALAN MOTOR

    Rangsangan/

    stimulus

    Gerakbalas/respon

    PERSEKITARAN

    Reseptor

    Perlferi

    Efektor

    REFLEKS TENDON PATELLA

    (contoh refleks involuntari paling ringkas)

    Reseptor

    Sinaps

    Neuron aferen

    Neuron ef eren

    Efektor

    CNS

    BIOLOGI

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    3/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    114

    Mekanisme yang dijelaskan adalah pergerakan involuntariyang boleh dilihat pergerakannya seperti pergerakanmenarik tangan atau kaki apabila terkena benda panas.

    Penghasilan pergerakan adalah disebabkan olehrangsangan yang diterima daripada persekitaran luaran.

    Peranan sistem afektor merujuk kepada semua reseptorsensori yang berperanan menerima rangsangan daripadapersekitaran.

    1.2.2 Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

    Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua

    lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalamkawalan. Pelaku memilih dan menentukan untukmelakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor inidikenali sebagai pergerakan voluntari.

    Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksipelaku dengan persekitaran

    Interaksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi olehbeberapa aspek seperti tahap kemahiran danpengalaman. Contohnya:

    (a) Badminton

    Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakanggelanggang, pemain berkemahiran tinggi mungkinmembuat smesy, manakala pemain yangberkemahiran rendah mungkin membalas denganhantaran lob.

    (b) Bola tampar

    Ketika menerima servis, pemain pasukan yangkurang berkemahiran akan menghantar semulabola ke gelanggang lawan, manakala pasukanyang berkemahiran akan membuat strategimenyangga, mengumpan dan merejam.

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    4/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    115

    Mekanisme pergerakan voluntari

    Mekanisme umum pergerakan voluntari adalah seperti berikut :

    Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistemreseptor.

    Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannyakepada impuls sensori.

    Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah.Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat rendah yangterlibat ialah:

    Saraf tunjang (spinal cord)

    Tunjang otak (brain stem) Otak tengah (mid brain)

    Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.

    Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem sarafpusat peringkat tinggi di korteks sensori.

    Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori,impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yangterdapat di korteks motor.

    Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadiimpuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi sensori motorakan berlaku di korteks serebral.

    Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semulake saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor.

    Apabila sistem efektor menerima maklumat motor inipergerakan voluntari terhasil.

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    5/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    116

    MEKANISME UMUM LAKUAN Transmisi sensori

    Neuron sensori pada reseptor akan menukar

    rangsangan ke bentuk impuls saraf

    Talamus berfungsi menghubungkan maklumat

    sensori ke korteks cerebral

    Berlaku pemprosesan awal semua maklumatsensori di pusat kortikal masing-masing

    Maklumat sensori di terima daripada

    sumber reseptor yang releven

    Daripada CNS peringkat rendah, semua

    impuls sensori dihantar ke thalamus

    Fiber saraf aferen daripadageta ran atau penghubung

    reseptor

    Talamus

    Pangkal otak

    Nukleus pangkal otak

    Korteks

    Somatosensori

    Dorsal

    Korda spina

    Korda spina

    Serebelum

    Transmisi motor

    Berlaku proses integrasi sensori-motor di kawasan kortekspenggabung (assoc iation cortex )

    Impuls motor dihantar semula ke korda spina melalui

    laluan-laluan motor kortikospinal(corticospinal spinal pathways)

    Di korda spina, berlaku proses merekrut unit motor danko-aktivasi - bagi spesifikasi peranan dan

    penguncupan otot

    Neuron sensori yang me mbawa impuls sensori akanbersinaps dengan neuron motor di korteks motor

    Impuls motor seterusnya dihantar ke sistem efektor untukmembolehkan pergerakan.

    TalamusKorteks Somatosensori

    Basal gangliaPangkal otak

    SerebelumPersimpangan laluan

    korda spina

    Korda spina

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    6/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    117

    Jenis pergerakan berkemahiran (voluntari)

    Semua lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagaipergerakan berkemahiran.

    Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu :

    (i) Kemahiran generik(ii) Kemahiran berobjektif

    (a) Kemahiran generik

    Kemahiran generik ialah kemahiran pergerakanyang diwarisi manusia. Manusia dilahirkandengan potensi untuk melakukan pergerakan asas

    seperti berjalan.

    Kemahiran generik berkembang melalui prosessemula jadi seperti tumbesaran, kematangan danpenuaan.

    (b) Kemahiran berobjektif

    Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yangdipelajari dan mempunyai objektif khusus.Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk

    memperolehi kelajuan di tahap optimum.

    Kemahiran berobjektif berkembang melalui prosesfizikal seperti praktis (pembolehubahpembelajaran) dan latihan (pembolehubahprestasi).

    Kemahiran generik dan berobjektif terdiri daripadapergerakan-pergerakan lokomotor dan bukanlokomotor.

    Pergerakan lokomotor ialah jenis pergerakan yangmembolehkan sesaran jasad secara mendatarseperti berjalan, berenang dan berbasikal.

    Pergerakan bukan lokomotor ialah jenispergerakan yang tidak menghasilkan sesaranjasad secara mendatar seperti menangkap boladan lompat setempat.

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    7/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    118

    1.3 Pengelasan kemahiran motor

    Terdapat tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas

    berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu :

    (i) Kriteria ketepatan lakuan(ii) Kriteria ciri pergerakan(iii) Kriteria stabiliti persekitaran

    1.3.1 Ketepatan lakuan

    Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalahberdasarkan ketepatan lakuan. Pengkelasan iniberpandukan kepada jenis atau saiz otot-otot utama yang

    terlibat dalam menghasilkan kemahiran. Kelas-kelaskemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan kepada :

    Kemahiran motor kasar Kemahiran motor halus

    Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot-ototbesar sebagai otot utama seperti menendang bola,berlari dan angkat berat.

    Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot

    kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, bolingpadang dan menembak.

    1.3.2 Ciri Pergerakan

    Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalahberpandukan kepada cara sesuatu kemahiran itudimulakan dan diakhirkan. Permulaan dan pengakhirankemahiran dikawal oleh pelaku atau di luar kawalanpelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan kriteria iniadalah seperti berikut:

    Kemahiran diskrit

    Kemahiran berterusan Kemahiran siri

    Kemahiran diskrit ialah kemahiran yang permulaan danpengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yangterlibat, seperti menangkap bola, menendang dan

  • 8/7/2019 bs_ssukan_t4_7a

    8/8

    BUKU SUMBER

    SAINS SUKAN

    119

    memanah. Bagi kemahiran diskrit, permulaan danpengakhiran lakuan adalah nyata.

    Kemahiran berterusan ialah kemahiran yang permulaan

    dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlaridan berenang. Bagi kemahiran berterusan, permulaandan akhir lakuan adalah tidak nyata.

    Kemahiran siri ialah gabungan beberapa kemahirandiskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri sepertigimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal.

    1.3.3 Stabiliti persekitaran

    Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini adalahberdasarkan keadaan persekitaran kemahirannyadihasilkan dalam suasana yang dinamik (berubah-ubah)atau stabil (tidak berubah-ubah). Kelas kemahiranberdasarkan kriteria ini terdiri daripada:

    Kemahiran luar kawal (open skill).

    Kemahiran terkawal (close skill).

    Kemahiran luar kawal ialah kemahiran yang dihasilkandalam suasana yang berubah-ubah dan dipengaruhi oleh

    faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton,berlayar dan menjaga gol.

    Kemahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkandalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktordalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling danmelontar peluru.