brosur pidato psa

Upload: erika-tucker

Post on 07-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

  • Anjuran

    JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

    dengan kerjasama

    JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, PSA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PSA

    PEMBIMBING RAKAN SISWA JAWATANKUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN

    JAWATANKUASA PUSAT SUKAN JAWATANKUASA PUSAT ISLAM

    PENGENALAN

    PERTANDINGAN PIDATO DAN BAHAS PIALA PENGARAH 2012 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH merupakan salah satu program berbentuk patriotik yang ingin menerapkan semangat cinta akan negara kita Malaysia di dalam diri siswa dan siswi PSA.

    Acara yang dipertandingkan ialah pertandingan pidato dan perbahasan.

    MATLAMAT

    Memupuk semangat cinta akan tanah air di dalam diri warga PSA.

    Menerapkan konsep gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan dalam diri warga PSA.

    Menghayati erti kemerdekaan sebenar dalam diri warga PSA

    SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PIDATO

    1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH.

    2. Setiap jabatan diwajibkan menghantar SEORANG peserta.

    3. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu

    Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dan Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris.

    4. Pertandingan ini akan disertai oleh :

    i. JKE 2 penyertaan (1BM & 1BI) ii. JKA 2 penyertaan (1BM & 1BI) iii. JKM 2 penyertaan (1BM & 1BI) iv. JPP 2 penyertaan (1BM & 1BI) v. JPG 2 penyertaan (1BM & 1BI)

    5. Penentuan Tajuk

    Tajuk telah ditetapkan oleh Urusetia (Sila berhubung dengan Pn Jamilah Binti Mat Tapah, 013-2757843).

    6. Syarat Pertandingan Pidato a. Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja. b. Loceng akan dibunyikan sekali 2 minit sebelum masa tamat dan

    loceng akan dibunyikan dua kali bila masa tamat. c. Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat

    dan markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas masa tamat.

    d. Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato akan dipotong markah.

    e. Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pengerusi majlis berhak mengarahkan untuk berhenti berpidato.

    f. Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama sekali.

    g. Pemidato-pemidato dilarang sama sekali menunding jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka.

    h. Pemidato hendaklah menggunakan Laras Bahasa Melayu baku bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Kategori Bahasa Inggeris.

    i. Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggari peraturan di atas.

    j. Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran daripada hakim untuk memulakannya.

    k. Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan

    7. Pemarkahan

    7.1 Pembahagian markah:

    Gaya (25 markah)

    Isi (25 markah)

    Kelancaran (20 markah)

    Bahasa (20 markah)

    Persembahan (10 markah)

    7.2 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka pemenangnya akan ditentukan dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi dan cara penyampaian dan jika masih ada lagi persamaan, hakim akan mengambil kira kombinasi markah bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.

    8. Hakim

    8.1 Hakim telah dilantik oleh urus setia. 8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

  • 9. Borang Penyertaan 9.1 Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang

    penyertaan. 9.2 Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urus setia.

    10. Hadiah

    10.1 Kategori Bahasa Melayu Tempat Pertama - Piala Iringan

    - Sijil Penyertaan Tempat Kedua - Piala Iringan

    - Sijil Penyertaan Tempat Ketiga - Piala Iringan

    - Sijil Penyertaan 10.2 Kategori Bahasa Inggeris

    Tempat Pertama - Piala Iringan - Sijil Penyertaan

    Tempat Kedua - Piala Iringan - Sijil Penyertaan

    Tempat Ketiga - Piala Iringan - Sijil Penyertaan

    10.3 Piala Pusingan (pungutan mata yang tertinggi) 11. Tarikh Tutup

    11.1 Tarikh tutup menghantar boring penyertaan ialah pada 14 Mac 2012 (Rabu).

    12. Tarikh dan Tempat Pertandingan

    Tarikh : 22 Mac 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama (Pertandingan Pidato)

    13. Urus Setia

    Urus setia berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat penyertaan yang ditetapkan. Sebarang pertanyaan dan borang penyertaan hendaklah berhubung terus ke: Unit Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Up : Pn Jamilah Binti Mat Tapah (013-2757843)

    14. Urus Setia akan menyediakan makan minum kepada peserta dan penonton sepanjang tempoh Pertandingan Pidato dan Bahas Piala Pengarah 2012.

    15. Setiap peserta akan menerima cenderahati peserta di atas penyertaan.

    BORANG PENYERTAAN

    1. BUTIRAN PELAJAR

    (KATEGORI BAHASA MELAYU)

    Nama Penuh :

    No Matrik :

    No. Kad :

    Pengenalan

    Jabatan :

    Tajuk Pidato

    No Tel :

    2. BUTIRAN PELAJAR

    (KATEGORI BAHASA INGGERIS)

    Nama Penuh :

    No Matrik :

    No. Kad :

    Pengenalan

    Jabatan :

    Tajuk Pidato

    No Tel :